SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan
seterusnya hadirin hadirat yang saya hormati.

                                            (pantun)
                              Sinar mentari menyilau mata,
                            Terlalu terik berusaha menahan;
                          Kebijaksanaan Hud-Hud tajuk cerita,
                             Buat pedoman hadirin sekalian.

Tahukah hadirin sekalian burung hud-hud merupakan sejenis burung belatuk?
Walaupun saiznya kecil, kebijaksanaannya amat mengagumkan. Sikapnya yang taat
kepada pemimpin telah mengangkat burung Hud-hud menjadi kepercayaan nabi
Sulaiman. Oleh sebab itu, burung hud-hud dilantik sebagai perisik bagi kerajaan
Nabi Sulaiman.

Hadirin hadirat sekelian,

Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita hendaklah memupuk perasaan kasih sayang
antara sesama makhluk. Kita digalakkan memupuk kasih sayang bukan sahaja sesama
manusia bahkan terhadap haiwan dan juga alam sekitar. Kita dilarang menganiayai
haiwan dan alam sekitar kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah. Hal ini sejajar
dengan usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas tani Dato’ Seri Noh Omar yang
berusaha untuk menubuhkan Majlis Kebajikan Binatang Malaysia yang turut
melibatkan beberapa NGO untuk melindungi kepentingan haiwan di negara ini.

                                         (syair)
                              Nabi Sulaiman sudah murka,
                             Kerana Hud-hud langsung tiada;
                          Tanpa alasan kukuh hukuman tersedia,
                            Akhirnya datang membawa berita.

Kawan-kawan,

Ketika memeriksa barisan tenteranya dari kalangan burung-burung, baginda menyedari bahawa burung
Hud-hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda akan menjatuhkan hukuman sekiranya ketidakhadiran
hud-hud tanpa alasan yang jelas. Walaupun Nabi Sulaiman berasa marah, namun baginda
bersikap rasional dalam membuat keputusan. Baginda tetap akan memaafkan Hud-
hud sekiranya burung kecil itu menjelaskan alasan yang munasabah.
Janganlah gopoh membuat keputusan,
                         Supaya tidak timbul penyesalan,
                           Itulah akhlak orang beriman,
                            Mari bersama kita amalkan.

Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara.
Tindakan yang diambil secara emosional boleh memudaratkan kita. Sebagaimana
yang dipaparkan di dalam harian metro baru-baru ini kes seorang isteri menikam
belakang suaminya sendiri kerana menegur perbuatannya yang kerap keluar rumah
tanpa izin. Oleh itu, jangan sesekali bersikap emosional atau terlalu mengikut
perasaan. Kita hendaklah mencontohi sikap Nabi Sulaiman yang tidak membuat
keputusan secara terburu-buru dan memberi peluang kepada Hud-hud untuk
mengemukakan alasannya.

Kawan-kawan,
Tidak lama kemudian, Hud-hud pun datang. Dia sedar akan kelewatannya itu. Namun, dia
tidak takut kerana dia perlu menyampaikan amanah untuk dihadapkan kepada Nabi
Sulaiman. Tanpa membuang masa, Hud-hud mengkhabarkan berita yang menjadi
punca keterlewatannya.
“Aku datang dari Negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya,”
kata Hud-Hud
                                          (nasyid)
                              Negeri itu bernama Saba
                          Rajanya pula seorang perempuan
                          Sangat berkuasa atas rakyatnya
                         Sayang sekali dipengaruhi syaitan.

Mendengar akan perkhabaran itu, seluruh perhimpunan merasa terkejut dan kagum
dengan kebijaksanaan Hud-Hud yang mendapatkan maklumat tentang keadaan
politik di Negeri Saba yang diperintah oleh Ratu Balqis. Sementara itu, Nabi
Sulaiman pula bertindak untuk menyiasat dahulu kebenaran apa yang telah
dikhabarkan oleh hud-hud tersebut.




Kawan-kawan,
Nabi Sulaiman pun memanggil Hud-Hud menghadapnya. Bagi mengesahkan laporan
tentang Negeri Saba, Nabi Sulaiman mengarahkan Hud-Hud mengutuskan surat
kepada Ratu Balqis.

 Lalu Nabi Sulaiman bertitah,
“Jatuhkanlah surat ini kepada Ratu Balqis. Setelah itu, sembunyikan diri kamu dan
perhatikan reaksi mereka,”
Tanpa berlengah lagi, Hud-hud terbang melewati mahligai Ratu Balqis dan melalui
jendela istana, lalu menjatuhkan surat tersebut betul-betul dihadapan Ratu Balqis.
Setelah itu, Hud-hud segera menyembunyikan diri sambil memerhatikan reaksi Ratu
Balqis. Hud-hud pun pulang untuk melaporkan kepada nabi Sulaiman tentang apa yang
didengarinya

Kawan-kawan,
Seterusnya, Ratu Balqis membuka dan membacanya surat tersebut.

                       Menteri pembesar dan cerdik pandai,
                        Hadir berkumpul untuk berdiskusi;
                         Memilih perang ataupun damai,
                          Semua angkara surat misteri.
Kawan-kawan,
Ratu Balqis memilih untuk menghantar delegasi yang terdiri daripada orang-orang
kenamaan dari Negeri Saba’ beserta hadiah-hadiah istimewa untuk diberikan
kepada Nabi Sulaiman.

Segera Hud-hud melaporkan kepada Nabi Sulaiman tentang tindakan yang bakal
diambil oleh Ratu Balqis. Mendengar perkhabaran itu, Nabi Sulaiman pun membuat
segala persiapan dan memanggil pengikut-pengikutnya untuk menyiapkan sebuah
istana yang indah dan luar biasa. Dindingnya diperbuat dari kaca, lantainya terdiri
dari emas dan perak, pasirnya juga dari intan dan berlian.
Akhirnya, delegasi yang ditunggu-tunggu tiba dan Nabi Sulaiman menyambut
kedatangan mereka dengan meriah. Delegasi tersebut merasa terkejut dengan
kemewahan dan keindahan istana Nabi Sulaiman. Dengan perasaan malu, mereka
menyampaikan utusan dan hadiah dari Ratu Balqis.




Namun, Nabi Sulaiman hanya meminta maaf dan bertitah,

“Kamu tidak perlu memberikanku hadiah ini kerana apa yang Allah kurniakan
kepadaku adalah lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu. Bukan
aku memandang rendah kepada pemberian kamu tetapi kamu lah yang bermegah
dengan kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu. Pulanglah ke negerimu, jika mereka
semua tidak mahu beriman, maka kami akan membawa angkatan tentera yang besar
jumlahnya dan mengeluarkan kalian semua dari negeri Saba’ dalam keadaan hina dan
menjadi orang-orang tawanan.”

Ya kawan-kawan,
Kita patut meneladani sifat Ratu Balqis yang mengadakan perbincangan sesama
menteri dan ahli cerdik pandai sebelum membuat keputusan. Mencapai kata sepakat
sangat penting sebelum bertindak. Hal ini sejajar dengan Perhimpunan Ulama
Sedunia bertujuan untuk menegaskan tentang kepentingan perpaduan dan
kesepakatan umat Islam. Selain itu, perhimpunan ini turut mengharamkan
pertumpahan darah antara orang Islam yang berbeza mazhab dan aliran. Secara
umumnya, perhimpunan ini membuktikan betapa pentingnya sepakatan untuk
mencapai sesuatu keputusan yang bernas dan memuaskan hati semua pihak.

Kawan-kawan,
Delegasi tersebut pun pulang ke Negeri Saba, dan mengkhabarkan berita itu kepada
Ratu Balqis. Ratu Balqis yang lebih pentingkan kedamaian memilih untuk mengikut
ajaran Nabi Sulaiman dan menghadap baginda di istananya.
Bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada
pengikutnya untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari Negeri Saba’ ke istananya.
"Wahai pengikut-pengikutku, siapakah antara kamu yang dapat membawa istananya
di negeri Saba’ kepadaku sebelum mereka mengadapku?
Lantas jin Ifrit menyahut:
 "Aku boleh membawakan istana Ratu Balqis sebelum engkau bangun dari tempat
dudukmu,”
Kemudian seorang hamba Allah yang beriman menjawab:
“Aku boleh membawakan istana itu dengan sekelip mata,”
Belum sempat Nabi Sulaiman mengerdipkan matanya, baginda terlihat singgahsana
itu terletak di sisinya, maka Nabi Sulaiman bertitah:
“Sesungguhnya, hal ini merupakan sebahagian kurniaan Allah untuk menguji sama ada
aku bersyukur atau tidak atas segala nikmat yang dianugerahkannya. Dan
sebenarnya, sesiapa yang bersyukur, Allah gandakan lagi nikmatnya kerana
sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha pemurah,”
Sebagaimana dalam firman Allah yang berbunyi:
Kawan-kawan,
                           Setibanya Balqis di istana itu,
                           Sungguh terkejut dan terkedu,
                           Berasa bingung dan ragu-ragu,
                          Istanamu sama seperti istanaku.

                            Istana ini dibawa dari Saba,
                         Nabi Sulaiman membuat pengakuan,
                         Bukan air yang dipijak tetapi kaca,
                           Akhirnya Balqis sujud beriman.

Nabi Sulaiman bertanya kepada Balqis akan istananya itu. Lalu, Ratu Balqis pun
mengakui bahawa bentuk istana Nabi Sulaiman menyerupai istananya. Nabi Sulaiman
mengakui bahawa baginda telah membawa istana Ratu Balqis kepadanya dengan izin
Allah dan mempersilakan Ratu Balqis masuk ke dalam istana. Lantai istana tersebut
diperbuat dari kaca yang nipis, jernih, rata dan licin. Di bawah lantai tersebut
dialirkan air sehingga lantai istana berkenaan kelihatan dilimpahi air. Maka, Ratu
Balqis segera berjalan masuk ke dalam istana yang indah tersebut. Melihat lantainya
yang dipenuhi dengan air, dia lantas menyingkap kainnya agar tidak basah terkena
air sehingga memperlihatkan kedua-dua belah betisnya.

“Janganlah kamu menyingkap kainmu itu. Lantai itu diperbuat dari kaca yang sangat
nipis dan licin dan bukan dilimpahi air. Oleh sebab di bawah lantai tersebut dialirkan
air, maka lantai itu tampak berkilau-kilau seolah-olah adanya air,” Nabi Sulaiman
menjelaskan perkara berkenaan.

                       Takperlu kau singkapi labuhan kainmu
                      Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
                       Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
                       Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
                                  (nasyid UNIC)

Mendengar kata-kata Nabi Sulaiman, Puteri Balqis merasa amat kerdil sekali dan
insaf dengan kekhilafan dirinya. Selama ini dia memikirkan kekayaan yang dimilikinya
merupakan kebahagiaan dan kekuasaan yang paling besar di dunia. Dia tidak sedar
akan keagungan dan kebesaran kuasa Allah.

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri dengan menyembah
matahari. Aku telah tersesat dan melalaikan nikmat yang diberikan oleh-Mu.
Ampunilah diriku ini. Kini aku tunduk kepada-Mu dan berserah diri kepada Sulaiman,
nabi-Mu dengan penuh keyakinan.

Ya kawan-kawan,
Seharusnya kita mencontohi sifat Ratu Balqis yang merendah diri dan sanggup
mengadap Nabi Sulaiman di istananya. Selain itu, sifat Nabi Sulaiman juga turut
diteladani kerana sentiasa merendah diri walaupun mempunyai kerajaan yang luas.
Seharusnya, seorang pemimpin hendaklah mengamalkan sifat merendah diri dan
berjiwa rakyat. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa Sultan Muhammad IV
yang merupakan sultan berjiwa rakyat. Baginda telah mengimamkan solat hajat yang
disertai ribuan rakyat Kelantan. Baginda juga turut membuka Istana Air Mata, Kota
Bharu bagi menjalankan solat terawikh bersama rakyat jelata.

                       Berfikir sebelum membuat tindakan,
                        Amalkan diskusi dan perbincangan;
                        Tabah dan sabar dalam kehidupan,
                       Demikianlah kisah ambil pengajaran.

                          Saya memohon mengundur diri,
                          Salah dan silap harap dimaafi,
                          Berakhir sudah sebuah cerita,
                         Moga menjadi pedoman berharga.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Contenu connexe

Tendances

Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizat
sue2217
 
2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullah2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullah
Kamarudin Jaafar
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
Guru Sejarah PraU
 
Perang badar n perang uhud
Perang  badar n perang uhudPerang  badar n perang uhud
Perang badar n perang uhud
aqilahaishah
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikat
E wan
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Fuad Ee
 

Tendances (20)

Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizat
 
Sirah nabi muhammad s.a.w
Sirah nabi muhammad s.a.wSirah nabi muhammad s.a.w
Sirah nabi muhammad s.a.w
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Cerita teladan
Cerita teladanCerita teladan
Cerita teladan
 
Soalan kuiz maulidur rasul
Soalan kuiz maulidur rasulSoalan kuiz maulidur rasul
Soalan kuiz maulidur rasul
 
2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullah2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullah
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM SEM 2
ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM SEM 2ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM SEM 2
ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM SEM 2
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Khalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-KhattabKhalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-Khattab
 
Biodata nabi Muhammad Saw
Biodata nabi Muhammad SawBiodata nabi Muhammad Saw
Biodata nabi Muhammad Saw
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Perang badar n perang uhud
Perang  badar n perang uhudPerang  badar n perang uhud
Perang badar n perang uhud
 
Maulidur Rasul
Maulidur RasulMaulidur Rasul
Maulidur Rasul
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikat
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
 
Pelajaran 8 hindari dosa dosa besar
Pelajaran 8 hindari dosa dosa besarPelajaran 8 hindari dosa dosa besar
Pelajaran 8 hindari dosa dosa besar
 
teks Pengerusi Tetap.doc
teks Pengerusi Tetap.docteks Pengerusi Tetap.doc
teks Pengerusi Tetap.doc
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Doa majlis ilmu
Doa majlis ilmuDoa majlis ilmu
Doa majlis ilmu
 

En vedette

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
ku d pulau Mahsuri
 
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perianTeks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
IPGM_KDRI
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
zahorien
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Wendy Lim Siew
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
andry_dwi
 
Belajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aBelajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub a
Muhsin Hariyanto
 
Kisah2 nabi 25
Kisah2 nabi 25Kisah2 nabi 25
Kisah2 nabi 25
siburjarum
 
Cadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk copy
Cadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk   copyCadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk   copy
Cadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk copy
Norhanizar Binti Hassan
 

En vedette (20)

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perianTeks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
2. teks tongkat mukjizat
2. teks tongkat mukjizat2. teks tongkat mukjizat
2. teks tongkat mukjizat
 
2. teks dugaan n. yusuf
2. teks dugaan n. yusuf2. teks dugaan n. yusuf
2. teks dugaan n. yusuf
 
Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
Belajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aBelajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub a
 
Belajar khat
Belajar khatBelajar khat
Belajar khat
 
Kisah2 nabi 25
Kisah2 nabi 25Kisah2 nabi 25
Kisah2 nabi 25
 
Kisah nabi muhammad 2
Kisah nabi muhammad 2Kisah nabi muhammad 2
Kisah nabi muhammad 2
 
Kisah nabi nuh
Kisah nabi nuhKisah nabi nuh
Kisah nabi nuh
 
Cadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk copy
Cadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk   copyCadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk   copy
Cadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk copy
 
Ki kd pa islam dan bp sd
Ki kd pa islam dan bp sdKi kd pa islam dan bp sd
Ki kd pa islam dan bp sd
 
nabi ismail
nabi ismailnabi ismail
nabi ismail
 
Nabi Sulaiman AS
Nabi Sulaiman ASNabi Sulaiman AS
Nabi Sulaiman AS
 

Similaire à Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)

Kebijaksanaan hud hud
Kebijaksanaan hud hudKebijaksanaan hud hud
Kebijaksanaan hud hud
syiya
 
Kisah Nabi Sulaiman AS Lengkap
Kisah Nabi Sulaiman AS LengkapKisah Nabi Sulaiman AS Lengkap
Kisah Nabi Sulaiman AS Lengkap
Firdika Arini
 
Nabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daud
Nabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daudNabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daud
Nabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daud
Ernal ZBakrie
 
TAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-Namlu
TAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-NamluTAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-Namlu
TAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-Namlu
ssuserb4826b
 
7 fakta jin yang tersebut dalam al
7 fakta jin yang tersebut dalam al7 fakta jin yang tersebut dalam al
7 fakta jin yang tersebut dalam al
Shaiful Hj Awang
 
Surah ad dhuha
Surah ad dhuhaSurah ad dhuha
Surah ad dhuha
Izam Din
 
Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)
Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)
Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)
Berbagi Semangat
 
Kisah nabi zulkifli1
Kisah nabi zulkifli1Kisah nabi zulkifli1
Kisah nabi zulkifli1
maniz network
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
kelantan999
 

Similaire à Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013) (20)

Kebijaksanaan hud hud
Kebijaksanaan hud hudKebijaksanaan hud hud
Kebijaksanaan hud hud
 
Kisah Nabi Sulaiman AS Lengkap
Kisah Nabi Sulaiman AS LengkapKisah Nabi Sulaiman AS Lengkap
Kisah Nabi Sulaiman AS Lengkap
 
Nabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daud
Nabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daudNabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daud
Nabi sulaiman adalah salah seorang putera nabi daud
 
TAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-Namlu
TAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-NamluTAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-Namlu
TAFSIR Al QURAN bagi ayat surah an-Namlu
 
7 fakta jin yang tersebut dalam al
7 fakta jin yang tersebut dalam al7 fakta jin yang tersebut dalam al
7 fakta jin yang tersebut dalam al
 
JALSAH KISAH RASULULLAH.pptx
JALSAH KISAH RASULULLAH.pptxJALSAH KISAH RASULULLAH.pptx
JALSAH KISAH RASULULLAH.pptx
 
(Prophet sulaiman as) fix
(Prophet sulaiman as) fix(Prophet sulaiman as) fix
(Prophet sulaiman as) fix
 
Kisah nabi sulaiman
Kisah nabi sulaimanKisah nabi sulaiman
Kisah nabi sulaiman
 
Kisah-kisah 1001 Malam.pdf
Kisah-kisah 1001 Malam.pdfKisah-kisah 1001 Malam.pdf
Kisah-kisah 1001 Malam.pdf
 
Surah ad dhuha
Surah ad dhuhaSurah ad dhuha
Surah ad dhuha
 
Hikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanHikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantan
 
Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)
Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)
Biografi Utsman bin Affan (bagian 02)
 
Ibrah Kisah Nabi Sulaiman dan Detik Ketibaan Malikatu Saba'
Ibrah Kisah Nabi Sulaiman dan Detik Ketibaan Malikatu Saba'Ibrah Kisah Nabi Sulaiman dan Detik Ketibaan Malikatu Saba'
Ibrah Kisah Nabi Sulaiman dan Detik Ketibaan Malikatu Saba'
 
PAI/SA-11/Kel. 11/Nabi sholih alaihissalam
PAI/SA-11/Kel. 11/Nabi sholih alaihissalamPAI/SA-11/Kel. 11/Nabi sholih alaihissalam
PAI/SA-11/Kel. 11/Nabi sholih alaihissalam
 
My Presentation
My PresentationMy Presentation
My Presentation
 
Kisah nabi zulkifli1
Kisah nabi zulkifli1Kisah nabi zulkifli1
Kisah nabi zulkifli1
 
2. teks unta mukjizat
2. teks unta mukjizat2. teks unta mukjizat
2. teks unta mukjizat
 
Hikayat raja
Hikayat rajaHikayat raja
Hikayat raja
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 

Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)

  • 1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan seterusnya hadirin hadirat yang saya hormati. (pantun) Sinar mentari menyilau mata, Terlalu terik berusaha menahan; Kebijaksanaan Hud-Hud tajuk cerita, Buat pedoman hadirin sekalian. Tahukah hadirin sekalian burung hud-hud merupakan sejenis burung belatuk? Walaupun saiznya kecil, kebijaksanaannya amat mengagumkan. Sikapnya yang taat kepada pemimpin telah mengangkat burung Hud-hud menjadi kepercayaan nabi Sulaiman. Oleh sebab itu, burung hud-hud dilantik sebagai perisik bagi kerajaan Nabi Sulaiman. Hadirin hadirat sekelian, Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita hendaklah memupuk perasaan kasih sayang antara sesama makhluk. Kita digalakkan memupuk kasih sayang bukan sahaja sesama manusia bahkan terhadap haiwan dan juga alam sekitar. Kita dilarang menganiayai haiwan dan alam sekitar kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah. Hal ini sejajar dengan usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas tani Dato’ Seri Noh Omar yang berusaha untuk menubuhkan Majlis Kebajikan Binatang Malaysia yang turut melibatkan beberapa NGO untuk melindungi kepentingan haiwan di negara ini. (syair) Nabi Sulaiman sudah murka, Kerana Hud-hud langsung tiada; Tanpa alasan kukuh hukuman tersedia, Akhirnya datang membawa berita. Kawan-kawan, Ketika memeriksa barisan tenteranya dari kalangan burung-burung, baginda menyedari bahawa burung Hud-hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda akan menjatuhkan hukuman sekiranya ketidakhadiran hud-hud tanpa alasan yang jelas. Walaupun Nabi Sulaiman berasa marah, namun baginda bersikap rasional dalam membuat keputusan. Baginda tetap akan memaafkan Hud- hud sekiranya burung kecil itu menjelaskan alasan yang munasabah.
  • 2. Janganlah gopoh membuat keputusan, Supaya tidak timbul penyesalan, Itulah akhlak orang beriman, Mari bersama kita amalkan. Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara. Tindakan yang diambil secara emosional boleh memudaratkan kita. Sebagaimana yang dipaparkan di dalam harian metro baru-baru ini kes seorang isteri menikam belakang suaminya sendiri kerana menegur perbuatannya yang kerap keluar rumah tanpa izin. Oleh itu, jangan sesekali bersikap emosional atau terlalu mengikut perasaan. Kita hendaklah mencontohi sikap Nabi Sulaiman yang tidak membuat keputusan secara terburu-buru dan memberi peluang kepada Hud-hud untuk mengemukakan alasannya. Kawan-kawan, Tidak lama kemudian, Hud-hud pun datang. Dia sedar akan kelewatannya itu. Namun, dia tidak takut kerana dia perlu menyampaikan amanah untuk dihadapkan kepada Nabi Sulaiman. Tanpa membuang masa, Hud-hud mengkhabarkan berita yang menjadi punca keterlewatannya. “Aku datang dari Negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya,” kata Hud-Hud (nasyid) Negeri itu bernama Saba Rajanya pula seorang perempuan Sangat berkuasa atas rakyatnya Sayang sekali dipengaruhi syaitan. Mendengar akan perkhabaran itu, seluruh perhimpunan merasa terkejut dan kagum dengan kebijaksanaan Hud-Hud yang mendapatkan maklumat tentang keadaan politik di Negeri Saba yang diperintah oleh Ratu Balqis. Sementara itu, Nabi Sulaiman pula bertindak untuk menyiasat dahulu kebenaran apa yang telah dikhabarkan oleh hud-hud tersebut. Kawan-kawan, Nabi Sulaiman pun memanggil Hud-Hud menghadapnya. Bagi mengesahkan laporan tentang Negeri Saba, Nabi Sulaiman mengarahkan Hud-Hud mengutuskan surat
  • 3. kepada Ratu Balqis. Lalu Nabi Sulaiman bertitah, “Jatuhkanlah surat ini kepada Ratu Balqis. Setelah itu, sembunyikan diri kamu dan perhatikan reaksi mereka,” Tanpa berlengah lagi, Hud-hud terbang melewati mahligai Ratu Balqis dan melalui jendela istana, lalu menjatuhkan surat tersebut betul-betul dihadapan Ratu Balqis. Setelah itu, Hud-hud segera menyembunyikan diri sambil memerhatikan reaksi Ratu Balqis. Hud-hud pun pulang untuk melaporkan kepada nabi Sulaiman tentang apa yang didengarinya Kawan-kawan, Seterusnya, Ratu Balqis membuka dan membacanya surat tersebut. Menteri pembesar dan cerdik pandai, Hadir berkumpul untuk berdiskusi; Memilih perang ataupun damai, Semua angkara surat misteri. Kawan-kawan, Ratu Balqis memilih untuk menghantar delegasi yang terdiri daripada orang-orang kenamaan dari Negeri Saba’ beserta hadiah-hadiah istimewa untuk diberikan kepada Nabi Sulaiman. Segera Hud-hud melaporkan kepada Nabi Sulaiman tentang tindakan yang bakal diambil oleh Ratu Balqis. Mendengar perkhabaran itu, Nabi Sulaiman pun membuat segala persiapan dan memanggil pengikut-pengikutnya untuk menyiapkan sebuah istana yang indah dan luar biasa. Dindingnya diperbuat dari kaca, lantainya terdiri dari emas dan perak, pasirnya juga dari intan dan berlian. Akhirnya, delegasi yang ditunggu-tunggu tiba dan Nabi Sulaiman menyambut kedatangan mereka dengan meriah. Delegasi tersebut merasa terkejut dengan kemewahan dan keindahan istana Nabi Sulaiman. Dengan perasaan malu, mereka menyampaikan utusan dan hadiah dari Ratu Balqis. Namun, Nabi Sulaiman hanya meminta maaf dan bertitah, “Kamu tidak perlu memberikanku hadiah ini kerana apa yang Allah kurniakan
  • 4. kepadaku adalah lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu. Bukan aku memandang rendah kepada pemberian kamu tetapi kamu lah yang bermegah dengan kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu. Pulanglah ke negerimu, jika mereka semua tidak mahu beriman, maka kami akan membawa angkatan tentera yang besar jumlahnya dan mengeluarkan kalian semua dari negeri Saba’ dalam keadaan hina dan menjadi orang-orang tawanan.” Ya kawan-kawan, Kita patut meneladani sifat Ratu Balqis yang mengadakan perbincangan sesama menteri dan ahli cerdik pandai sebelum membuat keputusan. Mencapai kata sepakat sangat penting sebelum bertindak. Hal ini sejajar dengan Perhimpunan Ulama Sedunia bertujuan untuk menegaskan tentang kepentingan perpaduan dan kesepakatan umat Islam. Selain itu, perhimpunan ini turut mengharamkan pertumpahan darah antara orang Islam yang berbeza mazhab dan aliran. Secara umumnya, perhimpunan ini membuktikan betapa pentingnya sepakatan untuk mencapai sesuatu keputusan yang bernas dan memuaskan hati semua pihak. Kawan-kawan, Delegasi tersebut pun pulang ke Negeri Saba, dan mengkhabarkan berita itu kepada Ratu Balqis. Ratu Balqis yang lebih pentingkan kedamaian memilih untuk mengikut ajaran Nabi Sulaiman dan menghadap baginda di istananya. Bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada pengikutnya untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari Negeri Saba’ ke istananya. "Wahai pengikut-pengikutku, siapakah antara kamu yang dapat membawa istananya di negeri Saba’ kepadaku sebelum mereka mengadapku? Lantas jin Ifrit menyahut: "Aku boleh membawakan istana Ratu Balqis sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu,” Kemudian seorang hamba Allah yang beriman menjawab: “Aku boleh membawakan istana itu dengan sekelip mata,” Belum sempat Nabi Sulaiman mengerdipkan matanya, baginda terlihat singgahsana itu terletak di sisinya, maka Nabi Sulaiman bertitah: “Sesungguhnya, hal ini merupakan sebahagian kurniaan Allah untuk menguji sama ada aku bersyukur atau tidak atas segala nikmat yang dianugerahkannya. Dan sebenarnya, sesiapa yang bersyukur, Allah gandakan lagi nikmatnya kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha pemurah,” Sebagaimana dalam firman Allah yang berbunyi:
  • 5. Kawan-kawan, Setibanya Balqis di istana itu, Sungguh terkejut dan terkedu, Berasa bingung dan ragu-ragu, Istanamu sama seperti istanaku. Istana ini dibawa dari Saba, Nabi Sulaiman membuat pengakuan, Bukan air yang dipijak tetapi kaca, Akhirnya Balqis sujud beriman. Nabi Sulaiman bertanya kepada Balqis akan istananya itu. Lalu, Ratu Balqis pun mengakui bahawa bentuk istana Nabi Sulaiman menyerupai istananya. Nabi Sulaiman mengakui bahawa baginda telah membawa istana Ratu Balqis kepadanya dengan izin Allah dan mempersilakan Ratu Balqis masuk ke dalam istana. Lantai istana tersebut diperbuat dari kaca yang nipis, jernih, rata dan licin. Di bawah lantai tersebut dialirkan air sehingga lantai istana berkenaan kelihatan dilimpahi air. Maka, Ratu Balqis segera berjalan masuk ke dalam istana yang indah tersebut. Melihat lantainya yang dipenuhi dengan air, dia lantas menyingkap kainnya agar tidak basah terkena air sehingga memperlihatkan kedua-dua belah betisnya. “Janganlah kamu menyingkap kainmu itu. Lantai itu diperbuat dari kaca yang sangat nipis dan licin dan bukan dilimpahi air. Oleh sebab di bawah lantai tersebut dialirkan air, maka lantai itu tampak berkilau-kilau seolah-olah adanya air,” Nabi Sulaiman menjelaskan perkara berkenaan. Takperlu kau singkapi labuhan kainmu Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman Bukannya air yang kau pijak tapi kaca Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya (nasyid UNIC) Mendengar kata-kata Nabi Sulaiman, Puteri Balqis merasa amat kerdil sekali dan insaf dengan kekhilafan dirinya. Selama ini dia memikirkan kekayaan yang dimilikinya merupakan kebahagiaan dan kekuasaan yang paling besar di dunia. Dia tidak sedar
  • 6. akan keagungan dan kebesaran kuasa Allah. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri dengan menyembah matahari. Aku telah tersesat dan melalaikan nikmat yang diberikan oleh-Mu. Ampunilah diriku ini. Kini aku tunduk kepada-Mu dan berserah diri kepada Sulaiman, nabi-Mu dengan penuh keyakinan. Ya kawan-kawan, Seharusnya kita mencontohi sifat Ratu Balqis yang merendah diri dan sanggup mengadap Nabi Sulaiman di istananya. Selain itu, sifat Nabi Sulaiman juga turut diteladani kerana sentiasa merendah diri walaupun mempunyai kerajaan yang luas. Seharusnya, seorang pemimpin hendaklah mengamalkan sifat merendah diri dan berjiwa rakyat. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa Sultan Muhammad IV yang merupakan sultan berjiwa rakyat. Baginda telah mengimamkan solat hajat yang disertai ribuan rakyat Kelantan. Baginda juga turut membuka Istana Air Mata, Kota Bharu bagi menjalankan solat terawikh bersama rakyat jelata. Berfikir sebelum membuat tindakan, Amalkan diskusi dan perbincangan; Tabah dan sabar dalam kehidupan, Demikianlah kisah ambil pengajaran. Saya memohon mengundur diri, Salah dan silap harap dimaafi, Berakhir sudah sebuah cerita, Moga menjadi pedoman berharga. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.