Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani
1. Penggabungjalinan dalam
pendidikan jasmani
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat
dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang
pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-
kemahiran yang ada di dalam satu matapelajaran
itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran
daripada beberapa matapelajaran yang lain.
Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses
pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi
dan anjakan ke arah mewujudkan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi
menimbulkan minat dan rasa seronok dalam
kalangan murid.
Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. Pertama,
Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu
mata pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan
kemahiran mata pelajaran lain. Ketiga,
menggabungkan kedua-dua jenis
penggabungjalinan dalam satu pengajaran.
Contoh Penggabungjalinan
Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu
mata pelajaran.
2. Contoh permainan - bola sepak. Di dalam
permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang
didedahkan kepada murid seperti menghantar,
menggelecek, menjaring, menendangr dan
sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau
lebih kemahiran dalam satu-satu sesi
pengajarannya, contohnya menggabungkan
kemahiran menggelecek dan menendang. Dalam
lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola
dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat
tendangan dengan teknik yang betul. Di sini, kita
dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan
dalam pendidikan jasmani.
Penggabungjalinan dengan kemahiran mata
pelajaran lain.
Contoh aktiviti – regangan. Di dalam aktiviti ini,
guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan
mengira yang diajar dalam mata pelajaran
matematik. Guru hanya perlu meminta murid-
murid membuat pergerakan regangan sambil
mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan.
Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung
dapat memperbaiki kekuatan memori mereka
terhadap angka.
Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan
3. dalam satu pengajaran.
Contoh aktiviti – senamtari (senamrobik). Aktiviti
ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan
muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza
rentak dan kemudian meminta murid-murid
melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak
lagu. Ketika murid melakukan pergerakan, mereka
juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai
sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka
menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran
yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan
menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan
guru untuk member penerangan yang jelas kepada
murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.
Posted by pak long at 6:29 PM
Labels: Nota PJ
Newer PostOlder PostHome
LINKWITHIN
http://notapismp.blogspot.com/2010/09/penggabungjalinan-dalam-pendidikan.html