SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
DRAF BUKU PANDUAN
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN (SEGAK)
SEKOLAH RENDAH
SULIT
MEI 2006
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pengenalan
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah
dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Sekolah Rendah.
Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum
boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.
Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan
sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut
norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.
“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian
ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun
2007. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan
berpusat.
Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian
yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat
memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Definisi Kecergasan Fizikal
“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi
dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai
penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan
keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya
kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”
Falls, 1980
Matlamat
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
2
SULIT
Objektif
Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
Prosedur
Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam
buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur,
kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur
murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.
Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.
Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih
dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau
keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.
Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;
1. Tekan Tubi ( 1 minit )
2. Rengkuk (1 minit )
3. Jangkauan Melunjur
4. Naik Turun Bangku ( 3 minit )
Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini
perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada
bulan yang sama.
Persediaan
1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan
aerobik.
2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani
ujian.
Keselamatan
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan
fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
3
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Prinsip Latihan
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi
prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut:
1. Prinsip tambah bebanan
Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur
berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini
melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.
2. Prinsip perbezaan individu
Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus
menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.
3. Prinsip kekhususan
Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan
kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.
4. Prinsip kebolehbalikan
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak
dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.
5. Prinsip kepelbagaian latihan
Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam
sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.
Pelaporan
1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.
4
Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
Tujuan:
Menilai komposisi badan
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.
Prosedur:
1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan
mengukur ketinggian dalam meter.
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.
Lelaki
Umur
(Tahun) Kurang berat Normal
Berisiko Berat
Berlebihan Berat berlebihan
9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0
10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2
11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2
12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2
13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2
14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0
15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8
5
16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6
17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2
Perempuan
Umur
(Tahun) Kurang berat Normal
Berisiko Berat
Berlebihan Berat berlebihan
9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8
10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9
11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0
12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2
13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2
14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2
15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0
16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8
17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6
(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
6
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Jantina:
Lelaki
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
3. Rakaman/ Metronome
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar
40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah
ditegur oleh guru.
Bersedia Detik Pertama Detik Kedua
7
2 detik 1 kiraan
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Jantina:
Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
3. Rakaman/Metronome
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar
40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
bersedia Detik Pertama Detik Kedua
8
2 detik 1 kiraan
Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Jantina :
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan :
1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2. Pita ukur
3. Rakaman / CD/ Metronome
4. Jam randik
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak
antara pita adalah 10 cm.
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.
Prosedur :
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa
menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian
luar pelekat pertama.
5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome
dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu
diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat
kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada
kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang
seterusnya.
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari
dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A.
9. Murid B mengira ulangan perlakuan.
10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
10.1 Berasa tidak selesa.
10.2 Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome.
9
10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna
untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh
guru.
10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
10.5 Tumit diangkat.
Panduan guru
Lakuan rengkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul
1. Rapatkan belakang ke lantai.
2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.
Sedia Detik Pertama Detik Kedua
2 detik 1 kiraan
10
Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur
Tujuan:
Mengukur fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah)
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda
23 sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke
dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.
11
Sedia Jangkau Rehat
Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm
2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman atau Metronome
Pengurusan dan organisasi:
1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak
bergerak semasa ujian dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun
diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
12
13
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)
LELAKI 12 - 17 TAHUN
TEKAN TUBI
ULANGAN SKOR
5
4
3
2
1
RENGKUK 1 MINIT
ULANGAN SKOR
5
4
3
2
1
JANGKAUAN MELUNJUR
JARAK SKOR
5
4
3
2
1
NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT
MASA SKOR
5
4
3
2
1
14
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)
PEREMPUAN 12 - 17 TAHUN
TEKAN TUBI
ULANGAN SKOR
5
4
3
2
1
RENGKUK 1 MINIT
ULANGAN SKOR
5
4
3
2
1
JANGKAUAN MELUNJUR
JARAK SKOR
5
4
3
2
1
NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT
MASA SKOR
Kurang daripada 100 denyutan 5
115 – 101 denyutan 4
3
2
1
15
KEPUTUSAN KESELURUHAN
SETELAH MELAKUKAN 5 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH
KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN
PEMARKAHAN
BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN
1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG
2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK
3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK
4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA
5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI
16
ULASAN SKOR AKTIVITI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
UJIAN TEKAN TUBI
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI
5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal
anda dengan meneruskan latihan
berkala supaya tidak berlaku
kebolehbalikan.
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, ping pong atau
hoki.
4 Kekalkan kecergasan fizikal anda
dengan meneruskan latihan berkala
dan melakukan prinsip tambah
bebanan.
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 30 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, badminton atau
hoki.
3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda
dengan menggunakan prinsip tambah
bebanan.
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, badminton atau
bola keranjang.
2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan
fizikal. Dapatkan nasihat guru
Pendidikan Jasmani anda.
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-
kurangnya 30 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, bola jaring atau
bola baling.
1 Perlu berusaha dengan menjalani
latihan yang khusus untuk membina
kekuatan dan dayatahan otot dengan
bimbingan guru Pendidikan Jasmani.
Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti
tekan tubi selama 5 minit setiap pagi
dan petang. Kekerapan latihan
memainkan peranan penting dalam
latihan. Selain itu anda perlu
melakukan riadah setiap hari. Berjalan
laju dan bersukan setiap petang.
UJIAN RENGKUK
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI
5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal
anda dengan meneruskan latihan
berkala supaya tidak berlaku
kebolehbalikan.
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, ping pong atau
hoki.
4 Kekalkan kecergasan fizikal anda
dengan meneruskan latihan berkala
dan melakukan prinsip tambah
bebanan.
Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 30 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, badminton atau
hoki.
17
3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda
dengan menggunakan prinsip tambah
bebanan.
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, badminton atau
bola keranjang.
2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan
fizikal. Dapatkan nasihat guru
Pendidikan Jasmani anda.
Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-
kurangnya 30 minit setiap kali seperti
bermain bola tampar, bola jaring atau
bola baling.
1 Perlu berusaha dengan menjalani
latihan yang khusus untuk membina
kekuatan dan dayatahan otot dengan
bimbingan guru Pendidikan Jasmani.
Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti
rengkuk selama 5 minit setiap pagi dan
petang. Kekerapan latihan memainkan
peranan penting dalam latihan. Selain
itu anda perlu melakukan riadah setiap
hari. Berjalan laju dan bersukan setiap
petang.
PERNYATAAN UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR
JUMLAH SKOR
KESELURUHAN
PERNYATAAN
5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti
mematuhi prinsip latihan.
4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap
cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan
rengkuk.
3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh
dicapai dengan melakukan aktiviti seperti
berenang dan senamrobik.
2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap
pencapaian yang dikehendaki dengan
melakukan aktiviti duduk dan kilas lebih
kerap.
1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan
kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang
dan bangkit tubi.
18
PERNYATAAN UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT
JUMLAH SKOR
KESELURUHAN
PERNYATAAN
5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti
mematuhi prinsip latihan.
4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap
cemerlang seperti aktiviti senamrobik dan
joging.
3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh
dicapai dengan melakukan aktiviti seperti
berenang, fartlek dan par course.
2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap
pencapaian yang dikehendaki dengan
melakukan aktiviti naik turun tangga 3 kali
seminggu.
1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan
daya tahan kardiovaskular lebih kerap seperti
lompat tali, berbasikal dan joging
19

More Related Content

What's hot

20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)sham7482
 
Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Jimmy Siow
 
Ujian segak pjpk
Ujian segak  pjpkUjian segak  pjpk
Ujian segak pjpkSen Sei
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanSignorina Nurshuadah Aripin
 
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)Lianah77
 
Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016takdir10
 
Pos ppdb 2013 refisi
Pos ppdb 2013   refisiPos ppdb 2013   refisi
Pos ppdb 2013 refisiZoe Cube
 
Gimnastik spts
Gimnastik sptsGimnastik spts
Gimnastik sptsJimmy Siow
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRinaskdpk
 
Instrumen d pajsk edaran sekolah
Instrumen d pajsk edaran sekolahInstrumen d pajsk edaran sekolah
Instrumen d pajsk edaran sekolahnarazlanzz
 
Pjpk rpt 2014 f2
Pjpk rpt 2014 f2Pjpk rpt 2014 f2
Pjpk rpt 2014 f2Azam RQ
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)nzaheira80
 

What's hot (16)

Panduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAKPanduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAK
 
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
 
Segak
SegakSegak
Segak
 
Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008
 
Ujian segak pjpk
Ujian segak  pjpkUjian segak  pjpk
Ujian segak pjpk
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
 
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4
 
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
Ass hbpe 2203 pjk (recovered)
 
Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016Bengkel peers dan segak pend khas 2016
Bengkel peers dan segak pend khas 2016
 
Pos ppdb 2013 refisi
Pos ppdb 2013   refisiPos ppdb 2013   refisi
Pos ppdb 2013 refisi
 
Gimnastik spts
Gimnastik sptsGimnastik spts
Gimnastik spts
 
Gimrama spts
Gimrama sptsGimrama spts
Gimrama spts
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
 
Instrumen d pajsk edaran sekolah
Instrumen d pajsk edaran sekolahInstrumen d pajsk edaran sekolah
Instrumen d pajsk edaran sekolah
 
Pjpk rpt 2014 f2
Pjpk rpt 2014 f2Pjpk rpt 2014 f2
Pjpk rpt 2014 f2
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
 

Similar to SEGAK

Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Sobri Ismail
 
Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007jefriamer
 
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptPanduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptnorzarieynaazirawati
 
taklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptxtaklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptxssusercb9a58
 
Nota beteri ujian
Nota beteri ujianNota beteri ujian
Nota beteri ujianzainal saim
 
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesTes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesDaniarhaqiyah Riyadi
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013 Jimmy Siow
 
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxMINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxsahiran1
 
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docxMINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docxsahiran1
 
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptxPenilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptxnajibrendra
 
Taklimat SEGAK Tahun 6.pptx
Taklimat SEGAK Tahun 6.pptxTaklimat SEGAK Tahun 6.pptx
Taklimat SEGAK Tahun 6.pptxssuser4ecc97
 
Kertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukanKertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukanNorazlima Limat
 
2008 ujian segak
2008 ujian segak2008 ujian segak
2008 ujian segakJimmy Siow
 
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdfPANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdfAnnaIsa3
 
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...DonnySaviola1
 
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...safuan7
 
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...jury04
 

Similar to SEGAK (20)

Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)
 
Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007
 
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptPanduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
 
taklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptxtaklimat Ujian SEGAK.pptx
taklimat Ujian SEGAK.pptx
 
Makalah tkji smp
Makalah tkji smpMakalah tkji smp
Makalah tkji smp
 
Nota beteri ujian
Nota beteri ujianNota beteri ujian
Nota beteri ujian
 
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesTes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
 
Modul 2 cetak
Modul 2 cetakModul 2 cetak
Modul 2 cetak
 
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxMINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
 
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docxMINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
 
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptxPenilaian-kebugaran-jasmani.pptx
Penilaian-kebugaran-jasmani.pptx
 
Taklimat SEGAK Tahun 6.pptx
Taklimat SEGAK Tahun 6.pptxTaklimat SEGAK Tahun 6.pptx
Taklimat SEGAK Tahun 6.pptx
 
Kertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukanKertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukan
 
2008 ujian segak
2008 ujian segak2008 ujian segak
2008 ujian segak
 
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdfPANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
 
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
 
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 - Standard Kecergasan Fizikal...
 
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (...
 

SEGAK

  • 1. DRAF BUKU PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH SULIT
  • 2. MEI 2006 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Pengenalan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah. Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2007. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Definisi Kecergasan Fizikal “Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” Falls, 1980 Matlamat Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 2 SULIT
  • 3. Objektif Murid dapat : 1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; 2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; 3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan 5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Prosedur Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut; 1. Tekan Tubi ( 1 minit ) 2. Rengkuk (1 minit ) 3. Jangkauan Melunjur 4. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama. Persediaan 1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik. 2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian. Keselamatan 1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : (a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal; (b) mengidap penyakit kronik; dan (c) tidak sihat pada waktu ujian. 2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. 3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. 3
  • 4. 4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. 5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan. 6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan. Prinsip Latihan Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut: 1. Prinsip tambah bebanan Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan. 2. Prinsip perbezaan individu Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu. 3. Prinsip kekhususan Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi. 4. Prinsip kebolehbalikan Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. 5. Prinsip kepelbagaian latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan. Pelaporan 1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka. 2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid. 3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah. 4
  • 5. Nama Ujian: Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) Tujuan: Menilai komposisi badan Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Pengukur tinggi 2. Penimbang berat 3. Borang skor Pengurusan dan organisasi: Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula. Prosedur: 1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. 2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut: Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m) 3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan. Lelaki Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan 9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0 10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2 11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2 12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2 13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2 14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0 15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8 5
  • 6. 16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6 17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2 Perempuan Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan 9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8 10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9 11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0 12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2 13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2 14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2 15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0 16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8 17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6 (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000) 6
  • 7. Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 Jantina: Lelaki Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 3. Rakaman/ Metronome Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit. Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit. 3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ; a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome. b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru. Bersedia Detik Pertama Detik Kedua 7
  • 8. 2 detik 1 kiraan Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 Jantina: Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 3. Rakaman/Metronome Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan. 2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit. 3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ; a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome. b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru. bersedia Detik Pertama Detik Kedua 8
  • 9. 2 detik 1 kiraan Nama Ujian: Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen Tahap : Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 Jantina : Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm 2. Pita ukur 3. Rakaman / CD/ Metronome 4. Jam randik Pengurusan dan organisasi: 1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm. 2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit. Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. 3. Buka kaki seluas bahu. 4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. 5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. 8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A. 9. Murid B mengira ulangan perlakuan. 10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :- 10.1 Berasa tidak selesa. 10.2 Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome. 9
  • 10. 10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru. 10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. 10.5 Tumit diangkat. Panduan guru Lakuan rengkuk yang tidak sempurna: 1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 2. Tumit diangkat. 3. Badan/ bahu senget. 4. Punggung terangkat. 5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak). Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul 1. Rapatkan belakang ke lantai. 2. Bahu sentuh lantai. 3. Rapatkan tumit ke lantai. 4. Seimbangkan bahu/badan. 5. Buka kaki. 6. Bengkokkan lutut. Sedia Detik Pertama Detik Kedua 2 detik 1 kiraan 10
  • 11. Nama Ujian: Jangkauan Melunjur Tujuan: Mengukur fleksibiliti Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 Jantina: Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah) 2. Borang skor. Pengurusan dan organisasi: 1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan. Prosedur: 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap. 5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. 6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan. 11
  • 12. Sedia Jangkau Rehat Nama Ujian: Naik Turun Bangku 3 minit Tujuan: Menilai Daya Tahan Kardiovaskular Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tahun 6 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm 2. Jam Randik 3. Borang Skor 4. Rakaman atau Metronome Pengurusan dan organisasi: 1. Aktiviti dijalankan berpasangan. 2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.) 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. Prosedur: 1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku. 3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’. 4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ). 5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. 6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan. 8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 12
  • 13. 13
  • 14. NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) LELAKI 12 - 17 TAHUN TEKAN TUBI ULANGAN SKOR 5 4 3 2 1 RENGKUK 1 MINIT ULANGAN SKOR 5 4 3 2 1 JANGKAUAN MELUNJUR JARAK SKOR 5 4 3 2 1 NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT MASA SKOR 5 4 3 2 1 14
  • 15. NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) PEREMPUAN 12 - 17 TAHUN TEKAN TUBI ULANGAN SKOR 5 4 3 2 1 RENGKUK 1 MINIT ULANGAN SKOR 5 4 3 2 1 JANGKAUAN MELUNJUR JARAK SKOR 5 4 3 2 1 NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT MASA SKOR Kurang daripada 100 denyutan 5 115 – 101 denyutan 4 3 2 1 15
  • 16. KEPUTUSAN KESELURUHAN SETELAH MELAKUKAN 5 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN 1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG 2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK 3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK 4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA 5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI 16
  • 17. ULASAN SKOR AKTIVITI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UJIAN TEKAN TUBI SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang- kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki. 4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang- kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki. 3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang- kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang. 2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang- kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling. 1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani. Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang. UJIAN RENGKUK SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang- kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki. 4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang- kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki. 17
  • 18. 3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang- kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang. 2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang- kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling. 1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani. Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti rengkuk selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang. PERNYATAAN UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR JUMLAH SKOR KESELURUHAN PERNYATAAN 5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan. 4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan rengkuk. 3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang dan senamrobik. 2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti duduk dan kilas lebih kerap. 1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang dan bangkit tubi. 18
  • 19. PERNYATAAN UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT JUMLAH SKOR KESELURUHAN PERNYATAAN 5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan. 4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang seperti aktiviti senamrobik dan joging. 3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang, fartlek dan par course. 2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti naik turun tangga 3 kali seminggu. 1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan daya tahan kardiovaskular lebih kerap seperti lompat tali, berbasikal dan joging 19