SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
1
SEJARAH / LATARBELAKANG USAHAWAN
Nama Usahawan : Puan Norhana binti Mohamed Noor
Umur : 42 Tahun
Pekerjaan : Usahawan dan suri rumah sepenuh masa
Nama suami : Zahari bin Md Akhir
Umur suami : 45 Tahun
Pekerjaan suami : Usahawan sepenuh masa
Alamat rumah : No 70, Lorong Mengkuang Indah 2, Taman Mengkuang
Indah, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang.
No Telefon : 012-5034655
Jenis Perniagaan : Kuih baulu tradisional
Tahun mula berniaga kecil-kecilan : 1985
Jumlah pekerja terkini : 5 orang
Jangkaan jualan bulanan : RM20,000.00
Jangkaan jualan tahunan : RM240 ,000.00
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
2
1. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN DAN PRODUK
Perniagaan ni berasal dari turun temurun, ia bermula apabila ayah puan Norhana iaitu encik
Mohamed Noor yang bekerja kampung mencetuskan idea untuk membuat baulu secara kecil-
Kecilan dan hanya bermodalkan hanya rm12. Bermula dengan menghantar baulu ke kedai-
kedai kopi serta kedai yang berdekatan. Setelah pelanggan mengetahui kesedapan baulu
tersebut, permintaan terhadap baulu semakin meningkat. Pelanggan mula mencari baulu
tersebut sehingga mereka tidak mencukupi kakitangan. Sebelum diambil alih oleh Puan
Norhana, perniagaan baulu ini hanya dijual dirumah sahaja. Pembekal akan mengambil
segala pesanan baulu dari rumah keluarga Puan Norhana. Perniagaan baulu ini ketika
dirumah hanya menggunakankaedah tradisional iaitu dibakar menggunakan sabut kelapa.
Seiring peredaran masa, perniagaan Puan Norhana tidak lagi membakar menggunakan sabut
kelapa seperti dahulu, tetapi untuk pastikan rasa tidak hilang, Puan Norhana menggunakan
bahan terbaik selain dibakar sempurna menggunakan ketuhar.
Keistimewaan baulu perniagaannya ,Puan Norhana menggunakan resepi warisan keluarga
sejak 30 tahun lalu. Permulaan perniagaan baulu ini dibantu oleh pejabat daerah. PERDA
juga memberi bantuan dari segi peralatan semasa perniagaan dibuat dirumah. Setelah sekian
lama beroperasi dirumah Puan Norhana telah mengembangkan perniagaan beliau dengan
membuka kedai sejak tiga tahun yang lalu di Taman Mengkuang Indah untuk memudahkan
pelanggan beliau membeli baulu.Segala peralatan membuat baulu dikedai dibeli sendiri Puan
Norhana menggunakan modal sendiri kerana peralatan yang diberi oleh PERDA tidak boleh
digunakan lagi.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
3
Menurut Puan Norhana tempahan akan meningkat pada musim perayaan iaitu 30,000 biji
baulu berbanding pada bulan biasa iaitu 15,000 biji baulu.Peningkatan pada hari raya
aididilfitri dan raya cina. Musim perayaan Puan Norhana terpaksa membuka perniagaannya
pada setiap hari untuk memenuhi permintaan yang banyak. Jika bulan biasa Puan Norhana
akan membuka perniagaannya pada hari Isnin sehingga hari Sabtu manakala pada hari Ahad
perniagaannya akan tutup. Pendapatan bulanan Puan Norhana mencecah RM 20,000
manakala tahunannya RM 240,00
Perniagaan Warisan Ilham Enterprise mula didaftarkan secara sah pada tahun (PG 0083920-
P) dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beralamat di No 70, Lorong Mengkuang
Indah 2, Taman Mengkuang Indah, 14000 Kubang Semang,Pulau Pinang. Ketika itu, pemilik
ingin mengembangkan perniagaan dan memasarkan perniagaannya ke seluruh Malaysia.
Tetapi terlebih dahulu perniagaan ini perlulah mendapat pengiktirafan kerajaan malaysia
untuk memastikan perniagaan yang bakal dilaksanakan boleh dipasarkan, berdaya saing dan
terus maju serta sah disisi undang-undang perniagaan 1956. Perniagaan Warisan Ilham
Enterprise merupakan pengusaha bumiputera di bawah bimbingan PERDA . Zana baulu
sangat terkenal disekitar utara selain Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Atas berkat usaha yang
dipamerkan, Puan Norhana telah dianugerahkan anugerah usahawan tekun cemerlang 2015
peringkat negeri Pulau Pinang pada 2 Mei yang lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar
Perahu, Pulau Pinang.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
4
KONSEP PERNIAGAAN / PROGRAM
JENIS PERKONGSIAN
Puan Norhana memilih perniagaan jenis perkongsian kerana beliau berkongsi perniagaan
bersama suaminya iaitu Encik Zahari Md Akhir. Organisasi perniagaan jenis ini juga popular
kerana proses penubuhannya yang mudah di samping kos penubuhannya yang agak rendah
dan boleh ditubuhkan bersama Encik Zahari serta memudahkan Puan Norhana berurusan
bersama suaminya. Perjalanan firma perkongsian di Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta
Perkongsian 1961.
Dalam Akta Perkongsian 1961, perkongsian bermaksud “Perhubungan yang wujud antara
orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapatkan keuntungan”.
Pada umumnya, undang-undang perkongsian adalah juga merupakan undang-undang kontrak,
oleh itu Akta Kontrak 1950 dan undang-undang kontrak adalah diterima pakai dalam undang-
undang perkongsian. Daripada definisi ini, terdapat tiga unsur penting dalam perkongsian
seperti perniagaan, dijalankan bersama-sama dan untuk mendapatkan keuntungan.
2. SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
 Pelajar Sekolah
Sebelum beroperasi perniagaan di kedai Puan Norhana pernah menganjurkan proses
membuat baulu untuk para pelancong, program anak angkat di kampungnya dan pelajar
sekolah. Mereka dapat merasai cara membuat dan memproses baulu. Ini dapat
menunjukkan sikap bekerjasama antara satu sama lain disamping itu dapat mempamerkan
keharmonian penduduk kampung kepada orang luar.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
5
 KEKELUARGAAN
Perniagaan yang diwarisi dari turun temurun ini dapat meningkatkan ekonomi terhadap
keluarga. Disamping meningkatkan sikap berkasih sayang ia juga dapat memupuk sifat
saling bantu membantu, berkerjasama antara satu sama lain dalam mengembangkan lagi
perniagaan yang kian berkembang ini. Sokongan daripada keluarga juga dapat membantu
untuk mencapai sesuatu kejayaan sesorang usahawan didalam bidang perniagaan. Bak
kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
 Masyarakat Sekitar
Perniagaan yang dijalankan oleh Puan Norhana bukan saja mengubah kehidupan mereka
sekeluarga tetapi dapat membantu beberapa lagi individu untuk bekerja dengannya dan
menambah pendapatan mereka. Pada musim perayaan, Puan Norhana perlu mengupah
lebih banyak pekerja untuk memenuhi jumlah permintaan. Dengan adanya perniagaan ini
Puan Norhana dapat bersama-sama berkongsi rezeki bersama masyarakat disekelilingnya
untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mencari pekerjaan.
 Masa Depan
Perancangan merupakan satu tatacara atau aturan bekerja untuk mendapat
hasil yang dapat dinyatakan dengan jelas dan tersusun dalam satu sistem membuat
keputusan yang bersepadu. Berfikir tentang masa hadapan dan berusaha untuk mengawal
masa depan merupakan satu komponen penting dalam perancangan.(Mintzberg, 1994
p.12). Puan Norhana bercadang melakukan promosi melalui medium media sosial dan
berhasrat memasarkan produknya ke luar negara seperti Singapura dan Brunei. Hasil
usaha yang gigih dan tidak pernah mengalah yang ditunjukkan oleh Puan Norhana dengan
bantuan suami dan pekerjanya, impian Puan Norhana untuk melebarkan sayap
pasarannya dapat dipenuhi
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
6
3. PERSAINGAN
Mak Ngah Baulu adalah penghasil kueh tradisional yang beroperasi di Bukit Mertajam sejak
tahun 2001. Kepakarannya semestinya dalam menghasilkan kueh bahulu yang sedap dan
digemari ramai. Mak Ngah Bahulu boleh menghasilkan pelbagai bentuk kueh bahulu seperti
bentuk ikan emas dan buah cermai.Selain kueh bahulu, Mak Ngah Bahulu juga menghasilkan
pelbagai jenis kueh tradisi lain seperti kueh semprit, peneram dan sebagainya.
Mak Ngah Bahulu juga menyediakan memenuhi tempahan untuk majlis-majlis seperti majlis
pertunangan, akad nikah, perkahwinan, kenduri kendara dan sebagainya. Pembeli juga boleh
membuat tempahan kuih dalam pelbagai saiz mengikut citarasa pembeli. Bagi Mak Ngah
yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, keunikan bahulu beliau adalah asli dan
tiada perisa tiruan dicampurkan. Malah, apa yang menarik adalah ia dijual dalam empat
bentuk berbeza iaitu ikan emas, matahari, buah cermai dan ikan sedang.
Dari segi pemasaran Mak Ngah Baulu mula, memasarkan produk di sekitar kampung, kedai-
kedai dan pada masa kini ada memasarkan kepada pemborong.Pada musim perayaan
termasuk Tahun Baru Cina, Mak Ngah tak menang tangan untuk menyiapakan tempahan
baulu dari orang ramai, pagi malam buat dan sukatan bertambah sekali ganda,Bahan-bahan
asas pembuatan bahulu adalah tepung, telur, gula dan essence vanilla bagi mengelakkan ia
bebau hanyir.
Bertanya mengenai cabaran dihadapi, Mak Ngah memberitahu bahawa persaingan adalah
amat ketara.Disebabkan faktor tersebut, Mak Ngah kini mempelbagaikan lagi produk
keluarannya kepada kerepek pisang (tiga perisa), kerepek ubi keledek dan lain-lain mengikut
permintaan semasa.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
7
Makngah bahulu merupakan salah satu persaingan perniagaan bagi Puan Norhana.Persaingan
yang dimaksudkan kerana keluaran produk perniagaan yang sama iaitu kuih tradisional
bahulu dan pelbagai aneka kuih tradisional yang lain.Selain itu, lokasi perniagaan yang
berdekatan di Bukit Mertajam juga merupakan persaingan secara sihat yang perlu dihadapi
oleh Puan Norhana.Persaingan ini boleh diambil secara positif oleh Puan Norhana untuk
lebih memajukan lagi perniagaan beliau supaya pelanggan dapat melihat perbezaan dari sudut
penghasilan produk yang pelbagai untuk menarik hati pelanggan.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
8
KELEBIHAN & KELEMAHAN
4. Kelebihan
 Menawarkan Pelbagai Jenis Produk
Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kuih tradisional
kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai jenis kuih selain
bahulu yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang
kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja.
 Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh
Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk
menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti
perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa
memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.
 Menawarkan Harga Yang Kompetitif
Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan
berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran
semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan
sekitar.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
9
 Lokasi Yang Strategik
Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi
oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan.
Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kuih
tradisional merupakan salah satu makanan yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan
Kelemahan
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang
mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran,
sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah
keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran
dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi
penampilan prestasi perniagaan yang memuaskan.
 Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap
Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih
lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan
pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya
menjadi pelanggan tetap perniagaan.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
10
 Kurang Dikenali
Perniagaan Puan Norhana merupakan perniagaan yang hanya dikenali di kawasan jajahan
iaitu di Bukit Mertajam tetapi kurang ternama. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru
dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi
pasaran dan pesaing yang ada.
 Jangka Hayat Produk Terhad
Oleh kerana tiada bahan pengawet yang digunakan maka ketahanan produk tidak dapat
bertahan lama. Ini membuatkan produk bahulu mempunyai tarikh luput yang agak terhad
untuk disimpan.
 Penggunaan Teknologi
Aspek tekonologi merupakan perkara penting dalam perniagaan kerana teknologi dapat
memudahkan urusan manusia selain dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu
mengeluarkan kos tenaga manusia untuk membayar upah.Puan Rohana tidak
menggunakan teknologi secara optima.teknologi bukan hanya boleh digunakan untuk
pengeluaran produk tetapi boleh digunapakai untuk mempromosikan produk seperti
internet.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
11
3. CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN
Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang.
Perkembangan perniagaan boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang
dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di
manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding
pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.
 Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan
Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di
pasaran. Ia berhubungan dengan makanan tradisional yang merupakan makanan yang
menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur.Penambahan kiosk di
tempat yang strategik seperti pasar tani dapat mempromosikan dan meningkatkan lagi
imej perniagaan. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat
pelanggan.
 Mempelbagaikan Produk
Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi bentu dan perasa
kuih bahulu dan menambah produk tradisional lain seperti kuih peneram,kuih kapal
terbang,rempeyek,karas dan sebagainya.Selain itu, makanan dingin beku seperti karipap
segera dan sebagainya boleh juga turut diperkenalkan. Dengan mempelbagaikan pilihan
produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII
12
 Perkembangan Secara Online
Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada
perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang
disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini
yang ditawarkan melalui facebook dan instagram.

Contenu connexe

Tendances

Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
Lim Willy
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARAFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
Norizan Hassan
 
Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putih
Cg Zue
 
Bab 2 merkantelisme
Bab 2 merkantelismeBab 2 merkantelisme
Bab 2 merkantelisme
firo HAR
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
mr_kay86
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalisme
Ikhwan Syazwan
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
zumiza84
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
guesta13067f
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
JASONYAPMUNHONG
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
arharynna
 

Tendances (20)

Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARAFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putih
 
Bab 2 merkantelisme
Bab 2 merkantelismeBab 2 merkantelisme
Bab 2 merkantelisme
 
E-dagang
E-dagang E-dagang
E-dagang
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
Penubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malayaPenubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malaya
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalisme
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
 
Dasar kebudayaan kebangsaan ...dasar negara pengajian am 2
Dasar kebudayaan kebangsaan ...dasar negara pengajian am 2Dasar kebudayaan kebangsaan ...dasar negara pengajian am 2
Dasar kebudayaan kebangsaan ...dasar negara pengajian am 2
 
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
 

Similaire à Report 2 bahulu

Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Audria
 
Ukm bandoeng rumah seni
Ukm bandoeng rumah seni Ukm bandoeng rumah seni
Ukm bandoeng rumah seni
Ricky Ramadhan
 
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenaskertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
Roman Picisan
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan Restoran
Shamsul De Bagio
 
Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)
Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)
Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)
M Abdul Aziz
 

Similaire à Report 2 bahulu (18)

Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
 
Profil pengusaha
Profil pengusahaProfil pengusaha
Profil pengusaha
 
Blonde pelangi
Blonde pelangiBlonde pelangi
Blonde pelangi
 
Laporan proposal bisnis annisa siti fatimah azzahra putri mulyaa 6018210007_a...
Laporan proposal bisnis annisa siti fatimah azzahra putri mulyaa 6018210007_a...Laporan proposal bisnis annisa siti fatimah azzahra putri mulyaa 6018210007_a...
Laporan proposal bisnis annisa siti fatimah azzahra putri mulyaa 6018210007_a...
 
Hasil Laporan Observasi Pemasaran Jasa Informasi
Hasil Laporan Observasi Pemasaran Jasa InformasiHasil Laporan Observasi Pemasaran Jasa Informasi
Hasil Laporan Observasi Pemasaran Jasa Informasi
 
Ukm bandoeng rumah seni
Ukm bandoeng rumah seni Ukm bandoeng rumah seni
Ukm bandoeng rumah seni
 
Nme pro5
Nme pro5Nme pro5
Nme pro5
 
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenaskertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
 
Perniagaan cookies biscut
 Perniagaan cookies biscut Perniagaan cookies biscut
Perniagaan cookies biscut
 
Nme pro5
Nme pro5Nme pro5
Nme pro5
 
Nme pro5
Nme pro5Nme pro5
Nme pro5
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan Restoran
 
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
 
Profil Pengusaha Inspiratif_ 030.pdf
Profil Pengusaha Inspiratif_ 030.pdfProfil Pengusaha Inspiratif_ 030.pdf
Profil Pengusaha Inspiratif_ 030.pdf
 
Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)
Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)
Rencana Bisnis Cisi Calon Manten - Bahasa Inggris (Versi Indo)
 
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan KeusahawananKerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
 
PENGEMBANGAN USAHA DODOL NANAS DI TANGKIT (1).docx
PENGEMBANGAN USAHA DODOL NANAS DI TANGKIT (1).docxPENGEMBANGAN USAHA DODOL NANAS DI TANGKIT (1).docx
PENGEMBANGAN USAHA DODOL NANAS DI TANGKIT (1).docx
 
Power point
Power pointPower point
Power point
 

Dernier

strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.pptstrategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
areeistyk
 
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di SurabayaObat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya Cytotec Asli Di Surabaya
 
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Abortion pills in Riyadh +966572737505 get cytotec
 
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah MifepristoneIn Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
jaanualu31
 
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec AsliObat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Terpercaya 082220077622
 
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptxModul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
ahmadirhamni
 
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN 082223109953 GUGURKAN JANIN KLINIK Bandung💊
 
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptxPPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
davidsagita2
 

Dernier (10)

strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.pptstrategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
strategi pemasaran Kewirausahaan-Pertemuan-5.ppt
 
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di SurabayaObat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
Obat Aborsi Surabaya WA 082223109953 Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Di Surabaya
 
UNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak Bonus
UNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak BonusUNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak Bonus
UNIKBET : Link Slot Gacor Pragmatic Play Yang Bisa Pakai Doku Banyak Bonus
 
resiko, pengembalian dan kebijakan dividen
resiko, pengembalian dan kebijakan dividenresiko, pengembalian dan kebijakan dividen
resiko, pengembalian dan kebijakan dividen
 
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
Cytotec Abortion pills : Online shop [ +966543202731) At best price riyadh Sa...
 
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah MifepristoneIn Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
In Kuwait City ((+918761049707)) Get Cytotec in Salmiyah Mifepristone
 
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec AsliObat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
Obat Cytotec Asli Pfizer 082220077622 Jual Obat Cytotec Asli
 
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptxModul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
Modul-5-Pdgk-4101 jhfgfgfgfkelompok 3.pptx
 
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
💊💊 OBAT PENGGUGUR KANDUNGAN BANDUNG 082223109953 ATAU CARA GUGURKAN JANIN KLI...
 
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptxPPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
PPT Pelaksana Lapangan Pekerjaan Bangunan Pengaman Pantai.pptx
 

Report 2 bahulu

  • 1. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 1 SEJARAH / LATARBELAKANG USAHAWAN Nama Usahawan : Puan Norhana binti Mohamed Noor Umur : 42 Tahun Pekerjaan : Usahawan dan suri rumah sepenuh masa Nama suami : Zahari bin Md Akhir Umur suami : 45 Tahun Pekerjaan suami : Usahawan sepenuh masa Alamat rumah : No 70, Lorong Mengkuang Indah 2, Taman Mengkuang Indah, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang. No Telefon : 012-5034655 Jenis Perniagaan : Kuih baulu tradisional Tahun mula berniaga kecil-kecilan : 1985 Jumlah pekerja terkini : 5 orang Jangkaan jualan bulanan : RM20,000.00 Jangkaan jualan tahunan : RM240 ,000.00
  • 2. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 2 1. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN DAN PRODUK Perniagaan ni berasal dari turun temurun, ia bermula apabila ayah puan Norhana iaitu encik Mohamed Noor yang bekerja kampung mencetuskan idea untuk membuat baulu secara kecil- Kecilan dan hanya bermodalkan hanya rm12. Bermula dengan menghantar baulu ke kedai- kedai kopi serta kedai yang berdekatan. Setelah pelanggan mengetahui kesedapan baulu tersebut, permintaan terhadap baulu semakin meningkat. Pelanggan mula mencari baulu tersebut sehingga mereka tidak mencukupi kakitangan. Sebelum diambil alih oleh Puan Norhana, perniagaan baulu ini hanya dijual dirumah sahaja. Pembekal akan mengambil segala pesanan baulu dari rumah keluarga Puan Norhana. Perniagaan baulu ini ketika dirumah hanya menggunakankaedah tradisional iaitu dibakar menggunakan sabut kelapa. Seiring peredaran masa, perniagaan Puan Norhana tidak lagi membakar menggunakan sabut kelapa seperti dahulu, tetapi untuk pastikan rasa tidak hilang, Puan Norhana menggunakan bahan terbaik selain dibakar sempurna menggunakan ketuhar. Keistimewaan baulu perniagaannya ,Puan Norhana menggunakan resepi warisan keluarga sejak 30 tahun lalu. Permulaan perniagaan baulu ini dibantu oleh pejabat daerah. PERDA juga memberi bantuan dari segi peralatan semasa perniagaan dibuat dirumah. Setelah sekian lama beroperasi dirumah Puan Norhana telah mengembangkan perniagaan beliau dengan membuka kedai sejak tiga tahun yang lalu di Taman Mengkuang Indah untuk memudahkan pelanggan beliau membeli baulu.Segala peralatan membuat baulu dikedai dibeli sendiri Puan Norhana menggunakan modal sendiri kerana peralatan yang diberi oleh PERDA tidak boleh digunakan lagi.
  • 3. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 3 Menurut Puan Norhana tempahan akan meningkat pada musim perayaan iaitu 30,000 biji baulu berbanding pada bulan biasa iaitu 15,000 biji baulu.Peningkatan pada hari raya aididilfitri dan raya cina. Musim perayaan Puan Norhana terpaksa membuka perniagaannya pada setiap hari untuk memenuhi permintaan yang banyak. Jika bulan biasa Puan Norhana akan membuka perniagaannya pada hari Isnin sehingga hari Sabtu manakala pada hari Ahad perniagaannya akan tutup. Pendapatan bulanan Puan Norhana mencecah RM 20,000 manakala tahunannya RM 240,00 Perniagaan Warisan Ilham Enterprise mula didaftarkan secara sah pada tahun (PG 0083920- P) dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beralamat di No 70, Lorong Mengkuang Indah 2, Taman Mengkuang Indah, 14000 Kubang Semang,Pulau Pinang. Ketika itu, pemilik ingin mengembangkan perniagaan dan memasarkan perniagaannya ke seluruh Malaysia. Tetapi terlebih dahulu perniagaan ini perlulah mendapat pengiktirafan kerajaan malaysia untuk memastikan perniagaan yang bakal dilaksanakan boleh dipasarkan, berdaya saing dan terus maju serta sah disisi undang-undang perniagaan 1956. Perniagaan Warisan Ilham Enterprise merupakan pengusaha bumiputera di bawah bimbingan PERDA . Zana baulu sangat terkenal disekitar utara selain Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Atas berkat usaha yang dipamerkan, Puan Norhana telah dianugerahkan anugerah usahawan tekun cemerlang 2015 peringkat negeri Pulau Pinang pada 2 Mei yang lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Pulau Pinang.
  • 4. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 4 KONSEP PERNIAGAAN / PROGRAM JENIS PERKONGSIAN Puan Norhana memilih perniagaan jenis perkongsian kerana beliau berkongsi perniagaan bersama suaminya iaitu Encik Zahari Md Akhir. Organisasi perniagaan jenis ini juga popular kerana proses penubuhannya yang mudah di samping kos penubuhannya yang agak rendah dan boleh ditubuhkan bersama Encik Zahari serta memudahkan Puan Norhana berurusan bersama suaminya. Perjalanan firma perkongsian di Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961. Dalam Akta Perkongsian 1961, perkongsian bermaksud “Perhubungan yang wujud antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapatkan keuntungan”. Pada umumnya, undang-undang perkongsian adalah juga merupakan undang-undang kontrak, oleh itu Akta Kontrak 1950 dan undang-undang kontrak adalah diterima pakai dalam undang- undang perkongsian. Daripada definisi ini, terdapat tiga unsur penting dalam perkongsian seperti perniagaan, dijalankan bersama-sama dan untuk mendapatkan keuntungan. 2. SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA  Pelajar Sekolah Sebelum beroperasi perniagaan di kedai Puan Norhana pernah menganjurkan proses membuat baulu untuk para pelancong, program anak angkat di kampungnya dan pelajar sekolah. Mereka dapat merasai cara membuat dan memproses baulu. Ini dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara satu sama lain disamping itu dapat mempamerkan keharmonian penduduk kampung kepada orang luar.
  • 5. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 5  KEKELUARGAAN Perniagaan yang diwarisi dari turun temurun ini dapat meningkatkan ekonomi terhadap keluarga. Disamping meningkatkan sikap berkasih sayang ia juga dapat memupuk sifat saling bantu membantu, berkerjasama antara satu sama lain dalam mengembangkan lagi perniagaan yang kian berkembang ini. Sokongan daripada keluarga juga dapat membantu untuk mencapai sesuatu kejayaan sesorang usahawan didalam bidang perniagaan. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.  Masyarakat Sekitar Perniagaan yang dijalankan oleh Puan Norhana bukan saja mengubah kehidupan mereka sekeluarga tetapi dapat membantu beberapa lagi individu untuk bekerja dengannya dan menambah pendapatan mereka. Pada musim perayaan, Puan Norhana perlu mengupah lebih banyak pekerja untuk memenuhi jumlah permintaan. Dengan adanya perniagaan ini Puan Norhana dapat bersama-sama berkongsi rezeki bersama masyarakat disekelilingnya untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mencari pekerjaan.  Masa Depan Perancangan merupakan satu tatacara atau aturan bekerja untuk mendapat hasil yang dapat dinyatakan dengan jelas dan tersusun dalam satu sistem membuat keputusan yang bersepadu. Berfikir tentang masa hadapan dan berusaha untuk mengawal masa depan merupakan satu komponen penting dalam perancangan.(Mintzberg, 1994 p.12). Puan Norhana bercadang melakukan promosi melalui medium media sosial dan berhasrat memasarkan produknya ke luar negara seperti Singapura dan Brunei. Hasil usaha yang gigih dan tidak pernah mengalah yang ditunjukkan oleh Puan Norhana dengan bantuan suami dan pekerjanya, impian Puan Norhana untuk melebarkan sayap pasarannya dapat dipenuhi
  • 6. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 6 3. PERSAINGAN Mak Ngah Baulu adalah penghasil kueh tradisional yang beroperasi di Bukit Mertajam sejak tahun 2001. Kepakarannya semestinya dalam menghasilkan kueh bahulu yang sedap dan digemari ramai. Mak Ngah Bahulu boleh menghasilkan pelbagai bentuk kueh bahulu seperti bentuk ikan emas dan buah cermai.Selain kueh bahulu, Mak Ngah Bahulu juga menghasilkan pelbagai jenis kueh tradisi lain seperti kueh semprit, peneram dan sebagainya. Mak Ngah Bahulu juga menyediakan memenuhi tempahan untuk majlis-majlis seperti majlis pertunangan, akad nikah, perkahwinan, kenduri kendara dan sebagainya. Pembeli juga boleh membuat tempahan kuih dalam pelbagai saiz mengikut citarasa pembeli. Bagi Mak Ngah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, keunikan bahulu beliau adalah asli dan tiada perisa tiruan dicampurkan. Malah, apa yang menarik adalah ia dijual dalam empat bentuk berbeza iaitu ikan emas, matahari, buah cermai dan ikan sedang. Dari segi pemasaran Mak Ngah Baulu mula, memasarkan produk di sekitar kampung, kedai- kedai dan pada masa kini ada memasarkan kepada pemborong.Pada musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Mak Ngah tak menang tangan untuk menyiapakan tempahan baulu dari orang ramai, pagi malam buat dan sukatan bertambah sekali ganda,Bahan-bahan asas pembuatan bahulu adalah tepung, telur, gula dan essence vanilla bagi mengelakkan ia bebau hanyir. Bertanya mengenai cabaran dihadapi, Mak Ngah memberitahu bahawa persaingan adalah amat ketara.Disebabkan faktor tersebut, Mak Ngah kini mempelbagaikan lagi produk keluarannya kepada kerepek pisang (tiga perisa), kerepek ubi keledek dan lain-lain mengikut permintaan semasa.
  • 7. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 7 Makngah bahulu merupakan salah satu persaingan perniagaan bagi Puan Norhana.Persaingan yang dimaksudkan kerana keluaran produk perniagaan yang sama iaitu kuih tradisional bahulu dan pelbagai aneka kuih tradisional yang lain.Selain itu, lokasi perniagaan yang berdekatan di Bukit Mertajam juga merupakan persaingan secara sihat yang perlu dihadapi oleh Puan Norhana.Persaingan ini boleh diambil secara positif oleh Puan Norhana untuk lebih memajukan lagi perniagaan beliau supaya pelanggan dapat melihat perbezaan dari sudut penghasilan produk yang pelbagai untuk menarik hati pelanggan.
  • 8. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 8 KELEBIHAN & KELEMAHAN 4. Kelebihan  Menawarkan Pelbagai Jenis Produk Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kuih tradisional kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai jenis kuih selain bahulu yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja.  Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.  Menawarkan Harga Yang Kompetitif Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.
  • 9. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 9  Lokasi Yang Strategik Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kuih tradisional merupakan salah satu makanan yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan Kelemahan Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi perniagaan yang memuaskan.  Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.
  • 10. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 10  Kurang Dikenali Perniagaan Puan Norhana merupakan perniagaan yang hanya dikenali di kawasan jajahan iaitu di Bukit Mertajam tetapi kurang ternama. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.  Jangka Hayat Produk Terhad Oleh kerana tiada bahan pengawet yang digunakan maka ketahanan produk tidak dapat bertahan lama. Ini membuatkan produk bahulu mempunyai tarikh luput yang agak terhad untuk disimpan.  Penggunaan Teknologi Aspek tekonologi merupakan perkara penting dalam perniagaan kerana teknologi dapat memudahkan urusan manusia selain dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan kos tenaga manusia untuk membayar upah.Puan Rohana tidak menggunakan teknologi secara optima.teknologi bukan hanya boleh digunakan untuk pengeluaran produk tetapi boleh digunapakai untuk mempromosikan produk seperti internet.
  • 11. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 11 3. CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.  Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan makanan tradisional yang merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur.Penambahan kiosk di tempat yang strategik seperti pasar tani dapat mempromosikan dan meningkatkan lagi imej perniagaan. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.  Mempelbagaikan Produk Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi bentu dan perasa kuih bahulu dan menambah produk tradisional lain seperti kuih peneram,kuih kapal terbang,rempeyek,karas dan sebagainya.Selain itu, makanan dingin beku seperti karipap segera dan sebagainya boleh juga turut diperkenalkan. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.
  • 12. VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKATIII 12  Perkembangan Secara Online Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan melalui facebook dan instagram.