SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  24
Télécharger pour lire hors ligne
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rumah, sekolah mahupun tadika merupakan tempat di mana kanak-kanak berpeluang
untuk meneroka pelbagai jenis aktiviti dan berhubung kait dengan dunia sebenar. Di situlah
kanak-kanak dididik agar dapat berkomunikasi,membina bahasa,bekerjasama dan juga
menyelesaikan masalah.Selain itu, mereka juga dilatih agar dapat menyelidiki peranan seperti
sebagai seorang bapa, ibu, doktor, guru, jurutera dan sebagainya.Melukis dan mewarna
merupakan aktiviti-aktiviti yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan
satu kaedah di mana kanak-kanak dapat menyatakan perasaan, berimaginasi dan meluahkan
kreativiti mereka dengan cara menggambar danmencorak.
Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan
yang simbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial, aspek seni juga banyak
memainkan peranan besar dalam merealisasikan matlamat ini.Usaha melahirkan individu
yang kreatif, kritis dan berpandangan jauh menjadi sasaran utama.Ini kerana, aktiviti melukis
dan mewarna dapat melatih kanak-kanak menajamkan daya persepsi dan imaginasi mereka
hanya dengan menggunakan pancaindera.Selain itu, ia juga dapat memupuk nilai-nilai yakin
diri,berdisiplin dan bertanggungjawab dalam diri kanak-kanak tersebut.
Justeru,penghasilan sebuah alat permainan yang dapat menjana kreativiti kanak-kanak
sangatlah diperlukan Ini kerana menurut Teresa Amabile(1999), perkembangan kreativiti
kanak-kanak terbahagi kepada enam peringkat dimana kanak-kanak berusia 2-3 tahun terarah
kepada kemahiran melukis,menyanyi,membina dan bermain alatan.Kanak-kanak berusia 4
hingga 6 tahun pula mampu mewarna,menari dan bermain dengan kata-kata.Oleh
itu,penghasilan sebuah permainan yang dapat mengembangkan kemahiran tersebut disamping
dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang inginkan keseronokan sambil bermain dapat
direalisasikan. Untuk tujuan itu, kajian terhadap rekabentuk permainan sedia ada perlu
dilakukan agar sebuah alat permainan yang terbaik dapat dihasilkan.
1
1.2 Objektif projek
Projek mereka bentuk sebuah papan lukis kepelbagai fungsi berserta stand ini adalah
bertujuan untuk:
1.2.1 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat menyuburkan daya kreativiti kanak-
kanak.
1.2.2 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat menitik beratkan aspek kebersihan dan
keselamatan.
1.2.3 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
1.2.4 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mudah disimpan dan diselenggarakan.
1.2.5 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang
berusia lingkungan dari umur 3 hingga 10 tahun.
1.2.6 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan
masyarakat.
1.2.7 Menghasilkan sebuah papan yang boleh menguasai pelbagai jenis kemahiran dengan
hanya memerlukan sekeping papan sahaja.
1.2.8 Menghasilkan sebuah papan yang boleh digunakan dengan berulang – alik dan tidak
menyebabkan pembaziran dan tanpa mencermakan kepada alam sekitar.
1.3 Skop projek
Skop projek ini adalah tertumpu kepada aktiviti mereka bentuk sebuah papan lukis
yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia lingkungan umur 3 hingga 10 tahun.Projek
ini cuba untuk menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat memenuhi kehendak kanak-
2
kanak yang gemarkan keseronokan dengan bermain.Di samping itu,projek ini juga cuba
menghasilkan sebuah papan lukis yang boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.Selain itu,
ia juga direka untuk memudahkan aktiviti penyimpanan seterusnya dapat menjimatkan ruang
kediaman terutamanya untuk golongan ibu bapa yang mempunyai rumah yang kecil dan
sempit.Projek ini juga cuba menghasilkan sebuah papan lukis yang boleh dilaraskan
mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak yang menggunakannya.
1.4 Perancangan projek
Sebelum melaksanakan projek asas rekacipta ini,perancangan yang rapi perlu
dilakukan terlebih dahulu.Perancangan sangat penting untuk memastikan projek pembinaan
sebuah papan lukis ini berjalan dengan lancar dan produk dapat disiapkan mengikut tempoh
masa yang ditetapkan.Selain itu,perancangan juga sangat penting dalam memastikan segala
spesifikasi yang ditentukan dapat ditepati.Proses perancangan ini meliputi aspek
pengenalpastian masalah,pengumpulan data dan maklumat,persembahan data dan
maklumat,penjanaan idea,menilai idea,memilih idea,mensintesis idea,melakar persembahan
rekacipta dan pembinaan projek.
3
1.4.1 Perancangan Projek – Jadual Kerja
BULAN
AKTIVITI
JULAI OGOS SEPTEMBER
1-10
11-20
21-31
1-10
11-20
21-29
1-10
11-20
21-31
Kenalpasti masalah
Kaji masalah
* Jana idea untuk
menyelesaikan masalah
*Kembangkan idea
Metodologi dan proses
rekacipta
Mengumpul maklumat
Menganalisis maklumat
Penjanaan idea
Penilaian dan pemilihan
idea
Melakar projek rekacipta
Penyediaan bahan dan
alatan
Perlaksanaan projek
Pembentangan
4
Jadual 1.4.1:Carta Gantt
1.4.2 Carta alir proses merekacipta
MULA
Mengenal pasti isu,masalah dan persoalan
Menetapkan objektif projek Metodologi projek
Rekabentuk Projek
Tinjauan Deskriptif
Instrumen Kajian
Soal Selidik
Mengunpul dan menganalisis data
Membuat rumusan dan keputusan
Membuat rekabentuk projek
5
Menghasilkan produk
Rajah: 1.4.2
1.5 Kajian Literature(Pasaran)
Kajian berkaitan produk ini djalankan dengan beberapa cara iaitu dengan melakukan
tinjauan ke atas taska,sekolah dan rumah kediaman untuk melihat aktiviti kanak-kanak yang
berkaitan dengan melukis.Pemerhatian ini dilakukan untuk melihat masalah-masalah yang
timbul terhadap permainan sedia ada dengan lebih jelas lagi.Hasil daripada
pemerhatian,didapati bahawa kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 hingga 6 tahun sangat
gemar menconteng atau melukis walau dimana sahaja.Tabiat yang dapat menjana kreativiti
mereka ini kadang-kala menimbulkan masalah kepada ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri
seperti dinding dan lantai yang kotor dan kesihatan boleh terganggu.Selain itu,temu bual ke
atas guru-guru,ibu bapa dan kanak-kanak juga dilakukan. untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan alat permainan sedia ada seperti kos yang diperlukan untuk membeli
permainan(papan lukis)t,aspek ketahanan dan juga aspek keselamatan permainan
tersebut.Selain itu,kajian juga dilakukan dengan cara melayari internet dan pemerhatian ke
atas kedai-kedai permainan kanak-kanak bagi mendapatkan maklumat berkaitan produk-
produk terkini yang terdapat dipasaran.
1.6 Maklumat tentang rekabentuk papan lukis sedia ada
Umumnya terdapat pelbagai jenis papan lukis yang ditawarkan di pasaran.Setiap
rekabentuk papan lukis itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Terdapat papan lukis
yang spesifikasinya tidak begitu jauh berbeza dengan papan putih yang sering digunakan di
sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.Apa yang membezakan hanyalah saiz papan
lukis tersebut yang lebih kecil dan ditambah dengan hiasan watak-watak kartun kegemaran
kanak-kanak.Papan lukis jenis ini masih lagi menggunakan whiteboard marker dan
pemadam(duster) sebagai medium untuk melukis dan memadam hasil lukisan ataupun
contengan.Papan lukis jenis ini digunakan dengan cara menggantungnya di dinding.
6
Terdapat juga papan lukis yang menggunakan karbon dan magnet.Papan lukis jenis
ini hanya menghasilkan lukisan yang berwarna hitam sahaja.Hujung pensel yang diperbuat
daripada besi digunakan untuk melukis manakala sebatang rod yang boleh digerakkan
digunakan sebagai pemadam.Walaupun cara ini tidak mengotorkan,namun ianya
menyebabkan kanak-kanak mudah bosan.Papan lukis jenis ini juga memerlukan kanak-kanak
menunduk ataupun berbaring semasa melakukan aktiviti melukis kerana tiada stand
disediakan.
Terdapat juga papan lukis (papan hitam) yang masih menggunakan kapur sebagai alat
melukis. Cara lama ini sudah tentunya mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada
kanak-kanak malahan kepada orang dewasa.Penggunaan kapur sememangnya menjejaskan
kesihatan terutamanya sistem pernafasan manusia.Ini kerana habuk yang terhasil daripada
kapur boleh memasuki hidung dan mulut penggunanya.
Ada juga papan lukis yang hanya memerlukan kanak-kanak menggunakan jari mereka
untuk melukis.Permainan ini seperti sebuah skrin sentuh yang boleh mnghasilkan sesuatu
bentuk mengikut lakaran kanak-kanak.Terdapat tiga pilihan warna yang boleh digunakan
iaitu merah, biru dan hitam.Cara ini agak menarik kerana kanak-kanak dapat bermain dengan
pelbagai warna dan ianya sangat bersih.
Terdapat juga papan lukis yang dilengkapi dengan bahan sokongan pembelajaran
yang lain seperti huruf-huruf bermagnet.Bahan sokongan ini juga membantu kanak-kanak
belajar sambil bermain.Selain itu bahan-bahan sokongan ini dapat menjana kreativiti mereka.
7
1.6.1 Rekabentuk papan lukis di boleh didapati di pasaran
8
BAB 2
LATAR BELAKANG MASALAH
2.1 Mengenalpasti masalah/keperluan
Seiring dengan perkembangan teknologi kini,banyak produk di pasaran yang
mengalami inovasi.Oleh itu,permainan kanak-kanak juga perlu mengalami inovasi untuk
mengatasi masalah-masalah yang timbul dan menambahbaik fungsi produk tersebut.Ia juga
bertujuan untuk memenuhi hasrat Sistem Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi
yang berfikiran kreatif,inovatif dan mampu bersaing dengan dunia luar.Menghasilkan
sebuahpermainan yang berunsurkan pendidikan amatlah diperlukan untuk merealisasikan
hasrat tersebut.
Terdapat permainan papan lukis di pasaran yang telah mempunyai rekabentuk yang
terbaik namun ianya masih gagal menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.Kebanyakkan
papan lukis yang dijual di pasaran tidak mempunyai stand.Oleh itu,kanak-kanak terpaksa
menulis dengan cara membongkok dan ada kalanya perlu meniarap.Cara ini menyebabkan
kanak-kanak berasa cepat letih dan akhirnya mereka kehilangan tumpuan.Projek ini cuba
untuk mengatasi masalah keletihan yang dialami oleh kanak-kanak dengan merekabentuk
sebuah stand yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan penggunanya.
Penggunaan marker pen sebagai alat untuk melukis pula sering disalah guna oleh
kanak-kanak. Mereka bukan sahaja menggunakan marker pen tersebut untuk melukis pada
9
papan putih tetapi mereka juga menconteng tubuh badan sendiri.Ini sudah tentunya
menimbulkan kemudaratan kepada kanak-kanak itu sendiri.Selain daripada mendapat tubuh
yang comot dan kotor,kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya-bahaya lain khususnya
untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.
Hasil daripada kajian yang diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa kanak-kanak dan
juga ibu bapa memperlukan sebuah papan lukis yang dapat mengatasi beberapa masalah
sepertimana yang dirumuskan didalam jadual di bawah.
MASALAH YANG DIHADAPI BILANGAN RESPONDEN
/ 10 ORANG
Letih dan sakit pada bahagian tengkuk 9
Kurang menarik / membosankan 7
Tidak berwarna-warni /hasil lukisan warna hitam 7
Papan lukis yang kecil/tidak puas 6
Jadual : 2.1.1 Rumusan kajian ke atas kanak-kanak
MASALAH YANG DIHADAPI BILANGAN RESPONDEN
/ 10 ORANG
Anak-anak mudah jemu 9
Kesukaran penyimpanan 7
Mengotorkan lantai/dinding 8
Tidak tahan lama/mudah rosak 9
Kos membeli whiteboard marker berulang kali 5
Jadual : 2.1.2 Rumusan kajian ke atas ibu bapa
10
BAB 3
KRITERIA REKABENTUK
3.1 Kriteria Reka Bentuk Produk
Setelah menjalankan kajian dan tinjauan terhadap produk sedia ada,terdapat beberapa
kriteria diambil kira dalam proses penghasilan sebuah permainan papan lukis untuk kanak-
kanak.
a) Kegunaan – produk yang direka ini mempunyai lebih daripada satu fungsi iaitu
ianya boleh juga digunakan oleh kanak-kanak sebagai tempat untuk menggantung
carta,gambar dan tempat meyandarkan buku.
b) Ergonomik – produk ini mempunyai ciri mesra pengguna kerana reka bentuknya
yang fleksible,mudah disimpan,boleh dilaraskan dan menggunakan ruang yang
minima.Selain itu ia juga boleh diletakkan dimana-mana sahaja.
c) Pasaran – produk ini diramalkan dapat diterima oleh masyarakat terutamanya
kepada ibu bapa yang ingin menyelesaikan masalah berkaitan produk sebelum ini.
d) Nilai – kos pembuatan produk ini adalah rendah kerana menggunakan bahan asas
dari kayu dan plastik yang mana ianya tahan lasak dan murah.
e) Sasaran – produk yang direka ini amat sesuai untuk kanak-kanak bukan sahaja
yang belum bersekolah malahan kanak-kanak di sekolah rendah juga boleh
memanfaatkannya
f) Persaingan – produk ini dijangka dapat menyaingi produk-produk sedia ada
dipasaran malah mungkin menjadi pilihan utama pengguna kerana fungsinya yang
lebih efisyen dari produk di pasaran serta mudah untuk dikendalikan.
11
g) Permintaan – adalah dijangkakan bahawa produk ini akan mendapat permintaan
yang tinggi daripada para pelanggan kerana ianya mempunyai lebih daripada satu
fungsi dan menjanjikan keseronokan kepada kanak-kanak
BAB 4
SPESIFIKASI
4.1 Spesifikasi Rekabentuk
Sebelum proses menentukan spesifikasi produk permainan papan lukis
ini,terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira iaitu:
a) Ekonomi
• Kos
• Masa
• Ruang
b) Membentuk
• Kaedah sesuai
• Kesan kaedah yang dipilih
c) Sambungan
• Bagaimana( menggunakan pateri,rivet,skru,paku,gam dan sebagainya)
• Perlu penyambungan
• Kekal atau berbentuk sementara
d) Pemasangan
• Contoh-contoh pemasangan di pasaran
12
e) Kekuatan
• Bolehkah tahan lama
f) Kekemasan
• Faktor untuk kemasan
• Bahan kemasan paling sesuai
• Warna yang menarik
g) Keselamatan
● Adakah selamat kepada pengguna semasa digunakan
h) Faktor-faktor lain yang perlu
SPESIFIKASI REKABENTUK PRODUK
MAGIC DRAWING BOARD
a) Konsep
Rekabentuk produk ini adalah berkonsepkan sebuah papan lukis.
b) Reka Bentuk
Produk ini mempunyai rekabentuk yang ringkas dan boleh dikendalikan sendiri
oleh kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 hingga 12 tahun.
c) Fungsi
13
Produk ini digunakan untuk melukis,menggantung carta dan gambar serta boleh
dijadikan tempat untuk menyandarkan buku terutamanya ketika membaca dan
membuat kerja rumah.
d) Struktur
Rekabentuk ini terdiri daripada sebuah stand dan sebuah kanvas lukis beserta
pensel khas. Di belakang papan lukis ini, terdapat permainan huruf-huruf
bermagnet dan juga boleh berbunyi.
e) Bahan
Produk ini menggunakan bahan utamanya iaitu kayu dan papan lapis.Ia juga
menggunakan sebatang rod aluminium dan sehelai kanvas khas tahan lasak.
f) Pengendalian
Pengendalian produk ini sangat mudah dengan menampal kanvas lukis diatasnya.
Cara melukis dengan menggunankan sebatang alat lukis yang boleh dimasukkan
air. Kad-kad huruf bermagnet dan berbunyi membolehkan kanak-kanak mengenali
huruf dengan lebih menarik.
g) Kos
Harga yang berpatutan dan mampu untuk semua lapisan masyarakat
h) Warna
Coklat(Warna kayu) untuk stand
14
BAB 5
PENYELESAIAN MASALAH
5.1 Penyelesaian masalah
5.1.1 Pembinaan stand khas
Bagi mengatasi masalah yang terdapat pada permainan papan lukis(drawing
board) sedia ada,rekabentuk produk ini cuba untuk menambah baik struktur rekabentuk sedia
ada.Rekabentuk produk ini ditambah dengan penyediaan sebuah stand khas. Stand yang
direka ini diharap dapat mengatasi masalah mudah letih yang sering dialami oleh kanak-
kanak semasa melakukan aktivi melukis.Membongkok yang terlalu lama sudah tentunya
15
membuatkan tengkuk kanak-kanak sakit manakala berbaring pula menyukarkan mereka
meluahkan kreativiti mereka.
Bagi kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 hingga 12 tahun, stand ini boleh
dijadikan tempat untuk meletakkan kertas lukisan mereka semasa melukis sepertimana yang
sering dilakukan oleh pelukis-pelukis professional.Cara ini sudah tentunya membantu mereka
meluahkan segala kreativiti dan imaginasi mereka dengan selesa dan lebih baik.Mereka juga
boleh menggunakan stand tersebut untuk menyandarkan buku semasa membaca ,menaip
bahan ataupun semasa membuat kerja sekolah.
5.1.2 Kanvas lukis
Penggunaan kanvas khas bagi menggantikan papan putih(whiteboard) pula dapat
mengatasi masalah cepat jemu yang dialami terutamanya kepada kanak-kanak yang berusia
lingkungan 3 hingga 4 tahun.Hasil lukisan kanak-kanak ini akan kelihatan berwarna-warni
tidak seperti kebanyakkan papan lukis yang dijual dipasaran.Selain itu, pensel khas yang
menggunakan dakwat air pula dapat menjimatkan kos.Sekiranya dakwat tersebut
habis,kanak-kanak hanya menambahkannya dengan air paip sahaja.Penggunaan dakwat
daripada air ini juga dapat mengatasi masalah kanak-kanak yang suka menconteng anggota
badan mereka.
Kanvas lukis yang boleh dicuci ini sudah tentunya diingini oleh ibu bapa yang
sentiasa ingin melihat persekitaran dan permainan anak-anak mereka sentiasa bersih dan
selamat.Ibu bapa hanya perlu mencucinya seperti biasa dan menjemurnya di bawah cahaya
matahari.
5.1.3 Kad-kad Huruf
Kad pembelajaran itu adalah sebagai satu alat atau cara yang efektif untuk
meningkatkan daya ingatan para pelajar dalam masa cepat. Siri kad tersebut menggunakan
kaedah yang diaplikasi dan disampaikan secara gambar rajah dan dibantu dengan ilustrasi
yang berkaitan. Fungsi kad huruf yang berbunyi meningkatkan minat belajar kanak-kanak.
16
5.1.4 Alat Eletronik Yang Boleh Membaca Huruf Abjad .
Setelah memasangkan alat elektronik yang boleh menyebut ataupun membaca huruf
abjad semasa butang yang ditekan , kanak – kanak akan merasa lebih seronok dengan belajar
dan tidak merasa jemu dan bosan.Selain itu , alat elektronik juga boleh mengeluarkan
pelbagai jenis muzik supaya kanak – kanak akan merasa kebih suka semasa belajar.
BAB 6
KESIMPULAN
6.1 Kesimpulan/Penutup
17
Sesungguhnya penghasilan sebuah rekaan untuk mengatasi sesuatu masalah yang
timbul bukannya satu usaha yang mudah.Kajian-kajian berkenaan masalah yang diutarakan
juga perlu dilakukan.Ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang tepat daripada
pengguna tentang masalah yang mereka hadapi.Pengumpulan data dan maklumat secara
pemerhatian,temubual,soal selidik,pembacaan,pengalaman serta melayari internet juga sangat
diperlukan.Data-data yang diperolehi pula perlu dipersembahkan sama ada dalam bentuk
jadual,graf ataupun carta untuk memudahkan pereka menganalisis sebelum membuat
rumusan ke atas masalah yang dikaji.
Proses penjanaan idea pula bukan satu usaha yang mudah kerana para pereka perlu
mendapatkan idea yang terbaik bagi mengatasi masalah yang diutarakan.Proses-proses seperti
sumbangsaran,perbincangan dan kritikan terhadap sesuatu idea perlu diadakan.Pereka juga
perlu menggunakan pemikiran secara logikan,analitikal, kritikal ataupun pemikiran kreatif
bagi menghasilkan penyelesaian yang terbaik.Seterusnya,pereka perlu melakukan proses
membanding dan membezakan idea.Selepas menilai segala idea,pereka perlu memilih satu
idea yang terbaik untuk dibangunkan.Proses melakar rekabentuk idea yang dipilih juga
memerlukan pereka menggunakan kreativiti untuk menghasilkan sebuah lukisan yang dapat
menggambarkan produk yang ingin dibangunkan.Sesungguhnya,lukisan yang baik dapat
menerangkan dengan jelas spesifikasi produk tersebut.Adalah diharapkan bahawa
penghasilan produk Magic Drawing Board ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
menepati spesifikasi yang dirancangkan.Ia juga diharap dapat menyelesaikan masalah
terhadap permainan kanak-kanak sepertimana tugasan yang telah diamanahkan.
RUJUKAN
BIBLIOGRAFI:
1. Hasni bin Rais dan Jamel bin Abd Baser,2006.Reka Cipta Tingkatan 4 dan
5.Selangor:Cerdik Publication Sdn.Bhd.
18
2. Dzulkifli Awang, Idris Ishak & Mohd Nasir Hussain., Kertas Kerja “Cadangan
Kursus Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri”, Universiti Teknologi
Malaysia.,1996
RUJUKAN INTERNET:
1. http://www.orangekid.biz/2008
2. http://kakyongibu3a.wordpress.com/2009/05/28/141-menconteng/
3. http://www.google.com.my/search?q=children+drawing+board
4. http://zulprasekolah.blogspot.com/
LAMPIRAN
1. Blog berkaitan produk
19
141 Menconteng
Mei 28, 2009 at 5:30 am | Dikirim dalam my kids, my notes, pendidikan awal anak | 32 Komen
Salam kawan-kawan ibu,
Hari ini juga kakyong nak beritahu bahawa kakyong akan alihkan sedikit demi sedikit link blogger ke
‘tempat’ baru.. iaitu di kakyong’s bloggerlist. Insya Allah, kakyong akan selesaikan projek tu pada
hujung minggu ini. Jadi jangan lah ade yang terkejut tetiba ade link yang hilang dari Catatan Ibu.
Plannya hari ni nak post kan entri pasal anakbuah kakyong yang istimewa si Adib Darwisi.
Tapi tak sempat lagi nak edit foto-foto adib jadi kakyong bawakan hari ini cerita pasal anak-
anakku yang suka menconteng.
Ada setengah ibubapa tak galakkan anak-anak menconteng.. menconteng dinding lah
terutamanya. Ada juga ibubapa yang mendenda anak-anak yang menconteng. Tapi di
rumah daku ini, dinding di hall ni sudah tidak dapat diselamatkan lagi… kesemua bahagian
dinding sudah dipenuhi dengan ‘mural’ anak-anak.
Sudah beberapa kali tetamu datang dan bertanya ‘kenapa dibiarkan dinding berconteng?’
dan ade juga bertanya ‘Rumah sewa ke ni?‘ dan pelbagai cadangan juga diberi *tanpa ku
pinta* ‘Belilah drawing block.’ ‘Beli papan lukis white board tu kan bagus anak-anak melukis
kat situ’
Kadang-kadang terasa juga dihati, yer lah macam daku ni tak pandai jaga anak, sampai
semua dinding nak diconteng. Tapi bila suami ku pun menggalakkan anak-anak
menconteng, jadi daku cuba melihat perkara ini dari sudut positif. Kata suami, ‘tak payah cat
rumah, tunggu 3 4 tahun lagi baru cat baru.’ 3 4 tahun lagi, makna waktu itu Aliya pun sudah
cukup berakal.. itu pun kalau tak ada ‘adik aliya’.. kalau dapat ‘adik aliya’, maknanya tunggu
pulak ‘adik aliya’ sampai umur cukup akal..
Drawing blok? Bukan tidak ku beli, tetapi tetap juga anak-anakku suka menconteng.
Denda? Hmm, dari sudut ini, daku fikir kalau mendenda takut akan terbantut pula
perkembangan kreatif nya.. lagipun daku kecik-kecik dulu tak pernah menconteng dinding
kah…?!! Mungkin sebab rumah opah rumah kayu, dan masa daku banyak dihabiskan di
kebun getah & bermain tanah.. mungkin di rumah hanya masa untuk tidur & makan.
20
Foto yang ditengah adalah ‘orang lidi’ pertama fikri. Tak macam ruper orang lidi pun.. tak
cukup sifat.. tapi bila ditanya, mana kaki tangan, pandai pula fikri baritahu padaku.. Kata
ayahnya orang lidi fikri sedang melompat mendepang kaki.. sebab itu kakinya tak lurus…
Heheeeehh, ayahnya beriya-iya suruh ibu snapkan foto.. buat kenangan.. yer lah kalo
lukisan atas kerja boleh lah difaikan & disimpan.. ini lukisan atas dinding. Nanti bila Anis
menconteng, tak nampak dah lukisan orang lidi pertama itu.
Sebenarnya fikri sangat teruja untuk memiliki papan lukis seperti si akif anak cik fid punya
tu.. punyalah fikri teruja bila melukis si akif melukis sotong…
Sekian untuk catatan kali ini. Hajat dihati memang nak menulis meleret-leret lagi.. tapi anak-
nak dah tunjuk perasaan.
21
2. Kajian Lapangan
22
23
24

Contenu connexe

Tendances

TERMOPLASTIK
TERMOPLASTIKTERMOPLASTIK
TERMOPLASTIKmaslina
 
Barangan logam & kelengkapan rbts1104
Barangan logam & kelengkapan   rbts1104Barangan logam & kelengkapan   rbts1104
Barangan logam & kelengkapan rbts1104PISMPRBTSK0622Mohama
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Bab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseksBab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseksSyiera Rahman
 
1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptx
1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptx1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptx
1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptxSARSVATHYAPTERPARISA
 
Reka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk FertigasiReka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk Fertigasirodziah anuar
 
Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4CyafRBT
 
Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1zamarezam
 
Tajuk 2 (2.1) Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.1)  Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4Tajuk 2 (2.1)  Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.1) Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4CyafRBT
 
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)Nor Hafiz
 
Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)
Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)
Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)Jata Salih
 

Tendances (20)

Kepemimpinan
Kepemimpinan Kepemimpinan
Kepemimpinan
 
TERMOPLASTIK
TERMOPLASTIKTERMOPLASTIK
TERMOPLASTIK
 
Barangan logam & kelengkapan rbts1104
Barangan logam & kelengkapan   rbts1104Barangan logam & kelengkapan   rbts1104
Barangan logam & kelengkapan rbts1104
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Bab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseksBab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseks
 
1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptx
1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptx1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptx
1a. Transform idea KPPB kpd DLO.pptx
 
Reka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk FertigasiReka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk Fertigasi
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Alat perkusi
Alat perkusiAlat perkusi
Alat perkusi
 
Merempit
MerempitMerempit
Merempit
 
1.1 pengenalpastian masalah
1.1 pengenalpastian masalah1.1 pengenalpastian masalah
1.1 pengenalpastian masalah
 
Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.2) pengenalan kepada reka bentuk RBT Tahun 4
 
Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Kursus Kepimpinan Smart Leader oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin 2021
Kursus Kepimpinan Smart Leader oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin   2021Kursus Kepimpinan Smart Leader oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin   2021
Kursus Kepimpinan Smart Leader oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin 2021
 
Tajuk 2 (2.1) Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.1)  Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4Tajuk 2 (2.1)  Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4
Tajuk 2 (2.1) Pengenalan Kepada Reka Bentuk RBT Tahun 4
 
Teknologi Pembuatan
Teknologi PembuatanTeknologi Pembuatan
Teknologi Pembuatan
 
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
 
Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)
Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)
Pelasar Morfologi enggau Sintaksis Jaku Iban (Raban Jaku)
 

En vedette

B3D1E1 jadual kerja 2
B3D1E1   jadual kerja 2B3D1E1   jadual kerja 2
B3D1E1 jadual kerja 2unitpbskl
 
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilKertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilPensil Dan Pemadam
 
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriMLee Official
 
Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1Geeanna Amadeus
 
Present inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptaPresent inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptasya dien
 
Design Meja Belajar Ergonomi
Design Meja Belajar ErgonomiDesign Meja Belajar Ergonomi
Design Meja Belajar Ergonomianapriyangga
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZFara Megat
 
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Fara Megat
 
Rekacipta inovasi & kreativiti
Rekacipta inovasi & kreativiti Rekacipta inovasi & kreativiti
Rekacipta inovasi & kreativiti Sbh Iptb
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Presentmeja.pptx
Presentmeja.pptxPresentmeja.pptx
Presentmeja.pptxlleiyann
 
Makalah Inovasi Produk Google
Makalah Inovasi Produk GoogleMakalah Inovasi Produk Google
Makalah Inovasi Produk GoogleBoyma Simamora
 
Laporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikanLaporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikanYugesh Yugi
 
Bab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologiBab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologiNurul Hayati
 
Ikan hiasan full
Ikan hiasan fullIkan hiasan full
Ikan hiasan fullMiza Wahit
 

En vedette (20)

B3D1E1 jadual kerja 2
B3D1E1   jadual kerja 2B3D1E1   jadual kerja 2
B3D1E1 jadual kerja 2
 
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilKertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
 
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
 
Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1
 
Laporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar SemulaLaporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar Semula
 
Present inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptaPresent inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka cipta
 
Design Meja Belajar Ergonomi
Design Meja Belajar ErgonomiDesign Meja Belajar Ergonomi
Design Meja Belajar Ergonomi
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
 
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
 
Rekacipta inovasi & kreativiti
Rekacipta inovasi & kreativiti Rekacipta inovasi & kreativiti
Rekacipta inovasi & kreativiti
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Presentmeja.pptx
Presentmeja.pptxPresentmeja.pptx
Presentmeja.pptx
 
Makalah Inovasi Produk Google
Makalah Inovasi Produk GoogleMakalah Inovasi Produk Google
Makalah Inovasi Produk Google
 
Rekacipta
RekaciptaRekacipta
Rekacipta
 
Laporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikanLaporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikan
 
Amali 1 9
Amali 1 9Amali 1 9
Amali 1 9
 
Bab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologiBab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologi
 
Membuat Lampu Meja
Membuat Lampu MejaMembuat Lampu Meja
Membuat Lampu Meja
 
Ikan hiasan full
Ikan hiasan fullIkan hiasan full
Ikan hiasan full
 

Similaire à Laporan reka bentuk magic drawing board

Memahami konsep kreativitas.pptx
Memahami konsep kreativitas.pptxMemahami konsep kreativitas.pptx
Memahami konsep kreativitas.pptxAnnaPatricia17
 
Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...
Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...
Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...ViviFathiyaturrahmah
 
Modul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptx
Modul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptxModul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptx
Modul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptxandriasyulianto57
 
PPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptx
PPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptxPPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptx
PPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptxNeng Yeni
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanmdgeehan
 
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...dindinamuiz
 
Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407
Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407
Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407Baldwine Honest
 
SENI BUDAYA Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat Poster
SENI BUDAYA  Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat PosterSENI BUDAYA  Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat Poster
SENI BUDAYA Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat Postergualbertusmeo
 
PEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdf
PEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdfPEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdf
PEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdfIdaSyahraeni
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanShin Lee
 
PPT APE PAUD.ppt
PPT APE PAUD.pptPPT APE PAUD.ppt
PPT APE PAUD.pptDanStevn
 
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdfKepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdfVishalhiniRajendran2
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiAnne Gd
 
Pk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdf
Pk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdfPk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdf
Pk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdfAgus Tri
 

Similaire à Laporan reka bentuk magic drawing board (20)

Memahami konsep kreativitas.pptx
Memahami konsep kreativitas.pptxMemahami konsep kreativitas.pptx
Memahami konsep kreativitas.pptx
 
Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...
Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...
Laporan Hasil Pengembangan Media Lego dari Bahan Bekas _ Media dan Sumber Bel...
 
Modul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptx
Modul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptxModul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptx
Modul Projek Kewirausahaan - Mainanku Hasil Karyaku - Fase C.pdf.pptx
 
PPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptx
PPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptxPPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptx
PPT Menggambar Sebagai Proses Kreatif.pptx
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
 
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
 
makalah PBM dan TIK
makalah PBM dan TIKmakalah PBM dan TIK
makalah PBM dan TIK
 
Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407
Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407
Tugas presentasi Modul 11 PAUD 4407
 
SENI BUDAYA Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat Poster
SENI BUDAYA  Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat PosterSENI BUDAYA  Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat Poster
SENI BUDAYA Kelas VIII Materi Mengenai Bagaimana Cara Membuat Poster
 
steam
steamsteam
steam
 
5.1.6_Silabus-DKV.pdf
5.1.6_Silabus-DKV.pdf5.1.6_Silabus-DKV.pdf
5.1.6_Silabus-DKV.pdf
 
4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr
 
PEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdf
PEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdfPEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdf
PEMBUATAN PERMAINAN EDUKATIF ANAK USIA DINI.pdf
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
 
PPT APE PAUD.ppt
PPT APE PAUD.pptPPT APE PAUD.ppt
PPT APE PAUD.ppt
 
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdfKepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativiti
 
Laporan12
Laporan12Laporan12
Laporan12
 
Rika tri gustiani zalukhu
Rika tri gustiani zalukhuRika tri gustiani zalukhu
Rika tri gustiani zalukhu
 
Pk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdf
Pk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdfPk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdf
Pk8-KD2T3. Poster sebagai Media Informasi.pdf
 

Dernier

LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfLEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfAdelaWintarsana2
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfSMP Hang Kasturi, Batam
 
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamKELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamabdulhamidalyFKIP
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxnursamsi40
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1LailaTulangRusukMaha
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfssuserb45274
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daWijaya Kusumah
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxRestiana8
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxDarmiahDarmiah
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptxSuarniSuarni5
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf2210130220024
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxFidelaNiam
 
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpmateri PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpAanSutrisno
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranapriandanu
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxSuarniSuarni5
 
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3sekolah9304
 

Dernier (20)

LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfLEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
 
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptxELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
 
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptxPersiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
 
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamKELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
 
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptxKOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
 
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpmateri PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
 
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
 

Laporan reka bentuk magic drawing board

  • 1. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Rumah, sekolah mahupun tadika merupakan tempat di mana kanak-kanak berpeluang untuk meneroka pelbagai jenis aktiviti dan berhubung kait dengan dunia sebenar. Di situlah kanak-kanak dididik agar dapat berkomunikasi,membina bahasa,bekerjasama dan juga menyelesaikan masalah.Selain itu, mereka juga dilatih agar dapat menyelidiki peranan seperti sebagai seorang bapa, ibu, doktor, guru, jurutera dan sebagainya.Melukis dan mewarna merupakan aktiviti-aktiviti yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak dapat menyatakan perasaan, berimaginasi dan meluahkan kreativiti mereka dengan cara menggambar danmencorak. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan yang simbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial, aspek seni juga banyak memainkan peranan besar dalam merealisasikan matlamat ini.Usaha melahirkan individu yang kreatif, kritis dan berpandangan jauh menjadi sasaran utama.Ini kerana, aktiviti melukis dan mewarna dapat melatih kanak-kanak menajamkan daya persepsi dan imaginasi mereka hanya dengan menggunakan pancaindera.Selain itu, ia juga dapat memupuk nilai-nilai yakin diri,berdisiplin dan bertanggungjawab dalam diri kanak-kanak tersebut. Justeru,penghasilan sebuah alat permainan yang dapat menjana kreativiti kanak-kanak sangatlah diperlukan Ini kerana menurut Teresa Amabile(1999), perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada enam peringkat dimana kanak-kanak berusia 2-3 tahun terarah kepada kemahiran melukis,menyanyi,membina dan bermain alatan.Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun pula mampu mewarna,menari dan bermain dengan kata-kata.Oleh itu,penghasilan sebuah permainan yang dapat mengembangkan kemahiran tersebut disamping dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang inginkan keseronokan sambil bermain dapat direalisasikan. Untuk tujuan itu, kajian terhadap rekabentuk permainan sedia ada perlu dilakukan agar sebuah alat permainan yang terbaik dapat dihasilkan. 1
  • 2. 1.2 Objektif projek Projek mereka bentuk sebuah papan lukis kepelbagai fungsi berserta stand ini adalah bertujuan untuk: 1.2.1 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat menyuburkan daya kreativiti kanak- kanak. 1.2.2 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat menitik beratkan aspek kebersihan dan keselamatan. 1.2.3 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mempunyai kepelbagaian fungsi. 1.2.4 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mudah disimpan dan diselenggarakan. 1.2.5 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang berusia lingkungan dari umur 3 hingga 10 tahun. 1.2.6 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1.2.7 Menghasilkan sebuah papan yang boleh menguasai pelbagai jenis kemahiran dengan hanya memerlukan sekeping papan sahaja. 1.2.8 Menghasilkan sebuah papan yang boleh digunakan dengan berulang – alik dan tidak menyebabkan pembaziran dan tanpa mencermakan kepada alam sekitar. 1.3 Skop projek Skop projek ini adalah tertumpu kepada aktiviti mereka bentuk sebuah papan lukis yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia lingkungan umur 3 hingga 10 tahun.Projek ini cuba untuk menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat memenuhi kehendak kanak- 2
  • 3. kanak yang gemarkan keseronokan dengan bermain.Di samping itu,projek ini juga cuba menghasilkan sebuah papan lukis yang boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.Selain itu, ia juga direka untuk memudahkan aktiviti penyimpanan seterusnya dapat menjimatkan ruang kediaman terutamanya untuk golongan ibu bapa yang mempunyai rumah yang kecil dan sempit.Projek ini juga cuba menghasilkan sebuah papan lukis yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak yang menggunakannya. 1.4 Perancangan projek Sebelum melaksanakan projek asas rekacipta ini,perancangan yang rapi perlu dilakukan terlebih dahulu.Perancangan sangat penting untuk memastikan projek pembinaan sebuah papan lukis ini berjalan dengan lancar dan produk dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.Selain itu,perancangan juga sangat penting dalam memastikan segala spesifikasi yang ditentukan dapat ditepati.Proses perancangan ini meliputi aspek pengenalpastian masalah,pengumpulan data dan maklumat,persembahan data dan maklumat,penjanaan idea,menilai idea,memilih idea,mensintesis idea,melakar persembahan rekacipta dan pembinaan projek. 3
  • 4. 1.4.1 Perancangan Projek – Jadual Kerja BULAN AKTIVITI JULAI OGOS SEPTEMBER 1-10 11-20 21-31 1-10 11-20 21-29 1-10 11-20 21-31 Kenalpasti masalah Kaji masalah * Jana idea untuk menyelesaikan masalah *Kembangkan idea Metodologi dan proses rekacipta Mengumpul maklumat Menganalisis maklumat Penjanaan idea Penilaian dan pemilihan idea Melakar projek rekacipta Penyediaan bahan dan alatan Perlaksanaan projek Pembentangan 4 Jadual 1.4.1:Carta Gantt
  • 5. 1.4.2 Carta alir proses merekacipta MULA Mengenal pasti isu,masalah dan persoalan Menetapkan objektif projek Metodologi projek Rekabentuk Projek Tinjauan Deskriptif Instrumen Kajian Soal Selidik Mengunpul dan menganalisis data Membuat rumusan dan keputusan Membuat rekabentuk projek 5
  • 6. Menghasilkan produk Rajah: 1.4.2 1.5 Kajian Literature(Pasaran) Kajian berkaitan produk ini djalankan dengan beberapa cara iaitu dengan melakukan tinjauan ke atas taska,sekolah dan rumah kediaman untuk melihat aktiviti kanak-kanak yang berkaitan dengan melukis.Pemerhatian ini dilakukan untuk melihat masalah-masalah yang timbul terhadap permainan sedia ada dengan lebih jelas lagi.Hasil daripada pemerhatian,didapati bahawa kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 hingga 6 tahun sangat gemar menconteng atau melukis walau dimana sahaja.Tabiat yang dapat menjana kreativiti mereka ini kadang-kala menimbulkan masalah kepada ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri seperti dinding dan lantai yang kotor dan kesihatan boleh terganggu.Selain itu,temu bual ke atas guru-guru,ibu bapa dan kanak-kanak juga dilakukan. untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan alat permainan sedia ada seperti kos yang diperlukan untuk membeli permainan(papan lukis)t,aspek ketahanan dan juga aspek keselamatan permainan tersebut.Selain itu,kajian juga dilakukan dengan cara melayari internet dan pemerhatian ke atas kedai-kedai permainan kanak-kanak bagi mendapatkan maklumat berkaitan produk- produk terkini yang terdapat dipasaran. 1.6 Maklumat tentang rekabentuk papan lukis sedia ada Umumnya terdapat pelbagai jenis papan lukis yang ditawarkan di pasaran.Setiap rekabentuk papan lukis itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Terdapat papan lukis yang spesifikasinya tidak begitu jauh berbeza dengan papan putih yang sering digunakan di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.Apa yang membezakan hanyalah saiz papan lukis tersebut yang lebih kecil dan ditambah dengan hiasan watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak.Papan lukis jenis ini masih lagi menggunakan whiteboard marker dan pemadam(duster) sebagai medium untuk melukis dan memadam hasil lukisan ataupun contengan.Papan lukis jenis ini digunakan dengan cara menggantungnya di dinding. 6
  • 7. Terdapat juga papan lukis yang menggunakan karbon dan magnet.Papan lukis jenis ini hanya menghasilkan lukisan yang berwarna hitam sahaja.Hujung pensel yang diperbuat daripada besi digunakan untuk melukis manakala sebatang rod yang boleh digerakkan digunakan sebagai pemadam.Walaupun cara ini tidak mengotorkan,namun ianya menyebabkan kanak-kanak mudah bosan.Papan lukis jenis ini juga memerlukan kanak-kanak menunduk ataupun berbaring semasa melakukan aktiviti melukis kerana tiada stand disediakan. Terdapat juga papan lukis (papan hitam) yang masih menggunakan kapur sebagai alat melukis. Cara lama ini sudah tentunya mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang dewasa.Penggunaan kapur sememangnya menjejaskan kesihatan terutamanya sistem pernafasan manusia.Ini kerana habuk yang terhasil daripada kapur boleh memasuki hidung dan mulut penggunanya. Ada juga papan lukis yang hanya memerlukan kanak-kanak menggunakan jari mereka untuk melukis.Permainan ini seperti sebuah skrin sentuh yang boleh mnghasilkan sesuatu bentuk mengikut lakaran kanak-kanak.Terdapat tiga pilihan warna yang boleh digunakan iaitu merah, biru dan hitam.Cara ini agak menarik kerana kanak-kanak dapat bermain dengan pelbagai warna dan ianya sangat bersih. Terdapat juga papan lukis yang dilengkapi dengan bahan sokongan pembelajaran yang lain seperti huruf-huruf bermagnet.Bahan sokongan ini juga membantu kanak-kanak belajar sambil bermain.Selain itu bahan-bahan sokongan ini dapat menjana kreativiti mereka. 7
  • 8. 1.6.1 Rekabentuk papan lukis di boleh didapati di pasaran 8
  • 9. BAB 2 LATAR BELAKANG MASALAH 2.1 Mengenalpasti masalah/keperluan Seiring dengan perkembangan teknologi kini,banyak produk di pasaran yang mengalami inovasi.Oleh itu,permainan kanak-kanak juga perlu mengalami inovasi untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul dan menambahbaik fungsi produk tersebut.Ia juga bertujuan untuk memenuhi hasrat Sistem Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi yang berfikiran kreatif,inovatif dan mampu bersaing dengan dunia luar.Menghasilkan sebuahpermainan yang berunsurkan pendidikan amatlah diperlukan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Terdapat permainan papan lukis di pasaran yang telah mempunyai rekabentuk yang terbaik namun ianya masih gagal menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.Kebanyakkan papan lukis yang dijual di pasaran tidak mempunyai stand.Oleh itu,kanak-kanak terpaksa menulis dengan cara membongkok dan ada kalanya perlu meniarap.Cara ini menyebabkan kanak-kanak berasa cepat letih dan akhirnya mereka kehilangan tumpuan.Projek ini cuba untuk mengatasi masalah keletihan yang dialami oleh kanak-kanak dengan merekabentuk sebuah stand yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan penggunanya. Penggunaan marker pen sebagai alat untuk melukis pula sering disalah guna oleh kanak-kanak. Mereka bukan sahaja menggunakan marker pen tersebut untuk melukis pada 9
  • 10. papan putih tetapi mereka juga menconteng tubuh badan sendiri.Ini sudah tentunya menimbulkan kemudaratan kepada kanak-kanak itu sendiri.Selain daripada mendapat tubuh yang comot dan kotor,kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya-bahaya lain khususnya untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan. Hasil daripada kajian yang diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa kanak-kanak dan juga ibu bapa memperlukan sebuah papan lukis yang dapat mengatasi beberapa masalah sepertimana yang dirumuskan didalam jadual di bawah. MASALAH YANG DIHADAPI BILANGAN RESPONDEN / 10 ORANG Letih dan sakit pada bahagian tengkuk 9 Kurang menarik / membosankan 7 Tidak berwarna-warni /hasil lukisan warna hitam 7 Papan lukis yang kecil/tidak puas 6 Jadual : 2.1.1 Rumusan kajian ke atas kanak-kanak MASALAH YANG DIHADAPI BILANGAN RESPONDEN / 10 ORANG Anak-anak mudah jemu 9 Kesukaran penyimpanan 7 Mengotorkan lantai/dinding 8 Tidak tahan lama/mudah rosak 9 Kos membeli whiteboard marker berulang kali 5 Jadual : 2.1.2 Rumusan kajian ke atas ibu bapa 10
  • 11. BAB 3 KRITERIA REKABENTUK 3.1 Kriteria Reka Bentuk Produk Setelah menjalankan kajian dan tinjauan terhadap produk sedia ada,terdapat beberapa kriteria diambil kira dalam proses penghasilan sebuah permainan papan lukis untuk kanak- kanak. a) Kegunaan – produk yang direka ini mempunyai lebih daripada satu fungsi iaitu ianya boleh juga digunakan oleh kanak-kanak sebagai tempat untuk menggantung carta,gambar dan tempat meyandarkan buku. b) Ergonomik – produk ini mempunyai ciri mesra pengguna kerana reka bentuknya yang fleksible,mudah disimpan,boleh dilaraskan dan menggunakan ruang yang minima.Selain itu ia juga boleh diletakkan dimana-mana sahaja. c) Pasaran – produk ini diramalkan dapat diterima oleh masyarakat terutamanya kepada ibu bapa yang ingin menyelesaikan masalah berkaitan produk sebelum ini. d) Nilai – kos pembuatan produk ini adalah rendah kerana menggunakan bahan asas dari kayu dan plastik yang mana ianya tahan lasak dan murah. e) Sasaran – produk yang direka ini amat sesuai untuk kanak-kanak bukan sahaja yang belum bersekolah malahan kanak-kanak di sekolah rendah juga boleh memanfaatkannya f) Persaingan – produk ini dijangka dapat menyaingi produk-produk sedia ada dipasaran malah mungkin menjadi pilihan utama pengguna kerana fungsinya yang lebih efisyen dari produk di pasaran serta mudah untuk dikendalikan. 11
  • 12. g) Permintaan – adalah dijangkakan bahawa produk ini akan mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelanggan kerana ianya mempunyai lebih daripada satu fungsi dan menjanjikan keseronokan kepada kanak-kanak BAB 4 SPESIFIKASI 4.1 Spesifikasi Rekabentuk Sebelum proses menentukan spesifikasi produk permainan papan lukis ini,terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira iaitu: a) Ekonomi • Kos • Masa • Ruang b) Membentuk • Kaedah sesuai • Kesan kaedah yang dipilih c) Sambungan • Bagaimana( menggunakan pateri,rivet,skru,paku,gam dan sebagainya) • Perlu penyambungan • Kekal atau berbentuk sementara d) Pemasangan • Contoh-contoh pemasangan di pasaran 12
  • 13. e) Kekuatan • Bolehkah tahan lama f) Kekemasan • Faktor untuk kemasan • Bahan kemasan paling sesuai • Warna yang menarik g) Keselamatan ● Adakah selamat kepada pengguna semasa digunakan h) Faktor-faktor lain yang perlu SPESIFIKASI REKABENTUK PRODUK MAGIC DRAWING BOARD a) Konsep Rekabentuk produk ini adalah berkonsepkan sebuah papan lukis. b) Reka Bentuk Produk ini mempunyai rekabentuk yang ringkas dan boleh dikendalikan sendiri oleh kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 hingga 12 tahun. c) Fungsi 13
  • 14. Produk ini digunakan untuk melukis,menggantung carta dan gambar serta boleh dijadikan tempat untuk menyandarkan buku terutamanya ketika membaca dan membuat kerja rumah. d) Struktur Rekabentuk ini terdiri daripada sebuah stand dan sebuah kanvas lukis beserta pensel khas. Di belakang papan lukis ini, terdapat permainan huruf-huruf bermagnet dan juga boleh berbunyi. e) Bahan Produk ini menggunakan bahan utamanya iaitu kayu dan papan lapis.Ia juga menggunakan sebatang rod aluminium dan sehelai kanvas khas tahan lasak. f) Pengendalian Pengendalian produk ini sangat mudah dengan menampal kanvas lukis diatasnya. Cara melukis dengan menggunankan sebatang alat lukis yang boleh dimasukkan air. Kad-kad huruf bermagnet dan berbunyi membolehkan kanak-kanak mengenali huruf dengan lebih menarik. g) Kos Harga yang berpatutan dan mampu untuk semua lapisan masyarakat h) Warna Coklat(Warna kayu) untuk stand 14
  • 15. BAB 5 PENYELESAIAN MASALAH 5.1 Penyelesaian masalah 5.1.1 Pembinaan stand khas Bagi mengatasi masalah yang terdapat pada permainan papan lukis(drawing board) sedia ada,rekabentuk produk ini cuba untuk menambah baik struktur rekabentuk sedia ada.Rekabentuk produk ini ditambah dengan penyediaan sebuah stand khas. Stand yang direka ini diharap dapat mengatasi masalah mudah letih yang sering dialami oleh kanak- kanak semasa melakukan aktivi melukis.Membongkok yang terlalu lama sudah tentunya 15
  • 16. membuatkan tengkuk kanak-kanak sakit manakala berbaring pula menyukarkan mereka meluahkan kreativiti mereka. Bagi kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 hingga 12 tahun, stand ini boleh dijadikan tempat untuk meletakkan kertas lukisan mereka semasa melukis sepertimana yang sering dilakukan oleh pelukis-pelukis professional.Cara ini sudah tentunya membantu mereka meluahkan segala kreativiti dan imaginasi mereka dengan selesa dan lebih baik.Mereka juga boleh menggunakan stand tersebut untuk menyandarkan buku semasa membaca ,menaip bahan ataupun semasa membuat kerja sekolah. 5.1.2 Kanvas lukis Penggunaan kanvas khas bagi menggantikan papan putih(whiteboard) pula dapat mengatasi masalah cepat jemu yang dialami terutamanya kepada kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 hingga 4 tahun.Hasil lukisan kanak-kanak ini akan kelihatan berwarna-warni tidak seperti kebanyakkan papan lukis yang dijual dipasaran.Selain itu, pensel khas yang menggunakan dakwat air pula dapat menjimatkan kos.Sekiranya dakwat tersebut habis,kanak-kanak hanya menambahkannya dengan air paip sahaja.Penggunaan dakwat daripada air ini juga dapat mengatasi masalah kanak-kanak yang suka menconteng anggota badan mereka. Kanvas lukis yang boleh dicuci ini sudah tentunya diingini oleh ibu bapa yang sentiasa ingin melihat persekitaran dan permainan anak-anak mereka sentiasa bersih dan selamat.Ibu bapa hanya perlu mencucinya seperti biasa dan menjemurnya di bawah cahaya matahari. 5.1.3 Kad-kad Huruf Kad pembelajaran itu adalah sebagai satu alat atau cara yang efektif untuk meningkatkan daya ingatan para pelajar dalam masa cepat. Siri kad tersebut menggunakan kaedah yang diaplikasi dan disampaikan secara gambar rajah dan dibantu dengan ilustrasi yang berkaitan. Fungsi kad huruf yang berbunyi meningkatkan minat belajar kanak-kanak. 16
  • 17. 5.1.4 Alat Eletronik Yang Boleh Membaca Huruf Abjad . Setelah memasangkan alat elektronik yang boleh menyebut ataupun membaca huruf abjad semasa butang yang ditekan , kanak – kanak akan merasa lebih seronok dengan belajar dan tidak merasa jemu dan bosan.Selain itu , alat elektronik juga boleh mengeluarkan pelbagai jenis muzik supaya kanak – kanak akan merasa kebih suka semasa belajar. BAB 6 KESIMPULAN 6.1 Kesimpulan/Penutup 17
  • 18. Sesungguhnya penghasilan sebuah rekaan untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul bukannya satu usaha yang mudah.Kajian-kajian berkenaan masalah yang diutarakan juga perlu dilakukan.Ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang tepat daripada pengguna tentang masalah yang mereka hadapi.Pengumpulan data dan maklumat secara pemerhatian,temubual,soal selidik,pembacaan,pengalaman serta melayari internet juga sangat diperlukan.Data-data yang diperolehi pula perlu dipersembahkan sama ada dalam bentuk jadual,graf ataupun carta untuk memudahkan pereka menganalisis sebelum membuat rumusan ke atas masalah yang dikaji. Proses penjanaan idea pula bukan satu usaha yang mudah kerana para pereka perlu mendapatkan idea yang terbaik bagi mengatasi masalah yang diutarakan.Proses-proses seperti sumbangsaran,perbincangan dan kritikan terhadap sesuatu idea perlu diadakan.Pereka juga perlu menggunakan pemikiran secara logikan,analitikal, kritikal ataupun pemikiran kreatif bagi menghasilkan penyelesaian yang terbaik.Seterusnya,pereka perlu melakukan proses membanding dan membezakan idea.Selepas menilai segala idea,pereka perlu memilih satu idea yang terbaik untuk dibangunkan.Proses melakar rekabentuk idea yang dipilih juga memerlukan pereka menggunakan kreativiti untuk menghasilkan sebuah lukisan yang dapat menggambarkan produk yang ingin dibangunkan.Sesungguhnya,lukisan yang baik dapat menerangkan dengan jelas spesifikasi produk tersebut.Adalah diharapkan bahawa penghasilan produk Magic Drawing Board ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan menepati spesifikasi yang dirancangkan.Ia juga diharap dapat menyelesaikan masalah terhadap permainan kanak-kanak sepertimana tugasan yang telah diamanahkan. RUJUKAN BIBLIOGRAFI: 1. Hasni bin Rais dan Jamel bin Abd Baser,2006.Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5.Selangor:Cerdik Publication Sdn.Bhd. 18
  • 19. 2. Dzulkifli Awang, Idris Ishak & Mohd Nasir Hussain., Kertas Kerja “Cadangan Kursus Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri”, Universiti Teknologi Malaysia.,1996 RUJUKAN INTERNET: 1. http://www.orangekid.biz/2008 2. http://kakyongibu3a.wordpress.com/2009/05/28/141-menconteng/ 3. http://www.google.com.my/search?q=children+drawing+board 4. http://zulprasekolah.blogspot.com/ LAMPIRAN 1. Blog berkaitan produk 19
  • 20. 141 Menconteng Mei 28, 2009 at 5:30 am | Dikirim dalam my kids, my notes, pendidikan awal anak | 32 Komen Salam kawan-kawan ibu, Hari ini juga kakyong nak beritahu bahawa kakyong akan alihkan sedikit demi sedikit link blogger ke ‘tempat’ baru.. iaitu di kakyong’s bloggerlist. Insya Allah, kakyong akan selesaikan projek tu pada hujung minggu ini. Jadi jangan lah ade yang terkejut tetiba ade link yang hilang dari Catatan Ibu. Plannya hari ni nak post kan entri pasal anakbuah kakyong yang istimewa si Adib Darwisi. Tapi tak sempat lagi nak edit foto-foto adib jadi kakyong bawakan hari ini cerita pasal anak- anakku yang suka menconteng. Ada setengah ibubapa tak galakkan anak-anak menconteng.. menconteng dinding lah terutamanya. Ada juga ibubapa yang mendenda anak-anak yang menconteng. Tapi di rumah daku ini, dinding di hall ni sudah tidak dapat diselamatkan lagi… kesemua bahagian dinding sudah dipenuhi dengan ‘mural’ anak-anak. Sudah beberapa kali tetamu datang dan bertanya ‘kenapa dibiarkan dinding berconteng?’ dan ade juga bertanya ‘Rumah sewa ke ni?‘ dan pelbagai cadangan juga diberi *tanpa ku pinta* ‘Belilah drawing block.’ ‘Beli papan lukis white board tu kan bagus anak-anak melukis kat situ’ Kadang-kadang terasa juga dihati, yer lah macam daku ni tak pandai jaga anak, sampai semua dinding nak diconteng. Tapi bila suami ku pun menggalakkan anak-anak menconteng, jadi daku cuba melihat perkara ini dari sudut positif. Kata suami, ‘tak payah cat rumah, tunggu 3 4 tahun lagi baru cat baru.’ 3 4 tahun lagi, makna waktu itu Aliya pun sudah cukup berakal.. itu pun kalau tak ada ‘adik aliya’.. kalau dapat ‘adik aliya’, maknanya tunggu pulak ‘adik aliya’ sampai umur cukup akal.. Drawing blok? Bukan tidak ku beli, tetapi tetap juga anak-anakku suka menconteng. Denda? Hmm, dari sudut ini, daku fikir kalau mendenda takut akan terbantut pula perkembangan kreatif nya.. lagipun daku kecik-kecik dulu tak pernah menconteng dinding kah…?!! Mungkin sebab rumah opah rumah kayu, dan masa daku banyak dihabiskan di kebun getah & bermain tanah.. mungkin di rumah hanya masa untuk tidur & makan. 20
  • 21. Foto yang ditengah adalah ‘orang lidi’ pertama fikri. Tak macam ruper orang lidi pun.. tak cukup sifat.. tapi bila ditanya, mana kaki tangan, pandai pula fikri baritahu padaku.. Kata ayahnya orang lidi fikri sedang melompat mendepang kaki.. sebab itu kakinya tak lurus… Heheeeehh, ayahnya beriya-iya suruh ibu snapkan foto.. buat kenangan.. yer lah kalo lukisan atas kerja boleh lah difaikan & disimpan.. ini lukisan atas dinding. Nanti bila Anis menconteng, tak nampak dah lukisan orang lidi pertama itu. Sebenarnya fikri sangat teruja untuk memiliki papan lukis seperti si akif anak cik fid punya tu.. punyalah fikri teruja bila melukis si akif melukis sotong… Sekian untuk catatan kali ini. Hajat dihati memang nak menulis meleret-leret lagi.. tapi anak- nak dah tunjuk perasaan. 21
  • 23. 23
  • 24. 24