2. Apa itu Penjodoh Bilangan?
kata yang digunakan bersama-sama
dengan kata bilangan untuk membilang
kata nama (nama benda seperti orang,
binatang, makanan, tanaman, bangunan,
tempat dan sebagainya).
Contoh:
Jumlah + Penjodoh Bilangan + benda
Lima + ekor + harimau
3. pucuk
digunakan untuk surat dan senjata api
Abang menulis sepucuk
surat kepada kawannya di
Australia.
Polis terjumpa sepucuk
pistol di dalam almari buruk
itu.
4. sisir
digunakan untuk tangkai pisang; dikenali
juga dengan sikat (kerana bentuknya
seperti sikat)
=
Ibu membeli dua sisir pisang
dari kedai Encik Chua.
5. potong
digunakan untuk kepingan benda yang
telah dipotong-potong kecil daripada
bentuk asalnya yang lebih besar
Adik memakan sekeping
buah semangka.
6. ekor
digunakan untuk menunjukkan binatang
Dua ekor kuda sedang
meragut rumput di
padang.
7. batang
digunakan untuk benda-benda yang
panjang atau tinggi
Ali menggunakan
sebatang penyapu
untuk menyapu lantai.
Sampan itu berada di
tepi sebatang sungai.
8. keping
digunakan untuk benda-benda yang leper
dan tipis atau dipotong hampir tipis
Bidin menggunakan
tiga keping kertas
untuk menulis
karangannya.
Ayah sedang
membakar dua keping
roti.
9. helai
digunakan untuk benda yang tipis, lembut
dan halus.
Empat helai kain telah
dijemur oleh Fatimah di
tepi pantai.