SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Télécharger pour lire hors ligne
Teks Khutbah Jumaat

Bumi Berdarah

BUMI BERDARAH
18 Oktober 2013M / 13 Zulhijjah 1434H

:
_^ ] [ZYXWVU TSR
jihgfe dcba`

.
.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan darjat ketakwaan dan keimanan kepada Allah
Subhanahu wa taala dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintahNya dan
meninggalkan segala tegahanNya, mudah-mudahan kita akan berbahagia di dunia dan
akhirat.
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “Bumi Berdarah”.
Sebelum khutbah diteruskan, khatib menyeru sidang Jemaah sekalian untuk melakukan
perkara berikut:
Pertama : Hentikanlah semua urusan dunia termasuk segala bentuk jual beli.
1
Teks Khutbah Jumaat

Kedua

Bumi Berdarah

: Matikan telefon bimbit masing-masing, jangan leka bermesej, melayari

internet dan sebagainya.
Ketiga : Beri perhatian kepada khutbah yang dibaca. Bukankah kita sedang mengadap
Allah SWT sekarang. Semoga khutbah dapat memberi manfaat kepada semua dan
dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menadah tangan
bersyukur kepada Allah Subhanahu wa taala dan mensyukuri segala nikmat Allah taala
yang mengurniakan kehidupan yang bahagia, sihat, tenteram, aman dan damai. Firman
Allah taala di dalam surah an-Nahl, ayat 18 :

gfed c ba`_^]
Bermaksud : “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada
kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Segala nikmat kurnian Allah taala tersebut
akan

bertambah-tambah

sekiranya

kita bersyukur dan

berterima

kasih

atas

pemberianNya kepada kita, sebaliknya kita akan ditimpa kesusahan, mala petaka dan
azab daripadaNya sekiranya kita mengkufuri nikmat-nikmat tersebut.”
Keamanan dan ketenteraman adalah antara nikmat terbesar Allah taala kepada kita.
Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan agama dan kehidupan dunia tanpa
ada sebarang ketakutan, kebimbangan dan kegerunan seterusnya dapat membantu
kita mempertingkatkan kualiti hidup yang cemerlang dan gemilang.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Hari ini, dunia memperlihatkan kepada kita dengan jelas betapa umat Islam di seluruh
dunia menderita disebabkan kekacauan, huru-hara, peperangan dan pergaduhan yang
berterusan. Terkini apa yang sedang dialami oleh umat Islam di Syiria dan Mesir
apabila rakyat yang tidak berdosa, orang-orang yang dhaif, anak-anak yang tidak
2
Teks Khutbah Jumaat

Bumi Berdarah

berdaya, golongan wanita yang lemah, merekalah yang sering menjadi mangsa
keadaan, diseksa, dipukul, dianiaya, disembelih, dirogol dan dibakar hidup-hidup tanpa
ada belas kasihan. Keadaan huru-hara yang semakin hari bertambah, kekacauan yang
berterusan, pembunuhan yang kejam bukan sahaja memberi kesan yang buruk dalam
kehidupan seharian mereka bahkan ianya boleh membantut pelaksanaan tuntutan amal
ibadah seterusnya menyekat usaha pembangunan umat Islam dan negara.
Sebagai umat Islam yang prihatin, kita tidak seharusnya hanya menjadi penonton
terhadap penderitaan, kezaliman dan kesusahan yang dialami mereka. Kita juga
berperanan membantu mengurangkan situasi buruk mereka sama ada dengan tenaga,
fikiran, atau sekurang-kurangnya menadah tangan mendoakan keamanan dan
kesejahteraan mereka. Ingatlah, akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, akidah Asya’irah
dan Maturidiyyah yang kita warisi daripada ulama-ulama terdahulu yang bersambung
sanadnya sampai kepada Baginda Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wa Sallam wajib kita
pertahankan. Percayalah, dengan akidah yang benar kita dapat menyatukan umat
Islam seluruh dunia tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan warna kulit.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Situasi buruk yang melanda umat Islam hari ini adalah agenda rapi musuh-musuh Islam
sejak berkurun-kurun lamanya. Mereka bergembira dan bersorak dengan penderitaan
ini. Agenda jahat mereka telah diatur dan dilaksanakan dengan jayanya. Mereka
sememangnya tidak akan meredhai Islam dan umatnya dan tidak akan berhenti
melemahkan dan menghancurkan Islam sehingga ke akar umbi. Inilah perancangan
rapi yang dilaksanakan oleh pihak mereka bahkan yang lebih malang lagi ia juga
dilaksanakan oleh umat Islam sendiri yang telah bersekongkol dengan mereka.
Kesatuan umat yang rapuh, akidah menyeleweng, minda dan pemikiran masyarakat
yang lemah dan kejahilan yang bermaharajalela, ekonomi yang tidak menjamin,
kebergantungan umat Islam pada bangsa asing dalam pelbagai aspek kehidupan
terutamanya dalam hal ekonomi adalah antara faktor agenda jahat mereka.

3
Teks Khutbah Jumaat

Bumi Berdarah

Apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini sebenarnya mempunyai hikmah dan
pengajaran untuk kita hayati. Dalam usaha menjunjung dan memartabatkan Islam
sememangnya kita memerlukan keadaan yang aman dan tenteram. Tanpa keamanan
dan kesejahteraan, kita tidak dapat mencapai matlamat membentuk sebuah negara
Islam yang berdaulat.
Realitinya, umat Islam di negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai tribulasi dan
cabaran seperti serangan fahaman songsang, akidah yang menyeleweng dan tuntutan
orang bukan Islam yang boleh mencabar kewibawaan dan kemurnian Islam. Malah,
masih ada lagi pihak yang suka membawa isu-isu khilafiah dalam ibadah walhal ianya
telah lama diperdebatkan oleh ulama silam. Inilah punca yang akan menambahkan
keceraluan dan pergaduhan di dalam masyarakat. Sedarkah kita bahawa musuhmusuh Islam pastinya gembira dengan keadaan ini.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Peperangan dan pembunuhan umat Islam yang berlaku pada hari ini adalah “fitnah”
yang telah dikhabarkan oleh baginda Rasulullah Salla Allah Alayhi

Wa Sallam.

Sesungguhnya Rasulullah Salla Allah Alayhi Wa Sallam telah bersabda kepada kita
bahawa akan datang suatu fitnah, lantas Baginda menyarankan umatnya agar
bersegera melakukan amalan soleh sebelum hatinya sibuk dengan fitnah tersebut.
Rasulullah Salla Allah Alayhi Wa Sallam bersabda sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim Rahimahullah daripada :

­
Bermaksud : “Hendaklah kamu menyegerakan amalan soleh sebelum datangnya fitnah
yang seperti sebahagian malam yang gelap gelita. Seorang itu pada waktu pagi
beriman manakala pada waktu petangnya kufur atau pada waktu petang beriman
manakala pada waktu paginya kufur. Dia menjual agamanya dengan harta dunia.”

4
Teks Khutbah Jumaat

Bumi Berdarah

Inilah fitnah yang amat besar apabila seseorang itu boleh menukar agama dalam
tempoh satu hari sahaja. Semoga kita dapat perlindungan daripada Allah taala dari
perkara tersebut. Berhati-hatilah daripada fitnah ini dan punca yang mendorong
kepadanya. Rebutlah waktu yang masih berbaki dengan melakukan amalan ketaatan.
Jangan sesekali melibatkan diri dalam menumpahkan darah umat Islam secara zalim
sesungguhnya sesiapa yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah tanpa hak
maka wajib baginya qisas. Ingatlah Firman Allah taala dalam surah al-Maaidah ayat 32 :

QP ON M LK JIHGFE DCBA
^] [ ZYXWVUT SR
jihgfed cba`_
Bermaksud : “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami
tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia
dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana)
melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia
semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka
seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. dan demi
sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa
keterangan yang cukup terang; Kemudian, Sesungguhnya kebanyakan dari mereka
sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan
kerosakan) di muka bumi.”
Jangan sesekali kita mengambil harta umat Islam secara zalim, merampas harta
mereka sesungguhnya akibat buruk rentetan daripada perbuatan itu adalah besar.
Jauhilah daripada seruan melakukan huru hara dan pemberontakan di negara ini.
Peliharalah keluarga, dan kaum kerabat daripada tempat-tempat yang membawa fitnah
dan sibukkan diri kita dan ahli keluarga dengan ilmu di samping melakukan amal
ibadah. Semoga Allah taala menjauhi kita daripada hati yang lalai, kezaliman orang

5
Teks Khutbah Jumaat

Bumi Berdarah

yang zalim dan kita dapat meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang aman
dan sejahtera.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Umat Islam di seluruh dunia menangisi penderitaan dan ketidakstabilan hidup saudarasudara kita di Syria, Mesir, Lubnan dan Palestin. Kehidupan mereka sehari-harian
berdepan dengan pelbagai bentuk kezaliman dan penindasan oleh musuh-musuh islam
yang sebenar. Telah terbukti bahawa kita bukan sahaja diperangi oleh puak yahudi dan
sekutunya, bahkan hakikatnya kita juga menghadapi kezaliman dan penindasan yang
dilakukan oleh umat islam sendiri. Inilah golongan munafik yang saban hari mencari
jalan menghancurkan islam sejak dari zaman pemerintahan khalifah al-Rasyidin lagi.
Ingatlah, yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali meredhai umat Islam selagi kita
berpegang teguh dengan ajaran Rasulullah SAW melainkan kita mengikut telunjuk dan
aturan mereka. Sememangnya mereka sangat mahukan umat Islam menjadi munafik
supaya mudah untuk mereka mempergunakan dan manjadi hamba mereka. Hayatilah
firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 :

TSR QPONM LK JIHGFEDCBA
cb a`_^][ ZYX WVU
Bermaksud : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari
Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”
Justeru, semua umat Islam wajib bersatu memelihara kesucian Islam daripada ditindas,
dihina, dizalimi dan diperkotakkatikkan oleh mereka. Mungkin kita tidak pernah merasa
6
Teks Khutbah Jumaat

Bumi Berdarah

kesusahan umat islam di sana, tetapi ingatlah kita juga sebenarnya adalah sasaran
musuh-musuh Islam. Pertahankanlah akidah ahli sunnah wal jamaah, berhati-hatilah
daripada terpengaruh dengan ajaran yang jauh menympang dari landasan sebenar
seperti Syiah.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini seperti berikut :
Pertama : Bersyukurlah dengan nikmat keamanan dan ketenteraman dikurniakan Allah
taala kepada kita .
Kedua : Hulurkanlah bantuan dan sokongan kepada saudara-saudara kita di Syria,
Mesir, Lubnan dan Palestin serta mendoakan kemenangan mereka memartabatkan
Islam.
Ketiga : Pelihara diri dan kukuhkan akidah Islam yang sebenar supaya tidak mudah
tewas dengan agenda-agenda musuh-musuh Islam.
Firman Allah taala dalam surah al-Saaf ayat 14 :

kjihg
áàß ÞÝ ÜÛÚÙØ ×ÖÕ ÔÓ Ò ÑÐÏÎ
ôóò ñð ïîí ìëê éèçæå äãâ
Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembelapembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni
Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolongpenolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?
Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak
berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi
(tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk
mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.”
7
Teks Khutbah Jumaat

Bumi Berdarah

.

8

Contenu connexe

Tendances

Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1
omben2
 
Jadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairJadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubair
Erman Hidayat
 
Khadijah binti khuwailid bin asad bin
Khadijah binti khuwailid bin asad binKhadijah binti khuwailid bin asad bin
Khadijah binti khuwailid bin asad bin
Mazlizan Mazlizan
 
Mencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.w
Mencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.wMencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.w
Mencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.w
Nur Amira
 
Rencana islam 4
Rencana islam 4Rencana islam 4
Rencana islam 4
xajuten
 

Tendances (17)

Siti khadijah
Siti khadijahSiti khadijah
Siti khadijah
 
Pembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamPembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islam
 
Tugasan 3 a155044
Tugasan 3 a155044Tugasan 3 a155044
Tugasan 3 a155044
 
Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Pesanan Rasulullah Untuk PemudaPesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
 
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
 
Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1Khotbah zaini 1
Khotbah zaini 1
 
Jadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairJadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubair
 
Drrauh
DrrauhDrrauh
Drrauh
 
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
 
Diskusi kel 4 hadis
Diskusi kel 4 hadisDiskusi kel 4 hadis
Diskusi kel 4 hadis
 
Khadijah binti khuwailid bin asad bin
Khadijah binti khuwailid bin asad binKhadijah binti khuwailid bin asad bin
Khadijah binti khuwailid bin asad bin
 
Tanya jawab tentang sumpah
Tanya jawab  tentang sumpahTanya jawab  tentang sumpah
Tanya jawab tentang sumpah
 
Kitab tentang sumpah
Kitab tentang sumpahKitab tentang sumpah
Kitab tentang sumpah
 
Nilai-Nilai pendidikan karakter dalam Al-Quran Surat Yusuf
Nilai-Nilai pendidikan karakter dalam Al-Quran Surat YusufNilai-Nilai pendidikan karakter dalam Al-Quran Surat Yusuf
Nilai-Nilai pendidikan karakter dalam Al-Quran Surat Yusuf
 
Khutbah jumaat(rumi)19072013
Khutbah jumaat(rumi)19072013Khutbah jumaat(rumi)19072013
Khutbah jumaat(rumi)19072013
 
Mencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.w
Mencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.wMencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.w
Mencotohi sifat peribadi isteri2 rasulullah s.a.w
 
Rencana islam 4
Rencana islam 4Rencana islam 4
Rencana islam 4
 

Similaire à Bumi berdarah

KHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdf
KHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdfKHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdf
KHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdf
SofyanSkmspd
 
Dunia islam harus bangkit
Dunia islam harus bangkitDunia islam harus bangkit
Dunia islam harus bangkit
Rizky Faisal
 
Syariah islam
Syariah islamSyariah islam
Syariah islam
el-hafiy
 
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam sajaKewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
FlamencoRizky
 
12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc
12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc
12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc
MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaran
Muhsin Hariyanto
 
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqimIbn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Taufik Hidayat
 

Similaire à Bumi berdarah (20)

KHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdf
KHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdfKHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdf
KHUTBAH JUMAT LATIN PERSAUDARAAN ALA RASULULLAH SAW.pdf
 
Dunia islam harus bangkit
Dunia islam harus bangkitDunia islam harus bangkit
Dunia islam harus bangkit
 
Erti Kemerdekaan Hakiki
Erti Kemerdekaan HakikiErti Kemerdekaan Hakiki
Erti Kemerdekaan Hakiki
 
Materi khutbah 2
Materi khutbah 2Materi khutbah 2
Materi khutbah 2
 
Syariah islam
Syariah islamSyariah islam
Syariah islam
 
Kemenangan islam
Kemenangan islamKemenangan islam
Kemenangan islam
 
Kenapa harus khilafah
Kenapa harus khilafahKenapa harus khilafah
Kenapa harus khilafah
 
4
44
4
 
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududiTanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
 
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam sajaKewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
 
12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc
12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc
12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc
 
Agar Wanita Tidak Diperdaya
Agar Wanita Tidak DiperdayaAgar Wanita Tidak Diperdaya
Agar Wanita Tidak Diperdaya
 
KHUTBAH.docx
KHUTBAH.docxKHUTBAH.docx
KHUTBAH.docx
 
Hakimi
HakimiHakimi
Hakimi
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaran
 
Khutbah Jum'at
Khutbah Jum'atKhutbah Jum'at
Khutbah Jum'at
 
TULISAN TERAKHIR HASAN AL BANNA SEBELUM DIBUNUH
TULISAN TERAKHIR HASAN AL BANNA SEBELUM DIBUNUHTULISAN TERAKHIR HASAN AL BANNA SEBELUM DIBUNUH
TULISAN TERAKHIR HASAN AL BANNA SEBELUM DIBUNUH
 
Khutbah idul adha 1441 h
Khutbah idul adha 1441 h Khutbah idul adha 1441 h
Khutbah idul adha 1441 h
 
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqimIbn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
 
Kewajiban Dakwah
Kewajiban DakwahKewajiban Dakwah
Kewajiban Dakwah
 

Bumi berdarah

  • 1. Teks Khutbah Jumaat Bumi Berdarah BUMI BERDARAH 18 Oktober 2013M / 13 Zulhijjah 1434H : _^ ] [ZYXWVU TSR jihgfe dcba` . . Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama meningkatkan darjat ketakwaan dan keimanan kepada Allah Subhanahu wa taala dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala tegahanNya, mudah-mudahan kita akan berbahagia di dunia dan akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “Bumi Berdarah”. Sebelum khutbah diteruskan, khatib menyeru sidang Jemaah sekalian untuk melakukan perkara berikut: Pertama : Hentikanlah semua urusan dunia termasuk segala bentuk jual beli. 1
  • 2. Teks Khutbah Jumaat Kedua Bumi Berdarah : Matikan telefon bimbit masing-masing, jangan leka bermesej, melayari internet dan sebagainya. Ketiga : Beri perhatian kepada khutbah yang dibaca. Bukankah kita sedang mengadap Allah SWT sekarang. Semoga khutbah dapat memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menadah tangan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa taala dan mensyukuri segala nikmat Allah taala yang mengurniakan kehidupan yang bahagia, sihat, tenteram, aman dan damai. Firman Allah taala di dalam surah an-Nahl, ayat 18 : gfed c ba`_^] Bermaksud : “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Segala nikmat kurnian Allah taala tersebut akan bertambah-tambah sekiranya kita bersyukur dan berterima kasih atas pemberianNya kepada kita, sebaliknya kita akan ditimpa kesusahan, mala petaka dan azab daripadaNya sekiranya kita mengkufuri nikmat-nikmat tersebut.” Keamanan dan ketenteraman adalah antara nikmat terbesar Allah taala kepada kita. Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan agama dan kehidupan dunia tanpa ada sebarang ketakutan, kebimbangan dan kegerunan seterusnya dapat membantu kita mempertingkatkan kualiti hidup yang cemerlang dan gemilang. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Hari ini, dunia memperlihatkan kepada kita dengan jelas betapa umat Islam di seluruh dunia menderita disebabkan kekacauan, huru-hara, peperangan dan pergaduhan yang berterusan. Terkini apa yang sedang dialami oleh umat Islam di Syiria dan Mesir apabila rakyat yang tidak berdosa, orang-orang yang dhaif, anak-anak yang tidak 2
  • 3. Teks Khutbah Jumaat Bumi Berdarah berdaya, golongan wanita yang lemah, merekalah yang sering menjadi mangsa keadaan, diseksa, dipukul, dianiaya, disembelih, dirogol dan dibakar hidup-hidup tanpa ada belas kasihan. Keadaan huru-hara yang semakin hari bertambah, kekacauan yang berterusan, pembunuhan yang kejam bukan sahaja memberi kesan yang buruk dalam kehidupan seharian mereka bahkan ianya boleh membantut pelaksanaan tuntutan amal ibadah seterusnya menyekat usaha pembangunan umat Islam dan negara. Sebagai umat Islam yang prihatin, kita tidak seharusnya hanya menjadi penonton terhadap penderitaan, kezaliman dan kesusahan yang dialami mereka. Kita juga berperanan membantu mengurangkan situasi buruk mereka sama ada dengan tenaga, fikiran, atau sekurang-kurangnya menadah tangan mendoakan keamanan dan kesejahteraan mereka. Ingatlah, akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, akidah Asya’irah dan Maturidiyyah yang kita warisi daripada ulama-ulama terdahulu yang bersambung sanadnya sampai kepada Baginda Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wa Sallam wajib kita pertahankan. Percayalah, dengan akidah yang benar kita dapat menyatukan umat Islam seluruh dunia tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan warna kulit. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Situasi buruk yang melanda umat Islam hari ini adalah agenda rapi musuh-musuh Islam sejak berkurun-kurun lamanya. Mereka bergembira dan bersorak dengan penderitaan ini. Agenda jahat mereka telah diatur dan dilaksanakan dengan jayanya. Mereka sememangnya tidak akan meredhai Islam dan umatnya dan tidak akan berhenti melemahkan dan menghancurkan Islam sehingga ke akar umbi. Inilah perancangan rapi yang dilaksanakan oleh pihak mereka bahkan yang lebih malang lagi ia juga dilaksanakan oleh umat Islam sendiri yang telah bersekongkol dengan mereka. Kesatuan umat yang rapuh, akidah menyeleweng, minda dan pemikiran masyarakat yang lemah dan kejahilan yang bermaharajalela, ekonomi yang tidak menjamin, kebergantungan umat Islam pada bangsa asing dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya dalam hal ekonomi adalah antara faktor agenda jahat mereka. 3
  • 4. Teks Khutbah Jumaat Bumi Berdarah Apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini sebenarnya mempunyai hikmah dan pengajaran untuk kita hayati. Dalam usaha menjunjung dan memartabatkan Islam sememangnya kita memerlukan keadaan yang aman dan tenteram. Tanpa keamanan dan kesejahteraan, kita tidak dapat mencapai matlamat membentuk sebuah negara Islam yang berdaulat. Realitinya, umat Islam di negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran seperti serangan fahaman songsang, akidah yang menyeleweng dan tuntutan orang bukan Islam yang boleh mencabar kewibawaan dan kemurnian Islam. Malah, masih ada lagi pihak yang suka membawa isu-isu khilafiah dalam ibadah walhal ianya telah lama diperdebatkan oleh ulama silam. Inilah punca yang akan menambahkan keceraluan dan pergaduhan di dalam masyarakat. Sedarkah kita bahawa musuhmusuh Islam pastinya gembira dengan keadaan ini. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Peperangan dan pembunuhan umat Islam yang berlaku pada hari ini adalah “fitnah” yang telah dikhabarkan oleh baginda Rasulullah Salla Allah Alayhi Wa Sallam. Sesungguhnya Rasulullah Salla Allah Alayhi Wa Sallam telah bersabda kepada kita bahawa akan datang suatu fitnah, lantas Baginda menyarankan umatnya agar bersegera melakukan amalan soleh sebelum hatinya sibuk dengan fitnah tersebut. Rasulullah Salla Allah Alayhi Wa Sallam bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah daripada : ­ Bermaksud : “Hendaklah kamu menyegerakan amalan soleh sebelum datangnya fitnah yang seperti sebahagian malam yang gelap gelita. Seorang itu pada waktu pagi beriman manakala pada waktu petangnya kufur atau pada waktu petang beriman manakala pada waktu paginya kufur. Dia menjual agamanya dengan harta dunia.” 4
  • 5. Teks Khutbah Jumaat Bumi Berdarah Inilah fitnah yang amat besar apabila seseorang itu boleh menukar agama dalam tempoh satu hari sahaja. Semoga kita dapat perlindungan daripada Allah taala dari perkara tersebut. Berhati-hatilah daripada fitnah ini dan punca yang mendorong kepadanya. Rebutlah waktu yang masih berbaki dengan melakukan amalan ketaatan. Jangan sesekali melibatkan diri dalam menumpahkan darah umat Islam secara zalim sesungguhnya sesiapa yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah tanpa hak maka wajib baginya qisas. Ingatlah Firman Allah taala dalam surah al-Maaidah ayat 32 : QP ON M LK JIHGFE DCBA ^] [ ZYXWVUT SR jihgfed cba`_ Bermaksud : “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; Kemudian, Sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.” Jangan sesekali kita mengambil harta umat Islam secara zalim, merampas harta mereka sesungguhnya akibat buruk rentetan daripada perbuatan itu adalah besar. Jauhilah daripada seruan melakukan huru hara dan pemberontakan di negara ini. Peliharalah keluarga, dan kaum kerabat daripada tempat-tempat yang membawa fitnah dan sibukkan diri kita dan ahli keluarga dengan ilmu di samping melakukan amal ibadah. Semoga Allah taala menjauhi kita daripada hati yang lalai, kezaliman orang 5
  • 6. Teks Khutbah Jumaat Bumi Berdarah yang zalim dan kita dapat meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang aman dan sejahtera. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Umat Islam di seluruh dunia menangisi penderitaan dan ketidakstabilan hidup saudarasudara kita di Syria, Mesir, Lubnan dan Palestin. Kehidupan mereka sehari-harian berdepan dengan pelbagai bentuk kezaliman dan penindasan oleh musuh-musuh islam yang sebenar. Telah terbukti bahawa kita bukan sahaja diperangi oleh puak yahudi dan sekutunya, bahkan hakikatnya kita juga menghadapi kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh umat islam sendiri. Inilah golongan munafik yang saban hari mencari jalan menghancurkan islam sejak dari zaman pemerintahan khalifah al-Rasyidin lagi. Ingatlah, yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali meredhai umat Islam selagi kita berpegang teguh dengan ajaran Rasulullah SAW melainkan kita mengikut telunjuk dan aturan mereka. Sememangnya mereka sangat mahukan umat Islam menjadi munafik supaya mudah untuk mereka mempergunakan dan manjadi hamba mereka. Hayatilah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 : TSR QPONM LK JIHGFEDCBA cb a`_^][ ZYX WVU Bermaksud : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” Justeru, semua umat Islam wajib bersatu memelihara kesucian Islam daripada ditindas, dihina, dizalimi dan diperkotakkatikkan oleh mereka. Mungkin kita tidak pernah merasa 6
  • 7. Teks Khutbah Jumaat Bumi Berdarah kesusahan umat islam di sana, tetapi ingatlah kita juga sebenarnya adalah sasaran musuh-musuh Islam. Pertahankanlah akidah ahli sunnah wal jamaah, berhati-hatilah daripada terpengaruh dengan ajaran yang jauh menympang dari landasan sebenar seperti Syiah. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini seperti berikut : Pertama : Bersyukurlah dengan nikmat keamanan dan ketenteraman dikurniakan Allah taala kepada kita . Kedua : Hulurkanlah bantuan dan sokongan kepada saudara-saudara kita di Syria, Mesir, Lubnan dan Palestin serta mendoakan kemenangan mereka memartabatkan Islam. Ketiga : Pelihara diri dan kukuhkan akidah Islam yang sebenar supaya tidak mudah tewas dengan agenda-agenda musuh-musuh Islam. Firman Allah taala dalam surah al-Saaf ayat 14 : kjihg áàß ÞÝ ÜÛÚÙØ ×ÖÕ ÔÓ Ò ÑÐÏÎ ôóò ñð ïîí ìëê éèçæå äãâ Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembelapembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolongpenolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.” 7