Bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bagi umat Islam dimana mereka diwajibkan berpuasa, meningkatkan ibadah, dan mendekatkan diri kepada Allah. Bulan ini juga dipenuhi rahmat, keberkatan, dan rezeki yang melimpah bagi orang-orang beriman."
3. 1.O PENGENALAN
Ramadhan adalah merupakan bulan yang ke-9. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau
30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang
bermaksud:
Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar
dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada
bulan itu...
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat,
membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan
berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah,
dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin .
2.0
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya di dalam surga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu
'al-Rayan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah
orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut.Setelah semua orang yang berpuasa
memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya." (HR. Muslim, dari Sahl Ibn
Sa'd).
3
4. Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan
Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat,
menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini
dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik
dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR AtThabrani)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan
yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari
seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya
sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan
orang mengerjakan 70 kewajiban.Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah
syurga.Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap
hamba-Nya.Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka
akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal
dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
Sambutan Nabi Muhammad SAW ini merupakan teladan bagi umatnya dalam menghadapi datangnya bulan
Ramadhan.Sambutan hangat penuh kegembiraan yang Baginda sampaikan menunjukkan perlunya tarhib
Ramadhan seperti khutbah Rasulullah SAW ini diamalkan secara bersungguh-sungguh oleh kaum Muslimin.Jika
ada satu ketika di mana pemimpin negara menyampaikan pidatonya, tentulah saat tersebut bukan saat biasa.Itu
sebuah program terpenting dengan saat paling istimewa.Demikian pula dengan bulan Ramadhan yang penuh
dengan keunggulan dan kemuliaan.
Dari hadis tersebut, Rasulullah SAW menyebutkan 8 keistimewaan bulan Ramadhan dibandingkan bulan-bulan
yang lain, iaitu:
1. Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)
„Azhim‟ digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan
sesuatu.Sesuatu yang diagungkan Rasulullah SAW tentulah memiliki nilai yang jauh lebih besar dan sangat
mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa.Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah
kerana Allah SWT juga mengagungkan bulan ini. Firman Allah SWT: “Demikianlah (perintah Allah SWT). Dan
barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” (QS
Al-Hajj: 32)
Ramadhan diagungkan oleh Allah SWT kerana pada bulan inilah Allah SWT mewajibkan puasa sebagai
salah satu dari lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah Penyayang telah menetapkan dan mensucikan
4
5. bulan ini dan kemudiannya memberikan segala kemurahan, kasih sayang, dan kemudahan bagi hamba-hamba
yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
2. Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
Bulan ini penuh keberkatan dan manfaat.Detik demi detik di bulan Suci ini bagaikan rangkaian berlian
yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah
berpahala yang balasannya langsung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan
asalkan ikhlas.
Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama
yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah),
manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah
SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW: “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu
kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman:
“Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat,
makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu
kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau
mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
Allah SWT mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan AlQuran sebagai pedoman hidup. Firman Allah SWT: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan
Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan furqan
(pembeda di antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu,
maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka),
maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.Dan hendaklah kamu
mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan
kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS Al-Baqarah: 185)
Ayat di atas menjelaskan bahawa tujuan utama amalan pada bulan Ramadhan ialah membentuk insane
bertakwa yang menjadikan Kitabullah sebagai manhajul hayat (pedoman hidup).Dapat dikatakan bahawa
Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran. Rasulullah SAW menerima wahyu pertama pada bulan
5
6. Ramadhan dan di setiap bulan Ramadhan, Malaikat Jibril AS akan datang sehingga dua kali untuk menguji
hafalan dan pemahaman Rasulullah SAW terhadap Al-Quran.
4. Syahrus Siyam
Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS Al-Baqarah: 183)
Dari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu dari 5 rukun (tiang) Islam yang sangat
penting, iaitu shaum (puasa).Kewajiban berpuasa adalah penting sebagaimana kewajiban solat 5 waktu.Maka
sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana dia mendirikan solat Subuh atau
Maghrib yang memakan waktu beberapa minit sahaja.Puasa Ramadhan dilakukan tiap hari dari terbit fajar
sehingga terbenam matahari (Maghrib).Siyam bermaksud menahan diri dari makan, minum dan berjimak serta
segala macam maksiat di siang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.Jadi, untuk mencapai
kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan, minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri
dengan meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh.
5. Syahrul Qiyam
Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat
dan membaca Al-Quran.Di bulan Ramadhan, setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir
sebagai latihan agar mampu mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan
mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muttafaqun 'Alaih).
6. Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk sentiasa sabar, tidak mengeluh dan tahan uji di dalam
keadaan lapar dan dahaga.Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental dan spiritual.
Orang yang sabar akan bersama Allah SWT sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga.
Sabar lahir bersama segala bentuk kerja besar yang berisiko seperti dalam dakwah dan jihad fi
sabilillah.Ramadhan melatih Muslim beramal islami dalam berjamaah untuk meninggikan kalimah Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: "Puasa itu setengah kesabaran. Kesabaran itu setengah dari iman." (HR Tirmidzi,
Abu Na'im, dan Abu Mas'ud)
6
7. 7. Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)
Ramadhan menjadi bulan santunan apabila orang-orang beriman sedar sepenuhnya bahawa puasa
mendidik mereka untuk memiliki rasa simpati terhadap golongan fakir miskin kerana merasakan lapar dan
dahaga sebagaimana yang biasa dirasai oleh golongan tersebut.Kerana itu kaum Muslimin dianjurkan supaya
sentiasa bermurah hati untuk membantu golongan yang memerlukan.Sifat memberi tanpa mengharapkan
balasan harus ditanam di dalam setiap diri Muslim.
“Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat
beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an.Jibril menemui beliau setiap malam pada
bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih
dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.” (HR Bukhari dan Muslim)
Segala amal yang berkaitan dengan harta seperti zakat fitrah sedekah, infak, wakaf, dan sebagainya,
bahkan zakat harta pun sebaiknya dilakukan pada bulan yang mulia ini.Memberi, meskipun kecil, bernilai besar
di sisi Allah SWT.Sesiapa yang memberi makan atau minum kepada orang yang berpuasa walaupun hanya
seteguk air, mendapat pahala puasa seperti yang diperolehi oleh orang yang berpuasa.
8. Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki Untuk Orang-Orang Mukmin)
Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerana segala kemudahan dibuka oleh Allah SWT seluasluasnya. Para pedagang akan beruntung, orang yang menjadi pekerja mendapat kelebihan pendapatan dan
sebagainya. Namun rezeki terbesar adalah hidayah Allah SWT kemudian hikmah dan ilmu yang begitu mudah
diperoleh di bulan yang mulia ini.
3.0
Penutup
Kesimpulannya daripada keistimewaan bulan Ramadhan ,bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan
istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim
mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amalamal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan
bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.
7
8. Sumber / Rujukan
Diperoleh pada 31 hb Ogos 2013 daripada sumber http://www.imi.gov.my/puspanita/index.php/bimbinganagama/2-uncategorised/32-keistimewaan-ramadhan
Diperoleh pada31 hb Ogos 2013 darpada sumber http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis3.html
8