SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
5.0         PENGANTAR KESUSASTERAAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
                                    MELAYU




Sinopsis

Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan memahami konsep-
konsep yang berkaitan dengan Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Para
pelajar juga   didedahkan dengan elemen sastera dan hubungan antara kehidupan
masyarakat Melayu dengan Kebudayaan dan Ksenenian Melayu.



Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

   1.      menjelaskan konsep Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu,
   2.      mengenal pasti jenis/ genre Kesusasteraan Melayu,
   3.      menghuraikan unsur-unsur seni budaya, nilai dan falsafah masyarakat Melayu,
   4.      menghargai, menghayati serta memanfaakan elemen dan nilai dalam karya
           sastera,budaya dan kesenian Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa
           serta memupuk semangat cinta akan budaya, bangsa dan negara.



Catatan




        Anda dikehendaki membuat rujukan tambahan untuk memahami modul ini
        secara lebih mendalam. Anda juga perlu menyiapkan latihan-latihan yang
        diberikan secara bersungguh-sungguh.




                                             1
5.1                              KESUSASTERAAN MELAYU




                   5.1. 1. Pengertian dan Konsep Kesusasteraan
                                       Melayu

Pengenalan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui
bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Selain itu,
melalui bahasa pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam                   karya
kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang
kesenian yang dianggap bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.


Kesusasteraan Melayu Tradisional - Zalilah Sharif dan Jalilah Ahmad (1993)
           –   Kesusasteraan daripada bahasa sanskrit
           –   ‘sas’ – kata kerja mengarah, mengajar, memberi petunjuk)
           –   ‘sastera’ – alat mengarah, mengajar, memberi petunjuk
           –   ‘su’ – indah dan baik
           –   ‘ke…an’ – segala yang tertulis, bernilai seni dab estetika
           –   Berperanan memberi panduan, petunjuk dan pengajaran




Istilah ‘kesusasteraan’ berakar dari kata ‘susastera / sushastra’ dalam bahasa Sanskrit.
Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2),
kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, 1984).


Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku.
Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu
yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham daripada sumber
tertinggi (Pencipta).


Daripada kata ‘susastera’ telah diberikan imbuhan apitan ‘ke- ... –an’ menghasilkan
‘kesusasteraan’ yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku-




                                             2
buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi,
imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani.


Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan
tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan.
Baharuddin     Zainal   (1975)    berpendapat     karya   sastera   adalah      sesuatu     yang
membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat                          di samping
mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya.


Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan
melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal yang
demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat.


Richard Dorson (1973)
           –   Folk Literature juga dikenali sebagai kesusasteraan lisan, seni tuturan atau
               kesusasteraan ekspresif yang merangkumi bahasa rakyat, nyanyian rakyat,
               cerita rakyat, puisi rakyat, ungkapan rakyat dan prosa atau puisi tradisional.
Taib Osman (1976)
           –   Kesusasteraan       Melayu   meliputi   kesusasteraan   lisan,    seni     tuturan
               kesusasteraan ekspresif
           –   Merujuk kepada segala bentuk bahasa yang mengandungi seni sastera
               iaitu;
                   •    Nilai estetika
                   •    Berperanan sebagai panduan,petunjuk dan pengajaran yang
                        dihasilkan oleh masyarakat Melayu desa
                   •    Menjadi milik masyarakat yang sudah memiliki sistem tulisan tetapi
                        lisan masih digunakan secara meluas
   •   Abd. Halim b. A. Ahmad 1986 – gabungan sastera dan Melayu. Sastera berasal
       daripada bahasa sanskrit ‘castra’ yang bererti kitab atau buku. Bahan yang terhasil
       daripada penciptaan sastera ini disebut bahan sastera


Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan)
dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.



                                              3
Istilah Konsep/Terminologi




           Kesusasteraan Tradisional                   Kesusasteraan Moden



Sastera rakyat          Sastera istana                     Sastera moden




                  5.1.2. Fungsi Kesusasteraan Melayu


 •   Sebagai sistem projeksi masyarakatnya
 •   Sebagai alat pengesahan sesuatu institusi dalam masyarakat
 •   Sebagai alat pendidikan
        – Nasihat
        – Pengajaran
        – nilai
 •   Sebagai alat pemaksa dan pengawal norma-norma masyarakatnya
 •   Sebagai kepuasan estetik
        – Pembaca
        – pengarang



                  5.1.3. Ciri- Ciri Kesusasteraan Melayu



 •   Diwarisi secara lisan
 •   Hidup lebih daripada dua atau lebih generasi
 •   Wujud dalam pelbagai versi
 •   Pencipta tidak diketahui
 •   Wujud tokok tambah
 •   Menjadi milik bersama
 •   Tiada tapisan
 •   Wujud dalam bentuk yang tetap
 •   Bersifat pralogis
 •   Bersifat tempatan
 •   Mempunyai kegunaan dalam kehidupan


                                         4
Ciri Cerpen

        •     Jumlah perkataan antara 500-2000 patah perkataan
        •     Latar terbatas
        •     Mempunyai satu tema
        •     Mempunyai watak yang terbatas
        •     Mempunyai satu konflik

Ciri Novel

        •     Ceritanya panjang dan lebih kompleks
        •     Melebihi 10,000 patah perkataan
        •     Latar tempat luas dan latar masa panjang
        •     Mempunyai satu tema dan banyak persoalan
        •     Watak yang ramai /perwatakan yang pelbagai

Ciri Drama

        •     Cerminan kehidupan masyarakat yang dilakonkan.
        •     Berbentuk skrip dan dipersembahkan dalam bentuk dialog dan aksi
        •     Tidak terdapat sebarang sudut pandangan kerana dituturkan oleh watak

Ciri Prosa Tradisional

        •     Bersifat kolektif (milik bersama masyarakat)
        •     Bersifat feudal (tema, watak, dan latar)
        •     Perkembangannya tidak terbatas oleh zaman, tarikh, dan waktu
        •     Banyak versi kerana ada tokok tambah semasa penyampaian cerita
        •     Menggunakan gaya bahasa yang berbeza dengan bahasa kini
        •     Mempunyai ciri-ciri budaya tradisional kelompok masyarakat
        •     Mengandungi unsur mitos dan lagenda
        •     Mengandungi unsur kecindan


Ciri Puisi Tradisional

         •    Suatu karangan berangkap
         •    Setiap baris mempunyai jumlah kata yang tetap
         •    Mempunyai rima tertentu dan tetap



Ciri Puisi Moden (sajak)

         •    Jumlah baris dan suku kata tiada terbatas
         •    Mempunyai rima bebas


                                             5
•   Mengandungi bahasa yang indah
     •   Mengemukakan suatu gambaran
     •   Merupakan catatan jiwa
              Anda telah mengenali konsep Kesusasteraan Melayu. Untuk
              menguji kefahaman anda itu, lengkapkan rajah perbandingan ciri-ciri
              sastera tradisional dengan sastera moden



    Ciri-Ciri Sastera Tradisional                  Ciri-Ciri Sastera Moden


i. ……………………………………….                        i. ……………………………………….



ii. ………………………………………                        ii. ……………………………………….



iii………………………………………                         iii. ………………………………………




                                       6
5.1.4. Jenis/Genre Kesusasteraan Melayu


Pengenalan


Setelah memahami konsep, fungsi dan ciri-ciri kesusasteraan mari kita lihat pula genre
sastera yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre ialah jenis sastera yang
terdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu:


   a. Kesusasteraan Tradisional
Kesusasteraan tradisional terbahagi kepada Sastera Rakyat dan Sastera Istana.
Manakala bentuk sastera tradisional pula terdiri daripada bentuk prosa dan bentuk puisi.


Sastera tradisional bentuk prosa;
   1. Sastera Rakyat
        Cerita asal usul                --        contohnya, asal usul Gunung Jerai
        Cerita binatang                 --        contohnya, Hikayat Sang Kancil
        Cerita jenaka                   --        contohnya, Lebai Malang, Pak Kaduk
        Penglipur lara                  --        contohnya, Hikayat Malim Deman
2. Sastera Istana
    Sastera Sejarah                     --        contohnya, Sejarah Melayu
    Sastera undang-Undang               --        contohnya, Hukum Kanun Melaka
    Sastera Epik                        --        contohnya, Hikayat Hang Tuah
    Sastera Islam                       --        contohnya, Cerita Berbingkai


Sastera tradisional bentuk puisi;
    Pantun                         --        contohnya, pantun dua kerat, empat kerat
    Syair                                    --       contohnya, Syair Burung Pungguk
    Mantera                        --        contohnya, jampi serapah



                                                   7
 Seloka                              --       contohnya, Seloka Pak Kaduk
    Gurindam                  --        contohnya, Gurindam Dua Belas


   b. Kesusasteraan Moden
Kesusasteraan moden bentuk prosa
        Novel                      --        contohnya, Putera Gunung Tahan, Saga
        Cerpen                     --        contohnya, kumpulan cerpen berjudul
                                              Beberapa Pembetulan
        Drama                      --        contohnya, Baju Emas Sang Maharaja


Kesusasteraan moden bentuk puisi
    Sajak                          --        contohnya, kumpulan sajak berjudul
                                                  Menimba Laut, Elipsis.


                 Sila baca nota ringkas yang disediakan. Anda perlu membuat rujukan
                 tambahan tentang tajuk ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih
                 lanjut.

                 Berdasarkan bahan yang disediakan dan pembacaan anda, sila catat
                 perbezaan antara genre prosa dengan genre puisi.




                   5.1.4. Sejarah Kesusasteraan Melayu


   •   Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa merupakan gambaran yang jelas
       mengenai sejarah silam bangsa itu sendiri.
   •   Kewujudan dan perkembangan bangsa Melayu mementingkan bahasa, adat
       resam dan kebudayaan.
   •   Kewujudan kerajaan Melayu Srivijaya yang menggunakan bahasa Melayu kuno
       menghasilkan pelbagai bentuk sastera rakyat, sastera sejarah, kebangsaan,
       lagenda dan kesan keagungan kerajaan Melayu. Cth. Hkayat Raja-Raja pasai dan
       Sejarah Melayu.
   •   Tradisi sastera Melayu bermula dengan wujudnya suku bangsa Melayu namun ia
       hanya dibukukan pada abad ke 17 / selepas tahun 1600 – pengarang tidak
       meletakkan nama –sastera milik masyarakat bukannya milik individu
   •   Pada awal kelahirannya mementingkan kesejahteraan – berkonsep hiburan.
       Disampaikan secara lisan berkaitan persekitaran hidup masyarakat Melayu.
   •   Sastera Melayu – pandangan / lambang peribadi masyarakat Melayu
   •   Sastera Melayu lama mempunyai pengaruh bangsa lain.
   •   Sastera Melayu bertukar konsep mengikut peralihan zaman :


                                              8
•   Sastera lama (zaman feudal)-Peringkat awal perkembangan kesusasteraan
       Melayu
          • Hiburan dan pengajaran – diungkap secara lisan
          • Persaingan bahasa-sastera
          • Sistem tulisan berkembangan mengagungkan mertabat kesultanan Melayu
          • Berkembang di kalangan istana dan bangsawan
          • Tinggi nilai kebenarannya (melalui pengalaman)
          • Hasil-hasil kesusasteraan berkait dengan kepercayaan

   •   Zaman Peralihan - Peringkat kegemilangan kesusasteraan Melayu
          • Peralihan pengaruh Hindu kepada pengaruh Islam
          • Bermula pada kurun ke 15 (kedatangan Islam)
          • Hasil-hasil sastera dapat mengukuhkan ajaran Islam
          • Usaha mengekalkan kepercayaan terdahulu (Hindu dan Jawa)
          • Tersebarnya pengetahuan baru

   •   Peringkat pertembungan dua mod kesusasteraan Melayu
          • Masyarakat Melayu menjadi celik huruf
          • Pertautan antara lisan dengan tulisan
          • Usaha penulis-penulis
          • Lahir banyak karya agung
          •
   •   Zaman kesusasteraan baru - Perkembangan kesusasteraan masa kini
          • Kewujudan sastera moden (dipelopori Abdullah Munsyi dan Hamzah
              Fansuri)
          • Pendidikan formal semakin meluas
          • Wadah menuntut keadilan dan kebebasan –’seni untuk masyarakat’
          • Aliran Angkatan Sasterawan tahun 50-an (ASAS 50)
          • Cabaran kesusasteraan di zaman moden
                  • nilai-nilai hidup tidak lagi seragam
                  • Perkembangan IT

Pendidikan kesusasteraan berkembang di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.
Melahirkan para sarjana dalam bidang kesusasteraan Melayu




                                            9
KEBUDAYAAN MELAYU
   5.2




            5.2.1. Konsep Budaya dan Masyarakat Melayu



Matlamat                                                           Pengaruh Luar


             Konsep                                    Ciri-ciri

                                  Kandungan



5.2.1.0.Pengenalan


Perkataan “Melayu” merupakan rujukan untuk sejumlah kelompok sosial di beberapa
negara Asia Tenggara, yang dalam beberapa aspek kebudayaannya, menunjukkan ciri-ciri
persamaan. Antara kelompok sosial itu sampai sekarang ada yang dengan jelas
menyebut dirinya sebagai orang Melayu, misalnya orang Patani di Thailand Selatan;
orang Kedah, orang Perak, orang Kelantan, orang Pahang, orang Selangor, dan orang
Johor, yang semuanya berada di Malaysia dan sejumlah kelompok sosial di Indonesia.
Budaya dapat diitakrifkan sebagai tamadun atau peradaban.



Pada umumnya kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut “Culture”, iaitu berasal
daripada bahasa Latin, “cultura”. Dalam bahasa Mandarin disebut “wen hua” dan dalam
bahasa Arab disebut “thaqafah”. Sebahagian besar ahli kebudayaan kita menyatakan
bahawa perkataan budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan dirangkumkan
menjadi budaya. “Bu” membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna,




                                         10
menyenangkan, bahkan dimuliakan. “Daya” mengandungi erti akal fikiran ciptaan atau
biikinan dan yang sempurna.


Kebudayaan Melayu ialah cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat yang terdiri
daripada orang-orang Melayu.         Budaya Melayu dapat membezakan antara masyarakat
Melayu dengan masyarakat lain. Dalam konteks Malaysia, budaya Melayu dilihat dari
aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara masyarakat.           Manakala dalam
konteks sosiologi, budaya Melayu merupakan cara hidup yang menjadi kepunyaan
bersama dalam kalangan orang Melayu.


Pemahaman terhadap kebudayaan Melayu akan memberi gambaran yang jelas tentang
kandungan dan ciri kebudayaan Melayu yang merupakan terjemahan kepada cara hidup
masyarakat Melayu.        Selain itu, sama ada anda sebagai orang Melayu atau bukan
Melayu, dapat membuat penilaian yang adil terhadap prinsip kebudayaan kebangsaan
kerana teras kebudayaan ini adalah kebudayaan Melayu. Sesungguhnya, pemahaman
terhadap kebudayaan Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran dan
tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.


5.2.1.1. Konsep Kebudayaan Melayu


Kebudayaan Melayu ditakrifkan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat (orang Melayu).
Cara hidup ini dikaitkan dengan tamadun atau peradaban yang menggambarkan
kemajuan akal budi masyarakat yang mendukung budaya itu. Dalam konteks masyarakat
Melayu, budaya yang ditonjolkan menentukan corak keperibadian dan memperlihatkan
identiti pendukungnya.


Kandungan Kebudayaan Melayu


Kebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi sosial
orang Melayu iaitu:
           •   bahasa
           •   adat resam dan kepercayaan,
           •   nilai dan falsafah,
           •   politik,


                                             11
•   agama,
           •   kesenian,
           •   undang-undang, perubatan dan sebagainya.




   5.2.2. Fungsi Kebudayaan Melayu
   •   Merapatkan hubungan masyarakat
   •   Menerapkan unsur pendidikan dan pengajaran
   •   Membataskan sesuatu yang negatif
   •   Panduan menjalani kehidupan seharian
   •   Elemen perubatan / menghindar bala bencana
   •   Elemen mempertahankan diri daripada anasir jahat, ghaib atau mistik
   •   membuktikan ketaatan / kesetiaan kepada pemimpin atau orang yang lebih tua


   Kebudayaan Melayu sebagai Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan Melayu diangkat peranannya sebagai Kebudayaan Kebangsaan kerana
kedudukannya mengatasi kebudayaan kaum-kaum lain.           Sehubungan dengan itu,
kandungan dan ciri-ciri yang dipunyainya mampu menjadi identiti dan dapat menimbulkan
emosi serta rasa kepunyaan bersama kepada warganegaranya.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam
proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi
dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi
supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan
kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan
bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini
nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan
identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat


                                          12
tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai
sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari
pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang
ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan
Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun
atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan
warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan
dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau
ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga
bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam,
kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara
hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia
yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan
rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah
dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima

Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi
penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur
budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan
dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan
dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan
Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-
asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi
negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan
usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi
unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan
nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971.


                                          13
Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah
penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang
demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah
bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:


(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.


Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-
asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai
jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Rumusannya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah
perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis
panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian
pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-
cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan
akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui
batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu
sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

                     a. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah ciri-ciri Kebudayaan
                        Kebangsaan wujud dalam masyarakat kita?



                                             14
b. Jelaskan tiga prinsip Kebudayaan Kebangsaan.


                       Anda digalakkan melayari laman www.keKKwa.gov.my



5.2.3   Ciri-Ciri Kebudayaan Melayu


Ciri-ciri kebudayaan Melayu muncul daripada pengalaman sejarah kebudayaan Melayu
yang    selama   berabad-abad     telah   mengalami   pertalian   dengan   berbagai-bagai
kebudayaan asing, baik yang hanya datang kerana hubungan dagang mahupun yang
menetap di Tanah Melayu. Justeru itu kebudayaan Melayu juga memiliki keupayaan yang
besar dalam mengambil alih unsur-unsur kebudayaan lain daripada kebudayaan bukan
Melayu.


Kebudayaan Melayu merupakan;
   •    satu persambungan/kesinambungan,

   •    berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan,

   •    dinamis kerana terbuka kepada perubahan apabila berlaku pertembungan dengan
        budaya lain.




5.2.4. PERKEMBANGAN dan JENIS KEBUDAYAAN MELAYU

Kebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan tentang kepercayaan,
kepercayaan, bahasa, adat-istiadat, nilai dan falsafah, ,kesenian, perubatan dan
kepercayaan.Kebudayaan Melayu mengalami evolusi dan perkembangan berasaskan ciri
sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu satu persambungan/kesinambungan,berubah
mengikut kesesuaian masa dan keadaan,dinamis kerana terbuka kepada perubahan
apabila berlaku pertembungan dengan budaya lain

   a. Kebudayaan Melayu dari aspek kekeluargaan.

   Keunikan kebudayaan Melayu mula terpancar daripada asas pembentukan
   kekeluargaan lagi. Pembentukan Kekeluargaan boleh terjemahkan berasaskan cara
   atau sistem yang ada dalam amalan perkahwinan orang Melayu dan amalan bersalin
   orang Melayu . Perkembangan mutakhir jelas menunjukkan bahawa kebudayaan ini
   berteraskan agama Islam.



                       ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU
                                     15
Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa
proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda;
hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput
menantu.

MERISIK ATAU MENINJAU

Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh
keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan
dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu
sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan
keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan
diaturkan.


UPACARA PEMINANGAN

Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya.
Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-
ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda.
Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja,
persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan
itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan
sembahyang Jumaat


UPACARA MENGHANTAR TANDA

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh
pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu
dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia
biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan
juga dibincangkan bersama.


HANTARAN BELANJA

Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah
pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya
diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau
dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain
termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi
semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

MENJEMPUT




                                           16
Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan
berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari
perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta
sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu.
Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

UPACARA NIKAH

Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam
mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran
dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan
kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi
suami isteri.

BERINAI BESAR

Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah
pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh
pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan
upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.


HARI PERSANDINGAN

    Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin
perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat
  dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin
perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

JEMPUT MENANTU

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki.
Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada
hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.


ADAT KELAHIRAN /BERSALIN


Dalam masyarakat Melayu bakal ibu akan melalui enam peringkat adat resam yang
dianggap sebagai katu kemestian untuk kesempurnaan dan keselamatan ibu dan
bayi.Pemeringkatannya adalah sebagaimana berikut:

   a.   Lenggang Perut
   b.   Waktu Bersalin
   c.   Azan dan qamat
   d.   Bercukur dan memberi nama
   e.   Ibu berpantang
   f.   Mandi selepas berpantang.




                                            17
a.Lenggang Perut.

Upacara ini disempurnakan oleh bidan kepada ibu yang hamil tujuh bulan.Alat yang
disediakan dalam upacara ini ialah;
Tujuh helai kain,segantang beras,sebiji kelapa,benang mentah,damar,minyak
kelapa,lilin,tepak sireh dan kelengkapannya dan pengeras RM1.25( diletak dalam tepak
sireh)

b.Bersalin.

Apabila tiba saat bersalin, bidan dijemput untuk menyambut kelahiran bayi.Setelah bayi
dipisahkan dari urinya, urinya dibersihkan dan diberikan kepada sibapa untuk ditanam
dengan garam. Uri bayi lelaki akan ditanam di bawah rumah pada tiang seri dengan
harapan apabila dewasa kelak dia akan mengutamakan keluarga.Manakala uri bayi
perempuan pula ditanam di hadapan rumah (jika ada gerbang ditanam pada pintu
gerbang) dengan harapan nanti mudah menerima pinangan.

c.Azan dan Qamat.

Setelah kelahiran bayi diuruskan oleh bidan,bayi diserahkan kepada sibapa yang
menunggu .Bayi tersebut akan diperdengar azan oleh bapa jika lelaki dan diqamat jika
perempuan.Tujuannya supaya bayi mendengar kalimah suci sebelum mendengar bunyi-
bunyi lain.

d.Bercukur dan memberi nama.

Upacara bercukur rambut dilakukan pada hari ke tujuh. Kelengkapan yang disediakan
ialah;
    1. Bayi diletakan atas tilam kecil.
    2. Sebuah dulang yang berisi tiga biji mangkuk/piring yang diisi tepung tawar,beras
       kunyit dan bertih( pada sesetengah tempat piring diisi dengan gula batu,garam,air
       telaga zam-zam)
    3. Satu bekas yang diisi dengan air
    4. Cincin atau barang kemas.

Setelah cukup kelengkapannya bayi akan di bawa kepada jemputan lelaki oleh bapa dan
setelah doa dibacakan rambut bayi dicukur/digunting sekadar lima hinga tujuh .Rambut itu
diisi kedalam bekas yang berisi air. Guntingan ini dilakukan oleh;tiga,lima atau tujuh
orang. Setelah itu bayi itu dinamakan sebagaimana yang ditentukan
sebelumnya.Perkembangan sekarang di sesetengah tempat , bayi tersebut akan
diperdengarkan selawat dan bapa akan menampu bayi mengelilingi bulatan jemputan
yang berselawat, semasa itu hadidirin akan mengusap kepala bayi. Sebaik sahaja
upacara ini selesai, rambut bayi akan dicukur oleh bidan. Rambut bayi yang terkumpul
ditanam bersama-sama rambut yang diisi dalam air tadi di halaman rumah.

e.Berpantang 44 hari

Wanita yang bersalin mesti mengalami masa berpantang selama 44 hari. Sepanjang
masa ini mereka mesti menjaga makanan dan tidak dibenarkan bergerak bebas serta



                                           18
tidak dibenarkan memijak tanah .Mereka juga diberikan ubatan tradisional dan “berdiang”
atau “bertuku”. Rawatan urutan dan memakai bekung.

f.Mandi selepas pantang.

Setelah pantang,upacara mandi air limau sintuk dan daun teresat ( terdiri daripada
himpunan daun-daun seperti; daun limau purut, daun pandan, serai
wangi,halia,beluru,dll).Lazimnya pada hari ke 45 kenduri kesyukuran dan bacaan doa
diadakan.

                                 B. KEPERCAYAAN

   Kepercayaan Animisme.

   Pada awalnya, sebelum kedatangan Islam bangsa Melayu turut percaya dan
   mengamalkan kepercayaan animisme.Kepercayaan ini berkaitan dengan pemujaan
   terhadap unsur unsur alam, penunggu dan hantu.
   Kepercayaan ini juga meliputi kepercayaan bahawa orang yang mati dibunuh akan
   menjelma menjadi hantu dan mengganggu. Ada sesetengahnya yang percaya
   pemujaan kepada penunggu atau roh-roh tertentu dengan memberi mereka makanan
   yang terdiri daripada pulut kuning dll. Makanan itu biasanya diletakkan di tempat-
   tempat tertentu untuk dimakan oleh penunggu.

   Setelah pengaruh kedatangan hindu dan kemudiannya Islam,suasana dan senario
   terhadap kepercayaan ini kian terhapus. Ajaran Islam yang sempurna telah
   mencorakkan kebudayaan Melayu dari aspek Islam.


   Kepercayaan Agama Islam.

   Masyarakat Melayu setelah kedatangan Islam telah menganut Islam dan
   mengamalkan kepercayaan agama Islam sebagai cara hidup mereka. Sinonimnya
   Islam dengan bangsa Melayu jelas tergambar ; apabila di sebut “Melayu” maka identiti
   kepercayaan ini sudah tersedia bahawa mereka adalah Islam.Amalan kepercayaan ini
   secara tidak langsung selari dengan sikap berhemah orang Melayu yang sentiasa
   sopan, tidak mungkir janji, sentiasa tolong menolong dan bertanggungjawab.Asimilasi
   kepercayaan ini jelas tergambar berdasarkan beberapa upacara yang dijalankan
   dalam masyarakat Melayu iaitu; Khatam al-Quran, Berkhatan,Mauludurrasul, Assyura
   dll.

 Istitusi Sosial


Pembentukan organisasi kelompok masyarakat terdiri daripada sistem kekeluargaan,
pentadbiran dan pemerintahan yang dinamakan institusi sosial. Pembentukan institusi
sosial adalah penting dalam menjamin keamanan dan keharmonian sesebuah negara.




                                          19
Kelompok yang paling penting dalam institusi ini ialah institusi kekeluargaan. Daripada
sistem kekeluargaan akan wujud kelompok masyarakat yang lebih luas dan kompleks.
Kekeluargaan merupakan satu kumpulan individu yang terbentuk atas dasar hubungan
darah, perkahwinan, pengambilan anak angkat yang tinggal dalam sebuah rumah tangga.


Anggota keluarga dalam sesebuah rumah tangga tidak akan dapat menimkati keamanan
dan keharmonian sekiranyan pucuk pimpinan tidak diurus dengan baik dan sempurna.
Dengan itu, wujud golongan pemimpin dari kalangan rakyat untuk membentuk sistem
pentadbiran di bawah pemerintahan beraja pada peringkat negeri dan negara. Dengan
adanya sistem pentadbiran dan pemerintahan ini, perjalanan aktiviti dalam negara akan
menjadi lebih lancar dan teratur.


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Semua anggota masyarakat yang
berkelayakan berhak memilih pemimpin yang mereka fikir sesuai.


                    Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan sistem gotong-royong
PERCAMBAHA          dan sistem kerah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti atau projek.
   N MINDA          Sejauh manakah sistem gotong-royong dan sistem kerah masih
                    diamalkan dalam masyarakat Melayu moden pada hari ini?

Adat Resam dan Kepercayaan


Adat mengikut pandangan masyarakat meliputi        segala aspek cara hidup anggota
masyarakat     yang teratur dan memenuhi syarat keamanan dan keadilan setiap
anggotanya. Adat merupakan pedoman hidup bagi anggota masyarakat. Pedoman hidup
ini dimasukkan dalam rangkaian peraturan, petunjuk, perumpamaan, pantun, gurindam,
pepatah dan petitih dan dijadikan panduan hidup bagi anggota masyarakat.


Kepercayaan pula bermaksud sesuatu yang diyakini, ataupun mempercayai benarnya
sesuatu perkara itu. Dalam sesuatu masyarakat terdapat satu sisitem kepercayaan
sendiri. Begitu juga dengan masyarakat Melayu yang mempunyai sisitem kepercayaan
sendiri. Sistem kepercayaan masyarakat Melayu mempunyai peringkat tertentu, iaitu
daripada animisme, pengaruh Hindu dan Islam.




                                          20
Nilai dan Falsafah
Nilai ialah komponen penting bagi setiap budaya sesuatu masyarakat. Nilai adalah idea
yang dikongsi bersama berkenaan apa yang penting dan berguna. Ia bukanlah suatu
objek yang mempunyai warna atau bentuk tetapi suatu pembentukan mental yang
dihasilkan daripada tingkahlaku manusia.


Dalam masyarakat Melayu tradisional wujud nilai yang pelbagai. Untuk mengkaji nilai-nilai
masyarakat Melayu tradisi amatlah sukar kerana masyarakat Melayu sejak zaman silam
menghadapi berbagai-bagai proses perubahan iaitu daripada budaya Hindu, Islam dan
Barat. Namun begitu     kebudayaan Islam      banyak mempengaruhi      cara hidup orang
Melayu termasuklah nilainya sekali.


Beberapa contoh nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu:

•   Nilai berbudi bahasa -- bijak bertutur kata dan melayan tetamu.


•   Nilai budi -- bersikap sedia membantu seseorang dan berbuat baik kepada orang.


•   Nilai rendah diri -- bersikap tidak sombong dan bersopan-santun.



                 Anda tentu tahu bahawa gadis Melayu dilarang menyanyi di dapur.
                 Mengapa? Jelaskan adat resam dan kepercayaan ini yang telah menjadi
                 pantang-larang dalam kehidupan masyarakat Melayu.


                 Jawapan anda hendaklah disokong dengan grafik atau ilustrasi.




                                            21
5.3                                 KESENIAAN MELAYU




5. 3. 1. Pengenalan dan Konsep Kesenian


Setiap bangsa yang sudah bertamadun di dunia ini mempunyai kesenian masing-masing.
Kesenian itu bukanlah milik seseorang atau sesuatu kaum, tetapi milik bangsa dan negara
berkenaan. Seni merupakan satu lapangan penciptaan dan ekspresif yang terbuka dan ia
boleh diungkapkan oleh sesiapa sahaja.


Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan manusia sejak awal
kehidupan manusia. Menurut ahli-ahli arkeologi , manusia telah menghasilkan imej-imej
visual sejak zaman poleolitik.
Seni secara umum diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada
kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Seni juga meliputi
aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis. Bunyi dan muzik, liuk lentuk
gerak dalam tarian, kombinasi cahaya dan sebagainya.


Sidi Gazalba mengatakan seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang mengandungi nilai
estetika berpadu dengan nilai estetika Islam. Istilah untuk estetika Islam itu ialah akhlak.
Kesenian sebagai suatu aspek kehidupan, tertakluk kepada syariat Allah s.w.t. Seni yang
tidak membawa mudarat atau kerosakan aslah diharuskan. Sebaliknya, seni yang
mungkin mudarat atau merosakkan dimakruhkan dan jika pasti membawa mudarat atau
kerosakan diharamkan.


Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang
dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.

Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan
(kehalusan).




                                            22
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun
temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih
terserlah dan dikenali ramai.



5.3.2 Fungsi Kesenian Melayu

   •    Menonjolkan identiti bangsa
   •    Memperkaya dan mengembangkan seni Melayu
   •    Menerapkan nilai-nilai estetika
   •    Menerapkan nilai keindahan dan kehalusan sesuatu karya
   •    Merapatkan hubungan antara ahli masyarakat
   •    Menjadi bahan hiburan yang menyenangkan



5.3.3 Ciri-Ciri kesenian & kebudayaan Melayu

   •    Menjadi amalan / kebiasaan masyarakat
   •    Menjadi identiti sesuatu masyarakat
   •    Proses kesinambungan dari zaman berzaman
   •    Mengalami perubahan namun masih berasaskan amalan masyarakat
   •    Berteraskan agama Islam
   •    Berkait rapat dengan latar belakang sejarah (animisme, Hindu – Buddha, Islam)
   •    Pengaruh kuat dengan alam sekitar, kuasa ghaib dan mistik
   •    Menonjolkan ketaatan / kesetiaan kepada pemmpin dan orang yang lebih tua
   •    Sistem integrasi masyarakat
   •    Berkait rapat dengan nilai, kepercayaan, falsafah hidup pemikiran, perilaku dan
        artefak
   •    Membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain
   •    Merangkumi unsur yang lebih universal



5.3.4   Jenis/ Bentuk Kesenian

Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

   •    Seni Suara
   •    Seni Gerak
   •    Seni Rupa
   •    Permainan Tradisional




                                      SENI SUARA



                                            23
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-
bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.

Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

   •   Seni Vokal

       Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada
       pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat
       Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan
       muzik.

       Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :

   a. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak

       Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri
       Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam
       upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara
       bercukur kepala.

   b. Nazam atau naban

       Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa
       Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para
       sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan
       kemerduan suara.

   c. Marhaban, nasyid dan qasidah

              Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi
              Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan
              berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu.
              Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi
              puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.

   •   Lagu yang digabungkan dengan muzik

   a. Dikir

       Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir
       Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana
       atau kompang.

   b. Hadrah




                                           24
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis
    alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

c. Beduan

    Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang.
    Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi
    dengan pukulan rebana.

d. Dikir barat

    Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan
    pukulan rebana.

e. Ghazal

            Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan
            dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.



    Seni Muzik

    Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang
    menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.

    Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat
    bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas
    dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi
    kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan
    dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau
    perasaan.

    Muzik Tradisi Warisan Istana

    Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :

•   Tradisi tinggi (great tradition)
•   Tradisi rendah (little tardition)

    Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang
    merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat
    kebudayaan.

    Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan
    untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan
    muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan,
    kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung.
    Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah


                                        25
gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-
       Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah
       saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.




       Tradisi Muzik Rakyat

       Di samping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah
       dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan.
       Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada
       minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi
       keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini
       diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh,
       kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang
       berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam
       persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat,
       maulut dan lain-lain.

       Tradisi Muzik Melayu yang lain

       Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi
       dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis
       menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping
       berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang
       dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik
       wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan
       dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari
       pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam
       melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget
       yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di
       Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat –
       alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda
       kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.



       SENI GERAK


Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur
keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota
badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni
tari dan seni drama.

 SENI TARI


                                           26
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan
definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa
manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat
berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi
oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada
dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti
payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis
seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.

 Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang
boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :

   1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu
      perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini
      termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
   2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti
      tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
   3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
   4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang ,
      tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.

 TARIAN ASLI

Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu
melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan
Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan
sebagainya.

TARIAN ASYIK

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di
istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu ,
lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun
mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam
berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.

 TARIAN AYAM DIDIK

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang
diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri
Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

 TARIAN BALAI

Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-
gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari
akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang
diletakan dibawah gelanggang.


                                             27
CANGGUNG

Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal
dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini
dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua



TARIAN SITI WAU BULAN

Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan
temasya dan permainan wau.

 TARIAN CINTA SAYANG

Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan
bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum
turun ke laut.

 TARIAN DABUS

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait
dengan kepahlwanan Sayidina Ali.

 TARIAN GAMBUS

Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali
didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.

 TARIAN INAI

Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-
pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak
dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

 TARIAN JOGET

Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta
diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.

 TARIAN KUDA KEPANG

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan
itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu
mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.

 TARIAN MAK INANG




                                            28
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada
hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.

TARIAN ZAPIN

Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti
dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.



DRAMA TRADISOANAL

Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap
oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari
generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat
melayu adalah seperti berikut :

MAIN PUTERI

Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan.
Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan
sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau
semangat jahat.

MAKYUNG

Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal
daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari
negeri Patani.

MENORA

Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni
darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.

WAYANG KULIT

Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada
beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber.
Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.


SENI RUPA

Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur
seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan
sebagainya.

SENI UKIR


                                             29
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja
tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui
ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.




SENI KRAFTANGAN

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.
Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan
bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan
itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

SENI TEMBIKAR

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan
tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu
barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk,
pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih
dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.

SENI ANYAMAN

Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan
melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya
mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

TEKATAN

Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang
popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar
dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan
digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil
tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara
perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran
yang lain.

SENI TENUNAN

Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan
songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan
ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan



                                           30
ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama
dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga
dengan panggilan kain benang emas.

SENI BATIK

Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan
mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik
itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga
yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan
diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu
direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

SENI TEMBAGA

Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan
denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah
bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam
upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan
raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan
sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh,
sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya

SENI BINA

Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat
penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun
struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga
meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu
atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan
adalah bercorak seni bina rumah minangkabau

PERMAINAN RAKYAT

Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau
sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi
sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-
majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.

Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah
dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia
itu sendiri.

Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan
beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan
anggota masyarakat.

Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk
orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.



                                            31
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing,
menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.

Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah,
main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.




PERMAINAN GASING

Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri
Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur
khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.

Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

   1. Permainan untuk bersuka ria
   2. Pertandingan gasing
   3. Permainan untuk pertunjukkan.

PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU

Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada
semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk
memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau
juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya
diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan
ukranya.

PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum
wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu
dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini
untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak
terluang.

Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak.
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah.
Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil
dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

MENYABUNG AYAM




                                             32
Salah satu permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat Melayu
tradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau
dan ayam. Permaina sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara
tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambut
kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja.

Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi
pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung
dengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh
kemenangan.

SEPAK RAGA

Sepaka raga ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat daripada
rotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan oleh beberpapa orang
pemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulaid engan salah sorang
pemian melambugkan bola kepada salah seorang pemian yang lain. Pemain lain kan
menimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain.



5.3.5. Sejarah Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu


Masyarakat awal Melayu ialah masyarakat yang mengamalkan fahaman animisme.
Fahaman ini berkait rapat dengan kepercayaan kepada semangat dan roh. Setiap
kehidupan mempunyai semangat yang perlu disembah dan dihormati. Namun berlaku
perubahan besar dalam peradaban masyarakat Melayu setelah masuknya tiga pengaruh
luar yang mempunyai sejarah peradaban yang begitu tinggi. Kemasukan pengaruh luar ini
telah memberi kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan budaya Melayu.
Masyarakat Melayu telah menerima beberapa sistem sosial kehidupan luar ini dalam
kehiidupan mereka.


Pengaruh luar tersebut ialah;
•   pengaruh Hindu
Pengaruh Hindu mula bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak awal abad
pertama Masihi hingga kurun ke-14. Menurut A. Aziz Deraman (1994), pengaruh Hindu
telah diterima dalam sistem sosial khususnya dalam sistem politik dan kemasyarakatan
tempatan, adat istiadat dan upacara, bahasa dan kesusasteraan, keesenian, kepercayaan
dan falsafah.
•   pengaruh Islam




                                          33
Pengaruh Islam tersebar dan berkembang di alam Melayu sejak abad ketiga belas Masihi.
Islam dibawa ke alam Melayu melalui perdagangan oleh pedagang India dan Arab.
Pengaruh Islam ini telah mengubah tradisi anismisme dan Hinduisme yang telah lama
sebati dalam jiwa masyarakat Melayu.
•   pengaruh Barat
Alam Melayu telah mula menerima pengaruh Barat melalui penjajahan Portugis ke atas
Melaka. Kemudian, dikuti kemasukan Belanda dan British yang telah meninggalkan kesan
yang mendalam terhadap perkembangan peradaban Melayu.


               Rujukan

Ahmad Kamal Abdullah. 1989. Gejala esei dan kritikan puisi Melayu moden 1955-
     1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman. 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
        Bahasa dan Pustaka.

A. M. Thani (Peny.). 1981. Esei sastera ASAS 50. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
       Pustaka.

A. Teeuw. 1983. Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia.

Hamzah Hamdani (Peny.) 1988. Konsep dan pendekatan sastera. Kuala Lumpur :
     Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling
      Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hashim Awang. 1988. Kritikan kesusasteraan teori dan penulisan. Kuala Lumpur :
      Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein (Peny.). 1974. Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry
        Abadi.

Kamarudin Hj. Husin. 1999. Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala lumpur: Kumpulan
      Budiman Sdn. Bhd.

Lodge, David (ed.). 1988. Modern critisam and theory. London : Longman.

Shamsudin Othman dan Maniyamin bin Haji Ibrahim. 2003. Kamus Komsas KBSM. Shah
     Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Othman Puteh (Peny.) 1994. Teks cerminan nilai budaya bangsa. Kuala Lumpur :
     Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. 1988. Kritikan sastera Melayu pendekatan dan pemikiran. Kuala


                                         34
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd. Saman (Peny.) 1994. Pengarang teks dan khalayak. Kuala Lumpur :
       Dewan Bahasa dan Pustaka.




SENARAI PANEL


PENULIS MODUL PEMBELAJARAN


Bil.                  Nama                              Kelayakan


 1.    KO-ORDINATOR / PENASIHAT              BA( Hons)UM, Dip. Pendidikan
       MY HJ.RUSLI BIN MAHMOOD               Guru Bahasa Melayu 4 tahun,
       KETUA JABATAN PENGAJIAN               Pensyarah Pengajian Melayu 18
       MELAYU MAKTAB PERGURUAN KOTA          tahun
       BHARU
       KELANTAN



 2.    PENGERUSI                             Bac. Pendidikan PBMP (UPM),
       ABDULLAH BIN MOHD YASSIN              MA (UM), Sijil Perguruan Asas
       JABATAN PENGAJIAN MELAYU,             (PPAK), Sijil Perguruan Khas
       IPGM KAMPUS KOTA BHARU, KEL.          (IBKL).
                                             Guru Bahasa Melayu 27 tahun
                                             Pensyarah Bahasa Melayu 2
                                             tahun
                                             Munsyi Dewan 12 tahun.


 3.    AHLI 1



 4.    AHLI 2




                                       35
36

More Related Content

What's hot

Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfMaizatul Mansor
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakUNie ONie
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK PISMPBM20622AinNajwa
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) NabihahNazri
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindamNZulkifli MH
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 

What's hot (20)

Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindam
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 

Viewers also liked

Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuKesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuJessyca Ungat
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2Hendon Ramlan
 
Seni Suara
Seni SuaraSeni Suara
Seni SuaraCik RiNa
 
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2Syarifah Sakinah
 
Παρουσίαση από Μαρια Βλατα
Παρουσίαση από Μαρια ΒλαταΠαρουσίαση από Μαρια Βλατα
Παρουσίαση από Μαρια Βλατα5dimpeir
 
I lift mine eyes
I lift mine eyesI lift mine eyes
I lift mine eyesLinnea Good
 
Ps 148 hallelujah (all)
Ps 148 hallelujah (all)Ps 148 hallelujah (all)
Ps 148 hallelujah (all)Linnea Good
 
Waiting for the kingdom
Waiting for the kingdomWaiting for the kingdom
Waiting for the kingdomLinnea Good
 
Listen in the silence
Listen in the silenceListen in the silence
Listen in the silenceLinnea Good
 
παρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκος
παρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκοςπαρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκος
παρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκος5dimpeir
 

Viewers also liked (20)

Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuKesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
sistem otot
sistem ototsistem otot
sistem otot
 
Seni Suara
Seni SuaraSeni Suara
Seni Suara
 
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
 
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYUNOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
AusstellerHIGHEND2011-Stand15-März.pdf
AusstellerHIGHEND2011-Stand15-März.pdfAusstellerHIGHEND2011-Stand15-März.pdf
AusstellerHIGHEND2011-Stand15-März.pdf
 
Παρουσίαση από Μαρια Βλατα
Παρουσίαση από Μαρια ΒλαταΠαρουσίαση από Μαρια Βλατα
Παρουσίαση από Μαρια Βλατα
 
Sunsum
SunsumSunsum
Sunsum
 
I lift mine eyes
I lift mine eyesI lift mine eyes
I lift mine eyes
 
Ps 148 hallelujah (all)
Ps 148 hallelujah (all)Ps 148 hallelujah (all)
Ps 148 hallelujah (all)
 
Waiting for the kingdom
Waiting for the kingdomWaiting for the kingdom
Waiting for the kingdom
 
Listen in the silence
Listen in the silenceListen in the silence
Listen in the silence
 
programme_bremenstaffweek_2011.pdf
programme_bremenstaffweek_2011.pdfprogramme_bremenstaffweek_2011.pdf
programme_bremenstaffweek_2011.pdf
 
Roots and wings
Roots and wingsRoots and wings
Roots and wings
 
Evaluation Stromsparcheck_Stand Juni 2011.pdf
Evaluation Stromsparcheck_Stand Juni 2011.pdfEvaluation Stromsparcheck_Stand Juni 2011.pdf
Evaluation Stromsparcheck_Stand Juni 2011.pdf
 
παρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκος
παρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκοςπαρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκος
παρουσιαση πασχα θανασης δαρεμας και μανος καραμολεγκος
 
DTNA-PräsidentObamabeiDaimler_Engl.pdf
DTNA-PräsidentObamabeiDaimler_Engl.pdfDTNA-PräsidentObamabeiDaimler_Engl.pdf
DTNA-PräsidentObamabeiDaimler_Engl.pdf
 
Sizing of roof vent
Sizing of roof ventSizing of roof vent
Sizing of roof vent
 
PM_50yBMWNewClass_gb.pdf
PM_50yBMWNewClass_gb.pdfPM_50yBMWNewClass_gb.pdf
PM_50yBMWNewClass_gb.pdf
 

Similar to 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuinsansofiah
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaninawariz
 
nota sastera.pdf
nota sastera.pdfnota sastera.pdf
nota sastera.pdfmonistars
 
Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfnrrhdtlsfyh
 
MPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALANMPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALANZulhana Zulkifle
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayushamarsetia
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaSharifa Azreena
 
Kesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunanKesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunanfiro HAR
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungNorWahida Salim
 
POEM 2.docx
POEM 2.docxPOEM 2.docx
POEM 2.docxRudyH6
 

Similar to 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu (20)

Bmm3104 a
Bmm3104 aBmm3104 a
Bmm3104 a
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
Teks prosa
Teks prosaTeks prosa
Teks prosa
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosa
 
nota sastera.pdf
nota sastera.pdfnota sastera.pdf
nota sastera.pdf
 
Prosa dan puisi
Prosa dan puisiProsa dan puisi
Prosa dan puisi
 
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.pptDEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
 
Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdf
 
MPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALANMPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah muda
 
Kesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunanKesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunan
 
Pengenalan komsas
Pengenalan komsasPengenalan komsas
Pengenalan komsas
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
POEM 2.docx
POEM 2.docxPOEM 2.docx
POEM 2.docx
 
Tugasan kesenian bm
Tugasan kesenian bmTugasan kesenian bm
Tugasan kesenian bm
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 

More from asihwiniy viniy

Asal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudurAsal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudurasihwiniy viniy
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance asihwiniy viniy
 
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaIsl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaasihwiniy viniy
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanakTeori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanakasihwiniy viniy
 
Ibn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiIbn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiasihwiniy viniy
 
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriasihwiniy viniy
 
Sastera lisan cerita jenaka
Sastera lisan  cerita jenakaSastera lisan  cerita jenaka
Sastera lisan cerita jenakaasihwiniy viniy
 
The giant jellyfish latest
The giant jellyfish latestThe giant jellyfish latest
The giant jellyfish latestasihwiniy viniy
 
Cara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratCara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratasihwiniy viniy
 
Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah asihwiniy viniy
 

More from asihwiniy viniy (20)

Asal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudurAsal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudur
 
Seni pribumi
Seni pribumiSeni pribumi
Seni pribumi
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance
 
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaIsl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Pj huraian dan tafsiran
Pj huraian dan tafsiranPj huraian dan tafsiran
Pj huraian dan tafsiran
 
Tugasan isl 5
Tugasan isl 5 Tugasan isl 5
Tugasan isl 5
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanakTeori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
 
Ibn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiIbn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandi
 
Catan seni islam
Catan seni islamCatan seni islam
Catan seni islam
 
Seni tembikar islam
Seni tembikar islamSeni tembikar islam
Seni tembikar islam
 
Seni bina islam
Seni bina islamSeni bina islam
Seni bina islam
 
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
 
Sastera lisan cerita jenaka
Sastera lisan  cerita jenakaSastera lisan  cerita jenaka
Sastera lisan cerita jenaka
 
The giant jellyfish latest
The giant jellyfish latestThe giant jellyfish latest
The giant jellyfish latest
 
Cara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratCara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg berat
 
Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah
 
Teras bahasa melayu
Teras bahasa melayuTeras bahasa melayu
Teras bahasa melayu
 
Sistem pertandingan
Sistem pertandinganSistem pertandingan
Sistem pertandingan
 

Recently uploaded

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 

Recently uploaded (13)

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 

3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

  • 1. 5.0 PENGANTAR KESUSASTERAAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYU Sinopsis Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan memahami konsep- konsep yang berkaitan dengan Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Para pelajar juga didedahkan dengan elemen sastera dan hubungan antara kehidupan masyarakat Melayu dengan Kebudayaan dan Ksenenian Melayu. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu, 2. mengenal pasti jenis/ genre Kesusasteraan Melayu, 3. menghuraikan unsur-unsur seni budaya, nilai dan falsafah masyarakat Melayu, 4. menghargai, menghayati serta memanfaakan elemen dan nilai dalam karya sastera,budaya dan kesenian Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa serta memupuk semangat cinta akan budaya, bangsa dan negara. Catatan Anda dikehendaki membuat rujukan tambahan untuk memahami modul ini secara lebih mendalam. Anda juga perlu menyiapkan latihan-latihan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. 1
  • 2. 5.1 KESUSASTERAAN MELAYU 5.1. 1. Pengertian dan Konsep Kesusasteraan Melayu Pengenalan Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Selain itu, melalui bahasa pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap bernilai berbanding cabang kesenian yang lain. Kesusasteraan Melayu Tradisional - Zalilah Sharif dan Jalilah Ahmad (1993) – Kesusasteraan daripada bahasa sanskrit – ‘sas’ – kata kerja mengarah, mengajar, memberi petunjuk) – ‘sastera’ – alat mengarah, mengajar, memberi petunjuk – ‘su’ – indah dan baik – ‘ke…an’ – segala yang tertulis, bernilai seni dab estetika – Berperanan memberi panduan, petunjuk dan pengajaran Istilah ‘kesusasteraan’ berakar dari kata ‘susastera / sushastra’ dalam bahasa Sanskrit. Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, 1984). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham daripada sumber tertinggi (Pencipta). Daripada kata ‘susastera’ telah diberikan imbuhan apitan ‘ke- ... –an’ menghasilkan ‘kesusasteraan’ yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku- 2
  • 3. buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani. Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya. Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal yang demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Richard Dorson (1973) – Folk Literature juga dikenali sebagai kesusasteraan lisan, seni tuturan atau kesusasteraan ekspresif yang merangkumi bahasa rakyat, nyanyian rakyat, cerita rakyat, puisi rakyat, ungkapan rakyat dan prosa atau puisi tradisional. Taib Osman (1976) – Kesusasteraan Melayu meliputi kesusasteraan lisan, seni tuturan kesusasteraan ekspresif – Merujuk kepada segala bentuk bahasa yang mengandungi seni sastera iaitu; • Nilai estetika • Berperanan sebagai panduan,petunjuk dan pengajaran yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu desa • Menjadi milik masyarakat yang sudah memiliki sistem tulisan tetapi lisan masih digunakan secara meluas • Abd. Halim b. A. Ahmad 1986 – gabungan sastera dan Melayu. Sastera berasal daripada bahasa sanskrit ‘castra’ yang bererti kitab atau buku. Bahan yang terhasil daripada penciptaan sastera ini disebut bahan sastera Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. 3
  • 4. Istilah Konsep/Terminologi Kesusasteraan Tradisional Kesusasteraan Moden Sastera rakyat Sastera istana Sastera moden 5.1.2. Fungsi Kesusasteraan Melayu • Sebagai sistem projeksi masyarakatnya • Sebagai alat pengesahan sesuatu institusi dalam masyarakat • Sebagai alat pendidikan – Nasihat – Pengajaran – nilai • Sebagai alat pemaksa dan pengawal norma-norma masyarakatnya • Sebagai kepuasan estetik – Pembaca – pengarang 5.1.3. Ciri- Ciri Kesusasteraan Melayu • Diwarisi secara lisan • Hidup lebih daripada dua atau lebih generasi • Wujud dalam pelbagai versi • Pencipta tidak diketahui • Wujud tokok tambah • Menjadi milik bersama • Tiada tapisan • Wujud dalam bentuk yang tetap • Bersifat pralogis • Bersifat tempatan • Mempunyai kegunaan dalam kehidupan 4
  • 5. Ciri Cerpen • Jumlah perkataan antara 500-2000 patah perkataan • Latar terbatas • Mempunyai satu tema • Mempunyai watak yang terbatas • Mempunyai satu konflik Ciri Novel • Ceritanya panjang dan lebih kompleks • Melebihi 10,000 patah perkataan • Latar tempat luas dan latar masa panjang • Mempunyai satu tema dan banyak persoalan • Watak yang ramai /perwatakan yang pelbagai Ciri Drama • Cerminan kehidupan masyarakat yang dilakonkan. • Berbentuk skrip dan dipersembahkan dalam bentuk dialog dan aksi • Tidak terdapat sebarang sudut pandangan kerana dituturkan oleh watak Ciri Prosa Tradisional • Bersifat kolektif (milik bersama masyarakat) • Bersifat feudal (tema, watak, dan latar) • Perkembangannya tidak terbatas oleh zaman, tarikh, dan waktu • Banyak versi kerana ada tokok tambah semasa penyampaian cerita • Menggunakan gaya bahasa yang berbeza dengan bahasa kini • Mempunyai ciri-ciri budaya tradisional kelompok masyarakat • Mengandungi unsur mitos dan lagenda • Mengandungi unsur kecindan Ciri Puisi Tradisional • Suatu karangan berangkap • Setiap baris mempunyai jumlah kata yang tetap • Mempunyai rima tertentu dan tetap Ciri Puisi Moden (sajak) • Jumlah baris dan suku kata tiada terbatas • Mempunyai rima bebas 5
  • 6. Mengandungi bahasa yang indah • Mengemukakan suatu gambaran • Merupakan catatan jiwa Anda telah mengenali konsep Kesusasteraan Melayu. Untuk menguji kefahaman anda itu, lengkapkan rajah perbandingan ciri-ciri sastera tradisional dengan sastera moden Ciri-Ciri Sastera Tradisional Ciri-Ciri Sastera Moden i. ………………………………………. i. ………………………………………. ii. ……………………………………… ii. ………………………………………. iii……………………………………… iii. ……………………………………… 6
  • 7. 5.1.4. Jenis/Genre Kesusasteraan Melayu Pengenalan Setelah memahami konsep, fungsi dan ciri-ciri kesusasteraan mari kita lihat pula genre sastera yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre ialah jenis sastera yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: a. Kesusasteraan Tradisional Kesusasteraan tradisional terbahagi kepada Sastera Rakyat dan Sastera Istana. Manakala bentuk sastera tradisional pula terdiri daripada bentuk prosa dan bentuk puisi. Sastera tradisional bentuk prosa; 1. Sastera Rakyat  Cerita asal usul -- contohnya, asal usul Gunung Jerai  Cerita binatang -- contohnya, Hikayat Sang Kancil  Cerita jenaka -- contohnya, Lebai Malang, Pak Kaduk  Penglipur lara -- contohnya, Hikayat Malim Deman 2. Sastera Istana  Sastera Sejarah -- contohnya, Sejarah Melayu  Sastera undang-Undang -- contohnya, Hukum Kanun Melaka  Sastera Epik -- contohnya, Hikayat Hang Tuah  Sastera Islam -- contohnya, Cerita Berbingkai Sastera tradisional bentuk puisi;  Pantun -- contohnya, pantun dua kerat, empat kerat  Syair -- contohnya, Syair Burung Pungguk  Mantera -- contohnya, jampi serapah 7
  • 8.  Seloka -- contohnya, Seloka Pak Kaduk  Gurindam -- contohnya, Gurindam Dua Belas b. Kesusasteraan Moden Kesusasteraan moden bentuk prosa  Novel -- contohnya, Putera Gunung Tahan, Saga  Cerpen -- contohnya, kumpulan cerpen berjudul Beberapa Pembetulan  Drama -- contohnya, Baju Emas Sang Maharaja Kesusasteraan moden bentuk puisi  Sajak -- contohnya, kumpulan sajak berjudul Menimba Laut, Elipsis. Sila baca nota ringkas yang disediakan. Anda perlu membuat rujukan tambahan tentang tajuk ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Berdasarkan bahan yang disediakan dan pembacaan anda, sila catat perbezaan antara genre prosa dengan genre puisi. 5.1.4. Sejarah Kesusasteraan Melayu • Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa merupakan gambaran yang jelas mengenai sejarah silam bangsa itu sendiri. • Kewujudan dan perkembangan bangsa Melayu mementingkan bahasa, adat resam dan kebudayaan. • Kewujudan kerajaan Melayu Srivijaya yang menggunakan bahasa Melayu kuno menghasilkan pelbagai bentuk sastera rakyat, sastera sejarah, kebangsaan, lagenda dan kesan keagungan kerajaan Melayu. Cth. Hkayat Raja-Raja pasai dan Sejarah Melayu. • Tradisi sastera Melayu bermula dengan wujudnya suku bangsa Melayu namun ia hanya dibukukan pada abad ke 17 / selepas tahun 1600 – pengarang tidak meletakkan nama –sastera milik masyarakat bukannya milik individu • Pada awal kelahirannya mementingkan kesejahteraan – berkonsep hiburan. Disampaikan secara lisan berkaitan persekitaran hidup masyarakat Melayu. • Sastera Melayu – pandangan / lambang peribadi masyarakat Melayu • Sastera Melayu lama mempunyai pengaruh bangsa lain. • Sastera Melayu bertukar konsep mengikut peralihan zaman : 8
  • 9. Sastera lama (zaman feudal)-Peringkat awal perkembangan kesusasteraan Melayu • Hiburan dan pengajaran – diungkap secara lisan • Persaingan bahasa-sastera • Sistem tulisan berkembangan mengagungkan mertabat kesultanan Melayu • Berkembang di kalangan istana dan bangsawan • Tinggi nilai kebenarannya (melalui pengalaman) • Hasil-hasil kesusasteraan berkait dengan kepercayaan • Zaman Peralihan - Peringkat kegemilangan kesusasteraan Melayu • Peralihan pengaruh Hindu kepada pengaruh Islam • Bermula pada kurun ke 15 (kedatangan Islam) • Hasil-hasil sastera dapat mengukuhkan ajaran Islam • Usaha mengekalkan kepercayaan terdahulu (Hindu dan Jawa) • Tersebarnya pengetahuan baru • Peringkat pertembungan dua mod kesusasteraan Melayu • Masyarakat Melayu menjadi celik huruf • Pertautan antara lisan dengan tulisan • Usaha penulis-penulis • Lahir banyak karya agung • • Zaman kesusasteraan baru - Perkembangan kesusasteraan masa kini • Kewujudan sastera moden (dipelopori Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri) • Pendidikan formal semakin meluas • Wadah menuntut keadilan dan kebebasan –’seni untuk masyarakat’ • Aliran Angkatan Sasterawan tahun 50-an (ASAS 50) • Cabaran kesusasteraan di zaman moden • nilai-nilai hidup tidak lagi seragam • Perkembangan IT Pendidikan kesusasteraan berkembang di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Melahirkan para sarjana dalam bidang kesusasteraan Melayu 9
  • 10. KEBUDAYAAN MELAYU 5.2 5.2.1. Konsep Budaya dan Masyarakat Melayu Matlamat Pengaruh Luar Konsep Ciri-ciri Kandungan 5.2.1.0.Pengenalan Perkataan “Melayu” merupakan rujukan untuk sejumlah kelompok sosial di beberapa negara Asia Tenggara, yang dalam beberapa aspek kebudayaannya, menunjukkan ciri-ciri persamaan. Antara kelompok sosial itu sampai sekarang ada yang dengan jelas menyebut dirinya sebagai orang Melayu, misalnya orang Patani di Thailand Selatan; orang Kedah, orang Perak, orang Kelantan, orang Pahang, orang Selangor, dan orang Johor, yang semuanya berada di Malaysia dan sejumlah kelompok sosial di Indonesia. Budaya dapat diitakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Pada umumnya kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut “Culture”, iaitu berasal daripada bahasa Latin, “cultura”. Dalam bahasa Mandarin disebut “wen hua” dan dalam bahasa Arab disebut “thaqafah”. Sebahagian besar ahli kebudayaan kita menyatakan bahawa perkataan budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan dirangkumkan menjadi budaya. “Bu” membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, 10
  • 11. menyenangkan, bahkan dimuliakan. “Daya” mengandungi erti akal fikiran ciptaan atau biikinan dan yang sempurna. Kebudayaan Melayu ialah cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat yang terdiri daripada orang-orang Melayu. Budaya Melayu dapat membezakan antara masyarakat Melayu dengan masyarakat lain. Dalam konteks Malaysia, budaya Melayu dilihat dari aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara masyarakat. Manakala dalam konteks sosiologi, budaya Melayu merupakan cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama dalam kalangan orang Melayu. Pemahaman terhadap kebudayaan Melayu akan memberi gambaran yang jelas tentang kandungan dan ciri kebudayaan Melayu yang merupakan terjemahan kepada cara hidup masyarakat Melayu. Selain itu, sama ada anda sebagai orang Melayu atau bukan Melayu, dapat membuat penilaian yang adil terhadap prinsip kebudayaan kebangsaan kerana teras kebudayaan ini adalah kebudayaan Melayu. Sesungguhnya, pemahaman terhadap kebudayaan Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian. 5.2.1.1. Konsep Kebudayaan Melayu Kebudayaan Melayu ditakrifkan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat (orang Melayu). Cara hidup ini dikaitkan dengan tamadun atau peradaban yang menggambarkan kemajuan akal budi masyarakat yang mendukung budaya itu. Dalam konteks masyarakat Melayu, budaya yang ditonjolkan menentukan corak keperibadian dan memperlihatkan identiti pendukungnya. Kandungan Kebudayaan Melayu Kebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi sosial orang Melayu iaitu: • bahasa • adat resam dan kepercayaan, • nilai dan falsafah, • politik, 11
  • 12. agama, • kesenian, • undang-undang, perubatan dan sebagainya. 5.2.2. Fungsi Kebudayaan Melayu • Merapatkan hubungan masyarakat • Menerapkan unsur pendidikan dan pengajaran • Membataskan sesuatu yang negatif • Panduan menjalani kehidupan seharian • Elemen perubatan / menghindar bala bencana • Elemen mempertahankan diri daripada anasir jahat, ghaib atau mistik • membuktikan ketaatan / kesetiaan kepada pemimpin atau orang yang lebih tua Kebudayaan Melayu sebagai Kebudayaan Kebangsaan Kebudayaan Melayu diangkat peranannya sebagai Kebudayaan Kebangsaan kerana kedudukannya mengatasi kebudayaan kaum-kaum lain. Sehubungan dengan itu, kandungan dan ciri-ciri yang dipunyainya mampu menjadi identiti dan dapat menimbulkan emosi serta rasa kepunyaan bersama kepada warganegaranya. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat 12
  • 13. tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: (i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. (ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas- asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. (iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. 13
  • 14. Objektif Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas- asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Rumusannya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita- cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. a. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah ciri-ciri Kebudayaan Kebangsaan wujud dalam masyarakat kita? 14
  • 15. b. Jelaskan tiga prinsip Kebudayaan Kebangsaan. Anda digalakkan melayari laman www.keKKwa.gov.my 5.2.3 Ciri-Ciri Kebudayaan Melayu Ciri-ciri kebudayaan Melayu muncul daripada pengalaman sejarah kebudayaan Melayu yang selama berabad-abad telah mengalami pertalian dengan berbagai-bagai kebudayaan asing, baik yang hanya datang kerana hubungan dagang mahupun yang menetap di Tanah Melayu. Justeru itu kebudayaan Melayu juga memiliki keupayaan yang besar dalam mengambil alih unsur-unsur kebudayaan lain daripada kebudayaan bukan Melayu. Kebudayaan Melayu merupakan; • satu persambungan/kesinambungan, • berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan, • dinamis kerana terbuka kepada perubahan apabila berlaku pertembungan dengan budaya lain. 5.2.4. PERKEMBANGAN dan JENIS KEBUDAYAAN MELAYU Kebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan tentang kepercayaan, kepercayaan, bahasa, adat-istiadat, nilai dan falsafah, ,kesenian, perubatan dan kepercayaan.Kebudayaan Melayu mengalami evolusi dan perkembangan berasaskan ciri sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu satu persambungan/kesinambungan,berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan,dinamis kerana terbuka kepada perubahan apabila berlaku pertembungan dengan budaya lain a. Kebudayaan Melayu dari aspek kekeluargaan. Keunikan kebudayaan Melayu mula terpancar daripada asas pembentukan kekeluargaan lagi. Pembentukan Kekeluargaan boleh terjemahkan berasaskan cara atau sistem yang ada dalam amalan perkahwinan orang Melayu dan amalan bersalin orang Melayu . Perkembangan mutakhir jelas menunjukkan bahawa kebudayaan ini berteraskan agama Islam. ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU 15
  • 16. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu. MERISIK ATAU MENINJAU Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan. UPACARA PEMINANGAN Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua- ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat UPACARA MENGHANTAR TANDA Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama. HANTARAN BELANJA Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain. MENJEMPUT 16
  • 17. Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan. UPACARA NIKAH Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri. BERINAI BESAR Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki. HARI PERSANDINGAN Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu. JEMPUT MENANTU Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan. ADAT KELAHIRAN /BERSALIN Dalam masyarakat Melayu bakal ibu akan melalui enam peringkat adat resam yang dianggap sebagai katu kemestian untuk kesempurnaan dan keselamatan ibu dan bayi.Pemeringkatannya adalah sebagaimana berikut: a. Lenggang Perut b. Waktu Bersalin c. Azan dan qamat d. Bercukur dan memberi nama e. Ibu berpantang f. Mandi selepas berpantang. 17
  • 18. a.Lenggang Perut. Upacara ini disempurnakan oleh bidan kepada ibu yang hamil tujuh bulan.Alat yang disediakan dalam upacara ini ialah; Tujuh helai kain,segantang beras,sebiji kelapa,benang mentah,damar,minyak kelapa,lilin,tepak sireh dan kelengkapannya dan pengeras RM1.25( diletak dalam tepak sireh) b.Bersalin. Apabila tiba saat bersalin, bidan dijemput untuk menyambut kelahiran bayi.Setelah bayi dipisahkan dari urinya, urinya dibersihkan dan diberikan kepada sibapa untuk ditanam dengan garam. Uri bayi lelaki akan ditanam di bawah rumah pada tiang seri dengan harapan apabila dewasa kelak dia akan mengutamakan keluarga.Manakala uri bayi perempuan pula ditanam di hadapan rumah (jika ada gerbang ditanam pada pintu gerbang) dengan harapan nanti mudah menerima pinangan. c.Azan dan Qamat. Setelah kelahiran bayi diuruskan oleh bidan,bayi diserahkan kepada sibapa yang menunggu .Bayi tersebut akan diperdengar azan oleh bapa jika lelaki dan diqamat jika perempuan.Tujuannya supaya bayi mendengar kalimah suci sebelum mendengar bunyi- bunyi lain. d.Bercukur dan memberi nama. Upacara bercukur rambut dilakukan pada hari ke tujuh. Kelengkapan yang disediakan ialah; 1. Bayi diletakan atas tilam kecil. 2. Sebuah dulang yang berisi tiga biji mangkuk/piring yang diisi tepung tawar,beras kunyit dan bertih( pada sesetengah tempat piring diisi dengan gula batu,garam,air telaga zam-zam) 3. Satu bekas yang diisi dengan air 4. Cincin atau barang kemas. Setelah cukup kelengkapannya bayi akan di bawa kepada jemputan lelaki oleh bapa dan setelah doa dibacakan rambut bayi dicukur/digunting sekadar lima hinga tujuh .Rambut itu diisi kedalam bekas yang berisi air. Guntingan ini dilakukan oleh;tiga,lima atau tujuh orang. Setelah itu bayi itu dinamakan sebagaimana yang ditentukan sebelumnya.Perkembangan sekarang di sesetengah tempat , bayi tersebut akan diperdengarkan selawat dan bapa akan menampu bayi mengelilingi bulatan jemputan yang berselawat, semasa itu hadidirin akan mengusap kepala bayi. Sebaik sahaja upacara ini selesai, rambut bayi akan dicukur oleh bidan. Rambut bayi yang terkumpul ditanam bersama-sama rambut yang diisi dalam air tadi di halaman rumah. e.Berpantang 44 hari Wanita yang bersalin mesti mengalami masa berpantang selama 44 hari. Sepanjang masa ini mereka mesti menjaga makanan dan tidak dibenarkan bergerak bebas serta 18
  • 19. tidak dibenarkan memijak tanah .Mereka juga diberikan ubatan tradisional dan “berdiang” atau “bertuku”. Rawatan urutan dan memakai bekung. f.Mandi selepas pantang. Setelah pantang,upacara mandi air limau sintuk dan daun teresat ( terdiri daripada himpunan daun-daun seperti; daun limau purut, daun pandan, serai wangi,halia,beluru,dll).Lazimnya pada hari ke 45 kenduri kesyukuran dan bacaan doa diadakan. B. KEPERCAYAAN Kepercayaan Animisme. Pada awalnya, sebelum kedatangan Islam bangsa Melayu turut percaya dan mengamalkan kepercayaan animisme.Kepercayaan ini berkaitan dengan pemujaan terhadap unsur unsur alam, penunggu dan hantu. Kepercayaan ini juga meliputi kepercayaan bahawa orang yang mati dibunuh akan menjelma menjadi hantu dan mengganggu. Ada sesetengahnya yang percaya pemujaan kepada penunggu atau roh-roh tertentu dengan memberi mereka makanan yang terdiri daripada pulut kuning dll. Makanan itu biasanya diletakkan di tempat- tempat tertentu untuk dimakan oleh penunggu. Setelah pengaruh kedatangan hindu dan kemudiannya Islam,suasana dan senario terhadap kepercayaan ini kian terhapus. Ajaran Islam yang sempurna telah mencorakkan kebudayaan Melayu dari aspek Islam. Kepercayaan Agama Islam. Masyarakat Melayu setelah kedatangan Islam telah menganut Islam dan mengamalkan kepercayaan agama Islam sebagai cara hidup mereka. Sinonimnya Islam dengan bangsa Melayu jelas tergambar ; apabila di sebut “Melayu” maka identiti kepercayaan ini sudah tersedia bahawa mereka adalah Islam.Amalan kepercayaan ini secara tidak langsung selari dengan sikap berhemah orang Melayu yang sentiasa sopan, tidak mungkir janji, sentiasa tolong menolong dan bertanggungjawab.Asimilasi kepercayaan ini jelas tergambar berdasarkan beberapa upacara yang dijalankan dalam masyarakat Melayu iaitu; Khatam al-Quran, Berkhatan,Mauludurrasul, Assyura dll. Istitusi Sosial Pembentukan organisasi kelompok masyarakat terdiri daripada sistem kekeluargaan, pentadbiran dan pemerintahan yang dinamakan institusi sosial. Pembentukan institusi sosial adalah penting dalam menjamin keamanan dan keharmonian sesebuah negara. 19
  • 20. Kelompok yang paling penting dalam institusi ini ialah institusi kekeluargaan. Daripada sistem kekeluargaan akan wujud kelompok masyarakat yang lebih luas dan kompleks. Kekeluargaan merupakan satu kumpulan individu yang terbentuk atas dasar hubungan darah, perkahwinan, pengambilan anak angkat yang tinggal dalam sebuah rumah tangga. Anggota keluarga dalam sesebuah rumah tangga tidak akan dapat menimkati keamanan dan keharmonian sekiranyan pucuk pimpinan tidak diurus dengan baik dan sempurna. Dengan itu, wujud golongan pemimpin dari kalangan rakyat untuk membentuk sistem pentadbiran di bawah pemerintahan beraja pada peringkat negeri dan negara. Dengan adanya sistem pentadbiran dan pemerintahan ini, perjalanan aktiviti dalam negara akan menjadi lebih lancar dan teratur. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Semua anggota masyarakat yang berkelayakan berhak memilih pemimpin yang mereka fikir sesuai. Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan sistem gotong-royong PERCAMBAHA dan sistem kerah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti atau projek. N MINDA Sejauh manakah sistem gotong-royong dan sistem kerah masih diamalkan dalam masyarakat Melayu moden pada hari ini? Adat Resam dan Kepercayaan Adat mengikut pandangan masyarakat meliputi segala aspek cara hidup anggota masyarakat yang teratur dan memenuhi syarat keamanan dan keadilan setiap anggotanya. Adat merupakan pedoman hidup bagi anggota masyarakat. Pedoman hidup ini dimasukkan dalam rangkaian peraturan, petunjuk, perumpamaan, pantun, gurindam, pepatah dan petitih dan dijadikan panduan hidup bagi anggota masyarakat. Kepercayaan pula bermaksud sesuatu yang diyakini, ataupun mempercayai benarnya sesuatu perkara itu. Dalam sesuatu masyarakat terdapat satu sisitem kepercayaan sendiri. Begitu juga dengan masyarakat Melayu yang mempunyai sisitem kepercayaan sendiri. Sistem kepercayaan masyarakat Melayu mempunyai peringkat tertentu, iaitu daripada animisme, pengaruh Hindu dan Islam. 20
  • 21. Nilai dan Falsafah Nilai ialah komponen penting bagi setiap budaya sesuatu masyarakat. Nilai adalah idea yang dikongsi bersama berkenaan apa yang penting dan berguna. Ia bukanlah suatu objek yang mempunyai warna atau bentuk tetapi suatu pembentukan mental yang dihasilkan daripada tingkahlaku manusia. Dalam masyarakat Melayu tradisional wujud nilai yang pelbagai. Untuk mengkaji nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi amatlah sukar kerana masyarakat Melayu sejak zaman silam menghadapi berbagai-bagai proses perubahan iaitu daripada budaya Hindu, Islam dan Barat. Namun begitu kebudayaan Islam banyak mempengaruhi cara hidup orang Melayu termasuklah nilainya sekali. Beberapa contoh nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu: • Nilai berbudi bahasa -- bijak bertutur kata dan melayan tetamu. • Nilai budi -- bersikap sedia membantu seseorang dan berbuat baik kepada orang. • Nilai rendah diri -- bersikap tidak sombong dan bersopan-santun. Anda tentu tahu bahawa gadis Melayu dilarang menyanyi di dapur. Mengapa? Jelaskan adat resam dan kepercayaan ini yang telah menjadi pantang-larang dalam kehidupan masyarakat Melayu. Jawapan anda hendaklah disokong dengan grafik atau ilustrasi. 21
  • 22. 5.3 KESENIAAN MELAYU 5. 3. 1. Pengenalan dan Konsep Kesenian Setiap bangsa yang sudah bertamadun di dunia ini mempunyai kesenian masing-masing. Kesenian itu bukanlah milik seseorang atau sesuatu kaum, tetapi milik bangsa dan negara berkenaan. Seni merupakan satu lapangan penciptaan dan ekspresif yang terbuka dan ia boleh diungkapkan oleh sesiapa sahaja. Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan manusia sejak awal kehidupan manusia. Menurut ahli-ahli arkeologi , manusia telah menghasilkan imej-imej visual sejak zaman poleolitik. Seni secara umum diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Seni juga meliputi aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis. Bunyi dan muzik, liuk lentuk gerak dalam tarian, kombinasi cahaya dan sebagainya. Sidi Gazalba mengatakan seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang mengandungi nilai estetika berpadu dengan nilai estetika Islam. Istilah untuk estetika Islam itu ialah akhlak. Kesenian sebagai suatu aspek kehidupan, tertakluk kepada syariat Allah s.w.t. Seni yang tidak membawa mudarat atau kerosakan aslah diharuskan. Sebaliknya, seni yang mungkin mudarat atau merosakkan dimakruhkan dan jika pasti membawa mudarat atau kerosakan diharamkan. Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). 22
  • 23. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. 5.3.2 Fungsi Kesenian Melayu • Menonjolkan identiti bangsa • Memperkaya dan mengembangkan seni Melayu • Menerapkan nilai-nilai estetika • Menerapkan nilai keindahan dan kehalusan sesuatu karya • Merapatkan hubungan antara ahli masyarakat • Menjadi bahan hiburan yang menyenangkan 5.3.3 Ciri-Ciri kesenian & kebudayaan Melayu • Menjadi amalan / kebiasaan masyarakat • Menjadi identiti sesuatu masyarakat • Proses kesinambungan dari zaman berzaman • Mengalami perubahan namun masih berasaskan amalan masyarakat • Berteraskan agama Islam • Berkait rapat dengan latar belakang sejarah (animisme, Hindu – Buddha, Islam) • Pengaruh kuat dengan alam sekitar, kuasa ghaib dan mistik • Menonjolkan ketaatan / kesetiaan kepada pemmpin dan orang yang lebih tua • Sistem integrasi masyarakat • Berkait rapat dengan nilai, kepercayaan, falsafah hidup pemikiran, perilaku dan artefak • Membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain • Merangkumi unsur yang lebih universal 5.3.4 Jenis/ Bentuk Kesenian Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu : • Seni Suara • Seni Gerak • Seni Rupa • Permainan Tradisional SENI SUARA 23
  • 24. Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk- bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika. Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : • Seni Vokal Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik. Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah : a. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala. b. Nazam atau naban Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara. c. Marhaban, nasyid dan qasidah Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat. • Lagu yang digabungkan dengan muzik a. Dikir Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang. b. Hadrah 24
  • 25. Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang. c. Beduan Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana. d. Dikir barat Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana. e. Ghazal Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla. Seni Muzik Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan. Muzik Tradisi Warisan Istana Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu : • Tradisi tinggi (great tradition) • Tradisi rendah (little tardition) Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah 25
  • 26. gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau- Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong. Tradisi Muzik Rakyat Di samping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain. Tradisi Muzik Melayu yang lain Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa. SENI GERAK Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama. SENI TARI 26
  • 27. Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua. Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut : 1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya. 2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya. 3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya. 4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya. TARIAN ASLI Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya. TARIAN ASYIK Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak. TARIAN AYAM DIDIK Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik. TARIAN BALAI Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis- gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang. 27
  • 28. CANGGUNG Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua TARIAN SITI WAU BULAN Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau. TARIAN CINTA SAYANG Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut. TARIAN DABUS Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali. TARIAN GAMBUS Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab. TARIAN INAI Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar- pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin. TARIAN JOGET Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia. TARIAN KUDA KEPANG Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat. TARIAN MAK INANG 28
  • 29. Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial. TARIAN ZAPIN Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu. DRAMA TRADISOANAL Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut : MAIN PUTERI Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat. MAKYUNG Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani. MENORA Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan. WAYANG KULIT Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya wayang kulit yang masih kekal. SENI RUPA Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. SENI UKIR 29
  • 30. Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus. SENI KRAFTANGAN Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. SENI TEMBIKAR Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak. SENI ANYAMAN Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. TEKATAN Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain. SENI TENUNAN Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan 30
  • 31. ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas. SENI BATIK Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering. SENI TEMBAGA Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya SENI BINA Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau PERMAINAN RAKYAT Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis- majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya. Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri. Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat. Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak. 31
  • 32. Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain. PERMAINAN GASING Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah. Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : 1. Permainan untuk bersuka ria 2. Pertandingan gasing 3. Permainan untuk pertunjukkan. PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis. Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya. PERMAINAN CONGKAK Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak terluang. Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. MENYABUNG AYAM 32
  • 33. Salah satu permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat Melayu tradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan ayam. Permaina sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambut kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja. Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan. SEPAK RAGA Sepaka raga ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan oleh beberpapa orang pemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulaid engan salah sorang pemian melambugkan bola kepada salah seorang pemian yang lain. Pemain lain kan menimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain. 5.3.5. Sejarah Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu Masyarakat awal Melayu ialah masyarakat yang mengamalkan fahaman animisme. Fahaman ini berkait rapat dengan kepercayaan kepada semangat dan roh. Setiap kehidupan mempunyai semangat yang perlu disembah dan dihormati. Namun berlaku perubahan besar dalam peradaban masyarakat Melayu setelah masuknya tiga pengaruh luar yang mempunyai sejarah peradaban yang begitu tinggi. Kemasukan pengaruh luar ini telah memberi kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan budaya Melayu. Masyarakat Melayu telah menerima beberapa sistem sosial kehidupan luar ini dalam kehiidupan mereka. Pengaruh luar tersebut ialah; • pengaruh Hindu Pengaruh Hindu mula bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak awal abad pertama Masihi hingga kurun ke-14. Menurut A. Aziz Deraman (1994), pengaruh Hindu telah diterima dalam sistem sosial khususnya dalam sistem politik dan kemasyarakatan tempatan, adat istiadat dan upacara, bahasa dan kesusasteraan, keesenian, kepercayaan dan falsafah. • pengaruh Islam 33
  • 34. Pengaruh Islam tersebar dan berkembang di alam Melayu sejak abad ketiga belas Masihi. Islam dibawa ke alam Melayu melalui perdagangan oleh pedagang India dan Arab. Pengaruh Islam ini telah mengubah tradisi anismisme dan Hinduisme yang telah lama sebati dalam jiwa masyarakat Melayu. • pengaruh Barat Alam Melayu telah mula menerima pengaruh Barat melalui penjajahan Portugis ke atas Melaka. Kemudian, dikuti kemasukan Belanda dan British yang telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap perkembangan peradaban Melayu. Rujukan Ahmad Kamal Abdullah. 1989. Gejala esei dan kritikan puisi Melayu moden 1955- 1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Aziz Deraman. 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. M. Thani (Peny.). 1981. Esei sastera ASAS 50. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Teeuw. 1983. Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia. Hamzah Hamdani (Peny.) 1988. Konsep dan pendekatan sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hashim Awang. 1988. Kritikan kesusasteraan teori dan penulisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein (Peny.). 1974. Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi. Kamarudin Hj. Husin. 1999. Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lodge, David (ed.). 1988. Modern critisam and theory. London : Longman. Shamsudin Othman dan Maniyamin bin Haji Ibrahim. 2003. Kamus Komsas KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Othman Puteh (Peny.) 1994. Teks cerminan nilai budaya bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari. 1988. Kritikan sastera Melayu pendekatan dan pemikiran. Kuala 34
  • 35. Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sahlan Mohd. Saman (Peny.) 1994. Pengarang teks dan khalayak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. SENARAI PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN Bil. Nama Kelayakan 1. KO-ORDINATOR / PENASIHAT BA( Hons)UM, Dip. Pendidikan MY HJ.RUSLI BIN MAHMOOD Guru Bahasa Melayu 4 tahun, KETUA JABATAN PENGAJIAN Pensyarah Pengajian Melayu 18 MELAYU MAKTAB PERGURUAN KOTA tahun BHARU KELANTAN 2. PENGERUSI Bac. Pendidikan PBMP (UPM), ABDULLAH BIN MOHD YASSIN MA (UM), Sijil Perguruan Asas JABATAN PENGAJIAN MELAYU, (PPAK), Sijil Perguruan Khas IPGM KAMPUS KOTA BHARU, KEL. (IBKL). Guru Bahasa Melayu 27 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 2 tahun Munsyi Dewan 12 tahun. 3. AHLI 1 4. AHLI 2 35
  • 36. 36