Contenu connexe
Similaire à Mu,jam ( nota padat)
Similaire à Mu,jam ( nota padat) (16)
Mu,jam ( nota padat)
- 1. PENGAJIAN AL-QURAN
1. Mempersendakan agama : Menjadikan apa yang diperintah oleh agama sebagai bahan mainan dan
senda gurau .
2. Golongan yang mempersendakan agama : Orang fasik, anti hadis,orang munafik dan ahli bida’h.
3. Syirik : Menyekutukan Allah dengan benda-benda lain.
4. Syirik Jali iaitu syirik yang jelas seperti menyembah batu, matahari.
5. Syirik Khafi iaitu syirik yang tersembunyi dan tidak disedari seperti solat untuk dikatakan wara’ dan untuk
dipuji .
6. Fardhu ain : Wajib dilakukan oleh setiap orang seperti solat lima waktu, haji dan zakat.
7. Fardhu kifayah : Wajib kepada sebahagian umat Islam sahaja seperti solat jenazah.
8. Bentuk-bentuk persediaan untuk menghadapi musuh-musuh Allah : Iman, Ikhwah, Ilmu ,
Jasmani ,Maddiyah .
9. Sabar : Sabar menghadapi ujian Allah dan sabar daripada mengikut hawa nafsu yang mengajak ke arah
kejahatan.
10. Khurafat : Kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan syarak seperti memuja kubur yang
dianggap keramat dan memohon selain daripada Allah.
11. Kaum Nabi Nuh : Allah membinasakan mereka dalam banjir yang besar.
12. Kaum Nabi Hud (Kaum Ad) : kemarau panjang selama 3 tahun. Disusuli angin ribut yang dahsyat
selama lapan hari tujuh malam.
13. Kaum Nabi Solih ( Tsamud) : Satu letusan suara keras yang menggegarkan pada waktu pagi.
14. Kaum Nabi Ibrahim : Menimpakan ke atas mereka runtuhan bangunan tanpa disedari.
15. Kaum Nabi Lut : Membalikkan tempat tersebut kemudian disusuli hujan batu menimpa kepala.
16. Kaum Nabi Syuib (Madyan) : Satu gempa bumi yang amat dahsyat.
17. Kaum Nabi Musa : Kemarau, ribut taufan, serangan serangga ( belalang , kutu ) dan katak serta menukar
air sungai menjadi darah.
18. Mukmin Berjaya : Khusuk dalam solat, Menjauhi perkara sia-sia, Mengeluarkan zakat, Menjaga
kehormatan diri. Memelihara amanah dan menunaikan janji ,Menjaga waktu solat.
19. Wasiat Lukmanul hakim :
- Bersyukur kepada Allah dengan nikmat yan g dikurniakan.
- Menjauhi perkara-perkara syirik.
- Menghormati dan berbuat baik kepada ibu-bapa.
- Mengikuti jalan orang yang kembali kepada Allah.
- Mendirikan solat.
- Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
- Bersabar menghadapi ujian.
- Tidak bersifat sombong.
- Tidak takbur dan memandang hina kepada seseorang.
- Bersederhana dalam perwatakan.
- Bersopan ketika berjalan dan merendahkan suara ketika bercakap.
20. Tahap kehidupan manusia : Alam Roh, Alam Rahim , Alam Dunia, Alam barzah , Alam akhirat.
21. Teori tabie : Sebahagian para saintis tidak percaya adanya pencipta yang maha kuasa. Mereka
mengatakan yang mencipta alam dan manusia ialah tabie.
22. Teori Evolusi.Teori evolusi diperkenalkan oleh Charles Darwin pada tahun 1859 Masihi. Makhluk yang ada
dan semua sistem alam yang teratur, samada tumbuh-tumbuhan, cakerawala atau manusia telah menjadi
sempurna sedikit demi sedikit oleh kuasa yang terkandung dalam benda itu sendiri..
23. Taaruf : Berkenal-kenalan antara satu sama lain.
24. Kafir Zimmi ( :) ذOrang kafir yang menetap dalam negara Islam serta patuh dan taat kepada
pemerintah dan negara islam.
25. Kafir Mustakman ( ): Orang kafir yang malarikan diri dari negara asal mereka dan meminta
perlindungan negara Islam.
26. Kafir Muahad ( : ) هOrang kafir yang membuat perjanjian dengan negara Islam.
27. Kafir Harbi ( ) : Orang kafir yang sentiasa menunjukkan permusuhan dengan umat Islam dan negara
Islam.
© Hak Cipta : Mohd Anuar Bin Sarbani Guru Cemerlang Pend. Quran Sunnah SBP Integrasi Sabak Bernam
- 2. 28. Dakwah : Menyeru dan mengajak manusia ke jalan Allah untuk melakukan perkara yang makruf dan
meninggalkan perkara yang mungkar.
29. Teknik dakwah yang berkesan :
- Kebijaksanaan ( Al-Hikmah )
- Nasihat yangbaik ( Al-Maui’zatul Hasanah )
- Berdebat dengan cara yang baik ( Al-Mujadalah )
30. Dosa besar : kesalahan yang akan diberi balasan oleh Allah dengan azab yang pedih di akhirat dan
ditentukan hukuman semasa di dunia.
31. Dosa kecil : kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran oleh Allah
dengan azab yang pedih di akhirat.
32. Taubat dari segi bahasa kembali, manakala dari segi syara’ berhenti daripada melakukan maksiat,
menyesal akan perbuatan lalu dan berazam tidak mengulangi.
33. Syarat-syarat taubat :
- Segera berhenti daripada melakukan maksiat berkenaan.
- Hendaklah menyesal terhadap dosa lalu.
- Berazam untuk tidak mengulangi lagi.
- Meminta maaf sekiranya melibatkan orang lain.
34. Istiqamah ialah tekal, tetap, berterusan dan setiasa meningkatkan kebaikan.
35. Tawakal ialah berserah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh.
36. Pengertian zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa
nikah yang sah menurut hukum syara’.
37. Hukuman zina :
- Penzina belum berkahwin ( ) dikenakan 100 kali rotan.
- Penzina sudah berkahwin ( ) dikenakan rejam dengan batu sampai mati.
38. Cara mensabitkan hukuman zina : Melalui saksi, Pengakuan daripada orang yang melakukan zina
atau Bukti- Perempuan yang hamil tanpa suami.
39. Qazaf ialah menuduh seseorang perempuan yang baik dan suci dengan tuduhan zina atau menafikan
keturunan.
40. Li’an ialah sumpah seorang suami yang mendakwa atau menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi
atau menafikan keturunannya.
41. Aurat dari segi bahasa ialah sesuatu yang mengaibkan. Dari segi syara’ ialah merupakan bahagian tubuh
badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi.
42. Hidayah naluri ( –) ه ای ا ی ةDalam bentuk semula jadi sejak manusia dilahirkan. Contohnya bayi akan
menangis apabila lapar tanpa perlu ditunjuk ajar oleh sesiapa.
43. Hidayah pancaindera ( – ) ه ای ا اسManusia dapat mengenal dan membezakan sesuatu. Contohnya
melalui pendengaran, anak dapat mengenal suara ibu dan bapanya.
44. Hidayah akal – Manusia mampu berfikir dan dapat menentukan gerak-geri secara rasional. Hidayah ini
yang membezakan manusia daripada makhluk-makhluk lain.
45. Hidayah agama ( –) ه ای ا یKurniaan Allah kepada hambanya yang boleh membezakan antara yang
hak dengan yang batil, benar dan sesat.
46. Hidayah taufik – Hidayah yang paling tinggi dikurniakan Allah. Orang yang mendapat hidayah ini akan
beriman dan bertakwa kepada Allah dan akan menjalani hidup dengan tenang dan selamat.
47. Iman ialah membenarkan dengan hati, iqrar dengan lidah dan beramal dengan anggota. Orang yang
beriman ialah orang yang benar-benar percaya dan yakin sepenuhnya kepada Allah.
48. Fasik ialah orang Islam yang berdosa kerana berterusan melakukan larangan Allah dan meninggalkan
suruhannya.
49. Ashabul yamin –Golongan yang menerima suratan amalan dengan tangan kanan dan mereka mendapat
balasan syurga.
50. Ashabus-syimal – Golongan yang menerima suratan amalan dengan tangan kiri dan mereka akan
menderita dengan azab neraka Allah.
51. Al-Muqarrabun – Golongan yang paling hampir dengan Allah. Mereka mempunyai kedudukan yang
istimewa bersama para Anbiya’ yang mendapat sebaik-baik balasan di syurga.
52. Al-Quran ialah kalamullah yang mempunyai mukjizat yang diturunkan melalui perantaraan jibril kepada
nabi Muhammad secara mutawatir dan membacanya menjadi ibadah.
© Hak Cipta : Mohd Anuar Bin Sarbani Guru Cemerlang Pend. Quran Sunnah SBP Integrasi Sabak Bernam
- 3. ULUM AL-QURAN
1. Ulum al-quran dita’rifkan sebagai satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang al-Quran dan perkara yang
berkaitan dengannya.
2. Ilmu Jam’ul Quran :Hasil pengumpulan al-Quran disebabkan kematian ramai para huffaz dalam
peperangan riddah
3. Resam Usmani :Hasil penyatuan al-Quran dari pelbagai mashaf ke dalam satu mashaf Usmani .
4. I’rab al-Quran :Hasil pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali, Yahya bin
Yakmur dan Khalil bin Ahmad.
5. Nama-nama al-Quran ialah al-Kitab, al-Furqan, Az-Zikr dan al-Tanzil.
6. Sifat-sifat al-Quran seperti an-Nur(cahaya yang menerangi kegelapan) , al-Mubin (menerangkan
sesuatu), al-Huda (petunjuk),Ar-Rahmah (kerahmatan ).
7. Mukjizat : Segi bahasa bermaksud melemahkan manakala dari segi istilah ditakrifkan sebagai perkara luar
biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang rasul sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa
kepada umat manusia.
8. Mujizat Hissi ( ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera seperti tongkat nabi
musa menjadi ular.
9. Mujizat Maknawi ( ى ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda dan mata hati
seperti al-Quran.
10. Sihir- Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk menyesatkan
manusia.Contoh : Tongkat ahli sihir firaun menjadi ular.
11. Silap mata- Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan manusia melalui kepantasan tangan dan
teknikal.Contoh : Mengeluarkan burung dari sapu tangan.
12. Ilham- Perolehan sesuatu idea oleh manusia samada secara sepontan melalui mimpi atau proses
berfikir.Contoh : Ijtihad seseorang mujtahid.
13. Irhas ( -) إره صPerkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi rasul.Contoh :
Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad.
14. Istidraj ( - ) إ راجSesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk menambahkan lagi
kesesatan mereka.Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan kepada Firaun.
15. Maunah ( ) - Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka dari sesuatu
malapetaka atau bencana.Contoh : Terselamat daripada nahas kapal terbang.
16. Karamah ( - ) آ اSesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang beriman dan
bertakwa.Contoh : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad.
17. Aspek mukjizat al-Quran : Dari aspek bahasa, -mempunyai bahasa yang tinggi dan indah, isi
kandungan- Menceritakan sejarah dahulu kala, perkara ghaib , hari pembalasan, syariat dan hukum
hakam. Dari aspek ilmu pengetahuan- Penemuan sains bertepatan dengan ayat al-Quran. ( kejadian siang
dan malam , kejadian makhluk berpasangan )
18. Wahyu dari segi bahasa membawa lima maksud :
- Ilham fitri yang diberikan oleh Allah kepada orang biasa.
- Ilham gharizi yang diberi oleh Allah kepada haiwan.
- Isyarat pantas yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya.
- Bisikan dan godaan syaitan terhadap manusia.
- Perintah Allah kepada para malaikat untuk melakukan sesuatu.
19. Wahyu ialah kalamullah yang diturunkan kepada seseorang nabi atau rasul mengikut cara yang khusus.
20. Penurunan wahyu : Melalui malaikat.
- Malaikat datang dengan rupa asalnya dan bunyi yang nyaring.
- Malaikat datang dengan rupa lelaki dewasa.
21. Penurunan wahyu : Tanpa perantaraan malaikat:
- Melalui mimpi yang baik.
- Melalui percakapan di sebalik hijab (tabir) secara sedar.
22. Wahyu al-Quran : Diturunkan melalui jibril dengan kedua-dua lafaz dan maknanya daripada Allah dan
sampai kepada kita secara mutawattir.
23. Wahyu hadis : Diturunkan melalui ilham, mimpi atau bicara di sebalik hijab, maknanya daripada Allah
manakala lafaznya daripada baginda Rasulullah sendiri.
24. Wahyu pertama : Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 ( Pendapat paling rajih ).
© Hak Cipta : Mohd Anuar Bin Sarbani Guru Cemerlang Pend. Quran Sunnah SBP Integrasi Sabak Bernam
- 4. 25. Wahyu terakhir :Surah al-Baqarah ayat 281 yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan
di akhirat. ( Pendapat paling rajih ).
26. Nuzul quran bermaksud proses penurunan wahyu al-Quran mengikut cara-
27. Peringkat penurunan al-Quran :
- Peringkat pertama sebelum diturunkan ke bumi, al-Quran pada mulanya berada di Luh Mahfuz.
- Peringkat kedua, al-Quran diturunkan ke suatu tempat bernama Baitul Izzah yang terletak di langit
dunia.
- Peringkat ketiga, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada baginda
melalui Jibril alaihissalam
28. Makkiyyah ialah ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah.
29. Makkiyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah.
30. Mashaf Al-Imam : Naskhah yang disimpan di Madinah sebagai rujukan manakala enam naskhah lain
telah dihantar ke wilayah-wilayah Islam iaitu Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Yaman dan Bahrin.
31. Tafsir dari segi bahasa ialah bermaksud terang dan jelas
32. Ilmu fardhu ain- Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Contohnya ilmu akidah, syariah
,akhlak dan sebagainya.
33. Ilmu fardhu kifayah- Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi keperluan diri, masyarakat dan negara
seperti ilmu perubatan, perniagaan, teknologi, pertanian dan sebagainya.
34. Ulama ialah orang yang mewarisi ilmu Nabi dan menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
35. Akhlak ialah perbuatan, perkataan dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan al-Quran dan as-
Sunnah Rasulullah.
36. Jihad bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan demi untuk
mencapai matlamat dan cita- cita mulia iaitu Islam.
37. Al-Amir – Pemimpin diperingkat tertinggi seperti pemimpin masyarakat atau pemimpin negara.
38. Al-Rijal – Pemimpin yang memimpin diperingkat rendah seperti bapa atau suami dalam sebuah keluarga.
39. Al-Mar’ah – Ibu atau suami yang membantu bapa atau suami memimpin dalam sesebuah keluarga
40. Al-Abdu – ialah pekerja yang diamanahkan oleh majikan dengan tanggung jawab tertentu.
41. Niat dari segi bahasa ialah kehendak hati atau tujuan hati. Manakala dari segi istilah ialah gerak hati ke
arah melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhoan Allah.
42. Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih dan suci manakala dari segi istilah ialah niat yang tulus dan murni
kerana Allah dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan.
43. Hijrah dari segi bahasa ialah berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.
44. Kaedah penyelesaian masalah menurut al-Quran dan al-Sunnah :
- Cara motivasi – Menggalakkan manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.
- Cara ancaman – mengingatkan manusia supaya berhati-hati terhadap perkara-perkara buruk.
- Cara teguran yang membina – Memberi teguran yang baik kepada seseorang.
- Cara perdebatan yang harmonis – Berhujjah menegakkan sesuatu kebenaran.
- Cara permesyuaratan – Berbincang mencari penyelesaian.
- Cara penyerahan ( Tawakkal ) – menyandarkan harapan kepada Allah.
- Cara penyeksaan ( Azab ) – Menghukum sesiapa yang menyalahi perintah al-Quran dan al-Sunnah.
ULUM HADIS
1. Hadis dari segi bahasa ialah baru manakala pada istilah ialah perkataan, percakapan dan perkhabaran,
perbuatan, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
2. As-Sunnah : Dari segi bahasa : Perjalanan, gaya dan tingkah laku dalam kehidupan. Dari segi istilah :
Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat.
3. Al-Khabar : Dari segi bahasa : Berita yang disampaikan. Dari segi istilah : Sesuatu yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat yang dinisbahkan kepada sahabat
atau Tabi’in samada perbuatan atau perkataan.
4. Al-Athar : Dari segi bahasa : Kesan atau bekas daripada sesuatu. Dari segi istilah : Ia biasa digunakan
dengan maksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir
atau sifat yang dinisbahkan kepada sahabat atau Tabi’in samada perbuatan atau perkataan.
5. Pengertian ulum hadis ialah suatu kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan samada
diterima atau ditolak.
© Hak Cipta : Mohd Anuar Bin Sarbani Guru Cemerlang Pend. Quran Sunnah SBP Integrasi Sabak Bernam
- 5. 6. Orientalis ialah golongan cerdik pandai orang Eropah yang terdiri daripada orang yahudi, kristian dan
lain-lain yang membenci islam.
7. Ilmu hadis riwayah ialah suatu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan kepada junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. secara khusus samada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku.
8. Ilmu hadis dirayah ialah suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut diterima
atau ditolak yang berhubung kait dengannya.
9. Hadis nabawi segi bahasa ialah baru atau percakapan atau perkhabaran manakala dari segi istilah
ialah perkataan, perbuatan takrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah.
10. Hadis qudsi ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi
kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda sendiri.
11. Hadis mutawatir dari segi bahasa ialah berterusan atau berturutan manakala dari segi istilah ialah
suatu hadis yang diriwayatkan sejumlah perawi atau sanad yang ramai dan pada adat adalah mustahil
mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap hadis Rasulullah.
12. Hadis mutawatir lafzi - Hadis yang mutawatir lafaznya dan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang
ramai dan lafaz serta makna hadis tersebut adalah sama.
13. Hadis mutawatir maknawi- Hadis yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan susunan
lafaznyadan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang ramai.
14. Hadis ahad ialah hadis yang tidak memenuhi syarat hadis mutawatir dan setengah ulama
mengatakannya sebagai hadis yan tidak mencapai darjah mutawatir.
15. Hadis mayshur : Hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau lebih perawi dan tidak mencapai darjah
mutawatir.
16. Hadis ‘Aziz ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang rawi walaupun dalam satu generasi dan
kemudiannya diriwayatkan oleh ramai rawi.
17. Hadis gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang rawi sahaja iaitu hampir seluruh rawinya bagi
setiap generasi hanya seorang sahaja.
18. Hadis sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang bersifat adil dan mempunyai ingatan yang
kuat, sanadnya hendaklah bersambung serta tidak mempunyai kejanggalan dan kecacatan yang boleh
menyebabkan sesuatu hadis itu rosak.
19. Hadis Hasan ialah hadis yang diriwayatkan oleh seseorang yang bersifat adil tetapi tidak begitu kuat
ingatannya , sanadnya bersambung dan tidak terdapat kecacatan serta kejanggalan pada matannya.
20. Hadis Dha’if ialah hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadis sahih atau hadis hasan.
21. Hadis Marfu’ Dari segi bahasa : Yang diangkat. Pengertian dari segi istilah : Hadis yang disandarkan
kepada Rasulullah samada perkataan,perbuatan atau pengakuan atau sifat-sifat baginda.
22. Hadis Mauquf : Hadis yang disandarkan kepada sahabat hadis ini dihubungkan kepada rasulullah.
23. Hadis Mursal :Hadis yang disandarkan oleh tabi’in kepada Rasulullah tanpa menyebut nama sahabat .
24. Hadis Maktu’: Hadis yang disandarkan kepada tabi’in sahaja samada perkataan atau perbuatan,
tanpa dikaitkan dengan sahabat atau Rasulullah.
25. Hadis Syaz : Diriwayatkan oleh perawi yang makbul dan siqah tetapi bercanggah dengan perawi-perawi
lain yang lebih siqah daripadanya.
26. Hadis maudu’ : Hadis palsu yang yang cipta oleh pendusta, samada kata-katanya sendiri atau dari
orang lain yang kemudiannya disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan sengaja atau tidak.
27. Al-Muhaddis : Gelaran untuk ulama’ yang menguasai hadis samada dari segi riwayah atau dirayah,
seperti mampu membezakan hadis dhaif dan sahih, mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan hadis
dan hal-hal yang berkaitan dengan ilmu hadis dan ulama yang menguasai kurang daripada 100 000
hadis.
28. Al-Hafiz : Gelaran yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis di samping dapat menghafaz dan menguasai
lebih daripada 100,000 hadis dari segi sanad dan matannya.
29. Al-Hujjah : Gelaran untuk ulama’ yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis dan menghafaz serta menguasai
lebih daripada 300,000 hadis dari segi sanad dan matannya.
30. Al-Hakim : Gelaran untuk ulama’ yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis dan dapat menghafaz serta
menguasai melebihi 700,000 hadis dari segi sanad dan matannya.
© Hak Cipta : Mohd Anuar Bin Sarbani Guru Cemerlang Pend. Quran Sunnah SBP Integrasi Sabak Bernam
- 6. AKHLAK
1. Konsep amar maaruf dan nahi munkar ialah menyeru atau mengajak manusia melakukan kebaikan
dan mencegah daripada melakukan sesuatu kejahatan atau maksiat.
2. Konsep berhias diri menurut Islam ialah kaedah mengindahkan diri dengan memakai pakaian yang
menutup aurat dan berhias mengikut batas-batas syarak.
3. Pengertian tempat rekreasi ialah tempat untuk melakukan kegiatan yang menyeronokkan bagi
mengembalikan kesihatan badan serta melapangkan fikiran .
4. Alam ialah segala yang ada di langit dan di bumi. Sebagai makhluk yang dilantik oleh Allah menjadi
khalifah di muka bumi ini, manusia bertanggung jawab memelihara dan menjaga alam.
5. Sedekah ialah pemberian atau derma secara sukarela untuk membantu individu dan masyarakat di
samping mendapat ganjaran daripada Allah.
6. Hadiah ialah pemberian sesuatu tanpa mengharapkan balasan yang bertujuan memuliakan atau memberi
penghormatan kepada penerima.
7. Pidato adalah ucapan yang membicarakan sesuatu perkara yang disampaikan kepada khalayak ramai.
8. Ceramah dan syarahan : Digunakan untuk memperkatakan isu-isu tertentu. Menggunakan nas sebagai
hujjah dan mentafsirkan nas sesuai dengan tajuk. Pemidato akan membuat teguran, nasihat dan cadangan.
9. Khutbah : Disampaikan sempena ibadat tertentu seperti solat jumaat , solat sunat dua hari raya dan
sebagainya. Mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.
10. Debat : Debat melibatkan dua pihak atau lebih yang mempunyai pandangan berbeza.Setiap pihak
diberikan peluang untuk mengemukakan, mematahkan dan menyokong hujjah.
11. Kuliah agama : Merujuk pengajian agama di surau, masjid dan di mana-mana sahaja.Pengajian
berdasarkan kitab-kitab atau tajuk-tajuk tertentu.
12. Forum : Melibatkan dua orang atau lebih ahli panel dan seorang pengerusi.Ahli panel diberi peluang untuk
mengemukakan hujjah. Para penonton atau pendengar diberi peluang untuk menyoal ahli panel.
13. Negara Islam bermaksud negara yang didiami dan diperintah oleh umat islam serta dilaksanakan syariat
islam.
14. Musafir dari segi bahasa ialah orang yang sedang dalam perjalanan atau pengembaraan. Dari segi istilah
ialah mereka yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan yang baik.
15. Jual beli dari segi bahasa ialah menukar suatu barang dengan suatu barang yang lain manakala dari segi
istilah bermaksud akad pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada pemilikan selama-
lamanya.
16. Maksud berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan menurut syariat islam
17. Pemimpin ialah orang yang mengetuai dan mengendalikan orang yang di bawah pimpinannya dalam
sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat, pertubuhan dan negara berasaskan syariat Islam.
TAMADUN
1. Dewan Al-Jundi menguruskan rekod-rekod pentadbiran dan elaun-elaun setiap anggota tentera.
2. Dewan Kharaj ditubuhkan bagi memungut hasil dalam negeri dengan lebih teratur.
3. Ganimah harta ampasan perang daripada orang kafir.
4. Al-Faiu harta yang ditinggalkan oleh orang kafir sebelum perang.
5. Jizyah iaitu cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi.
6. Al-Kharaj cukai tanah yang dikenakan terhadap orang kafir yang memiliki tanah.
7. Al-Asyur cukai pedagamg luar negeri.
8. Kuttab ( : )آ بSekolah rendah untuk menempatkan kanak-kanak belajar membaca, menulis, mengira
dan menghafal.
9. ( أرض اpadang ragut ) : sebidang tanah khusus untuk keperluan golongan fakir miskin di suatu
kawasan untuk ternakan mereka.
© Hak Cipta : Mohd Anuar Bin Sarbani Guru Cemerlang Pend. Quran Sunnah SBP Integrasi Sabak Bernam