Tulisan ini membahas pentingnya memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu, perkamusan, dan terjemahan bagi guru bahasa Melayu. Penulis menjelaskan bahwa melalui pembelajaran mata pelajaran ini, para guru akan memahami perkembangan bahasa Melayu dari zaman kuno hingga modern dan prinsip-prinsip terjemahan. Pengetahuan ini akan membantu meningkatkan efektivitas pengajaran bahasa Mel
1. REFLEKSI
Dengan izin yang Maha Kuasa akhirnya dapat sekali lagi saya berkongsi
pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus mata pelajaran
BMM 3112 iaitu sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan.
Semoga apa yang saya kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan
pengalaman yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Pada pendapat saya sejarah perkembangan Bahasa Melayu , perkamusan dan
terjemahan adalah penting bagi seorang guru kerana BMM 3112 ini akan menyedarkan
guru tentang perkembangan Bahasa Melayu sama ada dari segi sejarah, perkamusan
dan terjemahan. Melalui BMM 3112 ini kita akan memahami perkembangan bahasa
Melayu dari Bahasa Melayu kuno hingga Bahasa Melayu moden. Kita juga akan
memahami perkembangan perkamusan dan kepentingan kamus dalam meyelesai
masalah Bahasa. Selain itu tidak ketinggalan juga kita akan mengetahui prinsip-prinsip
terjemahan.
“Sejarah mengajar kita erti lebih dewasa” kata-kata ini memang sesuai bagi guru
Bahasa Melayu. Melalui sejarah perkembangan bahasa Melayu ini, para guru akan
lebih berkeyakinan serta lebih berpengetahuan di dalam pengajaran Bahasa
Melayu.Apabila saya mendalami ilmu Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,
perkamusan dan terjemahan berdasarkan modul BMM 3112 serta mendapat bahan
dengan merujuk kepada bahan bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan
tugasan ini, kefahaman saya semakin meningkat , oleh itu pengetahuan yang lebih
mendalam ini akan dapat membantu saya untuk mengajar murid-murid dengan lebih
baik.
Pada pandangan saya guru perlulah memahami Sejarah perkembangan Bahasa
Melayu, perkamusan dan terjemahan supaya berkemahiran untuk mengajar Bahasa
Melayu lebih mantap dan dapat diaplikasikan kepada murid-murid di sekolah. Dengan
hal yang demikian sudah tentulah dapat membantu mereka lebih bermotivasi dan
2. bersemangat untuk belajar dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di dalam kelas akan lebih berkesan. Apa pun, saya berasa gembira
kerana pembelajaran BMM 3112 yang telah dikuliah kepada kami oleh En. Kamarul
Ariffin Bin Din mencapai objektifnya. Semoga apa yang telah saya dan hasilkan kerja
kursus ini menepati tajuk dan kehendak pensyarah.
Apabila saya memikir tentang pengalaman ini, maka saya benar-benar
menginsafi bahawa murid-murid perlu memahami Sejarah perkembangan Bahasa
Melayu, perkamusan dan terjemahan. Justeru dengan itu, pengetahuan baru yang
saya perolehi ini amat berguna dan akan digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran di sekolah kerana sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu
melihat bahawa guru perlu melengkapi ilmu bahasanya serta kreatif dalam
pengajarannya supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Jika kita buat
yang terbaik , murid juga akan dapat yang terbaik.
Sekian, terima kasih.