1. Perselisihan pendapat ulama sama ada menerima Tafsir bir Ra’yi atau tidak
Tafsir Bir Ra’yi juga dikenali dengan nama Tafsir Bid Darayah atau tafsif bil ma’qul
.Dalam tafsir ini , pentafsir akan berpegang kepada ijtihadnya . Ia tidak berpegang kepada
atsar yang diambil dari tabi’in atau sahabat.Tasir ini juga menggunakan pertimbangan
bahasa arab, pemahaman uslubnya dalam bahasa arab , mengetahui cara berkhitabah
menurut mereka serta memiliki ilmu-ilmu yang diperlukan secara pasti yang harus
dikuasai oleh orang yang hendak menafsirkan al-Quran . Seperti ilmu nahwu , saraf,
balaghag, ushul Fiqh dan mengetahui asbabun nuzul serta ilmu-ilmu yang diperlukan
oleh seorang mufasir.
Maksud tafsir Bir ra’yi adalah suatu ijtihad yang dibangun di atas dasar-dasar yang benar
serta kaedah-kaedah yang lurus yang harus dipergunakan oleh setiap orang yang hendak
menfasirkan al-quran atau menggali makna-maknanya. Jadi jelas bahawa tafsir bir ra’yi
bukanlah sekadar berdasarkan pendapat auat edia semata atau hanya sekadar gagasan
yang terlintas dala fikiran seseorang, apali hanya semahunya sahaja. Maka dalam hal ini,
al-qurtubi berkata : barang siapa berkata tenteng al-Quran (menafsirkannya ) dengan
suatu dugaan atau gaasan yang terlintas dalam fikirannya tanpa ada dasarnya nyatlah
salah dan tercela. Dan dia trmasuk dalam kategori hadis yang bermaksud :
Baran siapa yang dengan sengaja berboong atas namaku mka ambillah tenpat duduknya
di enraka.
(H.R. al-Turmuzi dari ibnu Abas).
Dan sabda nabi yang berbunyin
”barabgsiapa berkata tentang al-Quran dengan pendapatnya, ambillah tempat duduknya
di neraka .
(H.R,al-Turmuzi dari Ibnuabbas)