SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA



                      KPT 6044
   PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB




                     TUGASAN 1
MENGANALISA SATU JURNAL (LUAR DAN DALAM NEGARA) YANG
     BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN
MEMBENTANGKAN PERSOALAN, KAEDAH DAN DAPATAN KAJIAN




                       OLEH:
            NORZALIZA BT ABDUL RAHMAN
            NOMBOR MATRIK : M 20112001199




                    PENSYARAH:
         PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR
Tajuk Jurnal:
 Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.

                                          Oleh:

                         Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.



       Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran
berasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap
kesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti Sains Malaysia.
Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.

        Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam
kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap kesedaran,
penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap perlaksanaan e-
pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Di
Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas.     Impak dan penerimaan oleh
masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Oleh itu
diharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahap penerimaan ahli akademik
terhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat ini. Seterusnya
membantu kemajuan teknologi dan menjadi pemangkin kepada budaya IT yang berterusan
bermula di peringkat pendidikan tinggi.

       Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah penilaian
terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan
kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini melihat
sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap kepentingan perlaksanaan e-
pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi mereka terhadap kesediaan mereka
menguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disamping
memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan,universiti harus mempunyai
prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer dan
pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan
bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran mereka, dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau
penolakan kepada kaedah e-pembelajaran ini.

        Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap penerimaan bagi
penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT.
Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah dijadikan asas untuk mengenal
pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-
pembelajaran berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih
efektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos program dan bilik
darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapat
menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Dengan
adanya program e-pembelajaran tersebut, boleh membantu kepada anjakan paradigma dalam
kalangan ahli akademik, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih
luas dan tidak terbatas di bilik kuliah sahaja.

        Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah
kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk
digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian yang telah dijalankan berbentuk
kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Teori resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan
asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Responden
kajian terdiri daripada ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang
menggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah
165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian.
Daripada jumlah tersebut, 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut Pusat
Pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social
sciences) perisian SPSS versi 14.0 telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi
seterusnya ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah yang
terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, data dianalisis menggunakan kaedah analisis
deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawaian dan kaedah analisis inferensi
seperti Ujian-t dan Anova.

        Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap penggunaan
e-pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dan
tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-pembelajaran. Disamping
memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan, universiti juga harus
mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal, perpustakaan, asrama,
kelengkapan komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006)
Selain itu, dapatan juga mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-
pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertama
adalah e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar. Konsep
kedua ialah e-pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakala konsep
seterusnya pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkan proses
pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan dengan kuantiti
pelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan tahap kefahaman responden terhadap kesedaran, penilaian dan
penerimaan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran adalah baik serta penerimaan aplikasi e-
pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan &
Azmi, 2006).
        Responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu
proses pembelajaran dan pengajaran di IPT seperti menggunakan kaedah e-pembelajaran di
dalam kuliah, memuat naik nota-nota kuliah ke laman web pembelajaran dari semasa ke
semasa, mengikuti latihan berkaitan ICT/ e-pembelajaran dan seterusnya menggalakkan serta
memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran yang
bermanfaat dan berkesan. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dan
kreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan. Ini selari dengan hasrat kerajaan Malaysia
dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang ingin memajukan ekonomi melalui e-ekonomi
iaitu ekonomi berlandaskan elektronik. Tahap kesedaran ahli akademik yang tinggi terhadap
konsep sistem e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
merealisasikan empat objektif e-pembelajaran iaitu untuk memperkenalkan konsep baru
pembelajaran peringkat yang lebih tinggi; memperkenalkan kaedah pembelajaran yang
interaktif dan produktif; untuk memastikan pelajar belajar dengan lebih bebas dan objektif
yang terakhir ialah untuk membenarkan pembelajaran yang seimbang di Malaysia.
        Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang konsep e-
pembelajaran. ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli akademik
menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam
kuliah berteraskan kemajuan teknologi maklumat. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil
berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu
secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru. Hal ini secara tidak langsung
menyokong hasil kajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoriti
daripada ahli akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka
dan positif.
        Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang
kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktor mempunyai kemudahan
komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan
pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Mereka turut berperanan memotivasikan
pelajar, memberi info dan input, mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakan
kemudahan talian e-pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar mereka
seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai
matlamat pembelajaran yang ditetapkan.
        Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk budaya
ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era pendidikan melalui
aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan jarak jauh yang diperkenalkan.
Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
secara positif semakin memantapkan lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan
kehendak masyarakat serta perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan,
pada masa akan datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang
berpengetahuan tinggi dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia
sejagat.

More Related Content

What's hot

Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1mohdsani8484
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cippSumitra Kan
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosialcikgutika
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikTan Kiew
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnalmariulfah
 
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHPERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHMohd Fuad
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiKaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiSITIAISYAHMOHDAKAHSA
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)wmkfirdaus
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 

What's hot (20)

Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cipp
 
Contoh bab 3
Contoh bab 3Contoh bab 3
Contoh bab 3
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistik
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHPERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiKaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 

Viewers also liked

Form analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniForm analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniNani Al-Pleredy
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalsitimarlizah
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Analisis Jurnal Komunikasi
Analisis Jurnal KomunikasiAnalisis Jurnal Komunikasi
Analisis Jurnal KomunikasiIqlima Zeinia
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Analisis jurnal pendidikan
Analisis  jurnal pendidikanAnalisis  jurnal pendidikan
Analisis jurnal pendidikanleonypurba
 
Kpt6044 ringkasan jurnal
Kpt6044 ringkasan jurnalKpt6044 ringkasan jurnal
Kpt6044 ringkasan jurnalWana Irwana
 
Jurnal komunikasi bisnis
Jurnal komunikasi bisnisJurnal komunikasi bisnis
Jurnal komunikasi bisnisPutri Suwarno
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...Muhammad Nasrullah
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 

Viewers also liked (19)

Form analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniForm analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas nani
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnal
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Analisa jurnal
Analisa jurnalAnalisa jurnal
Analisa jurnal
 
Analisis Jurnal Komunikasi
Analisis Jurnal KomunikasiAnalisis Jurnal Komunikasi
Analisis Jurnal Komunikasi
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Analisis jurnal pendidikan
Analisis  jurnal pendidikanAnalisis  jurnal pendidikan
Analisis jurnal pendidikan
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kpt6044 ringkasan jurnal
Kpt6044 ringkasan jurnalKpt6044 ringkasan jurnal
Kpt6044 ringkasan jurnal
 
Jurnal komunikasi bisnis
Jurnal komunikasi bisnisJurnal komunikasi bisnis
Jurnal komunikasi bisnis
 
Tugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan eseiTugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan esei
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Studi kelayakan
Studi kelayakanStudi kelayakan
Studi kelayakan
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 

Similar to Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan E-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik

Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian eLily Ting
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)NorZie Ali
 
Penulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraningPenulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraningzulie76
 
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah aliUlasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah aliNorZie Ali
 
Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044zailaamir
 
Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044NorZie Ali
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian enorm80
 
Tugasan 1 - word (m20102000969)
Tugasan 1 - word (m20102000969)Tugasan 1 - word (m20102000969)
Tugasan 1 - word (m20102000969)sha_sobri9827
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitianuiia
 
Dapatan kajian e-learning
Dapatan kajian e-learningDapatan kajian e-learning
Dapatan kajian e-learningNor Fiz
 
Analisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learningAnalisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learningsuhailarahman26
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianAidaNabila7
 
KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)
KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)
KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)abubakarbusmah
 

Similar to Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan E-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik (20)

Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian e
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
 
penulisan dapatan kajian e-learning
penulisan dapatan kajian e-learningpenulisan dapatan kajian e-learning
penulisan dapatan kajian e-learning
 
Penulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraningPenulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraning
 
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah aliUlasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044
 
Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian e
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Tugasan 1 - word (m20102000969)
Tugasan 1 - word (m20102000969)Tugasan 1 - word (m20102000969)
Tugasan 1 - word (m20102000969)
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitian
 
Tajuk jurnal
Tajuk  jurnalTajuk  jurnal
Tajuk jurnal
 
Dapatan kajian e-learning
Dapatan kajian e-learningDapatan kajian e-learning
Dapatan kajian e-learning
 
Analisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learningAnalisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learning
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 
Vijian
VijianVijian
Vijian
 
KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)
KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)
KPT6014 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (TUGASAN 1)
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 

Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan E-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 MENGANALISA SATU JURNAL (LUAR DAN DALAM NEGARA) YANG BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN MEMBENTANGKAN PERSOALAN, KAEDAH DAN DAPATAN KAJIAN OLEH: NORZALIZA BT ABDUL RAHMAN NOMBOR MATRIK : M 20112001199 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR
  • 2. Tajuk Jurnal: Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Oleh: Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran berasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti Sains Malaysia. Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap perlaksanaan e- pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Oleh itu diharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan e- pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahap penerimaan ahli akademik terhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat ini. Seterusnya membantu kemajuan teknologi dan menjadi pemangkin kepada budaya IT yang berterusan bermula di peringkat pendidikan tinggi. Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap kepentingan perlaksanaan e- pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi mereka terhadap kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan,universiti harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka, dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah e-pembelajaran ini. Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap penerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e- pembelajaran berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos program dan bilik
  • 3. darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapat menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Dengan adanya program e-pembelajaran tersebut, boleh membantu kepada anjakan paradigma dalam kalangan ahli akademik, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas dan tidak terbatas di bilik kuliah sahaja. Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian yang telah dijalankan berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e- pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Teori resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Responden kajian terdiri daripada ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian. Daripada jumlah tersebut, 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut Pusat Pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi seterusnya ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawaian dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-pembelajaran. Disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan, universiti juga harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal, perpustakaan, asrama, kelengkapan komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006) Selain itu, dapatan juga mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e- pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertama adalah e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar. Konsep kedua ialah e-pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakala konsep seterusnya pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan dengan kuantiti pelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman responden terhadap kesedaran, penilaian dan penerimaan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran adalah baik serta penerimaan aplikasi e- pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi, 2006). Responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT seperti menggunakan kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah, memuat naik nota-nota kuliah ke laman web pembelajaran dari semasa ke semasa, mengikuti latihan berkaitan ICT/ e-pembelajaran dan seterusnya menggalakkan serta memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran yang bermanfaat dan berkesan. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan. Ini selari dengan hasrat kerajaan Malaysia
  • 4. dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang ingin memajukan ekonomi melalui e-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan elektronik. Tahap kesedaran ahli akademik yang tinggi terhadap konsep sistem e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu merealisasikan empat objektif e-pembelajaran iaitu untuk memperkenalkan konsep baru pembelajaran peringkat yang lebih tinggi; memperkenalkan kaedah pembelajaran yang interaktif dan produktif; untuk memastikan pelajar belajar dengan lebih bebas dan objektif yang terakhir ialah untuk membenarkan pembelajaran yang seimbang di Malaysia. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang konsep e- pembelajaran. ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli akademik menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah berteraskan kemajuan teknologi maklumat. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru. Hal ini secara tidak langsung menyokong hasil kajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoriti daripada ahli akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif. Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Mereka turut berperanan memotivasikan pelajar, memberi info dan input, mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan talian e-pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar mereka seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan. Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat serta perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada masa akan datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat.