SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
Profil Universiti
UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun
1956. Ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai sebanyak 15 buah
kampus cawangan, sembilan kampus kota, tiga kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, serta
sebuah kampus pintar yang bakal didirikan. Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 17, 000 orang dalam
satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 buah program akademik dalam
suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi hampir 172, 000 orang pelajar.
UiTM sangat komited dalam membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pendidikan sehingga ke
peringkat akademik yang tertinggi, juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Wawasannya ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik, agar mampu
memimpin dalam apa juga arena. Walaupun masih muda berbanding universiti tempatan lain, UiTM
memiliki reputasi sebagai salah sebuah universiti tempatan yang inovatif. Ia menjalinkan hubungan
dengan pelbagai sektor industri yang menyuburkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi serta
keusahawanan di kalangan warganya.
Kini UiTM meneruskan usaha murni pemimpin dan pengasasnya terdahulu, meneroka dan menguasai
pelbagai cabang ilmu untuk meraih gelaran universiti bertaraf dunia.
Moto, Visi, Misi, Falsafah & Objektif Universiti
Motto
“Usaha, Taqwa, Mulia”
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik
bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir
graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian
program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada
nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai
murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri,
masyarakat dan negara.
Objektif
Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan
bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan
kemasyarakatan.
Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak
pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.
Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di
kalangan masyarakat UiTM.
Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia
tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber
manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat
pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.
Sejarah Pembangunan
Halaman 1 dari 3
Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996
UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun
1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas
Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai „Bapa
Pembangunan‟, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf
sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas
pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober
1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua
sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan
berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain.
Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan
institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan
RIDA.
Dewan Latehan RIDA 1956 - 1965
Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk
program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang
mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf
ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan
Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur)
dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri
Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh
badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of
Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah
melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan
dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Maktab MARA 1965 - 1967
Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. Tun
Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat
latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa
RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.
MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan
lagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Management
memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau “External Exam”, kolej MARA mula menjalankan
program Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafan
antarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar.
Institut Teknologi MARA 1967 - 1999
Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja
terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah
ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14
Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dan
dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.
Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran
perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja
pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM
telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan
ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara
keseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan
bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan
kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976
yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil
tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-
universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah
universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah
dibuat :
1. Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah
dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;
2. Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;
3. Senat telah ditubuhkan;
4. Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada
Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar
kepada Profesor dan Profesor Madya;
5. Setiap jabatan diberi nama Fakulti;
6. ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;
7. ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar
negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
8. ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat
dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan
komersial.
9. Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada
Lembaga Pengarah.
10. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;
11. Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin
diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri.
Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah
di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan
memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan
pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap
kecuali kampus Kuala Pilah.
Universiti Teknologi MARA 26 OGOS 1999
Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato‟ Seri Dr.
Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA
(UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi
universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan
menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan
korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada
kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang
menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dan
anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialah
menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat
emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta
terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua.
Universiti Teknologi MARA Akta 173
Akta 173 telah digubal sempena penubuhan UiTM. Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakan
garis panduan untuk penyelenggaraan dan kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yang
berkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai perakuan peralihan institusi dari sebuah institut kepada
sebuah universiti, beserta kuasa yang diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universiti
lain, termasuklah penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semua
peringkat.
Artifak Simbolik
Cokmar
Cokmar atau lambang kuasa UiTM bermotifkan sebilah keris yang dinamakan “Keris Agung” dan diiringi
dengan “Tombak Agung”. Kedua-duanya melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi
bumiputera yang terulung, kukuh dan murni.
Keris Agung
Keris Agung yang bersarung melambangkan kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu. Motif ukiran yang
terdapat pada “Keris Agung” ini menepati makna dan tujuan penciptaannya. Motif ini menggambarkan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor UiTM sekaligus melambangkan UiTM
sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung.
Ciri-ciri keaslian dan ketulenan keris Melayu sebagaimana yang terdapat pada “Keris Agung”
melambangkan falsafah penubuhan UiTM. Ia digarap dari idea penciptaan sebilah keris yang bernama
“Keris Potong Barat”.
Motif ukiran pada hulu keris ialah motif bunga petola kuning, pendongkoknya bermotifkan pucuk rebung
dan sarungnya bermotifkan bunga tanjung.
Motif bunga petola kuning pada hulu keris mewakili warna kuning diraja, menggambarkan lambang
Kesultanan Melayu. Motif pucuk rebung melambangkan proses pendidikan yang membentuk mahasiswa
universiti ini menjadi graduan profesional. Motif bunga tanjung pada sarung keris pula melambangkan
identiti negeri Selangor, bersesuaian dengan kedudukan kampus induk UiTM yang berpusat di negeri
Selangor Darul Ehsan.
Kewibawaan makna identiti keris terserlah dengan logo UiTM yang diletakkan di atas ukiran perak pada
pangkal sarung keris. Bahagian tengah sarungnya pula tertera tulisan khat tuluth yang mempamerkan
moto UiTM iaitu “Usaha, Taqwa, Mulia”.
Tombak Agung
Tombak Agung yang terdiri daripada sepasang tombak; satu berlok lima dan satu lagi bermata daun
buluh, merupakan lambang kepada nilai keagamaan, keilmuan, keperibadian serta kedaulatan bangsa
dan negara. Motif keseluruhan batang tombak diambil dari reka bentuk kubah yang membawa maksud
UiTM sebagai wadah pemberian dan penerimaan ilmu menurut hukum ilmu ke arah membina kebaikan
dan menolak kemungkaran berlandaskan aqidah, khususnya di kalangan mahasiswanya, demi agama,
bangsa dan negara.
Mata tombak berlok lima mencerminkan lima Rukun Islam. Manakala yang bermata daun buluh
menggambarkan kekayaan seni reka Melayu yang asli. Penghias tombak ialah ukiran destar perak
bermaksud raja-raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan simbol
ketinggian tamadun bangsa Melayu.
Bahagian batang tombak juga dihiasi dengan ukiran perak bunga tanjung, manakala bahagian atasnya
terdapat logo dan moto UiTM “Usaha, Taqwa, Mulia” ditulis dengan khat tuluth. Logo dan moto ini
menggambarkan keunggulan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan
berlandaskan aspirasi untuk menghasilkan graduan-graduan bumiputera yang menguasai maklumat dan
teknologi tinggi.
Logo & Lagu Universiti
Halaman 1 dari 3
Logo Universiti
Bentuk berlian empat segi lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaan
ilmu di Universiti Teknologi MARA.
Lima bentuk yang menyerupai buku yang menjulang ke atas melambangkan kepelbagaian bidang ilmu
dan kepelbagaian peringkat pengajian yang ditawarkan seperti Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda,
Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.
Lima bentuk ini juga melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras pembangunan pelajar.
Buku yang diletakkan di atas rihal menjadi asas kepada pembentukan logo Universiti Teknologi MARA.
Penggunaan buku melambangkan sumber ilmu. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, teras segala
ilmu.
Termasuk dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikan kepada pelajar adalah berdasarkan
kepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Penggunaan rihal melambangkan universiti sebagai dataran untuk menyampai dan memancarkan ilmu.
Dua bilah keris bersilang melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu untuk
menegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa.
Bentuk berlian empat segi separuh digilap melambangkan peranan Universiti Teknologi MARA untuk
memajukan Bumiputera supaya menjadi satu bangsa yang cemerlang berusaha, bertaqwa dan mulia.
Bentuk bulat dalam bentuk keseluruhan logo melambangkan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah
universiti bersifat global, unggul dan berdaya saing.
Warna Logo
Biru tua membawa maksud kematangan sebuah institusi pengajian tinggi yang
menawarkan pelbagai peringkat pengajian.
Ungu melambangkan kecemerlangan ilmu yang berbentuk global.
Kuning melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu dalam
mencemerlangkan kualiti pendidikan negara.
Putih membawa maksud kesucian dan kemurnian ilmu yang ditawarkan kepada pelajar.
Keseluruhan bentuk logo masih mengekalkan bentuk tradisi supaya identiti keilmuan dan gedung ilmu
kekal berpanjangan.
Lagu Universiti
UiTM DI HATIKU WAWASAN SETIA WARGA UiTM
Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita Berjaya...demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM...Usaha Taqwa Mulia
Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita...
Jangan mudah terlupa
Pengorbanan perjuangan anak bangsa
Kita...
Jangan mudah terleka
Kemajuan keamanan yang ada
Kita...
Berterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita...
Rasa penuh bersyukur
Kerahmatan, kemuliaan dariNya
Kamilah
Pendokong, pewaris bangsa
Kamilah
Pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah
Warga berwawasan
Untuk negaraku
Canselor
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM
MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang),
D.K.(Selangor),
D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor),
D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K.(Brunei), D.P.(Sarawak),
D.U.N.M, S.M.D.K., S.H.M.S.,S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K.,
Grand Cordon Of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra
Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso.Knight Order of
St.John, Hon. Ph.D (UUM)
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Universiti. DYMM
Tuanku Canselor menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesyen dan
bagindalah yang mempengerusikannya.
DYMM Tuanku Canselor menganugerahkan ijazah, diploma, sijil serta pencapaian akademik
yang lain kepada sesiapa yang telah menjalani pengajian yang diluluskan oleh Universiti.
DYMM Tuanku Canselor juga menganugerahkan ijazah kehormat atau sebarang anugerah
seperti mana yang dicadangkan oleh Lembaga Pengarah selepas dibincangkan bersama Senat.
DYMM Tuanku Canselor juga melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang termaktub dalam
Akta Universiti Teknologi MARA 1976 ( Akta 173).
Pro-Canselor
YBhg Tan Sri Dato' Seri
Arshad Ayub
P.S.M, S.P.M.S, S.P.S.K, P.N.B.S, D.P.M.P, D.P.M.J,
D.S.A.P, D.P.M.T, P.G.D.K, J.M.N
YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima
Dr. Abdul Rahman Arshad
P.S.M, S.P.D.K, D.C.S.M,
D.S.A.P,D.M.P.N,D.K.S.J, J.M.N, J.S.M, B.S.K
YBhg Tan Sri Dato' Sri
Sallehuddin Mohamed
P.M.N, P.S.M, S.S.I.S, S.I.M.P, D.H.M.S,
D.I.M.P, J.M.N, K.M.N
Gran Cross Federal Republic of Germany (Honorary)
YBhg Tan Sri Nuraizah
Abdul Hamid
P.S.M, P.J.N, D.P.M.P, J.S.M
Pro-Canselor dilantik oleh Canselor , atas nasihat Menteri.
Sekiranya, atas sebab-sebab tertentu, Tuanku Canselor tidak dapat menjalankan tugas yang telah
ditetapkan ke atas baginda, baginda boleh memberi kuasa kepada Pro-Canselor untuk menjalankan
tugas bagi pihak baginda.
Setiap Pro-Canselor boleh memegang jawatan selama mana dipersetujui oleh Canselor.

Contenu connexe

Tendances

Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2azam_hazel
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Xiiao Irene
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)smk batu sapi
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanXiiao Irene
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10azah narowi
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikHafizah Jupri
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIANajihah Wahdaniah
 
9 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 20209 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 2020half2half_0140
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalmunnianwar
 

Tendances (20)

Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2Proses Penggubalan Undang2
Proses Penggubalan Undang2
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
 
Kementerian
KementerianKementerian
Kementerian
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10
 
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
 
Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.
 
Dasar perindustrian negara
Dasar perindustrian negaraDasar perindustrian negara
Dasar perindustrian negara
 
Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Pilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di MalaysiaPilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di Malaysia
 
9 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 20209 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 2020
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional
 
6.0 badan kehakiman malaysia
6.0  badan kehakiman malaysia6.0  badan kehakiman malaysia
6.0 badan kehakiman malaysia
 

Similaire à Uitm~profile

SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020 SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020 Amer Hakimy
 
1st Edition FAST Digital Magazine
1st Edition FAST Digital Magazine1st Edition FAST Digital Magazine
1st Edition FAST Digital MagazineFAST Digest
 
Tun Dr. Mahathir A136085
Tun Dr. Mahathir A136085Tun Dr. Mahathir A136085
Tun Dr. Mahathir A136085gwenlgucci
 
Pendidikan Umum dan TVET Powerpoint
Pendidikan Umum dan TVET PowerpointPendidikan Umum dan TVET Powerpoint
Pendidikan Umum dan TVET Powerpointafinde
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjAzura Aqura
 
Rensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdf
Rensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdfRensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdf
Rensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdfjurnalakuntansi
 
Pusat-Pusat Ekonomi di Indonesia
Pusat-Pusat Ekonomi di IndonesiaPusat-Pusat Ekonomi di Indonesia
Pusat-Pusat Ekonomi di IndonesiaFatahillah17
 
Stain jurai siwo metro ppt 111
Stain jurai siwo metro ppt 111Stain jurai siwo metro ppt 111
Stain jurai siwo metro ppt 111Rana Berlian
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanNajwa Cassiopiea
 
ppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptx
ppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptxppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptx
ppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptxSolihinShaqiqcalonsa
 
Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional Nur Imana Agnes
 
Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Fara Ziela
 

Similaire à Uitm~profile (20)

Kenali ui tm
Kenali ui tmKenali ui tm
Kenali ui tm
 
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020 SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
 
1st Edition FAST Digital Magazine
1st Edition FAST Digital Magazine1st Edition FAST Digital Magazine
1st Edition FAST Digital Magazine
 
Kepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan Tinggi
Kepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan TinggiKepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan Tinggi
Kepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan Tinggi
 
Kurikulum di singapura
Kurikulum di singapuraKurikulum di singapura
Kurikulum di singapura
 
Tun Dr. Mahathir A136085
Tun Dr. Mahathir A136085Tun Dr. Mahathir A136085
Tun Dr. Mahathir A136085
 
Pendidikan Umum dan TVET Powerpoint
Pendidikan Umum dan TVET PowerpointPendidikan Umum dan TVET Powerpoint
Pendidikan Umum dan TVET Powerpoint
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjj
 
Rensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdf
Rensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdfRensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdf
Rensta-PM-ITB-2016-2020-1.pdf
 
Stain jurai siwo metro ppt(1)
Stain jurai siwo metro ppt(1)Stain jurai siwo metro ppt(1)
Stain jurai siwo metro ppt(1)
 
Pusat-Pusat Ekonomi di Indonesia
Pusat-Pusat Ekonomi di IndonesiaPusat-Pusat Ekonomi di Indonesia
Pusat-Pusat Ekonomi di Indonesia
 
Bisnis plan
Bisnis planBisnis plan
Bisnis plan
 
Test
TestTest
Test
 
Stain jurai siwo metro ppt 111
Stain jurai siwo metro ppt 111Stain jurai siwo metro ppt 111
Stain jurai siwo metro ppt 111
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
 
ppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptx
ppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptxppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptx
ppt_Perguruan Tinggi Islam di Indonesia.pptx
 
Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tajuk 2 2-evolusi Pendidikan Teknik dan Vokasional
 
Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2
 
Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2
 
Tugasan 4 (amalan terbaik)
Tugasan 4 (amalan terbaik)Tugasan 4 (amalan terbaik)
Tugasan 4 (amalan terbaik)
 

Plus de sakura rena

Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)sakura rena
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)sakura rena
 
Topic 12 audit report (1)
Topic 12  audit report (1)Topic 12  audit report (1)
Topic 12 audit report (1)sakura rena
 
Topic 11 verification of balance sheet items (1)
Topic 11  verification of balance sheet items (1)Topic 11  verification of balance sheet items (1)
Topic 11 verification of balance sheet items (1)sakura rena
 
Topic 10 audit of payroll cycle (1)
Topic 10  audit of payroll cycle (1)Topic 10  audit of payroll cycle (1)
Topic 10 audit of payroll cycle (1)sakura rena
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)sakura rena
 
Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System sakura rena
 
Topic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppeTopic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppesakura rena
 
Topic 1 introduction
Topic 1 introduction Topic 1 introduction
Topic 1 introduction sakura rena
 
Topic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement auditTopic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement auditsakura rena
 
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawTopic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawsakura rena
 
Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)sakura rena
 
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)sakura rena
 
Topic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentationTopic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentationsakura rena
 
Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)sakura rena
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivableTopic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivablesakura rena
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payablesTopic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payablessakura rena
 
Topic 10 audit of payroll cycle
Topic 10  audit of payroll cycleTopic 10  audit of payroll cycle
Topic 10 audit of payroll cyclesakura rena
 
Topic 11 verification of balance sheet items
Topic 11  verification of balance sheet itemsTopic 11  verification of balance sheet items
Topic 11 verification of balance sheet itemssakura rena
 
Topic 12 audit report
Topic 12  audit reportTopic 12  audit report
Topic 12 audit reportsakura rena
 

Plus de sakura rena (20)

Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
 
Topic 12 audit report (1)
Topic 12  audit report (1)Topic 12  audit report (1)
Topic 12 audit report (1)
 
Topic 11 verification of balance sheet items (1)
Topic 11  verification of balance sheet items (1)Topic 11  verification of balance sheet items (1)
Topic 11 verification of balance sheet items (1)
 
Topic 10 audit of payroll cycle (1)
Topic 10  audit of payroll cycle (1)Topic 10  audit of payroll cycle (1)
Topic 10 audit of payroll cycle (1)
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
 
Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System
 
Topic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppeTopic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppe
 
Topic 1 introduction
Topic 1 introduction Topic 1 introduction
Topic 1 introduction
 
Topic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement auditTopic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement audit
 
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawTopic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
 
Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)
 
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
 
Topic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentationTopic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentation
 
Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivableTopic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payablesTopic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
 
Topic 10 audit of payroll cycle
Topic 10  audit of payroll cycleTopic 10  audit of payroll cycle
Topic 10 audit of payroll cycle
 
Topic 11 verification of balance sheet items
Topic 11  verification of balance sheet itemsTopic 11  verification of balance sheet items
Topic 11 verification of balance sheet items
 
Topic 12 audit report
Topic 12  audit reportTopic 12  audit report
Topic 12 audit report
 

Uitm~profile

  • 1. Profil Universiti UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai sebanyak 15 buah kampus cawangan, sembilan kampus kota, tiga kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, serta sebuah kampus pintar yang bakal didirikan. Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 17, 000 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 buah program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi hampir 172, 000 orang pelajar. UiTM sangat komited dalam membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat akademik yang tertinggi, juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Wawasannya ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik, agar mampu memimpin dalam apa juga arena. Walaupun masih muda berbanding universiti tempatan lain, UiTM memiliki reputasi sebagai salah sebuah universiti tempatan yang inovatif. Ia menjalinkan hubungan dengan pelbagai sektor industri yang menyuburkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi serta keusahawanan di kalangan warganya. Kini UiTM meneruskan usaha murni pemimpin dan pengasasnya terdahulu, meneroka dan menguasai pelbagai cabang ilmu untuk meraih gelaran universiti bertaraf dunia. Moto, Visi, Misi, Falsafah & Objektif Universiti Motto “Usaha, Taqwa, Mulia” Visi Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. Misi Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
  • 2. Falsafah Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara. Objektif Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan. Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara. Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM. Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global. Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat. Sejarah Pembangunan Halaman 1 dari 3 Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996 UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai „Bapa Pembangunan‟, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA. Dewan Latehan RIDA 1956 - 1965 Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan
  • 3. Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya). Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Maktab MARA 1965 - 1967 Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA. MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Management memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau “External Exam”, kolej MARA mula menjalankan program Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar. Institut Teknologi MARA 1967 - 1999 Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA. Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti- universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah dibuat : 1. Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta; 2. Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut; 3. Senat telah ditubuhkan; 4. Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar kepada Profesor dan Profesor Madya; 5. Setiap jabatan diberi nama Fakulti; 6. ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran; 7. ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
  • 4. 8. ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial. 9. Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah. 10. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj; 11. Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah. Universiti Teknologi MARA 26 OGOS 1999 Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato‟ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua. Universiti Teknologi MARA Akta 173 Akta 173 telah digubal sempena penubuhan UiTM. Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan untuk penyelenggaraan dan kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai perakuan peralihan institusi dari sebuah institut kepada sebuah universiti, beserta kuasa yang diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universiti lain, termasuklah penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semua peringkat. Artifak Simbolik Cokmar Cokmar atau lambang kuasa UiTM bermotifkan sebilah keris yang dinamakan “Keris Agung” dan diiringi dengan “Tombak Agung”. Kedua-duanya melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung, kukuh dan murni.
  • 5. Keris Agung Keris Agung yang bersarung melambangkan kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu. Motif ukiran yang terdapat pada “Keris Agung” ini menepati makna dan tujuan penciptaannya. Motif ini menggambarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor UiTM sekaligus melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung. Ciri-ciri keaslian dan ketulenan keris Melayu sebagaimana yang terdapat pada “Keris Agung” melambangkan falsafah penubuhan UiTM. Ia digarap dari idea penciptaan sebilah keris yang bernama “Keris Potong Barat”. Motif ukiran pada hulu keris ialah motif bunga petola kuning, pendongkoknya bermotifkan pucuk rebung dan sarungnya bermotifkan bunga tanjung. Motif bunga petola kuning pada hulu keris mewakili warna kuning diraja, menggambarkan lambang Kesultanan Melayu. Motif pucuk rebung melambangkan proses pendidikan yang membentuk mahasiswa universiti ini menjadi graduan profesional. Motif bunga tanjung pada sarung keris pula melambangkan identiti negeri Selangor, bersesuaian dengan kedudukan kampus induk UiTM yang berpusat di negeri Selangor Darul Ehsan. Kewibawaan makna identiti keris terserlah dengan logo UiTM yang diletakkan di atas ukiran perak pada pangkal sarung keris. Bahagian tengah sarungnya pula tertera tulisan khat tuluth yang mempamerkan moto UiTM iaitu “Usaha, Taqwa, Mulia”. Tombak Agung Tombak Agung yang terdiri daripada sepasang tombak; satu berlok lima dan satu lagi bermata daun buluh, merupakan lambang kepada nilai keagamaan, keilmuan, keperibadian serta kedaulatan bangsa dan negara. Motif keseluruhan batang tombak diambil dari reka bentuk kubah yang membawa maksud UiTM sebagai wadah pemberian dan penerimaan ilmu menurut hukum ilmu ke arah membina kebaikan dan menolak kemungkaran berlandaskan aqidah, khususnya di kalangan mahasiswanya, demi agama, bangsa dan negara. Mata tombak berlok lima mencerminkan lima Rukun Islam. Manakala yang bermata daun buluh menggambarkan kekayaan seni reka Melayu yang asli. Penghias tombak ialah ukiran destar perak bermaksud raja-raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan simbol ketinggian tamadun bangsa Melayu. Bahagian batang tombak juga dihiasi dengan ukiran perak bunga tanjung, manakala bahagian atasnya terdapat logo dan moto UiTM “Usaha, Taqwa, Mulia” ditulis dengan khat tuluth. Logo dan moto ini
  • 6. menggambarkan keunggulan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan berlandaskan aspirasi untuk menghasilkan graduan-graduan bumiputera yang menguasai maklumat dan teknologi tinggi. Logo & Lagu Universiti Halaman 1 dari 3 Logo Universiti Bentuk berlian empat segi lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaan ilmu di Universiti Teknologi MARA. Lima bentuk yang menyerupai buku yang menjulang ke atas melambangkan kepelbagaian bidang ilmu dan kepelbagaian peringkat pengajian yang ditawarkan seperti Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Lima bentuk ini juga melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras pembangunan pelajar. Buku yang diletakkan di atas rihal menjadi asas kepada pembentukan logo Universiti Teknologi MARA. Penggunaan buku melambangkan sumber ilmu. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, teras segala ilmu. Termasuk dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikan kepada pelajar adalah berdasarkan kepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Penggunaan rihal melambangkan universiti sebagai dataran untuk menyampai dan memancarkan ilmu. Dua bilah keris bersilang melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu untuk menegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa. Bentuk berlian empat segi separuh digilap melambangkan peranan Universiti Teknologi MARA untuk memajukan Bumiputera supaya menjadi satu bangsa yang cemerlang berusaha, bertaqwa dan mulia. Bentuk bulat dalam bentuk keseluruhan logo melambangkan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah universiti bersifat global, unggul dan berdaya saing. Warna Logo Biru tua membawa maksud kematangan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai peringkat pengajian. Ungu melambangkan kecemerlangan ilmu yang berbentuk global. Kuning melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu dalam mencemerlangkan kualiti pendidikan negara. Putih membawa maksud kesucian dan kemurnian ilmu yang ditawarkan kepada pelajar. Keseluruhan bentuk logo masih mengekalkan bentuk tradisi supaya identiti keilmuan dan gedung ilmu kekal berpanjangan. Lagu Universiti UiTM DI HATIKU WAWASAN SETIA WARGA UiTM
  • 7. Wujudmu di sini di tanah anak merdeka Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju Destinasi cita-cita negara dan bangsaku Majulah bangsa Maju negara Berkat usaha jaya MARA Kami berikrar akan berjasa Hingga kita Berjaya...demi bangsa Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua UiTM...Usaha Taqwa Mulia Bersatu kita warga UiTM Kita bangsa perkasa Taat dan setia ku untuk negara Penuh semangat waja Kita... Jangan mudah terlupa Pengorbanan perjuangan anak bangsa Kita... Jangan mudah terleka Kemajuan keamanan yang ada Kita... Berterima kasih Pada pemimpin-pemimpin negara Kita... Rasa penuh bersyukur Kerahmatan, kemuliaan dariNya Kamilah Pendokong, pewaris bangsa Kamilah Pendaulat, bangsa Malaysia Kamilah Warga berwawasan Untuk negaraku Canselor
  • 8. SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K.(Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M, S.M.D.K., S.H.M.S.,S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon Of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso.Knight Order of St.John, Hon. Ph.D (UUM) DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Universiti. DYMM Tuanku Canselor menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesyen dan bagindalah yang mempengerusikannya. DYMM Tuanku Canselor menganugerahkan ijazah, diploma, sijil serta pencapaian akademik yang lain kepada sesiapa yang telah menjalani pengajian yang diluluskan oleh Universiti. DYMM Tuanku Canselor juga menganugerahkan ijazah kehormat atau sebarang anugerah seperti mana yang dicadangkan oleh Lembaga Pengarah selepas dibincangkan bersama Senat. DYMM Tuanku Canselor juga melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang termaktub dalam Akta Universiti Teknologi MARA 1976 ( Akta 173). Pro-Canselor
  • 9. YBhg Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub P.S.M, S.P.M.S, S.P.S.K, P.N.B.S, D.P.M.P, D.P.M.J, D.S.A.P, D.P.M.T, P.G.D.K, J.M.N YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad P.S.M, S.P.D.K, D.C.S.M, D.S.A.P,D.M.P.N,D.K.S.J, J.M.N, J.S.M, B.S.K YBhg Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed P.M.N, P.S.M, S.S.I.S, S.I.M.P, D.H.M.S, D.I.M.P, J.M.N, K.M.N Gran Cross Federal Republic of Germany (Honorary) YBhg Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid P.S.M, P.J.N, D.P.M.P, J.S.M Pro-Canselor dilantik oleh Canselor , atas nasihat Menteri. Sekiranya, atas sebab-sebab tertentu, Tuanku Canselor tidak dapat menjalankan tugas yang telah ditetapkan ke atas baginda, baginda boleh memberi kuasa kepada Pro-Canselor untuk menjalankan tugas bagi pihak baginda. Setiap Pro-Canselor boleh memegang jawatan selama mana dipersetujui oleh Canselor.