SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
APA ITU MUKJIZAT?




PENDAHULUAN

       Rasul-rasul merupakan utusan Allah untuk umat manusia. Allah SWT membantu dan
menguatkan Rasul-rasul dengan mukjizat. Bentuk mukjizat yang diberikan kepada para Rasul
terbahagi dua iaitu mukjizat hissiyyah yakni mukjizat yang dapat dirasa dan dilihat dan mukjizat
ma’nawiyah iaitu mukjizat yang mampu mempengaruhi jiwa manusia.

       Allah menciptakan manusia dan membekalkannya dengan akal. Akal inilah yang menjadi
syarat taklif, kerana akal ini manusia akan dihisab amalnya, dengan akal ini ia boleh
membezakan antara yang berguna dengan yang berbahaya. Jika datang seseorang yang
mengatakan, ia adalah rasul (utusan) Allah, guna memberi hidayah kepada manusia serta
memimpin mereka menuju kedamaian dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

DEFINISI MUKJIZAT



       Mukjizat rasul didifinisikan sebagai sesuatu yang luar biasa yang terjadi melalui tangan-
tangan para nabi Allah dan rasulNya dalam bentuk sesuatu yang membuat manusia tidak boleh
melawannya. Melalui tangan para nabi dan rasul telah terjadi mukjizat- mukjizat yang memaksa
akal yang sihat untuk tunduk mempercayai apa yang dibawa oleh para rasul. Mukjizat- mukjizat
tersebut tidak terlepas dari bentuk:-
1. Ilmu seperti pemberitahuan tentang hal- hal ghaib yang sudah terjadi ataupun yang akan
       terjadi, umpamanyaperkhaabaran Nabi Isa as kepada kaumnya tentang apa yang mereka
       makan dan apa yang mereka simpan di rumah- rumah mereka. Sebagaimana juga
       perkhabaran Nabi Muhammad SAW tentang fitnah- fitnah atau tanda- tanda hari kiamat
       yang bakal terjadi, seperti yang banyak dijelaskan dalam hadith- hadith


   2. Kemampuan dan kekuatan seperti mengubah tongkat menjadi ular besar, iaitu mukjizat
       Nabi Musa a.s yang diutus kepada Firaun dan kaumnya.Kemudian penyembuhan
       penyakit buta, kulit belang- belang putih (sopak) serta menghidupkan orang- orang yang
       sudah mati yang kesemuanya itu adalah mukjizat Nabi Isa a.s Juga terbelahnya bulan
       menjadi dua yang merupakan salah satu tanda kebenaran Rasul SAW.


   3. Kecukupan misalnya perlindungan bagi Rasullah SAW dari orang- orang yang
       mengingginkan kejahatan kepadanya. Hal ini sering terjadi ketika di Mekah sewaktu
       malam hijrah, ketika di dalam gua, lalu dalam perjalanan ke Madinah ketika bertemu
       denga Suraqah bin Malik, lalu adi Madinah ketika orang –orang Yahudi ingin
       menculuknya dan lain- lain lagi.Contoh- contoh ini menunjukkkan bahawa Allah
       mencukupi     RasulNya dengan perlindungan sehingga tidak memerlukan lagi kepada
       perlindungan makhluk lain.

       NAMA BUKU

       MUHAMMAD ABDUL HAMID, PEDOMAN LENGKAP FIQH ISLAM,JASMIN
       ENTERPRISE KUALA LUMPUR 2004

       SAYID SABIQ GURU BESAR UNITAS AL-AZHAR,AKIDAH ISLAM
       LENGKAP,PUSTAKA NASIONAL PTE LTD SINGAPURA 1991



       Mukjizat merupakan adalah perkara yang luar biasa manusia yang ada pada diri
seseorang yang mengaku sebagai Rasul dengan kehendak Allah SWT dan sebagai dalil akan
kebenaaran pengakuannya. Perkataan mukjizat itu diambil dari bahasa arab a'jaza-l'jaza yang
bermaksud melemahkan. . Mukjizat juga merupakan hal-hal atau kejadian-kejadian yang luar
biasa khawariqul ‘adah (atau ia berlaku di luar logik akal). yang berlaku yang di kurniakan Allah
kepada rasul-rasul atau nabi-nabi. Mukjizat selalu diikuti dengan adanya tentangan. Kebiasaanya
ianya berlaku di tangan orang- orang yang terkenal dengan ketakwaan dirinya dan amat soleh
kelakuaannya, lagipun yang memiliki tersebut adalah orang- orang yang benar- benar telah
mencapai kepuncak yang tertinggi tahap kemuliaan akhlak dan pekerti. Ketaatan yang dicapai itu
tidak mungkin dapat dijangkau oleh mana- mana manusia pun.




Mukjizat itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
1. Mukjizat zahir ( mukjizat hissiyyah )
2. Mukjizat batin ( mukjizat ma’nawwiyah )




MUKJIZAT ZAHIR ( mukjizat hissiyyah )



        Ia adalah perkara yang mencarik adat yang berlaku pada seseorang rasul dan nabi, yang
dapat dilihat dengan mata. Antara contohnya, tongkat dicampak bertukar menjadi ular, manusia
atau binatang mati dihidupkan, penyakit kusta dan sopak dapat disembuhkan, mata buta dapat
dicelikkan, air yang sedikit dapat diminum oleh ratusan orang, dibakar tidak hangus, tongkat
dipukul ke batu menghasilkan pancutan air, bulan terbelah dua, tongkat dapat membelah lautan
dan sebagainya.


MUKJIZAT BATIN ( mukjizat ma’nawwiyah )



        Mukjizat ini hanya pada makna sahaja, tidak pada rupa. Terasa adanya dan boleh dinilai
oleh mata hati (basyirah) sahaja. Tidak dapat dilihat oleh mata. Antara contohnya ialah wahyu-
wahyu yang disampaikan kepada rasul dan nabi yang mengandungi bermacam-macam ilmu
pengetahuan dan hukum-hakam tanpa mereka belajar seperti manusia biasa. Umpamanya Al
Quran, Injil, Taurat, Zabur dan Suhuf-Suhuf, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kepala
kecuali setelah ditulis.
Mukjizat batiniah yang lain ialah:
   1. dapat tundukkan nafsu tanpa mujahadah
   2. Allah kurniakan bersih dari dosa dan kesalahan
   3. hati tidak terpaut dengan dunia dan kelazatan serta keindahannya
   4. mendapat ilmu dan tarbiah terus dari Allah atau mendapat wahyu
   5. manusia jatuh hati dan cinta luar biasa padanya
   6. musuh merasa gerun dengan kehebatannya
   7. sangat sabar dengan ujian-ujian dari kaumnya
   8. azamnya terlalu kuat, hati terlalu teguh, cintanya dengan Allah terlalu tinggi dan lain-
       lain lagi.

   Mukjizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul
yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mukjizat sendirian tanpa izin Allah. Mukjizat
tidak diperoleh melalui pembelajaran. Allah telah menjadikan bagi setiap Nabi mukjizat yang
bersesuaian dengan zamannya, dalam tiga bentuk iaitu :

   1. Perbuatan, seperti keluarnya unta Nabi Saleh a.s. daripada batu gunung, dan
       menukarkan tongkat Nabi Musa kepada ular.
   2. Pencegahan, seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalamnya.
   3. Perkataan, seperti Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad

   Mukjizat tidak mungkin dapat dipelajari oleh sesiapapun kerana ianya bukan di buat oleh
manusia. Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi dan rasul bukan diberi mengikut
kehendak para rasul dan nabi itu sendiri. Tetapi ianya sesuai dengan hal semasa dan keperluan
seseorang nabi dan rasul itu. Mukjizat itu pula hanyalah semata- mata merupaka satu pertolongan
yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para Rasul dan Nabi yang di angkat itu. Jadi mukjizat
itu merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka Dan ia tidak boleh
dipelajari tetapi hadiah atau mauhibbah atau wahbiah dari Allah. Namun begitu yang
melaksanakan hanyalah Allah Taala semata- mata. Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa
mukjizat adalah merupakan satu tanda kekuasaan Allah dan juga sebagai tanda Keesaannya.
Mukjizat yang diberikan kepada nabiNya adalah untuk menentang kepada musuh- musuhNya,
yang mendustakan dan juga mengingkari kebenaranNya.
Dalam sejarah rasul-rasul dan nabi-nabi, mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan
kepada mereka tidak sama di antara satu sama lain. Kebiasaannya mereka diberi mukjizat di
kedua-dua peringkat. Kalau dia seorang nabi; ertinya dia bukan seorang pemimpin yakni bukan
untuk masyarakat; maka Allah berikan mukjizat yang sesuai dengan wataknya sebagai seorang
abid. Mungkin mukjizat lahir atau batin yang diberikan itu sesuai dengan keperluannya sebagai
abid.


        Menentang yang dimaksudkan di sini iaitu mengajak penentang untuk melakukan
sebagaimana yang telah dilakukannya itu. Sekiranya tidak dapat maka jelaslah bahawa
kerasulannya serta kenabiannya itu adalah benar. Namun begitu hal- hal yang dianggap sebagai
luar biasa yang dilakukan atau ditimbulkan oleh orang biasa iaitu selain dari Rasul dan Nabi,
maka hal- hal itu adalah sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Syeikh Rasyid Ridha sebagai
berikut:-
        “Memang ada keterangan- keterangan yang dikutip dari berbagi bangsa di segala massa,
sebagai kutipan- kutipan yang mutawatir (banyak jalannya) yang semuanya mengenai jenisnya
dan bukan warna- warninya, tetapi semuanya itu bukanlah kenyataan yang merupakan hakikat”.


        Tetapi pada seorang Rasul yang dia adalah pemimpin umatnya, maka Allah kurniakan
mukjizat lahir dan batin (maknawiah), sesuai dengan keperluannya berdepan dengan umat yang
dipimpinnya. Rasul-rasul yang paling banyak mendapat mukjizat ialah rasul-rasul yang
mendapat pangkat Ulul Azmi kerana mereka ini paling tahan, paling sabar berhadapan dengan
ujian-ujian berat daripada kerenah kaumnya. Pemberian mukjizat pada nabi-nabi dan rasul-rasul
ini tidak sama kerana keperluan mereka juga berbeza antara satu sama lain. Adakalanya mereka
tidak boleh ikut-mengikut di antara satu sama lain.


PERBEZAAAN ANTARA MUKJIZAT DAN JUGA KERAMAT


        Keramat adalah sesuatu yang timbul dari seseorang yang dianggap sebagai kekasih Allah
SWT atau yang biasanya disebut waliullah dan merupakan sebagai satu tanda bahawa Allah
SWT memuliakannya. Namun begitu tidak menjadi syarat bahawa keramat itu mestilah sesuatu
yang luar biasa atau yang keluar dari adat kebiasaan yang lazim dimiliki oleh sesama manusia.
Di antara bentuk keramat itu ialah sifat istiqamah (teguh pendirian ) memperoleh taufik atau
pertolongan untuk mengerjakan atau melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Kadangkala timbul
pula hal- hal yang luar biasa ditangan sebahagian orang- orang soleh dan perkara- perkara
tertentu. Orang yang sedemikian mestilah seoarang yang bersih fitrahnya dan suci jiwanya,
sebagaimana yang terjadi kepada Saidatina Maryam. Peristiwa ini diceritakan dalam al-Quran.
Firman Allah dalam surah (Ali Imran:37)



PERBEZAAN ANTARA MUKJIZAT DAN SIHIR.



       Mukjizat berlawanan dengan Sihir kerana sihir merupakan sesuatu yang menyalahi adat,
tetapi ia adalah sesuatu yang diusahakan dan boleh dipelajari. Sihir mengkhayalkan dan tidak
benar-benar berlaku. Berlawanan dengan itu, mukjizat bukanlah sesuatu yang diusahakan. Dan ia
benar-benar berlaku dan bukan khayalan mata. Allah tidak mendatangkan mukjizat kepada para
Nabi palsu. Jika Nabi palsu itu mendatangkan sesuatu yang menyalahi adat, maka ia adalah sihir
atau ciptaan yang boleh dipelajari atau didatangkan sesuatu yang sepertinya.




CONTOH- CONTOH MUKJIZAT 25 RASUL:


   1. Mukjizat Nabi Adam: Nabi Adam diyakini sebagai manusia pertama yang
       menginjakkan kaki di bumi. Allah menjadikan pasangan Nabi Adam iaitu Hawa yang
       diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam. Mereka diturunkan ke bumi kerana telah
       melakukan kesalahan akibat godaan iblis/syaitan, Adam dan Hawa dikurniakan dua
       pasang putra-putri yang bernama Qabil dan Iklima, kemudian Habil dan Labuda. Qabil
       bersifat kasar, sedangkan Labuda bersifat lembut. Kedua-dua sifat inilah yang akhirnya
       menjadi     sebahagian    dari     sifat-sifat   dasar   manusia    hingga    hari   ini.
2. Mukjizat Nabi Ayub: Nabi Ayub terkenal sebagai seorang yang kaya raya dan sangat
dermawan. Namun          ini tidak membuatnya sombong, lalu iblis berasa dengki.
Allah pun menentang iblis sekiranya dia dapat meruntuhkan iman Nabi Ayub lalu ujian
itu pun tiba, seluruh harta kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub habis terbakar, setelah
itu     Nabi     Ayub   diserang    penyakit      kulit    hingga     80      tahun   lamanya.
Namun dia dan istrinya yang setia, Rahmah, tetap bertawakal kapada Allah SWT. Hingga
akhirnya Allah berfirman agar Nabi Ayub menapakkan kakinya ditanah. kemudian dari
tanah tersebut keluar air yang dapat menyembuhkan penyakit yang dideritanya selama 80
tahun.


3. Mukjizat Nabi Daud: Kehebatan Nabi Daud memuncak setelah Nabi Daud berjaya
membunuh Jalut, pemimpin kaum pemberontak Palestin. Nabi Daud kemudian menjadi
seorang raja dan berlaku sangat adil. Semasa pemerintahan kerajaan Nabi Daud ekonomi
negaranya bertambah maju dan masyarakat menjadi makmur. Pada suatu hari, Nabi
Daud melarang para nelayan untuk tidak kelaut pada hari sabtu, namun peringatan
tersebut dilanggar, sehingga terjadi bencana gempa yang memusnakan seluruh penduduk.


4. Mukjizat Nabi Dzulkifli: Sejarah menulis bahawa Nabi Dzulkifli adalah putra Nabi
Ayub. Dikisahkan pula Nabi Dzulkifli mewarisi sifat sabar ayahnya. Suatu masa beliau
dilantik menjadi seorang raja setelah dapat memenuhi persyaratan yang ditetapkan.
Syarat-syaratnya ialah calon pengganti raja haruslah seorang yang sanggup berpuasa di
siang    hari,   beribadah   di   malam   hari,   dan     bukan     seorang    yang   pemarah.


5. Mukjizat Nabi Harun: Nabi Harun disebut sebagai saudara Nabi Musa. Dia adalah
seorang yang cekap dan pandai berdakwah, pandai berdiplomasi, dan penuh perhatian.
Nabi Harun selalu mendampingi Nabi Musa dalam berdakwah, hingga suatu saat Nabi
Musa memutuskan untuk beruzlah dan menitipkan umatnya kepada Nabi Harun. Nabi
Harun juga sempat berjuang dengan dakwahnya untuk memberantas penyembahan
berhala yang dipimpin oleh Samiri, salah seorang tukang sihir kerajaan Fir'aun.
6. Mukjizat Nabi Hud: Nabi Hud diutuskan untuk kaum Ad yang terhormat. kehidupan
mereka serba maju dan , namun sayangnya mereka selalu berfoya-foya dan tenggelam
dalam kehidupan fana yang memesongkan.Nabi Hud mengingatkan mereka untuk
bersyukur dan selalu memohon kepada Allah SWT, namu mereka menolak. Akhirnya
murka Allah datang dengan menurunkan azab berupa badai gurun selama 7 hari 7 malam.
Kaum yang mendengarkan dan mengikut Nabi Hud selamat dengan berpindah ke kota
Hadramaut.


7. Mukjizat Nabi Ibrahim: Nabi Ibrahim dikenal sebagai bapak para Nabi. Nabi
Ibrahim dihormati oleh pemeluk 3 agama, yaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Nabi
Ibrahim lah yang telah diutus oleh Allah dan membangunkan Ka'bah di kota Mekkah.
Keyakinannya yang kuat terhadap Islam dimulai dari pencariannya akan Tuhan, dia
sangat tidak menerima orang-orang disekitarnya yang menyembah berhala, hingga
akhirnya dia dibakar hidup-hidup kerana telah menentang raja Namrud, namun Allah
SWT menurunkan mukjizatnya dengan menyelamatkan Nabi Ibrahim dari dijilat api.


8. Mukjizat Nabi Idris: Nabi Idris pula diyakini sebagai Nabi pertama yang menulis
dengan pena. Masyarakat terdahulu mempercayai bahawa Nabi Idris dibawa ke surga
oleh Allah tanpa mengalami kematian. Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia 82
tahun.


9. Mukjizat Nabi Ilyas: Nabi Ilyas tinggal di lembah sungai Yordan dimana
penduduknya menyembah berhala, Nabi Ilyas menyuruh kepada mereka semua untuk
meninggalkan berhala, namun mereka tidak mengindahkannya seruan Nabi Ilyas.
Malahan mereka mengancam agar Tuhan yang disembah Nabi Ilyas menurunkan bencana
kepada mereka, dan akhirnya kekeringan melanda daerah tersebut. Setelah beberapa
tahun,akhirnya Nabi Ilyas dapat meyakinkan kaum tersebut untuk menyembah Allah
SWT.
10. Mukjizat Nabi Ilyasa’: Nabi Ilyasa‟ merupakan kerabat terdekat Nabi Ilyas. Setelah
Nabi Ilyas wafat, Nabi Ilyasa‟ menyambung perjuangan Nabi Ilyas untuk menghalang
penyembahan berhala dikalangan kaum yang kembali merebak di lembah sungai Yordan.
Namun kaum tersebut tidak mahu mendengar dan mengikut ajaran Nabi Ilyasa‟sehingga
sebagai balasannya Allah telah menurunkan bencana kekeringan dan kemarau terhadap
mereka.


11. Mukjizat Nabi Isa: Nabi Isa adalah putra dari Maryam yang dilahirkan tanpa
memiliki suami. Hal ini telah menimbulkan kontroversi dan fitnah kepada Maryam.
Dengan kuasa Allah, Nabi Isa yang ketika itu masih bayi tiba-tiba boleh bercakap dan
menjawab serta menjelaskan segala tohmahan apa             yang sebenarnya terjadi.
Nabi Isa juga memperlihatkan banyak mukjizat lainnya ketika Nabi Isa dewasa,
antaranya ialah membentuk seekor burung hidup dari tanah liat,menghidupkan orang
mati, menyembuhkan kebutaan dan mendatangkan makanan yang tida menjadi ada.
Penyelamatan Nabi Isa dari penyaliban oleh kaumnya juga merupakan salah satu bentuk
mukjizat   teragung   yang    diberikan   oleh   Allah   SWT     kepada    Nabi   Isa.


12. Mukjizat Nabi Ishaq: Nabi Ishaq banyak menemani bapanya iaitu Nabi Ibrahim
berdakwah menyebarkan ajaran Islam dengan penuh kesabaran dan keyakinan kepada
Allah.


13. Mukjizat Nabi Ismail: Nabi Ismail dan keluarganya merupakan orang-orang yang
terdahulu melaksanakan Haji. Pada suatu masa ketika kecil, Nabi Ismail berasa sangat
haus dan ibunya berulang-alik dari bukit Safa- ke Marwah untuk mencari air, hingga
akhirnya dengan izin Allh maka keluarlah air yang dikenali sebagai mata air zamzam.
Setelah dewasa pula ketika Allah memerintahkan agar nabi Ibrahim menyembelih Nabi
Ismail, dalam perjalanan menuju tempat penyembelihan, Nabi Ismail digoda oleh Syaitan
agar membatalakan niatnya. Namun Nabi Ismail tidak goyah dan melempar syaitan
tersebut dengan batu. yang saat ini menjadi ritul ibadah haji, iaitu melontar jumrah.
Seperti yang kita ketahui, saat akan disembelih jasad Nabi Ismail Allah menggantikannya
dengan seekor kambing / kibas, dan itulah ibadah korban yang dilakukan ketika Aidil
Adha.


14. Mukjizat Nabi Luth: Betapa hebatnya perjuangan Nabi Luth dalam menyeru kaum
Sodom untuk kembali ke jalan yang benar, iaitu meninggalkan homoseksual dan menyeru
kaumnya supaya menyembah Allah dan meninggalkan segala kekufuran.Namun begitu
kaum Nabi Luth sangat degil dan tidak mahu menerima seruan Nabi Luth.
Akhirnya, Allah SWT berfirman agar Nabi Luth segera meninggalkan kaumnyanya dan
kemudian Allah telah menurunkan azab yang sangat pedih kepada kaum Luth .


15. Mukjizat Nabi Musa: Kisah pertarungan Nabi Musa dengan Fir'aun merupakan
salah satu kisah yang tersohor. Dikisahkan bahwa Fir'aun merasa terancam dengan
keberanian Nabi Musa untuk menyebarkan ajaran dan mengesahkan keesaan Allah.
tukang sihir Firaun bertarung dengan Nabi Musa lalu Allah menurunkan mukjizat
memenangkannya dengan bantuan tongkat Nabi Musa, kemudian Nabi Musa dan
kaumnya dikejar oleh pengikut Fir'aun. Namun dengan kuasa Allah, mereka berjaya
melolosi lautan dengan bantuan tongkat Nabi Musa yang dapat membelah lautan.
Selain daripada itu, Nabi Musa juga mendapat mukjizat kitab Taurat, yang dikenali
dengan perjanjian lama yang mengandungi ajaran pokok 10 perintah Allah SWT.


16. Mukjizat Nabi Nuh: Nabi Nuh menyeru dan menyebarkan ajaran untuk menyembah
Allah SWT . Namun kaumnya menolak dan menganggapnya gila, Nabi Nuh kemudian
diberikan peringatan oleh Allah bahawa akan terjadi banjir besar yang akan melanda
daerahnya.Oleh karena itu Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat sebuah kapal,
masyarakat sekitar tetap tidak mengindahkan peringatan yang disampaikan oleh Nabi
Nuh, sehingga mereka akhirnya hanyut dalam banjir besar yang menenggelamkan
mereka.
17. Mukjizat Nabi Saleh: Mukjizat Nabi Saleh yang paling terkenal adalah kisah unta betina
yang keluar dari batu setelah ia memukulkan telapak tangannya. Nabi Saleh meminta kepada
penduduk setempat untuk tidak mengganggu unta tersebut dan susunya boleh diperah untuk
memenuhi      keperluan hidup      sehari-harian        penduduk kaum Nabi saleh             yang miskin.
Namun kaum nabi Saleh ada yang tidak menyukainya lalu berusaha membunuh unta itu dan
sebagai balasannya,      akhirnya mereka dijatuhi azab petir dan gempa bumi                   yang dasyat.


18. Mukjizat Nabi Sulaiman: Salah satu mukjizat Nabi Sulaiman yang paling mashyur adalah
kemampuannya berkomunikasi dengan binatang. Nabi Sulaiman juga merupakan raja yang
sangat bijaksana dan kekuasaannya                    mencakupi seluruh manusia juga bangsa jin.


19. Mukjizat Nabi Syuaib: Nabi Syuaib diutuskan untuk menyebarkan ajaran Islam di daerah
Madyan, namun masyarakat Madyan menolak ajaran tersebut hingga akhirnya Allah
menurunkan        azab    berupa      petir      dan       kilat      yang     menghanguskan      mereka.


20. Mukjizat Nabi Yahya: Nabi Yahya seorang yang sangat tegas dan mengajarkan sesuatu
kebenaran harus ditegakkan dengan apa cara sekalipun. Contohkan ketika nabi berkeras
melarang pernikahan antara seorang baapa saudara dengan anak saudaranya sendiri.


21. Mukjizat Nabi Ya'qub: Nabi Ya'qub adalah                   moyang para rasul sebelum masa Nabi
Muhammad. Sikap dan cara pemikiran Nabi Ya‟kub mempengaruhi cara pemikiran para rasul
keturunannya, serta kaum Yahudi dan kemudian Nasrani yang berusaha menjadi penegak panji
keesaan   Allah    sebelum    datangnya        ajaran     dan kerasulan        Nabi    Muhammad     SAW.


22. Mukjizat Nabi Yunus: Kisah Nabi Yunus berusaha menyebarkan ajaran Allah, namun
tidak mendapat sambutan baik dari masyarakanyat. Dalam perjalanannya menjauhi daerah
kaumnya kerana bimbang akan dibunuh oleh kaumnya, kapal yang ia tumpangi dipukul ombak
lalu karam dilautan. Akhirnya setelah beberapa kali undian, mereka memutuskan bahawa Nabi
Yunus akan dikorbankan untuk dicampak dan ditenggelamkan ke dalam lautan demi menjamin
keselamatan       penumpang        yang       lain      dari       karam     dan      tenggelam   dilautan.
Namun mukjizat Allah tiba, Nabi Yunus dimakan oleh seekor ikan yang besar iaitu ikan paus/
ikan nun, dan Nabi Yunus ditemukan masih hidup didalam perut ikan tersebut sambil memohon
keampunan.


23. Mukjizat Nabi Yusuf: Nabi Yusuf dikisahkan dalam riwayatnya sebagai seorang pemuda
yang sangat tampan dan sangat gagah dan bijaksana dalam memimpin negaranya. Sejak kecil
Nabi yusuf mendapat mimpi yang luar biasa dan ketika besar Allah mengurniakan mukjizat
kepada nabi Yusuf iaitu dia dapat mentakwilkan/ mentafsirkan mimpi tersebut, sehingga dia
sangat      dihormati    oleh   masyarakat          sekitarnya     dan        dilantik    menjadi     menteri.


24. Mukjizat Nabi Zakaria: Nabi Zakaria dan istrinya, Isya, membaktikan diri untuk menjaga
Baitul Maqdis - Rumah Ibadah peninggalan Nabi Sulaiman di Yerusalem. Nabi Zakaria
dikurniakan zuriat keturunan oleh Allah SWT di saat usianya sudah cukup uzur, iaitu sekitar 100
tahun , dan anak Nabi Zakaria juga dilantik menjadi rasul                                iaitu Nabi Yahya.


25.Mukjizat Nabi Muhammad SAW:
Mukjizat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada dua bahagian:-


1)Perkataan/ Al-Qawliyyah (        )
Mukjizat Perkataan merupakan salah satu dari mukjizat nabi. Salah satu contoh mukjizat
perkataan ialah al-Quran. Disebabkan Islam adalah agama yang Allah telah tetapkan bahawa ia
akan berkekalan sehingga hari kiamat, maka Allah menetapkan bahawa mukjizat Nabi
Muhammad saw            juga berterusan, supaya ia akan membantunya dan menjadi sumber
kekuatannya secara berterusan
Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir, sekaligus sebagai penutup para Rasul-Rasul
sebelumnya. Nabi Muhammadlah yang menyempurnakan segala ajaran Islam rasul-rasul yang
terdahulu         dan       menjadi             rasul      seluruh             umat         manusia          .
Mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad sangatlah banyak, salah satunya yang
paling besar dan teragung adalah Kitab Al-Qur'an, keajaiban al-Quran yang menjadi mukjizat
terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pedoman hidup buat manusia dalam
mencapai     kebahagiaan    yang       hakiki    sama   ada      hidup   di      dunia    atau   di   akhirat.
Mukjizat al-Quran berbeza dengan mukjizat Rasulullah s.a.w lain kerana al-Quran tetap kekal
dan boleh dilihat ke hari ini. Di dalamnya terkandung pelbagai hikmah kebenaran yang menjadi
pedoman utama kehidupan manusia. Keajaiban al-Quran dapat dilihat dalam sejarah Umar bin
Khattab sehingga beliau memeluk Islam. Sebelum Islam, Umar seorang lelaki bengis dan kejam
dan pernah berniat untuk membunuh Nabi Muhammad Detik perubahan Umar berlaku selepas
beliau menghayati beberapa ayat dari Surah Taha ketika pergi ke rumah adiknya, Fatimah .
Beliau berkeyakinan apa yang didengarnya itu bukan syair Arab. Kata-katanya sangat indah
yang tiada tolak bandingnya dan pada hari itu juga, Umar terus memeluk agama Islam.




Begitulah besarnya pengaruh mendengar bacaan al-Quran sehingga dapat mengubah peribadi
Umar daripada seorang yang begis dan kufur sehingga menjadi insan yang beriman kepada
Allah. Allah berhak memelihara kesucian kitab al-Quran daripada dicemari daripada diubah suai
oleh    manusia.    Hal     ini    dijelaskan   Allah    dalam     firman-Nya    bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya”.(Surahal-Hijr,ayat9).


Tiada seorang manusia yang mampu mencipta walaupun satu ayat setanding dengan al-Quran.
Bagi mereka yang mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian pastinya akan rasa bahagia.
Allah berfirman      yang    bermaksud:
“Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar
gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan (amalan) yang soleh; sesungguhnya
untuk mereka itu     pahala yang    besar.” (Surah       al-Israk-ayat 9).


Umat Islam perlu berusaha mendalami al-Quran dan jaangan sampai mereka menjadi „buta‟ al-
Quran. Sedangkan bahan bacaan santai lain boleh dihabiskan dalam tempoh tertentu tetapi
kenapakah    al-Quran     dipinggirkan    dan   hanya    menjadi    perhiasan   di    rumah.
Manusia yang sering dibelenggu keresahan, gundah-gulana dan kesempitan perlu sentiasa
mendampingi Al-Quran supaya mereka kembali mendapat kekuatan, semangat, kesenangan serta
ketenangan    dijiwa. Itulah rahmat yang Allah berikan kesan daripada beramal dengan mukjizat
agung   Kitab suci Al-Quran, kitab yang menjadi panduan hidup seluruh umat manusia.
2)Kejadian/ Al-Kawniyyah (      )
Mukjizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad saw adalah dalam bentuk pertolongan,
bantuan dan    ketenangan bagi hati orang-orang mukmin. Sebahagiannya berlaku untuk
membawa manfaat kepada orang-orang mukmin, atau menolak bahaya daripada mereka.


       Mukjizat yang berlaku kepada Rasulullah SAW pula, iaitu mukjizat yang mana Allah
telah mengurniakan ilmu tanpa belajar. Pernah musuh-musuh baginda di kalangan orang-orang
Yahudi telah menghantar pendita-penditanya untuk menguji Baginda. Mereka menyoal baginda
dengan tujuan memberi malu, menjatuhkan maruah dan kewibawaan Baginda. Pada kebiasaanya
seseorang yang tidak pernah belajar di mana-mana sekolah, yang tidak tahu membaca dan
menulis pula, tentulah tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Tetapi yang
anehnya, semua soalan yang diajukan walau apa bentuk masalah atau persoalannya, semuanya
dapat dijawab oleh Rasulullah SAW dengan baik dan tepat.


       Dan ini sangat memeranjatkan musuh. Bahkan mereka pula yang malu dan akur dengan
jawapan-jawapan Baginda itu. Akhirnya mereka pulang dengan hampanya. Bahkan apa yang
lebih memeranjatkan lagi iaitu ketua pendita mereka sendiri telah memeluk Islam, setelah
pendeta tersebut merasakan kebenaran Rasulullah SAW. Ini berlaku di luar logik.Inilah yang
dikatakan mukjizat maknawiah. Allah kurniakan mukjizat ini menunjukkan perlu di waktu itu
dan sesuai pula dengan hal-hal semasa kerana yang datang itu semuanya cerdik pandai yang
hendak menguji keilmuan Rasulullah SAW. Kalau tidak tentulah kebenaran Allah dan Rasul-
Nya akan ditolak oleh musuh buat selama-lamanya.
Mukjizat Nabi Musa a.s. adalah tidak sama dengan mukjizat Nabi Khaidir a.s. sedangkan
sebagaimana yang kita tahu, Nabi Musa a.s. itu lebih besar darjat dan keutamaannya berbanding
dengan Nabi Khaidir a.s. Nabi Musa salah seorang Ulul Azmi sedangkan Nabi Khaidir a.s. hanya
nabi, bukan rasul. Bahkan terdapat sesetengah ulama yang masih lagi mempertikaikan tentang
kenabian Nabi Khaidir. Ada yang menganggap beliau hanya orang soleh yang bertaraf wali
sahaja. Pernah di suatu ketika, yang mana Nabi Khaidir diberi mukjizat maknawiah (batin).
Walhal di waktu itu tidak diberi kepada Nabi Musa. Tiga hari saja mereka dapat berkawan.
Sedangkan sebelum itu Nabi Khaidir sudah mengingatkan Nabi Musa, “Kau takkan sanggup ikut
aku, kau takkan tahan sabar.” Ini adalah kerana peranan antara nabi dengan rasul itu berbeza.
Nabi bukan pemimpin sedangkan rasul adalah pemimpin.


       Nabi mengikut takrifnya ialah seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakal
yang diberi wahyu tetapi hanya untuk dirinya sendiri dan tidak wajib menyampaikannya kepada
orang lain. Bila tidak wajib menyampaikan,ini bermakna dia bukanlah seorang pemimpin.
Sedangkan rasul, seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakal yang diberi wahyu dan
dia wajib mengamalkannya dan wajib menyampaikan kepada umatnya. Maknanya, dia
pemimpin dan pendidik. Nabi Musa a.s. seorang rasul, dia memimpin dan mendidik kaumnya.
Antara mukjizat maknawiyah yang ada pada Nabi Musa a.s. ialah tahan sabar, kuat azam, kuat
jiwa berhadapan dengan Firaun.




       Nabi Musa as merupakan seorang nabi yang sangat penyabar bila disusah-susahkan oleh
kerenah pengikutnya serta tahan berpindah-randah di tanah gurun panas yang mencengkam itu
atau bila sejuk terlalu dingin. Ketabahan hatinya itu Allah nilai. Akhirnya Allah marah kepada
Bani Israil dengan disesatkan mereka selama 40 tahun dan dibiarkan terumbang-ambing di
Padang Teh. Nabi Musa juga turut sama teruji bersama-sama pengikutnya itu. Walhal kesalahan
itu bukan dibuat olehya. Tetapi kerana Allah hendak menghukum orang lain, dia juga turut sama
terhukum. Walau bagaimanapun dia tetap tahan menderita dan sabar dengan ujian yang sangat
menyeksakan itu. Tahan jiwa, tahan sabar, kuat azam, teguh hati dan tabahnya dengan ujian
yang berat yang datang dari perangai jahat umatnya. Ini mukjizat maknawiyah yang berlaku
padanya. Tetapi pada kebanyakan orang, bentuk-bentuk ini tidak dianggapnya sebagai mukjizat
kerana tidak dapat dilihat dengan mata kepala.


       Berbeza pula mukjizat maknawiah (batin) yang berlaku pada Nabi Khaidir            yaitu
dikasyafkan.   Dia nampak apa yang        bakal   berlaku iaitu kapal akan dimusnahkan oleh
perompak,dengan sebab itu, kapal itu ditenggelamkannya. Cuba bayangkan kalau Nabi Musa
pun dapat mukjizat maknawiah begitu? Dia juga kemudiannya akan tenggelamkan kapal itu.
Walhal dia pemimpin umatnya. Tentulah pengikutnya lebih sulit hendak mengikut
kepimpinannya dan akan mempertikaikan perbuatannya. Dia dianggap pula sebagai perosak dan
penzalim. Itulah juga antara hikmah yang tersembunyi yang hanya dapat dinilai dengan
menggunakan akal yang waras. Apa pula yang akan terjadi kepada pemimpin sekarang ini, kalau
Allah kurniakan dia keramat maknawiah, katalah dia membakar Mercedes atau membunuh orang
dengan sebab dia nampak batin orang itu akan merompak dengan menggunakan Mercedes itu.
Apa yang akan difikirkan oleh orang ramai ? Bolehkah orang ramai terima kepimpinan begitu?
Tentu orang akan menolak bahkan boleh jadi orang akan tuduh dia sebagai pembunuh! Jadi Nabi
Khaidir diberi mukjizat bentuk itu kerana dia tidak memimpin ummah.
Manakala Nabi Musa a.s. tidak diberikan mukjizat maknawiah seperti Nabi Khaidir a.s.
di waktu itu. Kalaulah Nabi Musa diberi kasyaf, nampak apa yang akan terjadi sepertimana Nabi
Khaidir, tentulah haru-biru masyarakat. Ada yang akan marah dan mengamuk kerana harta benda
mereka dijahanamkan. Sedangkan mengenai strategi perang atau berkait dengan hal-hal
keselamatan ummah, Allah kurniakan mukjizat lahir pada Nabi Musa a.s. bukan untuk dirinya
tetapi untuk keselamatan umum. Buktinya, sewaktu tali-tali ahli-ahli sihir Firaun bertukar
menjadi ular, tongkat Nabi Musalah yang berperanan menjadi ular besar yang menelan habis
kesemua ular-ular Firaun itu. Bukankah ini di luar logik, di luar kebiasaan. Inilah mukjizat zahir.
Allah lakukan sihir itu tidak memberi kesan langsung dan tongkat mampu menjadi ular besar
yang menelan seluruh ular-ular itu. Ini menunjukkan mukjizat bentuk itu amat perlu di waktu itu
untuk meyakinkan orang ramai yang menyaksikan tentang keagungan Allah dan demi
menyelamatkan keyakinan umat.


        Di atas kejadian-kejadian inilah akhirnya ahli-ahli sihir itu turut beriman kepada Allah
dan kepada Nabi Musa. Firman Allah SWT: “Lalu ahli-ahli sihir itu bersujud seraya berkata:
„Kami telah beriman dengan Tuhan Harun dan Musa‟.” (At Taha: 70)
Begitu juga mukjizat tongkat Nabi Musa dapat membelah laut sewaktu dikejar Firaun dan
tentera-tenteranya. Ini perlu di waktu itu untuk keselamatan Nabi Musa dan kaumnya. Sekali-gus
membunuh mati penentang-penentang Allah itu. Ini juga luar biasa dan di luar logik. Mana
mungkin hanya sebatang tongkat bisa membelah lautan? Mustahil. Tetapi itulah yang terjadi dan
telah berlaku. Inilah mukjizat lahir Nabi Musa yang berlaku yang sangat diperlukan oleh Nabi
Musa demi untuk menyelamatkan umatnya. Allah lakukan ini semua untuk keselamatan kekasih-
Nya dan meyakinkan lagi kaumnya.


       Contoh mukjizat Nabi Ibrahim pula, Raja Namrud dan rakyatnya kerana terlalu marah
dengan pegangan dan perjuangan Nabi Ibrahim lantas menangkap dan mahu membunuhnya.
Dicampakkan ke dalam api yang menjulang tinggi laksana gunung. Api mengikut kebiasaan
adatnya membakar. Tetapi dengan izin dari Allah Api di waktu itu tidak pun membakar Nabi
Ibrahim. Bahkan berlaku sebaliknya. Nabi Ibrahim terasa sejuk. Ini berlaku di luar kebiasaan
atau di luar logik. Inilah mukjizat zahir. Allah lakukan api sebesar itu tidak menjadi sebab
membakar Nabi Ibrahim. Hal ini amat perlu di waktu itu. Kalau tidak, tentunya Nabi Ibrahim
sudah terbakar hangus.


RUMUSAN/ KESIMPULAN


       Sebagai rumusan daripada huraian-huraian di atas, nyatalah Allah kurniakan mukjizat
pada rasul-rasul dan nabi-nabi-Nya bukan sesuka hati, tetapi diberi mengikut keperluan semasa.
Untuk tujuan kemudahan, keindahan dan keselamatan ummah. Kebanyakan nabi-nabi dan rasul-
rasul diberikan mukjizat maknawiah lebih daripada mukjizat lahiriah. Rasul-rasul yang paling
banyak mendapat mukjizat lahiriah dan maknawiah ialah di kalangan lima orang yang
berpangkat Ulul Azmi sahaja. Iaitu Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Musa dan
Nabi Nuh a.s. Mereka ini semuanya terlalu kuat azam, hati teguh, hati terlalu kuat bergantung
dengan Allah, sabar dan tabah dalam meng-hadapi ujian-ujian dan kedegilan kaum-kaum
mereka. Demi-kianlah huraian secara ringkas tentang mukjizat. Moga-moga kita sama-sama
memahami dan menghayatinya

Contenu connexe

Tendances

7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al SunnahWanBK Leo
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah completeAngah Rahim
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahSiti Mariah
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allahwk_aiman
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahKhairul Anwar
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanNajid Jamal
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quranAngah Rahim
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahHafiz Zakaria
 

Tendances (20)

7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Kk mukjizat
Kk mukjizatKk mukjizat
Kk mukjizat
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwah
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
AA101 - Konsep Akidah
AA101 - Konsep AkidahAA101 - Konsep Akidah
AA101 - Konsep Akidah
 
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & Nakirah
 

Similaire à Mukjizat dan Rasul

Materi akidah akhlak kelas viii
Materi akidah akhlak kelas viiiMateri akidah akhlak kelas viii
Materi akidah akhlak kelas viiiAnnisa Sutedjo
 
I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10MJM Networks
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anLinbud
 
Materi pembelajaran kelas XI semester 1
Materi pembelajaran kelas XI semester 1Materi pembelajaran kelas XI semester 1
Materi pembelajaran kelas XI semester 1elifitriani
 
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11Amalia Tri Kusuma Dewi
 
9 perbedaan karomah dan sihir
9 perbedaan karomah dan sihir9 perbedaan karomah dan sihir
9 perbedaan karomah dan sihirSai Nudin
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahkemarau20
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahkemarau20
 
Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )
Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )
Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )Nisrokhah6
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahkemarau20
 
Materi Iman Kepada Rasul Allah
Materi Iman Kepada Rasul Allah Materi Iman Kepada Rasul Allah
Materi Iman Kepada Rasul Allah Amalia Sofitri
 
Iman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul Allah Iman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul Allah samiul12
 
Materi iman kepada rasul Allah
Materi iman kepada rasul AllahMateri iman kepada rasul Allah
Materi iman kepada rasul Allahmea_ascha
 
Akhlak iman kelompok 4-11
Akhlak iman kelompok 4-11Akhlak iman kelompok 4-11
Akhlak iman kelompok 4-11Akfar ikifa
 

Similaire à Mukjizat dan Rasul (20)

Materi akidah akhlak kelas viii
Materi akidah akhlak kelas viiiMateri akidah akhlak kelas viii
Materi akidah akhlak kelas viii
 
Kemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'anKemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'an
 
PPT Materi 2 kelompok 3,
PPT Materi 2 kelompok 3, PPT Materi 2 kelompok 3,
PPT Materi 2 kelompok 3,
 
I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'an
 
تعريف الرسول
تعريف الرسولتعريف الرسول
تعريف الرسول
 
Materi pembelajaran kelas XI semester 1
Materi pembelajaran kelas XI semester 1Materi pembelajaran kelas XI semester 1
Materi pembelajaran kelas XI semester 1
 
KENABIAN DAN KERASULAN
KENABIAN DAN KERASULANKENABIAN DAN KERASULAN
KENABIAN DAN KERASULAN
 
Aplot
AplotAplot
Aplot
 
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
 
9 perbedaan karomah dan sihir
9 perbedaan karomah dan sihir9 perbedaan karomah dan sihir
9 perbedaan karomah dan sihir
 
Wahyu
WahyuWahyu
Wahyu
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allah
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allah
 
Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )
Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )
Materi iman kepada rasul allah (eli fitriani )
 
Materi iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allahMateri iman kepada rasul allah
Materi iman kepada rasul allah
 
Materi Iman Kepada Rasul Allah
Materi Iman Kepada Rasul Allah Materi Iman Kepada Rasul Allah
Materi Iman Kepada Rasul Allah
 
Iman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul Allah Iman Kepada Rasul Allah
Iman Kepada Rasul Allah
 
Materi iman kepada rasul Allah
Materi iman kepada rasul AllahMateri iman kepada rasul Allah
Materi iman kepada rasul Allah
 
Akhlak iman kelompok 4-11
Akhlak iman kelompok 4-11Akhlak iman kelompok 4-11
Akhlak iman kelompok 4-11
 

Mukjizat dan Rasul

  • 1. APA ITU MUKJIZAT? PENDAHULUAN Rasul-rasul merupakan utusan Allah untuk umat manusia. Allah SWT membantu dan menguatkan Rasul-rasul dengan mukjizat. Bentuk mukjizat yang diberikan kepada para Rasul terbahagi dua iaitu mukjizat hissiyyah yakni mukjizat yang dapat dirasa dan dilihat dan mukjizat ma’nawiyah iaitu mukjizat yang mampu mempengaruhi jiwa manusia. Allah menciptakan manusia dan membekalkannya dengan akal. Akal inilah yang menjadi syarat taklif, kerana akal ini manusia akan dihisab amalnya, dengan akal ini ia boleh membezakan antara yang berguna dengan yang berbahaya. Jika datang seseorang yang mengatakan, ia adalah rasul (utusan) Allah, guna memberi hidayah kepada manusia serta memimpin mereka menuju kedamaian dan kebahagiaan dunia dan akhirat. DEFINISI MUKJIZAT Mukjizat rasul didifinisikan sebagai sesuatu yang luar biasa yang terjadi melalui tangan- tangan para nabi Allah dan rasulNya dalam bentuk sesuatu yang membuat manusia tidak boleh melawannya. Melalui tangan para nabi dan rasul telah terjadi mukjizat- mukjizat yang memaksa akal yang sihat untuk tunduk mempercayai apa yang dibawa oleh para rasul. Mukjizat- mukjizat tersebut tidak terlepas dari bentuk:-
  • 2. 1. Ilmu seperti pemberitahuan tentang hal- hal ghaib yang sudah terjadi ataupun yang akan terjadi, umpamanyaperkhaabaran Nabi Isa as kepada kaumnya tentang apa yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di rumah- rumah mereka. Sebagaimana juga perkhabaran Nabi Muhammad SAW tentang fitnah- fitnah atau tanda- tanda hari kiamat yang bakal terjadi, seperti yang banyak dijelaskan dalam hadith- hadith 2. Kemampuan dan kekuatan seperti mengubah tongkat menjadi ular besar, iaitu mukjizat Nabi Musa a.s yang diutus kepada Firaun dan kaumnya.Kemudian penyembuhan penyakit buta, kulit belang- belang putih (sopak) serta menghidupkan orang- orang yang sudah mati yang kesemuanya itu adalah mukjizat Nabi Isa a.s Juga terbelahnya bulan menjadi dua yang merupakan salah satu tanda kebenaran Rasul SAW. 3. Kecukupan misalnya perlindungan bagi Rasullah SAW dari orang- orang yang mengingginkan kejahatan kepadanya. Hal ini sering terjadi ketika di Mekah sewaktu malam hijrah, ketika di dalam gua, lalu dalam perjalanan ke Madinah ketika bertemu denga Suraqah bin Malik, lalu adi Madinah ketika orang –orang Yahudi ingin menculuknya dan lain- lain lagi.Contoh- contoh ini menunjukkkan bahawa Allah mencukupi RasulNya dengan perlindungan sehingga tidak memerlukan lagi kepada perlindungan makhluk lain. NAMA BUKU MUHAMMAD ABDUL HAMID, PEDOMAN LENGKAP FIQH ISLAM,JASMIN ENTERPRISE KUALA LUMPUR 2004 SAYID SABIQ GURU BESAR UNITAS AL-AZHAR,AKIDAH ISLAM LENGKAP,PUSTAKA NASIONAL PTE LTD SINGAPURA 1991 Mukjizat merupakan adalah perkara yang luar biasa manusia yang ada pada diri seseorang yang mengaku sebagai Rasul dengan kehendak Allah SWT dan sebagai dalil akan kebenaaran pengakuannya. Perkataan mukjizat itu diambil dari bahasa arab a'jaza-l'jaza yang bermaksud melemahkan. . Mukjizat juga merupakan hal-hal atau kejadian-kejadian yang luar biasa khawariqul ‘adah (atau ia berlaku di luar logik akal). yang berlaku yang di kurniakan Allah
  • 3. kepada rasul-rasul atau nabi-nabi. Mukjizat selalu diikuti dengan adanya tentangan. Kebiasaanya ianya berlaku di tangan orang- orang yang terkenal dengan ketakwaan dirinya dan amat soleh kelakuaannya, lagipun yang memiliki tersebut adalah orang- orang yang benar- benar telah mencapai kepuncak yang tertinggi tahap kemuliaan akhlak dan pekerti. Ketaatan yang dicapai itu tidak mungkin dapat dijangkau oleh mana- mana manusia pun. Mukjizat itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu: 1. Mukjizat zahir ( mukjizat hissiyyah ) 2. Mukjizat batin ( mukjizat ma’nawwiyah ) MUKJIZAT ZAHIR ( mukjizat hissiyyah ) Ia adalah perkara yang mencarik adat yang berlaku pada seseorang rasul dan nabi, yang dapat dilihat dengan mata. Antara contohnya, tongkat dicampak bertukar menjadi ular, manusia atau binatang mati dihidupkan, penyakit kusta dan sopak dapat disembuhkan, mata buta dapat dicelikkan, air yang sedikit dapat diminum oleh ratusan orang, dibakar tidak hangus, tongkat dipukul ke batu menghasilkan pancutan air, bulan terbelah dua, tongkat dapat membelah lautan dan sebagainya. MUKJIZAT BATIN ( mukjizat ma’nawwiyah ) Mukjizat ini hanya pada makna sahaja, tidak pada rupa. Terasa adanya dan boleh dinilai oleh mata hati (basyirah) sahaja. Tidak dapat dilihat oleh mata. Antara contohnya ialah wahyu- wahyu yang disampaikan kepada rasul dan nabi yang mengandungi bermacam-macam ilmu pengetahuan dan hukum-hakam tanpa mereka belajar seperti manusia biasa. Umpamanya Al Quran, Injil, Taurat, Zabur dan Suhuf-Suhuf, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kepala kecuali setelah ditulis.
  • 4. Mukjizat batiniah yang lain ialah: 1. dapat tundukkan nafsu tanpa mujahadah 2. Allah kurniakan bersih dari dosa dan kesalahan 3. hati tidak terpaut dengan dunia dan kelazatan serta keindahannya 4. mendapat ilmu dan tarbiah terus dari Allah atau mendapat wahyu 5. manusia jatuh hati dan cinta luar biasa padanya 6. musuh merasa gerun dengan kehebatannya 7. sangat sabar dengan ujian-ujian dari kaumnya 8. azamnya terlalu kuat, hati terlalu teguh, cintanya dengan Allah terlalu tinggi dan lain- lain lagi. Mukjizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mukjizat sendirian tanpa izin Allah. Mukjizat tidak diperoleh melalui pembelajaran. Allah telah menjadikan bagi setiap Nabi mukjizat yang bersesuaian dengan zamannya, dalam tiga bentuk iaitu : 1. Perbuatan, seperti keluarnya unta Nabi Saleh a.s. daripada batu gunung, dan menukarkan tongkat Nabi Musa kepada ular. 2. Pencegahan, seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalamnya. 3. Perkataan, seperti Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad Mukjizat tidak mungkin dapat dipelajari oleh sesiapapun kerana ianya bukan di buat oleh manusia. Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi dan rasul bukan diberi mengikut kehendak para rasul dan nabi itu sendiri. Tetapi ianya sesuai dengan hal semasa dan keperluan seseorang nabi dan rasul itu. Mukjizat itu pula hanyalah semata- mata merupaka satu pertolongan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para Rasul dan Nabi yang di angkat itu. Jadi mukjizat itu merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka Dan ia tidak boleh dipelajari tetapi hadiah atau mauhibbah atau wahbiah dari Allah. Namun begitu yang melaksanakan hanyalah Allah Taala semata- mata. Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa mukjizat adalah merupakan satu tanda kekuasaan Allah dan juga sebagai tanda Keesaannya. Mukjizat yang diberikan kepada nabiNya adalah untuk menentang kepada musuh- musuhNya, yang mendustakan dan juga mengingkari kebenaranNya.
  • 5. Dalam sejarah rasul-rasul dan nabi-nabi, mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada mereka tidak sama di antara satu sama lain. Kebiasaannya mereka diberi mukjizat di kedua-dua peringkat. Kalau dia seorang nabi; ertinya dia bukan seorang pemimpin yakni bukan untuk masyarakat; maka Allah berikan mukjizat yang sesuai dengan wataknya sebagai seorang abid. Mungkin mukjizat lahir atau batin yang diberikan itu sesuai dengan keperluannya sebagai abid. Menentang yang dimaksudkan di sini iaitu mengajak penentang untuk melakukan sebagaimana yang telah dilakukannya itu. Sekiranya tidak dapat maka jelaslah bahawa kerasulannya serta kenabiannya itu adalah benar. Namun begitu hal- hal yang dianggap sebagai luar biasa yang dilakukan atau ditimbulkan oleh orang biasa iaitu selain dari Rasul dan Nabi, maka hal- hal itu adalah sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Syeikh Rasyid Ridha sebagai berikut:- “Memang ada keterangan- keterangan yang dikutip dari berbagi bangsa di segala massa, sebagai kutipan- kutipan yang mutawatir (banyak jalannya) yang semuanya mengenai jenisnya dan bukan warna- warninya, tetapi semuanya itu bukanlah kenyataan yang merupakan hakikat”. Tetapi pada seorang Rasul yang dia adalah pemimpin umatnya, maka Allah kurniakan mukjizat lahir dan batin (maknawiah), sesuai dengan keperluannya berdepan dengan umat yang dipimpinnya. Rasul-rasul yang paling banyak mendapat mukjizat ialah rasul-rasul yang mendapat pangkat Ulul Azmi kerana mereka ini paling tahan, paling sabar berhadapan dengan ujian-ujian berat daripada kerenah kaumnya. Pemberian mukjizat pada nabi-nabi dan rasul-rasul ini tidak sama kerana keperluan mereka juga berbeza antara satu sama lain. Adakalanya mereka tidak boleh ikut-mengikut di antara satu sama lain. PERBEZAAAN ANTARA MUKJIZAT DAN JUGA KERAMAT Keramat adalah sesuatu yang timbul dari seseorang yang dianggap sebagai kekasih Allah SWT atau yang biasanya disebut waliullah dan merupakan sebagai satu tanda bahawa Allah
  • 6. SWT memuliakannya. Namun begitu tidak menjadi syarat bahawa keramat itu mestilah sesuatu yang luar biasa atau yang keluar dari adat kebiasaan yang lazim dimiliki oleh sesama manusia. Di antara bentuk keramat itu ialah sifat istiqamah (teguh pendirian ) memperoleh taufik atau pertolongan untuk mengerjakan atau melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Kadangkala timbul pula hal- hal yang luar biasa ditangan sebahagian orang- orang soleh dan perkara- perkara tertentu. Orang yang sedemikian mestilah seoarang yang bersih fitrahnya dan suci jiwanya, sebagaimana yang terjadi kepada Saidatina Maryam. Peristiwa ini diceritakan dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah (Ali Imran:37) PERBEZAAN ANTARA MUKJIZAT DAN SIHIR. Mukjizat berlawanan dengan Sihir kerana sihir merupakan sesuatu yang menyalahi adat, tetapi ia adalah sesuatu yang diusahakan dan boleh dipelajari. Sihir mengkhayalkan dan tidak benar-benar berlaku. Berlawanan dengan itu, mukjizat bukanlah sesuatu yang diusahakan. Dan ia benar-benar berlaku dan bukan khayalan mata. Allah tidak mendatangkan mukjizat kepada para Nabi palsu. Jika Nabi palsu itu mendatangkan sesuatu yang menyalahi adat, maka ia adalah sihir atau ciptaan yang boleh dipelajari atau didatangkan sesuatu yang sepertinya. CONTOH- CONTOH MUKJIZAT 25 RASUL: 1. Mukjizat Nabi Adam: Nabi Adam diyakini sebagai manusia pertama yang menginjakkan kaki di bumi. Allah menjadikan pasangan Nabi Adam iaitu Hawa yang diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam. Mereka diturunkan ke bumi kerana telah melakukan kesalahan akibat godaan iblis/syaitan, Adam dan Hawa dikurniakan dua pasang putra-putri yang bernama Qabil dan Iklima, kemudian Habil dan Labuda. Qabil bersifat kasar, sedangkan Labuda bersifat lembut. Kedua-dua sifat inilah yang akhirnya menjadi sebahagian dari sifat-sifat dasar manusia hingga hari ini.
  • 7. 2. Mukjizat Nabi Ayub: Nabi Ayub terkenal sebagai seorang yang kaya raya dan sangat dermawan. Namun ini tidak membuatnya sombong, lalu iblis berasa dengki. Allah pun menentang iblis sekiranya dia dapat meruntuhkan iman Nabi Ayub lalu ujian itu pun tiba, seluruh harta kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub habis terbakar, setelah itu Nabi Ayub diserang penyakit kulit hingga 80 tahun lamanya. Namun dia dan istrinya yang setia, Rahmah, tetap bertawakal kapada Allah SWT. Hingga akhirnya Allah berfirman agar Nabi Ayub menapakkan kakinya ditanah. kemudian dari tanah tersebut keluar air yang dapat menyembuhkan penyakit yang dideritanya selama 80 tahun. 3. Mukjizat Nabi Daud: Kehebatan Nabi Daud memuncak setelah Nabi Daud berjaya membunuh Jalut, pemimpin kaum pemberontak Palestin. Nabi Daud kemudian menjadi seorang raja dan berlaku sangat adil. Semasa pemerintahan kerajaan Nabi Daud ekonomi negaranya bertambah maju dan masyarakat menjadi makmur. Pada suatu hari, Nabi Daud melarang para nelayan untuk tidak kelaut pada hari sabtu, namun peringatan tersebut dilanggar, sehingga terjadi bencana gempa yang memusnakan seluruh penduduk. 4. Mukjizat Nabi Dzulkifli: Sejarah menulis bahawa Nabi Dzulkifli adalah putra Nabi Ayub. Dikisahkan pula Nabi Dzulkifli mewarisi sifat sabar ayahnya. Suatu masa beliau dilantik menjadi seorang raja setelah dapat memenuhi persyaratan yang ditetapkan. Syarat-syaratnya ialah calon pengganti raja haruslah seorang yang sanggup berpuasa di siang hari, beribadah di malam hari, dan bukan seorang yang pemarah. 5. Mukjizat Nabi Harun: Nabi Harun disebut sebagai saudara Nabi Musa. Dia adalah seorang yang cekap dan pandai berdakwah, pandai berdiplomasi, dan penuh perhatian. Nabi Harun selalu mendampingi Nabi Musa dalam berdakwah, hingga suatu saat Nabi Musa memutuskan untuk beruzlah dan menitipkan umatnya kepada Nabi Harun. Nabi Harun juga sempat berjuang dengan dakwahnya untuk memberantas penyembahan berhala yang dipimpin oleh Samiri, salah seorang tukang sihir kerajaan Fir'aun.
  • 8. 6. Mukjizat Nabi Hud: Nabi Hud diutuskan untuk kaum Ad yang terhormat. kehidupan mereka serba maju dan , namun sayangnya mereka selalu berfoya-foya dan tenggelam dalam kehidupan fana yang memesongkan.Nabi Hud mengingatkan mereka untuk bersyukur dan selalu memohon kepada Allah SWT, namu mereka menolak. Akhirnya murka Allah datang dengan menurunkan azab berupa badai gurun selama 7 hari 7 malam. Kaum yang mendengarkan dan mengikut Nabi Hud selamat dengan berpindah ke kota Hadramaut. 7. Mukjizat Nabi Ibrahim: Nabi Ibrahim dikenal sebagai bapak para Nabi. Nabi Ibrahim dihormati oleh pemeluk 3 agama, yaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Nabi Ibrahim lah yang telah diutus oleh Allah dan membangunkan Ka'bah di kota Mekkah. Keyakinannya yang kuat terhadap Islam dimulai dari pencariannya akan Tuhan, dia sangat tidak menerima orang-orang disekitarnya yang menyembah berhala, hingga akhirnya dia dibakar hidup-hidup kerana telah menentang raja Namrud, namun Allah SWT menurunkan mukjizatnya dengan menyelamatkan Nabi Ibrahim dari dijilat api. 8. Mukjizat Nabi Idris: Nabi Idris pula diyakini sebagai Nabi pertama yang menulis dengan pena. Masyarakat terdahulu mempercayai bahawa Nabi Idris dibawa ke surga oleh Allah tanpa mengalami kematian. Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia 82 tahun. 9. Mukjizat Nabi Ilyas: Nabi Ilyas tinggal di lembah sungai Yordan dimana penduduknya menyembah berhala, Nabi Ilyas menyuruh kepada mereka semua untuk meninggalkan berhala, namun mereka tidak mengindahkannya seruan Nabi Ilyas. Malahan mereka mengancam agar Tuhan yang disembah Nabi Ilyas menurunkan bencana kepada mereka, dan akhirnya kekeringan melanda daerah tersebut. Setelah beberapa tahun,akhirnya Nabi Ilyas dapat meyakinkan kaum tersebut untuk menyembah Allah SWT.
  • 9. 10. Mukjizat Nabi Ilyasa’: Nabi Ilyasa‟ merupakan kerabat terdekat Nabi Ilyas. Setelah Nabi Ilyas wafat, Nabi Ilyasa‟ menyambung perjuangan Nabi Ilyas untuk menghalang penyembahan berhala dikalangan kaum yang kembali merebak di lembah sungai Yordan. Namun kaum tersebut tidak mahu mendengar dan mengikut ajaran Nabi Ilyasa‟sehingga sebagai balasannya Allah telah menurunkan bencana kekeringan dan kemarau terhadap mereka. 11. Mukjizat Nabi Isa: Nabi Isa adalah putra dari Maryam yang dilahirkan tanpa memiliki suami. Hal ini telah menimbulkan kontroversi dan fitnah kepada Maryam. Dengan kuasa Allah, Nabi Isa yang ketika itu masih bayi tiba-tiba boleh bercakap dan menjawab serta menjelaskan segala tohmahan apa yang sebenarnya terjadi. Nabi Isa juga memperlihatkan banyak mukjizat lainnya ketika Nabi Isa dewasa, antaranya ialah membentuk seekor burung hidup dari tanah liat,menghidupkan orang mati, menyembuhkan kebutaan dan mendatangkan makanan yang tida menjadi ada. Penyelamatan Nabi Isa dari penyaliban oleh kaumnya juga merupakan salah satu bentuk mukjizat teragung yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa. 12. Mukjizat Nabi Ishaq: Nabi Ishaq banyak menemani bapanya iaitu Nabi Ibrahim berdakwah menyebarkan ajaran Islam dengan penuh kesabaran dan keyakinan kepada Allah. 13. Mukjizat Nabi Ismail: Nabi Ismail dan keluarganya merupakan orang-orang yang terdahulu melaksanakan Haji. Pada suatu masa ketika kecil, Nabi Ismail berasa sangat haus dan ibunya berulang-alik dari bukit Safa- ke Marwah untuk mencari air, hingga akhirnya dengan izin Allh maka keluarlah air yang dikenali sebagai mata air zamzam. Setelah dewasa pula ketika Allah memerintahkan agar nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail, dalam perjalanan menuju tempat penyembelihan, Nabi Ismail digoda oleh Syaitan agar membatalakan niatnya. Namun Nabi Ismail tidak goyah dan melempar syaitan tersebut dengan batu. yang saat ini menjadi ritul ibadah haji, iaitu melontar jumrah.
  • 10. Seperti yang kita ketahui, saat akan disembelih jasad Nabi Ismail Allah menggantikannya dengan seekor kambing / kibas, dan itulah ibadah korban yang dilakukan ketika Aidil Adha. 14. Mukjizat Nabi Luth: Betapa hebatnya perjuangan Nabi Luth dalam menyeru kaum Sodom untuk kembali ke jalan yang benar, iaitu meninggalkan homoseksual dan menyeru kaumnya supaya menyembah Allah dan meninggalkan segala kekufuran.Namun begitu kaum Nabi Luth sangat degil dan tidak mahu menerima seruan Nabi Luth. Akhirnya, Allah SWT berfirman agar Nabi Luth segera meninggalkan kaumnyanya dan kemudian Allah telah menurunkan azab yang sangat pedih kepada kaum Luth . 15. Mukjizat Nabi Musa: Kisah pertarungan Nabi Musa dengan Fir'aun merupakan salah satu kisah yang tersohor. Dikisahkan bahwa Fir'aun merasa terancam dengan keberanian Nabi Musa untuk menyebarkan ajaran dan mengesahkan keesaan Allah. tukang sihir Firaun bertarung dengan Nabi Musa lalu Allah menurunkan mukjizat memenangkannya dengan bantuan tongkat Nabi Musa, kemudian Nabi Musa dan kaumnya dikejar oleh pengikut Fir'aun. Namun dengan kuasa Allah, mereka berjaya melolosi lautan dengan bantuan tongkat Nabi Musa yang dapat membelah lautan. Selain daripada itu, Nabi Musa juga mendapat mukjizat kitab Taurat, yang dikenali dengan perjanjian lama yang mengandungi ajaran pokok 10 perintah Allah SWT. 16. Mukjizat Nabi Nuh: Nabi Nuh menyeru dan menyebarkan ajaran untuk menyembah Allah SWT . Namun kaumnya menolak dan menganggapnya gila, Nabi Nuh kemudian diberikan peringatan oleh Allah bahawa akan terjadi banjir besar yang akan melanda daerahnya.Oleh karena itu Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat sebuah kapal, masyarakat sekitar tetap tidak mengindahkan peringatan yang disampaikan oleh Nabi Nuh, sehingga mereka akhirnya hanyut dalam banjir besar yang menenggelamkan mereka.
  • 11. 17. Mukjizat Nabi Saleh: Mukjizat Nabi Saleh yang paling terkenal adalah kisah unta betina yang keluar dari batu setelah ia memukulkan telapak tangannya. Nabi Saleh meminta kepada penduduk setempat untuk tidak mengganggu unta tersebut dan susunya boleh diperah untuk memenuhi keperluan hidup sehari-harian penduduk kaum Nabi saleh yang miskin. Namun kaum nabi Saleh ada yang tidak menyukainya lalu berusaha membunuh unta itu dan sebagai balasannya, akhirnya mereka dijatuhi azab petir dan gempa bumi yang dasyat. 18. Mukjizat Nabi Sulaiman: Salah satu mukjizat Nabi Sulaiman yang paling mashyur adalah kemampuannya berkomunikasi dengan binatang. Nabi Sulaiman juga merupakan raja yang sangat bijaksana dan kekuasaannya mencakupi seluruh manusia juga bangsa jin. 19. Mukjizat Nabi Syuaib: Nabi Syuaib diutuskan untuk menyebarkan ajaran Islam di daerah Madyan, namun masyarakat Madyan menolak ajaran tersebut hingga akhirnya Allah menurunkan azab berupa petir dan kilat yang menghanguskan mereka. 20. Mukjizat Nabi Yahya: Nabi Yahya seorang yang sangat tegas dan mengajarkan sesuatu kebenaran harus ditegakkan dengan apa cara sekalipun. Contohkan ketika nabi berkeras melarang pernikahan antara seorang baapa saudara dengan anak saudaranya sendiri. 21. Mukjizat Nabi Ya'qub: Nabi Ya'qub adalah moyang para rasul sebelum masa Nabi Muhammad. Sikap dan cara pemikiran Nabi Ya‟kub mempengaruhi cara pemikiran para rasul keturunannya, serta kaum Yahudi dan kemudian Nasrani yang berusaha menjadi penegak panji keesaan Allah sebelum datangnya ajaran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. 22. Mukjizat Nabi Yunus: Kisah Nabi Yunus berusaha menyebarkan ajaran Allah, namun tidak mendapat sambutan baik dari masyarakanyat. Dalam perjalanannya menjauhi daerah kaumnya kerana bimbang akan dibunuh oleh kaumnya, kapal yang ia tumpangi dipukul ombak lalu karam dilautan. Akhirnya setelah beberapa kali undian, mereka memutuskan bahawa Nabi Yunus akan dikorbankan untuk dicampak dan ditenggelamkan ke dalam lautan demi menjamin keselamatan penumpang yang lain dari karam dan tenggelam dilautan.
  • 12. Namun mukjizat Allah tiba, Nabi Yunus dimakan oleh seekor ikan yang besar iaitu ikan paus/ ikan nun, dan Nabi Yunus ditemukan masih hidup didalam perut ikan tersebut sambil memohon keampunan. 23. Mukjizat Nabi Yusuf: Nabi Yusuf dikisahkan dalam riwayatnya sebagai seorang pemuda yang sangat tampan dan sangat gagah dan bijaksana dalam memimpin negaranya. Sejak kecil Nabi yusuf mendapat mimpi yang luar biasa dan ketika besar Allah mengurniakan mukjizat kepada nabi Yusuf iaitu dia dapat mentakwilkan/ mentafsirkan mimpi tersebut, sehingga dia sangat dihormati oleh masyarakat sekitarnya dan dilantik menjadi menteri. 24. Mukjizat Nabi Zakaria: Nabi Zakaria dan istrinya, Isya, membaktikan diri untuk menjaga Baitul Maqdis - Rumah Ibadah peninggalan Nabi Sulaiman di Yerusalem. Nabi Zakaria dikurniakan zuriat keturunan oleh Allah SWT di saat usianya sudah cukup uzur, iaitu sekitar 100 tahun , dan anak Nabi Zakaria juga dilantik menjadi rasul iaitu Nabi Yahya. 25.Mukjizat Nabi Muhammad SAW: Mukjizat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada dua bahagian:- 1)Perkataan/ Al-Qawliyyah ( ) Mukjizat Perkataan merupakan salah satu dari mukjizat nabi. Salah satu contoh mukjizat perkataan ialah al-Quran. Disebabkan Islam adalah agama yang Allah telah tetapkan bahawa ia akan berkekalan sehingga hari kiamat, maka Allah menetapkan bahawa mukjizat Nabi Muhammad saw juga berterusan, supaya ia akan membantunya dan menjadi sumber kekuatannya secara berterusan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir, sekaligus sebagai penutup para Rasul-Rasul sebelumnya. Nabi Muhammadlah yang menyempurnakan segala ajaran Islam rasul-rasul yang terdahulu dan menjadi rasul seluruh umat manusia . Mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad sangatlah banyak, salah satunya yang paling besar dan teragung adalah Kitab Al-Qur'an, keajaiban al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pedoman hidup buat manusia dalam mencapai kebahagiaan yang hakiki sama ada hidup di dunia atau di akhirat.
  • 13. Mukjizat al-Quran berbeza dengan mukjizat Rasulullah s.a.w lain kerana al-Quran tetap kekal dan boleh dilihat ke hari ini. Di dalamnya terkandung pelbagai hikmah kebenaran yang menjadi pedoman utama kehidupan manusia. Keajaiban al-Quran dapat dilihat dalam sejarah Umar bin Khattab sehingga beliau memeluk Islam. Sebelum Islam, Umar seorang lelaki bengis dan kejam dan pernah berniat untuk membunuh Nabi Muhammad Detik perubahan Umar berlaku selepas beliau menghayati beberapa ayat dari Surah Taha ketika pergi ke rumah adiknya, Fatimah . Beliau berkeyakinan apa yang didengarnya itu bukan syair Arab. Kata-katanya sangat indah yang tiada tolak bandingnya dan pada hari itu juga, Umar terus memeluk agama Islam. Begitulah besarnya pengaruh mendengar bacaan al-Quran sehingga dapat mengubah peribadi Umar daripada seorang yang begis dan kufur sehingga menjadi insan yang beriman kepada Allah. Allah berhak memelihara kesucian kitab al-Quran daripada dicemari daripada diubah suai oleh manusia. Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.(Surahal-Hijr,ayat9). Tiada seorang manusia yang mampu mencipta walaupun satu ayat setanding dengan al-Quran. Bagi mereka yang mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian pastinya akan rasa bahagia. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan (amalan) yang soleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar.” (Surah al-Israk-ayat 9). Umat Islam perlu berusaha mendalami al-Quran dan jaangan sampai mereka menjadi „buta‟ al- Quran. Sedangkan bahan bacaan santai lain boleh dihabiskan dalam tempoh tertentu tetapi kenapakah al-Quran dipinggirkan dan hanya menjadi perhiasan di rumah. Manusia yang sering dibelenggu keresahan, gundah-gulana dan kesempitan perlu sentiasa mendampingi Al-Quran supaya mereka kembali mendapat kekuatan, semangat, kesenangan serta ketenangan dijiwa. Itulah rahmat yang Allah berikan kesan daripada beramal dengan mukjizat agung Kitab suci Al-Quran, kitab yang menjadi panduan hidup seluruh umat manusia.
  • 14. 2)Kejadian/ Al-Kawniyyah ( ) Mukjizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad saw adalah dalam bentuk pertolongan, bantuan dan ketenangan bagi hati orang-orang mukmin. Sebahagiannya berlaku untuk membawa manfaat kepada orang-orang mukmin, atau menolak bahaya daripada mereka. Mukjizat yang berlaku kepada Rasulullah SAW pula, iaitu mukjizat yang mana Allah telah mengurniakan ilmu tanpa belajar. Pernah musuh-musuh baginda di kalangan orang-orang Yahudi telah menghantar pendita-penditanya untuk menguji Baginda. Mereka menyoal baginda dengan tujuan memberi malu, menjatuhkan maruah dan kewibawaan Baginda. Pada kebiasaanya seseorang yang tidak pernah belajar di mana-mana sekolah, yang tidak tahu membaca dan menulis pula, tentulah tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Tetapi yang anehnya, semua soalan yang diajukan walau apa bentuk masalah atau persoalannya, semuanya dapat dijawab oleh Rasulullah SAW dengan baik dan tepat. Dan ini sangat memeranjatkan musuh. Bahkan mereka pula yang malu dan akur dengan jawapan-jawapan Baginda itu. Akhirnya mereka pulang dengan hampanya. Bahkan apa yang lebih memeranjatkan lagi iaitu ketua pendita mereka sendiri telah memeluk Islam, setelah pendeta tersebut merasakan kebenaran Rasulullah SAW. Ini berlaku di luar logik.Inilah yang dikatakan mukjizat maknawiah. Allah kurniakan mukjizat ini menunjukkan perlu di waktu itu dan sesuai pula dengan hal-hal semasa kerana yang datang itu semuanya cerdik pandai yang hendak menguji keilmuan Rasulullah SAW. Kalau tidak tentulah kebenaran Allah dan Rasul- Nya akan ditolak oleh musuh buat selama-lamanya.
  • 15. Mukjizat Nabi Musa a.s. adalah tidak sama dengan mukjizat Nabi Khaidir a.s. sedangkan sebagaimana yang kita tahu, Nabi Musa a.s. itu lebih besar darjat dan keutamaannya berbanding dengan Nabi Khaidir a.s. Nabi Musa salah seorang Ulul Azmi sedangkan Nabi Khaidir a.s. hanya nabi, bukan rasul. Bahkan terdapat sesetengah ulama yang masih lagi mempertikaikan tentang kenabian Nabi Khaidir. Ada yang menganggap beliau hanya orang soleh yang bertaraf wali sahaja. Pernah di suatu ketika, yang mana Nabi Khaidir diberi mukjizat maknawiah (batin). Walhal di waktu itu tidak diberi kepada Nabi Musa. Tiga hari saja mereka dapat berkawan. Sedangkan sebelum itu Nabi Khaidir sudah mengingatkan Nabi Musa, “Kau takkan sanggup ikut aku, kau takkan tahan sabar.” Ini adalah kerana peranan antara nabi dengan rasul itu berbeza. Nabi bukan pemimpin sedangkan rasul adalah pemimpin. Nabi mengikut takrifnya ialah seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakal yang diberi wahyu tetapi hanya untuk dirinya sendiri dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain. Bila tidak wajib menyampaikan,ini bermakna dia bukanlah seorang pemimpin. Sedangkan rasul, seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakal yang diberi wahyu dan dia wajib mengamalkannya dan wajib menyampaikan kepada umatnya. Maknanya, dia
  • 16. pemimpin dan pendidik. Nabi Musa a.s. seorang rasul, dia memimpin dan mendidik kaumnya. Antara mukjizat maknawiyah yang ada pada Nabi Musa a.s. ialah tahan sabar, kuat azam, kuat jiwa berhadapan dengan Firaun. Nabi Musa as merupakan seorang nabi yang sangat penyabar bila disusah-susahkan oleh kerenah pengikutnya serta tahan berpindah-randah di tanah gurun panas yang mencengkam itu atau bila sejuk terlalu dingin. Ketabahan hatinya itu Allah nilai. Akhirnya Allah marah kepada Bani Israil dengan disesatkan mereka selama 40 tahun dan dibiarkan terumbang-ambing di Padang Teh. Nabi Musa juga turut sama teruji bersama-sama pengikutnya itu. Walhal kesalahan itu bukan dibuat olehya. Tetapi kerana Allah hendak menghukum orang lain, dia juga turut sama terhukum. Walau bagaimanapun dia tetap tahan menderita dan sabar dengan ujian yang sangat menyeksakan itu. Tahan jiwa, tahan sabar, kuat azam, teguh hati dan tabahnya dengan ujian yang berat yang datang dari perangai jahat umatnya. Ini mukjizat maknawiyah yang berlaku padanya. Tetapi pada kebanyakan orang, bentuk-bentuk ini tidak dianggapnya sebagai mukjizat kerana tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Berbeza pula mukjizat maknawiah (batin) yang berlaku pada Nabi Khaidir yaitu dikasyafkan. Dia nampak apa yang bakal berlaku iaitu kapal akan dimusnahkan oleh perompak,dengan sebab itu, kapal itu ditenggelamkannya. Cuba bayangkan kalau Nabi Musa pun dapat mukjizat maknawiah begitu? Dia juga kemudiannya akan tenggelamkan kapal itu. Walhal dia pemimpin umatnya. Tentulah pengikutnya lebih sulit hendak mengikut kepimpinannya dan akan mempertikaikan perbuatannya. Dia dianggap pula sebagai perosak dan penzalim. Itulah juga antara hikmah yang tersembunyi yang hanya dapat dinilai dengan menggunakan akal yang waras. Apa pula yang akan terjadi kepada pemimpin sekarang ini, kalau Allah kurniakan dia keramat maknawiah, katalah dia membakar Mercedes atau membunuh orang dengan sebab dia nampak batin orang itu akan merompak dengan menggunakan Mercedes itu. Apa yang akan difikirkan oleh orang ramai ? Bolehkah orang ramai terima kepimpinan begitu? Tentu orang akan menolak bahkan boleh jadi orang akan tuduh dia sebagai pembunuh! Jadi Nabi Khaidir diberi mukjizat bentuk itu kerana dia tidak memimpin ummah.
  • 17. Manakala Nabi Musa a.s. tidak diberikan mukjizat maknawiah seperti Nabi Khaidir a.s. di waktu itu. Kalaulah Nabi Musa diberi kasyaf, nampak apa yang akan terjadi sepertimana Nabi Khaidir, tentulah haru-biru masyarakat. Ada yang akan marah dan mengamuk kerana harta benda mereka dijahanamkan. Sedangkan mengenai strategi perang atau berkait dengan hal-hal keselamatan ummah, Allah kurniakan mukjizat lahir pada Nabi Musa a.s. bukan untuk dirinya tetapi untuk keselamatan umum. Buktinya, sewaktu tali-tali ahli-ahli sihir Firaun bertukar menjadi ular, tongkat Nabi Musalah yang berperanan menjadi ular besar yang menelan habis kesemua ular-ular Firaun itu. Bukankah ini di luar logik, di luar kebiasaan. Inilah mukjizat zahir. Allah lakukan sihir itu tidak memberi kesan langsung dan tongkat mampu menjadi ular besar yang menelan seluruh ular-ular itu. Ini menunjukkan mukjizat bentuk itu amat perlu di waktu itu untuk meyakinkan orang ramai yang menyaksikan tentang keagungan Allah dan demi menyelamatkan keyakinan umat. Di atas kejadian-kejadian inilah akhirnya ahli-ahli sihir itu turut beriman kepada Allah dan kepada Nabi Musa. Firman Allah SWT: “Lalu ahli-ahli sihir itu bersujud seraya berkata: „Kami telah beriman dengan Tuhan Harun dan Musa‟.” (At Taha: 70) Begitu juga mukjizat tongkat Nabi Musa dapat membelah laut sewaktu dikejar Firaun dan tentera-tenteranya. Ini perlu di waktu itu untuk keselamatan Nabi Musa dan kaumnya. Sekali-gus membunuh mati penentang-penentang Allah itu. Ini juga luar biasa dan di luar logik. Mana mungkin hanya sebatang tongkat bisa membelah lautan? Mustahil. Tetapi itulah yang terjadi dan telah berlaku. Inilah mukjizat lahir Nabi Musa yang berlaku yang sangat diperlukan oleh Nabi Musa demi untuk menyelamatkan umatnya. Allah lakukan ini semua untuk keselamatan kekasih- Nya dan meyakinkan lagi kaumnya. Contoh mukjizat Nabi Ibrahim pula, Raja Namrud dan rakyatnya kerana terlalu marah dengan pegangan dan perjuangan Nabi Ibrahim lantas menangkap dan mahu membunuhnya. Dicampakkan ke dalam api yang menjulang tinggi laksana gunung. Api mengikut kebiasaan adatnya membakar. Tetapi dengan izin dari Allah Api di waktu itu tidak pun membakar Nabi Ibrahim. Bahkan berlaku sebaliknya. Nabi Ibrahim terasa sejuk. Ini berlaku di luar kebiasaan atau di luar logik. Inilah mukjizat zahir. Allah lakukan api sebesar itu tidak menjadi sebab
  • 18. membakar Nabi Ibrahim. Hal ini amat perlu di waktu itu. Kalau tidak, tentunya Nabi Ibrahim sudah terbakar hangus. RUMUSAN/ KESIMPULAN Sebagai rumusan daripada huraian-huraian di atas, nyatalah Allah kurniakan mukjizat pada rasul-rasul dan nabi-nabi-Nya bukan sesuka hati, tetapi diberi mengikut keperluan semasa. Untuk tujuan kemudahan, keindahan dan keselamatan ummah. Kebanyakan nabi-nabi dan rasul- rasul diberikan mukjizat maknawiah lebih daripada mukjizat lahiriah. Rasul-rasul yang paling banyak mendapat mukjizat lahiriah dan maknawiah ialah di kalangan lima orang yang berpangkat Ulul Azmi sahaja. Iaitu Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Nuh a.s. Mereka ini semuanya terlalu kuat azam, hati teguh, hati terlalu kuat bergantung dengan Allah, sabar dan tabah dalam meng-hadapi ujian-ujian dan kedegilan kaum-kaum mereka. Demi-kianlah huraian secara ringkas tentang mukjizat. Moga-moga kita sama-sama memahami dan menghayatinya