1. PENDEDAHAN BAHASA MELAYU (KERTAS 1)UPSR 2008 MASA : 2:30-4:30 TARIKH : 9 MEI 2008 TEMPAT : DEWAN LEMBAGA KEMAJIAN IKAN MALAYSIA, KUALA TERENGGANU,TERENGGANU
2.
3.
4.
5. Langkah 1 : Memahami gambar Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam keseluruhan gambar. Langkah 2 : Baca dan fahami soalan Pastikan kehendak soalan. Nyatakan situasi yang terdapat dalam gambar sahaja. Langkah 3 : Menulis lima ayat Tulis lima ayat sahaja yang berdasarkan rangka ayat yang dibuat. Semasa menulis ayat, berhati-hati dengan struktur ayat, ejaan, imbuhan, dan tanda baca. Langkah 4 : Menyemak Semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan, dan ejaan. Langkah-langkah Membina Ayat
23. Contoh jawapan 2 Sebagai seorang murid kita hendaklah prihatin dan menjaga buku yang dipinjamkan oleh pihak sekolah. Walaupun ada orang yang ingin membantu, kita hendaklah cuba berdikari dan membuat sendiri semampu yang boleh. Sebagai seorang anak, kita hendaklah meringankan beban kerja ibu bapa di rumah. Di samping itu, kebersihan diri,rumah dan persekitaran sentiasa dijaga supaya hidup kita sihat dan ceria. Kita hendaklah menjadikan hobi yang berfaedah itu sebagai amalan hidup kita.
24. Contoh jawapan 3 Nilai-nilai murni dan pengajaran daripada petikan adalah menjaga keselamatan buku dengan membalut buku. Amalan sifat pemurah patut diamalkan dengan memberikan bantuan dan kerjasama antara satu sama lain. Selain mempunyai sikap menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan bersih dan ceria, kita hendaklah menolong ahli keluarga demi untuk meringankan bebanan mereka. Kita sepatutnya tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Jika amalan tersebut menjadi amalan, kita akan menjadi seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan keluarga.