Bahan model murugan
Prochain SlideShare
Loading in...5
×

Vous aimez ? Partagez donc ce contenu avec votre réseau

Partager
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Êtes-vous sûr de vouloir
    Votre message apparaîtra ici
  • sumber ini sangat baik terima kasih
    Êtes-vous sûr de vouloir
    Votre message apparaîtra ici
    Be the first to like this
No Downloads

Vues

Total des vues
1,732
Sur Slideshare
1,732
From Embeds
0
Nombre d'ajouts
0

Actions

Partages
Téléchargements
50
Commentaires
1
J'aime
0

Ajouts 0

No embeds

Signaler un contenu

Signalé comme inapproprié Signaler comme inapproprié
Signaler comme inapproprié

Indiquez la raison pour laquelle vous avez signalé cette présentation comme n'étant pas appropriée.

Annuler
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial1.0 PengenalanDalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yangmenyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk mendapatkan,meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangandunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). Belajar sebagai suatu proses berfokuskepada apa yang terjadi ketika pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadimerupakan teori-teori belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkanbagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleksbelajar. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunyaadalah dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkancontoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam mencadangkan kaedah bagimencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal. Teori-teori tidak memberikan kitapenyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian kita kepada mencipta pembolehubah yangsangat penting dalam mencari penyelesaian.Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu behaviorisme,kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada aspek peniruan,pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat melampaui perilaku untukmenjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala pandangan konstruktivisme belajar sebagaisebuah proses di mana pelajar aktif membina atau membina idea-idea baru atau konsep.Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky merupakan tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran dan memberi sumbanganyang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga mengutarakan pelbagai sumber pengajaran danpembelajaran yang sesuai dengan teori masing-masing.2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-sumberdalam proses pengajaran dan pembelajaran.i. Gagne: Bahan bercetak.Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkansebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu prosespembelajaran.Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melaluideria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantarkepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistemsaraf.
  • 2. Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuaiberdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang palingmudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhadasalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah bolehdiklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahanbergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai denganteori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam storingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatanjangka masa pendek.Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagnejuga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana merekadikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan memberpeluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan danmembuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan.ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan EksperimenBruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahuimurid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir danpencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proseskognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi danketepatan pengetahuan.Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajarandan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akanmemperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimenmelibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepadapengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guruperlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa.Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaanpeta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agarpembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit.iii. Bandura: Relia dan ModelMengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaranmelalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatianterhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung,
  • 3. mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yangdikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaranmeliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balasyang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif.Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan bolehditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagimeningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran.Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya,penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang bolehdicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi rolemodel untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / AlatVygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakansebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belumberkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya muridmembantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidupdan cara berfikir kepada murid-murid.Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu gurumenjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahanpengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagaideira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran sertapendorong pengajaran terancang.3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam PengajianSosial.Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam bidang pendidikan, sumberialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran danpembelajaran dengan berkesan.Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan,pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yangsesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Merekaboleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebihmemahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklahpengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk
  • 4. menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai mediapendidikan.Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akanbertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal inikerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantumurid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindaksebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumberpengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepadapengajaran terancang.i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran PengajianSosial.Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran danpembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melaluipenyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui mediatertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media inilah yang menjadi sumber pengajaran.Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah.Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahutentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagaipengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialahmaklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran ataumedia yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran PengajianSosial.Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengaratau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, muridakan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapatmengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagimempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepadaperkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran danpembelajaran Pengajian Sosial.Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihuraidengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh
  • 5. tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini bolehdigunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen.Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapatmemperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu denganlebih jelas.iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran danpembelajaran Pengajian Sosial.Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh danbau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan.Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengarsahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengardan lihat.Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran,lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lamadalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaranPengajian Sosial.Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepadamurid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila muridmembuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujudyang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnyasemasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya,buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untukdipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-muridtersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberioleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterimasekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yangdigunakan.Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasamenonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejukdengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminyasendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musimyang mereka tidak pernah mengalami secara langsung.
  • 6. vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaranPengajian Sosial.Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadapkaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedahdan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikutcara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnyapengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan ataupengalaman langsung murid.Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran danpembelajaran Pengajian Sosial.Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan caramenggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir.Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dantatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadirangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.Bahan bercetakBahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan.Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif.Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan,majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti inimengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar.Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalamPengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:a. Anggaran kosb. Kebolehgunaanc. Mobilitid. Bahan mentahe. Saiz dan warnaf. Tatahias dan kemasang. Simpanan dan penyelenggaraana. Anggaran kosBahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan
  • 7. mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahanbercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengancepat.b. KebolehgunaanTeknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yangmaujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benardapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannyamengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat danmaklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukansumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempatyang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat.c. MobilitiBahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jikabahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklahdiperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahanbercetak tersebut walaupun tanpa guru.d. Bahan mentahHampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertassangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah.e. Saiz dan warnaJika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilahmemastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalammenyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna jugaperlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskanfokus murid terhadap penyampaian guru.f. Tatahias dan kemasanSekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikanlukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisanyang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikanoleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisantersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar danwarna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana bolehmengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar.g. Simpanan dan penyelenggaraanBahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak ataurosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjutmengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan
  • 8. tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahantambahan.Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkanpengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasiyang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaranPengajian Sosial.Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan prosespengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap muriduntuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secaramenyeluruh dan bersepadu.Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yangdiketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkanpengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepdainternet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax,telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumatadalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakanteknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagaipengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumatdigunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik MultimediaTerdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan ElektronikMultimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan ialah MicrosoftOffice Powerpoint.Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikanelemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yangdijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya(murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahanpandangan (visual).Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronikmultimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh
  • 9. guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu:a. Simplisitib. Dominanc. Polad. Seimbange. Warnaf. Hurufa. SimplisitiVisual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satuvisual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektifpembelajaran.b. DominanDominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guruperlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika guruingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagimenimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untukmengikuti pembelajaran yang seterusnya.c. PolaPola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item perlulahmematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, gurumenggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yangmenjadi warisan tradisi di negeri Terengganu.d. SeimbangGuru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan darisegi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akanmenjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.e.WarnaWarna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang tepatmembantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warnamembantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua, warna memudahkan sesuatuitem dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu sepertipanas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid.f. HurufPemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz danjenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru.Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuktajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikutkesesuaian. Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufanterang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.
  • 10. g. Tatahias dan kemasanGuru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selainitu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid.Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahajadalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkanpenegasan. Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan danperhatian.Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia.Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahanelektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapabentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy).Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bilamasa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapakelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut bolehdisunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu,persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.6.0 RumusanSumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untukmembantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukanterhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi iamerangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semuapancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapatdialami oleh murid-murid.Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan programpembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu danuntuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlahmerupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alatbantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuanuntuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesamamurid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dankeberkesanan dalam pembelajaran.Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampumerangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.http://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html