Dokumen tersebut membahasikan adat-adat Melayu yang berkaitan dengan kelahiran, seperti sunat azan dan iqamat untuk bayi baru lahir, sunat tahnik dengan mengunyah kurma dan meletakkannya di lidah bayi, serta sunat menamakan bayi dengan nama yang baik. Dokumen ini juga membincangkan adat-adat lain seperti sunat khatan dan aqiqah.
3. • Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar
dalam benak fikiran bahawa orang Melayu
berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz
sederhana dan berambut hitam.
• Gambaran yang hampir sama juga pernah
diceritakan oleh Frank Swettenham dalam
makalahnya “The Real Malay” yang
menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah,
berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta
mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.
4. Ehsan dari "A Malay Boy - Project Gutenberg. Wikipedia".
5. • Sumber yang diambil dari Wikipedia pula
memetik perkataan Melayu berasal daripada
nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai
Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari
di Sumatera, Indonesia.
• Pendapat lain pula mengatakan perkataan
Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu
“berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan
dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang
bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.
6. • Mengikut catatan seorang rahib Buddha bernama I-
Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan
bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar
pembelajaran mereka.
• Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat
dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada
sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti
Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan
“Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang
terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga
Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.
7. • Menurut Darus Ahmad dalam bukunya
Pancharan Melayu, perkataan Melayu
diambil daripada nama sejenis pohon
yang harum baunya,
iaitu pohon gaharu
• Menurut sarjana lain,
perkataan Melayu berasal daripada
perkataan “Melaju” yang bermakna cepat,
deras dan tangkas.
8. Kesimpulan
Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang
bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari
Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia
Tenggara memungkinkan mereka bermastautin
dan menetap serta berkahwin campur dengan
pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India
pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara
amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang
mengamalkan adat resam Melayu, bertutur
dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya
Melayu.
11. • Takrif puasa bererti menahan diri daripada
makan dan minum dengan sengaja.
• Menurut hukum syarak, puasa bermaksud
menahan diri daripada segala sesuatu yang
membatalkannya dari terbit fajar sidik
hinggalah matahari terbenam dan disertai
dengan niat puasa.
12. • Puasa Ramadam adalah puasa wajib atau
puasa fardu.
• Ia adalah wajib ke atas setiap umat Islam
yang cukup syaratnya pada Bulan Ramadan,
iaitu selama sebulan.
• Umat Islam yang pergi ke negara lain dalam
bulan puasa, maka dia hendaklah berpuasa
pada bulan itu.
13. • Bagi mereka yang sakit atau dalam perjalanan
lalu berbuka, maka wajiblah mereka berpuasa
sebanyak bilangan hari-hari puasa yang
tinggalkan itu.
• Islam ditegakkan atas lima dasar.
14. Dasar Islam
- Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan
Allah dan Muhammad (s.a.w) adalah utusan-Nya.
- Mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam.
- Berpuasa sebulan pada bulan Ramadan.
- Mengeluarkan zakat.
- Mengerjakan Haji di tanah suci.
15. Hikmah Berpuasa
• Sebagai tanda terima kasih kepada Allah
(s.w.t).
• Memberi didikan perasaan belas kasihan
terhadap fakir miskin.
• Menjaga kesihatan.
• Memberi ketenangan jiwa dan memperkukuh
iman seseorang.
16. • Digalakkan memberi makanan untuk berbuka
kepada orang yang berpuasa.
• Memperbanyakkan sedekah dan
memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci
al-Quran.
17. Rukun Puasa
Berniat pada waktu
malam bagi puasa
wajib seperti puasa Menahan diri
dalam bulam daripada makan dan
Ramadan atau puasa minum serta perkara-
nazar. Tetapi, puasa perkara yang
sunat boleh diniatkan membatalkan puasa
pada siang hari dari terbit fajar sidik
sebelum masuk hinggalah matahari
zuhur dan sebelum terbenam kecuali
melakukan sesuatu terlupa.
18. Mengumpat,
menyebut
keaifan
orang lain. Menghasut
Bercakap atau
dusta atau membuka
berbohong Perkara yang rahsia orang
membatalka lain.
n puasa
Menghabisk Melihat
an masa perempuan
dengan dengan
perkerjaan syahwat
yang sia-sia. atau berahi
19. Umat Islam mencari
Pada siang rezeki untuk menyara
hari keluarga masing-
masing.
Semasa
berpuas
a Umat Islam digalakkan
bersembahyang
Pada waktu terawih, sembahyang
malam witir, berzikir,
bertadarus dan
memperbanyakkan doa
ke hadrat Ilahi.
20. Adat semasa puasa
• Ramai orang Islam berbuka puasa secara
beramai-ramai di surau-surau atau di masjid-
masjid berhampiran dengan tempat tinggal
mereka.
• Mereka mengadakan giliran bagi
menyediakan makanan dan kuih-muih untuk
majlis berbuka puasa.
21.
22. • Selepas berbuka puasa, mereka akan
sembahyang maghrib dan seterusnya
bersembahyang isyak.
• Selepas sembahyang isyak, mereka akan
bersembahyang terawih yang akan tamat kira-
kira pada pukul 10.00malam.
• Selepas itu ada yang bertadarus (membaca
ayat-ayat suci al-Quran secara beramai-ramai.
23. Malam Lailatulkadar
• Merupakan malam yang terbaik daripada
seribu malam dan dinanti-nantikan oleh umat
Islam.
• Pahala ibadat pada malam tersebut
digandakan oleh Allah (s.w.t).
• Umat Islam percaya bahawa Lailatulkadar
adalah nama seorang malaikat.
24. Lailatulkadar turun ke dunia dengan
menyerupai manusia dengan memakai
jubah putih atau hitam, berjanggut dan
bermisai. Sesiapa yang sanggup berjaga
malam kemungkinan besar dapat bertemu
dengannya dan mintalah apa sahaja
daripadanya nescaya diberikannya.
25. • Sesetengah orang melakukan sembahyang
sunat pada malam yang dijangkakan sebagai
malam Lailatulkadar.
• Mereka berdoa kepada Ilahi meminta
ditetapkan iman, dimurahkan rezeki yang
halal, disihatkan badan, diselamatkan seluruh
ahli keluarga dan sebagainya.
26. Menjelang hari
raya
• Umat Islam mula membayar
fitrah.
• Fitrah adalah sedekah berupa beras atau wang
yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam dan
menyumbangnya dalam bulan puasa, iaitu
sebelum menjelangnya 1 Syawal.
• Fitrah merupakan zakat diri yang mesti
ditunaikan oleh setiap umat Islam setahun sekali.
27. • Hasil daripada kutipan fitrah ini akan
dibahagi-bahagikan sama rata kepada mereka
yang memerlukannya seperti fakir miskin,
anak yatim atau mereka yang baru memeluk
agama Islam.
• Ia bertujuan agar mereka dapat menyambut
dan merayakan hari yang mulia ini bersama-
sama umat Islam yang lain.
28.
29.
30. • Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab
bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari
bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
• Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul
Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada
pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 )
12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan
dengan 23 April 571.
31. • Baginda adalah nabi terakhir yang diutus
oleh Allah Subhanahu Wataala.
• Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai
satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid
Nabi.
• Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh
dunia akan mengadakan majlis memperingati
keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan
mengadakan beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya.
33. • Banyak kelebihan dan keistimewaan yang
akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu
Wataala kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur
Rasul.
35. • Dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia
pada 10 hingga 13 Zulhijah.
• Hari umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran
anaknya, Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan
perintah Tuhan.
• Pada pagi 10 Zulhijah, umat Islam akan
menunaikan sembahyang sunat Aidiladha.
36. • Pada bulan ini juga, umat Islam yang
berkemampuan pergi ke Makkah untuk
menunaikan ibadat Haji yang menjadi salah satu
Rukun Islam yang perlu dilaksanakan.
• Penyembelihan binatang ternakan seperti
lembu, kambing, unta dan seumpamanya
dilakukan ketika sambutan perayaan ini.
• Daging tersebut akan disedekahkan kepada fakir
miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.
39. • Disambut pada 1 Syawal oleh umat Islam di
seluruh dunia.
• Merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya
melawan nafsu selama sebulan berpuasa.
• Umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah
sebelum 1 Syawal.
• Umat Islam disunatkan memakai pakaian baru
dan bersih.
40. • Pada pagi Hari Raya, umat Islam berkunjung ke
masjid untuk bersembahyang dan mendengar
khutbah (syarahan agama).
• Mereka bermaaf-maafan antara satu sama lain.
• Amalan ziarah-menziarahi dilakukan sama ada di
rumah sanak-saudara dan jiran atau kenalan.
• Juadah yang dering dihidangkan termasuklah
ketupat, lemang, dan rendang.
43. • Amalan menziarahi kubur di tanah
perkuburan turut dilaksanakan. Biasanya
kerja-kerja pembersihan kubur dilakukan
sebelum Hari Raya Puasa.
44. • Orang Islam selalunya mengamalkan konsep
“Rumah Terbuka” iaitu menerima sesiapa
sahaja yang datang beraya ke rumah mereka.
• Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah
mereka akan diberikan duit raya.
• Pada hari tersebut, ucapan ‘Selamat Hari Raya’
dan ‘Salam Aidilfitri” akan kedengaran apabila
mereka berjumpa antara satu sama lain.
Selalunya diucapkan semasa berjabat tangan.
45. Rumah Terbuka di rumah Puan. Fatimah
Semasa tiba di rumah Puan Fatimah.
Makanan yang telah disediakan.
48. Adat Kelahiran Kaum Melayu
Sunat memberi tahniah dan Sunat
menggembirakan mereka “Berkhitan”(khatan/bersunat)
yang mendapat anak.
Sunat “Aqiqah” anak yang
Sunat azan dan iqamat. baru lahir.
Sunat “tahnik” selepas anak Sunat menamakan anak baru
dilahirkan. dilahir dengan nama yang
baik.
Sunat menggunting rambut
anak baru dilahirkan.
49. Sunat memberi tahniah dan menggembirakan
mereka yang mendapat anak.
• Tujuan: memberi tahniah dan
menggembirakan mereka yang mendapat
anak adalah untuk mengeratkan
perhubungan, kemesraan dan ikatan kasih
sayang sesama mereka.
50. Sunat azan dan iqamat
Sunat diazan di telinga kanan bayi dan iqamat di
telinga kirinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.
51. • Salah satu hikmat melakukannya adalah supaya
kalimat seruan tentang kebesaran Tuhan
menjadi seruan pertama yang bayi dengar.
52. Sunat “tahnik” selepas anak dilahirkan
• “Taknik” ialah mengunyah buah kurma
(selalunya dilakukan oleh orang salih dan
takwa) dan diletakkan ke lidah anak yang baru
dilahirkan.
53. • Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi
membuka mulut dengan mendapat
“ganjaran” benda manis.
• Pelaziman ini membuatkan bayi mahu
menghisap apabila ibu menyusukan bayi
tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai
kesan sedap/manis dan bukan kesan tidak
menyelesakan.
54. Sunat menggunting rambut anak baru
dilahirkan.
Menggunting rambut anak pada hari yang ke-7
adalah sunat.
55. Sunat menamakan anak baru dilahir
dengan nama yang baik.
• Menamakan anak boleh dibuat pada hari
pertama dilahirkan atau pada masa lain.
Nama-nama yang buruk atau yang
menjatuhkan maruah hendaklah dielakkan.
56. Sunat “Aqiqah” anak yang baru lahir
• “Aqiqah” bermaksud penyembelihan binatang
ternakan seperti lembu dan kambing yang
dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pada
hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah.
57. • Korban ini dapat mendekatkan anak kepada Allah
dan banyak faedah lain.
• Aqiqah meninggalkan kesan psikologi pada anak
yang merasakan dirinya dihargai, diterima,
disayangi oleh kaum keluarga, sanak saudara dan
ahli masyarakatnya.
• Ahli masyarakat yang saling bertemu dan
bersama-sama mengerjakan upacara ini dapat
mengeratkan hubungan serta dapat membantu
golongan yang susah melalui sedekah makanan.
58. Sunat “Berkhitan” (khatan/bersunat)
• Bagi Mazhab Iman Shafie, berkhatan adalah
wajib bagi lelaki. Bagaimanapun, ada ulama yang
menyatakan berkhatan, hukumnya “sunat
muakkad” iaitu sunat yang dituntut.
• Hukum bersunat bagi perempuan pula adalah
harus.
• Kanak-kanak lelaki pada masa dahulu disunatkan
oleh Tok Mudim. Sekarang amalan berkhatan
dijalankan secara moden di klinik/hospital.
61. • Perkara-perkara yang melibatkan amalan
agama termasuklah dari segi pinang-
meminang, batasan pergaulan antara kaum
lelaki dan perempuan, rukun-rukun nikah,
mahar (Mas kahwin), wali, saksi dan
penceraian (Talak).
62. Merisik
• Dilakukan oleh pihak lelaki.
• Untuk memastikan gadis yang ingin dikahwini
belum berpunya.
• Untuk mendapatkan maklumat latar belakang
gadis, pengetahuan agamanya, paras rupa,
tingkah laku, kemahiran rumahtangga, adab
sopan dan lain-lain.
63. Meminang
• Pihak lelaki yang mewakili oleh mereka yang
dekat seperti ibu dan bapa saudara sekali lagi
ke rumah pihak perempuan untuk
menyatakan persetujuan secara rasmi.
• Kedua-dua pihak berbincang tentang tarikh
dan masa sesuai untuk pertunangan.
64. Bertunang
• Rombongan lelaki yang terdiri daripada ahli
keluarga dan saudara mara yang terdekat
berkunjung ke rumah pihak perempuan
dengan membawa hantaran.
65. Akad Nikah
• Akad nikah adalah berlandaskan agama Islam
dan bukannya adat.
• Merupakan upacara terpenting sebelum
disahkan sebagai suami isteri.
• Berlangsung di rumah pengantin perempuan,
masjid, atau pejabat kadi.
67. • Dijalankan oleh orang yang ditauliahkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing
seperti kadi, imam dan jurunikah.
Bagaimanapun wakil pihak pengantin
perempuan boleh melakukan upacara akad
nikah dengan kebenaran pihak yang
ditauliahkan tadi.
• Upacara akad nikah biasanya diadakan sehari
sebelum majlis perkahwinan.
68. Adat Berinai
• Pasangan ditepung tawar.
• Wakil kedua-dua pihak
mencalitkan sedikit inai
dan air tawar ke tapak
tangan pengantin serta
menaburkan beras kunyit
dan bertih di hadapan
pengantin dan hadirin.
69. Majlis Perkahwinan
• Juga dikenali sebagai Hari Bersanding atau
Hari Langsung.
• Pengantin adalah orang yang diraikan dan
menjadi “Raja Sehari”.
• Banyak persiapan yang perlu dibuat seperti
membina khemah, menyiapkan pelamin,
membuat bunga telur, memasak, mendirikan
bangsal penanggah dan lain-lain.
70. • Sebelum majlis bermula, Mak Andam
menyolek pengantin perempuan.
• Apabila tiba masanya, pengantin lelaki dan
rombongannya diiringi oleh paluan kompang
bergerak dari rumah penanggak ke rumah
pengantin perempuan.
• Beras kunyit ditabur untuk menyambut
rombongan lelaki.
71. • Pengantin perempuan menunggu ketibaan
pengantin lelaki dan selepas itu kedua-duanya
duduk di tempat khas di halaman rumah.
• Persembahan seperti pencak silat diadakan di
hadapan pengantin.
• Pengantin diiringi ke dalam rumah untuk
upacara bersanding.
72.
73. • Semasa bersanding di pelamin, menepung
tawar dijalankan oleh sanak-saudara dan para
jemputan.
• Mereka yang menepung tawar diberikan
bunga telur.
• Hadirin lain juga diberi bunga telur.
• Selepas bersanding, majlis makan beradab
atau dipanggil majils makan berdamai
diadakan.
75. • Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi
kewajipan orang Islam untuk menguruskan
mayat saudara sesama Islam. Mayat perlu
dihormati daripada jasad yang hidup.
76. Semasa kematian
• Kedua-dua tangan kiri jenazah arwah
dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan ke atas
tangan kiri hingga ke dada, lalu ditutup dengan
sehelai kain dan dibaringkan di ruang tengah
dengan kepalanya dihadapkan ke kiblat.
• Mereka yang menziarahi arwah akan membaca
ayat-ayat suci Al-Quran (biasanya ayat Yaasin)
sebagai sedekah. Jamuan tidak diadakan semasa
jenazah masih berada di rumah.
77. • Jenazah dimandikan oleh tukang mandi
atau kalangan ahli keluarga dengan
hormat, tertib dan cermat. Setelah
dimandikan jenazah akan dikapankan.
Sebelum ditutup bahagian muka, ahli
keluarga dan muhrim boleh mengucup
mayat buat kali terakhir tetapi dilarang
menitiskan air mata pada tubuh jenazah.
78. • Seorang wakil atau waris arwah akan
bercakap bagi pihak keluarga arwah
kepada hadirin. Antara perkara yang
disentuh adalah mengucapkan terima
kasih di atas pertolongan semua,
memohon ampun dan maaf bagi pihak
arwah.
79. Semasa pengebumian
•Apabila keranda sudah dimasukkan ke
dalam liang lahad, siak akan turun
membuka papan tutup keranda dan
mengerengkan mayat serta membuka
ikatan di kepala. Kepala jenazah akan
disendal dengan tanah dan diazankan di
telinganya. Barulah keranda ditutup dan
tanah ditimbus.
80. • Setelah Tok Imam membaca talkin, ahli
keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai
boleh menyiram air di atas kubur arwah
dari bahagian kepala hingga ke kaki dan
menabur bunga rampai. Batu nisan akan
dicacak di atas kubur sebagai tanda.
81. Pengebumian jenazah bermakna memasukkan jenazah
yang sudah dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke
dalam tanah yang sudah digali(kuburan) mengikut
kedalaman dan ukuran yang telah ditetapkan oleh syariat
islam. Hukum mengebumikan jenazah adalah fardu
kifayah.
83. Selepas kematian:
•Bacaan doa selamat dan kenduri arwah untuk
mendoakan arwah kesejahteraan di alam
barzakh diadakan pada hari pertama, ketiga,
ketujuh dan pada hari ke-100.
84.
85. • Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu
berasal dari China selatan, terutamanya
wilayah Fujian dan Guangdong.
• Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang
untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui
perjanjian bertulis (indentured labour),
dikenali sebagai kuli. Yang selainnya datang
secara bebas untuk bekerja, dan didukung
oleh Persatuan Suku Kaum.
86. • Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah
269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta
sekitar tahun 1949.
• Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa
suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek
utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew,
Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa
orang yang tergolong dalam golongan suku dialek
tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti
berbeza di Malaysia.
89. • Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan pertama
kalendar orang Cina.
• Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran
sebagai menandakan kedatangan tahun baru.
• Sekeliling rumah akan dibersihkan dan ada juga perabot
ditukar kepada yang baru. Sehari sebelum Tahun Baru
Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramai-
ramai untuk makan bersama-sama.
• Jamuan berkumpul ini diadakan untuk
menjalinkan perhubungan sesama anggota
keluarga setelah tidak bertemu agak lama.
90. • Menjelangnya waktu tengah malam kedatangan Tahun
Baru Cina pula, diadakan upacara memuja dewa langit
sebagai aluan kedatangan hari yang berbahagia.
• Selepas pemujaan dilakukan, kanak-kanak akan
bergembira dengan membakar mercun.
91. • Pada hari pertama tahun baru, setiap orang
akan menggayakan pakaian baru dengan
warna yang cerah terutamanya warna merah.
• Mereka yang sudah berkahwin dikehendaki
memberi angpau kepada saudara-mara dan
sahabat handai yang belum berumah tangga.
92. • Angpau ialah sejenis sampul merah yang
diisi sejumlah wang dan membawa makna
kesejahteraan yang berpanjangan.
• Buah limau mandarin dan kuih bakul
menjadi lambing perayaan Tahun Baru
Cina.
93. • Ungkapan yang paling popular diucapkan
apabila bersua adalah Gong Xi Fa Cai
yang bermaksud salam sejahtera dan
murah rezeki.
• Setiap orang akan ziarah-menziarahi
antara satu sama lain. Semasa berziarah
ke rumah saudara-mara, mereka akan
menghabiskan masa menghiburkan hati
dengan berkumpul dan bersembang.
94. • Kunjung mengunjung yang lebih meriah
dilakukan pada hari kedua dan ketiga.
• Apabila berziarah ke rumah jiran ataupun
sahabat, orang cina akan membawa sedikit
makanan dan buah-buahan sebagai buah
tangan untuk diberikan kepada tuan rumah.
• Proses saling bertukar bungkusan telah
menjadi satu budaya yang diamalkan oleh
masyarakat Cina.
95. • Bagi suku Hokkien, hari kesembilan merupakan hari yang
paling besar sepanjang perayaan Tahun Baru Cina
berlangsung.
• Hari kesembilan disambut seolah-olah sebagai menandakan
tamatnya perayaan Tahun Baru Cina dan mereka melakukan
pemujaan terhadap dewa langit.
• Selain itu, tarian naga juga dimainkan sekiranya terdapat
permintaan. Kedua-dua bentuk tarian ini dikatakan dapat
memberikan tuah dan kehidupan yang sejahtera kepada tuan
rumah yang bermurah hati memberikan angpau kepada singa
dan naga.
96.
97. • Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru Cina ini, orang Cina
dilarang menyapu kerana dikhuatiri akan menghalau keluar segala
tuah.
• Untuk menjaga supaya nasib yang baik itu tidak hilang, seseorang
itu tidak boleh berkelahi, mengeluarkan kata-kata yang kesat,
berpergian jauh daripada rumah dan menjahit sepanjang
perayaan itu berlangsung.
• Salah satu cara untuk menghalang nasib sial ialah dengan
membakar mercun. Bunyi dan cahaya percikan mercun dipercayai
dapat menghalau semangat-semangat jahat dan hantu-hantu
lapar daripada mengganggu kehidupan manusia dan anggota
keluarganya.
99. • Pesta Chap Goh Meh juga dikenali sebagai
pesta Yuan Siau.
• Pesta ini disambut menandakan tamatnya
perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula pada
hari yang kelima belas.
• Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang iaitu
sejak dua ribu tahun lalu dan mula disambut oleh
Kerajaan Han.
100. • Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan dewa-
dewi untuk meminta perlindungan supaya
kehidupan ahli keluarga sentiasa bahagia dan
tidak ditimpa sebarang malapetaka.
• Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari
tiga malam.
• Sepanjang masa itu, setiap rumah akan diterangi
dengan cahaya lampu. Mercun dibakar habis-
habisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat.
101. •Keramaian pesta ini dimeriahkan lagi dengan
tarian singa dan naga. Pesta ini diakhiri dengan
upacara melempar buah-buah limau mandarin ke
dalam laut oleh pemuda-pemudi yang berhasrat
untuk mendapatkan jodoh atau pasangan yang
sesuai.
103. • Dalam upacara yang terakhir ini, orang lain juga boleh
berusaha mendapatkan sesuatu yang dia ingini.
• Setiap barang yang dilemparkan membawa maksud
keiniginan yang berlainan.
Contoh: Wanita yang membuang bawang ialah ingin
mendapat suami yang baik, seseorang yang ingin
mendapat menantu lelaki yang jujur akan membuang
sayur-sayuran, melempar buah kurma akan mendapat
kebahagiaan yang berpanjangan, seseorang yang
ingin panjang umur harus membuang kacang tanah.
105. • Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam
bulan tiga kalender Cina.
• Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang Cina pergi
ke kubur-kubur untuk menziarahi nenek moyang dan
saudara-mara yang telah meninggal dunia.
• Pada hari tersebut, pemujaan dan upacara menjamu
roh nenek moyang diadakan dengan pembakaran kayu
setanggi, ilin berwarna merah, kertas sembahyang dan
peyembahan bahan makanan seperti daging khinzir,
ayam, buah-buahan, kuih-muih, teh dan arak.
106. • Semua ahli keluarga akan pergi ke kubur ibu
bapa atau nenek moyang mereka beramai-
ramai untuk memeriahkan suasana.
• Selain itu, mereka akan bekerjasama
membersihkan kubur yang dipenuhi semak-
samun setelah terbiar hampir setahun.
Selalunya, orang Cina menziarahi kubur pada
pagi hari untuk mengelakkan panahan terik
matahari.
108. • Mereka yang mati muda dan tidak mempunyai
saudara-mara akan ditempatkan di dalam tokong.
• Orang yang mati muda tidak boleh diletakkan
‘papannya’ di rumah. Menurut tradisi, pemujaan
hanya dilakukan oleh golongan muda ke atas orang
yang tua.
• Jadi, orang yang mati muda ini akan disembah pada
hari Ching Ming oleh anak-anak buahnya atau adik-
beradiknya. Ibu bapa hanya berperanan memberikan
panduan bagaimana upacara pemujaan dan
sembahyang seharusnya dilakukan.
109. • Pesta Ching Ming merupakan perayaan penting bagi
semua orang Cina. Pada hari tersebut, anggota keluarga
berkumpul beramai-ramai untuk mengenang atau
mengingati nenek moyang dan keturunan mereka.
• Sesetengah orang Cina mula mengadakan pemujaan di
kuburan sehari sebelum pesta Ching Ming atau selepas
pesta Ching Ming kerana tuntutan kerja dan mencari
nafkah serta mengelakkan kesesakan yang berlaku pada
hari bermulanya pesta Ching Ming.
111. • Perayaan ini lebih dikenali sebagai pesta
Tanglung. Ia disambut pada hari kelima belas
dalam bulan lapan kalender orang Cina.
• Perayaan ini dinamakan pesta bulan kerana
diadakan sewaktu bulan mengambang dan
mencapai peringkat purnama.
112. • Antara benda-benda yang dianggap istimewa dan
dimestikan ialah kuih bulan. Kuih bulan berbentuk
bulat, berinitkan kacang bercampur kuaci dan
telur masin. Kuih bulan juga boleh didapati dalam
bentuk ikan, ayam dan sebagainya.
• Semasa berlangsungnya perayaan kuih
bulan, kanak-kanak akan merayau-
rayau pada waktu malam dengan membawa
tanglung-tanglung yang dibuat dan digubah
dengan pelbagai bentuk dan warna.
115. • Perayaan Tung Chih disambut di Negara China
untuk menyambut kedatangan musim baru.
• Perayaan ini menandakan berlakunya titik
peralihan musim. Orang Cina akan mengadakan
upacara sembahyang dan persembahan kepada
roh nenek moyang di rumah atau di tokong-tokong.
• Pada hari itu, roh nenek moyang dijamu dengan
sejenis makanan yang diperbuat daripada beras
dan dibentuk bulat seperti guli. Kuih itu dikenali
sebagai Tung Yuan.
116. • Tung Yuan boleh didapati dalam berbagai-bagai
warna seperti merah dan kuning. Tung Yuan
dimasak menggunakan air yang telah dicampurkan
dengan gula putih dan gula Melaka.
• Kemudian ia dituangkan ke dalam mangkuk-
mangkuk dan dihidangkan kepada roh nenek
moyang.
119. Sebelum kelahiran
• Ibu yang mengandung dinasihatkan mengawal tingkah
laku dan tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat.
• Mereka juga dilarang mendera, memukul atau
menyembelih binatang.
• Mereka digalakkan bekerja seperti biasa untuk
memudahkan kelahiran.
• Mereka disarankan makan makanan yang berkhasiat
seperti pati ayam, sup daging dan air akar-akar kayu
untuk menguatkan badan, melancarkan peredaran
darah dan seterusnya memudahkan kelahiran.
120. Selepas Kelahiran
(Bagi Ibu)
• Ibu-ibu yang baru melahirkan anak tidak
dibenarkan makan makanan yang sejuk.
• Biasanya mereka perlu berpantang sekurang-
kurangnya 30 hari selepas bersalin.
• Mereka disarankan tidak mandi dengan air
sejuk kerana takut dimasuki angin.
121. • Mereka digalakkan mengelap badan dengan
air panas, memakai pakaian yang tebal dan
berstokin.
• Biasanya, mereka akan makan makanan
berkhasiat seperti pati ayam dan makanan
yang panas seperti halia dan pati herba.
Sejenis arak yang dibuat daripada beras yang
diperam biasanya digunakan dalam masakan.
122. (Bagi anak)
• Perut bayi yang baru lahir dililit dan diikat
dengan sehelai kain agar pusatnya kering dan
perutnya tidak dimasuki angin.
• Kenduri diadakan selepas sebulan bayi
dilahirkan.
• Kuih khas berbentuk bulat berwarna merah atau
kuning yang berintikan kacang serta telur yang
diwarnakan merah juga diberikan kepada
saudara-mara dan jiran-jiran.
123. Kuih khas dan telur merah disediakan selepas
sebulan bayi dilahirkan.
124. • Masyarakat Cina juga mencukur rambut bayi.
• Diadakan sehari selepas kenduri kelahiran
sebulan bayi.
• Ubun-ubun kepala bayi tidak boleh ditekan
kerana bahagian ini sangat lembut.
• Memberi nama yang baik penting bagi orang
Cina.
125.
126. Merisik
• Untuk mengetahui latar belakang keluarga
perempuan (Orang Cina mementingkan nama,
maruah dan keturunan yang baik).
• Biasanya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
rakan-rakan yang mengenali keluarga pihak
perempuan.
• Jika kedua-dua pihak sudah mengenali antara
satu sama lain, perbincangan akan diadakan.
• Keluarga lelaki akan mengunjungi rumah pihak
perempuan.
127. Meminang
• Ibu bapa akan menghantar
wakil untuk meminang.
• Wakil pihak lelaki adalah emak saudara atau
saudara mara perempuan tua yang rapat.
• Ibu perempuan memainkan peranan penting
dalam perbincangan dengan wakil pihak lelaki.
• Perbincangan adalah tentang mas kahwin,
peruntukan meja untuk jamuan makan dan
pemilihan tarikh perkahwinan.
128. • Wakil pihak lelaki diminta untuk datang bagi
kali kedua untuk mendapatkan keputusan
yang muktamad.
• Mas kahwin yang diminta oleh pihak
perempuan akan dipersetujui oleh pihak lelaki
walaupun tinggi demi menjaga maruah
keluarga mereka.
• Pihak lelaki perlu mengetahui tarikh lahir
calon perempuan untuk menentukan hari
perkahwinan yang sesuai.
129. Pertunangan
• Pertunangan adalah tanda pasangan itu telah
dimiliki.
• Kenduri atau jamuan makan secara sederhana
diadakan dalam kalangan saudara mara
terdekat.
• Pasangan pengantin bertukar-tukar cincin.
130. Majlis Perkahwinan
• Baju pengantin sebaiknya
berwarna putih, merah
dan kuning.
• Baju berwarna hitam,
biru atau kelabu dilarang
kerana melambangkan
kematian dan kesedihan.
131.
132. Di Rumah Pengantin Perempuan
• Hari yang sesuai dipilih berpandukan kiraan
kalendar Cina.
• Sehari sebelum perkahwinan, pihak pengantin
perempuan mengadakan jamuan makan untuk
meraikan saudara-maranya.
• Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan ke
rumah pengantin perempuan.
• ‘Angpau’ akan diberi kepada anak buah
pengantin perempuan yang membuka pintu
kereta.
133. • Upacara pemujaan nenek moyang dijalankan
di bawah pimpinan orang tengah iaitu “Sam
Poh” yang menunjukkan cara-cara yang betul.
• Pengantin akan mempersembahkan teh
kepada ibu dan bapa pengantin perempuan.
• Ibu bapa pengantin perempuan akan memberi
‘Angpau’ kepada pengantin.
• Upacara menjamu teh diteruskan untuk
abang, kakak, dan saudara tua terdekat.
135. Di Rumah Pengantin Lelaki
• Jamuan makan diadakan.
• Rumah pengantin lelaki dihias dengan warna
merah.
• Pasangan pengantin menyembah teh kepada
ibu dan bapa pengantin.
• Upacara menjamu teh diteruskan untuk
abang, kakak, dan saudara tua terdekat
mengikut kedudukan dalam keluarga.
138. Semasa kematian:
• Upacara sembahyang mayat adalah bergantung
kepada kepercayaan agama si mati. Khidmat sami
Buddha, bomoh Tao atau pawing lain akan digunakan
bergantung kepada kepercayaan masing-masing.
• Mayat dimandikan dan dikenakan pakaian yang lengkap
dan cantik. Bagi mayat wanita, aksesori juga dipakaikan.
• Keranda diletakkan di dalam rumah jika dia meninggal di
dalam rumah.
139. • Ahli keluarga tidak dibenarkan memakai barang
kemas atau pakaian berwarna merah kerana warna
merah melambangkan kegembiraan.
• Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat menangis
dengan kuat atau meratapi pemergiannya sebagai
tanda kesetiaan dan penghormatan jika si mati ialah
orang tua.
• Adalah dilarang mengungkit keburukan orang yang
mati supaya rohnya tenteram dan tidak diseksa.
140. • Kain rentang berwarna putih diletakkan di
pintu rumah untuk menandakan berlaku
kematian.
• Pakaian ahli keluarga pada hari kematian
hendaklah berwarna hitam, berupa jubbah dan
memakai topi. Di luar baju hitam dikenakan
baju jejaring yang diperbuat daripada sabut
atau jut.
• Colok dan kertas sembahyang dibakar secara
berterusan.
141. • Tempoh masa menyimpan mayat adalah
bergantung kepada hari yang sesuai untuk
mengebumikan mayat.
• Sesetengah upacara kematian diiringi oleh
doa dengan paluan gendang serta tiupan
trompet dan seruling yang kuat.
• Kertas yang disalut logam dibuang di
sepanjang jalan semasa membawa keranda
supaya roh boleh berpandukan kertas-kertas
itu untuk pulang ke rumah.
142. Upacara kematian diiringi oleh doa dengan paluan gendang
serta tiupan trompet dan seruling yang kuat.
143. Semasa pengebumian:
• Mayat biasanya dikebumikan di tanah
perkuburan atau dibakar di rumah mayat.
• Ada yang membawa bersama kereta,
patung, televisyen yang diperbuat daripada
kertas untuk melambangkan kekayaan
keluarga si mati.
144. • Lokasi kubur kebanyakannya di atas bukit.
Kubur yang terletak di atas bukit dikatakan
lebih baik daripada yang terletak di kaki
bukit.
• Kubur yang berukiran cantik, bentuk
menarik yang cantik dan saiz besar adalah
lambing kekayaan dan kemewahan ketika
si
mati hidup. Ini membawa erti orang yang
mati layak mendapat dan menikmati
kemewahan juga selepas mati.
146. Selepas kematian:
•Biasanya ahli keluarga berkabung untuk
suatu tempoh masa bergantung kepada
status si mati dalam keluarga itu. Misalnya,
jika anak yang meninggal, ibu bapa tidak
digalakkan bersedih tetapi jika nenek atau
datuk yang meninggal, generasi muda perlu
berkabung untuk menghormati mereka.
147. •Semasa berkabung, mereka tidak
dibenarkan berpakaian merah.
•Upacara pemujaan dan sembahyang akan
diadakan di papan nenek moyang di dalam
rumah. Gambar si mati akan diletakkan di
situ.
149. Pada zaman penjajahan British, sistem
tanaman ladang seperti tebu, kopi dan getah
diperkenalkan di Tanah Melayu.
Pengusahaan pertanian ladang ini
memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Oleh
itu, pihak British terpaksa mencari tenaga
buruh di tanah-tanah jajahan mereka yang
lain. Tanah jajahan India menjadi pilihan
utama kerana buruh-buruh India mudah
diperolehi lagi murah.
150. Lebih kurang 85 peratus orang India yang
berhijrah ke Tanah Melayu adalah berketurunan
Tamil dan beragama Hindu. Selainnya adalah
orang-orang Telugu, Malayalam dan orang India
Utara.
Kini masyarakat India di Malaysia boleh dikatakan
kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka. Amalan
agama dan sambutan perayaan turut mendapat
perhatian ramai. Beberapa perayaan orang India
kini lebih bersifat sosial di mana orang-orang
bukan penganut agama Hindu juga turut
menyertai sambutan tersebut.
153. • Hari Deepavali ialah perayaan orang India
yang paling popular dan disambut pada bulan
ketujuh mengikut kalendar Tamil.
• Kerajaan Malaysia mengiktirafkan perayaan ini
dengan mengumumkan cuti am pada hari
tersebut.
• Perayaan ini bukan sahaja dirayakan oleh
orang Tamil yang beragama Hindu, tetapi
turut dirayakan oleh orang Malayalam,
Telugu, punjabi, Bengali, Sindhi dan lain-lain.
154. • Deepavali bermaksud sebaris pelita. Penganut
Hindu percaya bahawa dengan memasang
pelita, kecerahan dapat menghapuskan segala
kejahilan serta kejahatan dan menguatkan
serta memelihara nilai-nilai murni.
• Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang
baik pula dikukuhkan di hati. Ini akan
membawa ketenangan serta keterangan, iaitu
cahaya pada manusia.
• Sebenarnya, perayaan ini menandakan
sambutan hari kejayaan, iaitu kuasa baik
mengatasi kuasa jahat.
155. • Rumah dibersihkan dan dihias dengan kolam,
lampu-lampu moden dan pelita tradisional.
• Kolam Rangoli ialah lukisan yang dibuat
daripada tepung beras yang berwarna.
• Penganut Hindu akan mandi minyak pada pagi
Deepavali yang melambangkan penyucian diri.
• Mereka mengunjungi kuil untuk
bersembahyang.
156.
157.
158.
159. • Disambut pada bulan “Thai”, iaitu bulan
kesepuluh dalam kalendar Tamil.
• Disambut bagi menghormati Dewa Murugan
atau Dewa Subramaniam.
• Mereka akan membawa kavadi sebagai tanda
membayar nazar. Perayaan ini menguji
kepercayaan penganutnya kepada Dewa
Murugan menyebabkan mereka tidak merasa
sakit dan berdarah apabila badan mereka
dicucuk dengan besi semasa menyambutnya.
161. • Perarakan membawa kavadi merupakan
kemuncak perayaan Thaipusam. Perarakan ini
berakhir dengan membawa persembahan ke
kuil, iaitu untuk Dewa Murugan.
• Susu, madu dan kelapa akan dipersembahkan
kepada Dewa Murugan.
162. • Di Malaysia, Gua Batu Caves di Selangor
menjadi tumpuan penganut agama Hindu
meraikan perayaan Thaipusam.
• Setelah membersihkan diri, penganut Hindu
akan menaiki 272 anak tangga.
• Ramai yang tidak makan daging selama 40
hari serta mengetepikan sebarang bentuk
keseronokan dan keselesaan.
167. Sebelum kelahiran
• Ibu yang mengandung digalakkan mendengar lagu-lagu
suci, bersedekah dan menjaga pertuturan dan tingkah laku.
• Satu upacara diadakan di rumah ketika kandungan berusia
7 atau 9 bulan.
• Ibu yang mengandung dipakaikan gelang tangan baru oleh
sanak saudara yang hadir.
• Ada juga upacara yang dikendalikan oleh sami Hindu di
rumah.
• Doa dibaca untuk mendapat perlindungan daripada Tuhan.
168. Selepas kelahiran
• Waktu kelahiran akan dicatat untuk menentukan bintang
bayi mengikut almanak Hindu.
• Bayi yang dibawa pulang perlu melalui satu upacara di luar
rumah sebelum masuk ke rumah.
• Seperti orang Cina juga, ibu yang baru bersalin digalakkan
mandi dengan air suam. Ada yang mencampurkan air
mandian dengan herba.
• Badan bayi yang dimandikan biasanya diurut untuk
menjaga kecantikan.
• Pada hari ke-16, upacara pemberian nama diadakan.
169.
170. Merisik
• Pihak lelaki mengunjungi rumah calon
perempuan dengan bilang ahli yang ganjil
dengan membawa buah tangan seperti
kelapa, sirih, buah pinang, cendana, bauha-
buahan, dan serbuk ‘Kumkuma’(berwarna
merah).
• Jika pihak perempuan bersetuju, mereka akan
menerima hantaran tersebut.
171. • Apabila dipersetujui, pihak perempuan akan
ke rumah calon lelaki untuk berbincang
tentang persiapan seterusnya.
• Pihak perempuan akan memberi mas kahwin
iaitu ‘dowri’ kepada pihak lelaki.
• ‘Dowri’ boleh terdiri daripada wang tunai,
barang-barang keperluan, perabot, barang-
barang perak dan sebagainya.
172. Pemberian Hadiah (‘Parisam’)
• Dijalankan lebih awak dari hari perkahwinan.
• Pihak lelaki menghantar hantaran dalam
jumlah ganjil.
• Hantaran ini mesti disediakan oleh wanita
(saudara mara lelaki) yang sudah bersuami
sahaja. Ini dinamakan ‘Cumanggal’.
• Pengantin lelaki akan mengetuai rombongan
ke rumah pengantin perempuan untuk
membawa ‘Parisam’.
173. • ‘Parisam’ terdiri daripada sari perkahwinan,
sari ‘Parisam’ untuk dipakai pada hari
tersebut, barang-barang kemas, buah-buahan,
sirih pinang, kelapa dan sebagainya dibawa ke
rumah pengantin perempuan.
• Pihak perempuan akan meletakkan buyung
atau ‘Puurana Kumbum’ di ruang tamu.
• Lampu minyak atau ‘Kuttu Vilakku’ akan
diletakkan di sebelah buyung sebagai tanda
kurniaan Tuhan.
174. • Sebuah pondok yang diperbuat daripada daun
kelapa dan dihias dengan daun mangga serta
daun kelapa muda dibina di hadapan rumah
pengantin perempuan.
• Apabila pengantin lelaki tiba, hadiah akan
diletakkan di hadapan buyung di ruang tamu.
• Upacara sembahyang akan dijalankan.
175. • Bapa pengantin perempuan akan mengambil
sari dan memberikannya kepada pengantin
perempuan.
• Pengantin perempuan memakai sari ‘Parisam’
dipimpin oleh seorang wanita dan keluar ke
ruang tamu.
• Pengantin perempuan dikalungkan buang oleh
saudara-mara. Ini dikenali sebagai kalungan
tunggal atau ‘Orrai Maalai’.
176. Majlis Perkahwinan
• Biasanya dilangsungkan di kuil Hindu arau di
dewan.
• Pengapit pengantin lelaki akan memimpin
pengantin lelaki (‘Maappilai’) ke pelamin dan
mengelilinginya mengikut arah jam dan duduk di
hadapan ‘Manavarai’.
• Pengantin lelaki dipakaikan cincin yang diperbuat
daripada rumput (Pavitram).
• Tali berwarna kuning atau ‘Kaapu’ diikat pada
pergelangan tangan pengantin lelaki.
177. • Pakaian pengantin yang akan dipakai oleh
pengantin dibawa oleh pengapit kepada
hadirin sebagai tanda meminta restu.
• Pengapit (biasanya adik perempuan) akan
membawa pengatin perempuan (Ponnu)
masuk.
• Pengantin perempuan akan mengambil dan
memakai pakaian yang direstui oleh hadirin
tadi dengan lengkap berserta kalungan bunga.
178. • Di pintu masuk, pengapit pengantin lelaki
akan memakaikan cincin kepada kedua-dua
belah jari kaki pengantin perempuan.
• Pengantin perempuan perlu membasuh
kakinya dengan air susu dan disapu dengan
‘Kumkuma’, cendana serta ditabur dengan
bunga.
• Pengantin lelaki duduk di hadapan
‘Manavarai’ dan diikuti oleh pengantin
perempuan.
180. • Ibu bapa kedua-dua pasangan duduk
berhadapan pengantin dan menyapu debu
suci pada dahi pengantin.
• Pengantin menukar dulang berisi pinang dan
buah-buahan.
• Ibu bapa pengantin lelaki menyerahkan sebiji
kelapa yang telah dikupas dan dilubangkan
pada bahagian atas.
181. • Ini disambut oleh pengantin perempuan
dengan sokongan tangan pengantin lelaki dan
seterusnya ibu bapa pengantin lelaki
menyokong tangan anak mereka.
• Sebagai tanda penyerahan anak kepada
pengantin lelaki, ibu bapa pengantin
perempuan menuangkan susu ke dalam
kelapa itu.
• Ibu bapa pengantin lelaki memberi sirih
kepada besan mereka.
182. • Pasangan pengantin membersihkan kaki ibu
bapa mereka dengan susu, menyapukan
cendara dan menaburkan bunga.
• Pengantin lelaki menghadiahkan ‘Dhoti’
kepada bapa mertuanya, sari kepada ibu
mertuanya dan memberikan sedikit wang.
• Pengantin lelaki mengikat ‘Thaali’ pada leher
pengantin perempuan.
- ‘Thaali’ merupakan lambang suci perkahwinan dan akan
ditukar kepada kalung emas beberapa hari selepas
perkahwinan.
183. • Pasangan pengantin akan bertukar-tukar
kalungan bunga sebanyak tiga kali.
• Pasangan pengantin akan masuk ke rumah
dengan langkah kaki kanan dahulu dan diberi
minum susu yang bercampur pisang.
185. •Masyarakat India membakar mayat atau
mengebumikannya.
•Banyak adat yang diamalkan dalam
menguruskan kematian.Contoh:
Apabila seseorang india meninggal dunia,
mayat tersebut akan dibersihkan dengan air
yang bukan dari pair air. Mayat akan
dipakaikan pakaian baru selepas dimandi.
Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai
langkah menghormati tetamu.
186. Semasa kematian:
•Semua barang perhiasan dibawa keluar dari
ruang tamu dan gambar-gambar yang
tergantung diterbalikkan bagi menunjukkan
kesedihan.
•Lagu-lagu suci dimainkan supaya roh
mendiang tenang dan aman.
•Bagi upacara memandikan mayat, air diambil
daripada pelbagai sumber seperti sungai, perigi
dan lain-lain kecuali air paip.
187. • Upacara menanggalkan ‘Thaali’ (‘Thaali Vaangutai’)
dilakukan oleh isteri yang kematian suami. ‘Thaali’
ialah tali/rantai suci perkahwinan.
• Seterusnya dijalankan Upacara ‘Vaaikkarisi’ iaitu sedikit
makanan dimasukkan ke dalam mulut mendiang
sebagai pemberian terakhir.
• Semasa pengebumian, mengikut kepercayaan, ada
upacara dilakukan iaitu keranda akan digerakkan
berkali-kali sebelum dimasukkan ke dalam liang,
ibarat bayi yang bergerak di dalam kandungan
kerana dipercayai orang yang mati berada di dalam
perut Dewi Bumi.
188. •Tanah liat yang mengandungi api (Kollic Catti)
dibawa oleh ahli keluarga (anak atau bapa) sambil
mengiringi mayat ke tanah perkuburan atau tempat
pembakaran. Selalunya anak bongsu membawa
untuk ibu, manakala anak sulung membawa untuk
bapa. Pembawa ‘Kollic Catti’ hendaklah mencukur
rambut iaitu simbol mereka akan hidup lebih
bahagia ibarat rambut yang baru tumbuh.
191. • Rumah akan dibersihkan sebaik sahaja mayat
dibawa keluar.
• Sekiranya mayat dibakar, abu mayat akan
dikumpulkan dari tempat pembakaran
keesokan harinya.
• Masyarakat India akan memilih sama ada
menanam abu mayat itu atau melepaskannya
ke laut.
• Upacara sembahyang dilakukan dan lagu-lagu
suci dimainkan sepanjang tempoh berkabung
sama ada 8 atau 16 hari.
194. Orang Kadazan terbahagi kepada beberapa
puak kecil seperti Tuaran Dusun dan Ranau
Dusun.
Orang Kadazan mempunyai kepercayaan,
kebudayaan dan adat resam yang tersendiri.
Mereka berpegang kuat kepada undang-
undang adat sebagai undang-undang yang
utama dan dikendalikan oleh
Mahkamah Anak Negeri.
195. Pesta Kaamatan merupakan
pesta yang popular yang
diadakan di Sabah oleh
masyarakat Kadazan, Dusun
dan Murut.
Pesta ini diadakan pada
setiap 1 Mei sebagai tanda
kesyukuran dan
penghormatan kepada
semangat padi (Bambarayon)
kerana mendatangkan hasil
yang lumayan.
197. • Pelbagai pantang larang diamalkan oleh ibu bapa
semasa bayi dalam kandungan.
• Semasa kelahiran, seorang bidan memainkan
peranan penting.
• Bidan yang mahir dalam perubatan tradisional
amat dihormati dan tinggi kedudukannya.
• Bidan bertanggungjawab terhadap ibu dan bayi
yang dilahirkan selama 7 hari.
198. • Pada bari ke-7, diadakan upacara memotong
rambut (‘memugar’) oleh bidan itu.
• Keluarga sebelah ibu akan memberi 3 jenis
pemberian kepada bidan seperti rantai
pinggang (tembaga atau perak), kain hitam
yang belum djjahit dan wang tunai.
• Jumlah hari berpantang berbeza mengikut
keupayaan iaitu 7 hari (orang kebanyakan), 21
hari (golongan berdarjat) dan 44 hari
(golongan lebih tinggi darjatnya).
199. • Semasa berpantang, ibu dan bayi dibacakan
mantera supaya tidak diganggu oleh roh-roh
jahat.
• Bayi akan diberi nama sementara oleh bidan
yang menyambut kelahiran.
• Pada hari ke-8, semua keluarga, jiran dan
orang kenamaan di kampung akan dijemput
untuk berbincang dan menentukan nama bayi.
200. • Setelah berumur sebulan, adat turun tanah
(“Mintuhun” atau “Minuhun”) diadakan. Si Ibu
akan membawa anaknya memijak tanah
sambil membaca mantera, menandakan anak
itu tidak terikat dengan pantang lagi.
201. Bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh
orang Kadazan ialah perkahwinan Poligini.
- Seseorang lelaki tidak boleh mempunyai lebih
daripada 2 orang isteri pada satu masa.
202.
203. Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang
mempunyai banyak sub-etnik yang kaya
dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu,
setiap kaum dalam kadazan-dusun
mempunyai perbezaannya pakaian
tradisionalnya yang tersendiri.
211. • Pada awalnya dikenali sebagai Dayak Laut.
• Bentuk fizikal orang Iban agak rendah, mempunyai
ketinggian anggaran 155cm, berambut lurus dan
ikal, serta berkulit coklat pucat.
• Berasal dari Lembah Kumpang (Kalimantan Barat,
Wilayah Republik Indonesia)
• Masyarakat Iban adalah masyarakat egalitariat
dan setiap keluarga bilik sentiasa berusaha untuk
memelihara nama baik mereka.
212. • Orang Iban tinggal di rumah panjang.
• Mereka diketuai oleh seorang ketua dikenali
Penghulu (dipilih melalui undian setiap lima
tahun sekali)
• Penghulu diberi gaji dan merupakan hakim
yang akan mengadili kesalahan terhadap
pelanggaran undang-undang adat.
215. Gawai Antu
• Merupakan salah satu daripada perayaan yang
terbesar dan yang paling meriah di kalangan
orang Iban.
• Diraikan bagi memperingati roh-roh mereka
yang telah mati pada setiap 15 tahun sekali.
• Sebelum upacara Gawai Antu diadakan, dua
upacara kecil diadakan, iaitu Gawai Beban Ramu
Sungkup dan Ngeretok.
216. • Kedua-dua upacara ini adalah berkenaan dengan
pembinaan pondok “sungkup” di kubur-kubur
saudara mara mereka yang telah mati.
• Acara ini merupakan satu kemestian kepada
masyarakat Iban khususnya di Saribas, Kalaka dan
Skrang. Mereka akan bersalah sekiranya sungkup
tidak dapat dibina.
• Kedua-dua upacara ini diadakan secara
bekerjasama di antara saudara mara sama ada
yang dekat atau jauh.
218. Hari Mantar
• Disambut sebelum Gawai Antu diadakan.
• Diketuai oleh Tuai Gawai dan diikuti oleh Tuai
Rumah dan beberapa orang lelaki dan wanita.
• Para pahlawan akan ditanya adakah mereka
mendengar bunyi-bunyi yang membawa
petanda-petanda buruk semasa dalam
perjalanan ke pesta berkenaan.
219. • Sekiranya ada, mereka akan dijamu tuak.
Sekiranya mereka terserempak dengan ular
tedung melintasi jalan, satu penyembahan
akan diadakan di rumah panjang.
Sejenis arak yang dibuat daripada beras.
220. Pembinaan Sungkup Sempena Gawai
• Pada awal pagi esoknya, orang-orang lelaki,
wanita dan anak-anak muda membawa peralatan
membuat sungkup, makanan dan minuman ke
kubur dengan menaiki bot atau berjalan kaki
bergantung kepada kedudukan kubur.
• Bahan-bahan membuat sungkup berkenaan
terlebih dahulu disemah dengan darah ayam
sebelum dicacakkan.
222. • Bakal ibu dan bapa masyarakat Iban juga
mengamalkan pelbagai pantang larang
semasa bayi dalam kandungan.
• Semasa bayi dilahirkan, saudara-mara akan
membuat bunyi bising dengan menggunakan
sesuatu supaya bayi itu menangis. Kini, cara
tembakan ke udara digunakan.
• Seorang bidan menjaga ibu yang baru
bersalin.
223. • Ibu akan berpantang selama 30 hingga 40
hari.
• Datuk dan nenek bayi akan membawa bayi
untuk menghadap ke langit dan menyaksikan
cahaya matahari (“Upacara Engkadah Hari
Enggau Ngetup Garam’)
• Secubit garam dimasukkan ke dalam mulut
bayi itu.
• Tali pusat juga akan dipotong.
224. • Si datuk akan membacakan doa.
• Untuk menamakan bayi (‘Upacara Nganga Nama
Anak’), ibu bapa akan menjemput semua saudara
mara untuk membantu memberikan nama yang
sesuai.
• Selepas mendapat nama bayi, ibu bapa bayi akan
menentukan satu hari yang sesuai untuk upacara
memandikan anak di sungai. (‘Upacara Meri Anak
Mandi’)
• Seorang lelaki tua yang dihormati akan
mengetuai upacara ini.
225. Perkahwinan Orang Iban
• Upacara “membersih makhluk” (Gadis-gadis
yang berpakaian kebangsaan diarak di
sepanjang bilik tamu dan diikuti oleh
beberapa orang yang bergendang dan pencak
silat) akan meninggalkan kesan yang manis
pada anak-anak muda. Mungkin ada antara
mereka yang bertemu jodoh dan membawa
kepada perkahwinan.