SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
2012
NAMA : SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT. YAHAYA
PELAJAR (701001-08-5184) PPG-PRA B/022/06/11
KOD & MATAPELAJARAN : PJM 3102 PENDIDIKAN JASMANI
(PERGERAKAN ASAS)
NAMA PENSYARAH : TUAN SYED AMEER ALI BIN RAHAMAN
TARIKH HANTAR : 22 SEPTEMBER 2012
TAJUK TUGASAN
1.1 Anda dikehendaki menyediakan satu
perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor yang melibatkan manipulasi alatan.
1.2 Anda dikehendaki melakukan satu rangkaian 20
stesen pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
yang menggunakan sekurang-kurangnya lima jenis
kemahiran manipulasi alatan tangan.
PENGENALAN
Konsep Pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan. Dengan ini,
memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut.
Pakar-pakar dalam pendidikan Jasmani(Gallahue.DL, 1996, Ghabbard, C.Leblanc,B Lowy.S. 1994, Burton, 1997)
membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan
Manipulatif. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang melibatkan perubahan dari satu titik ke titik yang lain.
Pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan setempat yang tidak melibatkan perubahan tempat. Kedu-dua
aktiviti pergerakan asas ini boleh dilakukan dengan menggunakan alatan disebut manipulasi alatan. Secara amnya,
pembelajaran dalam pendidikan pergerakan mengambil dua elemen penting iaitu struktur koordinasi(komposisi/tubuh
badan) dan proses pergerakan serta cara melakukannya. Pergerakan-pergerakan asas yang boleh mengembangkan
pemikiran, kemahiran, penyelesaian masalah dan pengembangan potensi pilihan. Pergerakan asas adalah pergerakan
yang menjadi asas-asas kemahiran yang terdapat dalam sukan dan permainan.
MATLAMAT
Memperkenalkan pelbagai jenis pergerakan asas kepada para pelajar untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal
dan kemahiran mereka dalam aktiviti kecergasan, sukan serta permainan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk
minat para pelajar dalam aktiviti sukan serta dapat meningkatkan tahap disiplin para pelajar.
OBJEKTIF
 Diharapkan murid-murid boleh melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul.
 Menyedari tentang ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi untuk bergerak tanpa membahayakan diri.
 Menonjolkan daya kreativiti pelajar dalam membentuk pergerakan asas.
 Memberi kekuatan kepada otot-otot badan dalam melakukan kegiatan yang lebih sergas.
 Memberi kemahiran asas dalam sukan dan permainan.
MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR
Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang,
dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan
pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa
kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran
dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor
dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu,
melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk
kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat
memberipendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan
pergerakankanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-
elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.
DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan
atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakanyang menyebabkan keseluruhan tubuh badan
berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari diseut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan
keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat
tersebut.
Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan.
Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak,
guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula
dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian
tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek
(menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor
bermaksud keupayaan alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai
rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor
adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik,
menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan dan lain-lain lagi.
Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung,
membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai
rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan
serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman
pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.
CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR
1. Melompat
Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki
daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.
2. Lompat Skip
Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan
langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah
lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan
berat badan di atas kaki secara berselang seli.
3. Lompat Galop
Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara
cepat.
4. Melantun
Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan
dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola
tampar.
5. Melungsur
Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi.
Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa
dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.
DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan
kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan
lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu,
pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar.
Contohnya melambung, membaling, menggolek (seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar
(seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak
mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan,
tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan
sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan
menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan
kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu
kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat
ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai – buai, rebah, bangkit,
menolak, menarik, mendekam dan sebagainya.
CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
1. Menghayun
Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun
adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain
itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke
belakang
2. Membengkok
Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badan.
3. Memusing
Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan
memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras
pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.
4. Mendekam
Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam
dengan tangan menyentuh lantai
5. Menyokong
Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa
teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai,
sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu
tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.
6. Membengkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang
boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok
ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi
bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.
7. Meregang
Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud
pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat.
Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’.
8. Mengilas
Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di
satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats
suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi
paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah
bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.
9. Memusing
Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan
berpusing, dasar menyokong berubah tempat.
10. Menolak dan Menarik
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau
menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki,
bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya
pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
11. Rebah
Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah
yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah
keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru
didapati.
12. Bangkit
Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan
pusat bumi.
13. Melantun
Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma
pantas dan berterusan.
Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas.
Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan
membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah
berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta
menarik ke kiri dan kanan.
NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mempunyai kebaikan dan
nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan,
kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor
dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif
dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah
kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.
1. Kerjasama
Menurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau
gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama-
sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifat
bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah
bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang
Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid
akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan
dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali
gus mengeratkan hubungan antara mereka.
2. Keberanian
Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan,
ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus
Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan
dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti
dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti
lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri
mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya
melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri malahan
sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain.
3. Semangat Berpasukan
Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan
(Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di
kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang
dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan
menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain.
4. Berdisiplin
Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-
undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam
melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara
yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah
aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan
permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan
mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana
terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk
dalam diri murid-murid.
5. Gembira
Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh
menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu aktiviti yang
dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan pelbagai
aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang
berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru
turut serta dalam sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan
tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh
yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.
PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
• Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang
akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
• Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan
seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
• Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan
bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih
arah.
• Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti
melambung, membaling dan melayang.
• Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor
kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari.
• Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.
• Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan
pusing putar.
• Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal
ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang
yang digunakan adalah besar.
• Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku
hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini
memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja.
KESIMPULAN
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia
melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam
keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih
menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah
sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah.
BIBLIOGRAFI
Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada
http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-
bukan_05.html
Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html
Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada
http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf
Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada
http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf
Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html
TARIKH :
29 September 2012
MASA :
8.00 pg – 11.00pg
TEMPAT :
IPG KAMPUS PULAU PINANG
KUMPULAN SASARAN :
Kanak-kanak Prasekolah berumur 5 – 6 tahun.
PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
a) Prosedur pelaksanaan demonstrasi
 Jenis-jenis pergerakan
1. Pergerakan bukan lokomotor
Berdiri tangan sentuh tanah :
Berdiri, kaki dibuka seluas bahu
Bongkokkan badan ke bawah sehingga hujung jari menyentuh tanah.
Selama 10 saat.
2. Pergerakan Lokomotor
Berjalan sisi kaki silang :
Berdiri tegak.
Jarak kaki seluas bahu dan tangan di sisi.
Kaki melangkah ke sisi sambil bersilang, buka, tutup.
3. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan
Melambung dan menyambut bola :
Berdiri tegak dan bola dipegang pada paras pinggang.
Bola dilambung ke atas dan tepuk tangan 3 kali sebelum
menyambut bola.
4. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan
Menggolek gelung maju ke depan
Berdiri sambil memegang gelung
Berjalan maju ke depan sambil menggolek gelung.
5. Pergerakan bukan lokomotor
Imbangan perut di atas peti lombol
Meniarap di atas peti lombol
Mengangkat dua kaki ke atas, dua tangan ke belakang dan memegang
ke dua-dua kaki.
Kepala didongakkan.
6. Pergerakan lokomotor
Guling balak :
Baringkan badan di atas tilam.
Tegakkan ke dua-dua tangan ke atas.
gulingkan badan beberapa kali.
7. Pergerakan bukan lokomotor
Meringkukkan badan
Duduk di atas lantai dan dirikan lutut.
Dua tangan memeluk lutut.
Masukkan kepala ke dalam.
8. Pergerakan lokomotor
Berlari tendang belakang
Berdiri tegak, tangan diluruskan disisi.
Berlari dengan kaki ditendang dan bergerak maju ke hadapan.
9. Pergerakan bukan lokomotor
Berdiri dan meregang tangan
Berdiri tegak.
Kilas tangan kiri ke belakang dari bawah dan tangan kanan dari atas.
Pegang ke dua-dua tangan di belakang.
10. Pergerakan lokomotor
Berlari sambil melantun bola :
Berlari. sambil melantun bola zig zag keliling skital.
11. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan
Memusing gelung di pergelangan tangan
Berdiri tegak, sebelah tangan lurus di sisi.
Letakkan gelung di pergelangan tangan.
Pusing gelung menggunakan pergelangan tangan.
12. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan
Lompat kucing.
Berdiri di atas bangku panjang
Buka ke dua –dua kaki menghala keluar dan bengkok lutut.
Ke dua-dua tangan bengkok ke hadapan seperti menggendong anak.
Lompat selangkah demi selangkah.
13. Pergerakan bukan lokomotor
Duduk melunjur
Duduk melunjur, buka luas ke dua-dua kaki.
Tangan kanan sentuh ibu jari kaki kiri manakala tangan kiri
menyentuh ibu jari kaki kanan selang seli.
14. Pergerakan lokomotor
Lompat ketinting :
Bengkokkan sebelah kaki membentuk 90 darjah.
Lonjak badan dan lompat menggunakan sebelah kaki selang seli dua kali kaki
kiri dan dua kali kaki kanan sambil maju ke hadapan.
15. Pergerakan bukan lokomotor
Dirian tiga tapak
Membongkokkan badan, dua tangan di atas tanah.
Sebelah kaki diangkat ke belakang.
16. Pergerakan lokomotor
Gallop :
Berdiri dengan dua tangan di hadapan seperti memegang tali kuda.
Lompat kaki kanan dahulu dan diikuti kaki kiri.
Sambil dua tangan seperti menarik tali, badan digoyangkan.
17. Pergerakan bukan lokomotor
Mengimbang bola
Berdiri tegak.
Lambung bola dengan sebelah tangan dan sambut bola dengan sebelah
tangan juga.
18. Pergerakan lokomotor
Skip
Berdiri tegak dengan tangan di sisi.
Skip dengan pergerakan tangan dan kaki diangkat secara berlawanan.
19. Pergerakan lokomotor
Melompat
Memijak papan anjal dengan ke dua-dua kaki.
Badan dilonjakkan ke hadapan dan mendarat dengan ke dua-dua kaki.
20. Pergerakan bukan lokomotor
Mengimbang badan :
Setelah berdiri tegak, sebelah kaki dibawa ke belakang.
Tangan depa ke sisi.
Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga
menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti.
Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih
mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini
dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini.
Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan
yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini
menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang
berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.
Assignment pergerakan asas individu

Contenu connexe

Tendances

Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapancikgujamil
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar pelurudhuhahuda
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaJessyca Ungat
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan JasmaniSejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmanisyafiqahharris
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...Nurfaten Ismail
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysiaAkashah Meera Hussain
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]
56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]
56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]noor asiah binti che hassan
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanErica Leenya
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanWany Hardy
 
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukanPengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukanDorothy Edward Neng
 

Tendances (20)

Lari berpagar
Lari berpagar Lari berpagar
Lari berpagar
 
Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak Sederhana
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan JasmaniSejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Kaedah latihan t4
Kaedah latihan t4Kaedah latihan t4
Kaedah latihan t4
 
56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]
56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]
56238981 penyalahgunaan-bahan-dalam-sukan.ppt [autosaved]
 
kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal
 
Pengenalan olahraga
Pengenalan olahragaPengenalan olahraga
Pengenalan olahraga
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
 
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukanPengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
 
Pjk rejam lembing
Pjk  rejam lembingPjk  rejam lembing
Pjk rejam lembing
 

En vedette

PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015ABG BAIN
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan khairul azlan taib
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRinaskdpk
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Presley Marcel
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaananis
 

En vedette (10)

PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
 
Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015
 
Kelenturan
KelenturanKelenturan
Kelenturan
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
 
Tajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakanTajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakan
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaan
 

Similaire à Assignment pergerakan asas individu

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotornurhusna
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Lavendar Craft
 
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012kerolaiman
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifJenry Saiparudin
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perrymurni mohamat
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorPiong Yee Hsiang
 
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorPergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorAq Andaa
 
Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Winnie Entap
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Mawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptx
Mawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptxMawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptx
Mawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptxFauziahNurHutauruk
 
Gerak Mendorong ditempat dan bergerak.pptx
Gerak Mendorong  ditempat dan bergerak.pptxGerak Mendorong  ditempat dan bergerak.pptx
Gerak Mendorong ditempat dan bergerak.pptxDaniPdrs
 
Pergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatifPergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatifwaniehas2110
 
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxPEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxniasari38
 

Similaire à Assignment pergerakan asas individu (20)

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
 
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotor
 
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorPergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
 
Pergerakan Asas
Pergerakan AsasPergerakan Asas
Pergerakan Asas
 
Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
 
Mawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptx
Mawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptxMawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptx
Mawar, PPT DASAR-DASAR GERAK (A-PJKR).pptx
 
Kertas kerja pj
Kertas kerja pjKertas kerja pj
Kertas kerja pj
 
Konsep gerak dasar
Konsep gerak dasarKonsep gerak dasar
Konsep gerak dasar
 
Gerak Mendorong ditempat dan bergerak.pptx
Gerak Mendorong  ditempat dan bergerak.pptxGerak Mendorong  ditempat dan bergerak.pptx
Gerak Mendorong ditempat dan bergerak.pptx
 
Pergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatifPergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatif
 
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxPEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
 

Assignment pergerakan asas individu

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH 2012 NAMA : SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT. YAHAYA PELAJAR (701001-08-5184) PPG-PRA B/022/06/11 KOD & MATAPELAJARAN : PJM 3102 PENDIDIKAN JASMANI (PERGERAKAN ASAS) NAMA PENSYARAH : TUAN SYED AMEER ALI BIN RAHAMAN TARIKH HANTAR : 22 SEPTEMBER 2012
  • 2. TAJUK TUGASAN 1.1 Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan manipulasi alatan. 1.2 Anda dikehendaki melakukan satu rangkaian 20 stesen pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang menggunakan sekurang-kurangnya lima jenis kemahiran manipulasi alatan tangan.
  • 3. PENGENALAN Konsep Pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan. Dengan ini, memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Pakar-pakar dalam pendidikan Jasmani(Gallahue.DL, 1996, Ghabbard, C.Leblanc,B Lowy.S. 1994, Burton, 1997) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan Manipulatif. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang melibatkan perubahan dari satu titik ke titik yang lain. Pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan setempat yang tidak melibatkan perubahan tempat. Kedu-dua aktiviti pergerakan asas ini boleh dilakukan dengan menggunakan alatan disebut manipulasi alatan. Secara amnya, pembelajaran dalam pendidikan pergerakan mengambil dua elemen penting iaitu struktur koordinasi(komposisi/tubuh badan) dan proses pergerakan serta cara melakukannya. Pergerakan-pergerakan asas yang boleh mengembangkan pemikiran, kemahiran, penyelesaian masalah dan pengembangan potensi pilihan. Pergerakan asas adalah pergerakan yang menjadi asas-asas kemahiran yang terdapat dalam sukan dan permainan. MATLAMAT Memperkenalkan pelbagai jenis pergerakan asas kepada para pelajar untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kemahiran mereka dalam aktiviti kecergasan, sukan serta permainan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk minat para pelajar dalam aktiviti sukan serta dapat meningkatkan tahap disiplin para pelajar.
  • 4. OBJEKTIF  Diharapkan murid-murid boleh melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul.  Menyedari tentang ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi untuk bergerak tanpa membahayakan diri.  Menonjolkan daya kreativiti pelajar dalam membentuk pergerakan asas.  Memberi kekuatan kepada otot-otot badan dalam melakukan kegiatan yang lebih sergas.  Memberi kemahiran asas dalam sukan dan permainan.
  • 5. MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberipendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakankanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen- elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakanyang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari diseut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.
  • 6. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan dan lain-lain lagi. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.
  • 7. CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR 1. Melompat Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak. 2. Lompat Skip Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli. 3. Lompat Galop Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat.
  • 8. 4. Melantun Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar. 5. Melungsur Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan. DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek (seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
  • 9. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai – buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya. CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 1. Menghayun Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang
  • 10. 2. Membengkok Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badan. 3. Memusing Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan. 4. Mendekam Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai 5. Menyokong Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.
  • 11. 6. Membengkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu. 7. Meregang Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’. 8. Mengilas Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.
  • 12. 9. Memusing Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. 10. Menolak dan Menarik Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. 11. Rebah Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.
  • 13. 12. Bangkit Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. 13. Melantun Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.
  • 14. NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi. 1. Kerjasama Menurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama- sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.
  • 15. 2. Keberanian Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain. 3. Semangat Berpasukan Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan (Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain.
  • 16. 4. Berdisiplin Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang- undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid. 5. Gembira Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.
  • 17. PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR • Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. • Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. • Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah. • Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang. • Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari. • Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. • Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.
  • 18. • Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang yang digunakan adalah besar. • Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja. KESIMPULAN Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah.
  • 19. BIBLIOGRAFI Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan- bukan_05.html Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html
  • 20. TARIKH : 29 September 2012 MASA : 8.00 pg – 11.00pg TEMPAT : IPG KAMPUS PULAU PINANG KUMPULAN SASARAN : Kanak-kanak Prasekolah berumur 5 – 6 tahun.
  • 21. PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI a) Prosedur pelaksanaan demonstrasi  Jenis-jenis pergerakan 1. Pergerakan bukan lokomotor Berdiri tangan sentuh tanah : Berdiri, kaki dibuka seluas bahu Bongkokkan badan ke bawah sehingga hujung jari menyentuh tanah. Selama 10 saat.
  • 22. 2. Pergerakan Lokomotor Berjalan sisi kaki silang : Berdiri tegak. Jarak kaki seluas bahu dan tangan di sisi. Kaki melangkah ke sisi sambil bersilang, buka, tutup. 3. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan Melambung dan menyambut bola : Berdiri tegak dan bola dipegang pada paras pinggang. Bola dilambung ke atas dan tepuk tangan 3 kali sebelum menyambut bola.
  • 23. 4. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan Menggolek gelung maju ke depan Berdiri sambil memegang gelung Berjalan maju ke depan sambil menggolek gelung. 5. Pergerakan bukan lokomotor Imbangan perut di atas peti lombol Meniarap di atas peti lombol Mengangkat dua kaki ke atas, dua tangan ke belakang dan memegang ke dua-dua kaki. Kepala didongakkan.
  • 24. 6. Pergerakan lokomotor Guling balak : Baringkan badan di atas tilam. Tegakkan ke dua-dua tangan ke atas. gulingkan badan beberapa kali. 7. Pergerakan bukan lokomotor Meringkukkan badan Duduk di atas lantai dan dirikan lutut. Dua tangan memeluk lutut. Masukkan kepala ke dalam.
  • 25. 8. Pergerakan lokomotor Berlari tendang belakang Berdiri tegak, tangan diluruskan disisi. Berlari dengan kaki ditendang dan bergerak maju ke hadapan. 9. Pergerakan bukan lokomotor Berdiri dan meregang tangan Berdiri tegak. Kilas tangan kiri ke belakang dari bawah dan tangan kanan dari atas. Pegang ke dua-dua tangan di belakang.
  • 26. 10. Pergerakan lokomotor Berlari sambil melantun bola : Berlari. sambil melantun bola zig zag keliling skital. 11. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan Memusing gelung di pergelangan tangan Berdiri tegak, sebelah tangan lurus di sisi. Letakkan gelung di pergelangan tangan. Pusing gelung menggunakan pergelangan tangan.
  • 27. 12. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan Lompat kucing. Berdiri di atas bangku panjang Buka ke dua –dua kaki menghala keluar dan bengkok lutut. Ke dua-dua tangan bengkok ke hadapan seperti menggendong anak. Lompat selangkah demi selangkah. 13. Pergerakan bukan lokomotor Duduk melunjur Duduk melunjur, buka luas ke dua-dua kaki. Tangan kanan sentuh ibu jari kaki kiri manakala tangan kiri menyentuh ibu jari kaki kanan selang seli.
  • 28. 14. Pergerakan lokomotor Lompat ketinting : Bengkokkan sebelah kaki membentuk 90 darjah. Lonjak badan dan lompat menggunakan sebelah kaki selang seli dua kali kaki kiri dan dua kali kaki kanan sambil maju ke hadapan. 15. Pergerakan bukan lokomotor Dirian tiga tapak Membongkokkan badan, dua tangan di atas tanah. Sebelah kaki diangkat ke belakang.
  • 29. 16. Pergerakan lokomotor Gallop : Berdiri dengan dua tangan di hadapan seperti memegang tali kuda. Lompat kaki kanan dahulu dan diikuti kaki kiri. Sambil dua tangan seperti menarik tali, badan digoyangkan. 17. Pergerakan bukan lokomotor Mengimbang bola Berdiri tegak. Lambung bola dengan sebelah tangan dan sambut bola dengan sebelah tangan juga.
  • 30. 18. Pergerakan lokomotor Skip Berdiri tegak dengan tangan di sisi. Skip dengan pergerakan tangan dan kaki diangkat secara berlawanan. 19. Pergerakan lokomotor Melompat Memijak papan anjal dengan ke dua-dua kaki. Badan dilonjakkan ke hadapan dan mendarat dengan ke dua-dua kaki.
  • 31. 20. Pergerakan bukan lokomotor Mengimbang badan : Setelah berdiri tegak, sebelah kaki dibawa ke belakang. Tangan depa ke sisi.
  • 32. Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.