Dokumen ini membahas mengenai lukisan, termasuk sejarahnya dan teknik-tekniknya. Lukisan telah ada sejak zaman purba, dengan contoh awal ditemukan pada lukisan gua yang menggambarkan kehidupan berburu. Teknik lukis tradisional melibatkan penggunaan media kering seperti pensel dan arang untuk menggambarkan struktur bentuk, meskipun media basah seperti cat air juga digunakan terbatas. Luk
3. lukisan
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang
seni halus.
Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam
pelbagai cara dan bidang.
Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan
karya. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur
bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai
penglihatan dan pemikiran manusia.
4. SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang
dihasilkan oleh manusia purba.
Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan
seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah,
Sarawak dan Gua tambun, Perak.
Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan
gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan
pelbagai kualiti garisanringkas dengan komposisi yang
hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta
menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi
hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
5. Media lukisan
Media dominan ialah media kering seperti pensel, pen
dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk
ilusi pada sesuatu permukaan.
Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu
benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran
media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel
dan warna air.
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh
digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad
dan minimum.
Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur
bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis
garisan