2. KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF
KATA KERJA KATA KERJA KATA KATA
TRANSITIF TRANSITIF KERJA KERJA
TANPA BERPELENGKAP TRANSITIF TRANSITIF
PELENGKAP AKTIF PASIF
3. •Kata kerja ialah kata yang menjadi inti
atau kunstruksi frasa kerja
•Frasa kerja terdiri daripada kata kerja
yang boleh disertai unsur-unsur lain :
- kata bantu,
- objek,
- pelengkap,
- ayat komplemen, dan
- keterangan
4. Kata Kerja Transitif
* Kata kerja yang mengandungi objek
untuk melengkapkan maksud.
* Objek terdiri daripada frasa nama
* KKTA boleh dipasifkan
Contoh:
Kakak menyiram pokok bunga.
5. •Kata Kerja Transitif yang berfungsi
dalam ayat aktif
Contoh:
Kakak menyiram pokok bunga
KKTA Objek
6. Kata Kerja Transitif Pasif
• Kata Kerja Transitif yang berfungsi
dalam ayat pasif
Contoh:
a) Pokok bunga itu disiram oleh kakak
Objek KKTP KGND 3
b) Pokok bunga itu saya siram
Objek KGND1&2 KKTP
7. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak memerlukan
objek (penyambut)
Terbahagi :
* Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
* Kata Kerja Tak Transitif Tanpa
Pelengkap
8. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
* Kata kerja boleh berdiri sendiri
tanpa objek (penyambut)
* Kata kerja tidak bergantung pada
unsur lain untuk melengkapkan
makna
Contoh:
Semua peserta telah tidur.
Padi sedang menguning.
Emak tersenyum.
Kami asyik berbual.
9. •Kata kerja boleh diikuti oleh unsur
keterangan (berfungsi sebagai
maklumat tambahan)
•Contoh:
Semua peserta tidur di khemah.
Emak tersenyum seorang diri.
Pokok itu tumbang kerana ditiup angin
10. Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
* Kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan
maksud
* Pelengkap terdiri daripada:
kata adjektif
frasa sendi nama
kata nama
* Ayat yang mengandungi pelengkap
tidak boleh dipasifkan
11. Contoh:
1. Keadaan adik beransur baik.
KKTTbP Kata Adjektif
2. Kami singgah di Batu Pahat semalam.
KKTTbP Frasa Sendi Nama
3. Mereka tidur berbantalkan lengan.
KKTTbP Kata Nama