2. PENGENALAN
• Teori feminis merangkumi sistem idea tentang
kehidupan sosial dan pengalaman manusia
yang berkembang atas asas persoalan wanita
dalam masyarakat.
• Dengan kata lain, teori feminis adalah
berpusarkan wanita (women-centered). Ini
dilihat dari tiga sudut:
3. 1. Objek penelitian bagi teori feminis dan juga
titiktolak bagi semua kajian yang dilakukan adalah
berkisar pada keadaan dan pengalaman kaum
wanita;
2. Wanita dijadikan subjek/topik pokok (central
subject) dalam semua proses penyelidikan, dan
segala perkara adalah dilihat dari kacamata wanita.
3. Teori feminis yang memihak kepada persoalan
wanita ini bertujuan mewujudkan satu suasana
kehidupan yang lebih baik bukan sahaja kepada
kaum wanita, tetapi kepada seluruh umat manusia.
4. • Pada umumnya teori feminis tidak mahu
melihat gender menjadi faktor atau isu yang
memisahkan penduduk atas dasar jantina;
mendiskriminasikan atau menyekat peluang
wanita dalam berbagai-bagai bidang
kehidupan; meletakkan kedudukan wanita
lebih rendah daripada kedudukan lelaki;
menggenakan tekanan dan juga eksploitasi ke
atas mereka; menyifatkan mereka sebagai
kelompok khusus dan terpinggir, dll.
5. • Teori feminis mementingkan kesaksamaan
hak, taraf, kedudukan, dan peluang yang sama
bagi insan tidak kira dia lelaki atau
perempuan.
• Dengan kata lain, persoalan gender tidak
menjadi isu dalam segala perkara dan
keadaan.
6. JENIS TEORI FEMINIS KONTEMPORARI
Mengikut Ritzer (1996), teori feminis kontemporari
terbahagi kepada empat jenis atau dilihat dari
empat sudut, iaitu:
Perbezaan Gender (Gender Difference)
Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality)
Tindasan Atas Dasar Gender (Gender Oppression)
Feminisma Gelombang-Ketiga (Third-Wave
Feminism)
7. PERBEZAAN GENDER
• Teori feminis melihat isu perbezaan gender
dari sudut-sudut berikut:
• Istilah ‘perbezaan’ yang digunakan bagi
menjelaskan perbezaan antara kaum lelaki
dan kaum wanita (perbezaan gender)
dikatakan lebih baik digunakan bagi
menjelaskan secara teoritis isu tentang
perbezaan di kalangan wanita.
8. • Isu gender tidak penting dalam ‘human
personhood’ (peribadi manusia).
• Bagi golongan pasca-moden, yang lebih utama
bukan gender tetapi peraturan yang cair
(fluid) dan yang sentiasa berkembang dalam
interaksi antara manusia (tidak kira jantina)
mengikut konteks satu-satu keadaan
9. • Berkaitan dengan itu, perbezaan gender tidak
hanya dilihat dari segi langkah untuk
menggubal dasar-dasar yang spesifik bagi
menangani isu tentang wanita seperti cuti
bersalin, penyelidikan barah payudara dsb,
tetapi sepatutnya digunakan bagi menggubal
dasar yang lebih luas merangkumi seluruh
penduduk tanpa mengira soal gender.
10. • Teori tentang perbezaan gender tidak harus
bersifat ‘essentialist’, bermaksud, seseorang
itu tidak boleh dianggap mempunyai atau
tidak mempunyai sifat-sifat tertentu sebagai
sebahagian daripada sifat kejadian beliau
samaada sebagai lelaki atau pun sebagai
perempuan.
11. • Seperti yang dinyatakan, teori feminis
berpusarkan wanita (women-centered), dan
menjadikan isu wanita sebagai isu utama
dalam perbincangan dan penelitian.
• Ini berpunca daripada keadaan di mana
perkara-perkara berkaitan dengan wanita
diketepikan oleh masyarakat [dominan lelaki]
di sepanjang sejarah ketemadunan manusia.
12. • Dalam hampir semua masyarakat (lebih-lebih
lagi pada zaman tradisi atau zaman pra-
moden), kedudukan kaum wanita pada
umumnya adalah rendah (inferior) daripada
kedudukan kaum lelaki.
• Malah, ada yang menganggap wanita tidak
ada tempat langsung dalam masyarakat.
13. • Mereka adalah tertakluk (subservient) kepada
kuasa dan autoriti kaum lelaki, khususnya
kepada anak perempuan tertakluk kepada
kuasa bapa, isteri kepada kuasa suami, dan
akhirnya ibu kepada kuasa anak lelaki.
14. • Wanita tidak dibenarkan menyuarakan
pendapat sendiri, malah terpaksa akur kepada
apa yang diputuskan oleh lekaki terhadap
mereka.
• Banyak contoh dapat diberi tentang
kedudukan inferior kaum wanita dalam
masyarakat ini baik di Barat maupun di Timur.
15. • Hingga kini pun, kebanyakan masyarakat di
dunia termasuk masyarakat Melayu masih
meletakkan wanita itu pada kedudukan lebih
rendah daripada kedudukan kaum lelaki.
• Mereka tidak diberi peluang yang seluas diberi
kepada lelaki dalam pelbagai bidang
kehidupan (ekonomi, politik, pendidikan, dll).
16. • Pemodenan dan perubahan masyarakat telah
membuka lambaran baru bagi kaum wanita,
seterusnya sedikit demi sedikit membebaskan
mereka daripada keadaan ‘inferior,
subservient’, dll. yang membelenggu mereka
itu.
• Ini dapat dikaitkan secara langsung atau
secara tidak langsung dengan gerakan feminis.
17. • Pada akhir abad 19 misalnya, para pendokong
idea atau gagasan feminisma budaya (cultural
feminism) seperti Margaret Fuller, Jane
Adams, dll. mengenengahkan sifat-sifat positif
yang ada pada diri dan peribadi wanita.
18. • Mereka mengatakan masyarakat sangat
memerlukan sifat-sifat yang ada pada wanita
seperti kasih sayang, kemesraan, keterbukaan
dari segi emosi, mementingkan perpaduan
dan kerjasama, keadilan, kedamaian, tidak
suka bergaduh dll. bagi tujuan pentadbiran
negara dan penyelesaian konflik.
19. • Bagi mereka soal perbezaan gender
menidakkan keterlibatkan dan sumbangan
wanita secara positif dalam masyarakat,
sedangkan jika perbezaan itu tidak
diwujudkan [oleh masyarakat dominan lelaki],
maka masing-masing gender dapat sering
sering sumbang-menyumbangi.
20. Perkara ini disokong dengan penjelasan
penjelasan berikut:
• Penjelasan Biologi
• Penjelasan Institusi dan Sosialisasi
• Penjelasan Amalan Interaksi
• Penjelasan Sosio-Psikologi
21. Penjelasan Biologi
• Secara biologis, setiap gender mempunyai sifat
dan kelebihan tersendiri yang tidak ada pada
gender lain, misalnya dari segi hormon,
sensitiviti kepada cahaya dan suara dan
sensitiviti kepada penghubung kanan atau kiri
otak.
22. • Jadi, setiap gender mesti menerima hakikat
ini, lantas mengambil kelebihan yang ada
pada satu-satu gender bagi menampung
kekurangan yang ada pada gendernya sendiri.
• Lelaki mesti mengakui yang wanita secara
biologis mempunyai lebih sifat kasih sayang
dan lebih sesuai mendidik serta menjaga anak
daripada mereka sendiri.
23. • Dengan demikian kelebihan wanita adalah
penting bagi mengisi atau menampung
kekurangan lelaki dalam kehidupan keluarga.
24. Penjelasan Institusi &
Sosialisasi
• Perbezaan gender dan seterusnya perbezaan
kedudukan antara gender adalah hasil
daripada perbezaan peranan yang diajar dan
diterapkan kepada lelaki dan juga kepada
perempuan dalam proses sosialisasi.
• Lelaki diajar untuk menjalankan peranan
dalam sektor pekerjaan dan wanita dalam
sektor rumahtangga.
25. • Dengan demikian perkembangan berikutnya
berkaitan dengan pengalaman dan kejadian
setiap gender itu adalah dicorakkan oleh
sektor yang berkaitan dengan gender
tersebut.
• Jadi, perbezaan gender itu serta kedudukan
gender adalah dicorakkan oleh manusia
sendiri dalam masyarakat.
26. • Golongan feminis berpendapat jika tidak
dicorakkan sedemikian, maka setiap gender
akan berpeluang merealisasikan kebolehan
dan potensi masing-masing secara bebas
tanpa perlu akur kepada ketetapan dalam
skrip gender (gendered script)
27. Penjelasan Amalan Interaksi
• Ini berkaitan rapat dengan penjelasan institusi
dan sosialisasi di atas.
• Proses sosialisasi menjadi penyebab utama
bagi pembentukan tingkahlaku dan sahsiah
seseorang mengikut gender.
28. • Lelaki tidak digalakkan untuk terlibat dalam
kegiatan yang ‘halus dan lembut’, begitu juga
perempuan ditegah melakukan perbuatan
atau kegiatan yang ‘kasar’.
• Keadaan ini mewujudkan dikotomi atau garis
pemisah yang tetap antara tingkahlaku dan
sahsiah lelaki dan perempuan.
29. Penjelasan Sosio-Psikologi
• Dalam sejarah tamadun manusia, segala
keterangan tentang gender dizahirkan dalam
konsep dan perkataan berdasarkan
pengalaman lelaki, dan ini telah tertanam
dengan kuat dalam pemikiran masyarakat.
• Dengan demikian, adalah sukar bagi wanita
untuk menjelaskan diri mereka mengikut
pengalaman mereka sendiri.
30. • Golongan feminis [Perancis] berjuang untuk
mewujudkan ‘vocabulary’ atau
konsep/perkataan yang berlandaskan wanita
(female-based vocabulary) serta menolak
budaya lelaki.
• Ada yang menuntut supaya sifat kejadian
wanita yang distingtif (women’s distinctive
ways of being) itu diakui sebagai satu kelainan
atau sebagai alternatif kepada cara lelaki
(male modes).
31. • Mereka juga menuntut supaya pengetahuan
umum (public knowledge), keserjanaan
akademik (academic scholarship), serta setiap
pola kehidupan sosial perlu mengambil kira
secara serius sifat dan cara kejadian wanita
(female ways of being).
32. • Hanya dengan itu, dikatakan dunia ini akan
menjadi lebih aman dan menjadi tempat yang
lebih berperikemanusiaan (more humane
place) kepada semua insan.
33. KETIDAKSAMAAN GENDER
• Gagasan utama teori feminis dari sudut
ketidaksamaan gender ini adalah: ‘dalam
banyak keadaan kaum wanita bukan sahaja
berbeza daripada kaum lelaki, tetapi juga
mereka tidak mempunyai kedudukan yang
istimewa (less privileged) seperti kaum lelaki.
• Dengan kata lain, kedudukan kaum wanita itu
adalah tidak sama (unequal) dengan
kedudukan kaum lelaki’
34. Ketidaksamaan gender dalam masyarakat
dilihat dari aspek-aspek berikut:
• Dari segi agihan sumber material (material
resources), kedudukan sosial, kuasa, dll. kaum
wanita, pada umumnya tidak mendapat
bahagian dan hak yang sama banyak (iaitu
kurang) daripada bahagian atau hak yang
diperolehi oleh kaum lelaki.
35. • Ketidaksamaan ini adalah hasil daripada
organisasi masyarakat yang tidak mengambil
kira sebarang bentuk perbezaan signifikan dari
segi biologi dan juga dari segi sahsiah
(personality) antara lelaki dan perempuan.
• Manusia (lelaki dan perempuan) semuanya
mempunyai keinginan untuk kebebasan dan
juga untuk merealisasikan potensi yang ada
pada diri masing-masing (self-actualization).
36. • Namun demikian, kaum wanita tidak
mendapat hak dan peluang yang sama seperti
kaum lelaki untuk memenuhi tujuan-tujuan di
atas.
37. Keadaan ini bertitiktolak daripada teori
perbezaan gender, khususnya yang
menyentuh aspek-aspek berikut:
• Pembahagian tugas berdasarkan
jantina/gender
• Activiti sosial mengikut sektor yang
berasingan, iaitu sektor public dan sektor
private
38. • Keterlibatan kaum lelaki dalam sektor public
dan kaum wanita dalam sektor private, dan
• Proses sosialisasi sistematik bagi kanak-kanak
supaya mereka dibekalkan dengan
pengetahuan serta kemahiran untuk
memasuki sektor yang dihubungkan dan
gender masing-masing.
39. • Mereka berpendapat sektor private yang
menjadi monopoli kaum wanita penuh
dengan ‘tugas-tugas yang mendesak
(demanding), yang tidak berminda (mindless),
tidak berbayar (unpaid) dll. berkaitan dengan
urusan rumahtangga, mendidik anak, dan
melayan suami (dari segi praktical, emosi, dan
seksual).
40. • Sebaliknya, sektor yang penuh ganjaran dari
segi kewangan, kuasa, status, kebebasan,
peluang untuk kemajuan diri dll. adalah sektor
public yang dimonopoli oleh kaum lelaki.
41. • Sistem dalam masyarakat yang menyekat
kemasukan wanita dalam sektor public, yang
membebankan mereka dengan pelbagai tugas
dan tanggungjawab dalam sektor private,
yang memenjarakan mereka di rumah-rumah,
dan yang memberi pelepasan kepada kaum
lelaki untuk sama-sama memikul beban tugas
dalam sektor private adalah semuanya
menjurus kepada ketidaksamaan gender.
42. • Pendokong teori ketidaksamaan gender ini
mengatakan, gerakuasa yang menyebabkan sistem
yang dinyatakan di atas itu wujud adalah sexism,
iaitu satu ideologi yang terkandung di dalamnya
fahaman dan amalan bersifat diskriminatif terhadap
wanita, dan juga fahaman bahawa perbezaan
‘semula jadi’ antara lelaki dan perempuan itu sesuai
dengan destini sosial masing-masing (iaitu lelaki
sebagai pencari nafkah keluarga dan wanita sebagai
pengurus rumahtangga)
43. • Disebabkan oleh sexism, kaum wanita
dikatakan telah dialihkan (dwindle) untuk
tidak menikmati kemanusian sepenuh (full
humanness).
• Satu contoh menarik tentang perkara ini
ditunjukkan oleh Jessie Bernard dalam
penulisan beliau bertajuk The Future of
Marriage (1982).
44. • Bernard mengatakan dari segi budaya,
perkahwinan (marriage) itu adalah satu
destini dan sumber kesempurnaan
(fulfillment) bagi wanita, sedangkan bagi lelaki
perkawinan adalah sesuatu yang
menggabungkan alam rumahtangga
(domesticity), tanggungjawab, dan keadaan
yang terikat (constraints).
45. • Dari segi institusi pula, perkahwinan
memperkasakan (empowers) peranan suami,
di samping membebankan isteri dengan
pelbagai tugas rumahtangga, menjadikan
beliau terlalu bergantung kepada suami,
berpuashati dengan apa yang diberikan oleh
suami, dll.
46. • Bernard juga mengatakan perkahwinan itu
terbahagi kepada dua, iaitu (1) perkahwinan
bagi lelaki, dan (2) perkahwinan bagi wanita,
setiap satu mempunyai ciri tersendiri.
• Perkahwinan bagi lelaki membawa kepada
keadaan di mana lelaki itu merasai terikat, dan
terbeban di samping beliau mempunyai kuasa
dan hak terhadap segala perkhidmatan dan
layanan (praktikal, emosi, dan seksual) dari
isterinya.
47. • Perkahwinan bagi wanita pula, sepertimana
yang dikatakan di atas adalah satu destini dan
sumber kesempurnaan (fulfillment).
• Di samping itu, dengan berkahwin, wanita
akan terjebak serta terkongkong dalam alam
rumah tangga, menjalankan tugas dan
tanggungjawab sebagai isteri, ibu, dan
pengurus rumahtangga.
48. • Perkahwinan menyebabkan wanita teralih
(dwindle) daripada menikmati kemanusian
sepenuh (full humanness) sepertimana yang
mereka alami sebelum berkahwin.
49. JENIS TEORI FEMINIS
Mengikut Ritzer (1996), teori feminis terbahagi
kepada empat jenis atau dilihat dari empat sudut,
iaitu:
• Perbezaan Gender (Gender Difference)
• Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality)
• Tindasan Atas Dasar Gender (Gender Oppression)
• Feminisma Gelombang-Ketiga (Third-Wave
Feminism)
50. TINDASAN GENDER
• Perkembangan teoritikal tentang feminisma
pada masa kini kebanyakannya berkisar pada
isu-isu tentang tekanan gender.
• Teori ini pada dasarnya berfokus kepada
persoalan dominasi, kongkongan, dan tekanan
kaum lelaki ke atas wanita.
51. • Dominasi kaum lelaki ke atas wanita ini
dikatakan berpunca daripada struktur
patriarchy atau hasil daripada struktur
patriarchy tersebut.
52. • Patriarchy is a social system in which the
father is the head of the family and men have
authority over women and children) [ The
American Heritage Dictionary].
• Patriaki adalah sistem sosial di mana bapa
adalah menjadi ketua keluarga, dan lelaki
mempunyai autoriti ke atas wanita dan kanak-
kanak.
53. • Dalam sejarah tamadun manusia terutama
dalam masyarakat patrilineal, (Eropah, Arab,
China, India, dll), bapa menjadi ketua
keluarga dan mempunyai hak mutlak ke atas
isteri dan anak-anak.
• Dalam sesebuah keluarga besar (extended
family), lelaki paling senior iaitu datuk
bertindak sebagai seorang patriarch.
54. • Walaupun Dalam masyarakat matrilineal
(Nayar, Hopi, Trobriands, Minangkabau dll)
seseorang lelaki itu tidak menjadi ketua bagi
keluarga prokreasinya, tetapi beliau tetap
berkuasa dalam keluarga orientasinya, dan
semua saudara perempuan berserta anak-
anak mereka (anak saudara keibuan bagi lelaki
tersebut) tunduk kepada kuasa dan autoriti
beliau.
57. • Robin Fox (1967) mengatakan dalam semua
sistem kekeluargaan (kinship system) atau
lelaki adalah orang yang berkuasa dan
mengenakan kawalan ke atas anggota
keluarga yang lain (It is always men who
exercise control)
58. • Walaupun ada pendapat mengatakan dalam
sejarah tamadun manusia sebelum wujudnya
sistem patriarchy, terlebih dahulu wujud
sistem matriarchy, tetapi pendapat ini tidak
dapat dipertahankan kerana kekurangan
bukti.
59. • Sistem patriarchy ini dikatakan sentiasa
dipertahankan oleh kaum lelaki
(diperkukuhkan oleh agama dan budaya).
• Lantaran itu wanita di sepanjamg sejarah
tamadun manusia adalah didominasikan,
ditakluki, ditindas dan ditekan oleh lelaki.
60. • Sigmund Freud misalnya, mengatakan ‘wanita
adalah manusia kelas-dua, mempunyai sifat-
sifat pemikiran (psychic nature) yang tidak
sama (lebih rendah) daripada lelaki, dengan
demikian mereka hanya sesuai untuk
menikmati hidup yang lebih rendah tarafnya
daripada kehidupan kaum lelaki’ (c.f. Ritzer,
1996:458)
61. • Para pendokong teori tindasan gender
(gender oppression) mengatakan walaupun
dalam masyarakat terdapat tindasan satu
pihak ke atas pihak yang lain atas dasar kelas,
kasta, ras, etnik, umur, dll., tetapi struktur
tindasan yang paling meluas dan yang paling
fundamental adalah tindasan gender melalui
sistem patriarchy.
62. • Melalui penyertaan dalam sistem patriarchy,
kaum lelaki dikatakan mempelajari bagaimana
mereka dapat menganggap orang lain [kaum
wanita] sebagai tidak berguna (contempt),
seolah-olah bukan manusia yang mesti
dikuasai dan ditakluki.
• Patriarchy juga dikatakan membawa kepada
paksaan (repression), kekejaman, sadisma,
penghinaan, manipulasi dan penipuan kaum
lelaki ke atas wanita dan kanak-kanak.
63. • Imej negatif patriarchy juga dapat dilihat dari
segi kekejaman kaum lelaki serta organisasi
yang didominasikan oleh lelaki ke atas wanita,
samaada bersifat terbuka atau pun
terselindung.
64. • Kekejaman yang bersifat terbuka termasuk: rogol,
deraan seksual, pelacuran yang dipaksa (enforced
prostitution), deraan isteri, sumbang muhrim,
gangguan seksual, dll., amalan (tradisi) seperti
membungkus kaki (foot-binding) di kalangan
masyarakat Tionghua, institusi sati (iaitu isteri yang
masih hidup dibakar bersama suami yang telah
meninggal dunia) di kalangan masyarakat India,
pembunuhan anak perempuan (female infanticide) di
kalangan masyarakat Tionghua dan India,
pembakaran tukang sihir (witch burning) dalam
masyarakat Eropah (tradisi) dll.
65. In China, Chinese women were forced into killing their
own babies due to the Chinese government laws that
only one child per couple in the urban areas and two in
the rural areas (Humanist Expose on China Gender-
cide, 2002). Female infanticide occurs because in
Chinese families, boys are needed to support their
parents when they are old.
“A newborn girl, her naked body still warm, lies dead in
the gutter alongside a road in a small town in Hunan
province. She clearly has been dumped and has just
died. On their way to work most passersby ignore the
child. Some stop to stare and then walk on. Life goes
on as normal” (Shanam Saini, 2004)
(http://www.stkate.edu/art/student/nengl/china_infanticide.pdf)
66. Tamil Nadu: Lakshmi already had one daughter, so when
she gave birth to a second girl, she killed her. For the three
days of her second child's short life, Lakshmi admits, she
refused to nurse her. To silence the infant's famished
cries, the impoverished village woman squeezed the milky
sap from an oleander shrub, mixed it with castor oil, and
forced the poisonous potion down the newborn's throat.
The baby bled from the nose, then died soon afterward.
Female neighbors buried her in a small hole near
Lakshmi's square thatched hut of sunbaked mud. They
sympathized with Lakshmi, and in the same
circumstances, some would probably have done what she
did.
http://www.gendercide.org/case_infanticide.html
67.
68.
69. • Sementara kekejaman yang tidak begitu
terbuka/terselindung pula termasuk: tindasan
serta diskriminasi kaum wanita dalam bidang
ekonomi, sekatan peluang untuk mereka
merealisasi potensi yang ada pada diri
mereka, sikap memandang rendah terhadap
wanita, membebankan mereka dengan tugas
rumahtangga dll.
70. THE STAR Monday February 23, 2009
Women first to be retrenched
KUALA LUMPUR: Employers are still discriminating against women
when it comes to retrenchment. Deputy Women, Family and
Community Development Minister Noriah Kasnon said the
Government was concerned with the statistics as half of the
workers retrenched recently in the current economic crisis were
women, despite them making up only 35% of the country’s total
workforce. “Female workers may be contributing towards their
companies’ productivity.
“But when an economic slowdown occurs, they are still the first to
be asked to go, with excuses that many of them tend to focus on
their family or are pregnant regularly,” she said.
71. • Pendokong teori feminis mengatakan wanita
akan bebas daripada tindasan/opresi kaum
lelaki ke atas mereka dengan cara mengatasi
atau melemahkan sistem patriarchy yang
dibincangkan di atas.
72. Mereka mencadangkan beberapa cara/
langkah untuk tujuan tersebut. Ini
termasuk perkara-perkara berikut:
1. Menimbulkan kesedaran di kalangan
wanita supaya setiap seorang daripada
mereka perlu mengakui bahawa mereka
mempunyai nilai dan kekuatan sendiri;
73. 2. Menolak desakan atau tekanan bersifat
patriarchal daripada lelaki yang
memperlihatkan wanita sebagai lemah,
mempunyai sikap bergantung (dependent),
dan warga masyarakat kelas-dua;
74. 3. Bersatu dan bekerjasama dengan wanita
lain tanpa mengira perbezaan kedudukan di
kalangan mereka dengan cara menubuhkan
persatuan, organisasi wanita, persaudaraan
(sisterhood) dsb;
75. 4. Mengambil tindakan radikal
seperti menolak lelaki dengan
cara mendapat kepuasan
seksual melalui kegiatan
homoseks (lesbian love
relationships).
76. • Feminisma lesbian dikatakan sebagai amalan
dan juga kepercayaan bahawa ‘komitmen
erotis/emosi wanita kepada wanita adalah
sebahagian daripada tentangan mereka
terhadap dominasi patriakal (erotic and/or
emotional commitment to women is part of
resistance to patriarchal domination) [ Taylor
& Rupp, 1993]
77. FEMINISMA GELOMBANG KETIGA
• Feminisma gelombang ketiga dihubungan
dengan gerakan feminisma radikal yang
bermula pada tahun 1980-an hingga sekarang.
78. • Gerakan feminis pada gelombang pertama
(pertengahan abad 19 – awal abad 20) dan
juga feminisma gelombang kedua (1920-1980)
lebih menumpukan perhatian kepada
perbezaan, ketidaksamaan, dan
tindasan/opresi gender, sedangkan feminisma
gelombang ketiga, di samping meneruskan
tumpuan kepada isu-isu berkenaan juga
mengambil kira soal-soal perbezaan antara
wanita sendiri.
79. • Perbezaan antara wanita ini dilihat pada
peringkat global merentasi faktor ras, etnik,
kelas, umur dll.
• Feminisma gelombang ketiga bukan sahaja
mempersoalkan isu perbezaan serta dominasi
lelaki ke atas wanita, tetapi juga perbezaaan
dan ketidaksamaan antara wanita, [serta
dominasi wanita ke atas wanita].
80. • Ini jelas berlaku dalam masyarakat berkelas di
mana terdapat pebezaan kedudukan, kuasa,
serta status di kalangan wanita.
• Ada yang telah berjaya melepaskan diri
mereka daripada terus dikongkong dan
dikuasai oleh lelaki, namun demikian masih
terdapat sebilangan besar kaum wanita yang
masih berada dalam keadaan lama.
81. • Ada juga wanita memperalatkan atau
mengekploitasikan kaum sejenis dalam
berbagai sektor (public dan juga private),
[malah, mungkin lebih teruk daripada
dominasi lelaki ke atas wanita].
82. • Begitu juga, terdapat perbezaan dan
ketidaksamaan di kalangan wanita serta
dominasi kaum wanita atas dasar warna kulit,
contohnya, perbezaan, dan ketidaksamaan
antara wanita kulit putih dan wanita kulit
hitam, antara wanita barat dan wanita timur,
dan [antara wanita dari satu kelompok etnik
dengan wanita dari kelompok etnik yang
lain,dll].
83. • Pada umumnya, feminisma gelombang ketiga
memperjuangkan kesaksmaan antara wanita
sejagat merentasi faktor ras, etnik, kelas,
umur dll yang disebutkan.