SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  5
Tips Membeli Kereta Terpakai

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda
beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya
bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang
anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan
dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila
memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu
isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi
ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
? SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-
ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat
asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap
hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika
enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar.
Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak
begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari
anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu
keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih
tanpa ada bau terbakar.
? JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang
dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan
kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak
begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang,
jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur
mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak
jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision
automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu
mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan.
Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan
lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.
? TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut
(pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa
terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu
betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga
berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk
menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia
mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu
kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj
dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan
tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga
mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah.
Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
? KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang
terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap
hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah
tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai
transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan
pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal
brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum
meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan
kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang
bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan)
mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan
pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
? KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan
enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan
minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang
kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian
berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu,
sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen
servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak
nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau
tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap.
Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain.
Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Petikan daripada Berita Minggu
2 Oktober 2005
Communicate In The Language Of The Common People
Reply Quote

Re: Kongsi Tips Membeli Kereta Terpakai 22 Jan 2012
10:01 #2
INGIN MEMBELI KERETA TERPAKAI? BERIKUT
MERUPAKAN BEBERAPA PEMERIKSAAN YANG PERLU
DILAKUKAN -10 PERINGKAT PEMERIKSAAN – INFORMASI
DARIPADA PUSPAKOM.

By iz • Dec 6th, 2008 • Category: ! DAILY LATEST INFO
SUMBER : kereta.info/ingin-membeli-kereta-terpakai-berikut-
merupakan-beberapa-pemeriksaan-yang-perlu-dilakukan-10-
peringkat-pemeriksaan-informasi-daripada-puspakom/

Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum
membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting
bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin
membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa
kenderaan tersebut.



1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.

Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan
sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau
memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata
pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak
dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana
penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga
harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.
Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang
dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi
penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh
digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada
cara penjagaan.

Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk
mendapatkan bacan akhir.

2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.

Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh
penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda
boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah
terlibat dalam kemalangan atau tidak.
Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian
dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk
ataupun pernah diketuk.

Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup
pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan
mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin
pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu
sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.
Tips membeli kereta terpakai

Contenu connexe

En vedette

презентация консолидация
презентация консолидацияпрезентация консолидация
презентация консолидация
Che127
 
Isometria Mei Laurentín 4to c
Isometria Mei Laurentín 4to cIsometria Mei Laurentín 4to c
Isometria Mei Laurentín 4to c
meilaurentin
 
Research Paper
Research PaperResearch Paper
Research Paper
mdhughley
 
Ag 1 source becoming a destination employer final
Ag 1 source   becoming a destination employer finalAg 1 source   becoming a destination employer final
Ag 1 source becoming a destination employer final
Ag 1 Source
 
Fema & real estate
Fema & real estateFema & real estate
Fema & real estate
venkat142
 
аравт задлан хасах
аравт задлан хасахаравт задлан хасах
аравт задлан хасах
Ganchimeg Tsedevdorj
 

En vedette (20)

Eval
EvalEval
Eval
 
Senior paper
Senior paperSenior paper
Senior paper
 
презентация консолидация
презентация консолидацияпрезентация консолидация
презентация консолидация
 
Isometria Mei Laurentín 4to c
Isometria Mei Laurentín 4to cIsometria Mei Laurentín 4to c
Isometria Mei Laurentín 4to c
 
Bible dedicated soldier صور من حياة الخادم - الجندى المكرس - القس مايكل انور
Bible dedicated soldier  صور من حياة الخادم - الجندى المكرس - القس مايكل انورBible dedicated soldier  صور من حياة الخادم - الجندى المكرس - القس مايكل انور
Bible dedicated soldier صور من حياة الخادم - الجندى المكرس - القس مايكل انور
 
Blogera igotzeko
Blogera igotzekoBlogera igotzeko
Blogera igotzeko
 
Research Paper
Research PaperResearch Paper
Research Paper
 
Ag 1 source becoming a destination employer final
Ag 1 source   becoming a destination employer finalAg 1 source   becoming a destination employer final
Ag 1 source becoming a destination employer final
 
The best of SEO toturial
The best of SEO toturialThe best of SEO toturial
The best of SEO toturial
 
Trma585 huff
Trma585 huffTrma585 huff
Trma585 huff
 
Fema & real estate
Fema & real estateFema & real estate
Fema & real estate
 
No Bubble
No BubbleNo Bubble
No Bubble
 
аравт задлан хасах
аравт задлан хасахаравт задлан хасах
аравт задлан хасах
 
Paulo freire (1)
Paulo freire (1)Paulo freire (1)
Paulo freire (1)
 
Tweets 2
Tweets 2Tweets 2
Tweets 2
 
Delivered himss angel investor deck final
Delivered himss angel investor deck finalDelivered himss angel investor deck final
Delivered himss angel investor deck final
 
Nokia 6630
Nokia 6630Nokia 6630
Nokia 6630
 
Inforgraphic: Bandit Signs, A How to Guide
Inforgraphic: Bandit Signs, A How to Guide Inforgraphic: Bandit Signs, A How to Guide
Inforgraphic: Bandit Signs, A How to Guide
 
Girnale Democratico
Girnale DemocraticoGirnale Democratico
Girnale Democratico
 
Life in the spirit
Life in the spiritLife in the spirit
Life in the spirit
 

Tips membeli kereta terpakai

  • 1. Tips Membeli Kereta Terpakai BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat. Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya. Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga. ? SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur- ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar. ? JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain. Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu. Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak. Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri. ? TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu
  • 2. betul-betul berhenti. Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi. Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. ? KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak. Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek. Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal. ? KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya. Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak. Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi. Petikan daripada Berita Minggu 2 Oktober 2005 Communicate In The Language Of The Common People
  • 3. Reply Quote Re: Kongsi Tips Membeli Kereta Terpakai 22 Jan 2012 10:01 #2
  • 4. INGIN MEMBELI KERETA TERPAKAI? BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA PEMERIKSAAN YANG PERLU DILAKUKAN -10 PERINGKAT PEMERIKSAAN – INFORMASI DARIPADA PUSPAKOM. By iz • Dec 6th, 2008 • Category: ! DAILY LATEST INFO SUMBER : kereta.info/ingin-membeli-kereta-terpakai-berikut- merupakan-beberapa-pemeriksaan-yang-perlu-dilakukan-10- peringkat-pemeriksaan-informasi-daripada-puspakom/ Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. 1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut. Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian. Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan. Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir. 2.Periksa Rekod kemalangan kenderan. Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak. Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk. Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.