1. PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN
Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni
CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN
Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat
yang dibina daripada nilai murni tersebut .
1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.
2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa
tanggungjawab.
3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak
itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku
di sekeliling kita.
4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya.
Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli
makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar
pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.
5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk
kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang
memerlukan.
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh
daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam
satu perenggan.
Contoh 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat
bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu,
dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari
rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu
mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah
mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas
bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan
di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila
sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama
kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.
2. Pengajaran
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
Jangan mencuri harta benda orang.
Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk
pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika
ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan
menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda
orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan
mencemarkan nama baik keluarga.
Contoh 2
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada
Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di
rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok
bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah
melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adikadiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah
juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan
terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan
tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan
ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
Rajin membantu dan ringan tulang
Pandai menguruskan rumah
Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
Budaya mengucapkan terima kasih.
Bersyukur.
Contoh 3
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian
yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah
loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai
alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian
malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru
tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang
mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia
yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali
telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka
3. berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1.
2.
3.
4.
5.
Kita perlu menepati masa
Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
Tidak mengganggu dan membenci orang lain
Mesti bersikap jujur dan amanah
Mesti menghormati guru
Cadangan masa menjawab Bahagian C
20 minit
Membuat Ulasan
Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
Tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak melebihi 50 patah perkataan.
Cara Menjawab Soalan
Baca dan fahami situasi.
Gariskan kata kunci dalam soalan.
Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan
Contoh:
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina
akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan
keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah,
Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas,
Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia
akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya
berada dalam keadaan ceria
Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat
dalam petikan
Bangun awal pagi – disiplin diri
Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama – kasih sayang
Bersalam – menghormati orang tua
Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan
BAHAGIAN C – Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah……………………(huraian/contoh).
Seterusnya, kita haruslah……………………
…………………………….(huraian/contoh)………………
Di samping itu, kita hendaklah…………………
(huraian/contoh)………………………………………..
Selain itu, kita mestilah ……………………….
……………………………..(huraian/contoh)………….
5. NILAI
PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA
RAJIN
Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat
jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan
TOLONG-MENOLONG
MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar
rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/
BEKERJASAMA
bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/
bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu
tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat
BAIK HATI
Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja
kawan makan/tidak berdendam
PEMURAH/
Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan
makan/menolong/membantu/berkongsi…
MURAH HATI
JUJUR
bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda
orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan
AMANAH
melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan
rahsia/wang yang diamanahkan.
RELA/SANGGUP
BERKORBAN
Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/
MENGHARGAI MASA
Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas
rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
sekolah/buat latihan
MENGHARGAI /
MEMBALAS JASA
Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
PRIHATIN
Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma
/menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur
BERDISIPLIN
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan
undang-undang.
MENJAGA
KEBERSIHAN
Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas
rumput/membakar sampah
MENJAGA KESIHATAN
Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/
secara sukarela
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit
bermain badminton
MENJAGA
Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan
6. KESELAMATAN
kanan/memakai topi keledar
SEMANGAT
PATRIOTIK
Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
TABAH/SABAR/
Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/
CEKAL
dugaan/diejek/dihina/dibuli
PERAMAH/MUDAH
MESRA
Bertanya khabar/menyapa kawan
IKHLAS
Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan balasan
KASIH SAYANG/
SIMPATI
Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma
kepada orang miskin
RASIONAL
Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya
TAAT / PATUH
Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru
melawat Tugu Negara/tempat bersejarah
Mengikut peraturan
SEMANGAT
BERMASYARAKAT
Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit
/ KEJIRANAN
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran
Ziarah kematian – ucap takziah
BERTANGGUNGJAWAB Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur
perbuatan negatif
BERDIKARI
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang
lain/gosok baju/basuh kasut
KEBEBASAN
Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan
sesuatu…
BERSIKAP
SEDERHANA
Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi
kejayaan dengan ibu bapa/guru
BIJAKSANA /
Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT
KEPUTUSAN
BERWAWASAN /
BERCITA-CITA TINGGI
Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga /
melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor
7. / BERJIWA BESAR
DEDIKASI
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan
sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh
BERDIKARI
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang
lain/gosok baju/basuh kasut
BERTOLERANSI /
BERTOLAK ANSUR
Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/
tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati
MEMPUNYAI JATI DIRI
Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi
cubaan/rintangan/kesusahan
BERANI
Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan
penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri
HORMAT /
MENGHORMATI
Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik /
bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.