1. .HPDKLLUDQ
.H P D K U D Q
%HUIILLNLLU
%H U N U
GDODP
3HQJDMDUDQGDQ
3HPEHODMDUDQ
2. .HPDKLUDQ
% H U IL N L U
GDODP
3HQJDMDUDQGDQ
3HPEHODMDUDQ
JU@ Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Duta 50604 Kuala Lumpur
APRIL 2002
4. KATA PENGANTAR
Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan
atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan
masa kini dan masa depan.
Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi
tersebut, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan pelbagai bahan
sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan
kurikulum.
Modul pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan
suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk
menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka
untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.
Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul
serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.
Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. KANDUNGAN HALAMAN
UNIT 1
Pengenalan 1
UNIT 2
Apakah Berfikir ? 2
UNIT 3
Kemahiran Berfikir Kritis 5
UNIT 4
Kemahiran Berfikir Kreatif 18
UNIT 5
Strategi Berfikir 28
UNIT 6
Kemahiran Menaakul 37
UNIT 7
Alat Berfikir 41
UNIT 8
Petunjuk Kemahiran Berfikir 46
UNIT 9
Metakognisi 53
UNIT 10
Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir 56
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
UNIT 11
Pengoperasian Kemahiran Berfikir 60
Mata Pelajaran Sains 60
Mata Pelajaran Bahasa 87
Mata Pelajaran Kajian Tempatan 91
Mata Pelajaran Sejarah 95
Mata Pelajaran Pendidikan Seni 99
BACAAN LANJUTAN 102
6. UNIT 1 PENGENALAN
Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen
khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata
pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian
Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan
(JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat
memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata
pelajaran.
Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.
Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur
utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.
MATLAMAT
Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir
dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi semua mata pelajaran.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti modul ini pendidik:
1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;
2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran;
3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;
4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran kepada guru lain; dan
5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran
dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian.
1
7. UNIT 2 APAKAH BERFIKIR?
%HUILNLU
... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda
atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
(Mayer, 1977)
… merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
(Fraenkel, 1980)
… ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau
membuat penentuan .
(Beyer, 1991)
Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan
sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah.
PROSES BERFIKIR
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatu
objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang
anda mungkin bertanya ialah :-
1. Apakah objek itu?
2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?
Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses
berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut:
Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)
2
8. Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,
kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 2.1.
Rajah 2.1 Proses Berfikir
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea
dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau
gabungan idea-idea yang ada.
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan
mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat
pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir.
Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir
menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.
3
9. Rajah 2.1 Model Kemahiran Berfikir
KEMAHIRAN
BERFIKIR
KREATIF KRITIS
• Menjanakan idea MENAAKUL • Mencirikan
• Menghubung kaitkan • Logik • Membandingkan dan
• Membuat inferens • Rasional membezakan
• Meramalkan • Mengumpul dan
• Membuat hipotesis mengelaskan
• Mensintesiskan • Membuat urutan
• Mengitlak • Menyusun mengikut
• Membuat gambaran mental keutamaan
• Menganalogikan • Menganalisis
• Mereka cipta • Mengesan kecondongan
• Menilai
• Membuat kesimpulan
STRATEGI BERFIKIR
Mengkonsepsikan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada
kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, KB perlu
diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas
sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks.
Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari adalah
membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang
sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul
dan mengelas.
4
10. UNIT 3 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS
Berikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis.
1. Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mendefinisikan konsep atau item.
b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.
Langkah Penggunaan:
a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.
b) Kenal pasti ciri.
Contoh :
Lihat gambar yang diberikan dalam Rajah 3.1. Tuliskan cirri-ciri yang terdapat pada
haiwan tersebut.
Rajah 3.1 Gambar seekor haiwan
Kita boleh gunakan rajah pancaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untuk
membantu kita mencirikan.
5
11. EHUPLVDL
Bermisai
Bermisai EHUHNRU
Berekor
+DLZDQ
Haiwan
EHUNDNL
Berbulu
HPSDW
EHUEXOX
Berkaki
empat
Rajah 3.2 Rajah pancaran ciri haiwan
a) Lukiskan satu bulatan.
b) Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan.
c) Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan.
d) Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan.
e) Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain.
2. Membandingkan dan Membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.
Langkah penggunaan:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.
b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.
6
12. Contoh :
Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan.
Cari persamaan dan perbezaan antara dua helai daun ini.
Daun
/,:3 A /,:3 B
Daun
Rajah 3.3 Gambar daun
Kita boleh gunakan rajah Venn seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 untuk
membandingkan dan membezakan.
kasar kesat
keras hijau lembut
licin leper panjang
Rajah 3.4 Rajah Venn perbandingan dan perbezaan ciri daun
a) Lukis dua bulatan yang bertindih.
b) Rekodkan ciri daun A dalam bulatan A
c) Rekodkan ciri daun B dalam bulatan B.
d) Jika ciri daun A sama dengan daun B, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara
dua bulatan.
7
13. 3. Mengumpulkan dan Mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-
masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :
a) Banyak item atau maklumat.
b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
b) Beri nama kepada kumpulan item itu.
c) Kenal pasti ciri lain.
d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.
Contoh :
Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin,
baju hujan, pen dan pensil.
Kita boleh gunakan carta organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 untuk
mengelas item-item tersebut.
a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas.
b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan
kumpulan-kumpulan ini.
c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.
8
14. Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item
Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item
4. Membuat Urutan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri
atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.
Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya:
1. Mudah difahami.
2. Item tertentu mudah dikesan.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai,
abjad, kronologi, corak atau masa.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis
susunan yang ditentukan.
d) Semak semula susunan.
9
15. Contoh :
Yang berikut ialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik. Binakan satu
rentetan kerja yang munasabah daripada senarai ini.
Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di atas dapur, selepas
mendidih padamkan api, masukkan teh dalam penapis, masuk air dalam
kole, masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu dalam koleh,
kacau ramuan dalam kolah, tarik............
Kita boleh menggunakan rantai urutan seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6
untuk menyusun langkah-langkah kerja bagi menyediakan teh tarik supaya menjadi
satu urutan yang logik.
a) Imbas kembali semua langkah.
b) Pilih satu langkah sebagai permulaan.
c) Imbas kembali langkah yang seterusnya.
d) Pilih satu langkah yang lain.
e) Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama.
f) Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia
langkah yang terkemudian.
g) Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun.
Isikan air Letak Pasang Selepas Masukkan
ke dalam cerek api mendidih teh ke
cerek di atas dapur padamkan dalam
dapur api penapis
Tarik… Kacau Masukkan Masukkan Masukkan
ramuan susu penapis air ke
Dalam ke dalam dalam
kole kole.. kole
Rajah 3.6 Rantai urutan menyediakan teh tarik
5. Menyusun Mengikut Keutamaan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau
kesegeraan.
10
16. Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Menonjolkan perkara yang mustahak.
b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan matlamat anda.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau
lebih jauh kepada matlamat.
d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di
bawah.
e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.
Contoh :
Anda diberikan senarai beberapa item: cerek, seterika, radio, perakam video, lampu
berpendafluor dan televisyen. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan
alat elektrik di rumah anda dan terangkan mengapa .
Kita boleh gunakan tangga hierarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 untuk
menyusun item mengikut keutamaan.
a) Lukiskan beberapa anak tangga.
b) Tuliskan item yang paling penting pada anak tangga paling atas
c) Tuliskan item lain yang kurang penting pada anak tangga di bawahnya.
d) Ulangi sehingga item yang paling tidak penting pada anak tangga yang paling
bawah.
Lampu berpendaflour
Televisyen
Perakam video
Radio
Seterika
Cerek
Rajah 3.7 Tangga hierarki keutamaan penggunaan alat elektrik
11
17. 6. Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait
antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu
kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan pendapat atau kenyataan.
b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
c) Renung semula pendapat atau andaian.
d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.
Contoh :
Buat analisis bagi kenyataan yang berikut:
Televisyen adalah penting kepada kehidupan.
Untuk menganalisis kita perlu:
a) Menentukan pendapat atau kenyataan: Televisyen adalah penting kepada
kehidupan.
b) Huraikan andaian yang tersirat penting kepada kehidupan dari segi televisyen:
i. Menyampaikan maklumat.
ii. Berunsurkan pendidikan.
iii. Boleh mengisi masa lapang.
iv. Memberi hiburan.
c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada
kehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang
berunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan .
7. Mengesan Kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang
sesuatu.
12
18. Kemahiran ini digunakan apabila :
a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat
seseorang,
b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau
c. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.
Langkah penggunaan:
a) Nyatakan matlamat.
b) Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan.
i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat.
ii. Pengitlakan yang keterlaluan.
iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan
bermuslihat).
iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah.
v. Menyatakan pendapat sebagai fakta.
c) Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.
d) Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis
petunjuk.
e) Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.
Prasyarat: Pengetahuan tentang:
a) Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan.
b) Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.
Contoh:
Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam petikan iklan dalam Rajah 3.8.
Kami ada cara…
Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telah
mencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidak
berkesan langsung, atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhenti
memakan ubat berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba Cetusan.
Sejenis ramuan herba asli yang boleh mengurangkan berat badan anda, tanpa perlu
berlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badan
datang semula selepas berhenti memakan Cetusan. Kajian telah membuktikannya.
Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli Kelab Cetusan untuk badan yang langsing
sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu.
Rajah 3.8 Petikan iklan
13
19. Untuk mengesan kecondongan, langkah dalam Jadual 3.2 diikuti.
Langkah Penerangan
1. Nyatakan matlamat Mengesan sama ada petikan iklan di atas mempunyai
unsur kecondongan
2. Kenalpasti petunjuk 1. Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat
kecondongan 2. Pengitlakan yang keterlaluan
3. Soalan retorik( bersifat mempengaruhi)
4. Penyampaian yang berat sebelah
5. Menyatakan pendapat sebagai fakta
Membaca petikan iklan untuk mengesan pernyataan yang
3. Analisis maklumat berunsur kecondongan.
4. Padankan pernyataan Pernyataan Berunsur
yang berunsur Kecondongan Dalam Jenis-Jenis Petunjuk
kecondongan dalam Petikan Iklan
petikan dengan jenis
petunjuk
Mengambil cetusan boleh Pengiklanan yang keterlaluan
mengurangkan berat badan
Tanpa berlapar dan Keterlaluan “menyatakan
melakukan senaman pendapat sebagai fakta”
Mengambil cetusan Pernyataan yang berbentuk
emosi atau bermuslihat
Boleh Pengiklanan yang keterlaluan
Mengurangkan berat badan Persembahan atau
penyampaian yang berat
sebelah
Tanpa berlapar
Tanpa senaman
5. Nilai sejauh mana Setelah menilai, hampir seluruh petikan iklan itu
kecondongan mempunyai unsur kecondongan terutama sekali jenis
tersebut kecondongan menyatakan pendapat sebagai fakta.
Jadual 3.2 Langkah mengesan kecondongan petikan iklan
8. Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
14
20. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) Memilih sesuatu.
b) Menerima atau menolak sesuatu idea.
Langkah penggunaan:
a) Perhatikan idea atau pilihan.
b) Senaraikan ciri positif (kebaikan).
c) Senaraikan ciri negatif (kelemahan).
d) Beri wajaran kepada setiap ciri.
e) Bandingkan wajaran secara keseluruhan.
Contoh:
Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas bimbingan (tuition) bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Adakah anda akan menerima atau menolak permintaan tersebut?
Kita boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya
membuat keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.
Positif Wajaran (+) Negatif Wajaran
(-)
Pencapaian BI penting (1) Kos tuisyen
Kepentingan BI Waktu
Pergaulan Pergaulan bebas
Masa lapang dipenuhi Penghantaran
Memudahkan buat rujukan
Mengurangkan
pergantungan kepada ibu
bapa
Jumlah wajaran (+) Jumlah wajaran (-)
Jadual 3.3 Ciri-ciri positif dan negatif kelas bimbingan Bahasa Inggeris
9. Membuat Kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu
hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal
dan menyokong pernyataan.
15
21. Langkah penggunaan:
a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).
b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.
c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak
perhubungan.
d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.
Contoh:
Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan
terhadap cahaya. Dia telah menyediakan dua buah kotak besar yang masing-masing
mempunyai satu lubang kecil di dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkan
anak-anak benih kacang. Kotak yang pertama diletakkan di luar bilik darjah. Kotak
yang kedua diletak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas beberapa hari. Rajah
3.9 menunjukkan keadaan sebenar selepas beberapa hari.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada pemerhatian ini?
Untuk membuat kesimpulan kita perlu:
a) Susun maklumat dalam urutan yang logik : Setiap kali pemerhatian dibuat didapati
batang dan pucuk tumbuhan bertumbuh semakin dekat dengan lubang kotak .
b) Menganalisis maklumat dan mendapatkan corak perhubungan : Cahaya masuk
melalui lubang kotak tersebut, batang dan pucuk tumbuhan tumbuh ke arah sumber
cahaya.
c) Membuat pernyataan kesimpulan : Anak benih kacang tumbuh ke arah sumber
cahaya.
16
22. 'L OXDU
ELOLN luar
Di
GDUMDK
bilik
darjah
+DUL 3HUWDPD +DUL .HHPSDW +DUL .HODSDQ
'L GDODP
DOPDULdalam
Di
WHUWXWXS
bilik
darjah
Rajah 3.9 Eksperimen gerak balas anak benih terhadap cahaya
17
23. UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.
1. Menjanakan Idea
Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
Kemahiran ini digunakan apabila:
a) Mencari idea baru.
b) Mencari alternatif.
Langkah penggunaan:
a) Tetapkan tajuk perbincangan.
b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
c) Renung kembali idea yang dikemukakan.
d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.
Contoh :
Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendaki
menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.
a) Tetapkan tajuk perbincangan :
Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.
b) Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :
i. Menjual
ii. Mengumpul mengikut kelas
iii. Guna semula
iv. Bakar
v. Kambus
vi. Kitar semula
18
24. vii. Murid bawa balik ke rumah
viii. Bakar untuk guna semula
ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan
c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea-
idea itu bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan.
d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.
2. Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
Langkah penggunaan:
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada
situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.
Contoh :
Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatan
sedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju ke
arah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut?
Untuk membuat inferens kita perlu :
a) Buat pemerhatian : Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai
baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan mereka
berpisah.
b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan.
19
25. c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan
tetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka.
3. Menghubung kaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,
membuat kesimpulan dan mengitlak.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti masalah.
b) Buat analisis tentang keadaan.
c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
d) Buat pernyataan tentang perkaitan.
Contoh :
Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosa
merupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebab
sungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itu
keadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyak
pokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir dan
ini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ?
Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untuk
menghubung kait.
a) Kenal pasti masalah.
b) Tuliskan masalah di bawah sekali.
c) Kenal pasti kemungkinan sebab.
d) Tuliskan inferens sebab mengikut urutan.
e) Ulangi untuk sebab-sebab yang lain.
20
26. A ir s u ng ai tidak S u ng ai m en jad i H ak is an tan ah
m eng alir den gan laju c etek b erlak u
P ec em aran P enyerapan tan ah
S u ng ai kuran g baik
S is tem p erparitan P okok
k uran g baik d iteb ang
P em b ang un an
P es at
% D Q MLU
Rajah 4.1 Pohon Fikiran.
4. Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan
pilihan.
Langkah penggunaan :
a) Perhati atau kumpul maklumat.
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
c) Buat jangkaan yang paling sesuai.
Contoh :
Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua Jabatan
Kerajaan berpindah ke Putra Jaya.
a) Kumpulkan maklumat
i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya
ii. Manusia semakin ramai setiap hari
21
27. iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat
iv. Kadar kemalangan meningkat
v. Bilangan pelancong bertambah
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat :
Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang
c) Buat jangkaan yang paling sesuai :
Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang
sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan
asal.
5. Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah
bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.
Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu
eksperimen, kajian atau penyelidikan.
Langkah penggunaan :
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.
Contoh :
Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dan
sebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari ladang
ternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujan
hasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini.
Untuk membuat hipotesis kita perlu :
a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa .
b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal):
22
28. i. Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal.
ii. Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk
menghasilkan susu.
iii. Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu.
c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia
tidak boleh dijadikan hipotesis.
6. Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.
b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk,
perkara atau subjek.
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.
Contoh 1:
Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelum
kemerdekaan:
a) Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting.
b) Hubung kaitkan antara peristiwa.
c) Susun atur peristiwa mengikut garisan masa.
d) Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang
membawa kepada kemerdekaan negara.
7 Mengitlak
Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan
pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.
23
29. Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mencari pola
b) Menyusun maklumat
c) Meramal
Langkah penggunaan:
a) Kumpulkan data.
b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.
c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
d) Buat kenyataan.
Contoh :
Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin.
Rancangan TV 1 TV 2 TV 3
Berita
Filem
Dokumentari
Komedi
Agama
Pendidikan
Sukan
Jadual 4.1 . Rancangan TV pada hari Isnin :
Untuk mengitlak kita perlu :
a) Mengumpul data:
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
b) Mencari pola yang sama:
Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin.
d) Buat pengitlakan:
Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hari
Isnin.
24
30. 8. Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan
perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.
Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan
cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.
Langkah penggunaan:
a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.
c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.
Contoh :
Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.
Untuk menganalogi kita perlu :
a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.
b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.
c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.
9. Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda atau fikiran.
Kemahiran ini digunakan untuk:
c) Memahami konsep yang mujarad
d) Mengingat konsep yang kompleks.
Langkah penggunaan :
a) Bayangkan matlamat tertentu.
b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
d) Lihat keseluruhan gambaran.
25
31. Contoh :
Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumi
secara tiba-tiba.
Untuk membuat gambaran mental kita perlu :
a) Bayangkan matlamat:
Keadaan apabila berlaku gempa bumi.
b) Menetapkan titik permulaan:
Keadaan sebelum berlaku gempa bumi.
c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat:
Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya?
Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya?
d) Bina satu senario keseluruhan .
10. Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu
yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.
Langkah penggunaan :
a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.
b) Janakan idea.
c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
d) Mencuba dan menguji idea.
e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.
Contoh 1 : (maujud)
Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.
Contoh 2 : (mujarad)
Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.
Contoh 3 : (mujarad)
Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran
Bahasa Melayu.
26
32. Untuk mereka cipta kita perlu :
a) Kenal pasti cabaran.
Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.
b) Menjanakan idea
Membuat perhiasan rumah
Membuat pakaian
Membuat kapur
Membuat makanan
Membuat simen
c) Menjanakan idea khusus
Membuat tabung
d) Pilih satu reka bentuk
e) Membina, mencuba dan menguji.
f) Ulangi langkah-langkah.
27
33. UNIT 5 STRATEGI BERFIKIR
Unit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir.
1. Mengkonsepsi
Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan
ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.
Langkah penggunaan :
a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.
b) Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh.
c) Kelaskan ciri-ciri.
d) Hubung kaitkan kelas untuk membina konsep awal.
e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau
mengubah suai konsep awal.
f) Bina konsep sebenar.
Jadual 5.1 menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam
setiap langkah mengkonsepsi.
Contoh :
Berdasarkan tayangan video yang bertajuk “BUKIT KEPONG” dan “LEFTENAN
ADNAN”, murid diminta mengkonsepsikan patriotisme dalam konteks Malaysia.
Untuk mengkonsepsi :
a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.
Maklumat: jalan cerita, tema, plot, watak dan dialog filem
b) Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh.
i. Cerita berkisar tentang perjuangan orang-orang tempatan dalam
mempertahankan negara dari serangan musuh dalaman dan luaran.
ii. Filem bertemakan perjuangan orang-orang tempatan dalam menegakkan
maruah bangsa dan dan negara.
28
34. Langkah mengkonsepsi KBKK Utama
a) Mengenal pasti maklumat atau contoh- • menjana idea
contoh yang berkaitan • membanding dan membeza
b) Mengenal pasti ciri-ciri sepunya pada • mencirikan
maklumat atau contoh-contoh. • menghubungkait
c) Mengelaskan ciri-ciri tersebut. • menghubung kait
• mengumpul dan mengelas
d) Menghubung kaitkan kelas-kelas ciri itu • menghubungkait
untuk membina konsep awal. • mensintesis
e) Memberi maklumat atau contoh-contoh • menjana idea
lain untuk menguji atau mengubah suai • menghubungkait
konsep awal yang telah dibina. • mensintesis
f) Membina konsep sebenar • mensintesis
• mengitlak
Rajah 5.1 : Langkah dan KBKK Utama
iii. Watak-watak dalam filem menggambarkan budi pekerti yang tinggi dan
tabah menghadapi cabaran
iv. Terdapat juga watak-watak yang menggambarkan musuh dalam selimut
v. “Negara kita, kita mesti pertahankan” (dialog)
vi. Prinsip perjuangan ialah :
S cinta akan bangsa dan negara
S sedia berkorban untuk mempertahankan negara
S berjuang hingga ke titisan darah terakhir
S bersatu padu
S mematuhi prinsip
S berusaha ke arah perkembangan negara
29
35. c) Kelaskan ciri tersebut.
i. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
ii. Bersemangat setia negara
iii. Bersemangat kekitaan
iv. Berdisiplin
v. Berusaha dan produktif
d) Hubung kaitkan kelas itu untuk membina konsep awal:
Menghubung kaikan pengelasan ciri-ciri dengan ciri-ciri sepunya.
Contoh : sedia berkorban untuk mempertahankan negara dengan bersemangat
setia negara.
e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau
mengubah suai konsep awal yang telah dibina
i. Contoh-contoh lain : Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan Hari
Kemerdekaan.
Ulasan :
Kedua-dua contoh mempunyai unsur-unsur patriotisme
S Cinta akan bangsa dan negara
S bersyukur sebagai warganegara Malaysia
S taat dan setia kepada raja dan pemimpinnya
ii. Bukan contoh : Sambutan Hari Valentine
Ulasan:
Contoh tersebut tidak mempunyai unsur-unsur patriotisme
f) Membina konsep sebenar.
Satu konsep yang mantap dibina :
Unsur-unsur patriotisme adalah berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat
setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.
Catatan :
Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh murid tidak selari dengan
konsep yang diterima umum, guru mesti membimbing murid untuk mendapatkan
konsep yang betul dengan mengulangi langkah kedua.
30
36. 2. Menyelesaikan Masalah
Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti,
mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan.
Strategi ini digunakan apabila diketahui
a) tiada jawapan yang betul,
b) ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti dan fahami masalah.
b) Jelaskan masalah.
c) Cari alternatif penyelesaian masalah.
d) Lakukan operasi penyelesaian.
e) Nilaikan penyelesaian.
Langkah menyelesaikan masalah KBKK
utama
a) Mengenal pasti dan memahami masalah mencirikan
membanding dan membeza
mengumpul dan mengelas
b) Menjelaskan masalah membuat inferens
menghubung kait
c) Mencari alternatif penyelesaian masalah menjana idea
meramal
mengesan kocondongan
menilai
membuat gambaran mental
mensintesis
d) Melakukan operasi mensintesis
menyusun mengikut keutamaan
menganalisis
mereka cipta
e) Menilai penyelesaian menganalisis
mengesan kecondongan
menilai
membuat kesimpulan
mengitlak
Rajah 5.2: Menunjukkan langkah penyelesaian masalah serta kemahiran berfikir
kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah.
31
37. Contoh :
Berpandukan gambar yang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelaki
menghadapi masalah untuk menyelamatkan kanak-kanak kerana arus sungai deras
dan pokok tempat di mana tali diikat hampir tumbang.
Untuk menyelesaikan masalah :
a) Kenal pasti dan memahami masalah :
Dua orang lelaki sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada
dihanyutkan oleh arus deras sedangkan mereka sendiri menghadapi masalah
dihanyut oleh arus.
b) Jelaskan masalah :
Menyelamatkan ketiga-tiganya daripada dibawa arus sungai yang deras.
c) Cari alternatif penyelesaian masalah:
i. Ikat tali ke pokok lain yang teguh.
ii. Terjun ke sungai untuk membantu.
iii. Gunakan kayu untuk menarik mereka bertiga.
iv. Dapatkan bantuan orang lain.
d) Lakukan operasi penyelesaian masalah dengan meninjau kesan dan akibat
alternatif yang dipilih
Contoh alternatif : Ikat tali ke pokok lain yang teguh.
e) Nilaikan penyelesaian :
i. Alternatif yang terbaik sebagai penyelesaian ialah alternatif yang banyak
kesan positif atau yang disokong berdasarkan Rajah 5.3.
ii. Sekiranya alternatif penyelesaian itu mempunyai kesan negatif ubah suai cara
penyelesaian yang perlu untuk mengelakkan masalah lain.
32
38. Kesan Sokong Nilai
(Apakah akan berlaku jika pilihan ini atau tidak (Penting atau tidak kesan itu,
diambil?) mengapa?)
a) Ambil masa untuk buka dan ikat Tidak keadaan cemas perlu
semula tali tindakan cepat
b) Arus deras lebih cepat Tidak mangsa perlu diselamatkan
menghanyutkan mereka
c) Orang yang beri bantuan mungkin Tidak keselamatan diri perlu dijaga.
terjatuh ke dalam sungai
Rajah 5.3 : Kesan daripada alternatif yang dipilih
3. Membuat Keputusan
Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif
berdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Strategi ini digunakan untuk :
a) Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai
penyelesaian.
b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.
Langkah penggunaan :
a) Kenal pasti matlamat untuk dicapai
b) Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamat
c) Analisis semua alternatif mengikut criteria umum.
d) Susun alternatif mengikut keutamaan.
e) Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik.
f) Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti
risiko, strategi dan nilai.
g) Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.
Jadual 5.4 menunjukkan langkah membuat keputusan serta ciri kemahiran berfikir kritis
dan kreatif yang utama dalam setiap langkah.
33
39. Rajah 5.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan dan KBKK Utama
Langkah membuat KBKK
keputusan utama
a) Mengenal pasti matlamat mencirikan
membanding dan membezakan
mengumpul dan mengelaskan
menganalisis
b) Mengenal pasti alternatif menjanakan idea
membuat inferens
menghubung kaitkan
meramal
membuat hipotesis
c) Menganalisis alternatif meramal
membuat gambaran mental
mengesan kecondongan
menilai
d) Menyusun alternatif mensintesis
membuat urutan
menyusun mengikut keutamaan
menganalisis
e) Memilih sekurang-kurangnya menganalisis
dua alternatif terbaik menilai
mengitlak
membuat kesimpulan
f) Membuat keputusan Membuat kesimpulan
Contoh:
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabung
menyabung. Tiba-tiba anda menerima panggilan kecemasan yang menyatakan ibu
anda sakit tenat dan berada dalam keadaan nazak. Walaupun keadaan cuaca kurang
baik anda terus memandu kereta menuju ke rumah ibu anda yang mengambil masa 60
minit untuk sampai. Dalam perjalanan, kereta anda mengalami kerosakan enjin. Anda
tidak dapat meneruskan perjalanan, sedangkan anda harus sampai di rumah ibu anda
secepat mungkin. Jarak perjalanan tinggal kira-kira 20 km lagi. Apa yang harus anda
lakukan?
34
40. Untuk membuat keputusan:
a) Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai.
Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya secepat mungkin untuk bersama
ibu yang sedang nazak.
b) Kenal pasti alternatif bagi mencapai matlamat.
Alternatif 1: Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain
Alternatif 2: Cari formen/mekanik.
Alternatif 3: Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta
tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah
Alternatif 4: Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan
pertolongan
c) Analisis alternatif
Alternatif 1: Pengangkutan awam tiada di waktu sedemikian.
Alternatif 2: Susah mencari bengkel yang beroperasi 24 jam.
Alternatif 3: Sekurang kurangnya alternatif ini mendekatkan kepada
destinasi tetapi ‘menakutkan’.
Alternatif 4: Pertolongan lebih senang didapati di siang hari, tetapi
mungkin terlewat untuk bersama ibu nanti di saat-saat akhir.
d) Susun alternatif mengikut keutamaan dengan mendahulukan yang paling utama.
i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta
lain serta berdoa kepada Allah
ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan
iii. Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain
iv. Cari formen/mekanik.
35
41. e) Pilih dua alternatif yang paling baik
i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta
lain serta berdoa kepada Allah
ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan
f) Nilaikan kedua-dua alternatif menggunakan carta T-Rujuk seperti Jadual 5.5
Jadual 5.5 Menilai Alternatif Pilihan
a. Menilai Alternatif (i)
Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran
Semakin dekat ke destinasi 10 Meletihkan 2
Masa tidak terbuang 9 Kereta mungkin dicuri orang 4
19 6
b. Menilai Alternatif (ii)
Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran
Kereta lebih selamat 4 Masa terbuang 5
Saya lebih selamat 8 Mungkin tidak sempat 7
jumpa ibu
12 12
g) Buat keputusan dengan memilih alternatif yang terbaik
Alternatif (i) dipilih kerana wajaran kebaikan lebih besar dari wajaran kebaikan
untuk alternatif (ii), dan wajaran keburukannya lebih kecil berbanding dengan
wajaran keburukan untuk alternatif (ii).
36
42. UNIT 6 KEMAHIRAN MENAAKUL
Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul.
Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan :
a) Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
b) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
1. Penaakulan Secara Induktif
Membuat pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk
membuat satu kesimpulan atau pengitlakan.
Langkah penggunaan:
a) Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik.
b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.
c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.
P
8 10
8 8
Q R N M
8 6
3 6 U
C B T
4
5 6 6
A
S
6.1 : Rajah Berbentuk Segitiga
37
43. Contoh :
Rajah 6.1 menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulan
berasaskan ciri atau pola sepunya bagi setiap segitiga tersebut.
Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu :
a) Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik.
Senaraikan ciri atau pola sepunya bagi setiap rajah segitiga tersebut, seperti
rajah berbentuk segitiga, mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi , mempunyai
tiga sisi yang sama panjang, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai
satu sudut pedalaman ialah 90º , nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º dan jumlah
sudut-sudut pedalaman ialah 180º.
b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.
Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga
LMN PQR STU ABC
Ciri/Pola
Mempunyai tiga bucu ¥ ¥ ¥ ¥
Mempunyai tiga sisi ¥ ¥ ¥ ¥
Mempunyai tiga sisi yang - ¥ ¥ -
sama panjang
Nilai satu sudut ¥ - - ¥
pedalaman ialah 90º
Nilai sudut-sudut - ¥ ¥ -
pedalaman ialah 60º
Jumlah sudut-sudut
pedalaman bagi setiap ¥ ¥ ¥ ¥
segitiga ialah 180º
Jadual 6.1 Ciri atau pola yang sepunya bagi setiap segitiga.
38
44. c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.
i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernilai
60 º dan ketiga-tiga sisi sama panjang.
ii. Semua segitiga bersudut tegak mempunyai satu sudut pedalaman bernilai 90º
dan ketiga-tiga sisi yang tidak sama panjang.
2. Penaakulan Secara Deduktif
Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang
spesifik.
Langkah penggunaan :
b) Teliti situasi umum.
c) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.
Contoh :
Jadual 6.2 menyenaraikan ciri-ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak.
Berdasarkan ciri yang dinyatakan, padankan segitiga dalam Rajah 6.1 kepada kelas
masing-masing.
Segitiga sama sisi Segitiga bersudut tegak
Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º Nilai satu sudut pedalaman ialah 90º
Mempunyai sisi-sisi yang sama panjang Mempunyai sisi-sisi yang tidak sama
panjang
Jadual 6.2 Ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak .
39
45. Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu :
a) Teliti situasi umum
i. Segitiga sama sisi mempunyai ciri tiga sisi yang sama panjang, dan nilai sudut-
sudut pedalaman ialah 60º.
ii. Segitiga bersudut tegak mempunyai ciri sisi yang tidak sama panjang, dan nilai
satu sudut pedalaman ialah 90º
b) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.
Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga
Ciri/Pola LMN PQR STU ABC
Mempunyai tiga bucu ¥ ¥ ¥ ¥
Mempunyai tiga sisi ¥ ¥ ¥ ¥
Mempunyai tiga sisi yang sama - ¥ ¥ -
panjang
Nilai satu sudut pedalaman 90º ¥ - - ¥
Nilai sudut-sudut pedalaman 60º - ¥ ¥ -
Jumlah sudut-sudut pedalaman ¥ ¥ ¥ ¥
bagi setiap segitiga 180º
Rajah 6.3 : Contoh spesifik segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak
Segitiga PQR dan STU adalah segitiga sama sisi kerana mempunyai ciri berikut :
mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi sama panjang, nilai sudut-sudut
pedalaman ialah 60° dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°.
Segitiga ABC dan LMN adalah segitiga bersudut tegak kerana mempunyai ciri yang
berikut: mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai
satu sudut pedalaman ialah 90º dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°.
40
46. UNIT 7 ALAT BERFIKIR
Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat
berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda.
1 PENYUSUN GRAFIK
Penggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakan
tugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakah
penyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagai
kemahiran berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB dan
strategi berfikir ada diberikan pada Jadual 7.1.
Jadual 7.1 Pemilihan penyusun grafik kemahiran berfikir
Kemahiran Berfikir dan Penyusun Grafik**
Strategi Berfikir 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Mencirikan x x x x x x
Membanding dan membezakan x x x
Mengumpul dan mengelaskan x x x
Membuat urutan x x x
Menyusun mengikut keutamaan x
Menganalisis x x x
Mengesan kecondongan x x
Menilai x x
Membuat kesimpulan x x
Menjanakan idea x x
Menghubungkaitkan x x x x x x
Membuat inferens x
Meramal x
Mengitlak x
Membuat gambaran mental x x
Mensintesiskan
Membuat hipotesis x x
Menganalogikan x
Mereka cipta x
Mengkonsepsikan x
Menyelesaikan masalah x
Membuat keputusan x
41
47. **Nota: (Penyusun Grafik)
1 Carta Maklumat 5 Carta Edaran 9 Pohon Fikiran
2 Carta T 6 Rantai Urutan 10 Tangga Hierarki
3 Carta Selari Masa 7 Rajah Pancaran 11 Rajah Venn
4 Carta Tulang Ikan 8 Jadual Mantik 12 Carta Alir
2 SOALAN DAN PENYOALAN
Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakan
idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji
kebolehan serta menilai pencapaian.
Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah:
a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
b) Meningkatkan metakognisi.
c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada.
e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid.
f) Menguji kebolehan berfikir.
g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir.
h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaran
soalan.
a) Soalan Bertumpu dan Bercapah
Soalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukan
jawapan yang lebih objektif atau subjektif. Rajah 7.2 menunjukkan perbandingan
antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah.
Soalan bertu Soalan berca
Soalan Bertumpu mpu Soalan Bercapah
pah
Jenis soalan ini berdasarkan kepada Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran
susunan beberapa soalan secara bersiri. murid yang kritis, kreatif dan rasional sebelum
Soalan jenis ini bertujuan untuk memberi jawapan. Ia bertujuan untuk
menumpukan idea atau hujah yang mengalihkan perhatian murid daripada satu
hendak diketengahkan. hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan
dengan hujah awal supaya pemahaman
murid bertambah luas.
Skop - terhad dan spesifik Skop - luas dan terbuka
42
48. Jawapan terdapat secara langsung Jawapan tidak terdapat secara langsung
daripada teks bacaan. daripada teks bacaan.
Berbentuk penaakulan dan tafsiran yang Berbentuk penaakulan dan tafsiran di mana
mana jawapannya tidak perlu diolah. jawapan memerlukan olahan.
Jawapan bersifat objektif dan spesifik. Jawapan yang bersifat subjektif.
Contoh : Contoh :
i. Huraikan peringkat perkembangan i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika
kupu-kupu. satu daripada peringkat kitaran hidup
ii. Terangkan punca-punca pencemaran kupu-kupu diganggu.
air. ii. Mengapakah ramai orang tidak
iii. Berikan tiga keburukan perkembangan mengambil berat tentang masalah
teknologi dalam sektor pertanian. pencemaran?
iii. Pada pendapat anda, apakah kesan
sampingan perkembangan teknologi
kepada peradaban manusia?
Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah
b) Lingkaran Soalan
Lingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skop
tertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1.
Individu
perkara
persekitaran
Rajah 7.1 Skop lingkaran soalan
43
49. Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 :
Jadual 7.3 Soalan Tajuk AIDS
Skop Soalan
• Apakah maksud AIDS?
Perkara • Apakah punca penyakit AIDS?
• Bagaimanakah aid berkembang?
• Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap
Individu penyakit AIDS?
• Apakah tindakan anda untuk mencegah bahaya AIDS?
• Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap
penyakit AIDS?
• Ada pendapat menyatakan ancaman AIDS adalah balasan kepada
manusia yang mengingkari perintah Tuhan. Nyatakan pendapat
anda.
• Selain Malaysia, negara manakah yang mengalami masalah
Persekitaran peningkatan jumlah pesakit AIDS?
• Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara lain untuk
mencegah bahaya AIDS?
• Jumlah pengidap AIDS semakin bertambah. Cadangkan aktiviti
yang boleh dijalankan untuk mendidik murid tentang bahaya AIDS?
3 PETA MINDA
Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan
yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatat
nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatu
persembahan adalah suatu yang penting.
Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut :
a) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea.
b) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk.
c) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu.
d) Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol.
e) Tuliskan kata penghubung di atas garisan.
f) Jadikan corak yang menarik.
g) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
44
50. h) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik
dan berkesan.
i) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli.
Satu contoh peta minda adalah ditunjukkan dalam Rajah 7.2.
Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang pengelasan tumbuhan
45
51. UNIT 8 PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIR
Dalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir .
Selain perkataan tersebut, terdapat frasa atau perkataan lain yang memberi makna
yang sama. Perkataan atau frasa ini amatlah membantu guru dan murid
untuk memahami dan menguasai KB tersebut.
1 Petunjuk Pemikiran Kritis
Rajah 8.1 Perkataan atau frasa yang memberikan makna sama dengan KB kritis.
Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yang memberi makna
yang sama
SS Menyatakan ciri-ciri unsur.
a. Mencirikan SS Memperlihatkan sifat.
SS Menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur.
. SS Mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur.
SS Menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur.
SS Mencari persamaan dan perbezaan.
b. Membanding dan SS Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan.
membeza SS Menentukan ciri sepadan dan tak sepadan.
SS Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa.
SS Menyatakan persamaan dan perbezaan.
SS Menyusun ciri-ciri yang sama dan berbeza.
SS Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya.
c. Mengumpul dan SS Mengumpulkan mengikut sesuatu kategori.
mengelas SS Mengumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkan.
SS Menyenaraikan ciri-ciri yang boleh dibandingkan.
SS Mengkategorikan ciri.
SS Menyusun mengikut kriteria.
SS Menyusun mengikut kumpulan.
SS Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad,
d. Membuat urutan kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lain.
SS Menyusun secara menaik atau menurun
SS Menyusun secara rantai urutan
SS Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang paling
e. Menyusun penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikan
mengikut idea mengikut kepentingan.
keutamaan SS Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera
SS Menyenarai mengikut hierarki berdasarkan matlamat
46
52. SS Mengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakang
SS Menyusun mengikut paling atas kepada paling bawah
SS Mencerakin maklumat
f. Menganalisis SS Mengolah idea
SS Mengesan penyebab
SS Menghuraikan faktor-faktor penyebab
SS Membuat andaian berasaskan maklumat
SS Menghurai mengikut ciri-ciri
SS Menghuraikan kepada bahagian
SS Mencerakin komponen yang terlibat
SS Mencari bukti-bukti yang menyokong
SS Mengimbas kembali idea
SS Mengkaji kesan baik dan buruk
SS Mengkaji keputusan berasaskan fakta
SS Menentukan pendirian berat sebelah
g.Mengesan SS Menentukan pemberatan kepada satu pihak
kecondongan SS Menentukan pendirian ke satu pihak
SS Menaksir maklumat
h. Menilai SS Mempertimbangkan pendapat dan pandangan
SS Mempertimbangkan cadangan
SS Menyatakan rasional
SS Membahaskan isu atau pernyataan
SS Membuat pertimbangan
SS Memberi alasan untuk menerima atau menolak
SS Membuat wajaran
SS Mempertimbangkan kesan dan akibat
SS Membuat pilihan
SS Mengimbas kembali pilihan
SS Menentukan nilai
SS Merumuskan isu
i. Membuat SS Menyatakan hasil selepas analisis
kesimpulan SS Menyusun alasan
SS Membuat resolusi
SS Membuat persetujuan
SS Membuat keputusan bijaksana yang muktamad
SS Menggulung hujah
47
53. 2 PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIF
Rajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif
Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yang memberi makna
yang sama
SS mengemukakan idea
a. Menjana idea SS mencadangkan alternatif
SS mencadangkan sebab
SS menyenaraikan idea
SS menyatakan cara lain
SS menyumbangkan pendapat
SS menyatakan kemungkinan
SS menghasilkan idea
SS mencetuskan idea
SS melahirkan idea
SS membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian
b. membuat inferens SS membuat rumusan awal daripada data
SS membuat kesimpulan awal daripada maklumat
SS membuat tanggapan awal
SS membuat penyataan awal
SS membuat pendirian awal
SS menyatakan ketetapan awal
SS menerangkan sebab dan akibat
c. Men SS menyatakan perkaitan
ghubung kait SS menyatakan sebab-musabab
SS menyatakan implikasi
SS mengkaji perkaitan
SS mencari perkaitan
SS mengaitkan idea
SS menyatakan pertalian
SS membuat perhubungan
SS menyatakan apa yang akan berlaku
d. Meramal SS membuat jangkaan
SS menganggarkan apa yang akan berlaku
SS membuat perlunjuran
SS menyatakan kemungkinan yang akan berlaku
SS menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya
e. Membuat SS membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya
hipotesis SS membuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannya
SS menyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya
48
54. h. Mensintesis SS mengabungkan idea
SS menggubal semula
SS menyatukan idea-idea
SS menyepadukan idea-idea
SS membuat pernyataan umum berdasarkan pola
i. Mengitlak SS membuat generalisasi
SS membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea
SS memetafora
i. Menganalogi SS membuat sindiran
SS membuat kiasan
SS membuat perlambangan
SS membuat simulasi
SS membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan
SS mengimaginasi
j. Membuat SS menggambarkan dalam bentuk lain
gambaran mental SS membayangkan dalam minda
SS melakarkan peta minda
SS membuat khayalan
SS cuba fikirkan suatu peristiwa
SS cadangan idea asli
k. Mereka cipta SS menghasilkan gubahan asli
SS mereka bentuk
. SS mencipta sesuatu
SS membuat inovasi
SS menghasilkan idea yang kreatif
SS membuat pengubahsuaian
.
49
55. 3 PETUNJUK STRATEGI BERFIKIR
Rajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah dan
membuat keputusan
Langkah Strategi Perkataan atau frasa yang memberi makna
Berfikir yang sama
SS menghasilkan konsep
a. Mengkonsepsikan SS membentukkan konsep
SS membina konsep
i. Mengenal pasti SS menentukan contoh
contoh atau SS memberikan contoh
maklumat SS mendapatkan contoh
SS menyatakan contoh
SS menyenaraikan contoh
ii. Mengenal pasti ciri SS menyenaraikan ciri
sepunya SS menentukan ciri sepunya
SS memberikan ciri
SS mendapatkan ciri
SS menyatakan ciri
iii. Mengelaskan SS mengumpul ciri mengikut kategori
ciri- ciri SS membuat pengelasan berasaskan ciri sepunya
SS menyenarai ciri yang boleh dibandingkan
SS mengkategorikan ciri
SS menyusun mengikut kumpulan
SS membahagikan ciri yang sama ke dalam
kumpulan kecil
iv. Menghubung kaitkan SS mencari perkaitan antara ciri
kelas untuk membina SS mengkaji perkaitan antara ciri
konsep awal SS menyatakan perkaitan ciri
SS menyatakan pertalian ciri
v. Memberikan contoh- SS mencari contoh-contoh tambahan
contoh lain untuk SS mencari bukan contoh
menguji atau SS mendapatkan contoh
mengubah konsep SS menyatakan contoh
awal SS menyenaraikan contoh
SS menentukan contoh
vi. Membina konsep SS bentukkan konsep
SS hasilkan konsep
50
56. SS cari penyelesaian
b. Menyelesai Masalah SS selesaikan
SS carikan cara penyelesaian
SS selesaikan persoalan
i. Mengenal pasti SS menentukan masalah
masalah SS menyatakan masalah
SS memerihalkan masalah
SS menyenaraikan masalah
ii. Menjelaskan masalah SS menerangkan masalah
SS menghuraikan masalah
iii. Mencari alternatif SS mendapatkan alternatif
penyelesaian SS mendapatkan penyelesaian lain
masalah SS mencari cara lain
SS menentukan kaedah berbeza
iv. Melakukan operasi SS menjalankan operasi
SS melaksanakan operasi
SS menjalankan langkah-langkah
v. Menilai penyelesaian SS mentaksir penyelesaian
SS mempertimbangkan penyelesaian
SS membuat wajaran
SS membuat pilihan
SS membuat kata putus
c. Membuat Keputusan SS membuat cadangan yang terbaik
SS memilih alternatif yang terbaik
SS membuat ketetapan
SS membuat ketentuan
i. Mengenal pasti SS menentukan matlamat
matlamat SS memberikan matlamat
SS mendapatkan matlamat
SS menyatakan matlamat
SS menyenaraikan matlamat
ii. Mengenal pasti SS menentukan alternatif
alternatif SS memberikan alternatif
SS mendapatkan alternatif
SS menyatakan alternatif
SS menyenaraikan alternatif
51
57. iii. Menganalisis alternatif SS mencerakin alternatif
SS menghurai pilihan
SS mengkaji kesan baik dan buruk
SS membuat kajian mendalam terhadap alternatif
iv. Menyusun alternatif SS mengatur alternatif mengikut keutamaan
SS menyusun pilihan mengikut hierarki
SS menyenaraikan alternatif yang terbaik
SS menyusun pilihan terbaik
v. Memilih sekurang- SS menentukan dua alternatif terbaik
kurangnya dua SS mendapatkan dua pilihan terbaik
alternatif terbaik SS menyenaraikan dua alternatif terbaik
vi. Menilai alternatif yang SS mentaksir alternatif yang dipilih
telah dipilih SS mempertimbangkan pilihan
SS mengkaji alternatif yang telah dipilih
SS membuat wajaran terhadap pilihan
vii. Membuat keputusan SS membuat kata putus
SS membuat cadangan yang terbaik
SS memilih alternatif yang terbaik
SS membuat ketetapan
SS membuat ketentuan
52
58. UNIT 9 METAKOGNISI
Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka
meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam
pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan
semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri
demi menghasilkan sesuatu yang maujud.
OPERASI METAKOGNISI
Operasi metakognisi melibatkan strategi merancang, memantau dan menilai proses
berfikir.
a) Merancang adalah proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir
serta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
b) Memantau adalah proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan
proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar.
c) Menilai adalah proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan
proses berfikir yang telah dilalui.
Ketiga-tiga strategi metakognisi ini, membantu kita mengawal dan menjalankan proses
berfikir dengan berkesan.
MENGEMBANGKAN METAKOGNISI
Metakognisi boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu:
a) Guru membimbing murid:
i.Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan.
ii.Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir.
iii.Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.
b) Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalam
kelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid.
c) Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikir
antara satu sama lain.
53
59. Ketiga-tiga langkah tersebut adalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Proses metakognisi perlu dirangsang dalam mengembangkannya. Pernyataan,
pendapat atau pandangan yang diberikan oleh guru yang bermula dengan frasa awalan
yang tertentu boleh digunakan untuk merangsang metakognisi murid.
Yang berikut adalah contoh frasa awalan:
a) Saya fikir atau berpendapat ...
Saya berpendapat bahawa fenomena El-Nino bukan penyebab utama jerebu.
b) Saya kurang pasti bahawa ...
Saya kurang pasti bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh.
c) Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ...
Pengalaman dan pengetahuan saya menunjukkan bahawa teknologi maklumat
kurang memberi faedah kepada pembangunan negara.
d) Saya yakin bahawa ...
Saya yakin bahawa pengklonan manusia akan memberikan banyak faedah kepada
manusia sejagat.
Dengan mengemukakan pernyataan, pandangan atau pendapat yang menggunakan
frasa awalan tertentu, fikiran murid terangsang dan murid akan memberi respons.
Berdasarkan respons daripada murid, soalan selanjutnya boleh dikemukakan untuk
menggalakkan perbincangan berkaitan dengan tugasan dan mengembangkan proses
metakognisi.
Seterusnya dalam mengembangkan metakognisi, murid perlu mengemukakan soalan
kendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai. Dengan
mengemukakan soalan kendiri ini, pemikiran murid akan terkawal dan terarah kepada
pencapaian matlamat tugasan berfikir.
PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISI
DAN SOALAN KOGNISI
Soalan metakognisi bertujuan untuk merangsang dan mengesan perkembangan
metakognisi. Soalan kognisi bertujuan untuk menguji penguasaan isi kandungan dan
KBSB. Soalan metakognisi berbeza dengan soalan kognisi. Perbezaan ini adalah dari
segi tujuan soalan itu dikemukakan. Yang berikut adalah contoh soalan metakognisi
dan kognisi dalam satu topik pengajaran dan pembelajaran.
54
60. Contoh Soalan:
Anda diberikan dua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya.
Jadual 9.1 Perbezaan antara soalan metakognisi
dan soalan kognisi
Soalan Metakognisi Soalan Kognisi
(a) Apakah langkah yang anda fikirkan a) Senaraikan ciri persamaan dan
sesuai untuk mencari persamaan perbezaan antara daun A dan
dan perbezaan antara daun A dan daun B.
daun B?
(b) Bagaimanakah anda membezakan (b) Bandingkan corak umum urat daun
daun A dan daun B? A dan daun B.
(a) Mengapakah anda menggunakan (c) Daun manakah yang lebih:
kaedah itu? (i) lebar?
(ii) panjang?
(d) Adakah anda berpuas hati dengan
keputusan yang anda perolehi?
55
61. UNIT 10 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Satu strategi yang difikirkan dapat membantu guru mengembangkan minda murid ialah
melalui penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi ini KB
dipelajari bersama isi kandungan mata pelajaran. Walau bagaimanapun dalam
menerapkan KB bersama isi kandungan, pengubahsuaian perlu dibuat dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar pembelaja
ran yang dihasilkan adalah pembelajaran yang berfikrah.
PEMBELAJARAN BERFIKRAH
Apakah perkaitan antara penerapan KB dengan pembelajaran berfikrah?.
Bandingkan dua situasi pengajaran dan pembelajaran yang berikut:
Situasi 1
Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata mengikut langkah berikut:
a) Memberikan kepada pelajar pengelasan haiwan yang sedia ada.
b) Memberi contoh yang berkaitan.
c) Memberi ciri yang dipunyai oleh setiap kelas haiwan.
Situasi 2
Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata dengan menjalankan aktiviti
berikut:
a) Murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya.
b) Guru membimbing murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan kepada
kumpulan sedia ada.
c) Murid membuat kesimpulan tentang ciri tertentu bagi setiap kumpulan haiwan.
Jika dibandingkan antara kedua situasi, dalam situasi 1 murid lebih berfungsi sebagai
penerima maklumat yang diberikan oleh guru. Manakala dalam situasi 2, murid
mengalami proses berfikir. Dalam situasi 2 murid terlibat secara langsung dalam
proses memerhati, membanding, membezakan, dan mengelaskan haiwan kepada
kumpulan tertentu. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang ciri am bagi setiap
kelas haiwan.
Situasi 2 menggambarkan satu episod pembelajaran berfikrah. Murid terlibat secara
langsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Apakah
peranan guru dalam situasi tersebut?
56
62. Penerangan Maksud Pembelajaran Berfikrah
Pembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatan
utama. Perkara yang ada dalam kandungan adalah konsep, prinsip, pengitlakan,
masalah, fakta dan definisi. Proses pula adalah kemahiran berfikir, strategi berfikir,
metakognisi dan kemahiran sosial ( Resnick, 1989).
Penerapan KB, kemahiran proses serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Kebolehan
untuk mengawal dan mengurus pemikiran atau metakognisi amat membantu ke arah
pembelajaran berfikrah. Strategi penerapan perlu menggabungkan tiga pendekatan
pengajaran dan pembelajaran KB iaitu:
a) Mengajar cara berfikir (murid mempelajari tentang perincian KB).
b) Mengajar untuk berfikir ( murid mengalami proses berfikir).
c) Mengajar tentang berfikir (murid mengawal serta mengurus proses berfikir).
Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akan
menjadikan penerapan KB lebih berkesan dan dapat mengembangkan minda murid.
Ketiga-tiga pendekatan tersebut perlu menjadi asas dalam rangka kerja yang
digunakan dalam program penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran.
RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajaran
dan pembelajaran . Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaran
seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll.
a) KB diperkenalkan.
b) KB dipraktikkan dengan bimbingan guru.
c) KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.
d) KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru.
e) KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan
berfikir.
57
63. Langkah 1: Memperkenalkan KB
a) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang
baru.
b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau
frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut juga
diperkenalkan kepada murid.
c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepada
perincian kemahiran dan strategi berfikir.
d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakan
bagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya.
e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi.
Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan guru
a) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan.
b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan.
c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasi
yang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KB
terhadap data atau situasi tersebut.
d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB.
(Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada murid
boleh ke peringkat seterusnya).
Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan guru
a) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untuk
menjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain.
b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari
KB selanjutnya yang lebih kompleks.
(Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telah
dipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, mereka
perlu dibimbing semula).
58
64. Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam situasi baru dan diperkembang dengan
bimbingan guru
a) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan.
b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan.
c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan
dalam situasi baru itu.
d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui.
Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai
tugasan berfikir
Pada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untuk
membuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lain
seperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalam
bentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalah
sangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjaya
menjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahap
penguasaan.
59
65. 11 PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir dan
strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah dibincangkan. Setiap
peringkat rangka kerja tersebut boleh dilaksanakan terus ke dalam strategi dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada seperti eksperimen, kajian
lapangan dan simulasi. Dalam bab ini, contoh pengoperasian peringkat-peringkat
rangka kerja dengan KBSB yang tertentu diberikan untuk menggambarkan situasi
sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.
MATA PELAJARAN SAINS
PERINGKAT 1 : MEMPERKENALKAN KBSB
Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan haiwan mengikut
sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, Kurikulum
Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah sumbang
saran semasa langkah set induksi dan pemerolehan pengetahuan. KBSB yang hendak
dikuasai ialah membanding dan membezakan. KBSB yang telah dipelajari dan perlu
digunakan ialah mencirikan.
Lokasi : Dalam Makmal/Bilik Sains.
Bahan Bantu : Gambar pelbagai jenis haiwan, bola sepak,
Mengajar bola takraw, bola tampar.
(Cikgu Murni menghadap pelajar sambil memegang sebiji bola sepak)
Cikgu Murni : Apakah objek yang saya pegang ini?
Hashim : Bola sepak cikgu!
Cikgu Murni : Mengapakah kamu katakan objek ini ialah bola sepak?
Hashim : Kerana objek itu berbentuk sfera.
Rani : Ada corak petak hitam putih, cikgu.
Sabri : Ada tulisan FIFA, cikgu.
Tham : Kerana saya pernah main bola sepak dengan bola seperti itu.
60
66. Kallang : Cikgu, kerana saya biasa melihat orang bermain bola sepak
dengan bola seperti itu.
Cikgu Murni : Bagus. Terima kasih, kamu sudah pandai mencirikan dan
menghubungkaitkan ciri dengan objek.
Sekarang saya hendak kamu mencirikan objek lain pula.
Siew Leng, sila catatkan jawapan yang akan diberikan oleh rakan-
rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam.
(Cikgu Murni bersedia dengan dua jenis bola iaitu bola takraw dan bola tampar)
Cikgu Murni : Cuba perhatikan bola yang saya pegang ini, kita panggilnya bola A.
Apakah ciri bola ini?.
(Cikgu Murni mempamerkan bola takraw)
Zaidah : Berbentuk sfera, cikgu.
Abidin : Kuning-perang.
Ganesan : Cikgu, bola itu berlubang-lubang.
Rafeal : Bola itu kasar dan diperbuat daripada rotan, cikgu.
Chiew Yen : Saiznya kecil, cikgu.
Cikgu Murni : Bagus murid-murid. Terima kasih Siew Leng kerana mencatat.
Cikgu Murni : Salim sila tampil ke hadapan untuk mencatat jawapan yang akan
diberikan oleh rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran
di papan hitam.
Cikgu Murni : Apakah pula ciri bola B yang saya pegang ini?
(Cikgu Murni menunjukkan bola tampar)
Mamat : Berbentuk sfera dan licin, cikgu.
Siew Leng : Cikgu, bola itu berwarna putih.
Anand : Diperbuat daripada kulit dan tidak berlubang-lubang, cikgu.
Dayang : Saiznya besar, cikgu.
61
67. Cikgu Murni : Bagus murid-murid dan terima kasih Salim kerana mencatat.
Murid-murid sila rujuk penyusun grafik di papan hitam.
(Rajah 11.1 menunjukkan Penyusun Grafik Rajah Pancaran yang dicatatkan oleh
Salim)
Cikgu Murni : Daripada kedua-dua penyusun grafik Rajah Pancaran ini, adakah
terdapat ciri sepunya?
Anand : Ada, cikgu.
Cikgu Murni : Apakah ciri itu?
Anand : Kedua-dua bola itu berbentuk sfera, cikgu.
Cikgu Murni : Adakah lagi ciri sepunya yang lain?
Dayang : Tidak ada lagi, cikgu.
(Guru perlu memperkenalkan penyusun grafik baru iaitu Rajah Venn yang akan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa)
Cikgu Murni : Baiklah murid-murid. Ciri sepunya ditulis di ruangan yang bertindih
dalam rajah penyusun grafik di papan hitam.
Ciri bola A dan bola B ditulis dalam ruangan masing-masing yang
tidak bertindih. Rajah penyusun grafik ini dikenali sebagai Rajah
Venn.
62