3. www.drmuda.gov.my
Objektif :
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan BERKEMAHIRAN:
Memahami definisi ubat.
Mengenal pasti ubat yang berdaftar dalam pasaran.
Mengenal pasti kosmetik yang bernotifikasi.
Mengetahui risiko menggunakan ubat yang tidak
berdaftar dan produk kosmetik yang tidak dinotifikasi.
4. www.drmuda.gov.my
Isi pentingIsi penting
1. Definisi ubat.
2. Keperluan ubat berdaftar.
3. Semakan nombor pendaftaran MAL dan
pelekat hologram.
4. Semakan nombor notifikasi NOT untuk produk
kosmetik.
5. Risiko menggunakan produk tidak berdaftar
dan kosmetik yang tidak dinotifikasi.
6. www.drmuda.gov.my
KUMPULAN UBATKUMPULAN UBAT
1. UBAT AM (OVERTHE COUNTER )
CONTOH : UBAT DEMAM,VITAMIN
1. UBATTERKAWAL
i. DENGAN PRESKRIPSI (PERLU JUMPA
DOKTOR)
CONTOH : DARAHTINGGI,ANTIBIOTIK
ii. TANPA PRESKRIPSI (KEDAI FARMASI)
CONTOH : KRIM, UBAT BATUK, UBAT SELESEMA
Nota:Mengikut Akta Racun 1952 Seksyen 2 dan 19, semua
ubat terkawal hanya boleh diperoleh terus daripada doktor
dan ahli farmasi yang berdaftar. Preskripsi merupakan
arahan bertulis berkaitan ubat daripada doktor.
8. www.drmuda.gov.my
Keperluan Ubat BerdaftarKeperluan Ubat Berdaftar
a. Kenapa ubat perlu berdaftar?
Untuk memastikan:
Berkualiti : produk dikilangkan di premis berstatus
GMP – Good Manufacturing Practice atau Amalan
Perkilangan Baik
Selamat : memastikan produk tidak dicemari dengan
bahan-bahan asing yang berbahaya seperti logam
berat
Berkesan : dibuktikan melalui kajian saintifik
11. www.drmuda.gov.my
Semakan nombor pendaftaranSemakan nombor pendaftaran
MAL dan HologramMAL dan Hologram
Terdapat dua ciri yang menunjukkan sesuatu
produk atau keluaran farmaseutikal berdaftar
dengan KKM. Pengguna dapat mengenal pasti
kedua-dua ciri ini dengan mudah kerana ia
terdapat pada kotak atau botol produk
berkenaan. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah
Nombor pendaftaran MAL dan pelekat
hologram.
12. www.drmuda.gov.my
Semakan nombor pendaftaranSemakan nombor pendaftaran
MAL dan HologramMAL dan Hologram
Nombor pendaftaran MAL
Nombor pendaftaran terdiri daripada 8 digit
nombor yang unik. Ia bermula dengan
perkataan MAL diikuti dengan 8 digit nombor
dan diakhiri dengan abjad yang mewakili
kategori produk iaitu A, N, T dan X. Sebagai
contoh MAL12345678X.
13. www.drmuda.gov.my
UBAT TERKAWAL
Ditanda huruf ‘A’ pada akhir No. Pendaftaran
MAL12345678A
Contoh: Ubat DarahTinggi, Antibiotik
UBAT TRADISIONAL
Ditanda huruf ‘T’ pada akhir No. Pendaftaran
MAL12345678T
Contoh: Tongkat Ali, Minyak Gamat
UBAT BUKAN RACUN (OTC)
Ditanda huruf ‘X’ pada akhir No. Pendaftaran
MAL12345678X
Contoh: Ubat Demam (Paracetamol)
UBAT SUPLEMEN KESIHATAN
Ditanda huruf ‘N ‘pada akhir No. Pendaftaran
MAL12345678N
Contoh: vitamin dan mineral
Semakan nombor pendaftaranSemakan nombor pendaftaran
MALMAL
14. www.drmuda.gov.my
Semakan nombor pendaftaranSemakan nombor pendaftaran
MALMAL
Semakan nombor pendaftaran ini
boleh dibuat melalui laman sesawang
rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan http://www.bpfk. gov.my.
Pelekat Hologram
Pelekat hologram dilekatkan pada
setiap kotak ubat kecuali kosmetik.
15. www.drmuda.gov.my
Pelekat Hologram MeditagPelekat Hologram MeditagTMTM
1. Dilekatkan pada setiap kotak ubat yang berdaftar
kecuali kosmetik
2. Ciri luaran pelekat Hologram yang boleh dilihat
dengan mata kasar :
• perkataan KKM
• bunga raya
• perkataan PBKD & DCA
17. www.drmuda.gov.my
Semakan Nombor Notifikasi (NOT)Semakan Nombor Notifikasi (NOT)
untuk Produk Kosmetikuntuk Produk Kosmetik
a. Definisi Produk Kosmetik
Bahan atau persediaan yang digunakan pada
bahagian luaran tubuh badan manusia (kulit, rambut,
kuku, bibir dan organ genital luaran) atau gigi dan
rongga mulut dengan tujuan untuk membersih,
mewangi, memperbaiki/ mengubah atau
mencantikkan, menghilangkan bau badan, memelihara
atau mencantikkan, memelihara atau menjaga dalam
keadaan baik.
18. www.drmuda.gov.my
Semakan Nombor Notifikasi (NOT)Semakan Nombor Notifikasi (NOT)
untuk Produk Kosmetikuntuk Produk Kosmetik
b. Notifikasi Kosmetik
Produk kosmetik dikawal di bawah Akta Jualan Dadah
1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984.
Peraturan-peraturan ini adalah berkaitan dengan
keselamatan, kualiti dan tuntutan produk bagi tujuan
melindungi dan meningkatkan kesedaran awam.
19. www.drmuda.gov.my
KOSMETIK
Semua kosmetik perlu dinotifikasikan
dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
(PBKD) untuk memenuhi keperluan
‘Harmonisasi ASEAN’.
Nombor notifikasi ini dimulakan dengan
huruf NOT diikuti dengan 9 digit dan diakhiri
dengan huruf K
Contoh: NOT12345678K
Nombor NOT ini tidak wajib untuk dipamerkan pada produk.
Semakan nombor NOT ini boleh dibuat melalui laman sesawang
rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
http://www.bpfk.gov.my.
Semakan Nombor Notifikasi (NOT)Semakan Nombor Notifikasi (NOT)
untuk Produk Kosmetikuntuk Produk Kosmetik
20. www.drmuda.gov.my
RiRisiko Menggunakan Produk Tidaksiko Menggunakan Produk Tidak
Berdaftar dan Kosmetik yang TidakBerdaftar dan Kosmetik yang Tidak
DinotifikasiDinotifikasi
Ubat yang tidak berdaftar boleh membawa risiko kesan
sampingan serius yang boleh memberi kemudaratan
kepada pengguna. Kebanyakan produk yang tidak
berdaftar dicemar palsu dengan ubat terkawal. Semua
ubat terkawal hanya boleh diperoleh terus daripada
doktor dan ahli farmasi yang berdaftar.
21. www.drmuda.gov.my
RiRisiko Menggunakan Produksiko Menggunakan Produk
Tidak BerdaftarTidak Berdaftar
a. Kesan sampingan produk yang dicemar palsu
dengan Steroid
Meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak
Kulit menjadi nipis
Meningkatkan risiko jangkitan kuman
Iritasi kulit
Kulit kering
Jerawat
Merosakkan organ-organ dalaman (contohnya
kerosakan buah pinggang)
22. www.drmuda.gov.my
Risiko Menggunakan ProdukRisiko Menggunakan Produk
Tidak BerdaftarTidak Berdaftar
b. Kesan sampingan produk yang dicemar palsu dengan Sibutramine
Sibutramine merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan
penurunan berat badan dengan bertindak secara mengurangkan selera
makan.
Namun, Pihak Berkuasa KawalanDadah (PBKD) telah memutuskan
untuk menggantung pendaftaran produk yang mengandungi sibutramine
atas faktor keselamatan.
Antara kesan sampingan yang berbahaya terhadap pengambilan ubat ini
ialah:
Kegagalan jantung
Kegagalan buah pinggang
Kesan pada sistem kardiovaskular
Gangguan tidur
23. www.drmuda.gov.my
Kesan Sampingan Produk KosmetikKesan Sampingan Produk Kosmetik
yang dicemar palsuyang dicemar palsu
Hidroquinone adalah bahan kimia yang dilarang dalam
sebarang sediaan kosmetik dan memberi kesan toksik
kepada kulit antaranya:-
Kulit menjadi hitam
Kanser kulit
Kulit kering
Kegatalan
Dalam dos yang tinggi Hidroquinone juga boleh
menyebabkan:-
Kesesakan nafas
Serangan asma
24. www.drmuda.gov.my
Kesan Sampingan Produk KosmetikKesan Sampingan Produk Kosmetik
yang dicemar palsuyang dicemar palsu
Tretinoin biasa digunakan dalam rawatan jerawat.
Antara kesan sampingan bahan ini ialah:-
Kulit kelihatan terbakar/ Kulit menjadi merah
kehitaman
Gatal dan mengelupas
Kulit kering
Kulit menjadi sensitif kepada cahaya matahari
25. www.drmuda.gov.my
AKTIVITI PENGAJARAN DANAKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANPEMBELAJARAN
AKTIVITI :
Mengenal pasti produk berdaftar dan kosmetik dinotifikasi
melalui pelekat hologram dan nombor MAL/NOT
BAHAN PENGAJARAN :
SAMPEL KOTAK UBAT
26. www.drmuda.gov.my
Unit 2 : Amalan 5BUnit 2 : Amalan 5B
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan
BERKEMAHIRAN:
1. Memahami dan mengamalkan
Amalan 5B sebelum menggunakan ubat.
2. Mengetahui aspek keselamatan ubat
dan tips penggunaan ubat.
28. www.drmuda.gov.my
Penggunaan Ubat SecaraPenggunaan Ubat Secara
Berkualiti Dengan MengamalkanBerkualiti Dengan Mengamalkan
Amalan 5BAmalan 5B
Penggunaan ubat yang betul mengikut
arahan doktor dan nasihat ahli farmasi
adalah penting bagi mendapatkan rawatan
yang berkesan dan selamat. Amalan 5B
dapat membantu pengguna memahami dan
mengingati seterusnya mengamalkan
pengambilan ubat secara berkualiti.
31. www.drmuda.gov.my
Pengguna Ubat Yang BetulPengguna Ubat Yang Betul
Pastikan ubat diambil oleh pesakit yang betul
seperti yang dinyatakan pada sampul ubat.
Ubat tidak boleh dikongsi.
Walaupun mempunyai penyakit yang sama,
keperluan ubat adalah berbeza bagi setiap
pesakit.
Jauhi ubat daripada kanak-kanak untuk elakkan
kesilapan pengambilan ubat oleh kanak-kanak
33. www.drmuda.gov.my
Ubat Yang BetulUbat Yang Betul
Baca label sebelum mengambil ubat.
Pastikan ubat yang diambil adalah betul seperti yang
disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.
Pengambilan ubat yang salah akan membahayakan
kesihatan.
Dapatkan penjelasan daripada ahli farmasi sekiranya
pesakit menerima ubat yang berbeza namanya daripada
kebiasaan (untuk penyakit kronik).
Pastikan pengguna tahu kegunaan ubat yang sedang
diambil.
35. www.drmuda.gov.my
Dos Yang BetulDos Yang Betul
Baca arahan pada label ubat.
Pastikan dos yang diambil adalah betul.
Ketahui tempoh pengambilan ubat.
Gunakan bekas bersukat atau picagari yang
dibekalkan untuk minum ubat.
Gandaan dos tanpa nasihat doktor atau ahli
farmasi akan membahayakan kesihatan manakala
pengurangan dos akan mengurangkan kesan
ubat.
36. www.drmuda.gov.my
BENTUK DOSEJ CARA PENGAMBILAN
Cara Pengambilan Ubat Yang BetulCara Pengambilan Ubat Yang Betul
UBAT MINUM/
SIRAP
MINUM SEPERTI DIARAHKAN
UBAT SAPU/
KRIM/LOSYEN
SAPU PADA TEMPAT YANG
MENGALAMI MASALAH SAJA SEPERTI
DIARAHKAN
SUPOSITORI MASUKKAN KE DALAM DUBUR
SEPERTI DIARAHKAN
UBAT SEDUT
(INHALER)
GUNAKAN MENGIKUT TEKNIK
YANG BETUL
TABLET/
KAPSUL
TELAN. JANGAN KUNYAH ATAU
HANCURKAN JIKA TIDAK
DIARAHKAN.
37. www.drmuda.gov.my
BENTUK DOSEJ CARA PENGAMBILAN
PESARI Dimasukkan ke dalam faraj
INJEKSI/ SUNTIKAN Disuntik ke saluran darah
-Intravenous
Disuntik ke otot
-Intramuscular
Disuntik ke lapisan kulit
-subcutaneous
38. www.drmuda.gov.my
Cara Pengambilan Ubat Yang BetulCara Pengambilan Ubat Yang Betul
Baca arahan pengambilan pada label ubat.
Pastikan ubat diambil dengan cara yang
betul seperti disarankan.
Setiap ubat mempunyai cara pengambilan yang
tertentu. Contohnya, tablet untuk ditelan/ dikunyah/
dihisap, ubat sirap untuk diminum, supositori untuk
dimasukkan ke dalam dubur. Dapatkan nasihat ahli
farmasi cara terbaik untuk mengambil ubat.
39. www.drmuda.gov.my
Cara Pengambilan Ubat Yang BetulCara Pengambilan Ubat Yang Betul
Cara pengambilan ubat yang salah bukan
sahaja mengurangkan kesan ubat tetapi
akan menyebabkan kesan sampingan
yang serius
41. www.drmuda.gov.my
Masa Pengambilan Ubat yang BetulMasa Pengambilan Ubat yang Betul
Pastikan ubat diambil mengikut masa dan selang
waktu yang ditetapkan
Pengambilan ubat pada masa yang tidak tepat
akan menganggu kesan ubat terhadap kesihatan
Ubat harus diambil pada masa yang sama setiap
hari
42. www.drmuda.gov.my
Masa Pengambilan Ubat yang BetulMasa Pengambilan Ubat yang Betul
Interaksi ubat boleh berlaku antara ubat dengan ubat,
ubat dengan makanan dan ubat dengan penyakit. Oleh
itu, beritahu doktor dan ahli farmasi sekiranya anda
menerima rawatan atau mengambil ubat lain.
Interaksi ubat dengan makanan dapat dielakkan
sekiranya ubat diambil mengikut arahan yang diberikan.
Contoh: Elakkan pengambilan Ubat Ferrous Fumarate
dan susu bersama-sama.
43. www.drmuda.gov.my
Tips Ketika BerjumpaTips Ketika Berjumpa
Doktor/Ahli FarmasiDoktor/Ahli Farmasi
a. Fahami Label Ubat
Label ubat mengandungi maklumat penting
berkenaan ubat tersebut. Amalkan Amalan
5B ketika anda membaca label ubat yang
diterima. Pemahaman label ubat dengan
tepat dapat membantu untuk mengambil
ubat dengan betul dan selamat.
45. www.drmuda.gov.my
Tips Ketika Berjumpa Doktor/Tips Ketika Berjumpa Doktor/
Ahli FarmasiAhli Farmasi
b. Maklumat yang perlu anda tanya kepada doktor
atau ahli farmasi:
i. Apakah tujuan ubat diambil?
ii. Bagaimana cara menggunakan ubat?
iii. Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil
ubat?
iv. Berapa lamakah tempoh pengambilan ubat?
46. www.drmuda.gov.my
Tips Ketika Berjumpa Doktor/Tips Ketika Berjumpa Doktor/
Ahli FarmasiAhli Farmasi
b. Maklumat yang perlu anda tanya kepada doktor
atau ahli farmasi:
v. Apakah kesan sampingan ubat ini?
vi. Apa yang perlu dielakkan dan diberikan perhatian
sepanjang pengambilan ubat?
vii. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa ambil
ubat?
47. www.drmuda.gov.my
Tips Ketika Berjumpa Doktor/Tips Ketika Berjumpa Doktor/
Ahli FarmasiAhli Farmasi
c. Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika
pesakit:
Mengandung
Menyusukan anak
Mengidap penyakit lain
Mengambil ubat-ubatan lain (ubat moden dan
ubat tradisional)
48. www.drmuda.gov.my
AKTIVITI PENGAJARAN DANAKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANPEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 :
JANGAN LUPA LIRIK
BAHAN PENGAJARAN :
CD LAGU KENALI UBAT ANDA
AKTIVITI 2:
TAYANGAN VIDEO PENGGUNAAN UBAT YANG BETUL
BAHAN PENGAJARAN:
VIDEO PENGGUNAAN UBAT YANG BETUL
49. www.drmuda.gov.my
Ambil lah Ubat Secara Bijak
Pentingnya ada nombor pendaftaran
Berhati-hati ubat tiruan
Berjaga-jaga akan kesan sampingan
Yakin selamat dan berkualiti
Dapat nasihat ahli farmasi
Konsep 5B mudah difahami
Bersama kita Kenali Ubat Anda
(Corus)
Konsep 5B jadi amalan
Pastikan betul 5 perkara
Betul pengguna, ubat dan dosnya
Betul caranya, tepati lah masanya
Kenali Ubat Anda…
Kenali Ubat, Kenali Ubat Anda…
Kenali Ubat, Kenali Ubat Anda……
50. www.drmuda.gov.my
Unit 3 : Penyimpanan UbatUnit 3 : Penyimpanan Ubat
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan
BERKEMAHIRAN:
1. Mengetahui cara penyimpanan ubat yang betul.
2. Memahami faktor yang mempengaruhi kestabilan
ubat.
52. www.drmuda.gov.my
1. Suhu
Penyimpanan ubat pada suhu yang
ditetapkan sangat penting bagi menjamin
keberkesanan dan kestabilan sesuatu
ubat.
Ubat hendaklah disimpan pada suhu
yang ditetapkan seperti pada arahan label
ubat.
53. www.drmuda.gov.my
Bil Terma Suhu Catatan
1. Dingin
beku
-20°C hingga
-10°C
Ubat tidak sepatutnya diletakkan di tempat
dingin beku melainkan diarahkan sedemikian.
2. Peti
Sejuk
2°C hingga 8°C • Ubat seperti suntikan insulin dan suspensi
antibiotik yang telah dibancuh perlu
disimpan di dalam peti sejuk.
• Ubat-ubat yang perlu disimpan pada suhu
bilik contohnya tablet, kapsul dan ubat
minum tidak boleh disimpan di dalam peti
sejuk.
3. Suhu bilik 15°C hingga
30°C
• Kebanyakan ubat perlu disimpan pada
suhu bilik.
• Jangan simpan ubat melebihi suhu bilik
kerana ubat mungkin rosak dan tidak
berkesan malah mungkin membawa
kemudaratan.
4. Hangat 30°C hingga
40°C
Ubat sensitif kepada haba. Ubat tidak boleh
disimpan pada suhu tinggi.
5. Panas >40°C Ubat akan rosak pada suhu tinggi. Jangan
simpan ubat di tempat yang panas.
54. www.drmuda.gov.my
2. Kelembapan
Ubat tidak sesuai diletakkan dalam keadaan
lembap. Ubat mungkin akan rosak dan boleh
menyebabkan kemudaratan jika diambil.
Ciri-ciri ubat rosak boleh dikenal pasti melalui
perubahan pada rupa bentuk ubat tersebut.
Contohnya, tablet yang terdedah kepada
kelembapan akan menyebabkan ia rapuh, terdapat
tompok pada permukaan ubat dan bertukar warna.
55. www.drmuda.gov.my
Isu Penyimpanan UbatIsu Penyimpanan Ubat
3. Cahaya
Terdapat ubat yang perlu disimpan jauh daripada
cahaya bagi mengelakkan daripada rosak.
Contohnya ubat Sublingual Glyceryl Trinitrate yang
sangat sensitif kepada haba dan cahaya.
Ubat tersebut boleh dikenal pasti melalui cara
pembungkusan yang digunakan seperti
pembungkusan blister legap atau botol gelap yang
dapat menghalang penembusan cahaya.
56. www.drmuda.gov.my
Bagaimana hendak mengenaliBagaimana hendak mengenali
sesuatu ubat tidak bolehsesuatu ubat tidak boleh
terdedah kepada cahaya?terdedah kepada cahaya?
S/L GTN
‘Ubat Bawah Lidah’
(Berkesan dalam 8 minggu
selepas dibuka dari botol asal)
Nifedipine
57. www.drmuda.gov.my
4. Keselamatan
Ubat merupakan bahan kimia. Oleh itu, ubat perlu
diletakkan di tempat tinggi yang tidak mudah
dicapai oleh kanak-kanak.
Ubat perlu diletakkan di tempat yang selamat
untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terambil
ubat.
58. www.drmuda.gov.my
a. Ubat yang disimpan bercampur
Ubat TIDAK BOLEH disimpan bercampur di
dalam bekas yang sama. Ubat yang disimpan
bercampur di dalam satu bekas akan
mengelirukan pesakit apabila perlu mengambil
ubat. Ini juga boleh menyebabkan pesakit
tersalah mengambil ubat.
61. www.drmuda.gov.my
Ubat yang sama jenis perlu disimpan mengikut
tarikh luput. Ambil ubat yang paling hampir dengan
tarikh luput dahulu. Menyimpan ubat dengan tarikh
luput yang berbeza dalam bekas yang sama boleh
menyebabkan risiko terambil ubat yang telah luput.
62. www.drmuda.gov.my
Ubat Baru & LamaUbat Baru & Lama
JANGAN campur ubat yang baru diterima
dengan yang lama walaupun ubat yang sama
Kenapa ???Kenapa ???
Elak daripada termakan ubat yang sudah luput atau rosak.
Tarikh
Luput:
11/2010Tarikh
Luput :
2/2013
63. www.drmuda.gov.my
Ubat minum dan ubat sapu/kegunaan luar yang
dibekalkan TIDAK BOLEH diletakkan
berhampiran bagi mengelakkan terminum ubat
sapu/kegunaan luar.
Terdapat perbezaan pada bekas ubat
kegunaan luar dan ubat minum. Bekas atau
botol ubat kegunaan luar mempunyai penutup
merah atau merah keseluruhan.
Botol ubat kegunaan luar juga mempunyai jalur
yang timbul bagi identifikasi oleh pesakit buta.
65. www.drmuda.gov.my
b. Bekas Simpanan Ubat
Ubat perlu disimpan di dalam bekas asal bagi
memastikan arahan pengambilan adalah dipatuhi.
Jangan tanggalkan label ubat asal.
Ubat seelok-eloknya diletakkan di dalam satu
bekas yang khas. Bekas tersebut hendaklah
diletakkan di tempat yang selamat dan jauh
daripada kanak-kanak.
67. www.drmuda.gov.my
Jangan tanggal label ubat
asal.
Maklumat yang terdapat
pada label asal:
Nama ubat
Kekuatan ubat
Cara pengambilan
Kaedah simpanan
Tarikh luput
70. www.drmuda.gov.my
i. Suhu kereta yang diletak di bawah cahaya
matahari terik boleh mencecah 50°C.
ii. Ubat akan rosak jika disimpan pada suhu tinggi.
Jangan simpan ubat di tempat yang panas.
iii. Ubat sedut/Inhaler akan meruap keluar
(evaporate) akibat tekanan dan suhu tinggi.
KERETA
Penyimpanan Ubat
72. www.drmuda.gov.my
Ubat yang kerap disimpan di dalam kereta
Ubat Sedut (Inhaler)
Ubat Darah Tinggi/Diabetes
X
KERETA
Penyimpanan Ubat
X
73. www.drmuda.gov.my
Alasan disimpan di dalam kereta
Senang diambil
Takut lupa
Akibat disimpan di dalam kereta
Ubat sedut boleh kosong (evaporate)
Suhu tinggi
Ubat rosak
KERETA
Penyimpanan Ubat
77. www.drmuda.gov.my
Umumnya, bilik mandi adalah kurang bersih
untuk dijadikan lokasi penyimpanan ubat.
Di samping itu, bilik mandi mempunyai
kelembapan yang tinggi.
Penyimpanan ubat di tempat ini juga tidak
selamat kerana terdapat risiko kesilapan
pengambilan ubat.
Penyimpanan Ubat
BILIK MANDI
78. www.drmuda.gov.my
Ubat tidak boleh disimpan di dalam bilik
mandi
Sebab:
Kebersihan
Kelembapan
Keselamatan : kanak-kanak
Penyimpanan Ubat
BILIK MANDI
80. www.drmuda.gov.my
Bukan semua ubat perlu
disimpan di dalam peti sejuk.
Ada ubat perlu disimpan
pada suhu peti sejuk :
2⁰C -8⁰C.
X
PETI SEJUK
Penyimpanan Ubat
86. www.drmuda.gov.my
Apa yang berlaku jika ubat disimpan dalam
keadaan yang tidak sesuai???
Ubat Berubah WARNA
Ubat warna
asal perang
dengan
tompokan
hitam baru
Kereta / Dapur/ Bilik Mandi/
Peti Sejuk
89. www.drmuda.gov.my
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Tayangan video penyimpanan ubat yang
betul
BAHAN PENGAJARAN
Video penyimpanan ubat yang betul
Editor's Notes
Dapatkan interaksi daripada peserta
Dos untuk ubat?
Serbuk ubat boleh menyebabkan interaksi in-vitro dan boleh rosak
Tidak dapat mengetahui sama ada ubat tersebut sudah luput atau tidak kerana bercampur
Ubat yang sama tetapi tarikh luput yang berlainan perlu diasingkan – boleh menerangkan konsep FEFO
Boleh mengakibatkan kesilapan terminum ubat eksternal
2 senario: Pesakit terminum calamine lotion di KKS7 Shah Alam dan Pesakit terminum podophyllin di KK Sungai Besar Sabak Bernam