SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana,
guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada
pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “ Perpaduan
Asas Kecemerlangan Negara ”.


      Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara
merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.


      Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia
merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat.


Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
      Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat
dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan
suasana politik yang stabil.


      Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan
negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai
kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi
bangsa yang bermaruah dan berdikari.


Hadirin yang dihormati,
      Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai
ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan
menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti
akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara.


      Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah melanda
negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat negara ini telah tergugat
akibat peristiwa pahit itu.
Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah
melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan
negara. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk
memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini. Jadi, rakyat
negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan cinta
akan negara.


Para Hadirin yang dikasihi,
      “ Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara ”.
      Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan
rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Perpaduan negara ini
adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi
kemegahan kita semua. Oleh itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam
berharmoni.


      Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut :


                         Tasik Chini dipenuhi bunga,
                         Ada cerita terdapat naga;
                         Negara diancam huru-hara,
                         Perpaduan dengan Rukun Negara.


                         Sungai Pahang berjela-jela,
                         Naik rakit merentas desa;
                         Demi rakyat negara tercinta,
                         Perpaduan tonggak 1 Malaysia.


Sekian, terima kasih.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan
hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “ Kepentingan Mengamalkan
Gaya Hidup Sihat ”.


Hadirin sekalian,
        Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya
hidup       sihat     memang        banyak       kepentingannya       kepada       manusia.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan
bertenaga. Jadi, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh
sekurang – kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini diibaratkan sediakan payung
sebelum hujan supaya seseorang itu dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan
menjadi sihat melalui aktiviti senaman.


        Selain itu, amalan ini juga dapat melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras
dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Satu amalan yang
penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut
hierarki piramid makanan. Hal demikian dapat menjadi tubuh orang yang mengamalkan
pemakanan seimbang ini mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.


        Sebagai contoh, seseorang perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau
mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung koronari, diabetis dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui
peralatan moden dalam bidang perubatan.


        Selain itu, langkah pemulihan perlu dilakukan dengan segera. Hal ini kerana alat-
alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah
terhantuk baru tergadah.
Akhirnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa amalan gaya hidup sihat memang
perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan hidup. Jadi, setiap individu perlulah
mengambil langkah yang proaktif untuk kekal hidup dengan bahagia kerana kesihatan
melambangkan kebahagiaan.


Sekian, terima kasih.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini
ialah “ Masyarakat Berilmu Negara Maju ”.


Hadirin yang saya hormati,
      Saya pasti bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan menafikan kepentingan ilmu
dalam kehidupan. Ilmu sebagai pelita hati, iaitu merupakan sinar yang dapat memberikan
panduan dalam kehidupan manusia. Ilmu juga merupakan asas kepada kemampuan
seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara. Melalui ilmu jugalah kita akan
dihormati dan disanjung tinggi.


Hadirin sekalian,
      Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ilmu secara
langsung dapat kita peroleh daripada tadika hinggalah ke menara gading manakala ilmu
secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber termasuklah pembacaan
dan pengalaman kita. Dalam hal ini, rakyat Malaysia sebenarnya amat mudah untuk
memperoleh ilmu. Hal ini demikian kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan
untuk rakyat seperti perpustakaan awam. Oleh itu, masyarakat sepatutnya mengambil
peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.


      Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah atau akan berasa
rendah diri apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih berilmu.
Sesungguhnya, negara-negara seperti Jepun, Korea, German, Amerika Syarikat dan
sebagainya menjadi maju bukanlah disebabkan negara tersebut mempunyai hasil bumi
yang banyak, tetapi disebabkan oleh sikap rakyatnya yang mementingkan ilmu
pengetahuan. Dengan ilmu yang dimiliki itu, mererka memajukan negara masing-masing.


      Jadi, masyarakat yang berilmu merupakan masyarakat yang sentiasa berfikir untuk
meningkatkan kemajuan. Mereka berusaha mencari idea-idea baru bagi meningkatkan
kemajuan dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai.
Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya ciptaan-ciptaan baru dalam kalangan rakyat yang
cintakan ilmu ini.
Selain itu, orang yang berilmu bukan sahaja berfikiran kritis dan kreatif tetapi juga
mampu membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak baik. Mereka sentiasa
berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.


Hadirin yang saya hormati sekalian,
      Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyatnya sendiri. Rakyat
yang dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana sahaja ilmu itu
berada. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “ Tuntutlah ilmu hingga ke negeri
China ”. Di sini jelaslah bahawa kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia dan
kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan kemajuan sesebuah
negara.


Sekian, terima kasih.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
“ Faedah-faedah Kitar Semula ”.


Hadirin sekalian,


      Pelbagai bahan terbuang seperti kertas, tin minuman, surat khabar dan sebagainya
boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita
seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja
untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau
aluminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses
menjadi bahan baharu.


      Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan
dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Cara ini dapat
mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang
menyakitkan mata. Kesannya, alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan
dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.


Hadirin sekalian,


      Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat
khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu
menampung perbelanjaan kita seharian.


      Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang
luas bagi tujuan pelupusan sampah sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan
ruang kawasan pelupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk
perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang
barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama
mengitar semula bahan-bahan yang kita telah gunakan dengan mengumpul barang-barang
tersebut supaya dapat dikitar semula untuk menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.


Sekian, terima kasih.
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan syarahan pada pagi ini.


         “ Jauh Berjalan Banyak Pengalaman ” itulah tajuk syarahan yang akan saya

sampaikan. Mengapa manusia sejak zaman dahulu lagi suka mengembara ? Ini adalah
kerana mereka ingin mengetahui apa-apa yang ada di tempat lain. Mereka ingin tahu sama
ada tempat itu sama dengan tempat mereka.


Para hadirin yang dihormati,


         Mengembara adalah satu cara untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman
kita. Pengalaman yang kita peroleh bolehlah kita bukukan dan menjadi panduan kepada
pengembara-pengembara yang lain.


         Manusia telah mengembara sejak zaman dahulu lagi. Angkasawan-angkasawan
Amerika dan Rusia telah berlumba-lumba pergi ke angkasa lepas dengan roket hingga
sampai ke bulan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang angkasa
lepas.


Para hadirin yang dihormati,


         Pada hari ini, kerajaan kita menggalakkan rakyat mengembara atau melancong di
dalam negeri dahulu sebelum melawat ke luar negeri. Misalnya penduduk di pantai barat
digalakkan ke negeri-negeri di sebelah pantai timur dan sebaliknya. Dengan cara ini boleh
menambahkan pengalaman seseorang itu tentang cara hidup penduduk di negeri lain.


         Akhir kata, mengembara bukan sahaja memberi keseronokan tetapi juga
menambahkan pengalaman kita bak kata pepatah, “ Lama hidup banyak pengalaman, jauh
berjalan luas pandangan ”.


Sekian, terima kasih.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat pagi saya ucapkan. Tajuk
syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “ Cara-cara memupuk minat
membaca dalam kalangan kanak-kanak ”.

Hadirin yang dihormati,

        Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk
membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku,
maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan
sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka.
Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa
anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.

        Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh
kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca
buku, maka tidak hairanlah anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah
mengurangkan hobi lain dan pupuk minat membaca buku atau majalah agar anak-anak
menanam tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.

        Tambahan pula, ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah
mengambil inisiatif untuk menanam minat membaca pelbagai bahan bacaan dalam
kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Cara ini
menyebabkan anak-anak mereka dapat menyimpan perkara terakhir sebelum tidur.

        Di samping itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh memberi hadiah atau pujian
kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini dapat merangsang minat kanak-kanak untuk
membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian
seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-
anak.

        Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengatakan bahawa “ jika hendak
melentur buluh, biarlah daripada rebungnya ”.
Sekian, terima kasih.

Contenu connexe

Tendances

Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalsafeqa
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Berajahomogenus
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Khai Khairy
 
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...Nurul Atikah
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanXiiao Irene
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFShaff Fx
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysiamunnianwar
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaAn Hawa
 

Tendances (20)

Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejal
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1
 
contoh pidato 2022.docx
contoh pidato 2022.docxcontoh pidato 2022.docx
contoh pidato 2022.docx
 
Teks pidato bm 2016
Teks pidato bm 2016Teks pidato bm 2016
Teks pidato bm 2016
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
 
Esei diraja
Esei dirajaEsei diraja
Esei diraja
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Ciri ciri Negara Malaysia
Ciri ciri  Negara MalaysiaCiri ciri  Negara Malaysia
Ciri ciri Negara Malaysia
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 

En vedette

Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananshafikah zakaria
 
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perianTeks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perianIPGM_KDRI
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraSiti Aishah
 
Pidato nilai murni penyuluh hidup
Pidato nilai murni penyuluh hidupPidato nilai murni penyuluh hidup
Pidato nilai murni penyuluh hidupArie Hasmee
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Noor Hayati Haya Haya
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Junidah Sukiman
 
Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanMd Ramli Sabran
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
KARANGAN SYARAHAN
KARANGAN SYARAHANKARANGAN SYARAHAN
KARANGAN SYARAHANitastefa
 
2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismailKamarudin Jaafar
 
Kepimpinan rasulullah
Kepimpinan rasulullahKepimpinan rasulullah
Kepimpinan rasulullahNur Fauzi
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internetKamal Muchtar
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWGuru Sejarah PraU
 
Nabi Muhammad Pemimpin Agung
Nabi Muhammad Pemimpin AgungNabi Muhammad Pemimpin Agung
Nabi Muhammad Pemimpin Agungشريف احمد
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 

En vedette (20)

Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
 
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perianTeks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
 
Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
 
Pidato nilai murni penyuluh hidup
Pidato nilai murni penyuluh hidupPidato nilai murni penyuluh hidup
Pidato nilai murni penyuluh hidup
 
2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
KARANGAN SYARAHAN
KARANGAN SYARAHANKARANGAN SYARAHAN
KARANGAN SYARAHAN
 
2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail
 
Kepimpinan rasulullah
Kepimpinan rasulullahKepimpinan rasulullah
Kepimpinan rasulullah
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Nabi Muhammad Pemimpin Agung
Nabi Muhammad Pemimpin AgungNabi Muhammad Pemimpin Agung
Nabi Muhammad Pemimpin Agung
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 

Similaire à Yang mulia tuan pengerusi majlis

Pidato
Pidato Pidato
Pidato eqazue
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawaContoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawaMochamad Rofik
 
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawaContoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawaMochamad Rofik
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxcepuah
 
Sambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 cap
Sambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 capSambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 cap
Sambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 capShintaDevi11
 
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Deny Theganganasam
 

Similaire à Yang mulia tuan pengerusi majlis (20)

Pidato
Pidato Pidato
Pidato
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawaContoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
 
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawaContoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
Contoh pidato hari pendidikan dalam bahasa jawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.
 
Sambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 cap
Sambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 capSambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 cap
Sambutan bupati wonosobo + gubernur upacara 17 agustus 2021 cap
 
Pidato peranan pemuda dalam pembangunan
Pidato peranan pemuda dalam pembangunanPidato peranan pemuda dalam pembangunan
Pidato peranan pemuda dalam pembangunan
 
Sayangi ibubapa
Sayangi ibubapaSayangi ibubapa
Sayangi ibubapa
 
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
 
Assalamualaikum wr
Assalamualaikum wrAssalamualaikum wr
Assalamualaikum wr
 

Plus de Wendy Lim Siew (8)

Nilai murni
Nilai murniNilai murni
Nilai murni
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
No
NoNo
No
 
2011年图书馆学会执委表
2011年图书馆学会执委表2011年图书馆学会执委表
2011年图书馆学会执委表
 
Bibliograf1
Bibliograf1Bibliograf1
Bibliograf1
 
Www
WwwWww
Www
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
5 ayat lengkap
5 ayat lengkap5 ayat lengkap
5 ayat lengkap
 

Yang mulia tuan pengerusi majlis

  • 1. Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “ Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara ”. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik. Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Saudara-saudari yang dihormati sekalian, Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari. Hadirin yang dihormati, Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara. Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat negara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu.
  • 2. Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini. Jadi, rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan cinta akan negara. Para Hadirin yang dikasihi, “ Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara ”. Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Oleh itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni. Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut : Tasik Chini dipenuhi bunga, Ada cerita terdapat naga; Negara diancam huru-hara, Perpaduan dengan Rukun Negara. Sungai Pahang berjela-jela, Naik rakit merentas desa; Demi rakyat negara tercinta, Perpaduan tonggak 1 Malaysia. Sekian, terima kasih.
  • 3. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “ Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat ”. Hadirin sekalian, Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Jadi, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh sekurang – kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini diibaratkan sediakan payung sebelum hujan supaya seseorang itu dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Selain itu, amalan ini juga dapat melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid makanan. Hal demikian dapat menjadi tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contoh, seseorang perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Selain itu, langkah pemulihan perlu dilakukan dengan segera. Hal ini kerana alat- alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tergadah.
  • 4. Akhirnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan hidup. Jadi, setiap individu perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk kekal hidup dengan bahagia kerana kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sekian, terima kasih.
  • 5. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “ Masyarakat Berilmu Negara Maju ”. Hadirin yang saya hormati, Saya pasti bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan menafikan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Ilmu sebagai pelita hati, iaitu merupakan sinar yang dapat memberikan panduan dalam kehidupan manusia. Ilmu juga merupakan asas kepada kemampuan seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara. Melalui ilmu jugalah kita akan dihormati dan disanjung tinggi. Hadirin sekalian, Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ilmu secara langsung dapat kita peroleh daripada tadika hinggalah ke menara gading manakala ilmu secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber termasuklah pembacaan dan pengalaman kita. Dalam hal ini, rakyat Malaysia sebenarnya amat mudah untuk memperoleh ilmu. Hal ini demikian kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti perpustakaan awam. Oleh itu, masyarakat sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah atau akan berasa rendah diri apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih berilmu. Sesungguhnya, negara-negara seperti Jepun, Korea, German, Amerika Syarikat dan sebagainya menjadi maju bukanlah disebabkan negara tersebut mempunyai hasil bumi yang banyak, tetapi disebabkan oleh sikap rakyatnya yang mementingkan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu yang dimiliki itu, mererka memajukan negara masing-masing. Jadi, masyarakat yang berilmu merupakan masyarakat yang sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan. Mereka berusaha mencari idea-idea baru bagi meningkatkan kemajuan dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai. Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya ciptaan-ciptaan baru dalam kalangan rakyat yang cintakan ilmu ini.
  • 6. Selain itu, orang yang berilmu bukan sahaja berfikiran kritis dan kreatif tetapi juga mampu membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak baik. Mereka sentiasa berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Hadirin yang saya hormati sekalian, Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyatnya sendiri. Rakyat yang dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana sahaja ilmu itu berada. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “ Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China ”. Di sini jelaslah bahawa kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia dan kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan kemajuan sesebuah negara. Sekian, terima kasih.
  • 7. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “ Faedah-faedah Kitar Semula ”. Hadirin sekalian, Pelbagai bahan terbuang seperti kertas, tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau aluminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu. Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Cara ini dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya, alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua. Hadirin sekalian, Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian. Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi tujuan pelupusan sampah sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan pelupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.
  • 8. Sebagai kesimpulan, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah gunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula untuk menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekian, terima kasih.
  • 9. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan pada pagi ini. “ Jauh Berjalan Banyak Pengalaman ” itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan. Mengapa manusia sejak zaman dahulu lagi suka mengembara ? Ini adalah kerana mereka ingin mengetahui apa-apa yang ada di tempat lain. Mereka ingin tahu sama ada tempat itu sama dengan tempat mereka. Para hadirin yang dihormati, Mengembara adalah satu cara untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kita. Pengalaman yang kita peroleh bolehlah kita bukukan dan menjadi panduan kepada pengembara-pengembara yang lain. Manusia telah mengembara sejak zaman dahulu lagi. Angkasawan-angkasawan Amerika dan Rusia telah berlumba-lumba pergi ke angkasa lepas dengan roket hingga sampai ke bulan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang angkasa lepas. Para hadirin yang dihormati, Pada hari ini, kerajaan kita menggalakkan rakyat mengembara atau melancong di dalam negeri dahulu sebelum melawat ke luar negeri. Misalnya penduduk di pantai barat digalakkan ke negeri-negeri di sebelah pantai timur dan sebaliknya. Dengan cara ini boleh menambahkan pengalaman seseorang itu tentang cara hidup penduduk di negeri lain. Akhir kata, mengembara bukan sahaja memberi keseronokan tetapi juga menambahkan pengalaman kita bak kata pepatah, “ Lama hidup banyak pengalaman, jauh berjalan luas pandangan ”. Sekian, terima kasih.
  • 10. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat pagi saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “ Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak ”. Hadirin yang dihormati, Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan. Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka tidak hairanlah anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobi lain dan pupuk minat membaca buku atau majalah agar anak-anak menanam tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa. Tambahan pula, ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam minat membaca pelbagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Cara ini menyebabkan anak-anak mereka dapat menyimpan perkara terakhir sebelum tidur. Di samping itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh memberi hadiah atau pujian kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini dapat merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak- anak. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengatakan bahawa “ jika hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya ”. Sekian, terima kasih.