More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
Eksperimen 2.1 Penyerapan Glukosa
1. Sains Tingkatan 2
1 BL
Eksperimen 2.1 – Penyerapan Glukosa
B5D2E1 – Menunjukkan penyerapan glukosa melalui tiub Visking melalui
eksperimen.
Tujuan : Menunjukkan penyerapan glukosa melalui tiub Visking.
Pernyataan masalah : Bagaimanakah proses penyerapan makanan
tercerna berlaku dalam usus kecil?
Hipotesis : Makanan tercerna yang ringkas meresap melalui dinding usus
kecil ke dalam aliran darah.
Pemboleh ubah:
Yang dimanipulasikan : Kehadiran kanji dan glukosa dalam tiub Visking.
Yang bergerak balas : Kehadiran glukosa dalam air suling.
Yang dimalarkan : Jenis tiub Visking
Bahan dan Radas : larutan kaji 1%, larutan glukosa, tiub Visking, air suling,
larutan iodin, larutan Denedict, benang, tabung didih, tabung uji, bikar 250
ml, kasa dawai, tungku kaki tiga dan penunu Bunsen.
Prosedur :
Rajah A (Sains Tingkatan 2, m/s 67)
1. Susunan radas disediakan seperti dalam Rajah A.
2. Air suling diuji di dalam tabung didih untuk mengesan kehadiran kanji
dan glukosa masing-masing dengan larutan iodin dan larutan
Benedict pada awal eksperimen.
3. Radas dibiarkan selama 30 minit. Air di dalam tabung uji diuji semula
untuk mengesan kehadiran kanji dan glukosa.
4. Keputusan dicatatkan dan laporan bagi eksperimen ini ditulis dengan
lengkap.
2. Sains Tingkatan 2
2 BL
Pemerhatian :
Kehadiran jenis makanan
dalam air suling
Awal eksperimen Akhir eksperimen
Kanji Kuning Kuning
Glukosa Tiada perubahan Mendakan merah batu
Perbincangan : Apakah yang dapat dianalogikan oleh bahan dalam
eksperimen ini dengan bahagian badan manusia?
Tiub Visking – usus kecil
Glukosa – sistem aliran darah
Kesimpulan : Glukosa dapat diserap melalui usus kecil kerana mempunyai
molekul yang lebih besar.
http://tanbl-world.blogspot.com/