SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  54
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak

Tugasan :   1) pembentangan                                   17 Mac 2010
            2) penulisan ilmiah

Tajuk :           Model Dan Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Nama:             Hanisah bt. mohamed
            Hamidah bt ismail
            Akmal alifah bt luk
            Noor hayati bt osman
            Mohd redzuan bin hussin

Fakulti :   Seni dan Muzik

Jabatan:    Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Tempat:     Universiti Pendidikan Sultan Idris

Semakan:    Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam




                                                                                      1
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




                        SHV4193
     ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


                         TUGASAN
  MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


                        AHLI KUMPULAN :
        NAMA                                   NO. MATRIK
HANISAH BT. MOHAMED                          D20072031073
HAMIDAH BT ISMAIL                            D20072031075
AKMAL ALIFAH BT LUK                          D20072031077
NOOR HAYATI BT OSMAN                         D20071029802
MOHD REDZUAN BIN HUSSIN                      D20071029849




SEMESTER            :    (SESI 2 09/10)
PENSYARAH           :    EN. KAMARUL AZMAN B ABD.SALAM
KUMPULAN KULIAH :        A
TARIKH SERAHAN      :    10 MAC 2010


                                                                             2
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




ISI KANDUNGAN




Bil       Perkara                                                              M/s

           Pengenalan                                                          1

1.0        Definisi Perkembangan Awal Kanak-kanak                              2

2.0        Model & Teori Perkembangan Awal Kanak-kanak
       2.1 Model Perkembangan Awal Kanak-Kanak
           (a) Model Montessori                                                3
           (b) Pendekatan Regio Emilia                                         9

       2.2 Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak
           (a) Teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner                       13
           (b) Teori Pembelajaran Konstruktivisme
20
           (c) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget                         24

3.0         Pandangan & Pendapat Tokoh Dari Dalam & Luar Negara                34
            Mengenai Perkembangan Awal Kanak-kanak

4.0         Kajian-kajian Lepas Yang Menyentuh Aspek Model & Teori             39
            Perkembangan Awal Kanak-kanak

            Kesimpulan                                                         45

            Bibliografi                                                        47




                                                                                     3
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




PENGENALAN


       Kanak-kanak ialah manusia yang muda, iaitu seseorang yang masih belum
mencapai baligh. Kanak-kanak terbahagi kepada beberapa peringkat umur dan
mempunyai tahap kemampuan yang berbeza dengan bergantung kepada kanak-kanak
itu sendiri. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang
bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang
dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan
penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur
antara 0 sehingga 21 tahun).


       Sebenarnya, model dan teori perkembangan awal kanak-kanak terbahagi
kepada banyak jenis. Antara model yang terdapat dalam perkembangan awal kanak-
kanak ialah Model Projek, Model Pendekatan Reggio Emilia, Model Pendekatan
Eriksonian, Model Montessori dan Model Analisis Tingkah Laku. Selain itu, antara teori
yang berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak ialah Teori Kematangan atau
Kognitif, Teori Intreraksi, Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kecerdasan Emosi dan
Teori Tingkah Laku. Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah memilih Model Montessori
dan Model Reggio Emilia. Kebanyakan model mempunyai perkaitan dengan teori
bergantung kepada kandungan yang terdapat pada model tersebut. Model Montessori
ialah model yang diasaskan oleh Maria Montessori dan model ini berkaitan dengan
penerokaan kepada persekitaran, melalui penggunaan sensori-deria, belajar melalui
aktiviti bermain dan belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa tanpa
pembelajaran formal). Kaedah Montessori, mula diperkenalkan di Casa dei Bambini,
atau “Rumah Kanak-kanak”. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip, iaitu :


a) Kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi
   dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif
   yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan
   orang dewasa.


b) Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri sendiri. Kedua-dua prinsip berikut telah
   mengilhamkan beliau dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi,
   pengajaran dan latihan perguruan.

                                                                                          4
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




         Teori yang berkaitan dengan Model Montessori antaranya ialah berkaitan dengan
teori pendekatan Froebel, Teori Jean Piaget dan Vygotsky. Manakala Model Reggio
Emilia pula berasaskan prinsip sosial konstruktivis seperti Piaget, Dewey, Montessori
dan Vygotsky melihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanak, persekitaran fizikal
dan pengurusan ruang amat penting serta mendirikan sekolah berkeperluan khas.
Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkan
perkembangan      yang   dialami   oleh   kanak-kanak   serta    hubungan       rapat    untuk
membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan. Setiap
model dan teori perkembangan awal kanak-kanak adalah kaedah atau cara untuk
mendidik kanak-kanak supaya lebih berkesan dan sesuai dengan peringkat umur kanak-
kanak.
         .


   1.0 DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


         Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan
(1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, ‘Perubahan yang bersifat
kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi
perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang
terlebih dahulu’. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al.
(2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskan
kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif.


         Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh
diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-
kanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembagan adalah
perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti
perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk
menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan,
latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan et al.,2008).




                                                                                            5
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




2.0     MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


      2.1     MODEL PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


      a) Model Montessori


Latar Belakang Model Pendidikan Montessori


            Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952)
yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman
mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat
dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau
menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru
dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu,
beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan
ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua
idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak
menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau
seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada
kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa.
Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian
yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak
normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


            Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad
ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam
perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang
dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-
kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan
Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi
kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari
pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan
Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-
kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk

                                                                                              6
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh
Sequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga
adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau
tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010)
menyatakan,      seperti     Piaget   dan   Vygotsky,     Montessori      percaya     dalam     alam
pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada
perkembangan kanak-kanak.


Kaedah Mengajar


        Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua
kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam
kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


Ciri-ciri berikut adalah :
     Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”.

     Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.

     Semua kanak-kanak ingin belajar.

     Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.

     Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.

     Semua kanak-kanak ingin berdikari.


Montessori menekankan kepada :
     Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar
    yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh
    menggunakan deria mereka.
     Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching
    And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan
    daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak
    mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
     Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu
    usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan
    mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”,
    merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.
                                                                                                   7
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Matlamat Pendidikan Montessori


 Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara
menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.              Persatuan
Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan
bahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek
berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) :
    Penumpuan
    Kemahiran membuat pemerhatian
    Kesedaran dan segi susunan dan urutan
    Koordinasi
    Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
    Konsep matematik
    Kemahiran bahasa
    Kemahiran menulis dan membaca
    Kebiasaan dari segi seni kreatif
    Kefahaman tentang alam semulajadi
    Pengalaman dalam memahami sains sosial
    Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian
    masalah




Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu :


    Persekitaran Pusat Prasekolah.
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas
untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan
dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan
asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi
haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan
kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu


                                                                                           8
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik
dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).




    Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam
aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana
projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja.
Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-
kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru
rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


    Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan
hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang
bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji
kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi
intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti
kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


    Bahan
 Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar
 pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik
 setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut.
 Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina
 dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor
 Nurulhayati Aris et al., 2009).


    Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
           ♣    Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.

           ♣    Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria.

           ♣    Aktiviti yang bercorak akademik.



                                                                                               9
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




     Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
            ♣   Mengenakan butang baju
            ♣   Memasang tali kasut
            ♣   Menggilap kasut
            ♣   Menyikat rambut
            ♣   Menyiram pokok
            ♣   Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.


     Bahan Deria (Sensorial Material)
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
            ♣   Pink Tower
            ♣   Brown Stairs
            ♣   Red Rods
            ♣   Cylinder Block
            ♣   Smelling Jar
            ♣   Baric Tablets
            ♣   Latihan Mengecam Warna
            ♣   Sound Boxes
            ♣   Temperature Jugs
            ♣   Pelbagai Jenis Kain




SUASANA PEMBELAJARAN MONTESSORI




                                                                                           10
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak
Gambar: Berkerjasama dalam melakukan          Gambar: Aktiviti mengilap pasu




                                                                                  11
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




aktiviti menggunakan bahan montessori                      bunga.




ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI




Gambar: Pink Interlocking                         Gambar: Wooden Shapes &
Cubes Tower, Nester & More                                   Numbers




                                                                                   12
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Gambar: Butterfly Wave Tray Puzzle                  Gambar: Fruits 3-D Felt Motif Set




ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI




Gambar: First Storytime Book and CD Set           Gambar: Ten Ring Puzzle Stacker




Gambar: Lobster Spooning & Tonging Kit          Gambar: Wood Sequence Patterns
                                                           & Beads




b)    Pendekatan Reggio Emilia


      Seperti yang telah diketahui, Pendekatan Reggio Emilia adalah berasaskan
falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang yang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah
dan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam daerah Utara Itali di Emilia Romagna
selepas perang dunia kedua. Falsafah Malaguzzi dibina oleh John Dewey yang terjadi
lebih dahulu dalam kerja Pestalozzi dan Proebel. Gardner (1993) dalam Leonie
ARTHUR et al. (2005) menyatakan, walaupun begitu Reggio Emilia mempunyai
pendekatan yang lebih, tetapi telah mempertimbangkan di sini dalam tempoh waktu
                                                                                         13
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




pendekatannya kepada kurikulum, nota “itu adalah penggodaan kepada sifat romantik
Reggio”, Reggio adalah berkaitan dengan kawasan khusus di Itali dan tidak boleh
diambil dan dipindahkan ke negara lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan idea dasar
dalam pendekatan Reggio ke kurikulum boleh berhubung dalam konteks yang berbeza.


       Rinaldi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, imej kanak-
kanak dalam pendekatan Reggio adalah seperti “kaya, kuat, berkuasa”. Kesemua
kanak-kanak tidak mengira sama ada yang terlalu muda adalah dijangkakan bersosial
dan kanak-kanak juga dilihat sebagai perantaraan aktif dalam mendirikan pembelajaran
mereka sendiri. Melalui pendekatan Reggio, pemikiran kanak-kanak, idea-idea dan
persoalan-persoalan perlu diambil serius. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al.
(2005) menyatakan, model pendidik dalam pendekatan Reggio ialah mendengar kanak-
kanak, memajukan       kanak-kanak dengan       mengambil inisiatif       dan membimbing
pembelajaran mereka Malaguzzi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005)
menerangkan, pendidik berpusatkan model ialah untuk mengaktifkan (bermaksud
membuat mengikut kemampuan kanak-kanak).


       Edwards, Gandini & forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005)
menyatakan, pendekatan Reggio dalam kurikulum ialah berdasarkan kecemerlangan
intelektual kanak-kanak yang dididik melalui fokus sistematik yang diwakili oleh simbolik.
Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan memahami melalui (100
bahasa) mereka atau menunjukkan mod-mod, termasuklah bercakap, menulis, melukis,
mewarna, membina dan mengukir sebagaimana seperti permainan bayang-bayang,
menari, kolaj, permainan drama dan muzik. Kekuatan fokus dalam seni visual
bermaksud meneroka dunia dan menunjukkan sifat memahami pendidik di sekolah-
sekolah Reggio dan pusat asuhan, memberi perhatian bahawa banyak cara yang
membolehkan kanak-kanak menonjolkan diri mereka dan mencadangkan banyak
pendekatan tradisional untuk meremehkan kemampuan kanak-kanak.


       Pendekatan Reggio adalah berpusatkan kurikulum. Pendekatan kolaboratif
memfokuskan kepada pembelajaran, dengan kekuatan pasangan antara pendidik,
kanak-kanak, keluarga dan komuniti tempatan, penekanan dan mengambil hati kanak-
kanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecil
berpasangan. Spaggiari (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan,
pengurusan berasaskan komuniti mempromosikan ”interaksi yang kuat dan komunikasi”

                                                                                             13
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




antara pendidik-pendidik, keluarga kanak-kanak dan komuniti. Kerja pendidik dalam
pasangan mengajar dan berjumpa sebagai satu pasukan dengan pendidik yang lain
seperti satu keluarga. Katz (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan,
persekitaran-persekitaran adalah seperti di rumah dan ”atmosfera kehidupan bersifat
kumpulan”. Edward Gandini & Forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005)
menyatakan, kunci lain yang diperkenalkan ialah kelancaran dengan kanak-kanak
kumpulan yang sama dan tinggal bersama dengan pendidik untuk dua hingga tiga
tahun.


         Pendekatan Reggio Emilia adalah satu falsafah pendidikan pra-sekolah dan
berfokuskan kepada dasar pendidikan. Ia bermula daripada Loris Malaguzzi dan ibu
bapa dari desa-desa sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II. Kehancuran
daripada perang menyebabkan ibu bapa percaya mereka memerlukan sesuatu yang
baru dan pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Mereka berasa
bahawa dalam tahun-tahun awal perkembangan anak-anak yang membentuk siapa
penting bagi mereka sebagai individu. Hal ini menyebabkan penciptaan program
berdasarkan prinsip-prinsip rasa hormat, tanggungjawab, dan masyarakat melalui
penerokaan dan penemuan dalam menyokong dan memperkembangkan persekitaran
berdasarkan kepentingan anak-anak melalui kurikulum berpandukan diri.


Falsafah


         Pekan Reggio Emilia di Itali terkenal di seluruh dunia bagi pendekatan inovatif
pendidikan. Falsafah pendidikan telah dikenali sebagai Pendekatan Reggio Emilia yang
banyak bagi program pra-sekolah di seluruh dunia termasuk yang telah diubahsuai di
Amerika Syarikat. Falsafah Reggio Emilia berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut :


    ¬ Kanak-kanak harus mempunyai kawalan bagi arah belajar mereka.
    ¬ Kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman menyentuh, bergerak,
          mendengar, melihat, dan mendengar.
    ¬ Kanak-kanak mempunyai hubungan dengan kanak-kanak lain dan dengan
          material di dunia bahawa anak-anak harus dibiarkan untuk meneroka.
    ¬ Kanak-kanak harus kehabisan cara dan kesempatan untuk mengekspresikan
          diri.


                                                                                            14
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




       Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkan
perkembangan     yang   dialami   oleh   kanak-kanak    serta    hubungan      rapat    yang
membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat                     asuhan.
Program kanak-kanak pada usia ini telah berjaya disesuaikan dengan falsafah
pendidikan dan mereka tertarik kepada Reggio kerana cara pandangan dan
menghormati kanak-kanak.


       Kebanyakan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke
program Reggio Emilia yang menggabungkan banyak prinsip dalam mengasuh anak
mereka dan kehidupan rumah. Bahkan dengan hubungan antara sekolah dan rumah,
kebanyakan orang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada anak-anak Reggio ketika
mereka melakukan peralihan daripada gaya ini untuk pendidikan yang bukan di sekolah
Reggio Emilia. Jawapannya ialah bahawa ada beberapa penyesuaian yang harus
terjadi. Dalam kebanyakan persekitaran sekolah, sifat ingin tahu intelektual dihargai,
sehingga siswa terus mendapat keuntungan dari Reggio selepas mereka telah
meninggalkan program.


       Ibu bapa 'cermin peranan masyarakat, sama ada di seluruh sekolah dan tingkat
kelas’. Ibu bapa diharapkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan tentang
dasar sekolah, keprihatinan perkembangan anak, dan kurikulum perancangan dan
taksiran. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa termasuk ibu bapa yang bekerja
juga menghadiri pertemuan yang diadakan pada malam hari sehingga semua yang ingin
menyertai boleh melakukannya.


       Dalam pendekatan Reggio, guru dianggap bukan hanya sebagai jurulatih. Guru
digalakkan untuk memudahkan kanak-kanak belajar melalui kegiatan perancangan dan
pelajaran berdasarkan kepentingan kanak-kanak, mengajukan soalan untuk lebih
memahami, dan secara aktif terlibat dalam kegiatan bersama kanak-kanak, bukannya
duduk kembali dan mengamati kanak-kanak belajar. "Sebagai rakan kepada kanak-
kanak, guru dalam situasi belajar" (Hewett, 2001). Ketika bekerja pada projek-projek
dengan kanak-kanak, guru juga boleh memperkembangkan kanak-kanak dengan
belajar mengumpul data seperti foto, nota, video, dan perbualan yang boleh dirakam.




                                                                                           15
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




2.2   TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


a)     Teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner




                                  Howard Gardner


       Dr. Howard Gardner dilahirkan di Scranton, PA pada tahun 1943. Orang tuanya
ialah pelarian daripada Nazi Jerman. Seorang anak yang sangat gemar membaca dan
mencintai muzik, dia kemudian menjadi pemain piano yang berbakat. Sebagai seorang
pemuda, dia mendaftarkan diri di Harvard University dan menemui tempat yang
menyenangkan untuk belajar. Ia bermula sebagai sejarah besar tapi akhirnya mengarah
pada perkembangan kognitif psikologi. Pada tahun 1983, beliau mengembangkan teori
kecerdasan pelbagai yang sangat dikenali ramai. Beliau telah terlibat dalam reformasi
sekolah sejak 1980-an. Pada tahun 1986, beliau mula mengajar di Harvard Graduate
School of Education dan memulakan peranannya di Projek Zero, sebuah kumpulan
penyelidikan yang berfokus tentang kognisi manusia dengan fokus khusus tentang seni.
                                                                                          16
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Dr. Howard Gardner berkahwin dengan Ellen Winner, seorang psikologi perkembangan,
dan mempunyai empat anak dan satu cucu. Ghairah hidupnya adalah keluarga dan
karyanya. Dia sangat menggemari untuk melancong dan seni (DreamDolphin Media,
2007).


         Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada
tahun 1983. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai
kriteria yang istimewa. Mengikut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang
bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa
dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ tidak semestinya anak-
anak mereka juga tidak cerdas. Kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap kanak-
kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya
adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah professional (Suppiah
Nachiappan et al., 2008).


         Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:
         1. Individu mempunyai sembilan kecerdasan
         2. Kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan.
         3. Kecerdasan tidak berkembang seiring.
         4. Satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya.
         5. Kecerdasan boleh dirancang.
         6. Kecerdasan      boleh     dipindahkan.    Contohnya,       daripada      kecerdasan
            interpersonal kepada kecerdasan verbal-linguistik.


         Menurut Gardner lagi, teori kecerdasan pelbagai adalah berdasarkan pemikiran
bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat
terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kepada kemampuan logikal-matematik
dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya tersendiri dan unik
untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi,
kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini disebabkan
kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki seseorang untuk melihat sesuatu
masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat
sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan pelbagai mencakupi sembilan

                                                                                                17
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ),
kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) (Suppiah Nachiappan et al.,
2008).




Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagai
Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan kecerdasan pada manusia, iaitu verbal-
linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intarpersonal,
naturalis dan eksistensialisme. Daripada sembilan kecerdasan tersebut, kecerdasan
naturalis dan eksistensialisme merupakan dua jenis kecerdasan yang terkemudian
diperkenalkan oleh Gardner (Suppiah Nachiappan et al., 2008).




Verbal Linguistik
Individu yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan jenis verbal-linguistik boleh
berfikir dan mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara
berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mereka akan sensitif terhadap
makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka mampu untuk
berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca serta
menulis. Mereka peka terhadap berbagai-bagai fungsi bahasa terutamanya dari segi
kebolehan untuk mencuit perasaan dan emosi. Oleh itu, mereka mudah berbahasa bagi
melahirkan perasaan dan pendapat, gemar akan makna yang kompleks, mudah
mengingati maklumat dan boleh memberi keyakinan kepada orang lain. Mereka juga
pastinya pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca.
Contoh-contoh aktiviti   ialah memperkayakan perbendaharaan kata, berucap secara
formal, berjenaka dan bercerita. Penyair, penyiar radio, pembaca berita, penceramah,
penulis, pensyarah dalam bidang sastera, pengacara, dana ahli politik yang handal
adalah pekerjaan yang sepadan untuk mereka yang mempunyai kecerdasan verbal-
linguistik ini (Suppiah Nachiappan et al., 2008).


         .
Logikal-Matematik
Kecerdasan logikal-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul,
mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di
bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta

                                                                                               18
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan
matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu, pelajar cenderung dalam
kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks berkaitan
matematik   dengan    mudah    sahaja   dan   boleh   membuat       perkaitan,    menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap
(Suppiah Nachiappan et al., 2008).
       .
       Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang
berlaku di sekeliling mereka. Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari
setiap pertanyaan. Selain itu, mereka juga suka mengklafikasikan benda untuk mudah
mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini ialah penggunaan simbol, rumus,
urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah,
pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya
berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan matematik dan sains (Suppiah
Nachiappan et al., 2008).
       .
Visual-Ruang
Kecerdasan visual-ruang merupakan kebolehan gambaran mental dan berupaya
mengamati dunia melalui visual. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan
seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat dan betul. Mereka
dapat mengenali objek, bentuk, warna, dan corak dalam persekitaran. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan ini juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayaran
secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman
yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
Kecerdasan visual-ruang membolehkan seseorang mempersembahkan idea-idea visual
dan ruang secara grafik. Mereka biasanya kaya dengan imageri dalaman (internal
imagery) sehingga berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif (Suppiah
Nachiappan et al., 2008).




       .
       Kecerdasan ini juga mampu membuat seseorang pelajar selalu sedar akan posisi
relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Sementara mereka yang termasuk dalam
golongan cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta
dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Contoh-contoh aktiviti yang

                                                                                          19
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




berkaitan kecerdasan visual-ruang ialah melukis, mengecat, mengenali skema warna
dan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi secara aktif dan gemar mengurus
peta minda. Biasanya, orang yang mempunyai kecerdasan visual-ruang dilatih menjadi
seorang pelukis yang terkemuka, arkitek yang popular serta pengukir dan pereka yang
disengani (Suppiah Nachiappan et al., 2008).


Kinestetik
Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan menggunakan
sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi
pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan
aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama
dan lain-lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008).
.
        Di samping itu, individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Mereka berupaya menggunakan
kemahiran fizikal untuk meluahkan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau
mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan,
keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan semasa bergerak. Orang yang cerdas
dalam bidang kinestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti
yang berkaitan kecerdasan kinestetik ialah tarian kreatif, main peranan, aktiviti jasmani,
latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak,
peninju, penari, pelakon, tentera,polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang
biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi (Suppiah
Nachiappan et al., 2008).


Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat
dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik
serta irama yang terdapat di persekitarannya. Seseorang ini mempunyai kelebihan ini
sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini,
baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala
alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara lainnya.
Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat

                                                                                              20
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, seseorang yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah
mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik (Suppiah Nachiappan et al.,
2008).
.
         Mereka juga dapat menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta
berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu
dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka kepada ritma, ketukan,
melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai
kecerdasan muzik tetapi dengan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan
muzik ialah persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama
lagu. Penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang
sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini (Suppiah
Nachiappan et al., 2008).
         .
Interpersonal
Kecerdasan interpersonal merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi
antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan
berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal
membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat, dan hasrat orang
lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama
dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
Mereka juga dapat memberi motivasi kepada orang lain. Mereka yang mempunyai
kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan
orang lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008).
.
         Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan,
fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini
termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang
dewasa di sekitarnya. Contoh aktiviti ialah komunikasi sesama individu, latihan
kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sedia
bekerjasama. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi akan lebih
sesuai mempunyai pekerjaan seperti pemimpin agama, guru, jurujual, pengacara,
usahawan, jururawat, doktor dan pekerja sosial (Suppiah Nachiappan et al., 2008).
         .

                                                                                           21
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran
metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki
kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan
yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala
tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh
berdikari (Suppiah Nachiappan et al., 2008).
.
       Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang
tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama
mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu.
Biasanya individu dengan tahap kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Contoh aktiviti ialah teknik metakognitif, strategi pemikiran, proses emosi, penaakulan
tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Individu yang mempunyai kecerdasan
intrapersonal yang tinggi dapat menjadi seorang penulis yang handal, penyajak, ahli
motivasi, pakar kaunseling, ahli psikologi, guru dan ahli falsafah yang terkemuka
(Suppiah Nachiappan et al., 2008).
.
Naturalist
Kecerdasan naturalist    merujuk kepada        kebolehan    untuk mengenal         pasti dan
mengkategorikan pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Individu yang
mempunyai kecerdasan naturalist yang menonjol biasanya merupakan seseorang
pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
dengan mudah. Lazimnya, mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan
gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka memiliki tarikan
yang besar terhadap alam sekitar termasuk pada binatang. Dengan itu, mereka
merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna (Suppiah Nachiappan et al., 2008).
.
       Kecerdasan naturalist juga membolehkan mereka menikmati benda-benda dan
cerita yang berkaitan dengan fenomena alam, contohnya terjadinya awan dan hujan,
asal-usul binatang, pertumbuhan tanaman dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai
kecerdasan naturalist akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti

                                                                                             22
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




di luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli
geologi dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan naturalist yang tinggi (Suppiah Nachiappan et al., 2008).


Eksistensialisme
Orang yang memiliki kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang tertentu. Mereka cenderung
bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan,
mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia
dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh Gardner pada
tahun 1999.Mereka berkemampuan untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang di
tengah- tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai
baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh
membaca banyak buku fasafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang
membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam seperti ’Adakah makhluk lain
selain manusia di alam semester’, ’Berapakah jumlah kenderaan yang ditemui
disepanjang perjalanan ke pejabat? dan sebagainya (Suppiah Nachiappan et al., 2008).
.
       Kesimpulannya dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing, semua
tokoh di atas akhirnya menempa nama dalam bidang masing-masing. Dengan kata lain,
masa depan yang cerah adalah menjadi penyumbang utama di dalam sejarah manusia
seterusnya dihormati sepanjang zaman. Hal ini kerana, tokoh-tokoh ini dapat
menyumbangkan pandangan, idea-idea dan pelbagai lagi terutamanya berkaitan
dengan bidang masing-masing untuk masyarakatnya.




.b)    Teori pembelajaran konstruktivisme


       Menurut Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D. (1998) dalam Noor Azizah Ahmad
(2006) menyatakan, pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan baru
tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada
gabungan    pembelajaran     yang   terdahulu   dengan      persekitaran      semasa.      Bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasi
pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap
tugasan pembelajaran tersebut.



                                                                                             23
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




       Menurut Sharifah Maimunah (2001) dalam Noor Azizah Ahmad (2006)
menyatakan, pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaran
Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan
tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat
perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Hal
ini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan
oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea dan
imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang
akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia.
Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya
dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan
terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan
sedia ada mereka.


       Menurut Arends, R. I. (1997) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan,
pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan sebagai satu fahaman
bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia
percaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang berhadapan dengan benda
baru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguh-sungguh untuk
menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut.


       Manakala mengikut Sushkin, N. (1999) dalam Noor Azizah Ahmad (2006), beliau
menyatakan bahawa teori Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada
pelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan
dan peristiwa serta memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut.
Justeru itu, pelajar membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepada
masalah. Autonomi serta inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan.


       Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A
Contemporary Approach (ms. 177) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan,
pendekatan pembelajaran konstruktivisme (constructivism) ialah “Constructivism is an
approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their
own sense of what is being learned by building internal connections or relationships
among the ideas and facts being taught.” Dalam definisi ini, mereka menjelaskan

                                                                                           24
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang
kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan
mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang
dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga dikenali sebagai fahaman “binaan”.


        Menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology dalam Teori
pembelajaran (2009) menyatakan, “Constructivist perspectives – View that emphasizes
the active role of the learner in building understanding and making sense of information.”
Dari    kenyataan-kenyataan     ini   jelaslah   bahawa    mengikut      teori   pembelajaran
konsruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi
makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Konstruktivisme bukanlah
satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam
bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan
pendidikan. Yager (1999) dalam Teori pembelajaran (2009) menjelaskan, pada tahun
1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan…
“one only knows something if one can explain it”. Immanuel Kant menyokong pendapat
ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Cheek
(1992) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, misalnya, pelajar menerima
maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah
diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau
membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut. Seterusnya, perspektif konstruktivisme
ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von
Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey (Teori pembelajaran, 2009).


        Mengikut John Dewey (1966) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan,
pembelajaran bermakna (meaningful learning), melibatkan “belajar dengan membuat”
(learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk
kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan
“progresivisme” dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean
Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya
terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978) dalam
“Mind    in   Society”   yang   dikaitkan   dengan    perspektif    konstruktivisme       dalam
perkembangan minda kanak-kanak (Teori pembelajaran, 2009).




                                                                                              25
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




       Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan
buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir,
menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan
konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira
pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini
sudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan
perspektif konstruktivisme (Teori pembelajaran, 2009).


       Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh
dilaksanakan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Teori
pembelajaran, 2009) :
   •   Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu
       konsep.
   •   Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
   •   Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
   •   Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
       pandangan mereka.
   •   Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
   •   Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk “hands on” dan “minds on”.
   •   Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
   •   Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
   •   Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
   •   Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.
   •   Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
   •   Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.
   •   Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
   •   Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.


       Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajaran-pembelajaran yang telah
dikaji oleh ahli-ahli psikologi. Teori-teori ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh
guru-guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan. Namun, guru-guru perlulah memahami pendekatan-pendekatan yang boleh
digunakan ini berdasarkan kepada teori-teori pengajaran pembelajaran yang ada.




                                                                                            26
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




c)     Teori perkembangan kognitif, Jean Piaget




                                     Jean Piaget


       Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya
bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang
Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama
yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya
yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis
pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean
melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur
22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah
makmal Psikologi di Universiti Jeneva (Ahmad Tramizi Talib, 2009).
       .
       Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for
Psychologist". Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat
penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan
kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian
keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat

                                                                                           27
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat
pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan
jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan
petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di
kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah
memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak (Ahmad Tramizi Talib, 2009).


        Menurut     Jean    Piaget,   kanak-kanak     akan     melalui     peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-
kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai
persekitaran fizikalnya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


        Teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah satu teori psikologi tetapi hanyalah
satu pandangan epistemology iaitu satu falsafah pengetahuan yang diperolehi melalui
pemerhatian terperinci ke atas kanak-kanak pada tahap umur dan tahap perkembangan
yang berlainan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008 : 85). Di sini, dapatlah kita ketahui teori
perkembangan kognitif Piaget adalah satu dapatan yang diperolehi hasil daripada
pemerhatian yang terperinci yang dijalankan oleh Piaget ke atas kanak-kanak. Kanak-
kanak   ini   terdiri   daripada   umur   yang   tahap    perkembangan         yang    berlainan
(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4
konsep utama:
        Skema (Schema) Penyerapan
        (Assimilation) Pengubahsuaian
        (Accomodation) dan Keseimbangan
        (Equilibrium)


        Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti
sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema.
Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu
membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin
                                                                                               28
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,
menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi
itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke
mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih
belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya,
kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap (Perkembangan fizikal dan
kognitif kanak-kanak, 2008).




       Asimilasi    merupakan     proses   kognitif   di   mana   seseorang       menyatukan
maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat
dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-
kanak, 2008).


       Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai
untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.
Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada.
Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu (Perkembangan
fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.
Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat
diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau

                                                                                             29
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap
keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi
sehingga dewasa (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat
sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal (Perkembangan fizikal
dan kognitif kanak-kanak, 2008).




Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang
bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak
kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak cuba
belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan
perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya
(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu
konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih
dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.
Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.
Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh
mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan
(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)
Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan
akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh
mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh
memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.
Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.

                                                                                           30
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu,
mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini,
kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek
konkrit dan pengalaman secara langsung (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-
kanak, 2008).


Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.    Mereka   juga   boleh   berfikir   secara    deduktif    atau    induktif,    dan
menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat
rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh
menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,
mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk
menyelesaikan masalah matematik (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak,
2008).


         Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau
keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan
yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal,
warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-
anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan
had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai
(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


         Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,
bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam
peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan
setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari
segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan
bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan
kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama
lain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).




                                                                                            31
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




         Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian
ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan
ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang
juga cerdas pintar (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


         Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi
daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil
dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping
faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi
perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga
merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi
keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan,
asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan
suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan
individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya (Perkembangan fizikal dan
kognitif kanak-kanak, 2008).


         Contohnya, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh
dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan
berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya
dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan
mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status
sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek
dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi
makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang
sempurna kepada anak-anak mereka (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak,
2008).


         Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,
khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek

                                                                                           32
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan
sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada
mereka. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan       kognitif      kanak-kanak     dipengaruhi       oleh     persekitaran      yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-
kanak, 2008).


       Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu
rumah dan sekolah masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan nilai hidup
membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan dan
agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang
sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti
bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai
kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan
mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik,
serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang
menitikberatkan   kepada      keagamaan        akan   melahirkan      individu    yang     beriman
(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber
teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar,
majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa
pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan
kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang
didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman,
akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini (Perkembangan
fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Guru     dan   sekolah     merupakan      pengaruh      yang    paling    penting     dalam
perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah
akan    melahirkan     pelajar     yang    berilmu,     berketrampilan,       berakhlak      mulia,

                                                                                                 33
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang
kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran
akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar (Perkembangan
fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun
1988 (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).
       Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu
perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai
kematangan). Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan
bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kognitif
merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan
seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti
penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta
pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya (Perkembangan fizikal dan
kognitif kanak-kanak, 2008).


       Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang
dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi
kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering
dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan
perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan
cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti
mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal
matematik,   dan   menceritakan     pengalaman,    merupakan       proses     kognitif   dalam
perkembangan anak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Jean Piaget berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan
berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motor
kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran

                                                                                             34
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat,
melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping
beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah
seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur
(skating). Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti
seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan
pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-
kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk
berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun,
tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan
kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat
muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar
mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri (Perkembangan fizikal dan kognitif
kanak-kanak, 2008).


         Pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit
meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang
terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan
pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi
ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan
memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-
kanak, 2008).


         Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada
peringkat   pra   sekolah   banyak   menggunakan    simbol    dalam     perbualan      untuk
menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak
menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran
sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan
datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada
perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada
peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat
perbandingan antara satu sama lain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak,
2008).



                                                                                          35
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




       Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain,
mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-
kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat
beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek
agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan
menggunakan simbol. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan
perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan
menyeluruh.   Ia   merangkumi    bahasa      dan   komunikasi,       perkembangan        kognitif,
kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan
estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan
dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah,
pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan
pengukuran. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk
melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan
objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula
menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna
sudah mula difahami (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa
yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan
kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak
tersekat atau terganggu (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).


       Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan
mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada
tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah
memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga
mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini
juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan
pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain. 3 Ketua Bidang Dasar, Pusat
Perkembangan       Kurikulum   Kementerian    Pendidikan,      Dr.    Sharifah     Nor     Puteh
((Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).



                                                                                              36
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




3.0      PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH DARI DALAM DAN LUAR NEGARA
         MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


         Terdapat banyak pandangan dan pendapat daripada tokoh dalam dan luar
negara mengenai perkembangan awal kanak-kanak. Antaranya pandangan tokoh-tokoh
pengasas pendidikan awal kanak-kanak dari Timur seperti Ibnu Khaldun, Imam Al-
Ghazali, Ibnu Sina dan juga Ibnu Hazm. Pandangan mereka adalah seperti berikut:


Ibnu Khaldun (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009) :
•     Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
•     Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah:
       a. Berperingkat-peringkat.
       b. Mengadakan latih tubi.
       c. Menggunakan benda-benda maujud.
       d. Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar.
•     Kanak-kanak perlu diberikan contoh-contoh konkrit yang boleh difahami melalui
      pancaindera. Jadual kanak-kanak disuruh belajar haruslah disusun dengan baik.
•     Contoh teladan yang baik harus didedahkan mendidik kanak-kanak yang belum
      baligh.
•     Pembacaan al-Quran diajar dahulu sebelum menghafalnya.
•     Kanak-kanak harus dibentuk dengan cara lemah lembut bukannya dengan
      kekasaran. Jangan dibebankan dengan perkara-perkara diluar kemampuan mereka.
      Ini menyebabkan mereka:

                                                                                            37
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




     a. Tidak mahu belajar
     b. Mencerca pengajaran yang diberi.
•   Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa.


Imam Al- Ghazali :
Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang mana Allah memberi kepercayaan kepada
ibu bapa untuk corakkan hati kanak-kanak yang masih suci bersih menjadi hati yang
sangat bernilai dan berharga. Cara mendidik anak-anak ialah pelajaran agama, tingkah
laku yang mulia, bersikap tegas dengan kanak-kanak, tidak keterlaluan dalam
mendenda anak-anak, memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Oleh
sebab itu, seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Aktiviti bermain untuk kanak-
kanak mengikut pendapat Imam Al-Ghazali ialah membantu perkembangan fizikal serta
menguatkan otot mereka, fitrah semulajadi kanak-kanak memang suka bermain, dan
dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar (Nadira
Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009).


Ibnu Sina :
Sumbangan karyanya yang terbesar ialah “Qanun fi Tibb” atau dialih bahasakan
menjadi “Precepts of Medicine”. Menurut karyanya, beliau berpendapat ibu bapa dan
guru tidak perlu terlalu marah,takut dan bekerja berlebih-lebihan. Kesederhanaan adalah
baik dalam membesarkan anak-anak. Aktiviti bermain ,hiburan dan rehat adalah perlu
diselang-selikan. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar. Beliau mencadangkan
belajar dan bermain secara berkumpulan bersama rakan hampir sebaya dan bukan
sebaya (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009).




Ibnu Hazm :
5 tahun adalah sesuai bagi permulaan proses pembelajaran secara sistematik yang
bermula dengan mengetahui, meniru, dan menyebut huruf tanpa desakan atau
kekerasan bagi mendapatkan kesempurnaan. Kanak-kanak digalakkan berfikir dan cuba
menjawab sendiri, manakala guru hanya sebagai pembimbing (Nadira Anis Sharina, Nur
Fatiha, Nur Hazwani. 2009).




Selain itu terdapat juga pandangan tokoh-tokoh lain seperti di bawah:

                                                                                            38
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) :
Idea-idea beliau mengenai pendidikan ialah anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-
lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada
pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah
diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak
boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009)..


       Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu,
pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang,
mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-
kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai
umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk
mengajar anaknya (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).


Friedrich Froebel (1782-1852) :
Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang
kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu
belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”
Antara idea-idea Froebel ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan
untuk menarik perhatian kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).


       Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang
senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah
sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan
pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai
bentuk yang mudah, saiz dan warna.Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat
mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan
bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan
mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu
pendekatan terhadap latihan kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).


       Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-

                                                                                          39
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau
menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau
mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap
kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran
bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain (Zulkiply
bin Hj Yaakob. 2009).




Dr. Mastura Badzis :
Segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya
adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di
peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat
dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk
dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi
pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh
dan jiwanya (Zul, 2009).


Paul Eggan, Don, Slavin, dan Crow dan Crow :
Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Ladyzuely (2010), berpendapat perkembangan
adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada
pembelajaran,   pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) dalam Ladyzuely (2010),
berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu
berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah
melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan
sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan
kognitif serta bahasa.     Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Ladyzuely (2010)
menyatakan, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung
ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.


Model Montessori

                                                                                             40
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Caplan dan Caplan (1976) dalam Saayah Bt Abu (2008) dalam Perlaksanaan Aktiviti
Belajar Melalui Bermain Di Tadika-tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka menyatakan
bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta,
kestabilan    emosi,       perkembangan    social     dan      intelek     disamping       dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal ,koordinasi, dan ketangkasan seorang murid.


Teori Kognitif Piaget
Good dan Brophy (1990) dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1926) dan
dijelaskan oleh Aminah Ayob dalam Syarahan Umum : Pembelajaran Berasaskan Minda
Dan Implikasinya Kepada Pendidikan menerangkan bahawa skema (the internal
knowledge     structure)    berkembang    apabila     kanak-kanak        berinteraksi    dengan
persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap
dan menyimpan maklumat baru.


Model Erikson
MacNaughton (2005) dalam Model Erikson (1975) dan dijelaskan oleh Mariani Md Nor
dalam Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak menyatakan,
pendidikan prasekolah merupakan peringkat awal dalam proses pembelajaran yang
amat penting kerana pengalaman di prasekolah dapat member persediaan yang boleh
membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri, dan sentiasa mempunyai
sikap yang positif terhadap individu lain tanpa ada kecenderungan (bias) negatif
terhadap yang lain.


Model Konstruktivisme
Rumelhart dan Norman (1978) dalam Subadrah Nair (2005) menjelaskan dalam
Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah
menyatakan,     seseorang      dapat   membina      kosep     dalam      kognitifnya     dengan
menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan
proses ini dinamakan accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang
boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang diperolehinya dan ini dinamakan
penyalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur
kognitifnya dengan menggunakan analogi iaitu berdasarnya pengetahuan yang ada
padanya.




                                                                                               41
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




4.0    KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN TEORI
       YANG BERKAITAN


       Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul
Rahman (1994) menyatakan, telah memeriksa perspektif sekumpulan objek dengan
menggunakan tiga buah model gunung yang mempunyai tanda-tanda saran seperti
warna dan saiz yang berbeza dan kemuncaknya yang tertinggi diselubungi salji.
Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul
Rahman (1994) menyatakan, bahawa mereka telah mereka bentuk tiga jenis tugasan
berhubung dengan tiga buah gunung tersebut untuk mengkaji masalah penyelarasan
perspektif. Pertama, satu boneka yang dianggap sebagai pemerhati diletakkan di
beberapa kedudukan atau orientasi keliling tiga buah gunung itu yang diletakkan dalam
satu susunan yang tetap. Subjek telah memilih satu gambar yang difikirkan mewakili
perspektif boneka. Kedua, subjek ditunjukkan sekeping gambar dan diminta meletakkan
boneka pada satu orientasi supaya perspektif di dalam gambar. Ketiga, subjek diminta
menyusun tiga buah gunung itu supaya sama dengan perspektif di dalam gambar.


       Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul
Rahman (1994) telah menyatakan, dalam kajian tersebut, mereka telah melibatkan
seramai 100 kanak-kanak di Geneva yang berusia 4-12 tahun. Mereka telah berjaya
mengesan    tahap-tahap   perkembangan     yang   membawa        ke   arah    penguasaan
penyelarasan perspektif. Ciri-ciri tahap perkembangan tersebut disertakan dalam Jadual
2.1. Sebagai kesimpulan, tahap-tahap perkembangan itu merupakan satu perubahan
pemikiran dari egosentrisme tulen kepada pemahaman lengkap. Kanak-kanak Tahap I

                                                                                          42
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




tidak memahami tugasan yang perlu dilakukan. Kanak-kanak Tahap IIA tidak dapat
mengenal pasti bahawa seseorang yang berada di tempat lain akan mempunyai
perspektif yang berbeza daripada perspektifnya (egosentrisme tulen). Kanak-kanak
Tahap 11B mula sedar tentang perbezaan perspektif, tetapi oleh kerana pengaruh
Egosentrisme masih kuat, ia tidak boleh menggambarkan dengan tepat perspektif orang
lain. Dalam TahapIII, kanak-kanak boleh mengenal pasti perbezaan perspektif.
Walaupun demikian, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk sentiasa berjaya dalam
menggambarkan dengan tepat perspektif orang lain (IIIB-pemahaman lengkap). Menurut
Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994)
yang telah dinyatakan dalam Jadual 2.1 Ringkasan ciri tahap perkembangan yang
dihuraikan oleh Piaget dan Inhelder (1956):




                                                                                         43
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Tahap I         Kanak-kanak tidak memahami arahan atau soalan yang dikemukakan.

Tahap II        Kanak-kanak tidak boleh atau hampir tidak boleh membezakan
                pemandangannya dengan pemandangan seorang pemerhati.
Tahap IIA       Egosentrisme: Kanak-kanak memikirkan pemerhati mempunyai
                pandangan yang sama sepertinya dengan :
                    a) Memilih gambar yang mewakili pemandangan pemerhati.
                       ATAU
                    b) Menganggap    sebarang     gambar      boleh     mewakili      semua
                       pandangan, asalkan gambar itu menunjukkan ketiga-tiga buah
                      gunung.
Tahap IIB       Gerak balas peralihan. Kanak-kanak cuba membezakan berbagai-bagai
                pandangan dan menumpukan perhatian kepada satu ciri yang dominant.
                Walaupun demikian ciri itu dihuraikan dari segi pandangannya kerana
                pengaruh egosentrisme masih kuat.
Tahap III       Kanak-kanak menunjukkan kemajuan dalam usaha membezakan
                berbagai-bagai pandangan hingga berjaya menyelaraskan              berbagai-
                bagai pemandangan.
Tahap IIIA      Kanak-kanak menyedari berbagai-bagai pandangan seperti, tetapi
                menghadapi kesukaran untuk menyelaraskan hubungan kiri-kanan dan
                depan-belakang mengenai kedudukan ketiga-tiga gunung. Dengan itu,
                mereka tidak sentiasa dapat menentukan berbagai-bagai pandangan
                orang lain dengan betul.
Tahap IIIB      Kanak-kanak menguasai sepenuhnya penyelarasn kedua-dua hubungan
                kiri-kanan dan depan-belakang. Ini membolehkan mereka menentukan
                berbagai-bagai pandangan orang lain dengan betul




          Menurut Dodwell (1963), Laurendeau an Pinard (1970), Opper (1977) dan
Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman
(1994) menyatakan, telah menjalankan beberapa kajian replikasi mengenai tugasan
yang direka bentuk oleh Piaget dan Inhelder (1956). Menurut Piaget dan Inhelder (1956)
dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, di antara
kajian mereka ialah penyelarasan perspektif. Pada amnya, mereka telah menyokong
kewujudan tahap perkembangan yang dikesan           oleh Piaget dan Inhelder (1956).
Menurut Piaget dan Inhelder .(1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul
Rahman (1994) menyatakan, yang dinyatakan dalam jadual 2.2. Menurut Dodwell
                                                                                           44
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




(1963) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan,
beliau tidak menghuraikan dengan terperinci tingkah-tingkah laku yang mencirikan
tahap-tahap perkembangan yang dilaporkannnya. Dengan itu, kami tidak dapat
menentukan sama ada tahap ’mula sedar perbezaan perspektif’ dapat dikesan atau
tidak oleh beliau. Menurut Laurendeau an Pinard (1970) dalam Omar Ibrahim dan Wan
Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian mereka, subjek di tahap
’mula sedar perbezaan perspektif’ masih dipengaruhi oleh egosentrik, tetapi dia
membayangkan kesedaran bahawa perspektif orang lain tidak perlu sama dengan
perspektifnya. Menurut Opper (1977) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul
Rahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian beliau, kemungkinan besar subjek di
tahap ini masih dipengaruhi oleh egosentrisme tetapi beliau tidak membuat kenyataan
yang jelas. Lazimnya, bagi kanak-kanak yang sedang membesar, sesuatu bentuk
pemikiran itu tidak akan timbul atau boleh hilang dengan secara mendadak.




                                                                                          45
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak




Jadual 2.2 Bilangan subjek, beza antara umur, dan tahap-tahap perkembangan yang dikesan oleh beberapa orang penyelidik dalam
Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994).




        Penyelidikan         N       Beza           Tidak           Egosentrisme       Mula sedar                  Pemahaman
                                    antara          faham               (IIA)      perbezaan perspektif       Separa       Lengkap
                                     umur         tugasan (I)                             (IIB)           (IIIA)            (IIIB)

   Piaget   dan   Inhelder 100    4-12        /                 /                  /                      /                   /
   (1956)
   Dodwell (1963)        194      5-11        -                 /                  -                      /                   /
   Laurendeau dan Pinard 450      4-12        /                 /                  /                      /                   /
   (1970)
   Opper (1977)          494      6-16        -                 /                  /                      /                   /
   Robinson dan Robinson 111      5-11        -                 -                  /                      /                   /
   (1983)




                                                                                                                                         46
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak


          Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei
Abdul Rahman (1994) menyatakan, telah menunjukkan ciri-ciri tahap perkembangan
yang berbeza sedikit daripada yang dapat dikesan oleh penyelidik-penyelidik lain.
Walaupun demikian tiga tahap perkembangan yang telah dikesan itu boleh disusun
dalam satu urutan berhierarki yang tetap iaitu syarat yang dikatakan oleh Piaget perlu
ditunjukkan di dalam perkembangan sesuatu konsep. Menurut Robinson dan Robinson
(1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, di
dalam kajiannya menyatakan ciri-ciri tahap perkembangan adalah seperti berikut : dalam
Tahap I, kanak-kanak menetapkan dengan tepat sifat dominan sesuatu objek, manakala
di Tahap II, kanak-kanak mewakili dengan betul hubungan depan–belakang dan di
Tahap III mereka dapat menguasai hubungan kiri-kanan untuk mencapai pemahaman
keseluruhan perspektif.


          Jika dirujuk dalam Jadual 2.2, menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam
Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tahap pertama
Robinson dan Robinson (1983) boleh dianggap sepadan dengan Tahap IIB Piaget dan
Inhelder (1956) kerana kedua-duanya mempunyai satu ciri yang sama : kanak-kanak
menumpukan perhatian kepada sifat dominan sesuatu objek. Tahap kedua pula
diletakkan    dengan Tahap IIIA dan Tahap ketiga adalah sama dengan Tahap IIIB.
Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul
Rahman (1994) menyatakan, egosentrik hampir tidak wujud di kalangan kanak-kanak.
Ini merupakan perbezaan yang ketara sekali di antara keputusannya dengan keputusan
Piaget dan Inhelder (1956), Dodwell (1963), Laurendeau dan Pinard (1970) dan Opper
(1977).


          Sebaliknya menurut Flavell, Botkin, Fry, Wright dan Jarvis (1968) dalam Omar
Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tidak menyokong
keputusan Piaget dan Inhelder (1956). Tingkah laku subjek (gred 2-8 dan 11, Amerika
Syarikat) tidak boleh diklafikasikan secara kualitatif kepada tahap-tahap perkembangan
itu. Walaupun menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei
Abdul Rahman (1994), tidak menyatakannya, Salatas dan Flavell (1976) berpendapat
bahawa tahap akhir (IIIB) perspektif ruang boleh dibahagikan kepada dua bahagian.
Pertama, kanak-kanak boleh menyelaraskan dimensi ruang kiri-kanan dengan depan-
belakang        dan kedua, kanak-kanak memahami maksud sesuatu pemandangan.
Pemahaman pemandangan mempunyai dua komponen: (a) kanak-kanak itu mesti
memahami bahawa pemerhati tidak mempunyai lebih daripada satu pemandangan
                                                                                            47
(SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak


mengenai satu susunan objek-objek tetapi pandangan tunggal yang unik. (b) kanak-
kanak itu mesti mengetahui bahawa sesuatu pandangan itu tidak boleh dilihat lebih
daripada satu kedudukan atau orientasi sekeliling objek-objek itu. Mereka telah mengkaji
dua komponen ini dengan melibatkan tadika dan gred 2.


       Di antara dua komponen yang dikaji itu, pengetahuan bahawa pemerhati
mempunyai satu pandangan unik adalah yang pertama sekali muncul. Komponen ini
wujud di kalangan kanak-kanak gred 2 yang memahami bahawa dua pemerhati yang
berada pada orientasi yang berbeza tidak mempunyai pandangan yang sama.




                                                                                           48
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank

Contenu connexe

Tendances

Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Dy Marvel
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2rasfanul
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotskymohamad293823
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaaliztrade
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 

Tendances (20)

Pemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanakPemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Kspk
KspkKspk
Kspk
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
 
Perkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanakPerkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanak
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadika
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 

Similaire à 36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank

Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107radeanmas
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarmahnikpt6043
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1latiba
 
Implikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralImplikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralecha scha
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemRosnani Abu Bakar
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakzamzuriajin
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model muruganChekgu Veevi
 

Similaire à 36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank (20)

Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1
 
Implikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralImplikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moral
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
 
Tansuhshy1
Tansuhshy1Tansuhshy1
Tansuhshy1
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model murugan
 
41404857 4-model-tl
41404857 4-model-tl41404857 4-model-tl
41404857 4-model-tl
 

Plus de Rozaidi Yusof

Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektifRozaidi Yusof
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektifRozaidi Yusof
 
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...Rozaidi Yusof
 
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunanRozaidi Yusof
 
Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)Rozaidi Yusof
 

Plus de Rozaidi Yusof (8)

Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektif
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektif
 
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
 
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
 
Rph bm en roslan
Rph bm en roslanRph bm en roslan
Rph bm en roslan
 
Makna gurindam
Makna gurindamMakna gurindam
Makna gurindam
 
Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)
 
Bahan prasekolah(1)
Bahan prasekolah(1)Bahan prasekolah(1)
Bahan prasekolah(1)
 

36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank

  • 1. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Tugasan : 1) pembentangan 17 Mac 2010 2) penulisan ilmiah Tajuk : Model Dan Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak Nama: Hanisah bt. mohamed Hamidah bt ismail Akmal alifah bt luk Noor hayati bt osman Mohd redzuan bin hussin Fakulti : Seni dan Muzik Jabatan: Pendidikan Teknikal dan Vokasional Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris Semakan: Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam 1
  • 2. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak SHV4193 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TUGASAN MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK AHLI KUMPULAN : NAMA NO. MATRIK HANISAH BT. MOHAMED D20072031073 HAMIDAH BT ISMAIL D20072031075 AKMAL ALIFAH BT LUK D20072031077 NOOR HAYATI BT OSMAN D20071029802 MOHD REDZUAN BIN HUSSIN D20071029849 SEMESTER : (SESI 2 09/10) PENSYARAH : EN. KAMARUL AZMAN B ABD.SALAM KUMPULAN KULIAH : A TARIKH SERAHAN : 10 MAC 2010 2
  • 3. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak ISI KANDUNGAN Bil Perkara M/s Pengenalan 1 1.0 Definisi Perkembangan Awal Kanak-kanak 2 2.0 Model & Teori Perkembangan Awal Kanak-kanak 2.1 Model Perkembangan Awal Kanak-Kanak (a) Model Montessori 3 (b) Pendekatan Regio Emilia 9 2.2 Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak (a) Teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner 13 (b) Teori Pembelajaran Konstruktivisme 20 (c) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 24 3.0 Pandangan & Pendapat Tokoh Dari Dalam & Luar Negara 34 Mengenai Perkembangan Awal Kanak-kanak 4.0 Kajian-kajian Lepas Yang Menyentuh Aspek Model & Teori 39 Perkembangan Awal Kanak-kanak Kesimpulan 45 Bibliografi 47 3
  • 4. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak PENGENALAN Kanak-kanak ialah manusia yang muda, iaitu seseorang yang masih belum mencapai baligh. Kanak-kanak terbahagi kepada beberapa peringkat umur dan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza dengan bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun). Sebenarnya, model dan teori perkembangan awal kanak-kanak terbahagi kepada banyak jenis. Antara model yang terdapat dalam perkembangan awal kanak- kanak ialah Model Projek, Model Pendekatan Reggio Emilia, Model Pendekatan Eriksonian, Model Montessori dan Model Analisis Tingkah Laku. Selain itu, antara teori yang berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak ialah Teori Kematangan atau Kognitif, Teori Intreraksi, Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kecerdasan Emosi dan Teori Tingkah Laku. Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah memilih Model Montessori dan Model Reggio Emilia. Kebanyakan model mempunyai perkaitan dengan teori bergantung kepada kandungan yang terdapat pada model tersebut. Model Montessori ialah model yang diasaskan oleh Maria Montessori dan model ini berkaitan dengan penerokaan kepada persekitaran, melalui penggunaan sensori-deria, belajar melalui aktiviti bermain dan belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa tanpa pembelajaran formal). Kaedah Montessori, mula diperkenalkan di Casa dei Bambini, atau “Rumah Kanak-kanak”. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip, iaitu : a) Kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa. b) Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri sendiri. Kedua-dua prinsip berikut telah mengilhamkan beliau dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan. 4
  • 5. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Teori yang berkaitan dengan Model Montessori antaranya ialah berkaitan dengan teori pendekatan Froebel, Teori Jean Piaget dan Vygotsky. Manakala Model Reggio Emilia pula berasaskan prinsip sosial konstruktivis seperti Piaget, Dewey, Montessori dan Vygotsky melihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanak, persekitaran fizikal dan pengurusan ruang amat penting serta mendirikan sekolah berkeperluan khas. Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat untuk membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan. Setiap model dan teori perkembangan awal kanak-kanak adalah kaedah atau cara untuk mendidik kanak-kanak supaya lebih berkesan dan sesuai dengan peringkat umur kanak- kanak. . 1.0 DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan (1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, ‘Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu’. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif. Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak- kanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembagan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan et al.,2008). 5
  • 6. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak 2.0 MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 2.1 MODEL PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK a) Model Montessori Latar Belakang Model Pendidikan Montessori Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak- kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak- kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk 6
  • 7. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak. Kaedah Mengajar Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Ciri-ciri berikut adalah : Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”. Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif. Semua kanak-kanak ingin belajar. Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja. Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan. Semua kanak-kanak ingin berdikari. Montessori menekankan kepada : Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya. 7
  • 8. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Matlamat Pendidikan Montessori Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) : Penumpuan Kemahiran membuat pemerhatian Kesedaran dan segi susunan dan urutan Koordinasi Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali Konsep matematik Kemahiran bahasa Kemahiran menulis dan membaca Kebiasaan dari segi seni kreatif Kefahaman tentang alam semulajadi Pengalaman dalam memahami sains sosial Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu : Persekitaran Pusat Prasekolah. Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu 8
  • 9. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Kanak-kanak Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak- kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Guru Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Bahan Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Kurikulum Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah : ♣ Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian. ♣ Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria. ♣ Aktiviti yang bercorak akademik. 9
  • 10. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living) Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti: ♣ Mengenakan butang baju ♣ Memasang tali kasut ♣ Menggilap kasut ♣ Menyikat rambut ♣ Menyiram pokok ♣ Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja. Bahan Deria (Sensorial Material) Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar seperti : ♣ Pink Tower ♣ Brown Stairs ♣ Red Rods ♣ Cylinder Block ♣ Smelling Jar ♣ Baric Tablets ♣ Latihan Mengecam Warna ♣ Sound Boxes ♣ Temperature Jugs ♣ Pelbagai Jenis Kain SUASANA PEMBELAJARAN MONTESSORI 10
  • 11. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Gambar: Berkerjasama dalam melakukan Gambar: Aktiviti mengilap pasu 11
  • 12. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak aktiviti menggunakan bahan montessori bunga. ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI Gambar: Pink Interlocking Gambar: Wooden Shapes & Cubes Tower, Nester & More Numbers 12
  • 13. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Gambar: Butterfly Wave Tray Puzzle Gambar: Fruits 3-D Felt Motif Set ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI Gambar: First Storytime Book and CD Set Gambar: Ten Ring Puzzle Stacker Gambar: Lobster Spooning & Tonging Kit Gambar: Wood Sequence Patterns & Beads b) Pendekatan Reggio Emilia Seperti yang telah diketahui, Pendekatan Reggio Emilia adalah berasaskan falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang yang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah dan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam daerah Utara Itali di Emilia Romagna selepas perang dunia kedua. Falsafah Malaguzzi dibina oleh John Dewey yang terjadi lebih dahulu dalam kerja Pestalozzi dan Proebel. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, walaupun begitu Reggio Emilia mempunyai pendekatan yang lebih, tetapi telah mempertimbangkan di sini dalam tempoh waktu 13
  • 14. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak pendekatannya kepada kurikulum, nota “itu adalah penggodaan kepada sifat romantik Reggio”, Reggio adalah berkaitan dengan kawasan khusus di Itali dan tidak boleh diambil dan dipindahkan ke negara lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan idea dasar dalam pendekatan Reggio ke kurikulum boleh berhubung dalam konteks yang berbeza. Rinaldi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, imej kanak- kanak dalam pendekatan Reggio adalah seperti “kaya, kuat, berkuasa”. Kesemua kanak-kanak tidak mengira sama ada yang terlalu muda adalah dijangkakan bersosial dan kanak-kanak juga dilihat sebagai perantaraan aktif dalam mendirikan pembelajaran mereka sendiri. Melalui pendekatan Reggio, pemikiran kanak-kanak, idea-idea dan persoalan-persoalan perlu diambil serius. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, model pendidik dalam pendekatan Reggio ialah mendengar kanak- kanak, memajukan kanak-kanak dengan mengambil inisiatif dan membimbing pembelajaran mereka Malaguzzi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menerangkan, pendidik berpusatkan model ialah untuk mengaktifkan (bermaksud membuat mengikut kemampuan kanak-kanak). Edwards, Gandini & forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, pendekatan Reggio dalam kurikulum ialah berdasarkan kecemerlangan intelektual kanak-kanak yang dididik melalui fokus sistematik yang diwakili oleh simbolik. Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan memahami melalui (100 bahasa) mereka atau menunjukkan mod-mod, termasuklah bercakap, menulis, melukis, mewarna, membina dan mengukir sebagaimana seperti permainan bayang-bayang, menari, kolaj, permainan drama dan muzik. Kekuatan fokus dalam seni visual bermaksud meneroka dunia dan menunjukkan sifat memahami pendidik di sekolah- sekolah Reggio dan pusat asuhan, memberi perhatian bahawa banyak cara yang membolehkan kanak-kanak menonjolkan diri mereka dan mencadangkan banyak pendekatan tradisional untuk meremehkan kemampuan kanak-kanak. Pendekatan Reggio adalah berpusatkan kurikulum. Pendekatan kolaboratif memfokuskan kepada pembelajaran, dengan kekuatan pasangan antara pendidik, kanak-kanak, keluarga dan komuniti tempatan, penekanan dan mengambil hati kanak- kanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecil berpasangan. Spaggiari (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, pengurusan berasaskan komuniti mempromosikan ”interaksi yang kuat dan komunikasi” 13
  • 15. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak antara pendidik-pendidik, keluarga kanak-kanak dan komuniti. Kerja pendidik dalam pasangan mengajar dan berjumpa sebagai satu pasukan dengan pendidik yang lain seperti satu keluarga. Katz (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, persekitaran-persekitaran adalah seperti di rumah dan ”atmosfera kehidupan bersifat kumpulan”. Edward Gandini & Forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, kunci lain yang diperkenalkan ialah kelancaran dengan kanak-kanak kumpulan yang sama dan tinggal bersama dengan pendidik untuk dua hingga tiga tahun. Pendekatan Reggio Emilia adalah satu falsafah pendidikan pra-sekolah dan berfokuskan kepada dasar pendidikan. Ia bermula daripada Loris Malaguzzi dan ibu bapa dari desa-desa sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II. Kehancuran daripada perang menyebabkan ibu bapa percaya mereka memerlukan sesuatu yang baru dan pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Mereka berasa bahawa dalam tahun-tahun awal perkembangan anak-anak yang membentuk siapa penting bagi mereka sebagai individu. Hal ini menyebabkan penciptaan program berdasarkan prinsip-prinsip rasa hormat, tanggungjawab, dan masyarakat melalui penerokaan dan penemuan dalam menyokong dan memperkembangkan persekitaran berdasarkan kepentingan anak-anak melalui kurikulum berpandukan diri. Falsafah Pekan Reggio Emilia di Itali terkenal di seluruh dunia bagi pendekatan inovatif pendidikan. Falsafah pendidikan telah dikenali sebagai Pendekatan Reggio Emilia yang banyak bagi program pra-sekolah di seluruh dunia termasuk yang telah diubahsuai di Amerika Syarikat. Falsafah Reggio Emilia berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut : ¬ Kanak-kanak harus mempunyai kawalan bagi arah belajar mereka. ¬ Kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman menyentuh, bergerak, mendengar, melihat, dan mendengar. ¬ Kanak-kanak mempunyai hubungan dengan kanak-kanak lain dan dengan material di dunia bahawa anak-anak harus dibiarkan untuk meneroka. ¬ Kanak-kanak harus kehabisan cara dan kesempatan untuk mengekspresikan diri. 14
  • 16. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat yang membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan. Program kanak-kanak pada usia ini telah berjaya disesuaikan dengan falsafah pendidikan dan mereka tertarik kepada Reggio kerana cara pandangan dan menghormati kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke program Reggio Emilia yang menggabungkan banyak prinsip dalam mengasuh anak mereka dan kehidupan rumah. Bahkan dengan hubungan antara sekolah dan rumah, kebanyakan orang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada anak-anak Reggio ketika mereka melakukan peralihan daripada gaya ini untuk pendidikan yang bukan di sekolah Reggio Emilia. Jawapannya ialah bahawa ada beberapa penyesuaian yang harus terjadi. Dalam kebanyakan persekitaran sekolah, sifat ingin tahu intelektual dihargai, sehingga siswa terus mendapat keuntungan dari Reggio selepas mereka telah meninggalkan program. Ibu bapa 'cermin peranan masyarakat, sama ada di seluruh sekolah dan tingkat kelas’. Ibu bapa diharapkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan tentang dasar sekolah, keprihatinan perkembangan anak, dan kurikulum perancangan dan taksiran. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa termasuk ibu bapa yang bekerja juga menghadiri pertemuan yang diadakan pada malam hari sehingga semua yang ingin menyertai boleh melakukannya. Dalam pendekatan Reggio, guru dianggap bukan hanya sebagai jurulatih. Guru digalakkan untuk memudahkan kanak-kanak belajar melalui kegiatan perancangan dan pelajaran berdasarkan kepentingan kanak-kanak, mengajukan soalan untuk lebih memahami, dan secara aktif terlibat dalam kegiatan bersama kanak-kanak, bukannya duduk kembali dan mengamati kanak-kanak belajar. "Sebagai rakan kepada kanak- kanak, guru dalam situasi belajar" (Hewett, 2001). Ketika bekerja pada projek-projek dengan kanak-kanak, guru juga boleh memperkembangkan kanak-kanak dengan belajar mengumpul data seperti foto, nota, video, dan perbualan yang boleh dirakam. 15
  • 17. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak 2.2 TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK a) Teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner Howard Gardner Dr. Howard Gardner dilahirkan di Scranton, PA pada tahun 1943. Orang tuanya ialah pelarian daripada Nazi Jerman. Seorang anak yang sangat gemar membaca dan mencintai muzik, dia kemudian menjadi pemain piano yang berbakat. Sebagai seorang pemuda, dia mendaftarkan diri di Harvard University dan menemui tempat yang menyenangkan untuk belajar. Ia bermula sebagai sejarah besar tapi akhirnya mengarah pada perkembangan kognitif psikologi. Pada tahun 1983, beliau mengembangkan teori kecerdasan pelbagai yang sangat dikenali ramai. Beliau telah terlibat dalam reformasi sekolah sejak 1980-an. Pada tahun 1986, beliau mula mengajar di Harvard Graduate School of Education dan memulakan peranannya di Projek Zero, sebuah kumpulan penyelidikan yang berfokus tentang kognisi manusia dengan fokus khusus tentang seni. 16
  • 18. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Dr. Howard Gardner berkahwin dengan Ellen Winner, seorang psikologi perkembangan, dan mempunyai empat anak dan satu cucu. Ghairah hidupnya adalah keluarga dan karyanya. Dia sangat menggemari untuk melancong dan seni (DreamDolphin Media, 2007). Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Mengikut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ tidak semestinya anak- anak mereka juga tidak cerdas. Kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap kanak- kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah professional (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya: 1. Individu mempunyai sembilan kecerdasan 2. Kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan. 3. Kecerdasan tidak berkembang seiring. 4. Satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya. 5. Kecerdasan boleh dirancang. 6. Kecerdasan boleh dipindahkan. Contohnya, daripada kecerdasan interpersonal kepada kecerdasan verbal-linguistik. Menurut Gardner lagi, teori kecerdasan pelbagai adalah berdasarkan pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kepada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini disebabkan kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan pelbagai mencakupi sembilan 17
  • 19. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagai Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan kecerdasan pada manusia, iaitu verbal- linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intarpersonal, naturalis dan eksistensialisme. Daripada sembilan kecerdasan tersebut, kecerdasan naturalis dan eksistensialisme merupakan dua jenis kecerdasan yang terkemudian diperkenalkan oleh Gardner (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Verbal Linguistik Individu yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan jenis verbal-linguistik boleh berfikir dan mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mereka akan sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka mampu untuk berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca serta menulis. Mereka peka terhadap berbagai-bagai fungsi bahasa terutamanya dari segi kebolehan untuk mencuit perasaan dan emosi. Oleh itu, mereka mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat, gemar akan makna yang kompleks, mudah mengingati maklumat dan boleh memberi keyakinan kepada orang lain. Mereka juga pastinya pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Contoh-contoh aktiviti ialah memperkayakan perbendaharaan kata, berucap secara formal, berjenaka dan bercerita. Penyair, penyiar radio, pembaca berita, penceramah, penulis, pensyarah dalam bidang sastera, pengacara, dana ahli politik yang handal adalah pekerjaan yang sepadan untuk mereka yang mempunyai kecerdasan verbal- linguistik ini (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Logikal-Matematik Kecerdasan logikal-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta 18
  • 20. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu, pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks berkaitan matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling mereka. Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, mereka juga suka mengklafikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini ialah penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan matematik dan sains (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Visual-Ruang Kecerdasan visual-ruang merupakan kebolehan gambaran mental dan berupaya mengamati dunia melalui visual. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat dan betul. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna, dan corak dalam persekitaran. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayaran secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang membolehkan seseorang mempersembahkan idea-idea visual dan ruang secara grafik. Mereka biasanya kaya dengan imageri dalaman (internal imagery) sehingga berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Kecerdasan ini juga mampu membuat seseorang pelajar selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Sementara mereka yang termasuk dalam golongan cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Contoh-contoh aktiviti yang 19
  • 21. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak berkaitan kecerdasan visual-ruang ialah melukis, mengecat, mengenali skema warna dan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi secara aktif dan gemar mengurus peta minda. Biasanya, orang yang mempunyai kecerdasan visual-ruang dilatih menjadi seorang pelukis yang terkemuka, arkitek yang popular serta pengukir dan pereka yang disengani (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Kinestetik Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Di samping itu, individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluahkan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan semasa bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kinestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan kecerdasan kinestetik ialah tarian kreatif, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera,polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Muzik Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Seseorang ini mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat 20
  • 22. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Mereka juga dapat menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka kepada ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Interpersonal Kecerdasan interpersonal merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat, dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka juga dapat memberi motivasi kepada orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Contoh aktiviti ialah komunikasi sesama individu, latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sedia bekerjasama. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi akan lebih sesuai mempunyai pekerjaan seperti pemimpin agama, guru, jurujual, pengacara, usahawan, jururawat, doktor dan pekerja sosial (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . 21
  • 23. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Intrapersonal Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Biasanya individu dengan tahap kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Contoh aktiviti ialah teknik metakognitif, strategi pemikiran, proses emosi, penaakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Individu yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi dapat menjadi seorang penulis yang handal, penyajak, ahli motivasi, pakar kaunseling, ahli psikologi, guru dan ahli falsafah yang terkemuka (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Naturalist Kecerdasan naturalist merujuk kepada kebolehan untuk mengenal pasti dan mengkategorikan pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalist yang menonjol biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Lazimnya, mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka memiliki tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk pada binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Kecerdasan naturalist juga membolehkan mereka menikmati benda-benda dan cerita yang berkaitan dengan fenomena alam, contohnya terjadinya awan dan hujan, asal-usul binatang, pertumbuhan tanaman dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalist akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti 22
  • 24. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak di luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalist yang tinggi (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Eksistensialisme Orang yang memiliki kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang tertentu. Mereka cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.Mereka berkemampuan untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah- tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku fasafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam seperti ’Adakah makhluk lain selain manusia di alam semester’, ’Berapakah jumlah kenderaan yang ditemui disepanjang perjalanan ke pejabat? dan sebagainya (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Kesimpulannya dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing, semua tokoh di atas akhirnya menempa nama dalam bidang masing-masing. Dengan kata lain, masa depan yang cerah adalah menjadi penyumbang utama di dalam sejarah manusia seterusnya dihormati sepanjang zaman. Hal ini kerana, tokoh-tokoh ini dapat menyumbangkan pandangan, idea-idea dan pelbagai lagi terutamanya berkaitan dengan bidang masing-masing untuk masyarakatnya. .b) Teori pembelajaran konstruktivisme Menurut Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D. (1998) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan, pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasi pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap tugasan pembelajaran tersebut. 23
  • 25. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Menurut Sharifah Maimunah (2001) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan, pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Menurut Arends, R. I. (1997) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan, pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang berhadapan dengan benda baru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguh-sungguh untuk menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut. Manakala mengikut Sushkin, N. (1999) dalam Noor Azizah Ahmad (2006), beliau menyatakan bahawa teori Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi serta inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan. Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A Contemporary Approach (ms. 177) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, pendekatan pembelajaran konstruktivisme (constructivism) ialah “Constructivism is an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal connections or relationships among the ideas and facts being taught.” Dalam definisi ini, mereka menjelaskan 24
  • 26. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga dikenali sebagai fahaman “binaan”. Menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, “Constructivist perspectives – View that emphasizes the active role of the learner in building understanding and making sense of information.” Dari kenyataan-kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan. Yager (1999) dalam Teori pembelajaran (2009) menjelaskan, pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan… “one only knows something if one can explain it”. Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Cheek (1992) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut. Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey (Teori pembelajaran, 2009). Mengikut John Dewey (1966) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, pembelajaran bermakna (meaningful learning), melibatkan “belajar dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978) dalam “Mind in Society” yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak (Teori pembelajaran, 2009). 25
  • 27. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme (Teori pembelajaran, 2009). Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh dilaksanakan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Teori pembelajaran, 2009) : • Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. • Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. • Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. • Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. • Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. • Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk “hands on” dan “minds on”. • Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. • Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. • Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. • Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. • Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. • Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. • Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. • Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan. Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajaran-pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi. Teori-teori ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh guru-guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Namun, guru-guru perlulah memahami pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan ini berdasarkan kepada teori-teori pengajaran pembelajaran yang ada. 26
  • 28. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak c) Teori perkembangan kognitif, Jean Piaget Jean Piaget Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva (Ahmad Tramizi Talib, 2009). . Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist". Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat 27
  • 29. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak (Ahmad Tramizi Talib, 2009). Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak- kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah satu teori psikologi tetapi hanyalah satu pandangan epistemology iaitu satu falsafah pengetahuan yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci ke atas kanak-kanak pada tahap umur dan tahap perkembangan yang berlainan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008 : 85). Di sini, dapatlah kita ketahui teori perkembangan kognitif Piaget adalah satu dapatan yang diperolehi hasil daripada pemerhatian yang terperinci yang dijalankan oleh Piaget ke atas kanak-kanak. Kanak- kanak ini terdiri daripada umur yang tahap perkembangan yang berlainan (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama: Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin 28
  • 30. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak- kanak, 2008). Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau 29
  • 31. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun) Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. 30
  • 32. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak- kanak, 2008). Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak- anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). 31
  • 33. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Contohnya, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek 32
  • 34. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak- kanak, 2008). Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu rumah dan sekolah masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, 33
  • 35. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988 (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan). Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Jean Piaget berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran 34
  • 36. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak- kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak- kanak, 2008). Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). 35
  • 37. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak- kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain. 3 Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh ((Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). 36
  • 38. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak 3.0 PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH DARI DALAM DAN LUAR NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK Terdapat banyak pandangan dan pendapat daripada tokoh dalam dan luar negara mengenai perkembangan awal kanak-kanak. Antaranya pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak dari Timur seperti Ibnu Khaldun, Imam Al- Ghazali, Ibnu Sina dan juga Ibnu Hazm. Pandangan mereka adalah seperti berikut: Ibnu Khaldun (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009) : • Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. • Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah: a. Berperingkat-peringkat. b. Mengadakan latih tubi. c. Menggunakan benda-benda maujud. d. Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar. • Kanak-kanak perlu diberikan contoh-contoh konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Jadual kanak-kanak disuruh belajar haruslah disusun dengan baik. • Contoh teladan yang baik harus didedahkan mendidik kanak-kanak yang belum baligh. • Pembacaan al-Quran diajar dahulu sebelum menghafalnya. • Kanak-kanak harus dibentuk dengan cara lemah lembut bukannya dengan kekasaran. Jangan dibebankan dengan perkara-perkara diluar kemampuan mereka. Ini menyebabkan mereka: 37
  • 39. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak a. Tidak mahu belajar b. Mencerca pengajaran yang diberi. • Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa. Imam Al- Ghazali : Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang mana Allah memberi kepercayaan kepada ibu bapa untuk corakkan hati kanak-kanak yang masih suci bersih menjadi hati yang sangat bernilai dan berharga. Cara mendidik anak-anak ialah pelajaran agama, tingkah laku yang mulia, bersikap tegas dengan kanak-kanak, tidak keterlaluan dalam mendenda anak-anak, memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Oleh sebab itu, seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Aktiviti bermain untuk kanak- kanak mengikut pendapat Imam Al-Ghazali ialah membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka, fitrah semulajadi kanak-kanak memang suka bermain, dan dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009). Ibnu Sina : Sumbangan karyanya yang terbesar ialah “Qanun fi Tibb” atau dialih bahasakan menjadi “Precepts of Medicine”. Menurut karyanya, beliau berpendapat ibu bapa dan guru tidak perlu terlalu marah,takut dan bekerja berlebih-lebihan. Kesederhanaan adalah baik dalam membesarkan anak-anak. Aktiviti bermain ,hiburan dan rehat adalah perlu diselang-selikan. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar. Beliau mencadangkan belajar dan bermain secara berkumpulan bersama rakan hampir sebaya dan bukan sebaya (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009). Ibnu Hazm : 5 tahun adalah sesuai bagi permulaan proses pembelajaran secara sistematik yang bermula dengan mengetahui, meniru, dan menyebut huruf tanpa desakan atau kekerasan bagi mendapatkan kesempurnaan. Kanak-kanak digalakkan berfikir dan cuba menjawab sendiri, manakala guru hanya sebagai pembimbing (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009). Selain itu terdapat juga pandangan tokoh-tokoh lain seperti di bawah: 38
  • 40. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) : Idea-idea beliau mengenai pendidikan ialah anak-anak perlu dibimbing secara perlahan- lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak- kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Friedrich Froebel (1782-1852) : Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main” Antara idea-idea Froebel ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak- 39
  • 41. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Dr. Mastura Badzis : Segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya (Zul, 2009). Paul Eggan, Don, Slavin, dan Crow dan Crow : Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Ladyzuely (2010), berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) dalam Ladyzuely (2010), berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa. Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Ladyzuely (2010) menyatakan, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Model Montessori 40
  • 42. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Caplan dan Caplan (1976) dalam Saayah Bt Abu (2008) dalam Perlaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka menyatakan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan social dan intelek disamping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal ,koordinasi, dan ketangkasan seorang murid. Teori Kognitif Piaget Good dan Brophy (1990) dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1926) dan dijelaskan oleh Aminah Ayob dalam Syarahan Umum : Pembelajaran Berasaskan Minda Dan Implikasinya Kepada Pendidikan menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Model Erikson MacNaughton (2005) dalam Model Erikson (1975) dan dijelaskan oleh Mariani Md Nor dalam Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak menyatakan, pendidikan prasekolah merupakan peringkat awal dalam proses pembelajaran yang amat penting kerana pengalaman di prasekolah dapat member persediaan yang boleh membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri, dan sentiasa mempunyai sikap yang positif terhadap individu lain tanpa ada kecenderungan (bias) negatif terhadap yang lain. Model Konstruktivisme Rumelhart dan Norman (1978) dalam Subadrah Nair (2005) menjelaskan dalam Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah menyatakan, seseorang dapat membina kosep dalam kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dinamakan accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang diperolehinya dan ini dinamakan penyalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi iaitu berdasarnya pengetahuan yang ada padanya. 41
  • 43. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak 4.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN TEORI YANG BERKAITAN Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, telah memeriksa perspektif sekumpulan objek dengan menggunakan tiga buah model gunung yang mempunyai tanda-tanda saran seperti warna dan saiz yang berbeza dan kemuncaknya yang tertinggi diselubungi salji. Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, bahawa mereka telah mereka bentuk tiga jenis tugasan berhubung dengan tiga buah gunung tersebut untuk mengkaji masalah penyelarasan perspektif. Pertama, satu boneka yang dianggap sebagai pemerhati diletakkan di beberapa kedudukan atau orientasi keliling tiga buah gunung itu yang diletakkan dalam satu susunan yang tetap. Subjek telah memilih satu gambar yang difikirkan mewakili perspektif boneka. Kedua, subjek ditunjukkan sekeping gambar dan diminta meletakkan boneka pada satu orientasi supaya perspektif di dalam gambar. Ketiga, subjek diminta menyusun tiga buah gunung itu supaya sama dengan perspektif di dalam gambar. Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, dalam kajian tersebut, mereka telah melibatkan seramai 100 kanak-kanak di Geneva yang berusia 4-12 tahun. Mereka telah berjaya mengesan tahap-tahap perkembangan yang membawa ke arah penguasaan penyelarasan perspektif. Ciri-ciri tahap perkembangan tersebut disertakan dalam Jadual 2.1. Sebagai kesimpulan, tahap-tahap perkembangan itu merupakan satu perubahan pemikiran dari egosentrisme tulen kepada pemahaman lengkap. Kanak-kanak Tahap I 42
  • 44. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak tidak memahami tugasan yang perlu dilakukan. Kanak-kanak Tahap IIA tidak dapat mengenal pasti bahawa seseorang yang berada di tempat lain akan mempunyai perspektif yang berbeza daripada perspektifnya (egosentrisme tulen). Kanak-kanak Tahap 11B mula sedar tentang perbezaan perspektif, tetapi oleh kerana pengaruh Egosentrisme masih kuat, ia tidak boleh menggambarkan dengan tepat perspektif orang lain. Dalam TahapIII, kanak-kanak boleh mengenal pasti perbezaan perspektif. Walaupun demikian, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk sentiasa berjaya dalam menggambarkan dengan tepat perspektif orang lain (IIIB-pemahaman lengkap). Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) yang telah dinyatakan dalam Jadual 2.1 Ringkasan ciri tahap perkembangan yang dihuraikan oleh Piaget dan Inhelder (1956): 43
  • 45. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Tahap I Kanak-kanak tidak memahami arahan atau soalan yang dikemukakan. Tahap II Kanak-kanak tidak boleh atau hampir tidak boleh membezakan pemandangannya dengan pemandangan seorang pemerhati. Tahap IIA Egosentrisme: Kanak-kanak memikirkan pemerhati mempunyai pandangan yang sama sepertinya dengan : a) Memilih gambar yang mewakili pemandangan pemerhati. ATAU b) Menganggap sebarang gambar boleh mewakili semua pandangan, asalkan gambar itu menunjukkan ketiga-tiga buah gunung. Tahap IIB Gerak balas peralihan. Kanak-kanak cuba membezakan berbagai-bagai pandangan dan menumpukan perhatian kepada satu ciri yang dominant. Walaupun demikian ciri itu dihuraikan dari segi pandangannya kerana pengaruh egosentrisme masih kuat. Tahap III Kanak-kanak menunjukkan kemajuan dalam usaha membezakan berbagai-bagai pandangan hingga berjaya menyelaraskan berbagai- bagai pemandangan. Tahap IIIA Kanak-kanak menyedari berbagai-bagai pandangan seperti, tetapi menghadapi kesukaran untuk menyelaraskan hubungan kiri-kanan dan depan-belakang mengenai kedudukan ketiga-tiga gunung. Dengan itu, mereka tidak sentiasa dapat menentukan berbagai-bagai pandangan orang lain dengan betul. Tahap IIIB Kanak-kanak menguasai sepenuhnya penyelarasn kedua-dua hubungan kiri-kanan dan depan-belakang. Ini membolehkan mereka menentukan berbagai-bagai pandangan orang lain dengan betul Menurut Dodwell (1963), Laurendeau an Pinard (1970), Opper (1977) dan Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, telah menjalankan beberapa kajian replikasi mengenai tugasan yang direka bentuk oleh Piaget dan Inhelder (1956). Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, di antara kajian mereka ialah penyelarasan perspektif. Pada amnya, mereka telah menyokong kewujudan tahap perkembangan yang dikesan oleh Piaget dan Inhelder (1956). Menurut Piaget dan Inhelder .(1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, yang dinyatakan dalam jadual 2.2. Menurut Dodwell 44
  • 46. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak (1963) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, beliau tidak menghuraikan dengan terperinci tingkah-tingkah laku yang mencirikan tahap-tahap perkembangan yang dilaporkannnya. Dengan itu, kami tidak dapat menentukan sama ada tahap ’mula sedar perbezaan perspektif’ dapat dikesan atau tidak oleh beliau. Menurut Laurendeau an Pinard (1970) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian mereka, subjek di tahap ’mula sedar perbezaan perspektif’ masih dipengaruhi oleh egosentrik, tetapi dia membayangkan kesedaran bahawa perspektif orang lain tidak perlu sama dengan perspektifnya. Menurut Opper (1977) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian beliau, kemungkinan besar subjek di tahap ini masih dipengaruhi oleh egosentrisme tetapi beliau tidak membuat kenyataan yang jelas. Lazimnya, bagi kanak-kanak yang sedang membesar, sesuatu bentuk pemikiran itu tidak akan timbul atau boleh hilang dengan secara mendadak. 45
  • 47. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Jadual 2.2 Bilangan subjek, beza antara umur, dan tahap-tahap perkembangan yang dikesan oleh beberapa orang penyelidik dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994). Penyelidikan N Beza Tidak Egosentrisme Mula sedar Pemahaman antara faham (IIA) perbezaan perspektif Separa Lengkap umur tugasan (I) (IIB) (IIIA) (IIIB) Piaget dan Inhelder 100 4-12 / / / / / (1956) Dodwell (1963) 194 5-11 - / - / / Laurendeau dan Pinard 450 4-12 / / / / / (1970) Opper (1977) 494 6-16 - / / / / Robinson dan Robinson 111 5-11 - - / / / (1983) 46
  • 48. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, telah menunjukkan ciri-ciri tahap perkembangan yang berbeza sedikit daripada yang dapat dikesan oleh penyelidik-penyelidik lain. Walaupun demikian tiga tahap perkembangan yang telah dikesan itu boleh disusun dalam satu urutan berhierarki yang tetap iaitu syarat yang dikatakan oleh Piaget perlu ditunjukkan di dalam perkembangan sesuatu konsep. Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, di dalam kajiannya menyatakan ciri-ciri tahap perkembangan adalah seperti berikut : dalam Tahap I, kanak-kanak menetapkan dengan tepat sifat dominan sesuatu objek, manakala di Tahap II, kanak-kanak mewakili dengan betul hubungan depan–belakang dan di Tahap III mereka dapat menguasai hubungan kiri-kanan untuk mencapai pemahaman keseluruhan perspektif. Jika dirujuk dalam Jadual 2.2, menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tahap pertama Robinson dan Robinson (1983) boleh dianggap sepadan dengan Tahap IIB Piaget dan Inhelder (1956) kerana kedua-duanya mempunyai satu ciri yang sama : kanak-kanak menumpukan perhatian kepada sifat dominan sesuatu objek. Tahap kedua pula diletakkan dengan Tahap IIIA dan Tahap ketiga adalah sama dengan Tahap IIIB. Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, egosentrik hampir tidak wujud di kalangan kanak-kanak. Ini merupakan perbezaan yang ketara sekali di antara keputusannya dengan keputusan Piaget dan Inhelder (1956), Dodwell (1963), Laurendeau dan Pinard (1970) dan Opper (1977). Sebaliknya menurut Flavell, Botkin, Fry, Wright dan Jarvis (1968) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tidak menyokong keputusan Piaget dan Inhelder (1956). Tingkah laku subjek (gred 2-8 dan 11, Amerika Syarikat) tidak boleh diklafikasikan secara kualitatif kepada tahap-tahap perkembangan itu. Walaupun menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994), tidak menyatakannya, Salatas dan Flavell (1976) berpendapat bahawa tahap akhir (IIIB) perspektif ruang boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, kanak-kanak boleh menyelaraskan dimensi ruang kiri-kanan dengan depan- belakang dan kedua, kanak-kanak memahami maksud sesuatu pemandangan. Pemahaman pemandangan mempunyai dua komponen: (a) kanak-kanak itu mesti memahami bahawa pemerhati tidak mempunyai lebih daripada satu pemandangan 47
  • 49. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak mengenai satu susunan objek-objek tetapi pandangan tunggal yang unik. (b) kanak- kanak itu mesti mengetahui bahawa sesuatu pandangan itu tidak boleh dilihat lebih daripada satu kedudukan atau orientasi sekeliling objek-objek itu. Mereka telah mengkaji dua komponen ini dengan melibatkan tadika dan gred 2. Di antara dua komponen yang dikaji itu, pengetahuan bahawa pemerhati mempunyai satu pandangan unik adalah yang pertama sekali muncul. Komponen ini wujud di kalangan kanak-kanak gred 2 yang memahami bahawa dua pemerhati yang berada pada orientasi yang berbeza tidak mempunyai pandangan yang sama. 48