SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Rasional
Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang
berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro
dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan
teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.

Tujuan
 Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk
    membaiki diri sendiri.
 Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan
    menyeronokkan.
 Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui
    proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan
    pembetulan selanjutnya.
 Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.
 Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar
    semasa praktikum nanti.
Pendahuluan
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid
melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan,
penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat,
sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan
tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.

Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan
kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik
darjah.

Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu
masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat
meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

Pengajaran Mikro

Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam
profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan
oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran
mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan
perkaitan dengan pembelajaran murid.

Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran
mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia
untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran
dan pengajaran seperti kemahiran: –

   Set induksi
   Tunjuk cara
   Variasi rangsangan
 Peneguhan
 Penyoalan
 Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
 Penerangan
 Aprisiasi
 Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
 Penutup
KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran
atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah
menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan
menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan
belajar. Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas
dengan pengalaman lalu/sedia ada.

1. Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid
kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat
bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.

1. Menimbulkan pergerakan
Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan
semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan
muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau
memulakan aktiviti.

1. Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti – Tengah hari ini
kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas
perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan
mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.

1. Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda
berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau
Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.

Set induksi yang berkesan ialah,

1. Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada
   yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah
dan teknik penyampaian.       Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar
dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

1. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di
antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan
perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah
akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.

2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan
yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan
semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau
melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.

3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap
pelajaran.   Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan,
sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan
terhadap pelajaran.

4. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat
menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa
seronok kepada murid.

5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar
atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan
penyampaian maklumat kepada muridnya.

Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan
murid semasa mereka belajar.

Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-

1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang
    digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu
    perjalanan pelajaran.
3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar
    dan alat bantu mengajar.
4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas
    murid.
KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara
yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid
kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus
tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah
disempurnakan.       Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang
baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada
individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;-

1. Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’,
‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah
cadangan yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif.

2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti
senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai
isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu,
menepuk tangan dan sebagainya.

3. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di
sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.

4. Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama
jantina).

5. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja
yang baik.

6. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana
telah menghasilkan kerja yang baik.     Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi
hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam
pelajaranya.

Peneguhan yang berkesan ialah:-

1. Kemesraan dan semangat
Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan
pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.

1. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan
       Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang
selalu diulang akan hilang maknanya.

1. Peneguhan positif
      Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang
belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau
‘jawapan kamu tidak tepat’.

1. Kefahaman murid tentang peneguhan
Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan
perlakuan dan pencapaian mereka.   Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan
kumpulan sosial murid.

KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran
yang lain.  Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa
ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya
dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan
poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran
penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran sosial yang berkesan.

Penyoalan yang mudah atau asas
 i. Pembentukan soalan             -       guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan
menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.
 ii. Fokus        -     Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai
murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang
diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.
iii. Arah         –           Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas
berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu,
atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.
iv. Penyebaran              -          Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya
dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.
v.     Pemberitahuan                 -          Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang
boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh
membawa kepada jawapan kepada soalan itu.
Penyoalan yang kompleks
A)       i.     Mempelbagaikan peringkat soalan             -       Guru menyoal soalan yang berbeza
aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza.
          ii.    Ingat semula          -          Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula
maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang
lebih kompleks.
          iii.    Kefahaman          -          Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu
perkara.
          iv.      Aplikasi           -          Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat
menggunakan pengetahuan yang lalu.
          v.       Analisis            -          Guru menyoal murid yang membolehkan murid
memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus
dan melahirkan pemikiran mereka.
          vi.      Sintisis              -         Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang
murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan
beberapa idea.
          vii. Penilaian               -          Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka
membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab
untuk menyokong anggapan itu.
B)      i.     Penyungkilan        -          Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid
memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.
          ii. Soalan penjelasan                 -        Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan
padat.
          iii. Soalan Penyokongan             -        Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan
tertentu itu diberikan oleh muridnya.
          iv. Soalan Persetujuan              -         Guru menanya muridnya adakah mereka setuju
atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.
          v.     Soalan Contoh                  -        Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-
contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu.
Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro
1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa
     diberi kepada murid untuk berfikir.
2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam
     kumpulan kelas itu.
3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.
4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.

Perkara yang penting dalam pengajaran mikro
1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan
    pengajarannya.
2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn
    mikronya.
3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan.
4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke
    maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.
5. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya.
6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi
    pelajaran.
7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan.
8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video,
    tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari
    segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.
Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam
profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan
oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran
mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan
perkaitan dengan pembelajaran murid.

Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran
mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia
untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran
dan pengajaran seperti kemahiran: –

 Set induksi
 Tunjuk cara
 Variasi rangsangan
 Peneguhan
 Penyoalan
 Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
 Penerangan
 Aprisiasi
 Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
 Penutup
KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran
atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah
menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan
menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan
belajar. Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas
dengan pengalaman lalu/sedia ada.

1. Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid
kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat
bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
1. Menimbulkan pergerakan
Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan
semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan
muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau
memulakan aktiviti.

1. Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti – Tengah hari ini
kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas
perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan
mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.

1. Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda
berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau
Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.

Set induksi yang berkesan ialah,

1. Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada
   yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah
dan teknik penyampaian.       Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar
dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

1. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di
antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan
perhatian kepada pelajaran.   Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah
akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.

2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan
yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan
semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau
melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.

3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap
pelajaran.   Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan,
sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan
terhadap pelajaran.

4. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat
menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa
seronok kepada murid.

5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar
atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan
penyampaian maklumat kepada muridnya.

5. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan
murid semasa mereka belajar.

Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-

1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang
    digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu
    perjalanan pelajaran.
3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar
    dan alat bantu mengajar.
4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas
    murid.
KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara
yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid
kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus
tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah
disempurnakan.       Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang
baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada
individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;-

1. Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’,
‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah
cadangan yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif.

2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti
senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai
isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu,
menepuk tangan dan sebagainya.

3. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di
sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.

4. Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama
jantina).

5. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja
yang baik.

6. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana
telah menghasilkan kerja yang baik.     Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi
hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam
pelajaranya.

Peneguhan yang berkesan ialah:-

1. Kemesraan dan semangat
Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan
pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.

1. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan
       Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang
selalu diulang akan hilang maknanya.

1. Peneguhan positif
      Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang
belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau
‘jawapan kamu tidak tepat’.

1. Kefahaman murid tentang peneguhan
Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan
perlakuan dan pencapaian mereka.   Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan
kumpulan sosial murid.

KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran
yang lain.  Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa
ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya
dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan
poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran
penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran sosial yang berkesan.

Penyoalan yang mudah atau asas
 i. Pembentukan soalan       -      guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan
menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.
 ii. Fokus    -     Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai
murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang
diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.
iii. Arah     –         Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas
berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu,
atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.
iv. Penyebaran        -          Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya
dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.
v.    Pemberitahuan            -        Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang
boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh
membawa kepada jawapan kepada soalan itu.
Penyoalan yang kompleks
A)       i.  Mempelbagaikan peringkat soalan       -      Guru menyoal soalan yang berbeza
aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza.
ii.   Ingat semula       -       Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula
maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang
lebih kompleks.
          iii.   Kefahaman       -       Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu
perkara.
          iv.     Aplikasi        -       Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat
menggunakan pengetahuan yang lalu.
          v.      Analisis         -       Guru menyoal murid yang membolehkan murid
memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus
dan melahirkan pemikiran mereka.
          vi.     Sintisis           -      Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang
murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan
beberapa idea.
          vii. Penilaian           -       Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka
membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab
untuk menyokong anggapan itu.
B)      i.     Penyungkilan    -       Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid
memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.
          ii. Soalan penjelasan          -        Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan
padat.
          iii. Soalan Penyokongan      -        Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan
tertentu itu diberikan oleh muridnya.
          iv. Soalan Persetujuan       -         Guru menanya muridnya adakah mereka setuju
atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.
          v.     Soalan Contoh           -        Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-
contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu.
Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro
1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa
    diberi kepada murid untuk berfikir.
2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam
    kumpulan kelas itu.
3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.
4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.

KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH
Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta
contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak.     Contoh
yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan
contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada
perkara yang akan diketahui.    Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru
boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.

Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh
Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif :
contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh,
soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;-

            i.   Contoh mudah                 -     guru menggunakan contoh mudah,
dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu.
             ii.  Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep    -      menggunakan
contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.
            iii. Contoh ingin tahu           -      menggunakan contoh yang boleh
membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid.
iv.   Media yang sesuai          -       menggunakan media yang sesuai dengan
kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.
             v.    Pendekatan        -          memilih        pendekatan yang sesuai dengan
peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.
             vi.  Penglibatan murid         -        murid dilibatkan secara lisan, seperti
menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara
dengan menggunakan contoh atau model
KEMAHIRAN PENERANGAN
Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah
menentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan
berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru.       Oleh itu ada banyak peringkat dan
bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,

a.     Pentarifan    -        menjelaskan sesuatu isu

b.      Penerangan    -       menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.

c.     Sebab              -    pemberian alasan

Penerangan berstruktur
(a)       Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama
yang terlibat.

(b)    Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait,
penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat.

(c)     Penyimpulan     -      guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya.         Dr.
G.A. Brown,   ‘Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan’.

Penerangan Penyampaian
(a)        Penggunaan penyampaian yang jelas          -       guru menerangkan sesuatu
aspek pada satu masa, dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau
ilastrasi.   Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum
sesuatu aspek penting diterangkan.

(b)     Penggunaan penekanan variasi rangsangan      -       guru hendaklah menggunakan
peringkat, nada dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan
dengan sesuatu.    Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya.

(c)     Penggunaan penekanan – petunjuk dan perkaitan dan keutamaan - menggunakan
perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam
penerangannya - contoh:

Petunjuk       -      ‘Tiga bidang utama………….’

Perkaitan      -      ‘Ini membawa kepada……………’

Keutamaan    -        ‘Dengan ini……………….’
(d) Jauhkan kekaburan       -        ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas.
Elakkan menggunakan perkataan ‘…….. dan lain-lain, ……. dan sebagainya…….. dan yang sama
sepertinya’.

(e)   Sekuens    -        guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai
rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul.

(f)  Maklumat balas   -        penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid
menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru
hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan.

KEMAHIRAN PENUTUP
Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;-

1.    Menegaskan semula perkara-perkara penting.
2.    Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif).
3.    Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.
4.    Cadangan aktiviti
           i.Menegaskan semula
               Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kaji

             Semula ( boleh melibatkan murid )

(a) Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran                 akhir, ringkasan perkara
penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan.

(b)      Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi

           Rangsangan    -    Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

        ii. Penilaian
            Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid
telah memahami isi pelajaran hari ini, rumusan kognetif.

1. Kaitan kehidupan sosial
               Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid.

1. Cadangan aktiviti
               (a) kaitkan dengan kognitif       -   membuat latihan,membuat projek baru dan
menjalankan kajian.

                 (b) Perkaitan sosial -  menimbulkan perasaan kejayaan dengan
peneguhan dan menyatakan peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan
yang lebih tinggi.

                  (c)   galakan motivasi   -   kemesraan dan semangat untuk mengekalkan
minat.

Penutup yang berkesan ialah;-
1.   Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid.
2.   Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.
3.   Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.
4.   Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.
5.   Mengukur pembelajaran murid.
6.   Mencadangkan aktiviti berkaitan.

Contenu connexe

Tendances

Pngajaran makro ppt
Pngajaran makro pptPngajaran makro ppt
Pngajaran makro ppt
Abd Haris
 
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Septi Dewi
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematika
Susand Susand
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
firo HAR
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
shockgadof
 
Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan
Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihanPenyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan
Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan
Zainor Din
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Alia Ayumi
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
AiraHumaira
 
8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar
Jeny Hardiah
 
Tendances (20)

Pngajaran makro ppt
Pngajaran makro pptPngajaran makro ppt
Pngajaran makro ppt
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematika
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
Bab 1 modul kb 5 mendakan variasi.(1)
Bab 1 modul kb 5 mendakan variasi.(1)Bab 1 modul kb 5 mendakan variasi.(1)
Bab 1 modul kb 5 mendakan variasi.(1)
 
Modul KB 5 Mendakan Variasi
Modul KB 5 Mendakan VariasiModul KB 5 Mendakan Variasi
Modul KB 5 Mendakan Variasi
 
Guru permulaan (pengajaran)
Guru permulaan (pengajaran)Guru permulaan (pengajaran)
Guru permulaan (pengajaran)
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
Etika Profesi_8 metode dan teknik mengajar ala rasulullah
Etika Profesi_8 metode dan teknik mengajar ala rasulullahEtika Profesi_8 metode dan teknik mengajar ala rasulullah
Etika Profesi_8 metode dan teknik mengajar ala rasulullah
 
Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan
Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihanPenyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan
Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan
 
Presentasi 9 ketrampilan mengajar guru
Presentasi 9 ketrampilan mengajar guru Presentasi 9 ketrampilan mengajar guru
Presentasi 9 ketrampilan mengajar guru
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
 
Pembelajaran berkesan
Pembelajaran berkesanPembelajaran berkesan
Pembelajaran berkesan
 
8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Similaire à Bahan

PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
keryman313
 
STRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docx
STRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docxSTRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docx
STRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docx
UpiHambuku
 
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar
Pensil Dan Pemadam
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
baharnizam
 
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Operator Warnet Vast Raha
 
Similaire à Bahan (20)

PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
pengembangan variasi mengajar kel.2 (1).pptx
pengembangan variasi mengajar kel.2 (1).pptxpengembangan variasi mengajar kel.2 (1).pptx
pengembangan variasi mengajar kel.2 (1).pptx
 
STRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docx
STRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docxSTRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docx
STRATEGI_PEMBELAJARAN_DI_SD.docx
 
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar
 
Kompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guruKompetensi mengajar guru

Implementasi Keterampilan Mengajar dalam Pembelajaran Kelas
Implementasi Keterampilan Mengajar dalam Pembelajaran KelasImplementasi Keterampilan Mengajar dalam Pembelajaran Kelas
Implementasi Keterampilan Mengajar dalam Pembelajaran Kelas
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Babaaaaaaaaaanb
BabaaaaaaaaaanbBabaaaaaaaaaanb
Babaaaaaaaaaanb
 
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
 
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
 
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
Pada kenyataannya dewasa ini banyak para guru yang mengajar dengan pola tradi...
 
Kelompok 4 Microteaching_Keterampilan Mengadakan Variasi.pptx
Kelompok 4 Microteaching_Keterampilan Mengadakan Variasi.pptxKelompok 4 Microteaching_Keterampilan Mengadakan Variasi.pptx
Kelompok 4 Microteaching_Keterampilan Mengadakan Variasi.pptx
 
Bahan

  • 1. Rasional Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia. Tujuan  Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri.  Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan.  Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.  Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.  Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti. Pendahuluan Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran- kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran. Pengajaran Mikro Kemahiran Pengajaran Mikro Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran: –  Set induksi  Tunjuk cara  Variasi rangsangan
  • 2.  Peneguhan  Penyoalan  Mengilustrasi dengan menggunakan contoh  Penerangan  Aprisiasi  Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran  Penutup KEMAHIRAN SET INDUKSI Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada. 1. Menarik perhatian Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain. 1. Menimbulkan pergerakan Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti. 1. Struktur Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti – Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu. 1. Membuat perkaitan Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian. Set induksi yang berkesan ialah, 1. Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran. 3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui. KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. 1. Pergerakan Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan
  • 3. perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. 2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture) Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran. 3. Mengubah nada pertuturan Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. 4. Penglibatan murid secara lisan Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. 5. Penggunaan Pancaindera Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya. Aktiviti Fizikal Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:- 1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran. 2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran. 3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. 4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid. KEMAHIRAN PENEGUHAN Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;- 1. Peneguhan lisan
  • 4. Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif. 2. Peneguhan gerakgeri Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya. 3. Peneguhan dampingan Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya. 4. Peneguhan sentuhan Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina). 5. Peneguhan aktiviti Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik. 6. Peneguhan ganjaran Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya. Peneguhan yang berkesan ialah:- 1. Kemesraan dan semangat Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan. 1. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya. 1. Peneguhan positif Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’. 1. Kefahaman murid tentang peneguhan Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid. KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa
  • 5. ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Penyoalan yang mudah atau asas i. Pembentukan soalan - guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. ii. Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. iii. Arah – Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal. iv. Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. v. Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu. Penyoalan yang kompleks A) i. Mempelbagaikan peringkat soalan - Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza. ii. Ingat semula - Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. iii. Kefahaman - Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara. iv. Aplikasi - Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. v. Analisis - Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka. vi. Sintisis - Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea. vii. Penilaian - Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. B) i. Penyungkilan - Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya. ii. Soalan penjelasan - Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat. iii. Soalan Penyokongan - Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya. iv. Soalan Persetujuan - Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. v. Soalan Contoh - Guru mengarahkan muridnya memberi contoh- contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu. Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro 1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir. 2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu. 3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.
  • 6. 4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid. Perkara yang penting dalam pengajaran mikro 1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya. 2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya. 3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan. 4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah. 5. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya. 6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran. 7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan. 8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis. Kemahiran Pengajaran Mikro Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran: –  Set induksi  Tunjuk cara  Variasi rangsangan  Peneguhan  Penyoalan  Mengilustrasi dengan menggunakan contoh  Penerangan  Aprisiasi  Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran  Penutup KEMAHIRAN SET INDUKSI Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada. 1. Menarik perhatian Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
  • 7. 1. Menimbulkan pergerakan Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti. 1. Struktur Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti – Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu. 1. Membuat perkaitan Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian. Set induksi yang berkesan ialah, 1. Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran. 3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui. KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. 1. Pergerakan Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. 2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture) Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran. 3. Mengubah nada pertuturan Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. 4. Penglibatan murid secara lisan Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. 5. Penggunaan Pancaindera
  • 8. Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya. 5. Aktiviti Fizikal Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:- 1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran. 2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran. 3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. 4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid. KEMAHIRAN PENEGUHAN Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;- 1. Peneguhan lisan Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif. 2. Peneguhan gerakgeri Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya. 3. Peneguhan dampingan Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya. 4. Peneguhan sentuhan Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina). 5. Peneguhan aktiviti Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik. 6. Peneguhan ganjaran
  • 9. Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya. Peneguhan yang berkesan ialah:- 1. Kemesraan dan semangat Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan. 1. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya. 1. Peneguhan positif Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’. 1. Kefahaman murid tentang peneguhan Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid. KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Penyoalan yang mudah atau asas i. Pembentukan soalan - guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. ii. Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. iii. Arah – Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal. iv. Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. v. Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu. Penyoalan yang kompleks A) i. Mempelbagaikan peringkat soalan - Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza.
  • 10. ii. Ingat semula - Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. iii. Kefahaman - Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara. iv. Aplikasi - Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. v. Analisis - Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka. vi. Sintisis - Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea. vii. Penilaian - Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. B) i. Penyungkilan - Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya. ii. Soalan penjelasan - Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat. iii. Soalan Penyokongan - Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya. iv. Soalan Persetujuan - Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. v. Soalan Contoh - Guru mengarahkan muridnya memberi contoh- contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu. Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro 1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir. 2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu. 3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan. 4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid. KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;- i. Contoh mudah - guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu. ii. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep - menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan. iii. Contoh ingin tahu - menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid.
  • 11. iv. Media yang sesuai - menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar. v. Pendekatan - memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar. vi. Penglibatan murid - murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model KEMAHIRAN PENERANGAN Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan, a. Pentarifan - menjelaskan sesuatu isu b. Penerangan - menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah. c. Sebab - pemberian alasan Penerangan berstruktur (a) Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yang terlibat. (b) Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat. (c) Penyimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya. Dr. G.A. Brown, ‘Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan’. Penerangan Penyampaian (a) Penggunaan penyampaian yang jelas - guru menerangkan sesuatu aspek pada satu masa, dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi. Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan. (b) Penggunaan penekanan variasi rangsangan - guru hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan sesuatu. Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya. (c) Penggunaan penekanan – petunjuk dan perkaitan dan keutamaan - menggunakan perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya - contoh: Petunjuk - ‘Tiga bidang utama………….’ Perkaitan - ‘Ini membawa kepada……………’ Keutamaan - ‘Dengan ini……………….’
  • 12. (d) Jauhkan kekaburan - ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas. Elakkan menggunakan perkataan ‘…….. dan lain-lain, ……. dan sebagainya…….. dan yang sama sepertinya’. (e) Sekuens - guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul. (f) Maklumat balas - penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan. KEMAHIRAN PENUTUP Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;- 1. Menegaskan semula perkara-perkara penting. 2. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif). 3. Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial. 4. Cadangan aktiviti i.Menegaskan semula Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kaji Semula ( boleh melibatkan murid ) (a) Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran akhir, ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan. (b) Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi Rangsangan - Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid. ii. Penilaian Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini, rumusan kognetif. 1. Kaitan kehidupan sosial Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid. 1. Cadangan aktiviti (a) kaitkan dengan kognitif - membuat latihan,membuat projek baru dan menjalankan kajian. (b) Perkaitan sosial - menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan menyatakan peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi. (c) galakan motivasi - kemesraan dan semangat untuk mengekalkan minat. Penutup yang berkesan ialah;-
  • 13. 1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid. 2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran. 3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami. 4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan. 5. Mengukur pembelajaran murid. 6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.