SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  36
SLQ 4592 PENGURUSAN ISLAM TAJUK  TUGASAN: PEKERJAAN DAN PERUSAHAAN MENURUT ISLAM OLEH : SARIBANUN BINTI NGARIP SXO31577PIJ23 NAMA PENSYARAH : USTAZ AHMAD FUHAD BIN ALIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEKERJAAN ,[object Object],[object Object],[object Object]
PEKERJAAN FITRAH MANUSIA Allah Taala telah menjadikan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah, untuk memakmurkan bumi Allah Taala. Sebab itu Allah Taala telah membekalkan manusia kepada dua sumber utama :  - Iaitu akal, bakat, kecerdikan, pancaindera, anggota badan dan sebagainya bagi membolehkan manusia mencari rezeki - Sumber alam seperti segala yang ada di lautan, perut bumi dan daratan. Ini beerti salah satu daripada fungsi manusia memakmurkan bumi Allah Taala dengan bekerja, mencari rezeki, mengumpul harta, mencari tempat tinggal yang selesa untuk mendapat keredaan Allah Taala. Ini jelas apabila Allah Taala menyatakan di dalam Al-quran dengan terjemahan “ Hai manusia! Makanlah olehmu barang-barang yang halal – lagi baik yang kamu perolehi di muka bumi ini, janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu serteru nyata bagi kamu.”
KADAR KEMAMPUAN BERBEZA Allah Taala menjadikan manusia berbeza-beza dari pelbagai aspek seperti saiz tubuh, kepintaran akal dan juga bakat kemahiran. Kelainan ini adalah menjadi fitrah manusia, menyebabkan secara automatik hasilnya yang diusahakan berbeza di antara satu sama lain.
REZEKI DAN USAHA MANUSIA 3.1 Definisi rezeki Bahasa : - sesuatu yang mendatangkan faedah - sesuatu pemberian yang faedahnya berterusan - sebagai hujan - sesuatu yang menyenangkan - sesuatu yang mendatangkan kebaikkan seperti makanan, pakaian dan lain-lain. Istilah : Membawa maksud yang banyak, terdapat 116 kali dalam 107 ayat di 44 surah. KESIMPULAN Rezeki mempunyai maksud  yang luas iaitu merangkumi sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada kepada manusia.
3.2  Pembahagian Rezeki 1. Rezeki dengan bentuk  kebendaan . Ini boleh dibahagikan kepada  tiga  bahagian. i- Yang halal : sama ada cara mengusahakan mengumpul barang atau membelanjakannya. ii-  Yang haram : iaitu yang dilarang oleh Allah Taala sama ada cara mengusahakan, mengumpulkan dan membelanjakannya. Iii-  Syubhah atau sesuatu yang tidak jelas dari segi halal dan haramnya menurut syariah Islam.
2.  Rezeki yang  bersifat maknawi atau kerohaniah  dapat dibahagikan kepada  tiga. i- Segala yang berkaiatan dengan alam ghaib seperti mati syahid ii- Segala yang berpusat di hati seperti iman dan takwa iii- Segala yang berkaitan dengan tubuh badan manusia seperti pangkat
3.3  Cara Mengusahakan Rezeki 1. Dengan ilmu dan kebijaksanaan akal 2. Dengan perantaraan harta 3. Dengan perantaraan tulang empat kerat Cara tersebut merupakan cara yang halal selagi cara, barangan dan pembelanjaannya tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak.
KEDUDUKAN PEKERJAAN 1.  Pandangan Tamadun Grekk -pekerjaan dipandang hina kerana pekerjaan menggunakan   tenaga berbanding dengan penggunaan fikiran 2.  Pandangan Yahudi dan Kristian -kedua-dua agama ini memandang hina terhadap pekerja   kerana pekerjaan dianggap sebagai salah satu pembalasan   seksa terhadap keturunan Adam 3.  Pandangan Tamadun Rom -kedudukan pekerjaan di tahap yang paling rendah. 4.  Pandangan Revolusi Peranchis -ahli-ahli fikir dan pengarang menganggap hina, kerana   pekerjaan mengurangkan nilai-nilai kemanusian.
5.  Pandangan Islam -pekerjaan adalah salah satu daripada bidang yang mendapat  tempat pertama,dan dianggap sebagai satu ibadat. Islam selanjutnya menetapkan sebarang usaha untuk mencari rezeki yang halal adalah fardu ain. Rasulullah juga menggalakkan supaya berusaha sendiri mencari rezeki. Diantara para Rasul yang berusaha ialah : ~ nabi Adam a.s – petani ~ nabi Nuh a.s – peniaga ~ nabi Daniel a.s – tukang besi ~ nabi Musa a.s – juru tulis ~ nabi Zakaria a.s – tukang kayu ~ nabi Idris a.s – tukang jahit ~ nabi Sulaiman a.s – tukang bakul ~ nabi Isa a.s – tukang pencelup kain ~ Rasulullah peniaga kambing dan peniaga yang berjaya
6. Bidang Pekerjaan 6.1 Pertanian Bidang pertanian adalah bidang yang paling utama kerana bidang ini merupakan keperluan asas manusia. Allah Taala menjelaskan dalam ayat, bermaksud “ Dialah (Allah Taala ) menumbuhkan tanaman-tanaman, zaiton, pohon kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan untuk kamu sekalian. Sesungguhnya perkara itu sebagai bukti keterangan bagi kaum yang berfikir “ Pertanian juga dapat memelihara kesihatan manusia. Ubat-ubatan sebahagian besar diperoleh daripada pertanian. Ubat-ubatan herba yang kurang mengandungi bahan kimia banyak memberi faedah kepada kesihatan manusia.
6.2 Botani Seni tanaman merupakan salah satu bidang pekerjaan. Manusia memerlukan seni tanaman untuk menghiasi kota, rumah perkampungan dan sebagainya. Allah Taala menjelaskan dalam Al-quran  Bidang botani menawarkan pekerjaan yang amat luas seperti tukang kebun diperlukan di setiap jabatan kerajaan, setiap sekolah, setiap bandar, setiap istana dan sebagainya sepanjang zaman,
6.3 Penternakan Manusia memerlukan haiwan untuk pelbagai tujuan. Contohnya sebagai makanan, pakaian dan pengankutan. Allah Taala telah berfirman yang bermaksud. “ Makan dan gembalakanlah binatang-binatang ternak kamu, kerana sesunggunya perkara yang demikian itu adalah tanda kekuasaan Tuhan bagi mereka yang memperoleh fikiran.”
6.4 Tekstil Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia selepas makanan. Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan wanita. Oleh kerana pakaian merupakan keperluan utama Allah Taala telah menyediakan pelbagai sumber bagi membolehkan manusia mengolah menjadi pelbagai jenis baju. Oleh kerana pakaian menjadi salah satu keperluan utama umat Islam, perusahaan ini berkembang sepanjang sejarah umat Islam terutama di Syiria, Parsi dan Mesir. Bidang tekstil merupakan bidang perusahaan yang penting dan menawarkan pekerjaan yang luas.
6.5 Perkapalan Perniagaan dan perdagangan adalah salah satu keperluan manusia bagi membolehkan mereka memperoleh segala keperluan dari seluruh dunia. Jalan perdagangan yang paling baik, selamat dan cepat ialah perjalanan laut terutama pada zaman sebelum wujudnya kapal udara Laut menawarkan pelbagai nikmat kepada manusia yang tidak terhingga banyaknya. Daripada ikan yang menjadi makanan utama manusia sehinggalah garam, bahan galian yang lain seperti minyak, mutiara dan sebagainya. Allah Taala berfirman yang bermaksud  “ Dan Dialah (Allah Taala) yang membuat batas di lautan. Ada yang tawar dan ada yang masin. Allah Taala mengadakan antara kedua-duanya dinding dan batas yang tertutup.” “ Dan kapal yang berlayar di lautan yang memberi manfaat kepada manusia. “
6.6 Perikanan Salah satu bahan yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah protien. Antara bahan yang mengandungi protien yang tinggi ialah ikan. Perikanan merupakan salah satu daripada bidang perusahaan yang menawarkan pekerjaan yang luas sebagai contoh nelayan dan  perusahaan yang berasaskan ikan. Bidang perikanan dan perusahaan yang berkaitan dengannya merupakan salah satu daripada sumber kemakmuran. Allah Taala telah berfirman dalan ayatnya yang bermaksud  “  Di bolehkan kepada kamu buruan lautan dan makanan lautan (ikan-ikan) sebagai kesenangan bagi kamu. “ “ Dan daripada setiap macam lautan kamu dapat daging yang baru. “ “ Dan Dialah (Allah Taala) yang memudahkan lautan supaya kamu dapat memakan daging yang lembut. “
6.7 Mencari Mutiara Wanita memerlukan mutiara untuk perhiasan yang merupakan salah satu ciri kewanitaan. Pelbagai alat perhiasan diperlukan. Sehubungan dengan itu Allah Taala telah berfirman yang bermaksud : “( Dan dari laut itu) kamu keluarkan perhiasan yang dapat kamu pakai” Harga yang mahal di pasaran menyebabkan merncari mutiara merupakan bidang perusahaan yang menawarkan pekerjaan. Bidang ini memerlukan pengetahuaan, alat dan kemahiran yang tertentu bagi membolehkan mutiara di dasar lautan. Kerja mencari mutiara dijelaskan oleh Allah Taala sebagai satu bidang pekerjaan yang tertua di dunia sejak zaman nabi Sulaiman a.s lagi. “Dan syaitan-syaitan (pada zaman nabi Sulaiman a.s) masing-masing (diarahkan bekerja) sebagai pembuat bangunan dan penyelam mutiara,”
6.8 Kraf Tangan dan Ukiran Manusia merupakan makhluk yang seni. Kraftangan dan ukiran merupakan bidan gpekerjaan yang menawarkan dan menjadikannya sumber rezeki kepada nabi Daud. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “Tiada seorang yang memakan makanan yang lebih baik daripada hasil pekerjaan tangannya sendiri. Sesungguhnya nabi Daud a.s juga makan daripada hasil tangannya sendiri. Nabi Daud juga mahir membuat besi (pertukangan besi). Allah Taala menjelaskannya dan bermaksud : “Dan Kami ajarkan dia (Daud) membuat baju besi buat kamu dapat menyelamatakan diri daripada peperangan. Tidakkah kamu mahu berterima kasih.”
6.9 Pertukangan dan Seni Bina Perusahaan perumahan menawarkan peluang pekerjaan yang amat luas. Diantara nabi yang terlibat dalam perusahaan ini ialah nabi Sulaiman.  “Mereka mengajarkan untuknya (Suliaman a.s) sesuatu yang dikehendaki daripada gedung-gedung yang tinggi.” Rasulullah menjelaskan bahawa nabi Zakaria amat mahir dalam pertukangan iaitu membuat rumah. “Adalah Zakaria dahulu sebagai tukang kayu” Perusahaan perumahan menawarkan bidang pekerjaan yang amat luas. Perusahaan rumah menyebabkan lahirnya perusahaan membuat batu, simen, cermin, marmar dan besi.
6.10 Perlombongan Allah Taala telah menjadikan perut bumi dengan pelbagai galian yang berguna untuk kegunaan manusia. “Dialah Allah Taala yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa dan Ia bersemayam di atas Arasy. Ia mengetahui sesuatu yang masuk ke dalam bumi dan sesuatu yang keluar daripadanya, sesuatu yang turun dari langit dan sesuatu yang naik kepadanya. Ia beserta kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Taala melihat sesuatu yang kamu kerjakan.” Ketika dunia ini dikiamatkan Allah Taala segala galianakan berterbangan kesan daripada goncanagn dan tiupan sangkakala yang ditiup oleh malaikat. “Apabila digonjangkan bumi sekuat-kuatnya. Dan bumi mengeluarkan isi-isinya.”
6.11 Farmasi   Untuk langkah-langkah pencegahan perlu dan ubat-ubatan perlu untuk menjamin kesihatan. Ubat-ubatan diperlukan dan dikenali sebagai farmasi. Membuat ubat memerlukan pekerja yang banyak. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “Tidaklah Allah Taala menurunkan penyakit melainkan Ia menurunkan pula ubatnya.” “Sesungguhnya Allah Taala tidak menurunkan penyakit kecuali telah pula menurunkan ubatnya, maka berubatlah kamu.” “Tiap-tiap penyakit ada ubatnya, maka kalau bertemu penyakit dengan ubatnya, sembuhlah dengan izin Allah Taala.”
6.12 Perdagangan dan Pengangkutan Kira-kira 90% daripada kekayaan diperoleh daripada perusahaan ini. Allah S.W.T menjelaskan yang bermaksud “ “Allah S.W.T menghalalkan jual beli (perniagaan) dan mengharamkan riba” Perniagaan tidak boleh dipisahkan daripada perdagangan kerana golongan pedagang memerlukan pengangkutan dan perniagaan untuk bawa barang dagangan mereka ke satu tempat ke tempat yang lain. Semakin meningkat pengangkutan semakin meningkatlah perdagangan. Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Dan binatang itu mengangkut beban kamu ke suatu negeri yang kamu capai dengan perjalanan yang susah-payah sekali. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Penyantun dan Penyayang.” “Dan antara bainatang ternak itu untuk keperluan pengangkutan barang dan untuk disembelih.”
PERUSAHAAN Faktor Pengeluaran dan Perusahaan 1. Pekerja 2. Kemantapan rohani 3. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman 4. Bahan mentah 5. Peralatan 6. Modal
Bahagian Perusahaan Di antara perusahaan yang amat diutamakan oleh Islam adalah : 1.  Pertanian 2.  Minyak Masak 3.  Pemburuan 4.  Mancis Api 5.  Perkapalan 6.  Tekstil 7.  Pakaian Bulu 8.  Pakaian Sutera 9.  Perumahan 10. Batu-bata 11. Perabot 12. Permaidani 13. Kulit dan Kasut 14. Besi 15. Barang Kemas 16. Perhiasan  17. Seramik
PEKERJA DAN PERUSAHAAN  Kebajikan Secara Umum 1.1 Sekatan Pekerjaan Dalam pekerjaan terdapat golongan majikan yang menyekat mereka dari mendapatkannya dengan pelbagai cara diantaranya sogokan rasuah. 1.2 Halang Naik Pangkat Terhalangnya pekerja mendapat kenaikkan pangkat kerana sikap pilih kasih majikan.
Kebajikan Pekerja Kanak-kanak Kanak-kanak dijelaskan oleh perundangan moden sebagai mereka yang berada di bawah umur 15 tahun. Penindasan kanak-kanak sebagai pekerja atau buruh telah lama berlaku di dalam sejarah. Hanya menjekang abad ke-20 ini baru wujud undang-undang yang membela nasib kanak-kanak dan baru dilaksanakan dalam tahun 1909. Islam telah meletakkan beberapa prinsip untuk melindung pekerja kanak-kanak dari kezaliman majikan : a. Islam menetapkan  ‘sekiranya seorang kanak-kanak yang berakal menyewakan harat atau dirinya (mengambil upah) maka diluluskan tindakannya itu’ b. Islam menetapkan  ‘sekiranya seorang kanak-kanak ditahan pengurusnya mengambil upah, menjual saham, mengadakan kontrak kerja dan menerima pekerjaan, ialah berhak mendapat upah dan upahnya itu menjadi hak miliknya’
c. Islam menetapkan ‘ seorang kanak-kanak sekiranya ia sudah sampai umur baligh sebelum habis tempoh perjanjian kerjanya, ia berhak membuat pilihan samaada meneruskan kerjanya atau membatalakan sahaja’ d. Islam juga menekankan  ‘bahawa seorang bapa yang memberi anak kecilnya bekerja, lalu mencapai umur baligh semasa dalam tempoh perjanjian kerjanya maka ia (si anak) mempunyai hak untuk membatalkan persetujuan (kontrak) kerja itu’ e. Para fuqaha pula sepakat memutuskan  ‘seorang anak yati yang kecil, tidak mempunyai bapa dan juga bapa saudara telah dipaksa bekerja oleh keluarganya yang lain tanpa keizinan kadi dan tanpa diberi upah selama sepuluh tahun. Jesteru itu mereka menetapkan anak yatim itu, sudah sampai umur baligh, berhak menuntut pembayaran upah yang serupa dari mereka sebagai ganjaran kerjayanya’
Kebajikan Pekerja Wanita Allah menjelaskan dalam ayat, maksudnya ‘Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usabakan’ Sesungguhnya ada bidang-bidang yang memang pekerja wanita lebih baik untuk kerjanya. Islam membenarkan wanita keluar bkerja di luar rumah asalkan kerjanya itu sesuai dengan keadaan wanita dan mesti menutup aurat dan memelihara kehormatannya serta terselamat dari fitnah. Hal ini dijelaskan oleh Allah di dalam ayat yang bermaksud ‘Barang siapa yang mengerjakan kebaikkan lelaki atau wanita, sedangkan ia beriman maka akan dimaksukkan ke syurga dan tidaklah mereka teranianya sedikit pun’
Kesihatan Pekerja Pekerja merupakan sebahagian darri modal dalam sesuatu pengeluaran atau perusahaan. Pekerja diperlukan kerana tenaganya. Tenaga yang mencukupi datangnya dari tubuh badan pekerja yang sihat. Jesteru itu kesihatan pekerja merupakanfaktor penting bagi memastikan pekerja dapat menyumbangkan mutu kerja atau perkhidmatan yang bermutu.
Gaji Dalam Perusahaan Definisi Gaji atau upah boleh didefinisikan sebagai harta atau ganjaran yang diberikan kepada pekerja kerana tenaga kerjanya untuk menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang mendatngkan keuntungan. Dalam erti kata lain gaji atau upah adalah harta bagi tenaga. Kepentingan Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud : ‘Sesiapa yang bekerja dengan kami, sekiranya ia belum lagi beristeri maka ia akan dibayar gaji sehingga ia mampu beristeri, sekiranya ia belum lagi mempunyai seorang pembantu maka ia akan dibayar gaji sehinnga mampu mendapat seorang pembantu dan sekiranya ia belum mempunyai rumah maka dikemukakannya (melalui pembayaran gaji) memiliki sebuah rumah’
Hadis tersebut di atas jelas menunjukan bahawa Rasulullah yelah mencadangkan agar pekerja-pekerja wajar mendapat gaji setimpal sekurang-kurangnya bagi membolehkan menyempurnakan keperluan makanan, pakaian dan membeli rumah. Cara Menentukan Gaji Islam mempunyai sistem penetuan gaji yang lebih sempurna dengan mengambik kira beberpa faktor  : a. memelihara kebajikan kedua-dua belah pihakiaitu pekerja dan majikan. Kebajikan pekerja terjaga dengan menetapkan gaji atau upah yang tinggi. Kebajikan majikan pula dipelihara oleh Islam dengan memastikan agar majikan juga mendapat keuntungan. b. majikan dilarang sama sekali menganianya pekerja dengan memberikan gaji yang rendah dan mengabaikan kebajikan mereka. c. pekerja wajar dianggap oleh majikan sebagai rakan kongsi yang turut memajukan sesuatu perusahaan majikan dan mereka wajar menikmati bersama keuntungan. Allah menjelaskan dalam ayatnya yang bermaksud : ‘Kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi’
Allah menjelaskan dalam ayatnya yang bermaksud : ‘Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar dibalasi tiap-tiap diri terhadap sesuatu yang dikerjakan dan mereka tidak akan dianianya’   Sesungguhnya gaji dan upah atau ganjaran merupakan sesuatu yang dimestikan oleh Allah . Allah menjanjikan setiap kebajikan yang dilakukan oleh umat Islam akan diberi ganjaran oleh Allah di dunia dan diakhirat. Kadar Gaji Islam menentukan prinsip utama dalam menentukan kadar gaji. Perundingan dan persetujuan bersama antara majikan dan pekerja diutamakan. Inilah cara terbaik iaitu kepentingan majikan dan pekerja diambil kira sama adil. Pemerintah Islam wajar menetukan kadar yang tetap untuk melicinkan kegiatan perusahaan dan ekonomi negara Islam. Kadar ini boleh digunakan oleh setiap majikan. Sebarang kekeliruan dan perbalahan antara majikan dan pekerja dapat diselesaikan dengan syura. Kadar yang perlu ditetapkan itu ialah yang maksimum dan minimum.
Kadar Gaji Minimum Gaji minimum mestilah dapat menampung keperluan asas pekerja seperti makanan, pakaian dan menyewa rumah. Allah menjelaskan dalam ayatnya yang bermaksud : ‘Sesunggunya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) ditimpa kepanasan matahari’ Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan Islam mengutamakan keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dalam menentukan gaji yang minimum Islam juga memasukkan keperluan perubatan dan pendidikan sebagai dua unsur tambahan kepada makanan, pakaian dan rumah.
Kadar Gaji Maksimum Setelah Islam menetapkan kadar gaji yang minimum iaitu mestilah sekurang-kurangnya dapat menyempurnakan keperluan makanan, pakaian, rumah, perubatan dan pendidikan. Selanjutnya Islam telah menetapkan gaji yang maksimum yang boleh ditawarkan kepada pekerja seperti yang dijelaskan dalam ayat yang bermaksud : ‘Supaya harta itu jangan hanya beredar diantara orang kaya sahaja’ Di dalam ayat tersebut Allah mewajibkan agar golongan kaya atau majikan memberikan gaji yang tinggi kepada pekerja supaya kekayaan itu tidak dimonopoli oleh golongan kaya atau majiakan. Malah biarlah dinikmati bersama oleh golongan bawahan atau pekerja. Melalui cara ini silaturrahim, kemakmuran dan perpeduan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Kadar Gaji Sebenar Sejak awal lagi Islam telah menjelaskan dasarnya iaitu menjelaskan dasarnya iaitu memelihara kebajikan pekerja dan kepentingan majikan secara adil. Gaji  yang minimum seharusnya tidak boleh rendah daripada jumlah yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan bagi pekerja. Gaji yang maksimum pula jangan sampai merugikan majikan.  Gaji sebenar adalah longgar antara gaji minimum dan gaji maksimum ini berdasarkan kepada faktor harga barangan, keuntungan majikan dan sumbangan pekerja. Jika gaji itu baik, pekerja dapat mendedikasikan dirinya untuk memajukan perusahaan majikannya. Ini merupakan satu faktor utama yang membawa kemajuan dan kejayaan perusahaan, majiakan dan negara amnya.
Penutup Sesunggunya pekerjaan dipandang rendah oleh tamadun-tamadun, agama-agama dan ideologi yang pernah dicipta oleh manusia. Hanya Islam berjaya meletakkan pekerjaan pada tempatnya. Sesungguhnya  ketinggian pekerjaan yang diperjuangkan  oleh Islam tidak dapat ditandingi apatah lagi diatasi oleh sebaranf tamadun, agama dan ideologi. Pekerjaan itu dianggap sebahagian daripada ibadat asalkan diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berdasarkan syarak.

Contenu connexe

En vedette

Ενότητα 3.6.2
Ενότητα 3.6.2Ενότητα 3.6.2
Ενότητα 3.6.2makrib
 
κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]
κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]
κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]Vasso Servou
 
молодежь и власть+
молодежь и власть+ молодежь и власть+
молодежь и власть+ Larisa Pautova
 
ประวัติส่วนตัวของฉัน
ประวัติส่วนตัวของฉันประวัติส่วนตัวของฉัน
ประวัติส่วนตัวของฉันsuthidapakpamnak
 
นำเสนอเกมส์เสดแล้ววว
นำเสนอเกมส์เสดแล้วววนำเสนอเกมส์เสดแล้ววว
นำเสนอเกมส์เสดแล้วววGame33
 
Rete storia 13 dicembre 2010
Rete storia 13 dicembre 2010Rete storia 13 dicembre 2010
Rete storia 13 dicembre 2010Emilia Peatini
 

En vedette (20)

ประวัติ
ประวัติประวัติ
ประวัติ
 
Ενότητα 3.6.2
Ενότητα 3.6.2Ενότητα 3.6.2
Ενότητα 3.6.2
 
κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]
κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]
κωνσταντόπουλος κυπριανου [λειτουργία συμβατότητας]
 
ประวัติ
ประวัติประวัติ
ประวัติ
 
молодежь и власть+
молодежь и власть+ молодежь и власть+
молодежь и власть+
 
Præsentationsteknik
 Præsentationsteknik  Præsentationsteknik
Præsentationsteknik
 
ประวัติ
ประวัติประวัติ
ประวัติ
 
Maj28 17
Maj28 17Maj28 17
Maj28 17
 
Mindfulness voor Ouders deel 2
Mindfulness voor Ouders deel 2Mindfulness voor Ouders deel 2
Mindfulness voor Ouders deel 2
 
Evaluatie Bright White Day 2010
Evaluatie Bright White Day 2010Evaluatie Bright White Day 2010
Evaluatie Bright White Day 2010
 
ประวัติส่วนตัวของฉัน
ประวัติส่วนตัวของฉันประวัติส่วนตัวของฉัน
ประวัติส่วนตัวของฉัน
 
การใช้เทคนิคกับแผ่นสไลด์
การใช้เทคนิคกับแผ่นสไลด์การใช้เทคนิคกับแผ่นสไลด์
การใช้เทคนิคกับแผ่นสไลด์
 
Bab 1 4
Bab 1 4Bab 1 4
Bab 1 4
 
Drag and drop ezaugarriak bete
Drag and drop ezaugarriak beteDrag and drop ezaugarriak bete
Drag and drop ezaugarriak bete
 
淘宝的一年
淘宝的一年淘宝的一年
淘宝的一年
 
นำเสนอเกมส์เสดแล้ววว
นำเสนอเกมส์เสดแล้วววนำเสนอเกมส์เสดแล้ววว
นำเสนอเกมส์เสดแล้ววว
 
งานดา
งานดางานดา
งานดา
 
Demokratia i dektaturq
Demokratia i dektaturqDemokratia i dektaturq
Demokratia i dektaturq
 
Rete storia 13 dicembre 2010
Rete storia 13 dicembre 2010Rete storia 13 dicembre 2010
Rete storia 13 dicembre 2010
 
Pre
PrePre
Pre
 

Similaire à Pekerjaan dan perusahaan

15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi
15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi
15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomiDania Azmy
 
Bidang Ekonomi
Bidang EkonomiBidang Ekonomi
Bidang Ekonomim10ehebat
 
bidang ekonomi
 bidang ekonomi bidang ekonomi
bidang ekonomim10ehebat
 
arti produksi dalam Islam UNISKA
  arti produksi dalam Islam UNISKA   arti produksi dalam Islam UNISKA
arti produksi dalam Islam UNISKA susiekorahayu
 
kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam
kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islamkepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam
kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islamCuna Mohd Zubir
 
Konsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamKonsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamDen Besut
 
Presentasi kelompok Spatulag
Presentasi kelompok SpatulagPresentasi kelompok Spatulag
Presentasi kelompok SpatulagKartika_Agung
 
HUBUNGAN ISLAM DAN SAINS
HUBUNGAN ISLAM DAN SAINSHUBUNGAN ISLAM DAN SAINS
HUBUNGAN ISLAM DAN SAINSlaode_07
 
Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)
Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)
Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)SharifahNurAbu
 
Profesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islam
Profesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islamProfesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islam
Profesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islamzakiahulfa
 
Siapakah Manusisa? Menurut Islam
Siapakah Manusisa? Menurut IslamSiapakah Manusisa? Menurut Islam
Siapakah Manusisa? Menurut Islamjaniaul
 
Manusia dan tugasnya di muka bumi
Manusia dan tugasnya di muka bumiManusia dan tugasnya di muka bumi
Manusia dan tugasnya di muka bumikhumairoh
 
Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmQila Aqila
 
Makalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut IslamMakalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut IslamKris Feby
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah m10ehebat
 
Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc jadi 2
Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc    jadi   2Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc    jadi   2
Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc jadi 2agus joko
 
kelompok 4 manusia menurut islam.pptx
kelompok 4  manusia menurut islam.pptxkelompok 4  manusia menurut islam.pptx
kelompok 4 manusia menurut islam.pptxMuhammadFadillahfahr
 
Teologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan Islam
Teologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan IslamTeologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan Islam
Teologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan IslamEndi Suhendi
 
Ekonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam Islam
Ekonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam IslamEkonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam Islam
Ekonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam IslamIfwhar Yuhono
 

Similaire à Pekerjaan dan perusahaan (20)

15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi
15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi
15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi
 
Bidang Ekonomi
Bidang EkonomiBidang Ekonomi
Bidang Ekonomi
 
bidang ekonomi
 bidang ekonomi bidang ekonomi
bidang ekonomi
 
arti produksi dalam Islam UNISKA
  arti produksi dalam Islam UNISKA   arti produksi dalam Islam UNISKA
arti produksi dalam Islam UNISKA
 
kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam
kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islamkepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam
kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam
 
Konsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamKonsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islam
 
Presentasi kelompok Spatulag
Presentasi kelompok SpatulagPresentasi kelompok Spatulag
Presentasi kelompok Spatulag
 
HUBUNGAN ISLAM DAN SAINS
HUBUNGAN ISLAM DAN SAINSHUBUNGAN ISLAM DAN SAINS
HUBUNGAN ISLAM DAN SAINS
 
Etos Kerja
Etos KerjaEtos Kerja
Etos Kerja
 
Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)
Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)
Islam Sebagai Addin (Cara Hidup Muslims)
 
Profesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islam
Profesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islamProfesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islam
Profesi dibidang pertanian_dalam_perspektif_islam
 
Siapakah Manusisa? Menurut Islam
Siapakah Manusisa? Menurut IslamSiapakah Manusisa? Menurut Islam
Siapakah Manusisa? Menurut Islam
 
Manusia dan tugasnya di muka bumi
Manusia dan tugasnya di muka bumiManusia dan tugasnya di muka bumi
Manusia dan tugasnya di muka bumi
 
Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalm
 
Makalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut IslamMakalah Konsep Manusia Menurut Islam
Makalah Konsep Manusia Menurut Islam
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah
 
Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc jadi 2
Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc    jadi   2Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc    jadi   2
Rangkuman materi pai sd untuk usbn 2014.doc jadi 2
 
kelompok 4 manusia menurut islam.pptx
kelompok 4  manusia menurut islam.pptxkelompok 4  manusia menurut islam.pptx
kelompok 4 manusia menurut islam.pptx
 
Teologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan Islam
Teologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan IslamTeologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan Islam
Teologi Pendidikan: Kewajiban Manusia dan Implikasinya Pada Pendidikan Islam
 
Ekonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam Islam
Ekonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam IslamEkonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam Islam
Ekonomi, Kesejahteraan dan Etos Kerja Dalam Islam
 

Plus de Kamarudin Jaafar

Plus de Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Pekerjaan dan perusahaan

  • 1. SLQ 4592 PENGURUSAN ISLAM TAJUK TUGASAN: PEKERJAAN DAN PERUSAHAAN MENURUT ISLAM OLEH : SARIBANUN BINTI NGARIP SXO31577PIJ23 NAMA PENSYARAH : USTAZ AHMAD FUHAD BIN ALIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2.
  • 3. PEKERJAAN FITRAH MANUSIA Allah Taala telah menjadikan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah, untuk memakmurkan bumi Allah Taala. Sebab itu Allah Taala telah membekalkan manusia kepada dua sumber utama : - Iaitu akal, bakat, kecerdikan, pancaindera, anggota badan dan sebagainya bagi membolehkan manusia mencari rezeki - Sumber alam seperti segala yang ada di lautan, perut bumi dan daratan. Ini beerti salah satu daripada fungsi manusia memakmurkan bumi Allah Taala dengan bekerja, mencari rezeki, mengumpul harta, mencari tempat tinggal yang selesa untuk mendapat keredaan Allah Taala. Ini jelas apabila Allah Taala menyatakan di dalam Al-quran dengan terjemahan “ Hai manusia! Makanlah olehmu barang-barang yang halal – lagi baik yang kamu perolehi di muka bumi ini, janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu serteru nyata bagi kamu.”
  • 4. KADAR KEMAMPUAN BERBEZA Allah Taala menjadikan manusia berbeza-beza dari pelbagai aspek seperti saiz tubuh, kepintaran akal dan juga bakat kemahiran. Kelainan ini adalah menjadi fitrah manusia, menyebabkan secara automatik hasilnya yang diusahakan berbeza di antara satu sama lain.
  • 5. REZEKI DAN USAHA MANUSIA 3.1 Definisi rezeki Bahasa : - sesuatu yang mendatangkan faedah - sesuatu pemberian yang faedahnya berterusan - sebagai hujan - sesuatu yang menyenangkan - sesuatu yang mendatangkan kebaikkan seperti makanan, pakaian dan lain-lain. Istilah : Membawa maksud yang banyak, terdapat 116 kali dalam 107 ayat di 44 surah. KESIMPULAN Rezeki mempunyai maksud yang luas iaitu merangkumi sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada kepada manusia.
  • 6. 3.2 Pembahagian Rezeki 1. Rezeki dengan bentuk kebendaan . Ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. i- Yang halal : sama ada cara mengusahakan mengumpul barang atau membelanjakannya. ii- Yang haram : iaitu yang dilarang oleh Allah Taala sama ada cara mengusahakan, mengumpulkan dan membelanjakannya. Iii- Syubhah atau sesuatu yang tidak jelas dari segi halal dan haramnya menurut syariah Islam.
  • 7. 2. Rezeki yang bersifat maknawi atau kerohaniah dapat dibahagikan kepada tiga. i- Segala yang berkaiatan dengan alam ghaib seperti mati syahid ii- Segala yang berpusat di hati seperti iman dan takwa iii- Segala yang berkaitan dengan tubuh badan manusia seperti pangkat
  • 8. 3.3 Cara Mengusahakan Rezeki 1. Dengan ilmu dan kebijaksanaan akal 2. Dengan perantaraan harta 3. Dengan perantaraan tulang empat kerat Cara tersebut merupakan cara yang halal selagi cara, barangan dan pembelanjaannya tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak.
  • 9. KEDUDUKAN PEKERJAAN 1. Pandangan Tamadun Grekk -pekerjaan dipandang hina kerana pekerjaan menggunakan tenaga berbanding dengan penggunaan fikiran 2. Pandangan Yahudi dan Kristian -kedua-dua agama ini memandang hina terhadap pekerja kerana pekerjaan dianggap sebagai salah satu pembalasan seksa terhadap keturunan Adam 3. Pandangan Tamadun Rom -kedudukan pekerjaan di tahap yang paling rendah. 4. Pandangan Revolusi Peranchis -ahli-ahli fikir dan pengarang menganggap hina, kerana pekerjaan mengurangkan nilai-nilai kemanusian.
  • 10. 5. Pandangan Islam -pekerjaan adalah salah satu daripada bidang yang mendapat tempat pertama,dan dianggap sebagai satu ibadat. Islam selanjutnya menetapkan sebarang usaha untuk mencari rezeki yang halal adalah fardu ain. Rasulullah juga menggalakkan supaya berusaha sendiri mencari rezeki. Diantara para Rasul yang berusaha ialah : ~ nabi Adam a.s – petani ~ nabi Nuh a.s – peniaga ~ nabi Daniel a.s – tukang besi ~ nabi Musa a.s – juru tulis ~ nabi Zakaria a.s – tukang kayu ~ nabi Idris a.s – tukang jahit ~ nabi Sulaiman a.s – tukang bakul ~ nabi Isa a.s – tukang pencelup kain ~ Rasulullah peniaga kambing dan peniaga yang berjaya
  • 11. 6. Bidang Pekerjaan 6.1 Pertanian Bidang pertanian adalah bidang yang paling utama kerana bidang ini merupakan keperluan asas manusia. Allah Taala menjelaskan dalam ayat, bermaksud “ Dialah (Allah Taala ) menumbuhkan tanaman-tanaman, zaiton, pohon kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan untuk kamu sekalian. Sesungguhnya perkara itu sebagai bukti keterangan bagi kaum yang berfikir “ Pertanian juga dapat memelihara kesihatan manusia. Ubat-ubatan sebahagian besar diperoleh daripada pertanian. Ubat-ubatan herba yang kurang mengandungi bahan kimia banyak memberi faedah kepada kesihatan manusia.
  • 12. 6.2 Botani Seni tanaman merupakan salah satu bidang pekerjaan. Manusia memerlukan seni tanaman untuk menghiasi kota, rumah perkampungan dan sebagainya. Allah Taala menjelaskan dalam Al-quran Bidang botani menawarkan pekerjaan yang amat luas seperti tukang kebun diperlukan di setiap jabatan kerajaan, setiap sekolah, setiap bandar, setiap istana dan sebagainya sepanjang zaman,
  • 13. 6.3 Penternakan Manusia memerlukan haiwan untuk pelbagai tujuan. Contohnya sebagai makanan, pakaian dan pengankutan. Allah Taala telah berfirman yang bermaksud. “ Makan dan gembalakanlah binatang-binatang ternak kamu, kerana sesunggunya perkara yang demikian itu adalah tanda kekuasaan Tuhan bagi mereka yang memperoleh fikiran.”
  • 14. 6.4 Tekstil Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia selepas makanan. Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan wanita. Oleh kerana pakaian merupakan keperluan utama Allah Taala telah menyediakan pelbagai sumber bagi membolehkan manusia mengolah menjadi pelbagai jenis baju. Oleh kerana pakaian menjadi salah satu keperluan utama umat Islam, perusahaan ini berkembang sepanjang sejarah umat Islam terutama di Syiria, Parsi dan Mesir. Bidang tekstil merupakan bidang perusahaan yang penting dan menawarkan pekerjaan yang luas.
  • 15. 6.5 Perkapalan Perniagaan dan perdagangan adalah salah satu keperluan manusia bagi membolehkan mereka memperoleh segala keperluan dari seluruh dunia. Jalan perdagangan yang paling baik, selamat dan cepat ialah perjalanan laut terutama pada zaman sebelum wujudnya kapal udara Laut menawarkan pelbagai nikmat kepada manusia yang tidak terhingga banyaknya. Daripada ikan yang menjadi makanan utama manusia sehinggalah garam, bahan galian yang lain seperti minyak, mutiara dan sebagainya. Allah Taala berfirman yang bermaksud “ Dan Dialah (Allah Taala) yang membuat batas di lautan. Ada yang tawar dan ada yang masin. Allah Taala mengadakan antara kedua-duanya dinding dan batas yang tertutup.” “ Dan kapal yang berlayar di lautan yang memberi manfaat kepada manusia. “
  • 16. 6.6 Perikanan Salah satu bahan yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah protien. Antara bahan yang mengandungi protien yang tinggi ialah ikan. Perikanan merupakan salah satu daripada bidang perusahaan yang menawarkan pekerjaan yang luas sebagai contoh nelayan dan perusahaan yang berasaskan ikan. Bidang perikanan dan perusahaan yang berkaitan dengannya merupakan salah satu daripada sumber kemakmuran. Allah Taala telah berfirman dalan ayatnya yang bermaksud “ Di bolehkan kepada kamu buruan lautan dan makanan lautan (ikan-ikan) sebagai kesenangan bagi kamu. “ “ Dan daripada setiap macam lautan kamu dapat daging yang baru. “ “ Dan Dialah (Allah Taala) yang memudahkan lautan supaya kamu dapat memakan daging yang lembut. “
  • 17. 6.7 Mencari Mutiara Wanita memerlukan mutiara untuk perhiasan yang merupakan salah satu ciri kewanitaan. Pelbagai alat perhiasan diperlukan. Sehubungan dengan itu Allah Taala telah berfirman yang bermaksud : “( Dan dari laut itu) kamu keluarkan perhiasan yang dapat kamu pakai” Harga yang mahal di pasaran menyebabkan merncari mutiara merupakan bidang perusahaan yang menawarkan pekerjaan. Bidang ini memerlukan pengetahuaan, alat dan kemahiran yang tertentu bagi membolehkan mutiara di dasar lautan. Kerja mencari mutiara dijelaskan oleh Allah Taala sebagai satu bidang pekerjaan yang tertua di dunia sejak zaman nabi Sulaiman a.s lagi. “Dan syaitan-syaitan (pada zaman nabi Sulaiman a.s) masing-masing (diarahkan bekerja) sebagai pembuat bangunan dan penyelam mutiara,”
  • 18. 6.8 Kraf Tangan dan Ukiran Manusia merupakan makhluk yang seni. Kraftangan dan ukiran merupakan bidan gpekerjaan yang menawarkan dan menjadikannya sumber rezeki kepada nabi Daud. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “Tiada seorang yang memakan makanan yang lebih baik daripada hasil pekerjaan tangannya sendiri. Sesungguhnya nabi Daud a.s juga makan daripada hasil tangannya sendiri. Nabi Daud juga mahir membuat besi (pertukangan besi). Allah Taala menjelaskannya dan bermaksud : “Dan Kami ajarkan dia (Daud) membuat baju besi buat kamu dapat menyelamatakan diri daripada peperangan. Tidakkah kamu mahu berterima kasih.”
  • 19. 6.9 Pertukangan dan Seni Bina Perusahaan perumahan menawarkan peluang pekerjaan yang amat luas. Diantara nabi yang terlibat dalam perusahaan ini ialah nabi Sulaiman. “Mereka mengajarkan untuknya (Suliaman a.s) sesuatu yang dikehendaki daripada gedung-gedung yang tinggi.” Rasulullah menjelaskan bahawa nabi Zakaria amat mahir dalam pertukangan iaitu membuat rumah. “Adalah Zakaria dahulu sebagai tukang kayu” Perusahaan perumahan menawarkan bidang pekerjaan yang amat luas. Perusahaan rumah menyebabkan lahirnya perusahaan membuat batu, simen, cermin, marmar dan besi.
  • 20. 6.10 Perlombongan Allah Taala telah menjadikan perut bumi dengan pelbagai galian yang berguna untuk kegunaan manusia. “Dialah Allah Taala yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa dan Ia bersemayam di atas Arasy. Ia mengetahui sesuatu yang masuk ke dalam bumi dan sesuatu yang keluar daripadanya, sesuatu yang turun dari langit dan sesuatu yang naik kepadanya. Ia beserta kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Taala melihat sesuatu yang kamu kerjakan.” Ketika dunia ini dikiamatkan Allah Taala segala galianakan berterbangan kesan daripada goncanagn dan tiupan sangkakala yang ditiup oleh malaikat. “Apabila digonjangkan bumi sekuat-kuatnya. Dan bumi mengeluarkan isi-isinya.”
  • 21. 6.11 Farmasi Untuk langkah-langkah pencegahan perlu dan ubat-ubatan perlu untuk menjamin kesihatan. Ubat-ubatan diperlukan dan dikenali sebagai farmasi. Membuat ubat memerlukan pekerja yang banyak. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “Tidaklah Allah Taala menurunkan penyakit melainkan Ia menurunkan pula ubatnya.” “Sesungguhnya Allah Taala tidak menurunkan penyakit kecuali telah pula menurunkan ubatnya, maka berubatlah kamu.” “Tiap-tiap penyakit ada ubatnya, maka kalau bertemu penyakit dengan ubatnya, sembuhlah dengan izin Allah Taala.”
  • 22. 6.12 Perdagangan dan Pengangkutan Kira-kira 90% daripada kekayaan diperoleh daripada perusahaan ini. Allah S.W.T menjelaskan yang bermaksud “ “Allah S.W.T menghalalkan jual beli (perniagaan) dan mengharamkan riba” Perniagaan tidak boleh dipisahkan daripada perdagangan kerana golongan pedagang memerlukan pengangkutan dan perniagaan untuk bawa barang dagangan mereka ke satu tempat ke tempat yang lain. Semakin meningkat pengangkutan semakin meningkatlah perdagangan. Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Dan binatang itu mengangkut beban kamu ke suatu negeri yang kamu capai dengan perjalanan yang susah-payah sekali. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Penyantun dan Penyayang.” “Dan antara bainatang ternak itu untuk keperluan pengangkutan barang dan untuk disembelih.”
  • 23. PERUSAHAAN Faktor Pengeluaran dan Perusahaan 1. Pekerja 2. Kemantapan rohani 3. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman 4. Bahan mentah 5. Peralatan 6. Modal
  • 24. Bahagian Perusahaan Di antara perusahaan yang amat diutamakan oleh Islam adalah : 1. Pertanian 2. Minyak Masak 3. Pemburuan 4. Mancis Api 5. Perkapalan 6. Tekstil 7. Pakaian Bulu 8. Pakaian Sutera 9. Perumahan 10. Batu-bata 11. Perabot 12. Permaidani 13. Kulit dan Kasut 14. Besi 15. Barang Kemas 16. Perhiasan 17. Seramik
  • 25. PEKERJA DAN PERUSAHAAN Kebajikan Secara Umum 1.1 Sekatan Pekerjaan Dalam pekerjaan terdapat golongan majikan yang menyekat mereka dari mendapatkannya dengan pelbagai cara diantaranya sogokan rasuah. 1.2 Halang Naik Pangkat Terhalangnya pekerja mendapat kenaikkan pangkat kerana sikap pilih kasih majikan.
  • 26. Kebajikan Pekerja Kanak-kanak Kanak-kanak dijelaskan oleh perundangan moden sebagai mereka yang berada di bawah umur 15 tahun. Penindasan kanak-kanak sebagai pekerja atau buruh telah lama berlaku di dalam sejarah. Hanya menjekang abad ke-20 ini baru wujud undang-undang yang membela nasib kanak-kanak dan baru dilaksanakan dalam tahun 1909. Islam telah meletakkan beberapa prinsip untuk melindung pekerja kanak-kanak dari kezaliman majikan : a. Islam menetapkan ‘sekiranya seorang kanak-kanak yang berakal menyewakan harat atau dirinya (mengambil upah) maka diluluskan tindakannya itu’ b. Islam menetapkan ‘sekiranya seorang kanak-kanak ditahan pengurusnya mengambil upah, menjual saham, mengadakan kontrak kerja dan menerima pekerjaan, ialah berhak mendapat upah dan upahnya itu menjadi hak miliknya’
  • 27. c. Islam menetapkan ‘ seorang kanak-kanak sekiranya ia sudah sampai umur baligh sebelum habis tempoh perjanjian kerjanya, ia berhak membuat pilihan samaada meneruskan kerjanya atau membatalakan sahaja’ d. Islam juga menekankan ‘bahawa seorang bapa yang memberi anak kecilnya bekerja, lalu mencapai umur baligh semasa dalam tempoh perjanjian kerjanya maka ia (si anak) mempunyai hak untuk membatalkan persetujuan (kontrak) kerja itu’ e. Para fuqaha pula sepakat memutuskan ‘seorang anak yati yang kecil, tidak mempunyai bapa dan juga bapa saudara telah dipaksa bekerja oleh keluarganya yang lain tanpa keizinan kadi dan tanpa diberi upah selama sepuluh tahun. Jesteru itu mereka menetapkan anak yatim itu, sudah sampai umur baligh, berhak menuntut pembayaran upah yang serupa dari mereka sebagai ganjaran kerjayanya’
  • 28. Kebajikan Pekerja Wanita Allah menjelaskan dalam ayat, maksudnya ‘Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usabakan’ Sesungguhnya ada bidang-bidang yang memang pekerja wanita lebih baik untuk kerjanya. Islam membenarkan wanita keluar bkerja di luar rumah asalkan kerjanya itu sesuai dengan keadaan wanita dan mesti menutup aurat dan memelihara kehormatannya serta terselamat dari fitnah. Hal ini dijelaskan oleh Allah di dalam ayat yang bermaksud ‘Barang siapa yang mengerjakan kebaikkan lelaki atau wanita, sedangkan ia beriman maka akan dimaksukkan ke syurga dan tidaklah mereka teranianya sedikit pun’
  • 29. Kesihatan Pekerja Pekerja merupakan sebahagian darri modal dalam sesuatu pengeluaran atau perusahaan. Pekerja diperlukan kerana tenaganya. Tenaga yang mencukupi datangnya dari tubuh badan pekerja yang sihat. Jesteru itu kesihatan pekerja merupakanfaktor penting bagi memastikan pekerja dapat menyumbangkan mutu kerja atau perkhidmatan yang bermutu.
  • 30. Gaji Dalam Perusahaan Definisi Gaji atau upah boleh didefinisikan sebagai harta atau ganjaran yang diberikan kepada pekerja kerana tenaga kerjanya untuk menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang mendatngkan keuntungan. Dalam erti kata lain gaji atau upah adalah harta bagi tenaga. Kepentingan Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud : ‘Sesiapa yang bekerja dengan kami, sekiranya ia belum lagi beristeri maka ia akan dibayar gaji sehingga ia mampu beristeri, sekiranya ia belum lagi mempunyai seorang pembantu maka ia akan dibayar gaji sehinnga mampu mendapat seorang pembantu dan sekiranya ia belum mempunyai rumah maka dikemukakannya (melalui pembayaran gaji) memiliki sebuah rumah’
  • 31. Hadis tersebut di atas jelas menunjukan bahawa Rasulullah yelah mencadangkan agar pekerja-pekerja wajar mendapat gaji setimpal sekurang-kurangnya bagi membolehkan menyempurnakan keperluan makanan, pakaian dan membeli rumah. Cara Menentukan Gaji Islam mempunyai sistem penetuan gaji yang lebih sempurna dengan mengambik kira beberpa faktor : a. memelihara kebajikan kedua-dua belah pihakiaitu pekerja dan majikan. Kebajikan pekerja terjaga dengan menetapkan gaji atau upah yang tinggi. Kebajikan majikan pula dipelihara oleh Islam dengan memastikan agar majikan juga mendapat keuntungan. b. majikan dilarang sama sekali menganianya pekerja dengan memberikan gaji yang rendah dan mengabaikan kebajikan mereka. c. pekerja wajar dianggap oleh majikan sebagai rakan kongsi yang turut memajukan sesuatu perusahaan majikan dan mereka wajar menikmati bersama keuntungan. Allah menjelaskan dalam ayatnya yang bermaksud : ‘Kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi’
  • 32. Allah menjelaskan dalam ayatnya yang bermaksud : ‘Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar dibalasi tiap-tiap diri terhadap sesuatu yang dikerjakan dan mereka tidak akan dianianya’ Sesungguhnya gaji dan upah atau ganjaran merupakan sesuatu yang dimestikan oleh Allah . Allah menjanjikan setiap kebajikan yang dilakukan oleh umat Islam akan diberi ganjaran oleh Allah di dunia dan diakhirat. Kadar Gaji Islam menentukan prinsip utama dalam menentukan kadar gaji. Perundingan dan persetujuan bersama antara majikan dan pekerja diutamakan. Inilah cara terbaik iaitu kepentingan majikan dan pekerja diambil kira sama adil. Pemerintah Islam wajar menetukan kadar yang tetap untuk melicinkan kegiatan perusahaan dan ekonomi negara Islam. Kadar ini boleh digunakan oleh setiap majikan. Sebarang kekeliruan dan perbalahan antara majikan dan pekerja dapat diselesaikan dengan syura. Kadar yang perlu ditetapkan itu ialah yang maksimum dan minimum.
  • 33. Kadar Gaji Minimum Gaji minimum mestilah dapat menampung keperluan asas pekerja seperti makanan, pakaian dan menyewa rumah. Allah menjelaskan dalam ayatnya yang bermaksud : ‘Sesunggunya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) ditimpa kepanasan matahari’ Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan Islam mengutamakan keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dalam menentukan gaji yang minimum Islam juga memasukkan keperluan perubatan dan pendidikan sebagai dua unsur tambahan kepada makanan, pakaian dan rumah.
  • 34. Kadar Gaji Maksimum Setelah Islam menetapkan kadar gaji yang minimum iaitu mestilah sekurang-kurangnya dapat menyempurnakan keperluan makanan, pakaian, rumah, perubatan dan pendidikan. Selanjutnya Islam telah menetapkan gaji yang maksimum yang boleh ditawarkan kepada pekerja seperti yang dijelaskan dalam ayat yang bermaksud : ‘Supaya harta itu jangan hanya beredar diantara orang kaya sahaja’ Di dalam ayat tersebut Allah mewajibkan agar golongan kaya atau majikan memberikan gaji yang tinggi kepada pekerja supaya kekayaan itu tidak dimonopoli oleh golongan kaya atau majiakan. Malah biarlah dinikmati bersama oleh golongan bawahan atau pekerja. Melalui cara ini silaturrahim, kemakmuran dan perpeduan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
  • 35. Kadar Gaji Sebenar Sejak awal lagi Islam telah menjelaskan dasarnya iaitu menjelaskan dasarnya iaitu memelihara kebajikan pekerja dan kepentingan majikan secara adil. Gaji yang minimum seharusnya tidak boleh rendah daripada jumlah yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan bagi pekerja. Gaji yang maksimum pula jangan sampai merugikan majikan. Gaji sebenar adalah longgar antara gaji minimum dan gaji maksimum ini berdasarkan kepada faktor harga barangan, keuntungan majikan dan sumbangan pekerja. Jika gaji itu baik, pekerja dapat mendedikasikan dirinya untuk memajukan perusahaan majikannya. Ini merupakan satu faktor utama yang membawa kemajuan dan kejayaan perusahaan, majiakan dan negara amnya.
  • 36. Penutup Sesunggunya pekerjaan dipandang rendah oleh tamadun-tamadun, agama-agama dan ideologi yang pernah dicipta oleh manusia. Hanya Islam berjaya meletakkan pekerjaan pada tempatnya. Sesungguhnya ketinggian pekerjaan yang diperjuangkan oleh Islam tidak dapat ditandingi apatah lagi diatasi oleh sebaranf tamadun, agama dan ideologi. Pekerjaan itu dianggap sebahagian daripada ibadat asalkan diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berdasarkan syarak.