SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  39
Télécharger pour lire hors ligne
1       CERITA


                                         Bahagian B
                               [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                         [30 markah]


Kamu dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual di taman permainan. Tiba-tiba kamu terdengar
suara seorang kanak-kanak menangis kerana terjatuh dari buaian.
Ceritakan bagaimana kamu dan rakan-rakan kamu membantu kanak-kanak tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


  membantu              mencuci              berasa             mengelap             meluru

   menahan              sampai              terjatuh                sedang           melihat




                                   MALANG TIDAK BERBAU

        Pada petang kelmarin, aku dan beberapa orang rakan …(1)… berbual-bual di taman
  permainan yang tidak jauh dengan rumah kami. Bencana tsunami menjadi topik perbualan kami
  pada petang itu.
           Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis. Kami
  ...(2)... ke arah tersebut. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak ...(3)... dari buaian. Mukanya
  tersembam ke atas tanah.
        Aku meminta Wai Hoe mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Hal ini demikian kerana
  aku dan Thomas terpaksa mengangkat kanak-kanak itu ke sebuah pondok. Aku ...(4)... mukanya
  yang bertanah itu dengan sapu tanganku. Thomas pula ...(5)... darah pada lutut kakinya.
       Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu pun muncul. Aku menceritakan kepadanya apa
  yang telah berlaku. Wanita itu kelihatan cemas ...(6)... keadaan anaknya. Dia berkali-kali
  mengucapkan terima kasih kepada kami kerana ...(7)... anaknya.
        Kami menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya. Setelah ...(8)... di rumahnya, kami
  membantu ibunya mencuci luka-luka kecil di bahagian muka, tangan, dan kaki kanak-kanak itu.
  Rohaizat tersengih-sengih ...(9)... kepedihan akibat disapu ubat di bahagian luka tersebut.
        Sebelum kami beredar dari rumah Rohaizat, ibunya menjamu kami dengan cempedak
  goreng dan air oren. Kami ...(10)... gembira kerana dapat menolong anak jiran kami yang dalam
  kesusahan. Rohaizat pula tersenyum seraya mengucapkan terima kasih kepada kami.
2          CERITA


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh
di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     lelaki                kecil               peralatan            menahan               barang

   mengutip            menghidangi              pondok            mempelawa               pulang



                               SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN

         Saya dan kawan-kawan saya menuju ke …(1)… perhentian bas. Kami bercadang hendak
  pergi ke bandar Sitiawan, Manjong. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan
  sekolah dan buku rujukan UPSR.
         Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang …(2)… tua. Dengan tidak semena-
  mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua …(3)… yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.
         Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan
  raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik
  kerana mengalami luka ...(5)... sahaja.
        Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya.
  Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
          Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah.
  Dia ...(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima
  kasih atas pertolongan saya kepadanya.
        Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku-buku rujukan tidak
  kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam
  kesusahan. Saya melangkah dengan hati yang gembira.
3        CERITA


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah,
salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.
Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


mencadangkan             selamat              terselamat           meletakkan           bersendirian

   berkelah              bergegas              seorang              mengikut              gembira



                                 HAMPIR MENGUNDANG PADAH

        Pada hari minggu yang lalu, aku, Selvam, dan Tee Khai pergi ...(1)... di Hutan Lipur Lata
  Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak Darul Ridzuan. Kami
  membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.
         Setelah sampai di destinasi, kami ...(2)... barang-barang di sebuah pondok yang
  disediakan. Kami mandi-manda dengan ...(3)... sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang
  yang mandi.
         Selvam ...(4)... kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu, ada papan
  tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Selvam dan Tee Khai tidak memperdulikannya.
  Aku tidak mahu ...(5)... mereka ke tempat tersebut.
        Aku ...(6)... mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam dan arusnya juga tidak berapa
  deras. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat
  yang tohor ini lebih ...(7)... kerana aku tidak pandai berenang.
         Tiba-tiba, aku terdengar suara Selvam menjerit meminta tolong. Aku ...(8)... ke arahnya,
  aku lihat Selvam sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada ...(9)... pemuda di situ, dia
  segera bertindak untuk menyelamatkan Selvam.
        Selvam berasa amat bersyukur kerana ...(10)... daripada lemas di dalam sunagai itu. Dia
  tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan
  sesuatu... detik hati kecilku.
4       SITUASI ATAU KEPERIHALAN


                                          Bahagian B
                                [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                          [30 markah]


Kamu telah menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke tempat-tempat bersejarah yang dianjurkan
oleh pihak sekolah kamu semasa cuti pertengahan tahun yang lalu.
Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai program Lawatan Sambil Belajar itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    peluang              makam              menikmati             berjalan            mengubati

   menjamu               melihat            berangkat                tentera            sejarah




        PENGALAMAN SEMASA MENYERTAI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

       Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati.
  Semasa aktiviti lawatan ini, kita banyak memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata
  pepatah, banyak ...(1)... luas pengalaman.
       Pada cuti pertengahan tahun yang baru lalu, saya berpeluang melawat ke negeri Melaka.
  Tujuan lawatan adalah untuk …(2)… kesan-kesan peninggalan sejarah penjajah di kota itu. Para
  pelancong juga masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan …(3)… tersebut.
         Semasa saya berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan ...(4)... untuk
  melawat kota “A Farmosa”. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah
  dijadikan kubu pertahanan ...(5)... Portugis ketika itu.
       Selepas makan tengah hari, saya melawat ...(6)... pahlawan-pahlawan Melaka, antaranya
  adalah makan Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat Perigi Hang Tuah. Mengikut cerita
  dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat ...(7)... pelbagai jenis penyakit.
        Pada sebelah malamnya, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk …(8)… keenakan
  ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di kota penuh sejarah ini.
  Semasa saya berada di sini, banyak pelancong asing yang turut menikmati keindahan malam di
  Melaka sambil ...(9)... selera.
       Kira-kira pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan ...(10)... pulang. Banyak
  pengalaman dan pengetahuan yang saya telah peroleh. Saya juga sedar bertapa pentingnya
  menjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda akan datang.
5         SITUASI ATAU KEPERIHALAN


                                              Bahagian B
                                    [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                              [30 markah]


Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong
membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya.
Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   kumpulan                 sibuk              berkumpul                 kerja                bersatu

     ikatan                 balai               kelihatan             sempena                menjayakan



                          PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA

        Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk
  kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... Sambutan
  Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
         Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah ...(2)... di
  luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti
  gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis.
         Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan
  kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan
  termasuklah taman permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya.
         Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di
  perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)...
  hati menjayakan program gotong-royong ini.
         Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas
  telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun
  mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah.
          Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)...
  silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan.
  Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.
6         SITUASI ATAU KEPERIHALAN


                                            Bahagian B
                                  [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                            [30 markah]


Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat daerah.
Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai pertandingan tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     tekad             menemani                terlupa            penonton              pentas

    debaran              lancar               mewakili                 gugup            berasa



              PENGALAMAN SEMASA MENYERTAI PERTANDINGAN BERCERITA

       Saya berasa gembira kerana terpilih untuk ...(1)... sekolah dalam pertandingan Bercerita
  Bahasa Melayu peringkat daerah. Setiap hari saya berlatih dengan bersungguh-sungguh. Cikgu,
  kawan-kawan, dan ibu bapa saya memberi perangsang kepada saya.
       Pada hari pertandingan, saya …(2)… gementar. Tambahan pula, inilah kali pertama saya
  menyertai pertandingan bercerita. Cikgu Jamaliah, guru yang …(3)… saya sentiasa memberikan
  perangsang dan semangat.
        Semasa saya naik ke atas ...(4)... untuk menyampaikan cerita tersebut, saya berasa gugup.
  Hal ini demikian kerana saya terpaksa berhadapan dengan ...(5)... yang banyak. Ratusan mata
  bertumpu kepada saya. Bukan mudah untuk bercakap di khalayak ramai.
        Namun begitu, saya menguatkan ...(6)... dan semangat. Berbekalkan kata-kata perangsang
  daripada Cikgu Jamaliah, akhirnya saya dapat menghilangkan perasaan ...(7)... dan darah
  gemuruh itu. Saya berjaya mengawal perasaan saya sendiri.
        Dalam pada itu, saya dapat menyampaikan isi cerita saya dengan ...(8)... dan bertenaga.
  Walaupun ada kalanya saya ...(9)... akan fakta-faktanya, namun kelemahan itu dapat diatasi juga.
       Setelah selesai pertandingan, semua peserta berdebar-debar menanti keputusan. Masa
  yang kami tunggu-tunggu telah tiba, ...(10)... makin memuncak. Apabila nama saya diumumkan
  sebagai johan, saya terpaku kerana tidak menyangka saya akan memenangi pertandingan itu.
7          FAKTA


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur,
tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bincangkan kebaikan yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


  kemudahan              terjebak               cergas            membentuk              semangat

     harian              kegiatan              diingini              penting               lemah



                               BERSUKAN MENJAMIN KESIHATAN

        Bersukan merupakan satu daripada kegiatan yang ...(1)... dalam kehidupan kita. Badan
  yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan
  mudah dihinggapi oleh pelbagai penyakit.
        Bersukan ada beraneka jenis. Antara ...(2)... sukan ialah olahraga, renang, bola jaring, bola
  sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi ...(3)...
  dan kuat dengan bersukan.
           Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak ...(4)... telah tersedia. Hal ini
  mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Tabiat ini tidak baik. Sikap ini akan memudaratkan
  diri kita. Badan kita akan menjadi ...(5)... dan mudah terkena penyakit.
        Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat ...(6)... sifat-sifat yang mulia seperti sabar,
  bekerjasama, bertolak ansur, dan ...(7)... ingin berjaya. Malah, dengan bersukan juga dapat
  mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.
         Selain membentuk sikap mulia, sukan juga dapat menghindarkan diri daripada ...(8)...
  dalam gejala yang tidak ...(9)... seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial
  seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya muda-mudi.
       Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti ...(10)... kita.
  Dengan bersukan, kita memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan sihat otak cerdas.
8         FAKTA


                                          Bahagian B
                                [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                          [30 markah]


Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    diasuh              diperoleh         dimanfaatkan            khazanah            meneroka

     ruang              rujukan               selesa                 proses              bantu



                                  PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU

        Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam
  membantu melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul
  pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah.
         Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku-
  buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber
  kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.
         Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu
  daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga
  murid-murid ...(5)... berkomunikasi lisan secara ilmiah.
         Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu
  ini boleh ...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat
  membantu menarik minat murid-murid untuk ...(7)... ilmu.
        Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi
  mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad
  imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber.
         Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu
  didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah
  pusat sumber sebagai sahabat setia anda.
9        FAKTA


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
berkebun. Tuliskan faedah-faedah berkebun.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   melepak              menambah             pengalaman            menampung                aktiviti

 menyihatkan             diperoleh             kebaikan            dibahagikan           melakukan



                                   FAEDAH-FAEDAH BERKEBUN

        Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah
  berkebun. Berkebun pula boleh ...(1)... kepada beberapa kategori. Antaranya ialah berkebun
  sayur-sayuran atau berkebun bunga.
        Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh ...(2)...
  badan. Semasa menjalankan ...(3)... berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini baik untuk
  kesihatan mental dan fizikal.
        Di samping itu, berkebun dapat menghindarkan kita daripada ...(4)... perkara yang tidak
  berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti ...(5)..., berpeleseran, dan aktiviti yang kurang sihat.
  Masa senggang kita tidak terbuang begitu sahaja.
        Pengetahuan dan ...(6)... kita akan bertambah dengan berkebun. Kita dapat mengetahui
  pelbagai teknik dalam bidang pertanian. Ini boleh ...(7)... melalui kerja-kerja membuat batas,
  menabur baja, dan menanam anak benih.
        Selain itu, berkebun juga boleh ...(8)... ekonomi kita. Apabila tanaman kita mengeluarkan
  hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk …(9)…
  perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya.
          Sebagai kesimpulan, berkebun memang mendatangkan banyak ...(10)... kepada kita. Oleh
  itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah.
10        PERIBAHASA (BENTUK CERITA)


                                          Bahagian B
                                [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                          [30 markah]


Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa ‘Bagai Aur dengan Tebing’.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.


     berat            berbincang             impian             keyakinan          menghadapi

  menafikan             dikongsi             amalan                  cerdas          kerumitan



                                   BAGAI AUR DENGAN TEBING

        Peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ bermaksud saling menolong antara satu dengan
  yang lain. Peribahasa ini boleh dijadikan ...(1)... dalam kehidupan seharian. Amalan tolong-
  menolong ini juga dapat mewujudkan suasana muhibah dalam masyarakat.
         Jika kita berpegang dan mengamalkan peribahasa ini, sebarang masalah dan ...(2)... yang
  timbul dapat diselesaikan dengan mudah. Kerja yang ...(3)... akan menjadi ringan, perkara yang
  susah akan menjadi mudah. Impian akan menjadi kenyataan.
         Dua orang sahabat tinggal di sebuah taman perumahan. Persahabatan mereka begitu
  intim, segala masalah dalam pelajaran ...(4)... bersama. Kedua-duanya tidak kedekut ilmu.
  Mereka saling membantu jika menghadapi masalah. Gembira sama gembira, enak sama dirasa.
  Berjaya adalah ...(5)... mereka.
         Mereka sering menghabiskan masa dengan ...(6)... dan mengulang kaji pelajaran.
  Walaupun kedua-duanya ulat buku tetapi mereka juga gemar bermain badminton. Kesihatan amat
  perlu kerana minda yang ...(7)... datangnya dari badan yang cergas.
         Persediaan dua orang sahabat ini bagi ...(8)... UPSR sudah cukup mantap. Semasa
  menduduki perepiksaan, mereka menjawab semua soalan dengan tenang dan penuh ...(9)....
  Apabila keputusan UPSR diumumkan, kedua-duanya telah berjaya dengan cemerlang. Mereka
  berjaya memperoleh 5A.
         Kesimpulannya, peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ telah membuktikan kepada kita
  bahawa konsep kerjasama telah membuahkan kejayaan. Kita juga tidak dapat ...(10)... bahawa
  peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan dan
  seharusnya dijadikan ikutan.
11         PERIBAHASA (BENTUK CERITA)


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Tuliskan suatu karangan cerita berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian
Tidak Berguna”.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    belajar              menjadi             menyuntik                 bijak               video

    berasa               dicipta               perahu                 berfikir          menyesal



               SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

        Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
  Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa
  juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.
         Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal
  kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu,
  kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika
  berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian.
          Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap
  hari, dia bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat
  menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat.
        Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal
  kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi
  sudah ...(7)... bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
        Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
  berguna”. Kita mesti berhati-hati dan …(8)… terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak
  …(9)… boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya.
       Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”
  mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)...
  membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia.
12       PERIBAHASA (BENTUK CERITA)


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa “Di mana Ada Kemahuan, Di situ Ada Jalan”..


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   berusaha             meneroka              disingkir               ikhtiar           sinonim

 bersemangat            dilakukan            berusaha              landasan           memastikan



                         DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

        “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” peribahasa ini bermaksud, jika kita mahu
  melakukan sesuatu, walau bagaimana sukar sekalipun pekerjaan itu, kita tetap ...(1)... untuk
  melaksanakannya.
        Peribahasa ini ...(2)... dengan peribahasa “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”.
  Contohnya, jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya untuk
  mendapatkannya. Bukan setakat berusaha tetapi ...(3)... kejayaan menjadi miliknya.
        Begitu juga halnya jika seseorang murid itu gagal dalam peperiksaan. Dia mesti …(4)…
  dengan lebih gigih dan tabah. Kegigihan dan ketabahan usahanya itulah yang akan menjanjikan
  kejayaan buat dirinya. Sepatutnya kegagalan itu dijadikan ...(5)... dan motivasi bagi mencipta
  kejayaan pada masa hadapan.
        Sebenarnya, kepayahan dan kegagalan masa lalu juga dapat dijadikan penggerak untuk
  …(6)… puncak kejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa. Usaha dan …(7)…
  yang maksimum tentunya dapat merealitikan fantasi.
        Sehubungan dengan itu, seseorang yang benar-benar mahu menebus sesuatu kegagalan,
  akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Jika dia kurang ...(8)..., maka berbagai-bagai alasan
  akan diberikan. Untuk berjaya, segala alasan mesti ...(9)..., usaha dan ikhtiar perlu diteruskan.
        Kesimpulannya, peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” mampu
  mengingatkan kita bahawa sesuatu pekerjaan yang sukar akan berhasil jika ...(10)... dengan
  bersungguh-sungguh. Usaha yang gigih, pasti menjanjikan kejayaan.
13        SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


                                          Bahagian B
                                [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                          [30 markah]


Pada cuti penggal yang lalu, anda berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di Cameron
Highlands. Anda ingin menceritakan pengalaman percutian anda itu kepada salah seorang rakan anda.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menceritakan percutian anda itu kepadanya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.


   gembira              percutian            melawat             bungkus                  menarik

    berada              berjumpa             diingati                berasa           menyambut



                      PENGALAMAN BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS

                                                                        No. 36, Jalan Bunga Raya,
                                                                        Taman Intan Emas,
                                                                        43300 Balakong,
                                                                        Selangor Darul Ehsan.
                                                                        7 Januari 2006.
        Ke hadapan sahabatku Norhamdan yang ...(1)... selalu, semoga saudara sekeluarga
  berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.
  Saudara,
        Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat ...(2)... Tahun Baru 2006. Apa azam
  saudara pada tahun ini? Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman ...(3)...
  saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.
         Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa …(4)… di sana,
  saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang …(5)… ladang teh, Taman
  Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, ladang limau, ladang bunga, kebun sayur-sayuran dan
  Hutan Lipur Tanah Rata.
        Tempat yang paling ...(6)... hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ saya berpeluang
  memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberap …(7)… buah strawberi untuk
  dibawa pulang.
         Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Highlands sejuk. Saya …(8)… seolah-olah saya berada di
  luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu ...(9)... dapat bercuti di sana.
         Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia
  kita agar dapat ...(10)... lagi. Sekian, terima kasih.


                                                                               Saya yang benar,
                                                                              Shahidan Firdaus
14        SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita
kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   kejayaan             membaca                 sedih              sempena                bidang

    kagum               berazam              diselitkan               salam               diingati



                            SURAT MENYATAKAN UCAPAN TAHNIAH

                                                                          No. 5, Jalan Budi 1,
                                                                          25/21A, Taman Sri Muda,
                                                                          46000 Shah Alam,
                                                                          Selangor Darul Ehsan.
                                                                          12 Januari 2006.

        Menemui sahabatku Alia Farhana yang ...(1)... selalu, semoga saudari berada dalam
  keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.
  Saudari,
         Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas ...(2)... cemerlang saudari
  memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat
  kebangsaan ...(3)... sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya mengetahui berita ini melalui akhbar
  Berita Harian.
        Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah …(4)… esei saudari
  dalam majalah Mekar. Esei itu sungguh menarik dan mencuit hati. Jalan ceritanya ada …(5)…
  babak humor dan saspens.
        Sesungguhnya, saya ...(6)... akan hasil penulisan saudari yang bertajuk “Tekal Menempuh
  Hidup”. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang ...(7)... dan menyayat hati.
           Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam …(8)… penulisan ini. Saya
  ...(9)... untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.
        Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan ...(10)... saya kepada keluarga saudari.


                                                                                Saya yang benar,
                                                                              NurliyanaHusna
15      SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


                                            Bahagian B
                                  [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                            [30 markah]


Kawan telah menerima hadiah daripada seorang kawan kamu yang telah berpindah sekolah. Hadiah
itu adalah sempena ulang tahun kelahiran kamu baru-baru ini.
Tulis sepucuk surat untuk menyatakan terima kasih kamu kepadanya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    menulis               kekal               menjalin             setahun               tatapan

   menerima              menarik               tercatat                tatkala           semoga



                         SURAT MENYATAKAN UCAPAN TERIMA KASIH

                                                                          105A, Taman Permai Jaya,
                                                                          36000 Teluk Intan,
                                                                          Perak Darul Ridzuan.
                                                                          14 MAC 2006.

       Ke hadapan sahabatku Hazirah yang berada di Taman Medan, Petaling Jaya. Apa khabar
 saudari sekarang? Saya dan seisi keluarga di sini, sihat-sihat sahaja. Harapan saya, ...(1)...
 saudari juga dalam situasi yang menggembirakan.
       Tujuan saya ...(2)... surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada saudari
 kerana hadiah yang saudari kirimkan tempoh hari. Saya berasa amat gembira ...(3)... hadiah
 tersebut.
       Saudari masih ingat akan tarikh lahir saya walaupun sudah hampir …(4)… kita berpisah.
 Saya juga berdoa semoga persahabatan kita akan …(5)… untuk selama-lamanya. Bak kata
 pepatah, “biar jauh di mata tetapi dekat di hati”.
         Novel yang saudari hadiahkan itu sangat …(6)… ceritanya. Jalan ceritanya pula ada
 diselitkan unsur saspens, humor, seram, dan sedih. Saya sungguh terhibur ...(7)... meniti baris-
 baris ayat dalam novel itu. Apabila saya berada di babak-babak lucu, saya ketawa sendirian.
       Cogan kata “Kenang Daku Dalam Doamu” yang ...(8)... pada buku novel tersebut sungguh
 dalam pengertiannya. Saya akan jadikan cogan kata itu sebagai mutiara kata yang akan ...(9)...
 persahabatan kita hingga ke akhir hayat. Semoga persahabatan ini akan berkekalan.
       Setakat ini dahulu yang dapat saya coretkan buat ...(10)... saudari. Akhir kata, sambutlah
 salam mesra untuk saudari sekeluarga di sana.
 Sekian, terima kasih.



                                                                                  Saya yang ikhlas,

                                                                                   Nur Fadhilah
16         SURAT KIRIMAN RASMI


Kawasan tempat tinggal anda sering mengalami gangguan bekalan air. Anda sebagai pengguna
berasa kurang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Anda hendak membuat aduan tentang
masalah tersebut. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah
gangguan bekalan air itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    berlaku              ucapkan              gangguan               bimbang               aktiviti

  mengatasi               sering               berharap               rendah              puncak



                            SURAT GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH

  305, Blok Persiaran Damai,
  Jalan Cenderawasih 6/8A,
  Kota Damansara,
  47810 Petaling Jaya.

  Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor,
  Cawangan Petaling Jaya,
  Jalan Tuanku Abdul Rahman,
  46050 Petaling Jaya.                                                               5 Januari 2006.

  Tuan,

  Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana

  Saya mewakili penduduk pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat pengaduan
  tentang masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang rendah sering ...(1)... di
  kawasan kediaman kami sejak akhir-akhir ini.
  2.    Masalah ketiadaan bekalan air bersih ...(2)... berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu.
  Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan ...(3)...
  seharian seperti mandi, membasuh, dan memasak.
  3.     Tekanan air yang sangat ...(4)... juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini
  sukar untuk mendapatkan air. Air yang mengalir terlalu kecil dan sangat sedikit. Pada masa-masa
  tertentu air langsung tidak mengalir, terutamanya ketika air digunakan secara ...(5)... waktu pagi.
  4.      Selain itu, setiap kali selepas berlakunya ...(6)... bekalan air, kami mendapati bahawa air
  yang disalurkan tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru itu, kami berasa ...(7)... penggunaan
  air tersebut akan menjejaskan kesihatan penduduk di sini.
  5.    Sehubungan dengan itu, kami ...(8)... agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang
  sewajarnya untuk ...(9)... masalah ini. Kami berharap agar masalah ini akan segera berakhir.
  Atas kerjasama daripada pihak tuan, kami ...(10)... terima kasih. Sekian.


  Saya yang benar,
  Samsuri Kamaruddin
  (SHAMSURI BIN KAMARUDDIN)
  Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana,
  Kota Damansara, Petaling Jaya.
17          SURAT KIRIMAN RASMI


Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu
dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


       sejak              suasana               segala               ucapan               cuaca

       aduan              tindakan              segera              keadaan               lampu



                          SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS

  Ketua Kelas.
  Tahun Enam Bestari,
  SK Sungai Tungku,
  36000 TELUK INTAN.

  Guru Besar,
  SK Sungai Tungku,
  36000 TELUK INTAN.                                                               14 Januari 2006.

  Tuan,

  ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS

  Dengan ...(1)... hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
  2.    Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu …(2)…. Aduan
  saya ialah tentang kerosakan …(3)… dan kipas angin di kelas kami.
  3.   Untuk pengetahuan tuan, kerosakan ini berlaku ...(4)... awal tahun. Perkara ini telah
  menimbulkan ...(5)... kelas yang kurang selesa. Perkara ini amat dirasai pada awal pagi dan pada
  waktu tengah hari.
  4.    Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika …(6)… mendung. Kipas angin yang
  tidak berfungsi pula menyebabkan …(7)… dan iklim di dalam kelas yang kurang selesa.
  Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar.
  5.    Harapan saya agak pihak sekolah dapat mengambil ...(8)... yang sewajarnya. Semoga
  kesulitan yang kami alami, akan ...(9)... berakhir.
  Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ...(10)... terima kasih. Sekian.


  Saya yang benar,
               Rizalman
  (RIZALMAN BIN KHUSAIRI)
  Ketua Kelas,
  Tahun Enam Bestari.
18            SURAT KIRIMAN RASMI


Pasukan lari berganti-ganti sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di sebuah sekolah.
Sebagai Setiausaha Persatuan Olahraga, tulis sepucuk surat untuk menyatakan persetujuan menyertai
acara tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   menerima               pasukan             temasya            ucapkan              mampu

       perkara            lumba              menyertai         bertanding           kejohanan



                  SURAT PERSETUJUAN MENYERTAI ACARA LARI BERGANTI-GANTI

  Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor,
  36800 Kampong Gajah,
  PERAK DARUL RIDZUAN.

  Guru Besar,
  Sekolah Kebangsaan Changkat Lada,
  36800 KAMPONG GAJAH.
                                                                              21 Februari 2006.

  Tuan,

  Persetujuan Menyertai Acara Lari Berganti-ganti Antara Sekolah

  Dengan segala hormatnya, saya merujuk ...(1)... di atas.
  2.    Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya …(2)…
  atas undangan untuk …(3)… Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-21 pada tahun ini.
  3.    Sehubungan dengan itu, kami dengan rasa besar hati ...(4)... undangan tersebut. Kami
  akan menyertai ...(5)... olahraga pada 24 Februari 2005 itu nanti.
  4.       Sekolah kami akan diwakili oleh dua ...(6)... bawah umur 12 tahun. Kami juga akan
  menghantar pasukan bagi kategori lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan tersebut akan
  ...(7)... dalam acara 4 x 100 meter ...(8)... lari berganti-ganti.
  5.     Kami berharap agar penyertaan pasukan kami dapat memeriahkan ...(9)... sukan sekolah
  tuan. Justeru, diharapkan kejohanan ini …(10)… melahirkan bakat-bakat baharu yang berpotensi.

  Sekian, terima kasih.


  Saya yang menjalankan tugas,
       Aiman Shamsuddin
  (AIMAN BIN SHAMSUDDIN)
  Setiausaha Persatuan Olahraga,
  Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor.
19      CATATAN


                                          Bahagian B
                                [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                          [30 markah]


Kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan beberapa
peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


  menjadikan           pengantin              paluan            perjalanan            kelihatan

   disambut             kenduri             hidangan           membekalkan           membantu



                 CATATAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KENDURI KAHWIN

  SABTU, 28 JANUARI 2006

  6.00 pagi
  Saya bangun lebih awal kerana hendak pergi ke Taman Medan, Petaling Jaya. Pada hari ini, pak
  long saya akan melangsungkan …(1)... perkahwinan anak perempuan sulungnya. Selepas mandi
  dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak ke destinasi.
  7.30 pagi
  Tepat pada pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke Petaling Jaya. Cuaca cerah pada pagi itu. Keadaan
  jalan raya yang kurang sibuk ...(2)... perjalanan ke rumah pak cik menyeronokkan. Sepanjang
  ...(3)... kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sebak Bernam, Tanjung Karang,
  Kuala Selangor dan Meru.
  11.00 pagi
  Kami tiba di Taman Medan. Kami …(4)… oleh Pak Cik Hamdan dengan penuh kegembiraan.
  Kami berbual-bual dengan Pak Cik Hamdan dan Mak Cik Halimah. Kemudian, kami ke bilik
  …(5)… untuk memberi hadiah kepada sepupu saya, Kakak Norhayati.
  12.00 tengah hari
  Para jemputan telah membanjiri ...(6)... tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut membantu
  melayan para tetamu yang hadir. Saya mengangkat ...(7)... untuk para tetamu dan jemputan yang
  hadir dalam majlis itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni.
  2.00 petang
  Rombongan pengantin lelaki tiba. Pengantin lelaki diarak dengan ....(8)... kompang. Kemudian,
  kedua-dua pengantin menikmati hidangan “Makan Beradab” bersama-sama keluarga terdekat.
  Kakak Norhayati dan suaminya ...(9)... sama cantik dan sama padan seperti pinang dibelah dua.
  5.00 petang
  Kami bersalam-salaman dengan Pak Cik Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Cik
  Halimah ...(10)... lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kakak Norhayati dan suaminya
  memberitahu kami bahawa mereka akan bertandang ke rumah kami pada minggu hadapan.
20        CATATAN


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti
sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


  perutusan               sambutan                ucapan                  jamuan                 drama

     cerah                sukaneka                 juadah                 antara               dimulakan



                               CATATAN SAMBUTAN HARI GURU 2005

  JUMAAT, 20 MEI 2005
  7.45 pagi
  Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2005. Semuanya
  kelihatan ceria. Cuaca juga …(1)… pada hari itu.
  8.00 pagi
  Acara dimulakan dengan ...(2)... daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang
  Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca ...(3)... Datuk Ketua Pengarah
  Pelajaran Malaysia. Utusan Ketua Pengarah Pelajaran Perak pula dibacakan oleh Puan Rohaya Karim
  8.45 pagi
  Sukaneka ...(4)... dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari kasut gergasi pula
  dijalankan. Perlawanan bola jaring turut diadakan ...(5)... murid dan guru.
  9.45 pagi
  Persembahan …(6)… Hari Guru 2005 dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga
  menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan …(7)… yang
  berjudul “Guru Agung”.
  11.00 pagi
  Majlis berhenti rehat, kami menikmati ...(8)... yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki
  tangan sekolah, dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua ...(9)... yang
  tersedia membuka selera kami.
  11.45 pagi
  Upacara penyampaian hadiah acara …(10)… mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah
  disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu.
21       CATATAN


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat
daerah. Tuliskan catatan lengkap tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   bertumpu              peserta             mendapat               bangga            menerangkan

  dinobatkan            menikmati            mengambil            ditonjolkan           kehadiran



                    CATATAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK

  SABTU, 22 APRIL 2006
  8.00 pagi
  Murid-murid mula memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru dan Yang Dipertua PIBG serta para
  peserta masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah …(1)... tempat. Pegawai Pendidikan Daerah
  Shah Alam juga tiba untuk merasmikan majlis hari itu.
  8.20 pagi
  Aku selaku Pengerusi Persatuan Bahasa dan Budaya mengalu-alukan ...(2)... para jemputan.
  Ketua hakim ...(3)... syarat-syarat pertandingan. Sistem pengadilan pula dinilai berdasarkan aspek
  kesesuaian tema, kelancaran, dan gaya persembahan.
  8.45 pagi
  Semua yang hadir …(4)… ke tempat pertandingan. Pertandingan bermula, seramai 30 peserta
  akan mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan. Ada antara …(5)… yang
  menyampaikan sajak dengan penuh bersemangat.
  11.30 pagi
  Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Shah Alam menyampaikan ucapan penutup. Beliau
  ...(6)... dan berpuas hati dengan bakat yang ...(7)... pada pertandingan kali ini. Sementara itu,
  peserta-peserta pertandingan menanti keputusan dengan penuh debaran.
  11.45 pagi
  Keputusan diumumkan. Fadzli bin Shamsuri ....(8)... sebagai juara mendeklamasikan sajak. Siti
  Azlina binti Ahmad ...(9)... tempat kedua dan Mohd Zaki bin Zainuddin di tempat ketiga. Hadiah
  disampaikan oleh Pengerusi MGB Daerah Shah Alam, Tuan Haji Sharifuddin bin Masruni.
  11.55 pagi
  Majlis bersurai. Tetamu dijemput ...(10)... jamuan di bilik khas. Guru Besar menepuk-nepuk
  bahuku. Beliau berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah aku laksanakan. Guru penasihat
  persatuan tersenyum memerhatikan telatah kami.
22       BERITA


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Majlis sambutan Hari Keluarga telah diadakan di tempat kamu. Sebagai pemberita, kamu diminta
menulis berita tentang hari tersebut untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


  memenangi           mengadakan            menganyam           diperuntukkan          mengeratkan

  mengukur             merancang           memeriahkan              menjalin            mengutip



                                   SAMBUTAN HARI KELUARGA

  KEMAMAN, 18 Februari 2006 – Sempena ulang tahun penubuhan Dewan Serbaguna Kemaman,
  penduduk di kawasan itu ...(1)... Hari Keluarga. Hari Keluarga itu diadakan di padang bola sepak,
  bersebelahan dengan dewan tersebut. Acara sambutan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga dan
  tamat pada pukul 12.30 tengah hari.
         Tujuan Hari Keluarga tersebut diadakan adalah untuk ...(2)... hubungan antara penduduk
  tempatan. Semua kaum terlibat menjayakan program Hari Keluarga ini. Penglibatan semua kaum
  ini dapat ...(3)... semangat perpaduan dan semangat kejiranan.
           Pelbagai acara diadakan untuk ...(4)... lagi hari tersebut. Acara untuk kanak-kanak ialah
  ...(5)... wang syiling dalam tepung, makan buah epal dan berjalan dengan menggunakan kasut
  tempurung kelapa. Semua yang terlibat dalam pertandingan itu berusahabersungguh-sungguh
  untuk merebut gelaran juara.
        Para remaja pula menyertai acara memancing, …(6)… ketupat dan lumba basikal. Bagi
  orang dewasa pula, mereka menyertai acara tarik tali, …(7)… kelapa dan membelah kayu getah.
  Semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan yang sungguh baik.
         Setelah selesai aktiviti sukan, cabutan nama bertuah pula dijalankan. Sebanyak 24 hadiah
  telah ...(8)... oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu disumbangkan oleh Ahli Dewan Rakyat
  Kawasan Kemaman. Mereka yang berjaya ...(9)... hadiah tersenyum lebar pada hari itu.
       Setiap peserta juga menerima hadiah sagu hati berupa sehelai baju-t dan pemegang kunci.
  Pihak penganjur ...(10)... akan mengadakan sambutan seperti itu lagi pada tahun hadapan.
23       BERITA
    2
                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah
sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   pameran               bacaan               istimewa              melukis             menyertai

   menerima              bercerita           dirasmikan             kategori            memupuk



                                     BERITA PAMERAN BUKU 2005

  KOTA BHARU, 25 Disember – Suatu pameran buku telah diadakan pada 24 Disember 2005
  bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa.
  Pameran ini telah ...(1)... oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abdul Rashid, Pengarah Bahagian
  Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
           Banyak syarikat dan kedai buku ...(2)... pameran ini. Pameran yang diadakan selama
  seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis bahan
  ...(3)... dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku rujukan, dan majalah.
        Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan ...(4)... minat membaca di
  kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, ...(5)... itu juga merupakan satu daripada langkah
  untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah.
        Sempena pameran buku ini, pertandingan …(6)… dan melukis turut diadakan.
  Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu
  manakala satu …(7)… lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua.
        Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk ...(8)... disediakan bagi kedua-dua kategori
  pertandingan. Para pemenang akan ...(9)... hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis.
  Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka.
        Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga ...(10)... sehingga 50%.
  Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku yang diadakan
  juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak
  berpuas hati dengan kejayaan pameran pada kali ini.
24        BERITA


                                          Bahagian B
                                [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                          [30 markah]


Sekolah kamu telah memenangi pertandingan bola sepak peringkat daerah. Kamu dikehendaki menulis
berita tentang pertandingan bola sepak tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     serba             memukau                rancak             mewakili              daerah

   anugerah             diadakan              dipilih                tempat            utama



                           SK AMINUDDIN BAKI MENJULANG PIALA

  BATANG PADANG, Ahad, 27 Februari – Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki (SKAB), Slim
  River menjadi juara pertandingan bola sepak ...(1)... Batang Padang Tahun 2006. Sekolah
  tersebut menewaskan Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana (SKDK), Tapah, tiga jaringan berbalas
  dua, petang semalam.
           Perlawanan akhir itu ...(2)... di Kompleks Sukan Daerah Batang Padang. Pada perlawanan
  kali ini, pasukan SKAB berpakaian merah kuning manakala pasukan SKDK pula berpakaian
  ...(3)... biru.
        Penyerang ...(4)... SKAB, Azizul Salleh tidak diturunkan kerana cedera. Pemain harapan
  pasukan tersebut, Zulkifli Hanapiah menggantikan ...(5)... Azizul. Zulkifli membuktikan
  kejaguhannya apabila berjaya membolosi dua gol gawang lawan pada perlawanan tersebut.
         Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang ...(6)... dan menarik. Aksi-aksi cemas
  di pintu gol kedua-dua pasukan ...(7)... para penonton. Para penonton juga memberikan galakan
  dan sokongan kepada kedua-dua pasukan tanpa berbelah bagi.
          Samsul Abdul Rahmat dari SKDK memenangi ...(8)... Kasut Emas. Samsul telah
  menjaringkan lapan gol, dia juga merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut.
  Zulkifli Hanapiah pula ...(9)... sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
         Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang, Tuan Haji
  Ibrahim bin Ahmad. Pasukan SKAB akan ...(10)... daerah Batang Padang ke pertandingan
  peringkat negeri pada 26 Mac akan datang. Perlawanan akan diadakan di Stadium Ipoh, Perak.
25       LAPORAN


                                            Bahagian B
                                  [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                            [30 markah]


Andaikan kamu sebagai Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik di sekolah kamu. Kamu diminta
menulis laporan tentang mesyuarat bilangan pertama untuk Tahun 2006 .
Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   tahunan                berjaya             bercadang            ditangguhkan            kejayaan

    sekolah             dijalankan           disenaraikan              utama               menyertai



                          LAPORAN MESYUARAT BILANGAN PERTAMA
                           PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 2006

        Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan mesyuarat bilangan pertama pada 12
  Januari 2006 yang lalu. Objektif ...(1)... mesyuarat ini ialah untuk merancang pelbagai aktiviti yang
  akan dijalankan sepanjang Tahun 2006.
         Aktiviti pertama yang ...(2)... ialah pengambilan anggota baharu bagi Tahun 2006.
  Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pengambilan kali ini. Mulai Tahun 2006, yuran penggal
  persatuan telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan. Yuran ...(3)...
  telah menjadi RM10.00 bagi setiap orang anggota persatuan ini.
        Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah disenaraikan. Aktiviti tersebut ialah persediaan
  murid-murid untuk ...(4)... Kuiz Sains dan Kuiz Matematik di peringkat daerah. Kuiz ini adalah
  dalam bentuk kumpulan yang mengandungi tiga orang peserta bagi setiap kategori. Memilih
  seorang wakil ...(5)... untuk menyertai pertandingan Kuiz Sains Angkasa dan seorang wakil
  sekolah untuk menyertai pertandingan Kira Cepat. Semua pertandingan bermula di peringkat
  kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan.
           Pada tahun lepas, peserta yang mewakili Kuiz Sains hanya ...(6)... memperoleh tempat
  ketiga di peringkat daerah. Peserta yang mewakili Kuiz Matematik dan Kuiz Sains Angkasa hanya
  mendapat hadiah saguhati di peringkat kelompok. Pencapaian yang membanggakan sekolah ialah
  ...(7)... peserta Kira Cepat yang menjadi johan di peringkat negeri.
         Setelah itu, persatuan juga ...(8)... untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar untuk
  menambah pengalaman para peserta. Antara tempat yang telah ...(9)... dan dipersetujui secara
  majoriti oleh anggota persatuan ialah Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara.
        Mesyuarat ...(10)... pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.


  Laporan disediakan oleh,                                                         18 JANUARI 2006.
  Siratjuddin
  Siratjuddin Mohd Nazari
  (SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI)
  Setiausaha,
  Persatuan Sains dan Matematik,
  Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor.
26         LAPORAN


                                            Bahagian B
                                  [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                            [30 markah]


Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan
laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


  mendirikan             berehat            mengadakan             bertolak             ceramah

     patrol               tamat               diarahkan           ditetapkan            anggota



                              LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
                             SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUNGKU

        Pada hari Jumaat, 10 Mac 2006 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... pengakap dan enam
  orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan telah ...(2)... perkhemahan
  pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.
        Di lokasi perkhemahan, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang
  tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di
  samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak.
        Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa
  untuk riadah dan ...(6)... selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan
  mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik dengan pengawasan guru-guru pengiring.
        Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ...(7)... diadakan. Ceramah
  disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”.
  Ceramah ini …(8)… pada pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami masuk ke khemah masing-
  masing untuk berehat dan tidur.
        Ahad, 12 Mac 2006, berakhirlah perkhemahan anggota pengakap pada kali ini. Kira-kira
  pukul 2.30 petang, kami ...(9)... supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat
  perkhemahan. Setengah jam kemudian, kami ...(10)... meninggalkan Teluk Batik untuk pulang ke
  rumah masing-masing.


  Laporan disediakan oleh,                                                           20 Mac 2006.
                Shafiq Nabil
  (SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI)
  Setiausaha Pertubuhan Pengakap,
  Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku.
27          LAPORAN


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Kamu dan rakan-rakan kamu telah menyertai rombongan sambil belajar, melawat ke sebuah kilang.
Tuliskan suatu laporan tentang lawatan kamu itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     berisi              kosmetik              manfaat                bauan              dipanaskan

    terletak            disalurkan             lawatan              disejukkan             seramai



                                   Laporan Lawatan Sambil Belajar
                             Ke Kilang UNITATA, Hutan Melintang, Perak

         Pada 27 Mei 2006, ...(1)... 40 orang anggota Persatuan Sains, SK Raja Muda Musa, Teluk
  Intan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang menghasilkan barangan
  daripada minyak kelapa sawit. Kilang tersebut ialah UNITATA yang …(2)… di Hutan Melintang,
  Perak Darul Ridzuan.
        Di kilang itu, kami dibawa melihat tangki …(3)… minyak kelapa sawit yang belum diproses.
  Minyak ini ditapis dan …(4)… untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis minyak. Antara minyak
  yang dihasilkan termasuklah minyak masak dan marjerin.
           Minyak kelapa sawit tersebut ...(5)... ke bahagian-bahagian yang tertentu. Misalnya, minyak
  untuk menghasilkan marjerin disalurkan ke sebuah loji khas. Selepas itu, bahan-bahan seperti
  vitamin, pewarna, dan garam cecair akan dicampurkan sehingga sebati. Campuran ini akan
  ...(6)... dan ditinkan. Dengan itu, marjerin sudah sedia untuk dipasarkan.
         Bagi menghasilkan barangan ...(7)... seperti sabun, pelembab kulit, dan pencuci muka, loji
  yang lain pula digunakan. Kawasan loji ini menerbitkan ...(8)... dan aruma yang harum.
        Lawatan ini banyak memberikan ...(9)... kepada kami. Pada tahun hadapan, kami berharap
  agar dapat mengadakan ...(10)... ke tempat-tempat yang lain pula.


  Laporan disediakan oleh,                                                              12 Jun 2006.
        Siti Nurul Aisah
  (SITI NURUL AISAH BINTI ISHAK)
  Setiausaha Persatuan Sains,
  SK Raja Muda Musa, Teluk Intan.
28         DIALOG


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Rakan anda terpilih sebagai peserta terbaik semasa sukan tahunan sekolah yang lalu. Anda berdua
berbual-bual tentang kejayaan rakan kamu itu.
Tulis perbualan kamu dengan rakan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     gigih                sumber              mengutip              tumpuan               menjadi

    berbual               terpilih           dinobatkan               negara                kunci



                             SEKETIKA BERSAMA SEORANG JUARA

 Saya sedang berbual-bual dengan seorang rakan saya yang telah ...(1)... sebagai Olahragawan
 Terbaik Sukan Tahunan Olahraga 2006. Yang berikut adalah perbualan saya dengan rakan saya.
Halim    :    Tahniah, Muthu! Akhirnya kamu berjaya juga ...(2)... olahragawan sekolah pada kali ini.
Muthu    :    Terima kasih, Halim. Saya benar-benar gembira. Sebenarnya, saya langsung tidak
              menduga bahawa saya ...(3)... sebagai olahragawan sekolah dalam Sukan Tahunan
              Olahraga pada tahun ini.
Halim    :    Bagi saya, kejayaan kamu bukanlah sesuatu yang di luar dugaan. Kamu ...(4)... berlatih
              dan berusaha bersungguh-sungguh. Cikgu Roy, guru rumah sukan kita juga maklum
              akan hal itu. Tambahan pula, kamu banyak ...(5)... pingat emas untuk pasukan kita.
Muthu    :    Kejayaan ini adalah kejayaan semua sebenarnya. Guru-guru dan rakan-rakan banyak
              memberi sokongan dan perangsang kepada saya. Itulah sebenarnya ...(6)... utama
              kejayaan saya.
Halim    :    Tetapi, kesungguhan kamu adalah ...(7)... kejayaan tersebut. Saya tahu bahawa kamu
              memang berminat dalam lapangan sukan dan menjadi atlet ...(8)... suatu hari nanti.
              Semoga kejayaan ini merintis cita-cita kamu itu di masa hadapan.
Muthu    :    Harap-harapnya begitulah. Memang saya minat akan sukan. Namun demikian, buat
              masa sekarang, saya harus mendahulukan bidang akademik. Saya mesti memberi
              ...(9)... sepenuhnya kepada pelajaran.

Halim    :    Marilah kita ke kantin. Saya belanja kamu hari ini atas kejayaan kamu itu. Di situ nanti
              bolehlah kita ...(10)... lebih panjang lagi.
Muthu    :    Baiklah, terima kasih kerana kamu sudi belanja saya makan.
29       DIALOG


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di
hospital, kamu ingin tahu tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   melawat              perjalanan              basikal              menjenguk       menghantar

    bantuan             menjalani              terlantar               seluruh       kemalangan



                PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG TERLANTAR DI HOSPITAL

 Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu
 kemalangan jalan raya. Yang berikut adalah perbualan kami.
 Ramli     :   Apa khabar, Karim?
 Karim     :   Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini.
 Ramli     :   Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku?
 Karim     :   Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan
               kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di
               simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman.
 Ramli     :   Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku?
 Karim     :   Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba,
               sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas
               jalan raya, basikal saya putus dua. Sungguh dasyat kemalangan tersebut.
 Ramli     :   Apakah kecederaan yang awak alami?
 Karim     :   Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya
               mengalami luka dan calar-balar.
 Ramli     :   Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital?
 Karim     :   Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar
               saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan
               ...(9)... sebuah van yang lalu ketika kemalangan itu berlaku.
 Ramli     :   Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah.
 Karim     :   Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini.
               Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan sekelas kita.
 Ramli     :   Sama-sama. Baiklah, salam kamu saya akan sampaikan apabila ke sekolah nanti.
30      DIALOG


                                            Bahagian B
                                  [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                            [30 markah]


Kamu seorang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki menemu ramah Guru Besar sekolah kamu
untuk mendapatkan maklumat tentang program menceriakan kawasan sekolah. Tuliskan temu ramah
kamu dengan Guru Besar sekolah kamu itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   kawasan              terlibat               tugasan                 sikap           mewakili

   program                turut                galakan          menyumbang             suasana



     TEMU RAMAH DENGAN GURU BESAR TENTANG PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

 Saya berpeluang menemu ramah Guru Besar sekolah saya dan bertanyakan tentang ...(1)...
 menceriakan sekolah. Yang berikut ialah perbualan saya dengan Guru Besar.
 Lidora   : Selamat pagi, cikgu.
 Guru     : Selamat pagi. Boleh saya bantu awak?
 Lidora   : Saya Lidora Eliana ...(2)... Majalah Mutiara sekolah ini. Saya ingin menemu bual cikgu
            tentang rancangan cikgu bagi menceriakan kawasan sekolah.
 Guru     : Boleh, apa salahnya.
 Lidora   : Cikgu, apakah tujuan utama program menceriakan ...(3)... sekolah ini?
 Guru     : Sebenarnya, saya telah pun merancang dan menyusun beberapa aktiviti bagi
            menceriakan kawasan sekolah. Antara tujuannya ialah untuk mewujudkan ...(4)...
            “Sekolah Dalam Taman”.
 Lidora   : Siapakah yang ...(5)... menjayakan program “Sekolah Dalam Taman” ini?
 Guru     : Semua guru dan murid-murid terlibat dalam menjayakan program ini. Seluruh warga
            sekolah digalakkan …(6)… tenaga, idea, dan wang ringgit. Kita juga berusaha untuk
            mendapatkan penaja kepada program ini.
 Lidora   : Bagaimanakah program ini dilaksanakan?
 Guru     : Saya telah mengagihkan ...(7)... dan kawasan kepada kelas yang telah ditetapkan.
            Mereka akan dibimbing oleh guru kelas masing-masing. Majlis Daerah Kinta ...(8)...
            menyumbangkan beraneka jenis pokok bunga.
 Lidora   : Apakah harapan cikgu selaku penyelaras program ini?
 Guru     : Saya berharap agar murid-murid menanam ...(9)... bertanggungjawab bagi menjaga
            keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Pihak sekolah juga menyediakan hadiah-
            hadiah ...(10)... bagi merealisasikan program ini.
 Lidora   : Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu untuk ditemu ramah.
31        UCAPAN


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Kamu telah diminta untuk memberi ucapan semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena sambutan
Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia. Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan ialah, “Cara-cara
Menabung”. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    tabung                selamat              pulangan                 lusuh        sedikit

   disimpan                ceria               digemari                 ribuan       institusi



                                      CARA-CARA MENABUNG

        Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan,
  Guru Cemerlang, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan
  untuk semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ...(1)... terima kasih kerana memberi
  peluang kepada saya untuk memberi ucapan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan
  negara kita pada hari ini. Tajuk ucapan yang diberi kepada saya ialah ‘Cara-cara Menabung’.
  Rakan-rakan yang disayangi,
           Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita ialah wang. Wang amat perlu
  ...(2)... bagi menjamin masa depan seseorang. Ada pelbagai cara bagi kita untuk menyimpan
  wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wangnya di dalam ...(3).... Ada pula yang
  menyimpan wangnya di dalam bank-bank tertentu.
         Menyimpan wang di dalam bank merupakan satu cara menabung yang ...(4)... oleh rakyat
  Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak ...(5)... kewangan. Bank Simpanan Nasional merupakan
  sebuah institusi perbankkan yang dijamin oleh kerajaan. Terdapat juga bank-bank perdagangan
  seperti Malayan Banking, Bank Rakyat, dan Public Bank.
         Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita boleh mendapat ...(6)... keuntungan
  perniagaan yang dijalankan oleh bank tersebut. Demikianlah halnya dengan wang yang disimpan
  di dalam bank. Jika kita menyimpan wang walaupun ...(7)... setiap bulan, maka wang tersebut
  akan bertambah dari semasa ke semasa.
        Wang yang kita simpan di dalam bank sudah tentu lebih ...(8)... berbanding wang yang
  disimpan di rumah. Hal yang demikian adalah kerana wang yang disimpan di rumah mudah dicuri
  orang, terbakar, terlupa tempat menyimpan, ...(9)... dan sebagainya.
        Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapankan selamat menyambut
  Hari Kemerdekaan Malaysia dan Selamat Menabung. Semoga kita lebih ...(10)... dan bahagia
  selepas menabung, rancanglah masa depan anda dengan bijak.
  Sekian, terima kasih.
32         UCAPAN


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Sekolah kamu telah mengadakan majlis jamuan perpisahan kerana pertukaran guru kelas kamu ke
sekolah lain. Selaku ketua kelas, kamu telah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tulislah ucapan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    terharu                tugas                dahulu              serangkap             tingkah

   mengajar               berjumpa           membimbing              bertukar           mengambil



                          UCAPAN SEMPENA MAJLIS JASAMU DIKENANG

      Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SK Behrang, Puan
Norehan binti Kamaruddin, barisan penolong kanan, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan.
Selamat sejahtera. Terlebih ...(1)... saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang
berucap dalam majlis ini.
Hadirin yang dihormati,
     Sebagaimana yang kita sedia maklum, Puan Zaleha binti Ahmad akan ...(2)... ke sekolah lain.
Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan ...(3)... atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau
menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi.
       Beliau telah ...(4)... di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah
bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu ...(5)... dan menasihati kami.
Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa dan pengorbanan
beliau mengasuh dan mendidik tetap kami kenang hingga ke akhir hayat.
       Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Marikh ...(6)... kesempatan untuk memohon maaf
atas segala kesalahan tutur kata dan ...(7)... laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu selama
ini sukar untuk kami membalasnya. Jasamu ibarat permata yang menyinar.
     Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan ...(8)...
dengan selesa. Dengan tulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan
kepada kami. Harapan kami agar kita dapat ...(9)... lagi pada suatu hari nanti.
        Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah ...(10)... pantun daripada saya.
        Kalau ada jarum yang patah,
        Jangan disimpan di dalam peti;
        Kalau ada silap dan salah,
        Jangan disimpan di dalam hati.
Sekian, terima kasih.
33        UCAPAN


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Selaku ketua murid, kamu
diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   pelbagai                kurang            umpama               memberi             memastikan

     acuan                mengundur           dahulu             mengalami             perhatian



   UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

          Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa
 dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan untuk semua yang hadir. Terlebih
 ...(1)... saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana ...(2)... peluang kepada saya berucap
 sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini.
 Hadirin yang budiman,
       Kita semua sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan sambutan Hari
 Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk ...(3)... segala asuhan,
 bimbingan, dan pendidikan diberi ...(4)... sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab
 khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak.
        Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita beruntung kerana mendapat
 bimbingan, perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, ...(5)... usaha perlu
 diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa yang kita kecapi sekarang
 ini. Kanak-kanak hari ini merupakan ...(6)... generasi akan datang.
          Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupakan rakan-rakan yang
 ...(7)... bernasib baik dari negara-negara lain. Mereka tidak mendapat pendidikan, perhatian,
 pemakanan, dan kesihatan yang sempurna. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan.
 Oleh itu, kita sewajarnya bersyukur kerana tidak ...(8)... nasib seperti mereka.
 Hadirin yang dikasihi,
         Kami ...(9)... kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami dengan
 didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi insan yang berguna. Akhir kata, sebelum saya
 ...(10)... diri, terimalah ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak“, semoga kita lebih ceria dan bahagia.
 Sekian, terima kasih.
34        SYARAHAN


                                              Bahagian B
                                    [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                              [30 markah]


Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahankamu itu
ialah, “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   merungut                 agung               kerumitan                berjasa       paling

     perlu                  terletak             banyak             sempurna         bijaksana



                            KASIH SAYANG IBU BAPA SEPANJANG HAYAT

        Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-
  penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi ...(1)..., serta rakan-rakan yang
  dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk
  menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”.
  Hadirin yang dihormati,
       Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak ...(2)... kepada kita. Mereka telah
  mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada kita. Oleh itu, memang wajarlah kita
  menghormati ibu bapa sebagai membalas jasa mereka. Jasa mereka terlalu ...(3)... bagi kita.
        Selain itu, ibu bapa juga telah membelanjakan ...(4)... wang ringgit semata-mata untuk
  menyara kita. Mereka tidak pernah ...(5)... atas kesusahan untuk menampung kehidupan
  keluarga. Segala kemahuan dan keperluan hidup kita diurusnya dengan sempurna.
        Seterusnya, mereka telah mengusahakan pendidikan yang ...(6)... kepada kita. Pendidikan
  di sekolah dan pendidikan agama telah diberi kepada kita. Oleh sebab itu, kita amat ...(7)...
  menghormati mereka. Kasih sayang mereka kepada kita adalah kasih sayang sepanjang hayat.
        Ibu bapa juga merupakan orang yang …(8)… hampir dengan kita. Tiap-tiap kali kita
  mempunyai masalah, merekalah orang pertama yang akan membantu kita. Mereka jugalah yang
  akan meleraikan segala ...(9)... dan kekusutan yang dialami. Mereka adalah rakan kongsi suka
  duka yang tiada tandingnya.
  Hadirin yang budiman,
        Oleh hal yang demikian maka kita perlulah senantiasa menghormati ibu bapa kita. Ingatlah
  bahawa keberkatan hidup seseorang anak ...(10)... pada restu dan doa kedua-dua orang tuanya.
  Oleh sebab itu, kita mesti mengasihi dan menyayangi mereka.
  Sekian, terima kasih.
35         SYARAHAN


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi
ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   dialirkan               dibuang           berbahaya             disebabkan             hidupan

    negatif              keadilannya         merugikan             kegunaan             pencemaran



                         KESAN PENCEMARAN AIR KEPADA KEHIDUPAN

       Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-
 penolong Kanan, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji ...(1)..., serta rakan-rakan yang
 dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk
 menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”.
 Hadirin yang dihormati,
        Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi ...(2)...
 oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah sampah-sarap dan sisa-sisa minyak ...(3)... ke dalam
 laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
       Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah ...(4)... ke dalam
 sungai dan ke dalam laut. Perkara ini mengakibatkan ...(5)... air yang berterusan. Kita terpaksa
 mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air yang telah tercemar itu.
       Manusia menggunakan air untuk ...(6)... harian, pertanian dan perindustrian. Jika air
 tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat ...(7)... untuk
 kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit.
       Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan …(8)… air, seperti rumpair, ikan, dan
 sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang …(9)… kepada kehidupan nelayan. Pendapatan
 para nelayan juga turut terjejas.
 Hadirin yang budiman,
         Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak
 ...(10)... kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut.
 Sekian, terima kasih.
36         SYARAHAN


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu di
sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulislah teks
syarahan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     serasi              semangat             penentu              melentur               lapisan

    sepakat               faedah               ringan               pelbagai             menjana



                              HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

       Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong
 Kanan, Guru-guru Cemerlang, para hakim ...(1)... juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya
 hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah bunyi tajuk
 syarahan saya pada pagi yang bersejarah ini.
        “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi keempat, hidup ...(2)...
 membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula bermaksud
 mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini ...(3)... dan sinonim dengan masyarakat Malaysia
 yang berbilang kaum, kepercayaan, agama, adat resam, dan keturunan.
 Hadirin yang saya hormati,
       Amalan bermuafakat dan ...(4)... tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Bergotong-
 royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh ...(5)... permuafakatan dalam masyarakat. Amalan
 sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat.
       Rakyat negara kita terdiri daripada ...(6)... kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam
 keadaan yang aman dan harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama juga perlu
 dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak ...(7)... buluh, biarlah
 daripada rebungnya.
        Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya ...(8)... semangat kejiranan.
 Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan dapat dilaksanakan
 oleh kerajaan untuk ...(9)... semua rakyat di negara kita.
       Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan
 diamalkan oleh setiap ...(10)... masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan. Setakat ini
 syarahan saya buat kali ini.
 Sekian, terima kasih.
37        PERBAHASAN


                                            Bahagian B
                                  [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                            [30 markah]


Andaikan bahawa anda adalah pihak pembangkang dalam pertandingan perbahasan. Tajuk
perbahasab itu ialah, “Internet Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan”.
Tuliskan hujah-hujah kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    dengar                 bermoral               imej               menabur                buktikan

    kancah                 sinonim               akhlak                hakim                bersuluh



                    INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN

        Selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para ...(1)... yang bijaksana,
 barisan pencadang, rakan-rakan yang budiman. Saya selaku pihak pembangkang tetap menangkis
 tajuk perbahasan pada hari ini.
        Kuasa di hujung jari anda. Kata-kata ini begitu ...(2)... dengan aura internet. Ringkasnya,
 internet boleh melakukan apa-apa sahaja terutamnya yang bertujuan negatif. Internet sebenarnya
 lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Saya akan ...(3)... kebenarannya.
          Hujah saya meniti kebenaran, keburukan yang paling kerap kita ...(4)... ialah internet sebagai
 medium untuk menyebarkan fitnah. Fitnah-fitnah yang dilemparkan biasanya mampu menjatuhkan
 ...(5)... seseorang. Mencemar nama baik sesebuah organisasi, malah memburukkan nama negara.
 Hadirin yang dihormati,
        Lazimnya, orang yang ...(6)... dan meyebarkan fitnah ialah orang yang berkemahiran dalam
 bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Malangnya, kemahiran tersebut telah disalahgunakan
 semata-mata untuk kepentingan peribadi. Nah, di sini sudah jelas lagi ...(7)... tentang keburukan
 internet kepada kita yang menggunakan perkhidmatannya.
       Bagi mereka yang gemar melayari laman-laman web yang tidak ...(8)... di internet, mereka
 sanggup menghabiskan masa yang lama menghadap komputer. Ketagihan melayari internet
 melalui penerokaan laman-laman web yang tidak bermoral ini juga boleh merosakkan ...(9)... para
 remaja. Malah, perbuatan ini juga akan menrugikan masa dan membazirkan wang ringgit.
         Lebih malang lagi kerana ada segelintir individu yang sanggup menggunakan internet bagi
 melakukan penipuan demi mengaut keuntungan. Biasanya individu yang terperangkap dalam
 ...(10)... penipuan ini ialah mereka yang sedang mencari pekerjaan, iklan pelancungan, promosi
 barangan tertentu, dan sebagainya. Berdasarkan faktor-faktor tadi, ingin saya jelaskan bahawa
 internet lebih banyak mendatangkan keburukan.
 Sekian, terima kasih.
38      PERBAHASAN


                                            Bahagian B
                                  [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                            [30 markah]


Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang,
kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan
Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   kelahiran               pelbagai         berpeleseran         mengawasi            mengasuh

 menentukan              berakhirlah         menyokong             peranan            menjejaki



   Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid

        Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan
 pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk ...(1)..
 tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru
 dalam Membentuk Disiplin Murid”.
       Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap ...(2)... seseorang insan.
 Sebelum kanak-kanak itu ...(3)... alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik-
 beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut.
       Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan ...(4)... dan masa
 yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna.
 Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan ...(5)...
 kerenah anak didik mereka.
 Hadirin yang dihormati,
       Setelah tamat waktu persekolahan, ...(6)... peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat
 memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan
 penting ...(7)... anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna.
       Ibu bapa perlu memberi perhatian dan ...(8)... anak-anak mereka supaya tidak melakukan
 perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan ...(9).... Jika ibu bapa
 gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar
 untuk dibendung.
         Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada
 peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh ...(10)... agar
 nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing.
 Sekian, terima kasih.
39         PERBAHASAN


                                           Bahagian B
                                 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]


Kamu telah dipilih mewakili daerah dalam pertandingan perbahasan. Sebagai pencadang yang
pertama, kamu dikehendaki memberi hujah-hujah berdasarkan tajuk “Kemajuan Sains Banyak Memberi
Kebaikan daripada Keburukan”. Tuliskan teks perbahasan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    menarik                kemajuan         komunikasi                tugas            membantu

    ciptaan              melicinkan           barisan                 hakikat            menjadi



     KEMAJUAN SAINS BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN

       Terima kasih kepada Saudara Peneraju Majlis, yang saya hormati para hakim yang arif
 dengan neraca keadilannya, ...(1)... pembangkang dan rakan sekalian. Berdirinya saya sebagai
 pihak pencadang dalam majlis ini adalah untuk menyatakan bahawa “Kemajuan Sains Banyak
 Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”.
       Kemajuan sains melalui ciptaan alat-alat moden banyak ...(2)... memajukan sesebuah
 negara. Sebagai contoh, kilang kereta Proton dan Perodua di negara kita. Jentera-jentera
 pemasangan termasuk robot-robot digunakan supaya kerja ...(3)... cepat dan jumlah pengeluaran
 dapat ditingkatkan.
       Kepesatan ciptaan sains banyak meningkatkan keupayaan sistem ...(4)... di negara ini.
 Ciptaan alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit, telefon bergambar, komputer dan sebagainya
 telah mempercepat penyebaran maklumat dari dalam dan dari luar negara. Kemajuan ini dapat
 membantu ahli perniagaan dan memudahkan kita berinteraksi. Kemajuan ini juga mampu ...(5)...
 pelabur-pelabur asing ke negara kita.
 Hadirin yang dihormati,
        Kemajuan sains banyak membantu ...(6)... sistem pengangkutan di sesebuah negara.
 Penciptaan pengangkutan moden, seperti kereta api bawah tanah, relbas, dan kereta kabel
 membuktikan ...(7)... ini. Kenderaan ini dapat memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa
 serta menjimatkan kos.
       Alat-alat ...(8)... sains juga banyak membantu manusia melaksanakan pelbagai tugasan
 seharian mereka. Mesin basuh, peralatan dapur, televisyen, periuk nasi, dan lain-lainnya, bukan
 sahaja mempercepat ...(9)... malahan memudahkan kerja.
         Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, jelas dan nyatalah bahawa ...(10)... sains lebih
 banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan, adalah benar. Perkara ini bukan khayalan
 tetapi kenyataan.
 Sekian, terima kasih.

Contenu connexe

Tendances

Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18
Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18
Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18Farah Elriani
 
BUNGA RAYA..
BUNGA RAYA..BUNGA RAYA..
BUNGA RAYA..Pizza Hut
 
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)NurAleeyaNabiela
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)Bong Shuying
 
Binaan ayat songsang
Binaan ayat songsangBinaan ayat songsang
Binaan ayat songsangFARIZZAN
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratSUFINA SHUKRI
 
Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-CikguFauziah
 
Panduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptxPanduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptxMohd Nizam
 
Kata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan AwalanKata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan Awalanaina_athirah
 
Tema dan persoalan silir daksina
Tema dan persoalan silir daksinaTema dan persoalan silir daksina
Tema dan persoalan silir daksinaSyahirah AH
 
Surat kiriman tidak rasmi
Surat kiriman tidak rasmiSurat kiriman tidak rasmi
Surat kiriman tidak rasmiTia Razak
 
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r ghazali76
 
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaBeberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaFadzli Osman
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 

Tendances (20)

Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18
Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18
Kata kerja bahasa melayu tahun 3 ms 16 18
 
BUNGA RAYA..
BUNGA RAYA..BUNGA RAYA..
BUNGA RAYA..
 
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
Novel : Jalan ke Puncak (Tingkatan 2)
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
 
Binaan ayat songsang
Binaan ayat songsangBinaan ayat songsang
Binaan ayat songsang
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-
 
Panduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptxPanduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptx
 
Kata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan AwalanKata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan Awalan
 
Kata Kerja ( Homonim )
Kata Kerja ( Homonim ) Kata Kerja ( Homonim )
Kata Kerja ( Homonim )
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Aktif dan Pasif
Aktif dan PasifAktif dan Pasif
Aktif dan Pasif
 
Tema dan persoalan silir daksina
Tema dan persoalan silir daksinaTema dan persoalan silir daksina
Tema dan persoalan silir daksina
 
Surat kiriman tidak rasmi
Surat kiriman tidak rasmiSurat kiriman tidak rasmi
Surat kiriman tidak rasmi
 
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r
 
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaBeberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 

En vedette (17)

2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan
 
Kertas kerja hari kanak
Kertas kerja hari kanakKertas kerja hari kanak
Kertas kerja hari kanak
 
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
 
Petikan berita
Petikan beritaPetikan berita
Petikan berita
 
Petikan surat rasmi
Petikan surat rasmiPetikan surat rasmi
Petikan surat rasmi
 
Petikan cerita
Petikan ceritaPetikan cerita
Petikan cerita
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Petikan ucapan
Petikan ucapanPetikan ucapan
Petikan ucapan
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Petikan laporan
Petikan laporanPetikan laporan
Petikan laporan
 
Petikan dialog
Petikan dialogPetikan dialog
Petikan dialog
 
Petikan fakta
Petikan faktaPetikan fakta
Petikan fakta
 
Penulisan UPSR Bahagian C
Penulisan UPSR Bahagian CPenulisan UPSR Bahagian C
Penulisan UPSR Bahagian C
 
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
Penulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian APenulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian A
 

Similaire à 4 praktis topikal bm 012 bhg b

SOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).doc
SOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).docSOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).doc
SOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).docagussampurno1985
 
SOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdoc
SOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdocSOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdoc
SOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdocagussampurno1985
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanBong Shuying
 
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2Sekolah Dasar
 
UTS 2 Bahasa Indonesia
UTS 2 Bahasa IndonesiaUTS 2 Bahasa Indonesia
UTS 2 Bahasa IndonesiaSekolah Dasar
 
Teknik menulis nilai murni
Teknik menulis nilai murniTeknik menulis nilai murni
Teknik menulis nilai murniAwang Selampit
 
Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8Ari Sudibjo
 
Tugas makalah anekdot remedial
Tugas makalah anekdot remedialTugas makalah anekdot remedial
Tugas makalah anekdot remedialSheila Rahma
 
Ande ande lumut
Ande ande lumutAnde ande lumut
Ande ande lumutSiti Hamid
 
Teknik menjawab upsr bm kertas 1
Teknik menjawab upsr bm kertas 1Teknik menjawab upsr bm kertas 1
Teknik menjawab upsr bm kertas 1Aidil Sahipaludin
 
UAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdf
UAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdfUAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdf
UAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdfMirlanCapsCips
 
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.pptsastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.pptUlilRachmawan
 

Similaire à 4 praktis topikal bm 012 bhg b (20)

Bahagian012 B
Bahagian012 BBahagian012 B
Bahagian012 B
 
Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5
 
Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5
 
SOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).doc
SOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).docSOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).doc
SOAL PAS GANJIL 7 KURMER materi SKI (AutoRecovered).doc
 
SOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdoc
SOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdocSOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdoc
SOAL PAS GANJIL 8.untuk MTs materi SKIdoc
 
Soal ukk
Soal ukkSoal ukk
Soal ukk
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Latihan soal 9 16
Latihan soal 9 16Latihan soal 9 16
Latihan soal 9 16
 
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 6 Semester 2
 
Pp paguneman x
Pp paguneman xPp paguneman x
Pp paguneman x
 
UTS 2 Bahasa Indonesia
UTS 2 Bahasa IndonesiaUTS 2 Bahasa Indonesia
UTS 2 Bahasa Indonesia
 
Teknik menulis nilai murni
Teknik menulis nilai murniTeknik menulis nilai murni
Teknik menulis nilai murni
 
Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Uas smster ganjil 7
Uas smster ganjil 7Uas smster ganjil 7
Uas smster ganjil 7
 
Tugas makalah anekdot remedial
Tugas makalah anekdot remedialTugas makalah anekdot remedial
Tugas makalah anekdot remedial
 
Ande ande lumut
Ande ande lumutAnde ande lumut
Ande ande lumut
 
Teknik menjawab upsr bm kertas 1
Teknik menjawab upsr bm kertas 1Teknik menjawab upsr bm kertas 1
Teknik menjawab upsr bm kertas 1
 
UAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdf
UAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdfUAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdf
UAS Bhs Indonesia Kelas VII.pdf
 
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.pptsastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
 

Plus de Kamarudin Jaafar

Plus de Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

4 praktis topikal bm 012 bhg b

  • 1. 1 CERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual di taman permainan. Tiba-tiba kamu terdengar suara seorang kanak-kanak menangis kerana terjatuh dari buaian. Ceritakan bagaimana kamu dan rakan-rakan kamu membantu kanak-kanak tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. membantu mencuci berasa mengelap meluru menahan sampai terjatuh sedang melihat MALANG TIDAK BERBAU Pada petang kelmarin, aku dan beberapa orang rakan …(1)… berbual-bual di taman permainan yang tidak jauh dengan rumah kami. Bencana tsunami menjadi topik perbualan kami pada petang itu. Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis. Kami ...(2)... ke arah tersebut. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak ...(3)... dari buaian. Mukanya tersembam ke atas tanah. Aku meminta Wai Hoe mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Hal ini demikian kerana aku dan Thomas terpaksa mengangkat kanak-kanak itu ke sebuah pondok. Aku ...(4)... mukanya yang bertanah itu dengan sapu tanganku. Thomas pula ...(5)... darah pada lutut kakinya. Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu pun muncul. Aku menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Wanita itu kelihatan cemas ...(6)... keadaan anaknya. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada kami kerana ...(7)... anaknya. Kami menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya. Setelah ...(8)... di rumahnya, kami membantu ibunya mencuci luka-luka kecil di bahagian muka, tangan, dan kaki kanak-kanak itu. Rohaizat tersengih-sengih ...(9)... kepedihan akibat disapu ubat di bahagian luka tersebut. Sebelum kami beredar dari rumah Rohaizat, ibunya menjamu kami dengan cempedak goreng dan air oren. Kami ...(10)... gembira kerana dapat menolong anak jiran kami yang dalam kesusahan. Rohaizat pula tersenyum seraya mengucapkan terima kasih kepada kami.
  • 2. 2 CERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan. Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. lelaki kecil peralatan menahan barang mengutip menghidangi pondok mempelawa pulang SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN Saya dan kawan-kawan saya menuju ke …(1)… perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar Sitiawan, Manjong. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang …(2)… tua. Dengan tidak semena- mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua …(3)… yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka ...(5)... sahaja. Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah. Dia ...(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya kepadanya. Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku-buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan. Saya melangkah dengan hati yang gembira.
  • 3. 3 CERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya. Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. mencadangkan selamat terselamat meletakkan bersendirian berkelah bergegas seorang mengikut gembira HAMPIR MENGUNDANG PADAH Pada hari minggu yang lalu, aku, Selvam, dan Tee Khai pergi ...(1)... di Hutan Lipur Lata Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak Darul Ridzuan. Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian. Setelah sampai di destinasi, kami ...(2)... barang-barang di sebuah pondok yang disediakan. Kami mandi-manda dengan ...(3)... sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang yang mandi. Selvam ...(4)... kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu, ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Selvam dan Tee Khai tidak memperdulikannya. Aku tidak mahu ...(5)... mereka ke tempat tersebut. Aku ...(6)... mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam dan arusnya juga tidak berapa deras. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat yang tohor ini lebih ...(7)... kerana aku tidak pandai berenang. Tiba-tiba, aku terdengar suara Selvam menjerit meminta tolong. Aku ...(8)... ke arahnya, aku lihat Selvam sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada ...(9)... pemuda di situ, dia segera bertindak untuk menyelamatkan Selvam. Selvam berasa amat bersyukur kerana ...(10)... daripada lemas di dalam sunagai itu. Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu... detik hati kecilku.
  • 4. 4 SITUASI ATAU KEPERIHALAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke tempat-tempat bersejarah yang dianjurkan oleh pihak sekolah kamu semasa cuti pertengahan tahun yang lalu. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai program Lawatan Sambil Belajar itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. peluang makam menikmati berjalan mengubati menjamu melihat berangkat tentera sejarah PENGALAMAN SEMASA MENYERTAI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa aktiviti lawatan ini, kita banyak memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, banyak ...(1)... luas pengalaman. Pada cuti pertengahan tahun yang baru lalu, saya berpeluang melawat ke negeri Melaka. Tujuan lawatan adalah untuk …(2)… kesan-kesan peninggalan sejarah penjajah di kota itu. Para pelancong juga masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan …(3)… tersebut. Semasa saya berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan ...(4)... untuk melawat kota “A Farmosa”. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan ...(5)... Portugis ketika itu. Selepas makan tengah hari, saya melawat ...(6)... pahlawan-pahlawan Melaka, antaranya adalah makan Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat Perigi Hang Tuah. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat ...(7)... pelbagai jenis penyakit. Pada sebelah malamnya, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk …(8)… keenakan ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di kota penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, banyak pelancong asing yang turut menikmati keindahan malam di Melaka sambil ...(9)... selera. Kira-kira pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan ...(10)... pulang. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah peroleh. Saya juga sedar bertapa pentingnya menjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda akan datang.
  • 5. 5 SITUASI ATAU KEPERIHALAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya. Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kumpulan sibuk berkumpul kerja bersatu ikatan balai kelihatan sempena menjayakan PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah ...(2)... di luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis. Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya. Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)... hati menjayakan program gotong-royong ini. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah. Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)... silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.
  • 6. 6 SITUASI ATAU KEPERIHALAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat daerah. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai pertandingan tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. tekad menemani terlupa penonton pentas debaran lancar mewakili gugup berasa PENGALAMAN SEMASA MENYERTAI PERTANDINGAN BERCERITA Saya berasa gembira kerana terpilih untuk ...(1)... sekolah dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat daerah. Setiap hari saya berlatih dengan bersungguh-sungguh. Cikgu, kawan-kawan, dan ibu bapa saya memberi perangsang kepada saya. Pada hari pertandingan, saya …(2)… gementar. Tambahan pula, inilah kali pertama saya menyertai pertandingan bercerita. Cikgu Jamaliah, guru yang …(3)… saya sentiasa memberikan perangsang dan semangat. Semasa saya naik ke atas ...(4)... untuk menyampaikan cerita tersebut, saya berasa gugup. Hal ini demikian kerana saya terpaksa berhadapan dengan ...(5)... yang banyak. Ratusan mata bertumpu kepada saya. Bukan mudah untuk bercakap di khalayak ramai. Namun begitu, saya menguatkan ...(6)... dan semangat. Berbekalkan kata-kata perangsang daripada Cikgu Jamaliah, akhirnya saya dapat menghilangkan perasaan ...(7)... dan darah gemuruh itu. Saya berjaya mengawal perasaan saya sendiri. Dalam pada itu, saya dapat menyampaikan isi cerita saya dengan ...(8)... dan bertenaga. Walaupun ada kalanya saya ...(9)... akan fakta-faktanya, namun kelemahan itu dapat diatasi juga. Setelah selesai pertandingan, semua peserta berdebar-debar menanti keputusan. Masa yang kami tunggu-tunggu telah tiba, ...(10)... makin memuncak. Apabila nama saya diumumkan sebagai johan, saya terpaku kerana tidak menyangka saya akan memenangi pertandingan itu.
  • 7. 7 FAKTA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur, tidak kira lelaki mahupun wanita. Bincangkan kebaikan yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kemudahan terjebak cergas membentuk semangat harian kegiatan diingini penting lemah BERSUKAN MENJAMIN KESIHATAN Bersukan merupakan satu daripada kegiatan yang ...(1)... dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan mudah dihinggapi oleh pelbagai penyakit. Bersukan ada beraneka jenis. Antara ...(2)... sukan ialah olahraga, renang, bola jaring, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi ...(3)... dan kuat dengan bersukan. Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak ...(4)... telah tersedia. Hal ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Tabiat ini tidak baik. Sikap ini akan memudaratkan diri kita. Badan kita akan menjadi ...(5)... dan mudah terkena penyakit. Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat ...(6)... sifat-sifat yang mulia seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan ...(7)... ingin berjaya. Malah, dengan bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita. Selain membentuk sikap mulia, sukan juga dapat menghindarkan diri daripada ...(8)... dalam gejala yang tidak ...(9)... seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya muda-mudi. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti ...(10)... kita. Dengan bersukan, kita memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan sihat otak cerdas.
  • 8. 8 FAKTA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. diasuh diperoleh dimanfaatkan khazanah meneroka ruang rujukan selesa proses bantu PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku- buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita. Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga murid-murid ...(5)... berkomunikasi lisan secara ilmiah. Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu ini boleh ...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat membantu menarik minat murid-murid untuk ...(7)... ilmu. Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia anda.
  • 9. 9 FAKTA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah berkebun. Tuliskan faedah-faedah berkebun. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. melepak menambah pengalaman menampung aktiviti menyihatkan diperoleh kebaikan dibahagikan melakukan FAEDAH-FAEDAH BERKEBUN Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah berkebun. Berkebun pula boleh ...(1)... kepada beberapa kategori. Antaranya ialah berkebun sayur-sayuran atau berkebun bunga. Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh ...(2)... badan. Semasa menjalankan ...(3)... berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini baik untuk kesihatan mental dan fizikal. Di samping itu, berkebun dapat menghindarkan kita daripada ...(4)... perkara yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti ...(5)..., berpeleseran, dan aktiviti yang kurang sihat. Masa senggang kita tidak terbuang begitu sahaja. Pengetahuan dan ...(6)... kita akan bertambah dengan berkebun. Kita dapat mengetahui pelbagai teknik dalam bidang pertanian. Ini boleh ...(7)... melalui kerja-kerja membuat batas, menabur baja, dan menanam anak benih. Selain itu, berkebun juga boleh ...(8)... ekonomi kita. Apabila tanaman kita mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk …(9)… perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya. Sebagai kesimpulan, berkebun memang mendatangkan banyak ...(10)... kepada kita. Oleh itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah.
  • 10. 10 PERIBAHASA (BENTUK CERITA) Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa ‘Bagai Aur dengan Tebing’. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul. berat berbincang impian keyakinan menghadapi menafikan dikongsi amalan cerdas kerumitan BAGAI AUR DENGAN TEBING Peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ bermaksud saling menolong antara satu dengan yang lain. Peribahasa ini boleh dijadikan ...(1)... dalam kehidupan seharian. Amalan tolong- menolong ini juga dapat mewujudkan suasana muhibah dalam masyarakat. Jika kita berpegang dan mengamalkan peribahasa ini, sebarang masalah dan ...(2)... yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah. Kerja yang ...(3)... akan menjadi ringan, perkara yang susah akan menjadi mudah. Impian akan menjadi kenyataan. Dua orang sahabat tinggal di sebuah taman perumahan. Persahabatan mereka begitu intim, segala masalah dalam pelajaran ...(4)... bersama. Kedua-duanya tidak kedekut ilmu. Mereka saling membantu jika menghadapi masalah. Gembira sama gembira, enak sama dirasa. Berjaya adalah ...(5)... mereka. Mereka sering menghabiskan masa dengan ...(6)... dan mengulang kaji pelajaran. Walaupun kedua-duanya ulat buku tetapi mereka juga gemar bermain badminton. Kesihatan amat perlu kerana minda yang ...(7)... datangnya dari badan yang cergas. Persediaan dua orang sahabat ini bagi ...(8)... UPSR sudah cukup mantap. Semasa menduduki perepiksaan, mereka menjawab semua soalan dengan tenang dan penuh ...(9).... Apabila keputusan UPSR diumumkan, kedua-duanya telah berjaya dengan cemerlang. Mereka berjaya memperoleh 5A. Kesimpulannya, peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ telah membuktikan kepada kita bahawa konsep kerjasama telah membuahkan kejayaan. Kita juga tidak dapat ...(10)... bahawa peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan dan seharusnya dijadikan ikutan.
  • 11. 11 PERIBAHASA (BENTUK CERITA) Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Tuliskan suatu karangan cerita berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. belajar menjadi menyuntik bijak video berasa dicipta perahu berfikir menyesal SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik. Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian. Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat. Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi sudah ...(7)... bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan …(8)… terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak …(9)… boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya. Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)... membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia.
  • 12. 12 PERIBAHASA (BENTUK CERITA) Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa “Di mana Ada Kemahuan, Di situ Ada Jalan”.. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. berusaha meneroka disingkir ikhtiar sinonim bersemangat dilakukan berusaha landasan memastikan DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” peribahasa ini bermaksud, jika kita mahu melakukan sesuatu, walau bagaimana sukar sekalipun pekerjaan itu, kita tetap ...(1)... untuk melaksanakannya. Peribahasa ini ...(2)... dengan peribahasa “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Contohnya, jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. Bukan setakat berusaha tetapi ...(3)... kejayaan menjadi miliknya. Begitu juga halnya jika seseorang murid itu gagal dalam peperiksaan. Dia mesti …(4)… dengan lebih gigih dan tabah. Kegigihan dan ketabahan usahanya itulah yang akan menjanjikan kejayaan buat dirinya. Sepatutnya kegagalan itu dijadikan ...(5)... dan motivasi bagi mencipta kejayaan pada masa hadapan. Sebenarnya, kepayahan dan kegagalan masa lalu juga dapat dijadikan penggerak untuk …(6)… puncak kejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa. Usaha dan …(7)… yang maksimum tentunya dapat merealitikan fantasi. Sehubungan dengan itu, seseorang yang benar-benar mahu menebus sesuatu kegagalan, akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Jika dia kurang ...(8)..., maka berbagai-bagai alasan akan diberikan. Untuk berjaya, segala alasan mesti ...(9)..., usaha dan ikhtiar perlu diteruskan. Kesimpulannya, peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” mampu mengingatkan kita bahawa sesuatu pekerjaan yang sukar akan berhasil jika ...(10)... dengan bersungguh-sungguh. Usaha yang gigih, pasti menjanjikan kejayaan.
  • 13. 13 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pada cuti penggal yang lalu, anda berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands. Anda ingin menceritakan pengalaman percutian anda itu kepada salah seorang rakan anda. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menceritakan percutian anda itu kepadanya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul. gembira percutian melawat bungkus menarik berada berjumpa diingati berasa menyambut PENGALAMAN BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS No. 36, Jalan Bunga Raya, Taman Intan Emas, 43300 Balakong, Selangor Darul Ehsan. 7 Januari 2006. Ke hadapan sahabatku Norhamdan yang ...(1)... selalu, semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat. Saudara, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat ...(2)... Tahun Baru 2006. Apa azam saudara pada tahun ini? Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman ...(3)... saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu. Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa …(4)… di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang …(5)… ladang teh, Taman Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, ladang limau, ladang bunga, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata. Tempat yang paling ...(6)... hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ saya berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberap …(7)… buah strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Highlands sejuk. Saya …(8)… seolah-olah saya berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu ...(9)... dapat bercuti di sana. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat ...(10)... lagi. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, Shahidan Firdaus
  • 14. 14 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kejayaan membaca sedih sempena bidang kagum berazam diselitkan salam diingati SURAT MENYATAKAN UCAPAN TAHNIAH No. 5, Jalan Budi 1, 25/21A, Taman Sri Muda, 46000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 12 Januari 2006. Menemui sahabatku Alia Farhana yang ...(1)... selalu, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat. Saudari, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas ...(2)... cemerlang saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat kebangsaan ...(3)... sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya mengetahui berita ini melalui akhbar Berita Harian. Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah …(4)… esei saudari dalam majalah Mekar. Esei itu sungguh menarik dan mencuit hati. Jalan ceritanya ada …(5)… babak humor dan saspens. Sesungguhnya, saya ...(6)... akan hasil penulisan saudari yang bertajuk “Tekal Menempuh Hidup”. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang ...(7)... dan menyayat hati. Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam …(8)… penulisan ini. Saya ...(9)... untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti. Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan ...(10)... saya kepada keluarga saudari. Saya yang benar, NurliyanaHusna
  • 15. 15 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kawan telah menerima hadiah daripada seorang kawan kamu yang telah berpindah sekolah. Hadiah itu adalah sempena ulang tahun kelahiran kamu baru-baru ini. Tulis sepucuk surat untuk menyatakan terima kasih kamu kepadanya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. menulis kekal menjalin setahun tatapan menerima menarik tercatat tatkala semoga SURAT MENYATAKAN UCAPAN TERIMA KASIH 105A, Taman Permai Jaya, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. 14 MAC 2006. Ke hadapan sahabatku Hazirah yang berada di Taman Medan, Petaling Jaya. Apa khabar saudari sekarang? Saya dan seisi keluarga di sini, sihat-sihat sahaja. Harapan saya, ...(1)... saudari juga dalam situasi yang menggembirakan. Tujuan saya ...(2)... surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana hadiah yang saudari kirimkan tempoh hari. Saya berasa amat gembira ...(3)... hadiah tersebut. Saudari masih ingat akan tarikh lahir saya walaupun sudah hampir …(4)… kita berpisah. Saya juga berdoa semoga persahabatan kita akan …(5)… untuk selama-lamanya. Bak kata pepatah, “biar jauh di mata tetapi dekat di hati”. Novel yang saudari hadiahkan itu sangat …(6)… ceritanya. Jalan ceritanya pula ada diselitkan unsur saspens, humor, seram, dan sedih. Saya sungguh terhibur ...(7)... meniti baris- baris ayat dalam novel itu. Apabila saya berada di babak-babak lucu, saya ketawa sendirian. Cogan kata “Kenang Daku Dalam Doamu” yang ...(8)... pada buku novel tersebut sungguh dalam pengertiannya. Saya akan jadikan cogan kata itu sebagai mutiara kata yang akan ...(9)... persahabatan kita hingga ke akhir hayat. Semoga persahabatan ini akan berkekalan. Setakat ini dahulu yang dapat saya coretkan buat ...(10)... saudari. Akhir kata, sambutlah salam mesra untuk saudari sekeluarga di sana. Sekian, terima kasih. Saya yang ikhlas, Nur Fadhilah
  • 16. 16 SURAT KIRIMAN RASMI Kawasan tempat tinggal anda sering mengalami gangguan bekalan air. Anda sebagai pengguna berasa kurang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Anda hendak membuat aduan tentang masalah tersebut. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah gangguan bekalan air itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. berlaku ucapkan gangguan bimbang aktiviti mengatasi sering berharap rendah puncak SURAT GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH 305, Blok Persiaran Damai, Jalan Cenderawasih 6/8A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya. Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor, Cawangan Petaling Jaya, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 46050 Petaling Jaya. 5 Januari 2006. Tuan, Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana Saya mewakili penduduk pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat pengaduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang rendah sering ...(1)... di kawasan kediaman kami sejak akhir-akhir ini. 2. Masalah ketiadaan bekalan air bersih ...(2)... berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu. Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan ...(3)... seharian seperti mandi, membasuh, dan memasak. 3. Tekanan air yang sangat ...(4)... juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini sukar untuk mendapatkan air. Air yang mengalir terlalu kecil dan sangat sedikit. Pada masa-masa tertentu air langsung tidak mengalir, terutamanya ketika air digunakan secara ...(5)... waktu pagi. 4. Selain itu, setiap kali selepas berlakunya ...(6)... bekalan air, kami mendapati bahawa air yang disalurkan tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru itu, kami berasa ...(7)... penggunaan air tersebut akan menjejaskan kesihatan penduduk di sini. 5. Sehubungan dengan itu, kami ...(8)... agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk ...(9)... masalah ini. Kami berharap agar masalah ini akan segera berakhir. Atas kerjasama daripada pihak tuan, kami ...(10)... terima kasih. Sekian. Saya yang benar, Samsuri Kamaruddin (SHAMSURI BIN KAMARUDDIN) Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara, Petaling Jaya.
  • 17. 17 SURAT KIRIMAN RASMI Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. sejak suasana segala ucapan cuaca aduan tindakan segera keadaan lampu SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Ketua Kelas. Tahun Enam Bestari, SK Sungai Tungku, 36000 TELUK INTAN. Guru Besar, SK Sungai Tungku, 36000 TELUK INTAN. 14 Januari 2006. Tuan, ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Dengan ...(1)... hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu …(2)…. Aduan saya ialah tentang kerosakan …(3)… dan kipas angin di kelas kami. 3. Untuk pengetahuan tuan, kerosakan ini berlaku ...(4)... awal tahun. Perkara ini telah menimbulkan ...(5)... kelas yang kurang selesa. Perkara ini amat dirasai pada awal pagi dan pada waktu tengah hari. 4. Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika …(6)… mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula menyebabkan …(7)… dan iklim di dalam kelas yang kurang selesa. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. 5. Harapan saya agak pihak sekolah dapat mengambil ...(8)... yang sewajarnya. Semoga kesulitan yang kami alami, akan ...(9)... berakhir. Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ...(10)... terima kasih. Sekian. Saya yang benar, Rizalman (RIZALMAN BIN KHUSAIRI) Ketua Kelas, Tahun Enam Bestari.
  • 18. 18 SURAT KIRIMAN RASMI Pasukan lari berganti-ganti sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di sebuah sekolah. Sebagai Setiausaha Persatuan Olahraga, tulis sepucuk surat untuk menyatakan persetujuan menyertai acara tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. menerima pasukan temasya ucapkan mampu perkara lumba menyertai bertanding kejohanan SURAT PERSETUJUAN MENYERTAI ACARA LARI BERGANTI-GANTI Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor, 36800 Kampong Gajah, PERAK DARUL RIDZUAN. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Changkat Lada, 36800 KAMPONG GAJAH. 21 Februari 2006. Tuan, Persetujuan Menyertai Acara Lari Berganti-ganti Antara Sekolah Dengan segala hormatnya, saya merujuk ...(1)... di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya …(2)… atas undangan untuk …(3)… Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-21 pada tahun ini. 3. Sehubungan dengan itu, kami dengan rasa besar hati ...(4)... undangan tersebut. Kami akan menyertai ...(5)... olahraga pada 24 Februari 2005 itu nanti. 4. Sekolah kami akan diwakili oleh dua ...(6)... bawah umur 12 tahun. Kami juga akan menghantar pasukan bagi kategori lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan tersebut akan ...(7)... dalam acara 4 x 100 meter ...(8)... lari berganti-ganti. 5. Kami berharap agar penyertaan pasukan kami dapat memeriahkan ...(9)... sukan sekolah tuan. Justeru, diharapkan kejohanan ini …(10)… melahirkan bakat-bakat baharu yang berpotensi. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, Aiman Shamsuddin (AIMAN BIN SHAMSUDDIN) Setiausaha Persatuan Olahraga, Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor.
  • 19. 19 CATATAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan beberapa peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. menjadikan pengantin paluan perjalanan kelihatan disambut kenduri hidangan membekalkan membantu CATATAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KENDURI KAHWIN SABTU, 28 JANUARI 2006 6.00 pagi Saya bangun lebih awal kerana hendak pergi ke Taman Medan, Petaling Jaya. Pada hari ini, pak long saya akan melangsungkan …(1)... perkahwinan anak perempuan sulungnya. Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak ke destinasi. 7.30 pagi Tepat pada pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke Petaling Jaya. Cuaca cerah pada pagi itu. Keadaan jalan raya yang kurang sibuk ...(2)... perjalanan ke rumah pak cik menyeronokkan. Sepanjang ...(3)... kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sebak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Meru. 11.00 pagi Kami tiba di Taman Medan. Kami …(4)… oleh Pak Cik Hamdan dengan penuh kegembiraan. Kami berbual-bual dengan Pak Cik Hamdan dan Mak Cik Halimah. Kemudian, kami ke bilik …(5)… untuk memberi hadiah kepada sepupu saya, Kakak Norhayati. 12.00 tengah hari Para jemputan telah membanjiri ...(6)... tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut membantu melayan para tetamu yang hadir. Saya mengangkat ...(7)... untuk para tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni. 2.00 petang Rombongan pengantin lelaki tiba. Pengantin lelaki diarak dengan ....(8)... kompang. Kemudian, kedua-dua pengantin menikmati hidangan “Makan Beradab” bersama-sama keluarga terdekat. Kakak Norhayati dan suaminya ...(9)... sama cantik dan sama padan seperti pinang dibelah dua. 5.00 petang Kami bersalam-salaman dengan Pak Cik Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Cik Halimah ...(10)... lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kakak Norhayati dan suaminya memberitahu kami bahawa mereka akan bertandang ke rumah kami pada minggu hadapan.
  • 20. 20 CATATAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. perutusan sambutan ucapan jamuan drama cerah sukaneka juadah antara dimulakan CATATAN SAMBUTAN HARI GURU 2005 JUMAAT, 20 MEI 2005 7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2005. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga …(1)… pada hari itu. 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ...(2)... daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca ...(3)... Datuk Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Utusan Ketua Pengarah Pelajaran Perak pula dibacakan oleh Puan Rohaya Karim 8.45 pagi Sukaneka ...(4)... dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari kasut gergasi pula dijalankan. Perlawanan bola jaring turut diadakan ...(5)... murid dan guru. 9.45 pagi Persembahan …(6)… Hari Guru 2005 dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan …(7)… yang berjudul “Guru Agung”. 11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati ...(8)... yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki tangan sekolah, dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua ...(9)... yang tersedia membuka selera kami. 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara …(10)… mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu.
  • 21. 21 CATATAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat daerah. Tuliskan catatan lengkap tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. bertumpu peserta mendapat bangga menerangkan dinobatkan menikmati mengambil ditonjolkan kehadiran CATATAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK SABTU, 22 APRIL 2006 8.00 pagi Murid-murid mula memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru dan Yang Dipertua PIBG serta para peserta masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah …(1)... tempat. Pegawai Pendidikan Daerah Shah Alam juga tiba untuk merasmikan majlis hari itu. 8.20 pagi Aku selaku Pengerusi Persatuan Bahasa dan Budaya mengalu-alukan ...(2)... para jemputan. Ketua hakim ...(3)... syarat-syarat pertandingan. Sistem pengadilan pula dinilai berdasarkan aspek kesesuaian tema, kelancaran, dan gaya persembahan. 8.45 pagi Semua yang hadir …(4)… ke tempat pertandingan. Pertandingan bermula, seramai 30 peserta akan mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan. Ada antara …(5)… yang menyampaikan sajak dengan penuh bersemangat. 11.30 pagi Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Shah Alam menyampaikan ucapan penutup. Beliau ...(6)... dan berpuas hati dengan bakat yang ...(7)... pada pertandingan kali ini. Sementara itu, peserta-peserta pertandingan menanti keputusan dengan penuh debaran. 11.45 pagi Keputusan diumumkan. Fadzli bin Shamsuri ....(8)... sebagai juara mendeklamasikan sajak. Siti Azlina binti Ahmad ...(9)... tempat kedua dan Mohd Zaki bin Zainuddin di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi MGB Daerah Shah Alam, Tuan Haji Sharifuddin bin Masruni. 11.55 pagi Majlis bersurai. Tetamu dijemput ...(10)... jamuan di bilik khas. Guru Besar menepuk-nepuk bahuku. Beliau berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah aku laksanakan. Guru penasihat persatuan tersenyum memerhatikan telatah kami.
  • 22. 22 BERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Majlis sambutan Hari Keluarga telah diadakan di tempat kamu. Sebagai pemberita, kamu diminta menulis berita tentang hari tersebut untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. memenangi mengadakan menganyam diperuntukkan mengeratkan mengukur merancang memeriahkan menjalin mengutip SAMBUTAN HARI KELUARGA KEMAMAN, 18 Februari 2006 – Sempena ulang tahun penubuhan Dewan Serbaguna Kemaman, penduduk di kawasan itu ...(1)... Hari Keluarga. Hari Keluarga itu diadakan di padang bola sepak, bersebelahan dengan dewan tersebut. Acara sambutan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Tujuan Hari Keluarga tersebut diadakan adalah untuk ...(2)... hubungan antara penduduk tempatan. Semua kaum terlibat menjayakan program Hari Keluarga ini. Penglibatan semua kaum ini dapat ...(3)... semangat perpaduan dan semangat kejiranan. Pelbagai acara diadakan untuk ...(4)... lagi hari tersebut. Acara untuk kanak-kanak ialah ...(5)... wang syiling dalam tepung, makan buah epal dan berjalan dengan menggunakan kasut tempurung kelapa. Semua yang terlibat dalam pertandingan itu berusahabersungguh-sungguh untuk merebut gelaran juara. Para remaja pula menyertai acara memancing, …(6)… ketupat dan lumba basikal. Bagi orang dewasa pula, mereka menyertai acara tarik tali, …(7)… kelapa dan membelah kayu getah. Semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan yang sungguh baik. Setelah selesai aktiviti sukan, cabutan nama bertuah pula dijalankan. Sebanyak 24 hadiah telah ...(8)... oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu disumbangkan oleh Ahli Dewan Rakyat Kawasan Kemaman. Mereka yang berjaya ...(9)... hadiah tersenyum lebar pada hari itu. Setiap peserta juga menerima hadiah sagu hati berupa sehelai baju-t dan pemegang kunci. Pihak penganjur ...(10)... akan mengadakan sambutan seperti itu lagi pada tahun hadapan.
  • 23. 23 BERITA 2 Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. pameran bacaan istimewa melukis menyertai menerima bercerita dirasmikan kategori memupuk BERITA PAMERAN BUKU 2005 KOTA BHARU, 25 Disember – Suatu pameran buku telah diadakan pada 24 Disember 2005 bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa. Pameran ini telah ...(1)... oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abdul Rashid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak syarikat dan kedai buku ...(2)... pameran ini. Pameran yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis bahan ...(3)... dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku rujukan, dan majalah. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan ...(4)... minat membaca di kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, ...(5)... itu juga merupakan satu daripada langkah untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah. Sempena pameran buku ini, pertandingan …(6)… dan melukis turut diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu manakala satu …(7)… lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua. Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk ...(8)... disediakan bagi kedua-dua kategori pertandingan. Para pemenang akan ...(9)... hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka. Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga ...(10)... sehingga 50%. Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak berpuas hati dengan kejayaan pameran pada kali ini.
  • 24. 24 BERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Sekolah kamu telah memenangi pertandingan bola sepak peringkat daerah. Kamu dikehendaki menulis berita tentang pertandingan bola sepak tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. serba memukau rancak mewakili daerah anugerah diadakan dipilih tempat utama SK AMINUDDIN BAKI MENJULANG PIALA BATANG PADANG, Ahad, 27 Februari – Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki (SKAB), Slim River menjadi juara pertandingan bola sepak ...(1)... Batang Padang Tahun 2006. Sekolah tersebut menewaskan Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana (SKDK), Tapah, tiga jaringan berbalas dua, petang semalam. Perlawanan akhir itu ...(2)... di Kompleks Sukan Daerah Batang Padang. Pada perlawanan kali ini, pasukan SKAB berpakaian merah kuning manakala pasukan SKDK pula berpakaian ...(3)... biru. Penyerang ...(4)... SKAB, Azizul Salleh tidak diturunkan kerana cedera. Pemain harapan pasukan tersebut, Zulkifli Hanapiah menggantikan ...(5)... Azizul. Zulkifli membuktikan kejaguhannya apabila berjaya membolosi dua gol gawang lawan pada perlawanan tersebut. Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang ...(6)... dan menarik. Aksi-aksi cemas di pintu gol kedua-dua pasukan ...(7)... para penonton. Para penonton juga memberikan galakan dan sokongan kepada kedua-dua pasukan tanpa berbelah bagi. Samsul Abdul Rahmat dari SKDK memenangi ...(8)... Kasut Emas. Samsul telah menjaringkan lapan gol, dia juga merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut. Zulkifli Hanapiah pula ...(9)... sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang, Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad. Pasukan SKAB akan ...(10)... daerah Batang Padang ke pertandingan peringkat negeri pada 26 Mac akan datang. Perlawanan akan diadakan di Stadium Ipoh, Perak.
  • 25. 25 LAPORAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Andaikan kamu sebagai Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik di sekolah kamu. Kamu diminta menulis laporan tentang mesyuarat bilangan pertama untuk Tahun 2006 . Tulis laporan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. tahunan berjaya bercadang ditangguhkan kejayaan sekolah dijalankan disenaraikan utama menyertai LAPORAN MESYUARAT BILANGAN PERTAMA PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 2006 Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan mesyuarat bilangan pertama pada 12 Januari 2006 yang lalu. Objektif ...(1)... mesyuarat ini ialah untuk merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Tahun 2006. Aktiviti pertama yang ...(2)... ialah pengambilan anggota baharu bagi Tahun 2006. Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pengambilan kali ini. Mulai Tahun 2006, yuran penggal persatuan telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan. Yuran ...(3)... telah menjadi RM10.00 bagi setiap orang anggota persatuan ini. Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah disenaraikan. Aktiviti tersebut ialah persediaan murid-murid untuk ...(4)... Kuiz Sains dan Kuiz Matematik di peringkat daerah. Kuiz ini adalah dalam bentuk kumpulan yang mengandungi tiga orang peserta bagi setiap kategori. Memilih seorang wakil ...(5)... untuk menyertai pertandingan Kuiz Sains Angkasa dan seorang wakil sekolah untuk menyertai pertandingan Kira Cepat. Semua pertandingan bermula di peringkat kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan. Pada tahun lepas, peserta yang mewakili Kuiz Sains hanya ...(6)... memperoleh tempat ketiga di peringkat daerah. Peserta yang mewakili Kuiz Matematik dan Kuiz Sains Angkasa hanya mendapat hadiah saguhati di peringkat kelompok. Pencapaian yang membanggakan sekolah ialah ...(7)... peserta Kira Cepat yang menjadi johan di peringkat negeri. Setelah itu, persatuan juga ...(8)... untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar untuk menambah pengalaman para peserta. Antara tempat yang telah ...(9)... dan dipersetujui secara majoriti oleh anggota persatuan ialah Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara. Mesyuarat ...(10)... pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak. Laporan disediakan oleh, 18 JANUARI 2006. Siratjuddin Siratjuddin Mohd Nazari (SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI) Setiausaha, Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor.
  • 26. 26 LAPORAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. mendirikan berehat mengadakan bertolak ceramah patrol tamat diarahkan ditetapkan anggota LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUNGKU Pada hari Jumaat, 10 Mac 2006 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan telah ...(2)... perkhemahan pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Di lokasi perkhemahan, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak. Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan ...(6)... selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik dengan pengawasan guru-guru pengiring. Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ...(7)... diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”. Ceramah ini …(8)… pada pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami masuk ke khemah masing- masing untuk berehat dan tidur. Ahad, 12 Mac 2006, berakhirlah perkhemahan anggota pengakap pada kali ini. Kira-kira pukul 2.30 petang, kami ...(9)... supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat perkhemahan. Setengah jam kemudian, kami ...(10)... meninggalkan Teluk Batik untuk pulang ke rumah masing-masing. Laporan disediakan oleh, 20 Mac 2006. Shafiq Nabil (SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku.
  • 27. 27 LAPORAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu dan rakan-rakan kamu telah menyertai rombongan sambil belajar, melawat ke sebuah kilang. Tuliskan suatu laporan tentang lawatan kamu itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. berisi kosmetik manfaat bauan dipanaskan terletak disalurkan lawatan disejukkan seramai Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang UNITATA, Hutan Melintang, Perak Pada 27 Mei 2006, ...(1)... 40 orang anggota Persatuan Sains, SK Raja Muda Musa, Teluk Intan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang menghasilkan barangan daripada minyak kelapa sawit. Kilang tersebut ialah UNITATA yang …(2)… di Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan. Di kilang itu, kami dibawa melihat tangki …(3)… minyak kelapa sawit yang belum diproses. Minyak ini ditapis dan …(4)… untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis minyak. Antara minyak yang dihasilkan termasuklah minyak masak dan marjerin. Minyak kelapa sawit tersebut ...(5)... ke bahagian-bahagian yang tertentu. Misalnya, minyak untuk menghasilkan marjerin disalurkan ke sebuah loji khas. Selepas itu, bahan-bahan seperti vitamin, pewarna, dan garam cecair akan dicampurkan sehingga sebati. Campuran ini akan ...(6)... dan ditinkan. Dengan itu, marjerin sudah sedia untuk dipasarkan. Bagi menghasilkan barangan ...(7)... seperti sabun, pelembab kulit, dan pencuci muka, loji yang lain pula digunakan. Kawasan loji ini menerbitkan ...(8)... dan aruma yang harum. Lawatan ini banyak memberikan ...(9)... kepada kami. Pada tahun hadapan, kami berharap agar dapat mengadakan ...(10)... ke tempat-tempat yang lain pula. Laporan disediakan oleh, 12 Jun 2006. Siti Nurul Aisah (SITI NURUL AISAH BINTI ISHAK) Setiausaha Persatuan Sains, SK Raja Muda Musa, Teluk Intan.
  • 28. 28 DIALOG Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Rakan anda terpilih sebagai peserta terbaik semasa sukan tahunan sekolah yang lalu. Anda berdua berbual-bual tentang kejayaan rakan kamu itu. Tulis perbualan kamu dengan rakan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. gigih sumber mengutip tumpuan menjadi berbual terpilih dinobatkan negara kunci SEKETIKA BERSAMA SEORANG JUARA Saya sedang berbual-bual dengan seorang rakan saya yang telah ...(1)... sebagai Olahragawan Terbaik Sukan Tahunan Olahraga 2006. Yang berikut adalah perbualan saya dengan rakan saya. Halim : Tahniah, Muthu! Akhirnya kamu berjaya juga ...(2)... olahragawan sekolah pada kali ini. Muthu : Terima kasih, Halim. Saya benar-benar gembira. Sebenarnya, saya langsung tidak menduga bahawa saya ...(3)... sebagai olahragawan sekolah dalam Sukan Tahunan Olahraga pada tahun ini. Halim : Bagi saya, kejayaan kamu bukanlah sesuatu yang di luar dugaan. Kamu ...(4)... berlatih dan berusaha bersungguh-sungguh. Cikgu Roy, guru rumah sukan kita juga maklum akan hal itu. Tambahan pula, kamu banyak ...(5)... pingat emas untuk pasukan kita. Muthu : Kejayaan ini adalah kejayaan semua sebenarnya. Guru-guru dan rakan-rakan banyak memberi sokongan dan perangsang kepada saya. Itulah sebenarnya ...(6)... utama kejayaan saya. Halim : Tetapi, kesungguhan kamu adalah ...(7)... kejayaan tersebut. Saya tahu bahawa kamu memang berminat dalam lapangan sukan dan menjadi atlet ...(8)... suatu hari nanti. Semoga kejayaan ini merintis cita-cita kamu itu di masa hadapan. Muthu : Harap-harapnya begitulah. Memang saya minat akan sukan. Namun demikian, buat masa sekarang, saya harus mendahulukan bidang akademik. Saya mesti memberi ...(9)... sepenuhnya kepada pelajaran. Halim : Marilah kita ke kantin. Saya belanja kamu hari ini atas kejayaan kamu itu. Di situ nanti bolehlah kita ...(10)... lebih panjang lagi. Muthu : Baiklah, terima kasih kerana kamu sudi belanja saya makan.
  • 29. 29 DIALOG Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di hospital, kamu ingin tahu tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. melawat perjalanan basikal menjenguk menghantar bantuan menjalani terlantar seluruh kemalangan PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG TERLANTAR DI HOSPITAL Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Yang berikut adalah perbualan kami. Ramli : Apa khabar, Karim? Karim : Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini. Ramli : Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku? Karim : Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman. Ramli : Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku? Karim : Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya putus dua. Sungguh dasyat kemalangan tersebut. Ramli : Apakah kecederaan yang awak alami? Karim : Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya mengalami luka dan calar-balar. Ramli : Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital? Karim : Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan ...(9)... sebuah van yang lalu ketika kemalangan itu berlaku. Ramli : Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah. Karim : Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan sekelas kita. Ramli : Sama-sama. Baiklah, salam kamu saya akan sampaikan apabila ke sekolah nanti.
  • 30. 30 DIALOG Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu seorang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki menemu ramah Guru Besar sekolah kamu untuk mendapatkan maklumat tentang program menceriakan kawasan sekolah. Tuliskan temu ramah kamu dengan Guru Besar sekolah kamu itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kawasan terlibat tugasan sikap mewakili program turut galakan menyumbang suasana TEMU RAMAH DENGAN GURU BESAR TENTANG PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH Saya berpeluang menemu ramah Guru Besar sekolah saya dan bertanyakan tentang ...(1)... menceriakan sekolah. Yang berikut ialah perbualan saya dengan Guru Besar. Lidora : Selamat pagi, cikgu. Guru : Selamat pagi. Boleh saya bantu awak? Lidora : Saya Lidora Eliana ...(2)... Majalah Mutiara sekolah ini. Saya ingin menemu bual cikgu tentang rancangan cikgu bagi menceriakan kawasan sekolah. Guru : Boleh, apa salahnya. Lidora : Cikgu, apakah tujuan utama program menceriakan ...(3)... sekolah ini? Guru : Sebenarnya, saya telah pun merancang dan menyusun beberapa aktiviti bagi menceriakan kawasan sekolah. Antara tujuannya ialah untuk mewujudkan ...(4)... “Sekolah Dalam Taman”. Lidora : Siapakah yang ...(5)... menjayakan program “Sekolah Dalam Taman” ini? Guru : Semua guru dan murid-murid terlibat dalam menjayakan program ini. Seluruh warga sekolah digalakkan …(6)… tenaga, idea, dan wang ringgit. Kita juga berusaha untuk mendapatkan penaja kepada program ini. Lidora : Bagaimanakah program ini dilaksanakan? Guru : Saya telah mengagihkan ...(7)... dan kawasan kepada kelas yang telah ditetapkan. Mereka akan dibimbing oleh guru kelas masing-masing. Majlis Daerah Kinta ...(8)... menyumbangkan beraneka jenis pokok bunga. Lidora : Apakah harapan cikgu selaku penyelaras program ini? Guru : Saya berharap agar murid-murid menanam ...(9)... bertanggungjawab bagi menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Pihak sekolah juga menyediakan hadiah- hadiah ...(10)... bagi merealisasikan program ini. Lidora : Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu untuk ditemu ramah.
  • 31. 31 UCAPAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah diminta untuk memberi ucapan semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia. Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan ialah, “Cara-cara Menabung”. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. tabung selamat pulangan lusuh sedikit disimpan ceria digemari ribuan institusi CARA-CARA MENABUNG Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan untuk semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ...(1)... terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan negara kita pada hari ini. Tajuk ucapan yang diberi kepada saya ialah ‘Cara-cara Menabung’. Rakan-rakan yang disayangi, Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita ialah wang. Wang amat perlu ...(2)... bagi menjamin masa depan seseorang. Ada pelbagai cara bagi kita untuk menyimpan wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wangnya di dalam ...(3).... Ada pula yang menyimpan wangnya di dalam bank-bank tertentu. Menyimpan wang di dalam bank merupakan satu cara menabung yang ...(4)... oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak ...(5)... kewangan. Bank Simpanan Nasional merupakan sebuah institusi perbankkan yang dijamin oleh kerajaan. Terdapat juga bank-bank perdagangan seperti Malayan Banking, Bank Rakyat, dan Public Bank. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita boleh mendapat ...(6)... keuntungan perniagaan yang dijalankan oleh bank tersebut. Demikianlah halnya dengan wang yang disimpan di dalam bank. Jika kita menyimpan wang walaupun ...(7)... setiap bulan, maka wang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa. Wang yang kita simpan di dalam bank sudah tentu lebih ...(8)... berbanding wang yang disimpan di rumah. Hal yang demikian adalah kerana wang yang disimpan di rumah mudah dicuri orang, terbakar, terlupa tempat menyimpan, ...(9)... dan sebagainya. Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapankan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dan Selamat Menabung. Semoga kita lebih ...(10)... dan bahagia selepas menabung, rancanglah masa depan anda dengan bijak. Sekian, terima kasih.
  • 32. 32 UCAPAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Sekolah kamu telah mengadakan majlis jamuan perpisahan kerana pertukaran guru kelas kamu ke sekolah lain. Selaku ketua kelas, kamu telah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulislah ucapan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. terharu tugas dahulu serangkap tingkah mengajar berjumpa membimbing bertukar mengambil UCAPAN SEMPENA MAJLIS JASAMU DIKENANG Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SK Behrang, Puan Norehan binti Kamaruddin, barisan penolong kanan, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat sejahtera. Terlebih ...(1)... saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini. Hadirin yang dihormati, Sebagaimana yang kita sedia maklum, Puan Zaleha binti Ahmad akan ...(2)... ke sekolah lain. Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan ...(3)... atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi. Beliau telah ...(4)... di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu ...(5)... dan menasihati kami. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa dan pengorbanan beliau mengasuh dan mendidik tetap kami kenang hingga ke akhir hayat. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Marikh ...(6)... kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan ...(7)... laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu selama ini sukar untuk kami membalasnya. Jasamu ibarat permata yang menyinar. Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan ...(8)... dengan selesa. Dengan tulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan kepada kami. Harapan kami agar kita dapat ...(9)... lagi pada suatu hari nanti. Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah ...(10)... pantun daripada saya. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih.
  • 33. 33 UCAPAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Selaku ketua murid, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. pelbagai kurang umpama memberi memastikan acuan mengundur dahulu mengalami perhatian UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan untuk semua yang hadir. Terlebih ...(1)... saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana ...(2)... peluang kepada saya berucap sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini. Hadirin yang budiman, Kita semua sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk ...(3)... segala asuhan, bimbingan, dan pendidikan diberi ...(4)... sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita beruntung kerana mendapat bimbingan, perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, ...(5)... usaha perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa yang kita kecapi sekarang ini. Kanak-kanak hari ini merupakan ...(6)... generasi akan datang. Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupakan rakan-rakan yang ...(7)... bernasib baik dari negara-negara lain. Mereka tidak mendapat pendidikan, perhatian, pemakanan, dan kesihatan yang sempurna. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan. Oleh itu, kita sewajarnya bersyukur kerana tidak ...(8)... nasib seperti mereka. Hadirin yang dikasihi, Kami ...(9)... kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami dengan didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi insan yang berguna. Akhir kata, sebelum saya ...(10)... diri, terimalah ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak“, semoga kita lebih ceria dan bahagia. Sekian, terima kasih.
  • 34. 34 SYARAHAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahankamu itu ialah, “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. merungut agung kerumitan berjasa paling perlu terletak banyak sempurna bijaksana KASIH SAYANG IBU BAPA SEPANJANG HAYAT Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong- penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi ...(1)..., serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Hadirin yang dihormati, Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak ...(2)... kepada kita. Mereka telah mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada kita. Oleh itu, memang wajarlah kita menghormati ibu bapa sebagai membalas jasa mereka. Jasa mereka terlalu ...(3)... bagi kita. Selain itu, ibu bapa juga telah membelanjakan ...(4)... wang ringgit semata-mata untuk menyara kita. Mereka tidak pernah ...(5)... atas kesusahan untuk menampung kehidupan keluarga. Segala kemahuan dan keperluan hidup kita diurusnya dengan sempurna. Seterusnya, mereka telah mengusahakan pendidikan yang ...(6)... kepada kita. Pendidikan di sekolah dan pendidikan agama telah diberi kepada kita. Oleh sebab itu, kita amat ...(7)... menghormati mereka. Kasih sayang mereka kepada kita adalah kasih sayang sepanjang hayat. Ibu bapa juga merupakan orang yang …(8)… hampir dengan kita. Tiap-tiap kali kita mempunyai masalah, merekalah orang pertama yang akan membantu kita. Mereka jugalah yang akan meleraikan segala ...(9)... dan kekusutan yang dialami. Mereka adalah rakan kongsi suka duka yang tiada tandingnya. Hadirin yang budiman, Oleh hal yang demikian maka kita perlulah senantiasa menghormati ibu bapa kita. Ingatlah bahawa keberkatan hidup seseorang anak ...(10)... pada restu dan doa kedua-dua orang tuanya. Oleh sebab itu, kita mesti mengasihi dan menyayangi mereka. Sekian, terima kasih.
  • 35. 35 SYARAHAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. dialirkan dibuang berbahaya disebabkan hidupan negatif keadilannya merugikan kegunaan pencemaran KESAN PENCEMARAN AIR KEPADA KEHIDUPAN Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong- penolong Kanan, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji ...(1)..., serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Hadirin yang dihormati, Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi ...(2)... oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah sampah-sarap dan sisa-sisa minyak ...(3)... ke dalam laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah ...(4)... ke dalam sungai dan ke dalam laut. Perkara ini mengakibatkan ...(5)... air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air yang telah tercemar itu. Manusia menggunakan air untuk ...(6)... harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat ...(7)... untuk kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit. Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan …(8)… air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang …(9)… kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas. Hadirin yang budiman, Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak ...(10)... kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut. Sekian, terima kasih.
  • 36. 36 SYARAHAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. serasi semangat penentu melentur lapisan sepakat faedah ringan pelbagai menjana HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru-guru Cemerlang, para hakim ...(1)... juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah bunyi tajuk syarahan saya pada pagi yang bersejarah ini. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi keempat, hidup ...(2)... membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini ...(3)... dan sinonim dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, kepercayaan, agama, adat resam, dan keturunan. Hadirin yang saya hormati, Amalan bermuafakat dan ...(4)... tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Bergotong- royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh ...(5)... permuafakatan dalam masyarakat. Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat. Rakyat negara kita terdiri daripada ...(6)... kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama juga perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak ...(7)... buluh, biarlah daripada rebungnya. Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya ...(8)... semangat kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk ...(9)... semua rakyat di negara kita. Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan diamalkan oleh setiap ...(10)... masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan. Setakat ini syarahan saya buat kali ini. Sekian, terima kasih.
  • 37. 37 PERBAHASAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Andaikan bahawa anda adalah pihak pembangkang dalam pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasab itu ialah, “Internet Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan”. Tuliskan hujah-hujah kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. dengar bermoral imej menabur buktikan kancah sinonim akhlak hakim bersuluh INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN Selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para ...(1)... yang bijaksana, barisan pencadang, rakan-rakan yang budiman. Saya selaku pihak pembangkang tetap menangkis tajuk perbahasan pada hari ini. Kuasa di hujung jari anda. Kata-kata ini begitu ...(2)... dengan aura internet. Ringkasnya, internet boleh melakukan apa-apa sahaja terutamnya yang bertujuan negatif. Internet sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Saya akan ...(3)... kebenarannya. Hujah saya meniti kebenaran, keburukan yang paling kerap kita ...(4)... ialah internet sebagai medium untuk menyebarkan fitnah. Fitnah-fitnah yang dilemparkan biasanya mampu menjatuhkan ...(5)... seseorang. Mencemar nama baik sesebuah organisasi, malah memburukkan nama negara. Hadirin yang dihormati, Lazimnya, orang yang ...(6)... dan meyebarkan fitnah ialah orang yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Malangnya, kemahiran tersebut telah disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan peribadi. Nah, di sini sudah jelas lagi ...(7)... tentang keburukan internet kepada kita yang menggunakan perkhidmatannya. Bagi mereka yang gemar melayari laman-laman web yang tidak ...(8)... di internet, mereka sanggup menghabiskan masa yang lama menghadap komputer. Ketagihan melayari internet melalui penerokaan laman-laman web yang tidak bermoral ini juga boleh merosakkan ...(9)... para remaja. Malah, perbuatan ini juga akan menrugikan masa dan membazirkan wang ringgit. Lebih malang lagi kerana ada segelintir individu yang sanggup menggunakan internet bagi melakukan penipuan demi mengaut keuntungan. Biasanya individu yang terperangkap dalam ...(10)... penipuan ini ialah mereka yang sedang mencari pekerjaan, iklan pelancungan, promosi barangan tertentu, dan sebagainya. Berdasarkan faktor-faktor tadi, ingin saya jelaskan bahawa internet lebih banyak mendatangkan keburukan. Sekian, terima kasih.
  • 38. 38 PERBAHASAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang, kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kelahiran pelbagai berpeleseran mengawasi mengasuh menentukan berakhirlah menyokong peranan menjejaki Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk ...(1).. tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap ...(2)... seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu ...(3)... alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik- beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut. Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan ...(4)... dan masa yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna. Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan ...(5)... kerenah anak didik mereka. Hadirin yang dihormati, Setelah tamat waktu persekolahan, ...(6)... peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting ...(7)... anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan ...(8)... anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan ...(9).... Jika ibu bapa gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar untuk dibendung. Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh ...(10)... agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing. Sekian, terima kasih.
  • 39. 39 PERBAHASAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah dipilih mewakili daerah dalam pertandingan perbahasan. Sebagai pencadang yang pertama, kamu dikehendaki memberi hujah-hujah berdasarkan tajuk “Kemajuan Sains Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan”. Tuliskan teks perbahasan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. menarik kemajuan komunikasi tugas membantu ciptaan melicinkan barisan hakikat menjadi KEMAJUAN SAINS BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN Terima kasih kepada Saudara Peneraju Majlis, yang saya hormati para hakim yang arif dengan neraca keadilannya, ...(1)... pembangkang dan rakan sekalian. Berdirinya saya sebagai pihak pencadang dalam majlis ini adalah untuk menyatakan bahawa “Kemajuan Sains Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”. Kemajuan sains melalui ciptaan alat-alat moden banyak ...(2)... memajukan sesebuah negara. Sebagai contoh, kilang kereta Proton dan Perodua di negara kita. Jentera-jentera pemasangan termasuk robot-robot digunakan supaya kerja ...(3)... cepat dan jumlah pengeluaran dapat ditingkatkan. Kepesatan ciptaan sains banyak meningkatkan keupayaan sistem ...(4)... di negara ini. Ciptaan alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit, telefon bergambar, komputer dan sebagainya telah mempercepat penyebaran maklumat dari dalam dan dari luar negara. Kemajuan ini dapat membantu ahli perniagaan dan memudahkan kita berinteraksi. Kemajuan ini juga mampu ...(5)... pelabur-pelabur asing ke negara kita. Hadirin yang dihormati, Kemajuan sains banyak membantu ...(6)... sistem pengangkutan di sesebuah negara. Penciptaan pengangkutan moden, seperti kereta api bawah tanah, relbas, dan kereta kabel membuktikan ...(7)... ini. Kenderaan ini dapat memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa serta menjimatkan kos. Alat-alat ...(8)... sains juga banyak membantu manusia melaksanakan pelbagai tugasan seharian mereka. Mesin basuh, peralatan dapur, televisyen, periuk nasi, dan lain-lainnya, bukan sahaja mempercepat ...(9)... malahan memudahkan kerja. Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, jelas dan nyatalah bahawa ...(10)... sains lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan, adalah benar. Perkara ini bukan khayalan tetapi kenyataan. Sekian, terima kasih.