SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
Bincangkan apakah kesan globalisasi terhadap rakyat Malaysia dan kesannya terhadap
hubungan antara kaum di Malaysia.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi
dan pembangunan adalah istilah yang bergerak seiringan. Hal ini kerana globalisasi adalah
salah satu elemen yang menggalakkan pembangunan dari semua aspek sama ada ekonomi,
komunikasi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Pembangunan berlaku disebabkan
oleh globalisasi dimana berlaku proses transformasi maklumat yang membolehkan
pembangunan kepada sesuatu maklumat berlaku tanpa had dan sempadan.
Walaubagaimanapun semua maklumat yang diperolehi daripada proses globalisasi boleh
mendatangkan kesan positif atau negatif. Ia bergantung kepada sesebuah Negara itu untuk
menerima dan mengasimilasikannya kedalam negara masing-masing.
Cendiakawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang
serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-
galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Kesan tersebut
terdiri daripada kesan positif dan kesan negatif. Salah satu kesan positif yang dapat dilihat
ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga terlibat
dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar
pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan
tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di Malaysia seterusnya
mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing. Namun begitu, terdapat
juga kesan negatif. Salah satu kesan negatif tersebut ialah perceraian serta gejala sosial serta
budaya kuning yang semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan
kes perceraian sejak akhir-akhir ini. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan kurangnya
fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai,
pendidikan agama diketepikan.
Daripada sudut pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama golongan remaja
terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam
berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi manusia hampir
di seluruh dunia. Ramai remaja sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat
serta budaya sebagai orang timur.
Bidang pemakanan juga tidak terlepas daripada arus globalisasi. Terdapat pelbagai
jenis makanan dari Negara luar seperti Mc Donald, Kentucky Fried Chicken, Sushi dan
sebagainya di negara kita pada masa kini. Dengan kewujudan restoran serta francais
makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan yang enak serta tempat yang
selesa yang disediakan pihak restoran walaupun harganya sedikit mahal berbanding restoran
biasa. Kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut boleh menyebabkan
pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa
akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Ramai pengusaha-
pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit yang terpaksa
dihadapi dengan francais makanan dari luar negara.
Kehidupan kita dalam arus pemodenan mutakhir ini tidak terlepas daripada
penggunaan media elektronik dalam kehidupan seharian. Contoh media elektronik adalah
seperti radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai
medium perhubungan serta alat untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa
yang singkat. Kemajuan teknologi dalam media elektronik memang membawa banyak
faedah kepada kita. Melalui media elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber
maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan lain-lain
maklumat. Namun begitu, melalui media elektronik juga ramai remaja yang terpengaruh
dengan gejala serta aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton. Selain itu, melalui media
elektronik juga tersebarnya perkara- perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan,
malahan laman-laman lucah juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak
dibendung bakal mengundang keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber, kejadian
sumbang dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu, antara kesan lain terhadap rakyat Malaysia ialah perubahan cara
hidup dan taraf ekonomi masyarakat meningkat sedikit demi sedikit, selepas kemajuan yang
disebabkan perubahan sistem-sistem politik, ekonomi dan sosial keatas masyarakat. Contoh
yang dapat dilihat dimana negara kita sebelum mencapai kemerdekaaan dan penerimaan
globalisasi secara maksimum berlaku, hanya golongan atasan sahaja yang berupaya memiliki
kehidupan yang mencukupi segalanya. Tetapi, semenjak penerimaan negara kepada
teknologi dari segi industri, pertanian dan perkhidmatan sosial, menjadikan rakyat biasa juga
mampu memiliki kehidupan yang lebih baik. Hingga hari ini, pertambahan ekonomi
masyarakat meningkat dengan melihat kepada pertambahan kereta yang digunapakai oleh
rakyat. Kajian menunjukkan setiap tahun hampir 1 juta kenderaan di beli, menggambarkan
peningkatan sumber dan perolehan ekonomi mereka. Begitu juga keadaannya dengan
infrastruktur yang lain seperti kediaman, perkhidmatan kemudahan asas seperti air, elektrik
dan pengangkutan awam meningkat secara berperingkat-peringkat yang sekaligus
menggambarkan kemakmuran, hasil globalisasi terhadap rakyat dan negara.
Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan
harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur
dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Peristiwa
13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang
melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi.
Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah
perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan
kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah
pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Justeru, langkah-langkah drastik perlu diimplementasikan dalam usaha memperkasakan
hubungan antara kaum di Malaysia.
Penguasaan Barat dibuktikan dengan kemasukan nilai-nilai masyarakat Barat dalam
sistem nilai masyarakat tempatan. Proses globalisasi yang berlaku mendedahkan kita kepada
pelbagai nilai dalam masa yang singkat. Globalisasi memaksa kita melakukan perubahan
cepat untuk mengekalkan kerelevanan sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Hal
ini menyebabkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan
bertentangan dengan sistem nilai-nilai yang sedia ada. Nilai yang dibawa oleh Barat haruslah
dinilai baik buruknya terlebih dahulu sebelum diterima pakai supaya negara kita mampu
untuk membangun dalam acuan sendiri yang mempunyai nilai-nilai positif.
Globalisasi dan Rakyat

Contenu connexe

Tendances

Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanCkg Nizam
 
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)hudhud321
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaNicholas Lidang Mud
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuShahrul Zaini
 
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIACARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIANurZahidah22
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Ilyani Azmi
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 

Tendances (20)

Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
Aktiviti kemasyarakatan
Aktiviti kemasyarakatanAktiviti kemasyarakatan
Aktiviti kemasyarakatan
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
 
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIACARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 

En vedette

Makalah pengaruh globalisasi terhadap budaya
Makalah pengaruh globalisasi terhadap budayaMakalah pengaruh globalisasi terhadap budaya
Makalah pengaruh globalisasi terhadap budayaSeptian Muna Barakati
 
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)PANTHERSpeFITNESS
 
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budayaPengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budayaAnwar Luriohk
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7DORAEMONLINA
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasisejarahkkb
 
Isu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIA
Isu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIAIsu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIA
Isu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIAEn Sya
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negaramursyidee
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)sblm1053uum
 
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARAISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARAdka1a2015
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 

En vedette (19)

GLOBALISASI
GLOBALISASIGLOBALISASI
GLOBALISASI
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasi
 
1
11
1
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap budaya
Makalah pengaruh globalisasi terhadap budayaMakalah pengaruh globalisasi terhadap budaya
Makalah pengaruh globalisasi terhadap budaya
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
 
GLOBALISASI
GLOBALISASIGLOBALISASI
GLOBALISASI
 
Isu keganasan antarabangsa
Isu keganasan antarabangsaIsu keganasan antarabangsa
Isu keganasan antarabangsa
 
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budayaPengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
 
Isu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIA
Isu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIAIsu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIA
Isu isu keprihatinan negara PENGAJIAN MALAYSIA
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negara
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)
 
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARAISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
TITAS USM
TITAS USMTITAS USM
TITAS USM
 

Similaire à Globalisasi dan Rakyat

359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdf
359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdf359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdf
359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdfMaszuzaSyahlevi1
 
Globalisasi dan Modernisasi
Globalisasi dan ModernisasiGlobalisasi dan Modernisasi
Globalisasi dan ModernisasiRizky Erliyandi
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasifitri norlida
 
Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)
Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)
Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)Sigit Dwi Juliarto
 
3._GLOBALISASI.ppt
3._GLOBALISASI.ppt3._GLOBALISASI.ppt
3._GLOBALISASI.pptDIKLATBRIMOB
 
Pengaruh Globalisasi di Indonesia
Pengaruh Globalisasi di Indonesia Pengaruh Globalisasi di Indonesia
Pengaruh Globalisasi di Indonesia Siti Hardiyanti
 
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomiMakalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomiOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomiMakalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomiSeptian Muna Barakati
 

Similaire à Globalisasi dan Rakyat (20)

Pkn globalisasi
Pkn  globalisasiPkn  globalisasi
Pkn globalisasi
 
359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdf
359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdf359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdf
359242520-MAKALAH-GLOBALISASI-EKONOMI.pdf
 
Globalisasi dan Modernisasi
Globalisasi dan ModernisasiGlobalisasi dan Modernisasi
Globalisasi dan Modernisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
 
Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)
Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)
Power Point PKN GLOBALISASI kelas 12 SMA (with Hyperlink)
 
Pkn rama globalisasi
Pkn rama globalisasiPkn rama globalisasi
Pkn rama globalisasi
 
Kb 1 modul 1
Kb 1 modul 1Kb 1 modul 1
Kb 1 modul 1
 
Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3
 
Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3
 
3._GLOBALISASI.ppt
3._GLOBALISASI.ppt3._GLOBALISASI.ppt
3._GLOBALISASI.ppt
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Pengaruh Globalisasi di Indonesia
Pengaruh Globalisasi di Indonesia Pengaruh Globalisasi di Indonesia
Pengaruh Globalisasi di Indonesia
 
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomiMakalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
 
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomiMakalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
Makalah pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Artikel globalisasi
Artikel globalisasiArtikel globalisasi
Artikel globalisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 

Globalisasi dan Rakyat

  • 1. Bincangkan apakah kesan globalisasi terhadap rakyat Malaysia dan kesannya terhadap hubungan antara kaum di Malaysia. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi dan pembangunan adalah istilah yang bergerak seiringan. Hal ini kerana globalisasi adalah salah satu elemen yang menggalakkan pembangunan dari semua aspek sama ada ekonomi, komunikasi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Pembangunan berlaku disebabkan oleh globalisasi dimana berlaku proses transformasi maklumat yang membolehkan pembangunan kepada sesuatu maklumat berlaku tanpa had dan sempadan. Walaubagaimanapun semua maklumat yang diperolehi daripada proses globalisasi boleh mendatangkan kesan positif atau negatif. Ia bergantung kepada sesebuah Negara itu untuk menerima dan mengasimilasikannya kedalam negara masing-masing. Cendiakawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala- galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Kesan tersebut terdiri daripada kesan positif dan kesan negatif. Salah satu kesan positif yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di Malaysia seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif. Salah satu kesan negatif tersebut ialah perceraian serta gejala sosial serta budaya kuning yang semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhir-akhir ini. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai, pendidikan agama diketepikan.
  • 2. Daripada sudut pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama golongan remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi manusia hampir di seluruh dunia. Ramai remaja sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat serta budaya sebagai orang timur. Bidang pemakanan juga tidak terlepas daripada arus globalisasi. Terdapat pelbagai jenis makanan dari Negara luar seperti Mc Donald, Kentucky Fried Chicken, Sushi dan sebagainya di negara kita pada masa kini. Dengan kewujudan restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan yang enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak restoran walaupun harganya sedikit mahal berbanding restoran biasa. Kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut boleh menyebabkan pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Ramai pengusaha- pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara. Kehidupan kita dalam arus pemodenan mutakhir ini tidak terlepas daripada penggunaan media elektronik dalam kehidupan seharian. Contoh media elektronik adalah seperti radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai medium perhubungan serta alat untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa yang singkat. Kemajuan teknologi dalam media elektronik memang membawa banyak faedah kepada kita. Melalui media elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan lain-lain maklumat. Namun begitu, melalui media elektronik juga ramai remaja yang terpengaruh dengan gejala serta aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton. Selain itu, melalui media elektronik juga tersebarnya perkara- perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan, malahan laman-laman lucah juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak dibendung bakal mengundang keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber, kejadian sumbang dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, antara kesan lain terhadap rakyat Malaysia ialah perubahan cara hidup dan taraf ekonomi masyarakat meningkat sedikit demi sedikit, selepas kemajuan yang
  • 3. disebabkan perubahan sistem-sistem politik, ekonomi dan sosial keatas masyarakat. Contoh yang dapat dilihat dimana negara kita sebelum mencapai kemerdekaaan dan penerimaan globalisasi secara maksimum berlaku, hanya golongan atasan sahaja yang berupaya memiliki kehidupan yang mencukupi segalanya. Tetapi, semenjak penerimaan negara kepada teknologi dari segi industri, pertanian dan perkhidmatan sosial, menjadikan rakyat biasa juga mampu memiliki kehidupan yang lebih baik. Hingga hari ini, pertambahan ekonomi masyarakat meningkat dengan melihat kepada pertambahan kereta yang digunapakai oleh rakyat. Kajian menunjukkan setiap tahun hampir 1 juta kenderaan di beli, menggambarkan peningkatan sumber dan perolehan ekonomi mereka. Begitu juga keadaannya dengan infrastruktur yang lain seperti kediaman, perkhidmatan kemudahan asas seperti air, elektrik dan pengangkutan awam meningkat secara berperingkat-peringkat yang sekaligus menggambarkan kemakmuran, hasil globalisasi terhadap rakyat dan negara. Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, langkah-langkah drastik perlu diimplementasikan dalam usaha memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Penguasaan Barat dibuktikan dengan kemasukan nilai-nilai masyarakat Barat dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Proses globalisasi yang berlaku mendedahkan kita kepada pelbagai nilai dalam masa yang singkat. Globalisasi memaksa kita melakukan perubahan cepat untuk mengekalkan kerelevanan sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Hal ini menyebabkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai-nilai yang sedia ada. Nilai yang dibawa oleh Barat haruslah dinilai baik buruknya terlebih dahulu sebelum diterima pakai supaya negara kita mampu untuk membangun dalam acuan sendiri yang mempunyai nilai-nilai positif.