1. DISEDIAKAN OLEH:
1) Mohd Syafiq bin A. Ghani
2) Lim PhuiYin
3) Noor Azureen btTalip
4) Thilaka a/p veloosamy
2. Guru akan menyediakan enam kad imbasan yang
disertakan dengan gambar haiwan dan nama haiwan
tersebut.
Kad imbasan tersebut akan dilekatkan di atas papan
tulis.
Guru akan menunjukkan keenam-enam kad imbasan
tersebut secara berulang kali sambil meminta murid
mengeja setiap perkataan pada kad imbasan itu.
Guru akan menanggalkan kad imbasan itu satu persatu
tetapi dalam masa yang sama, guru masih terus
menunjuk tempat kad imbasan itu berada.
3. Murid diminta untuk mengingat kembali perkataan dan
gambar bagi setiap kad imbasan tersebut.
Murid diminta untuk mengeja keenam-enam nama
haiwan yang dipaparkan pada kad imbasan tersebut
mengikut turutan. Aktiviti ini dilakukan secara berulang
kali sehinggalah murid dapat mengeja keenam-enam
perkataan dengan betul.
Menyuruh mereka menulis perkataan yang betul untuk
kad imbasan yang telah ditanggalkan itu di papan tulis.
4. Kaedah VAKT merupakan kaedah yang
menggabungkan deria penglihatan dan
pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau
pergerakan)
V(Visual), A(Audio), K(Kinestetik), T(Tactile)
Murid melihat dan menyebut perkataan sambil
menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
5. Murid memerhati perkataan yang dipelajari (V-A)
Guru menyebut perkataan dan murid mendengar (A-V)
Murid menyebut dan mengeja sambil memerhati
perkataan itu (V)
Murid cuba menulis perkataan itu berdasarkan
ingatannya (K-T)
Murid membandingkan hasil tulisan dengan perkataan
asal (V-K)
Guru akan memantau sebutan/ejaan yang diungkapkan
oleh murid dan membetulkan kesalahan ejaan dan
sebutan yang dilakukan oleh murid.