2. PENDIDIKAN AQIDAH
• Pendidikan akidah merupakan asas kepada
pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang.
Seseorang yang tidak memiliki akidah
menyebabkan amalannya tidak mendapat
pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang
terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada
Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus
kepada pembinaan akidah.
3. Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia
supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai
tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelakan
oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk
untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan
tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara
denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
4. Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan
dalam Islam juga dikenali sebagai rukun-rukun
Iman ia itu sebanyak enam perkara :
•Pertama : Beriman kepada Allah swt.
•Kedua : Beriman kepada Malaikat.
•Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.
•Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.
•Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.
Keenam : Beriman kepada Qada" dan Qadar
5. Hubungan Iman dan Islam
Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah
di mana rahassianya tidak diketahui sesiapa
melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun
demikian manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah
yang dapat dilihat melalui tingkah laku manusia
sama ada melalui percakapan atau perbuatan.
Inilah yang menjadi ukuran keimanan seseorang.
Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya
terserah kepada Allah swt. Iman yang melahirkan
penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut
sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang
beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt
dengan menerima segala hukum dan syariat yang
diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini
berlaku dengan dua perkara iaitu
6. Konsep Ihsan dan Hubungannya
dengan Iman dan Islam
Ihsan bermaksud bekerja dengan baik dan tekun.
Dari segi syara" bermaksud mengelokkan
perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan
perbuatan batin dengan ikhlas. Menurut kamus
bahasa, Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang
baik. Al-quran menerangkan dengan meluas ciri-
ciri Ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin
(berbuat kebaikan).