SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  31
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)


Tugasan: Pembentangan


Tarikh    : 17 Ogos 2009


Tajuk: Bincangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-

         kanak.


Nama:         1. Lino Leoncio


              2. Stephenie anak Mukit


              3. Nurul Ain Binti Bahir


              4. Salizah Bt. Lusly


              5. Marie Christerine ak Matthew


Jabatan Fakulti: Seni Dan Muzik


Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris


Semakan: En. Kamarul Azman Bin Salam
1.0      PENGENALAN


         Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak

normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,

keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri

fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan

dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan

mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak

terabai seperti kanak-kanak normal.


         Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-

kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari

segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala

Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di

bawah;


         "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.

         These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or

         behavioral characteristics. Many of these children may require educational

         programs customized to their unique needs."


Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti

berikut:


      i. Terencat akal.
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.


      iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku


      iv. Pintar cerdas dan berbakat


      v. Masalah bahasa dan pertuturan


      vi. Masalah pendengaran


      vii. Masalah penglihatan


      viii.Kecelaruan spektrum autism


      ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan


         Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah

kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid

bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran

(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).


         Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas

adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga

memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta

perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).




2.0      KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-

kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi

keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Berikut adalah kategori-

kategori kanak-kanak berkeperluan khas:


        1.1   Masalah Penglihatan


    Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind

dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:


  i.    Tidak dapat melihat langsung.


 ii.    Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian

        Snellen.


 iii.   Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.


2.1.1 Tahap Kecacatan


Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan

penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi

pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:


    1. Sederhana


        Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat

        cahaya     dan   menjalankan    aktiviti   melibatkan   deria   penglihatan   dengan

        menggunakan alat bantu khas seperti kanta.
2. Teruk


        Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan

        lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami

        kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun

        dengan bantuan khas.


    3. Sangat teruk


        Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi

        kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu

        bergantung kepada deria-deria lain.


2.1.2 Tingkah laku masalah penglihatan


   i.   Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan

        tulis ataupun objek.


  ii.   Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata.


 iii.   Kerap bercakap.


 iv.    Kerap menggosok mata.


  v.    Selalu menutup sebelah mata.


 vi.    Selalu terlanggar objek.


vii.    Keliru dengan huruf.


viii.   Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat.
ix.      Memegang kepala dengan cara luar biasa.


  x.      Kerap menangis


 xi.      Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa

          sudut berlainan.


xii.      Sering mencari-cari ayat yang dibaca.


xiii.     Meniru kerja kawan.


xiv.      Tidak menyiapkan tugasan yang diberi.


 xv.      Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.


       Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diri

dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang

baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa

berbeza dengan orang normal) (Jamila 2005).


          1.2    Masalah Pendengaran


          Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan

manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak

pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran

dibahagikan kepada dua jenis iaitu:


            i.   Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga

              atau tidak ada lubang telinga.




        ii.   Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)


              Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada

              bahagian organ dalam telinga.




      Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah

pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu

berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang,

tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya

berkaitan dengan bahasa.


      Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan

perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada

pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan

mereka sendiri.


2.2.1 Jenis Masalah Pendengaran


Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang

pendengaran dan pekak.


   1. Kurang pendengaran
a) Ringan (mild)


     i.    Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB


    ii.    Memahami perbualan


    iii.   Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh


    iv.    Memerlukan terapi pertuturan




b) Sederhana (moderate)


     i.    Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB


    ii.    Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya


    iii.   Memahami perbualan


    iv.    Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas


    v.     Memerlukan alat bantu dengar


    vi.    Memerlukan terapi pertuturan




c) Sederhana teruk (moderate severe)


     i.    Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB
ii.   Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran


      iii.   Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi


      iv.    Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan

             kuat


      v.     Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana

             pengalaman pendengarannya yang terhad




2. Pekak


  a) Teruk (severe)


       i.    Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB


       ii.   Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5

             sentimeter daripadanya


      iii.   Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja


      iv.    Menghadapi masalah dalam pertuturan


      v.     Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan

             dan komunikasi




  b) Sangat teruk (profund)
i.    Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB


               ii.    Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat


               iii.   Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan




      1.3         Masalah Emosi-Hiperaktif


       Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-

kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi

mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis

masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau

masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder

(ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah

ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006),

ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai

masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.


      Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa

hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut:


         i.       Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .

        ii.       Sukar mendengar dan mematuhi arahan.

        iii.      Sukar memberi tumpuan dan perhatian.

        iv.       Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan.

        v.        Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.
vi.    Tidak terurus.

              vii.    Kemahiran belajar yang lemah.

              viii.   Sukar untuk berdikari.


          Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif

(ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut:


        i.        Tahap aktiviti tinggi

       ii.        Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri.

       iii.       Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.

       iv.        Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.

       v.         Tidak matang dari segi sosial.

       vi.        Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.


   Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap

tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak

bermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah

laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-

kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008).


   Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai

kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh

tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;


   •      ADHD Kurang Tumpuan
i.   Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan

              kerja tidak teratur




   •   ADHD Hiperaktif-impulsif


         i.   Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

        ii.   Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir




   •   ADHD Gabungan


         i.   Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan

              impulsive


       Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya

ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada

ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan

sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan

kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur

tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.


       Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di

mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan
persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut

tuntutan sosial (Jamila 2005).




      1.4    Masalah Fizikal Dan Kesihatan - Palsi Selebral


      Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral

athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-

kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti

tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut

menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada

kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu

lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.


      Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk

dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka

adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.


      Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada

satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah

otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.


      Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri

di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik, mereka

berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran.

Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang
terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-

kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi

penjagaan diri sendiri.


         1.5     Masalah Mental


    i)         Terencat akal


    Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang

mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang

anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran.

Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding

dengan faktor persekitaran.


    Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal

iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun

terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat

menguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau

perkembangan motor halus mereka.


    Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau

fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan

tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering

menunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan.


    Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakan

kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah dalam
menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi

murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku, tabiat suka

mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu

contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan

memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila

2005).


   ii)         Sindrom down


   Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas,

belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka

leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala rata,

telinganya kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir nipis, bentuk

leher lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek,

mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.


   Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada

ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih

boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai

masalah pendengaran.


   Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan

perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu

hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).


         1.6    Autism
Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial

di mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung,

berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-

kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) :


i.     Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika

       tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang

       diingininya.

ii.     Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.

iii.    Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

iv.     Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan

v.     Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.


 2.6.1 Tingkah Laku


i.     Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif.

ii.     Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti

       bergoyang-goyang,   mengepak-ngepak      tangan   dan   menepuk-nepuk   tangan,

       berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar-

       mandir.

iii.    Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) dan

iv.     Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.


2.6.2 Interaksi sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan

ekstrem :


i.     Suka bersendirian.

ii.    Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.

iii.    Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

iv.     Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

         1.7   Masalah Pembelajaran


         Menurut Mohd. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hingga

menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,

membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.


 2.7.1 Lembam (Slow Learner)


       Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan

 kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah

 mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam

 pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah

 yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal

 dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya

 selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan

 (Jamila 2005).
Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan

intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di

dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam

memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam

ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah

membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan

membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka

menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan

mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).


   Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar

menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah

sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.


2.7.2 Disleksia


      Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984

dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia

adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan

dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku

kata ataupun dalam perkataan-perkataan.


      Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997

dalam Sheila & Samsilah 2006).        Definisi operasional disleksia yang pertama
dikeluarkan oleh World Federation of Neurology     (1968) dalam Sheila & Samsilah

(2006) adalah seperti berikut:


      “Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui

      pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa

      seperti   membaca,     menulis   dan   mengeja   yang   selaras    dengan

      kemampuan intelektual mereka.”


       Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan

perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan

gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada

mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya.


      Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan

yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia

berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga

tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).


      Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu

dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi

tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya

pengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di

mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.


Pengamatan dan tingkah laku:
i.    Keliru dengan konsep arah

 ii.    Keliru dalam konsep masa

 iii.   Kerap terasa tertekan

 iv.    Keliru memakai kasut pada kaki yang betul

 v.     Konsep kendiri yang rendah


2.7.2.1       Jenis-jenis disleksia


Disleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:


    1. Disleksia visual


        Disleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan

        deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak itu dapat melihat dengan baik tetapi ia

        tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta

        mengingatinya.




    2. Disleksia auditori


        Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan

        deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak itu dapat mendengar tetapi ia

        mengalami    kesukaran      dalam   mendiskriminasikan   bunyi,   membezakan

        persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan

        ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
3. Disleksia visual-auditori


      Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana

   kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya

   mengintepretasi apa yang dilihat dan didengar (Jamila 2005).


      1.8     Pintar Cerdas dan Berbakat


      Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang

mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap

sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan

mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh

(1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang

menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:


        i.    Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan,

              pemikiran logik dan ingatan baik.

        ii.   Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik,

              kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan

              drama.


      Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak-

kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolah

rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam
pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka

juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyai

kepimpinan yang luar biasa


      Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa

pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif

mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan

perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan

menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat.

Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiran

advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.


      Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah

kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.




3.0   INTERVENSI AWAL


      Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal

lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang

bagi mengembangkan potensi diri mereka.


      Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang

tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak

bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan

kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak

berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.

Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada

bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur

disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi

yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di

samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-

bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di

antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi

yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi

kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat

masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama

magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian

bagi kanak-kanak autistik.


      Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar

belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa,

guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap

perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang

disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau

ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan

menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat

penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik

yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku,
perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan

individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat,

program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan

dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu

bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara

kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.


      Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas.

Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan

dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan

pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism

dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka

bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan

pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran

bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu

mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat

membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.




4.0      ISU DAN CABARAN


         Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas adalah

kesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa bersyukur,

tidak merasa malu, mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah
ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-kanak

normal.


      Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak

istimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa

(Belgrave 1991; Heinmann & Shontz 1992; Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd.

Sharani 2004). Menurut Li, Moore & Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi yang

dilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadan

yang menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Manakala Nancy (1999) dalam

Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan oleh

masyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawa

mereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Olshansky

(1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa perasaan ibu bapa yang

memiliki kanak-kanak berkeperluan khas merasa tidak mampu melakukan apa-apa

demi kesejahteraan anak itu.


      Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas

berhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991

dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Mohd. Sharani (2004)          faktor-faktor seperti

terkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian banyak menjejaskan reaksi

penerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak berkeperluan khas. Tidak kurang

disebabkan oleh ketakutan pada penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian

(Prado 1991).
Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia pada

tahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah rendah dan 3304

orang di sekolah menengah. Menurut Mohd. Sharani (2004) cabaran-cabaran yang

dihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmati

peluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah seperti berikut:


   i. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula

       bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa.


   ii. Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan

       supaya sampai kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa

       supaya mereka mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar

       anak-anak mereka ke sekolah.


   iii. Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan, diperlengkap dan

       diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa kanak-kanak istimewa menikmati

       kemudahan pendidikan.


   iv. Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak

       istimewa dapat didaftarkan.


       Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas

melibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah dan kelas biasa oleh guru-

guru biasa. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul dan

mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolah

dengan lebih berkesan dan bermakna. Menurut Mohd. Sharani (2004) berdasarkan

falsafah itu, diharapkan objektif-objektif di bawah dapat dipenuhi:
i.   Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti

           pendidikan, sosial dan kerjaya.


      ii. Supaya     pelajar-pelajar    khas     dapat    berkembang     menjadi   individu   yang

           mempunyai keyakinan diri.


      iii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar

           biasa yang lain.


      iv. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat dipikul bersama

           oleh semua guru serta masyarakat yang lain.




5.0        PENUTUP


           Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas

kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam

keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan

yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria

lihat      dan   dengar,      pertuturan,   fizikal,   mental   dan   emosi.   Pertumbuhan    dan

perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.


           Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka

mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi

dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin

terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan

bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu

bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung

dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan

khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan

nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan

sempurna.
BIBLIOGRAFI


Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.

      Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.


Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala

      Lumpur. Quantum Books.


Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala

      Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to

      Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning.


Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan

      Bahasa dan Pustaka.


Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar

      Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia.


Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

      Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.


Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social

      Psychology, 138(1), 13-26.
Messe .2001.HBS1103       Modul       Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

      Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.


Mohamad Aman & Kasim         Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-

      Kanak ( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.


Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak

      Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.


Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala

      Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children.

      Illinois. Charles C Thompson.


Ross .1993. HBS1103       Modul       Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

      Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.


Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD

      (Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara

      Malaysia Berhad.


Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS

      Profesional Publishing Sdn. Bhd.


Wikipedia Ensiklopedia Bebas .2009. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9

      Oktober daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas

Zamri Mahamod .2009. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi. Fakulti Pendidikan

      Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial Murid Berkeperluan

      Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif . Kuala Lumpur. Dewan

      Bahasa dan Pustaka


Zulkiply Yaakob. 2009. Pendidikan Khas Pra Sekolah Diperolehi pada 9 Oktober

      2009 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com

Zuly .2009. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober


      2009 daripada http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-Program-Untuk-


      Pelajar-Berkeperluan-Khas


Rosalwani Che Soh. 2006. Jangan malu ada anak Sindrom Down. Diperolehi pada


      Oktober 2009 daripada http://www.kdsf.org.my/html/Utusan%20Malaysia%


      20Online%20-%20Muka%20Hadapan.htm

Contenu connexe

Tendances

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
Arra Asri
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
Hon Shan Shan
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
Nor Saroni
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Aina Azrina
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
GabanSiam
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
cikgusuepkhas
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
Rafiza Diy
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
Awatif Atif
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Normala Mehat
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Ieta Sa'ad
 

Tendances (20)

Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Slide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksiaSlide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 

Similaire à Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Faridah Bachok
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
Shikin Shukri
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
Mialen Eja
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
azizahazhar6370
 
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptxTugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
sharinamazilan
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
GabanSiam
 

Similaire à Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1) (20)

P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Pkk isl
Pkk islPkk isl
Pkk isl
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdfEDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
 
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptxTugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
 
Kanak-kanak keperluan khas
Kanak-kanak keperluan khasKanak-kanak keperluan khas
Kanak-kanak keperluan khas
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
 

Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)

  • 1. ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Tugasan: Pembentangan Tarikh : 17 Ogos 2009 Tajuk: Bincangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak- kanak. Nama: 1. Lino Leoncio 2. Stephenie anak Mukit 3. Nurul Ain Binti Bahir 4. Salizah Bt. Lusly 5. Marie Christerine ak Matthew Jabatan Fakulti: Seni Dan Muzik Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris Semakan: En. Kamarul Azman Bin Salam
  • 2. 1.0 PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak- kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti berikut: i. Terencat akal.
  • 3. ii. Kurang upaya dalam pembelajaran. iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku iv. Pintar cerdas dan berbakat v. Masalah bahasa dan pertuturan vi. Masalah pendengaran vii. Masalah penglihatan viii.Kecelaruan spektrum autism ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006). 2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
  • 4. Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak- kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Berikut adalah kategori- kategori kanak-kanak berkeperluan khas: 1.1 Masalah Penglihatan Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. Tidak dapat melihat langsung. ii. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus. 2.1.1 Tahap Kecacatan Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: 1. Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.
  • 5. 2. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. 3. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain. 2.1.2 Tingkah laku masalah penglihatan i. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. ii. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. iii. Kerap bercakap. iv. Kerap menggosok mata. v. Selalu menutup sebelah mata. vi. Selalu terlanggar objek. vii. Keliru dengan huruf. viii. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat.
  • 6. ix. Memegang kepala dengan cara luar biasa. x. Kerap menangis xi. Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa sudut berlainan. xii. Sering mencari-cari ayat yang dibaca. xiii. Meniru kerja kawan. xiv. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. xv. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi. Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal) (Jamila 2005). 1.2 Masalah Pendengaran Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
  • 7. Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang, tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri. 2.2.1 Jenis Masalah Pendengaran Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang pendengaran dan pekak. 1. Kurang pendengaran
  • 8. a) Ringan (mild) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB ii. Memahami perbualan iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh iv. Memerlukan terapi pertuturan b) Sederhana (moderate) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB ii. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya iii. Memahami perbualan iv. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas v. Memerlukan alat bantu dengar vi. Memerlukan terapi pertuturan c) Sederhana teruk (moderate severe) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB
  • 9. ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran iii. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi iv. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang terhad 2. Pekak a) Teruk (severe) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5 sentimeter daripadanya iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan v. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi b) Sangat teruk (profund)
  • 10. i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB ii. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat iii. Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan 1.3 Masalah Emosi-Hiperaktif Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak- kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut: i. Mudah terganggu oleh rangsangan luaran . ii. Sukar mendengar dan mematuhi arahan. iii. Sukar memberi tumpuan dan perhatian. iv. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan. v. Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.
  • 11. vi. Tidak terurus. vii. Kemahiran belajar yang lemah. viii. Sukar untuk berdikari. Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut: i. Tahap aktiviti tinggi ii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri. iii. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan. iv. Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang. v. Tidak matang dari segi sosial. vi. Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak- kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008). Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu; • ADHD Kurang Tumpuan
  • 12. i. Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur • ADHD Hiperaktif-impulsif i. Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi ii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir • ADHD Gabungan i. Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan
  • 13. persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial (Jamila 2005). 1.4 Masalah Fizikal Dan Kesihatan - Palsi Selebral Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak- kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi. Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk. Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik, mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang
  • 14. terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak- kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri. 1.5 Masalah Mental i) Terencat akal Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding dengan faktor persekitaran. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor halus mereka. Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan. Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah dalam
  • 15. menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku, tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila 2005). ii) Sindrom down Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala rata, telinganya kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir nipis, bentuk leher lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek, mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi. Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005). 1.6 Autism
  • 16. Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung, berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak- kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) : i. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya. ii. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu. iii. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu. iv. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan v. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain. 2.6.1 Tingkah Laku i. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif. ii. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar- mandir. iii. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) dan iv. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi. 2.6.2 Interaksi sosial
  • 17. Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem : i. Suka bersendirian. ii. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. iii. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan. iv. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut. 1.7 Masalah Pembelajaran Menurut Mohd. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. 2.7.1 Lembam (Slow Learner) Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).
  • 18. Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005). Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan. 2.7.2 Disleksia Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama
  • 19. dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut: “Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.” Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006). Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan. Pengamatan dan tingkah laku:
  • 20. i. Keliru dengan konsep arah ii. Keliru dalam konsep masa iii. Kerap terasa tertekan iv. Keliru memakai kasut pada kaki yang betul v. Konsep kendiri yang rendah 2.7.2.1 Jenis-jenis disleksia Disleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: 1. Disleksia visual Disleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak itu dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta mengingatinya. 2. Disleksia auditori Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak itu dapat mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
  • 21. 3. Disleksia visual-auditori Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya mengintepretasi apa yang dilihat dan didengar (Jamila 2005). 1.8 Pintar Cerdas dan Berbakat Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman: i. Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik. ii. Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama. Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak- kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam
  • 22. pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain. Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif. 3.0 INTERVENSI AWAL Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
  • 23. Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai- bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik. Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku,
  • 24. perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. 4.0 ISU DAN CABARAN Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas adalah kesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa bersyukur, tidak merasa malu, mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah
  • 25. ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-kanak normal. Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa (Belgrave 1991; Heinmann & Shontz 1992; Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Li, Moore & Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi yang dilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadan yang menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Manakala Nancy (1999) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan oleh masyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawa mereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Olshansky (1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa perasaan ibu bapa yang memiliki kanak-kanak berkeperluan khas merasa tidak mampu melakukan apa-apa demi kesejahteraan anak itu. Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas berhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991 dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Mohd. Sharani (2004) faktor-faktor seperti terkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian banyak menjejaskan reaksi penerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak berkeperluan khas. Tidak kurang disebabkan oleh ketakutan pada penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian (Prado 1991).
  • 26. Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia pada tahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah rendah dan 3304 orang di sekolah menengah. Menurut Mohd. Sharani (2004) cabaran-cabaran yang dihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmati peluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah seperti berikut: i. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa. ii. Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan supaya sampai kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa supaya mereka mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak mereka ke sekolah. iii. Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan, diperlengkap dan diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa kanak-kanak istimewa menikmati kemudahan pendidikan. iv. Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak istimewa dapat didaftarkan. Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas melibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah dan kelas biasa oleh guru- guru biasa. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolah dengan lebih berkesan dan bermakna. Menurut Mohd. Sharani (2004) berdasarkan falsafah itu, diharapkan objektif-objektif di bawah dapat dipenuhi:
  • 27. i. Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pendidikan, sosial dan kerjaya. ii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat berkembang menjadi individu yang mempunyai keyakinan diri. iii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar biasa yang lain. iv. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat dipikul bersama oleh semua guru serta masyarakat yang lain. 5.0 PENUTUP Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
  • 28. Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.
  • 29. BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning. Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia. Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social Psychology, 138(1), 13-26.
  • 30. Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak- Kanak ( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia. Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children. Illinois. Charles C Thompson. Ross .1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD (Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Wikipedia Ensiklopedia Bebas .2009. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9 Oktober daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas Zamri Mahamod .2009. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 31. Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Zulkiply Yaakob. 2009. Pendidikan Khas Pra Sekolah Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com Zuly .2009. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-Program-Untuk- Pelajar-Berkeperluan-Khas Rosalwani Che Soh. 2006. Jangan malu ada anak Sindrom Down. Diperolehi pada Oktober 2009 daripada http://www.kdsf.org.my/html/Utusan%20Malaysia% 20Online%20-%20Muka%20Hadapan.htm