SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN
Mata Pelajaran : Geografi
Topik : Unit 9  Pergerakan Bumi Di dalam Sistem Suria
Tingkatan : 1 Ros
Ada beberapa pendangan kenapa harus gunakan media atau teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.  Heinich, et al (1989) memberi tiga rasional kenapa media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran:
i.     Untuk  menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan.
ii.    Instruksi harus dirancang secara sistematik menggunakan prinsip reka bentuk
instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi.
iii.  Media boleh menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual.
Manakala mengikut (Yusup, 1998), peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran.

Panduan umum mengguna media secara berkesan:
•     Mesti bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran.pengajaran.
•  Sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasar; iaitu kumpulan besar, kumpulan
sederhana dan pelajar individu.
•  Pertimbangan kepada aspek-aspek perkakasan, perisian, kesesuaian, kemahiran
tenaga pengajar dan khidmat sokongan.
•  Ingatan penting: Tiada suatu media yang sesuai bagi semua pelajar untuk semua
situasi pembelajaran. Strategi yang disarankan masa kini ialah mengguna
pendekatan multimedia.

Sumbangan media terhadap pengajaran-pembelajaran:
•         Meningkatkan motivasi pelajar.
•         Mewujudkan suasana “baharuan” dan beraneka.
•         Menarik perhatian pelajar pelbagai kebolehan.
•         Menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif.
•         Meneguhkan pembelajaran tanpa membosankan.
•         Meluaskan skop pengalaman pelajar.
•         Menjamin pemikiran yang teratur dan berkesinambungan.

Penggunaan media telah menukarkan peranan guru daripada pengajar kepada fasilitator pembelajaran. Media boleh digunakan dalam pelbagai situasi pengajaran-pembelajaran, misalnya
•       Memperkenalkan topik baru
•       Menjelas, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip
•       Mendemonstrasi sesuatu kemahiran, amalan atau siri tindakan
•       Merumuskan dan mengulangkaji pelajaran
•       Melaksanakan aktiviti atau tugasan
•       Menilai pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan media secara bersistematik: kelebihan dan batasan sesetengah media; proses pemilihan dan penghasilan media  berdasarkan model seperti  model “ASSURE”, ADDIE dan DID.
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.  Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Reka bentuk pengajaran sangat penting dalam pengajara dan pembelajaran di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE.
Model ASSURE  digubal oleh Heinich dan rakan-rakan, model ini mengalami perubahan terbarunya pada tahun 2002. Model ini bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.  Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Ditujukan khas untuk setiap pengajar. Model ASSURE bermaksud mempastikan  pembelajaran berlaku.  Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

•       A - Analyse learners (Analisis pelajar).
•       S - State  objectives (Nyatakan objektif pembelajaran ).
•       S – Select, modify or make  media  (Pilih, baiki atau bina media).
•       U - Use media  (Gunakan media ).
•       R - Require learner response (Keperluan tindakan ).
•       E – Evaluate / revise materials (Menilai dan semak semula ).
Rajah 1 : Model ASSURE
Langkah pertama :
Analisis pelajar
Langkah pertama dalam Model ASSURE  adalah analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar;  tahap/tingkatan, latarbelakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media dan bahan.  Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan guru  akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang mereka.
Sesuatu media yang hendak digunakan dengan berkesan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat tiga  perkara penting yang perlu dilihat iaitu;  penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain daripada itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 1 Ros adalah pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan lain-lain.   Pengetahuan sedia ada pelajar juga dipertimbangan. Dalam topik yang akan diajar iaitu pergerakan bumi di sistem suria tingkatan 1 ini, pelajar telah mempunyai pengetahuan asas tentang pergerakan bumi yang mana mereka pernah belajar  kajian geografi tempatan sekolah rendah. Selain daripada itu dalam mata pelajaran lain juga ada menyentuh topic tentang bumi seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Sains.
Langkah kedua :
Nyatakan Objektif
Pernyataan bjektif pembelajaran dapat membantu guru lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah focus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar. Ia merupakan tahap minimum tentang apa yang perlu dipelajari oleh pelajar dari pengajaran yang dijalankan. Objektif seharusnya berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif untuk topik ini ialah  pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
1. Mentakrifkan putaran dan peredaran bumi.
2. Menyenaraikan kesan-kesan putaran.
3. Menjelaskan kejadian siang dan malam.
4. Menyenaraikan kesan-kesan peredaran bumi.
5. Menghuraikan kejadian empat musim.
Langkah ketiga :
Pilih baiki atau bina media
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, ketiga-tiga aspek ini mesti berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelaajr dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
,[object Object],Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Contoh: menarik minat pelajar dengan memulakan set induksi dengan kaedah simulasi dan diikuti dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. Kaedah yang dipilih seharusnya berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar.  Untuk topik ini dimulakan dengan set induksi di mana guru menunjukkan gambar system suria, seterusnya tayangan slide tentang system suria, putaran bumi, peredaran bumi dan kesannya.
,[object Object],Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan semasa memilih media pengajaran, iaitu :
,[object Object]
Maklumat tepat dan terkini;
Bahasa yang jelas dan tepat;
Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
Menggalakkan penglibatan pelajar;
Mempunyai teknikal kualiti yang baik;
Terdapat bukti keberkesanannya;
Bebas daripada bias; dan
Mempunyai buku panduan yang lengkap. Pemilihan media untuk topic ini adalah dengan menggunakan ICT. Tayangan slide dengan gambar-gambar yang menarik tentang sistem suira, kesan putaran bumi, kesan peredaran bumi, kejadian empat musim, nota kandungan pelajaran, soalan penilaian   dipaparkan melalui blog guru, di mana pelajar boleh mendapatkan semua maklumat tersebut melalui blog guru.
,[object Object],Sekiranya tidak dapat   memilih media yang sesuai, maka penting bagi pengajar untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk topik sistem suria ini saya dapat bahan yang sesuai daripada side share. Slide tersebut memaparkan banyak gambar yang sesuai untuk pelajar kelas tingkatan 1 Ros.
Langkah Keempat :
Gunakan Media dan Bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kecanggihan media jika tidak digunakan dengan baik, akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran. Terdapat lima langkah penggunaan media yang baik:
a) Melihat isi kandungan media tersebut terlebih dahulu.
b) Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan semasa menggunakan media.
c) Menyediakan persekitaran atau tempat.
d) Sediakan pelajar.
e) Menyediakan pengalaman pembelajaran.
Bahan pengajaran untuk topik pergerakan  bumi di dalam sistem suria tingkatan 1 ini telah ditapis oleh guru sebelum digunakannya. Sekiranya perlu penambahan  dan pembetulan, bahan tersebut akan dibaiki sebelum dimuat ke dalam blog guru. Pelajar akan dibawa ke makmal computer untuk topik ini, supaya setiap pelajar dapat melihat sendiri slide dan juga membuat penilaian secara ‘online’.
Langkah kelima :
Keperluan tindakan
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, kuiz, latihan, latih tubi projek dan sebagainya.  Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pergerakan bumi di dalam sistem suria ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari maklumat tentang kesan pergerakan bumi melalui internet.  Selepas itu latihan berbentuk silang kata juga diberikan kepada pelajar.
Langkah keenam :
Nilai dan Semak
Setelah selesai pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.  Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran. Guru akan menilai samada slide tentang pergerakan bumi di dalam sistem suria yang digunakan mencapai objektifnya dalam membantu guru menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pelajar akan dinilai dengan soalan objektif untuk melihat pemahaman mereka. Selain daripada itu pelajar akan membuat soalan subjektif juga. Pencapaian pelajar  akan dilihat dari segi prestasi mereka berdasarkan   set soalan objektif yang telah disediakan.
Rumusan
Dengan merancang pengajaran berdasarkan  model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1), 9-10.
Judy Lever-Duffy, Jean B. McDonald & Al P. Mizell. (2003). Teaching and Learning with Technology. USA : PEARSON Education, Inc.
Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th ed.). New York: Harper Collins.

Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Reiser, R., & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design and   technology. Columbus, Ohio: Merril and Prentice Hall.
Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall.
Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited.

Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field, Washington DC: AECT.
Smaldino, S.E.,  Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for learning.  (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.
Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran.  Shah Alam: Fajar Bakti.

More Related Content

What's hot

220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addieambarpingki

Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan MediaModel ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Mediadindinamuiz

Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1artventure ipkt

Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2ndPemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2ndWany Hardy

MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret

Strategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarStrategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarRizal M Suhardi

Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikanMenjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikanBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret

LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur

Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaTugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaSusanti Susanti

Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11johar

Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUMuhammad Affrini Azim Zahari

Pertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARAN
Pertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARANPertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARAN
Pertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARANKim Watea

What's hot (18)

220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie

Model assure
Model assureModel assure
Model assure

Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan MediaModel ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media

Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1

model assure
model assure model assure
model assure

Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2ndPemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd

MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN

Ptk aditya
Ptk adityaPtk aditya
Ptk aditya

Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure

Strategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarStrategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar Mengajar

Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikanMenjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan

LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V

Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaTugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia

Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11

Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU

Pertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARAN
Pertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARANPertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARAN
Pertemuan 1 STRATEGI PEMBELAJARAN

Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1

Viewers also liked

Контейнер сервисов
Контейнер сервисовКонтейнер сервисов
Контейнер сервисовRuslan Hanov

E manual montada
E manual montadaE manual montada
E manual montadaOsama Fayek

Kpt6043 Nota Sistem Suria
Kpt6043 Nota Sistem SuriaKpt6043 Nota Sistem Suria
Kpt6043 Nota Sistem Suriathong

Tugasan 1 Kpt 6043
Tugasan 1 Kpt 6043Tugasan 1 Kpt 6043
Tugasan 1 Kpt 6043thong

Kpt 6043 Tugasan 2
Kpt 6043 Tugasan 2 Kpt 6043 Tugasan 2
Kpt 6043 Tugasan 2 thong

The Concept Of Ultra Low Cost Product Development
The Concept Of Ultra Low Cost Product DevelopmentThe Concept Of Ultra Low Cost Product Development
The Concept Of Ultra Low Cost Product DevelopmentPradeep Saha

Symfony как микрофреймворк
Symfony как микрофреймворкSymfony как микрофреймворк
Symfony как микрофреймворкRuslan Hanov

The Concept Of Ultra Low Cost Produce Development
The Concept Of Ultra Low Cost Produce DevelopmentThe Concept Of Ultra Low Cost Produce Development
The Concept Of Ultra Low Cost Produce DevelopmentPradeep Saha

Thomas fletcher waghorn (1800 1850)
Thomas fletcher waghorn (1800 1850)Thomas fletcher waghorn (1800 1850)
Thomas fletcher waghorn (1800 1850)Osama Fayek

Pk5 3 format laporan pertandingan pidato piala diraja
Pk5 3 format laporan pertandingan pidato piala dirajaPk5 3 format laporan pertandingan pidato piala diraja
Pk5 3 format laporan pertandingan pidato piala dirajaAnNe DeEn

Viewers also liked (15)

Shamnisim
ShamnisimShamnisim
Shamnisim

Контейнер сервисов
Контейнер сервисовКонтейнер сервисов
Контейнер сервисов

E manual montada
E manual montadaE manual montada
E manual montada

Kpt6043 Nota Sistem Suria
Kpt6043 Nota Sistem SuriaKpt6043 Nota Sistem Suria
Kpt6043 Nota Sistem Suria

Tugasan 1 Kpt 6043
Tugasan 1 Kpt 6043Tugasan 1 Kpt 6043
Tugasan 1 Kpt 6043

Kpt 6043 Tugasan 2
Kpt 6043 Tugasan 2 Kpt 6043 Tugasan 2
Kpt 6043 Tugasan 2

The Concept Of Ultra Low Cost Product Development
The Concept Of Ultra Low Cost Product DevelopmentThe Concept Of Ultra Low Cost Product Development
The Concept Of Ultra Low Cost Product Development

First World
First WorldFirst World
First World

Symfony как микрофреймворк
Symfony как микрофреймворкSymfony как микрофреймворк
Symfony как микрофреймворк

Serb Aloz
Serb AlozSerb Aloz
Serb Aloz

An Ant
An AntAn Ant
An Ant

The Concept Of Ultra Low Cost Produce Development
The Concept Of Ultra Low Cost Produce DevelopmentThe Concept Of Ultra Low Cost Produce Development
The Concept Of Ultra Low Cost Produce Development

Thomas fletcher waghorn (1800 1850)
Thomas fletcher waghorn (1800 1850)Thomas fletcher waghorn (1800 1850)
Thomas fletcher waghorn (1800 1850)

Pk5 3 format laporan pertandingan pidato piala diraja
Pk5 3 format laporan pertandingan pidato piala dirajaPk5 3 format laporan pertandingan pidato piala diraja
Pk5 3 format laporan pertandingan pidato piala diraja

Mcqs for Ophthal pgs 1
Mcqs  for Ophthal pgs 1Mcqs  for Ophthal pgs 1
Mcqs for Ophthal pgs 1

Similar to GEOG1-PERGERAKANBUMI

Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam

Task 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureTask 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureDyana ShaifulHaq

Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranKriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranMona Naswa

Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp

Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01
Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01
Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01owenthypaneda

Kajian Media Pembelajaran
Kajian Media PembelajaranKajian Media Pembelajaran
Kajian Media PembelajaranHikmiInayah1

Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Yanwar Sudartono

Komputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptxKomputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptxRiscaWanda

Model-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjini
Model-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjiniModel-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjini
Model-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjiniMuhammadFahri34

Similar to GEOG1-PERGERAKANBUMI (20)

Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure

Model assure
Model assureModel assure
Model assure

Model+assure
Model+assureModel+assure
Model+assure

Task 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureTask 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assure

Model pemb assure
Model pemb assure Model pemb assure
Model pemb assure

Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranKriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran

Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer

Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer

Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph

Tugas kurikulum pembelajaran
Tugas kurikulum pembelajaranTugas kurikulum pembelajaran
Tugas kurikulum pembelajaran

Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01
Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01
Kpt6043taskn2 101005004758-phpapp01

Kajian Media Pembelajaran
Kajian Media PembelajaranKajian Media Pembelajaran
Kajian Media Pembelajaran

Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6

Komputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptxKomputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptx

3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs

Utama 1
Utama 1Utama 1
Utama 1

3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff

Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4