1. دان باف ايبو فرساتواناللغ تانه كبغسأن سكوله ضورو
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LALANG,
36100 BAGAN DATOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel/Faks: 05-6487376
E-mail : ABA5038@1bestarinet.yes.my
______________________________________________________________________________________________________
‘1 Malaysia,rakyatdidahulukan pencapaian diutamakan’
Ruj.Tuan:
Bil Kami: PIBG/SKTL/2015(5)
Tarikh: 23 FEBRUARI 2015
Kepada:
Tuan / Puan,
Ibu bapa, penjaga murid.
Seolah Kebangsaan Tanah Lalang
Tuan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SKTL KALI KE-39
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berhubung perkara di atas, pihak PIBG SKTL menjemput tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat
Agung PIBG SK Tanah Lalang ke-39 yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 12 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 2:00 petang
Tempat : Dewan Besar, SK Tanah Lalang
3. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung
tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada Encik Kamarudin bin Jaffar (SU
PIBG) selewat-lewatnya 5 Mac 2015 (Khamis).
4. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan
/ puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk untuk membantu meningkatkan
kecemerlangan murid amat digalakkan.
5. Kehadiran tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
” BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN “
Saya yang menjalankan tugas,
(Mohamad Khazari bin Abdul Razi)
Yang Dipertua PIBG
Sk: 1. Penasihat PIBG- En. Jamaluddin bin Mustafa (Guru Besar SKTL)
2. Fail PIBG
2. SURAT JAWAPAN & USUL / CADANGAN:
Saya ……………………………………………………………………………………….. , waris kepada:
Bil. Nama Anak Kelas
*DAPAT / TIDAK DAPAT hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Tanah Lalang Kali ke-39 pada 12 Mac
2015. Saya ingin membentangkan usul / cadangan seperti berikut:
1.………………………………………………………………………………………………..…………………..
………………………………………………………………………….…………………………………………..
………………………………………………………………………….…………………………………………..
2.……………………………………………………………………………………….…………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………..
Yang benar,
…………….………………………
( )
PERHATIAN:
1. Sila kembalikan keratan ini kepada pihak sekolah (Encik Kamarudin bin Jaffar) selewat-lewatnya 5
Mac 2015 (Khamis).
2. Pembentang usul diwajibkan hadir dalam mesyuarat tersebut. Jika pembentang usul tidak hadir
dalam mesyuarat maka usul tersebut akan ditolak.
3. Jawatankuasa PIBG berhak menapis usul/cadangan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-39.
* potong yang tidak berkenaan.