SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  2
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan
serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar.
Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan
sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu
mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah
barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia
Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.



Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal
industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar
negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama
buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis
produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.

CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA:

Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih
kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar,
maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.Rakyat Malaysai perlu
mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Dengan
mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia
akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang
berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.



Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan
tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan."Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama
semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan
kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga
Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan.
Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan
RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu.Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat
mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit
sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang
buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import.

Cara seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi
kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan
merek mudah memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan
mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang.

Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha
menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha
membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk
berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh
kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan.

Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat
memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merangsang
ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan
Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru
itu, semua agensi, sekto swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.
Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran
barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan sekadar bekerja melepaskan
batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga
barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan
Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman
terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang
kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan
mencari jalan untuk menangani masalah ini.

Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan
yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka.
Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan
produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu
mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut
berkembang maju dan lebih berkualiti

Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dan galakan oleh
kerajaan dan swasta. R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk
mencuba pakai.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan kemajuan sains dan teknologi terutama
berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini.
hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada para pengkaji untuk mengkaji dan menghasilkan produk
ciptaan tempatan.

Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan
barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan buatan
Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan
perlu pula digerakkan melalui kempen. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan
buatan tempatan, siapa lagi?

Contenu connexe

Tendances

Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Fez Na
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Debbie Tcy
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
Amir Zul
 
Keburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimiaKeburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimia
Ary Zamiratul
 

Tendances (20)

Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam
 
Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawaran
 
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannya
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)
 
Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Keburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimiaKeburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimia
 
Bab 6.3
Bab 6.3Bab 6.3
Bab 6.3
 

En vedette

En vedette (9)

Esei belilah barangan buatan malaysia
Esei belilah barangan buatan malaysiaEsei belilah barangan buatan malaysia
Esei belilah barangan buatan malaysia
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014
 
Esei belilah barangan buatan malaysia
Esei belilah barangan buatan malaysiaEsei belilah barangan buatan malaysia
Esei belilah barangan buatan malaysia
 
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan MalaysiaD.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
 
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelanconganKarangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
 
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

Similaire à Barangan buatan malaysia

Barangan tempatan
Barangan tempatanBarangan tempatan
Barangan tempatan
121101
 
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Normarjana Ibrahim
 
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriPengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Herlambang Bagus
 
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaranhubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
mandalina landy
 

Similaire à Barangan buatan malaysia (20)

Soalan sejarah elemen 1
Soalan sejarah elemen 1Soalan sejarah elemen 1
Soalan sejarah elemen 1
 
Barangan tempatan
Barangan tempatanBarangan tempatan
Barangan tempatan
 
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
 
ppt persmasalahan produk.pdf
ppt persmasalahan produk.pdfppt persmasalahan produk.pdf
ppt persmasalahan produk.pdf
 
Materi Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdf
Materi Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdfMateri Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdf
Materi Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdf
 
ppt Agribisnis.pptx
ppt Agribisnis.pptxppt Agribisnis.pptx
ppt Agribisnis.pptx
 
BAB 2 Wirausaha Dlm Perspektif.pptx
BAB 2 Wirausaha Dlm Perspektif.pptxBAB 2 Wirausaha Dlm Perspektif.pptx
BAB 2 Wirausaha Dlm Perspektif.pptx
 
Contoh Laporan Studi Kelayakan Bisnis Mahasiswa
Contoh Laporan Studi Kelayakan Bisnis MahasiswaContoh Laporan Studi Kelayakan Bisnis Mahasiswa
Contoh Laporan Studi Kelayakan Bisnis Mahasiswa
 
Contoh Laporan Studi Kelayakan Bisnis
Contoh Laporan Studi Kelayakan BisnisContoh Laporan Studi Kelayakan Bisnis
Contoh Laporan Studi Kelayakan Bisnis
 
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
 
Upaya pemerintah dalam menanggulangi pkl
Upaya pemerintah dalam menanggulangi pklUpaya pemerintah dalam menanggulangi pkl
Upaya pemerintah dalam menanggulangi pkl
 
Uas kewirausahaan semester 1
Uas kewirausahaan semester 1Uas kewirausahaan semester 1
Uas kewirausahaan semester 1
 
Strategi Pemasaran Internasional
Strategi Pemasaran Internasional Strategi Pemasaran Internasional
Strategi Pemasaran Internasional
 
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriPengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
 
Strategi Indonesia dalam memenangi persaingan Global
Strategi Indonesia dalam memenangi persaingan GlobalStrategi Indonesia dalam memenangi persaingan Global
Strategi Indonesia dalam memenangi persaingan Global
 
20 OKTOBER 2023 (MATERI P5) EKONOMI KREATIF.pptx
20 OKTOBER 2023 (MATERI P5) EKONOMI KREATIF.pptx20 OKTOBER 2023 (MATERI P5) EKONOMI KREATIF.pptx
20 OKTOBER 2023 (MATERI P5) EKONOMI KREATIF.pptx
 
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaranhubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
 
Kekuatan bisnis usaha kecil menengah
Kekuatan bisnis usaha kecil menengahKekuatan bisnis usaha kecil menengah
Kekuatan bisnis usaha kecil menengah
 
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
 
Business idea plan
Business idea planBusiness idea plan
Business idea plan
 

Barangan buatan malaysia

  • 1. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA: Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.Rakyat Malaysai perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Dengan mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan."Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu.Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import. Cara seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang. Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan. Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sekto swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.
  • 2. Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini. Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka. Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dan galakan oleh kerajaan dan swasta. R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk mencuba pakai.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini. hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada para pengkaji untuk mengkaji dan menghasilkan produk ciptaan tempatan. Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?