SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  32
Falsafah Pendidikan Kebangsaan



       Pendidikan     di      Malaysia      adalah              suatu           usaha    berterusan   ke   arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan                                    diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                Falsafah Pendidikan Guru

       Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

                    MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
                                 MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

                                               KETUHAN AN




                                                   ROHANI



                                            Pengetahuan     Nilai



                                         INTELEK                    EMOSI
                                                    Kemahiran



                                                   JASMANI

                           KENDIRI                                          KEMASYARAKATAN
Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan
kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang
dirancangkan seperti gambar rajah di atas.



       Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru
kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra
guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan
seperti berikut:


Ketuhanan          : Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan
                   individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran
                   agama.




Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan
                   sebagai agen perubahan.




Kendiri            : Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan,
                   patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah
                   dan berpekerti mulia.

       Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha
membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan
dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan,
kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru
Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan
mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan,
kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:
Pengetahuan:        Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan
                    ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum,
                    pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta
                    sumber berkaitan bidang pengajian.



Kemahiran :         Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan
                    kemahiran    berfikir   aras   tinggi   dalam   pembelajaran,
                    penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan
                    ilmu   dan   kemahiran     dalam    pelaksanaan     pengajaran
                    pembelajaran, dan keupayaan memindahkan pengetahuan
                    dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.



Nilai        :      Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai
                    murni sebagai insan yang percaya dan     patuh kepada ajaran
                    agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta       memiliki   dan
                    menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan
                    Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan
                    Malaysia.




Definisi Bina Insan Guru (BIG)

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah
yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang ini, guru-guru Malaysia
bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu
juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan
yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram
BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika
keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
Melalui Rancangan Malaysia ke-9 telah menegaskan bahawa pendidikan
kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh,
Penekanan diberikan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran,
modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang
tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh
untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru.


       Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai contohnya
perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta
diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek.
Justeru, Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk
berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.


Pengenalan Program Bina Insan Guru

       Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti
tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu,
berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan
menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional
yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru,
penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji
selaras dengan hasrat negara. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah
berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk
dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan
ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

       Kursus Bina Insan Guru BIG merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua
pelajar Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan Disember 2011 (DPLI SR).
Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing
dalam sepanjang tempoh pengajian.
Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-
guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa
bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

       Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di
luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha
memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan
pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan
insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG).

       Dunia perguruan memperlihatkan semua guru yang bergelar pelatih bagi
semester 3 dikehendaki menjalankan satu program yang diwajibkan kepada para
guru pelatih iaitu Program Bina Insan Guru atau diberi singkatan sebagai BIG.
Bina Insan Guru ini sebenarnya dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk
membentuk guru pelatih yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi
mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menghadapi apa jua halangan yang
dihadapi setelah menjadi pendidik sebenar kelak. Kerjaya sebagai guru boleh
dianggap suatu bidang yang mencabar dalam mendidik anak-anak bangsa dan
pelapis negara.

       Matlamat Bina Insan Guru ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan
modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi, kukuh, berketrampilan,
berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia juga mampu
berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah dan
berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru. Selain itu, program ini juga mampu
melahirkan insan yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi serta
kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sentiasa
berubah-ubah.
Di samping itu, program ini merupakan salah satu usaha pencetus
pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi,
mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai profesyen keguruan.

      Melalui tujuan program Bina Insan Guru ini maka konsep modal insan diberi
penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara untuk menjadi negara
maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi
hasrat Wawasan 2020. Program ini menetapkan sasaran iaitu untuk melahirkan
guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan
keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta mempunyai aura keguruan yang
selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru.

      Pihak Institut Pendidikan Guru       (IPG) Kampus Tawau turut telah
mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) siri yang ketiga bagi tahun 2013
yang dikendalikan oleh Guru pelatih IPG Kampus Tawau. Program kali ini
melibatkan aktiviti luar dan telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam iaitu
pada 15 Januari sehingga 17 Januari 2013. Program ini diadakan khusus untuk
pelajar-pelajar Diploma Perguruan Lepasan Ijazah DPLI bagi tahun 2013 ini.
Program BIG siri tiga ini telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
iaitu di tapak perkhemahan berhampiran blok Kemahiran Hidup. Peserta-peserta
yang terlibat dalam program ini adalah daripada kalangan pelatih Diploma
Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Seramai 85 orang pelatih terlibat iaitu daripada
program DPLI SR Bahasa Melayu dan Pemulihan Ambilan Disember 2011.

      Program BIG Siri 3 ini telah disertai oleh 85 orang pelajar opsyen Bahasa
Melayu dan Pemulihan DPLI, Institut Pendidikan Kampus Tawau. Penglibatan ini
menggabungkan dua Unit iaitu Bahasa Melayu seramai 41 orang dan daripada
opsyen Pemulihan seramai 40 orang pelatih. Program ini turut diiringi oleh
beberapa orang pensyarah yang mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus
Tawau. Penglibatan pensyarah-pensyarah ini memberi motivasi kepada para
pelajar untuk melaksanakan program dengan baik dan lancar.
Program ini wajib dijalankan oleh pelajar bagi program Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah DPLI ambilan Disember 2011 semester 3 bagi memenuhi proforma
Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bina Insan
Guru) bagi siri tiga. Perlaksanaannya adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran
tentang keperluan memiliki kekentalan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal
yang teguh bagi mengharungi segala cabaran yang perlu dihadapi apabila berada
di alam persekolahan sebenar kelak.

       Pelajar didedahkan dengan aktiviti yang lasak dan mencabar sepanjang
tempoh program bagi menguji ketahanan emosi dan fizikal diri selain melatih guru
pelatih supaya bersabar dan memiliki semangat ingin berjaya yang tinggi apabila
hendak mencapai seseuatu matlamat. Program Bina Insan Guru ini menekankan
aspek keilmuan, kerohanian dan akhlak keguruan, akauntabiliti dan amanah, serta
aspek kreatif dan inovatif.

       Program BIG kali ini melibatkan aktiviti luar yang mencabar di samping
aktiviti Latihan Dalam Kumpulan LDK yang menarik. Ahli Jawatankuasa Pelaksana
bagi program ini juga telah dibentuk dan dipilih daripada kalangan guru pelatih
DPLI ini juga. Mereka diberikan tugasan masing-masing agar program BIG siri
ketiga ini berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang kekangan.
Objektif

      Program Bina Insan Guru (BIG) bagi program DPLI IPG Kampus Tawau ini
mempunyai objrektif yang dipegang untuk dicapai. Terdapat sembilan objektif yang
disenaraikan bagi program ini dimana melalui program ini pelajar dapat:-

1.0   Merancang dan menyusun strategi pengalaman dengan mengambil kira
      faktor tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif
      dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

2.0   Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan
      sebagai contoh yang baik.

3.0   Bekerjasama       dan   berinteraksi   dalam   kepelbagaian    budaya     dan
      kepercayaan.

4.0   Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

5.0   Berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efektif.

6.0   Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion
      keguruan.

7.0   Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berasas untuk menyelesaikan
      masalah dan membuat keputusan.

8.0   Menggunakan pertimbangan sendiri.

9.0   Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjalankan idea
      baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

      Objektif-objektif yang disenaraikan di atas perlu dicapai melalui aktiviti
program yang telah dirancangkan bagi melahirkan guru-guru yang mantap dari
aspek akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan serta mempunyai daya
ketahanan diri yang tinggi. Pengisian slot-slot ceramah yang dijalankan turut
berfokus kepada objektif-objektif yang perlu dicapai oleh para peserta yang terlibat
di dalam program ini.
Perancangan Awal Dan Persediaan Program

           Program BIG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat
perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar
DPLI perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal
pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

      a.      Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja
      b.      Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada
              pensyarah berkenaan.
      c.      Memilih dan menentukan lokasi program
      d.      Merancang pengisian aktiviti.
      e.      Merancang perbelanjaan
      f.      Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia
      g.      Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan
      h.      Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan



Tindakan Yang Perlu Dilaksanakan

                                    Sebelum Aktiviti

Bil        Perkara                      Isi Kandungan                        Tindakan

1.    Taklimat Pertama             a. Struktur Organisasi                    Diadakan di
      Program BIG                                                            IPG
      Kepada Pelajar                                                         Dikendalikan
                            A. Taklimat Perkhemahan                          oleh
                                  a. Panduan pelaksanaan                     Penyelaras
                                      perkhemahan                            Program BIG
                                  b. Penulisan Refleksi / Folio              IPG
                                  c. Persiapan awal                          Bahan-bahan
                                  d. Etika Peserta BIG                       taklimat
                                  e. Keadaan Fizikal
                                  f. Peralatan                                     Bahan
                                  g. Status Kesihatan                               berceta
                                  h. Kuatermaster makanan                           k
                                  i. Kuatermaster peralatan
                                  j. Kebajikan dan Keselamatan
                                  k. Jadual Pelaksanaan
B. Taklimat Keselamatan di air
                              a. Teori keselamatan di air
                              b. Arahan, ciri dan dan langkah
                                  keselamatan di air


                        C. Taklimat LDK
                              a. Taklimat dan panduan
                                  pelaksanaan LDK.
                              b. Cara dan pengendalian LDK
                              c. Bentuk-bentuk permainan
                                  LDK
2.    Mesyuarat         Perancangan Pelaksanaan Program                Pelajar IPG
      Perancangan                                                      dengan
      Pelaksanaan BIG      i.    Lokasi Program                        Jawatankuasa
                          ii.    Tarikh Program                        Pelaksana BIG
                         iii.    Lawatan Tapak                         PP
                         iv.     Perhubungan luar
                          v.     Peralatan
                         vi.     Pembahagian tugas Kem
                                 Komander /Jurulatih / Fasilitator
                        vii.     Kos
                        viii.    Kebajikan / makanan


                                 SEMASA AKTIVITI



Bil         Perkara                  Isi Kandungan                    Tindakan

1.    Taklimat kepada       i.    Memperkenalkan Jurulatih /         Penelaras
      peserta program             Fasilitator Siri BIG kepada        Program BIG IPG
                                  peserta.
                            ii.   Pembahagian Tugas
                                  kepada peserta
                            iii.  Keadaan Fizikal
                            iv. Peralatan
                            v.    Status Kesihatan
                            vi. Kuatermaster makanan
                            vii. Kuatermaster peralatan
                            viii. Kebajikan dan Keselamatan
                            ix. Jadual Pelaksanaan
                            x.    Pergerakan Aktiviti
                            xi. Disiplin Peserta
                            xii. Peraturan Perkhemahan
                            xiii. Jadual Aktiviti
                            xiv. Pembahagian Nombor
                                  Peserta (Numbering).
Selepas Aktiviti

                                                                       Tindakan
Bil          Perkara                   Isi Kandungan


1.    Tindakan Selepas       1.     Membuat refleksi / laporan    Penyelaras Program
      Aktiviti                      perlaksanaan BIG              BIG IPG dan Pelajar
                             2.     Menyediakan dokumentasi       DPLI
                                    audio/video untuk tujuan
                                    pelaporan dan penilaian
                             3.     Menyiapkan portfolio.
                             4.     Surat Penghargaan kepada
                                    agensi yang membantu
                                    program BIG (cth: Polis,
                                    Jabatan Hutan, Jabatan
                                    Bomba dan Penyelamat, ,
                                    Jabatan Laut / Marin.
2.    Pelaksanaan Aktiviti    i.    Arahan tetap yang             Urusan pelajar DPLI
                                    merangkumi prosedur
                                    sebelum aktiviti.
                             ii.    Melaksanakan semua
                                    komponen dalam jadual
                             iii.   Penilaian dan penulisan
                                    refleksi
3.    Penutup Aktiviti        i.    Protokol acara penutup siri   Urusan pelajar DPLI
                                    BIG
                             ii.    Ucapan VVIP dan
                                    pengarah
4.    Tindakan sebelum       1.     Membersihkan peralatan        Urusan pelajar DPLI
      perjalanan pulang             dan kawasan perkhemahan.
                             2.     Memastikan peralatan
                                    adalah dalam keadaan yang
                                    baik.
                             3.     Pemulangan peralatan
                                    dengan amaun yang sama.
                             4.     Menyusun peralatan.
Spesifikasi Bina Insan Guru


    TAJUK /                                    KANDUNGAN
    AKTIVITI

1. Aktiviti di IPG          Taklimat umum BIG
                            Taklimat perkhemahan
                            Taklimat LDK


2. Mendirikan               Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas
   Khemah
                            Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian
                            makanan
                            Pembubaran khemah



3. Malaysia                 Nyanyian patriotik
   cergas dan
   patriotik.               Menaikkan bendera
                            Kawad kaki
                            Senamrobik

4. Latihan           Cadangan tajuk dan aktiviti LDK
   Dalam
   Kumpulan                     Ice Breaking
   (LDK)                        Personaliti Guru dan Konflik Personaliti
                                Realiti persekitaran
                                Realiti diri dan motivasi keguruan
                                Perubahan sikap
                                 Pembinaan self-esteem



5. Kembara dan       Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering.
   Orienteering
                            Berjalan lasak
                            Aktiviti penghayatan alam
                            Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku
                            kecemasan / kecederaan.
6. Tazkirah /       Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral
   aktiviti moral
                                Aku Ingin Menjadi Anak Soleh
                                Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang
                                Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.."
                                Rasulullah Pemimpin Teladan
                    Cadangan tajuk-tajuk moral
                                Rakyat Cemerlang Negara Gemilang
                                ( SAM ) Saya Anak Malaysia
                                Pemimpin dan Kepimpinan
                                Malaysia Negaraku Tercinta
                    Catatan:
                    Pelajar boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral selain di
                    atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.
Sebelum Aktiviti



1.    Pelajar DPLI

      a.     Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.
      b.     Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.
      c.     Taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih, dan semua AJK.
      d.     Taklimat pelaksanaan BIG peserta / pelajar
      e.     Memilih & Memastikan tapak perkhemahan
      f.     Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan
      g.     Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti
             Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekat
      h.     Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas
      i.     Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut
      j.     Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama
      k.     Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum,
             semasa dan selepas aktiviti BIG
      l.     Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik
      m.     Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk
             digunakan
Semasa Aktiviti



1.    KEM KOMANDAN

      a.     Tiba lebih awal di tapak perkhemahan
      b.     Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan
             eletrik
      c.     Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan
             sebelum memulakan aktiviti
      d.     Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar
      e.     Taklimat kepada peserta/pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan
      f.     Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan
      g.     Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku
             kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan


2.    JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN



      a.     Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti
      b.     ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat
      c.     Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan
      d.     Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM
             Peralatan
      e.     Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti
             kepada kem komandan
      f.     Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat
      g.     Memberi penerangan tentang keselamatan diri
      h.     Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar
             sebelum melaksanakan aktiviti
      i.     Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa
             aktiviti
Selepas Aktiviti



1.    KEM KOMANDAN

       a.     Menerima Laporan ketua jurulatih
       b.     Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan
       c.     Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan
       d.     Menerima Laporan Kuarter Master Makanan
       e.     Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.
       f.     Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya
              1hari selepas perkhemahan
       g.     Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik
       h.     Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu
              program BIG contoh Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin,
              Jabatan Hutan dan lain-lain lagi
       i.     Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil
              bahagian.
       j.     Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan
              dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing.
Pengisian Program

       Pada hari pertama program bermula, kami peserta seramai 85 orang telah
berkumpul tepat pada pukul 7.00 pagi di tapak perkhemahan untuk mendengar taklimat
daripada kem komando. Memandangkan pada hari sebelum berlangsung, kami telah
menyediakan peralatan seperti perkakasan untuk memasak dan khemah masing-masing.
Oleh demikian, aktiviti pada hari pertama diteruskan dengan menyusun segala peralatan
tersebut dan meletakkan barang-barang peserta di tapak khemah. Kem komando yang
diketuai oleh Encik Aminuddin menjelaskan segala aktiviti yang akan berjalan dan
menerangkan peraturan yang harus diikuti oleh peserta sepanjang tempoh BIG ini.


       Pada pukul 10.00 pagi semua peserta bergotong-royong untuk membantu
kumpulan yang bertugas untuk menyediakan makanan tengah hari untuk semua peserta.
Berikutnya pada pukul 12.00 tengah hari, semua peserta muslim bersedia untuk
menunaikan solat zohor secara berjemaah. Tentatif berikutnya adalah makan tengah hari
sebelum aktiviti lain dapat diteruskan.


       Pada sebelah petang bermula pukul 2.00 petang, semua peserta berkumpul dan
mendengar taklimat daripada jurulatih iaitu Encik Sandy selaku penolong kem komando..
Kami bergerak ke Dewan Rafflesia dan aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti
“ice breaking” dimana sesi pengenalan diri antara pelajar dengan fasilitator. Antara
perkara yang perlu dilakukan oleh kami adalah menulis nama ibu, cita-cita, daerah asal
dan hobi. Selepas itu, kami bertukar-tukar kertas dan diarahkan untuk mencari pemilik
kertas tersebut., Sesiapa yang berjaya akan diasingkan dengan rakan-rakan yang tidak
berjaya bertemu dengan pemilik sebenar kertas tersebut.


       Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berkumpulan dimana para pelajar perlu
menyiapkan beberapa tugasan seperti berjalan di atas 3 helaian kertas putih sehingga ke
garisan penamat secara bergilir-gilir. Berikutnya adalah kami diarahkan oleh fasilitator
untuk mencari jalan supaya tiga keping kertas yang diberikan dibawa kepada fasilitator
dengan kreativiti sendiri. Seterusnya kami membuat refleksi daripada aktiviti terbabit.
Setiap aktiviti ini mempunyai motif dan matlamatnya yang tersendiri. Aktiviti selesai pada
kira-kira pukul 4.00 petang.
Aktiviti pada sebelah malam bermula pada pukul 9.00 malam. Fasilitatir iaitu cik
Nurhafizah menayangkan video tentang guru yang bertugas di sekolah kanak-kanak
istimewa iaitu cacat penglihatan. Setelah selesai mtayangan video, kami telah diberiakn
peluang untuk membuat refleksi tentang perkara yang berkaitan dengan bakti dan khidmat
guru tersebut. Program pada hari tersebut telah ditangguhkan pada pukul 11.00 malam
dan disambung pada hari berikutnya.


       Pada hari kedua program BIG ini, aktiviti kembara akan bermula setelah semua
peserta telah bersarapan pagi. Kami menaiki bas Institut sehingga tiba di Sekolah Bukit
Queen, Tawau. Setelah sampai di lokasi tersebut, kami telah diberikan taklimat oleh Encik
Salehuddin dan para jurulatih lain yang turut serta. Kami memulakan aktiviti kembara
mengikut kumpulan masing-masing yang setiap ahli telah diberikan nombor masing-
masing. Aktiviti kembara ini tidak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana pelbagai
pengalaman yang telah saya dan rakan-rakan perolehi sepanjang sesi program ini.
Kumpulan kami telah diberi arahan untuk berjalan kaki sehingga ke lokasi yang diberikan.
Namun perancangan telah diubah pada saat akhir kerana lokasi yang ingin dituju telah
ditutup untuk kunjungan orang ramai. Hal ini menyebabkan kami terpaksa mengubah arah
laluan untuk sampai ke destinasi iaitu ke Balung Ecoresort. Kami terpaksa mengharungi
jalan hampir 3 jam untuk sampai ke tempat tersebut.


       Setelah sampai di sana, kami menunaikan solat zohor sebelum makan tengah hari
beramai-ramai. Kami berkumpul semula tepat pada pukul 1.00 petang untuk mendengar
taklimat selanjutnya daripada Encik Mazaniah Bin Kasimin. Setiap kumpulan diarahkan
untuk menghasilkan masakan daripada tepung yang diberikan.Kumpulan yang tidak dapat
menyediakan hidangan selepas 20 minit berlalu akan dikenakan denda. Namun kami
bersyukur kera semua kumpulan berjaya menyaipkan hidangan masing-masing mengikut
masa yang telah ditetapkan. Setelah semua telah selesai memasak, kami bertukar-tukar
hidangan dan memakan masakan kumpulan lain. Setiap kumpulan berasa berpuas hati
dengan tiap hidangan yang disediakan.
Berikutnya kami telah berkumpul dan mendengar taklimat daripada jurulatih iaitu Encik
Fauzi selaku jurulatih. Beliau mengarahkan kami bergerak mengikut kumpulan dan
berjalan dalam kumpulan. Aktiviti kembara kami yang berikutnya bermula dari Balung
Ecoresort. Sepanjang perjalanan, kami mengharungi cuaca panas terik, kemudian hujan
dan jalan yang berbukit-bukau juga terpaksa kami redah. Tidak kurang juga berlaku
masalah apabila dua kumpulan terawal yang bergerak terpaksa berpatah balik apabila
jalan yang mereka tuju mengamali kerosakan kerana terdapat jambatan yang runtuh. Hal
ini memberikan cabaran yang sangat besar        kepada dua kumpulan terbabit kerana
menurut mereka, perjalanan ke sana sudah hampir separuh jalan. Setelah diarahkan
untuk berpatah semula ke jalan alternatif maka mereka pun bergerak mengikut kumpulan
lain di hadapan.


       Perjalanan untuk sampai Ke Institut sangat lama dan panjang kerana factor
pemakaian kasut peserta yang sangat tidak selesa dan menyakitkan sepanjang berjalan
kaki. Saya sangat bersimpati terhadap rakan yang sakit dan tidak mampu lagi untuk
meneruskan perjalanan. Dalam ahli kumpulan saya juga turut ada yang mengalami
kesakitan kaki yang teruk dan terpaksa berjalan perlahan dengan ditemani oleh rakan
yang sering menjaga ahli kumpulan sendiri bagi memastikan tidak ada rakan yang
tertinggal di belakang. Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan izin-Nya, akhirnya
kami dapat sampai ke IPG pada pukul 7.00 malam. Kepenatan yang sangat luar biasa dan
teruk mengakibatkan ada peserta yang pengsan dan terpaksa diberi bantuan. Namun
semua itu tidak mematahkan semangat setiap peserta dan aktiviti kembara tersebut telah
berlalu dan ia amat bererti dalam hidup seseorang yang akan bergelar guru kelak.
Pengalaman ini sangat berharga dan akan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya.


       Pada pukul 9.00 malam, kami berkumpul semula di Dewan Al Khawarizmi setelah
selesai makan malam. Sesi refleksi diadakan dan peserta telah membuat refleksi terhadap
semua aktiviti sepanjang program iaitu dari hari pertama sehingga ke sesi refleksi pada
hari kedua. Ramai dalam kalangan peserta yang meluahkan rasa dan pandangan mereka
terhadap segala perkara dan aktiviti dalam BIG kali ini. Beberapa orang pensyarah turut
memberi respon dan komen mereka terhadap segala pandangan dan luahan peserta
terhadap aktiviti BIG ini. Antaranya adalah Encik Amin Tantua dan Encik Dzulfikar selaku
jurulatih yang turut sama semasa kembara tersebut. Slot paparan video mengenai guru di
pendalaman juga dipaparkan untuk tontonan peserta dan sesi refleksi berakhir pada pukul
12.00 tengah malam.
Pada hari ketiga program, semua peserta bergotong royong membersihkan kawasan
tapak khemah dan kawasan tempat memasak. Kami diarahkan supaya memastikan
kawasan Blok Kemahiran Hidup bersih seperti sedia kala. Tepat jam 10.30 pagi, acara
penutupan disempurnakan oleh Dr Johan Bin Zakaria selaku Timbalan Pengarah. Diikuti
dengan penyampaian hdiah kepada kumpulan terbaik. Kategori peserta lelaki dan
perempuan terbaik juga diumumkan disamping peserta paling spoting. Sesi penutupan
berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi dan sesi bergambar bersama peserta dan jurulatih turut
diadakan sebelum semua peserta bergerak pulang ke asrama masing-masing.
Refleksi

   1. Kekuatan

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan
beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan
semua orang boleh menjadi seorang guryang baik dan cemerlang. Apa yang penting,
keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri.

       Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan.
Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-
guru. Pada pendapat saya, pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam
kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid
akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana
pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka.          Hal ini bermakna guru akan
menjadi role model kepada para anak didiknya dan akan sentiasa mejadi contoh. Ini
secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan dalam kalangan masyarakat

       Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan
peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran
dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara
tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah
memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan,
memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan
motivasi yang tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri.

       Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep
akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang
pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.

       Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa
pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber
manusia yang akan menggantikan generasi sekarang ini. Tambahan lagi, betapa
pentingnya kesedaran sosial dan perkhidmatan guru itu sendiri. Oleh demikian, saya telah
mengenalpasti beberapa kekuatan dalam program BIG siri 3 ini. Saya dan rakan-rakan
dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin serta semangat
setiap pasukan sangat menonjol terutamanya ketika aktiviti kembara. Kerjasama yang
diberikan oleh pasukan saya selaku kumpulan 4 adalah sangat menggalakkan dan saya
rasa amat terharu kerana ada dalam kalangan rakan kumpulan kami yang sangat
mengambil berat terhadap rakan yang sakit dan tidak mampu meneruskan aktiviti yang
sangat mencabar ketika kembara berjalan kaki. Tambahan lagi rakan-rakan turut memberi
sokongan agar semua peserta bertahan dan meneruskan perjalanan sehingga
penghujungnya. Galakkan yang diberikan telah sedikit sebanyak telah membakar
semangat juang yang tinggi untuk menamatkan aktiviti kembara berjalan kaki dengan
jayanya.

   Kekuatan lain yang dapat dilihat adalah para pensyarah yang sentiasa membantu
peserta apabila terdapat sebarang masalah yang timbul. Mereka juga turut memberi
nasihat dan semangat yang tinggi sehingga kami memegang kepada prinsip bahawa
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan dan kami beranggapan bahawa semua yang
berazam dan memiliki iltizam yang tinggi, sudah pasti akan beroleh kejayaan di akhirnya.
Oleh itu program Bina Insan Guru ini telah menggalakkan jati diri yang teguh dan
semangat berdaya juang yang utuh agara segala yang diharapkan akan terlaksana
dengan baik sekali.



   2. Kelemahan


Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti sepanjang tempoh Program Bina Insan
Guru ini. Antaranya adalah peserta program agak keliru dengan aktiviti yang telah
dirancang kera sering berlaku perubahan yang diberitahu pada saat-saat akhir sehingga
terpaksa menunggu dan tertanya-tanya tentang jenis aktiviti dan lokasi aktiviti.
Kebanyakkam peserta melahirkan rasa kurang berpuas hati mereka apabila menyentuh
tentang perjalanan tentatif program BIG kali ini. Hal ini kerana ia santa berbeza daripada
siri BIG yang sebelum ini. Para peserta hanya menunggu arahan daripada juru latih dari
semasa ke semasa.

       Antara kelemahan lain adalah aktiviti pada hari pertama agak kurang dan
menyebabkan peserta banyak menghabiskan masa dengan membantu kerja-kerja lain
sepertti memasak dan menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. Pada aktiviti malam
hari pertama, kami dipaparkan tayang video dan kami mendapat banyak info dan
maklumat yang sangat berguna. Namun, kami mengharapkan paparan yang lebih banyak
dan masa yang lebih panjang.
Selain itu, saya dapati bahawa tempoh masa BIG agak singkat dan kekangan yang
berlaku adalah dari segi kewangan yang mengakibatkan banyak perkara tidak dapat
dilakukan pada masa yang sesuai dan lokasi yang dicadangkan. Ramai dalam kalangan
peserta yang terkilan kerana lokasi BIG hanya dalam kawasan IPG dan tidak melibatkan
aktiviti lasak luar dari kawasan seperti di kawasan Borneo Paradise yang menjadi lokasi
perancangan awal IPG.

   3. Peluang

Pada program BIG yang lalu ini, pelbagai peluang yang telah dapat saya lihat. Antaranya
adalah sebagai guru pelatih, saya haruslah mempunyai kemahiran pengurusan dan
perubahan diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri
dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang
baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan
dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang
positif dan rasional.


       Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri
dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh
mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri
yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam
meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang
pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang
seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada
anak-anak murid mereka.

       Namun begitu, perkara yang penting adalah guru dapat menunjukkan kepekaan
mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan
tidak balas yang rasional. Tambahan lagi, seorang guru harus menunjukkan kemahiran
yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah
dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada
di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu,
komitmen adalah sangat penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru,
ataupun tugas-tugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah
ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut
dengan ikhlas.
Melalui program Bina Insan Guru ini, kami selaku bakal pendidik sentiasa menjadikan diri
kami fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana tugas guru kini bukan sahaja
sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh
membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna,
seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka,
organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga
persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.


       Program BIG ini juga mampu memimpin saya untuk menjadi seorang guru yang
baik dan memimpin saya dalam membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat
memotivasikan diri saya dalam profesion guru itu sendiri. Sebagai selaku bakal pendidik
juga, saya juga mesti menghayati konsep kerjaya ini adalah salah satu kerja ibadat dan
sungguh berjasa.

   4. Ancaman


Program BIG pada kali ini adalah lebih mencabar daripada siri sebelum ini kerana aktiviti
yang dilaksanakan adalah berbeza sedikit daripada program BIG siri 1 dan 2. Pada
Pemerhatian saya, terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki pada masa akan
dating seperti dari segi kawalan keselamatan. Sepanjang tempoh aktiviti kembara, kami
berjalan kaki dengan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan jalan yang agak berbahaya
kerana terdapat lori muatan yang lalu di kawasan tersebut. Ia mampu memberi ancaman
kepada peserta kerana keadaan jalan yang sedang dalam pembinaan dan pengaruh
cuaca buruk menyebabkan terdapat jalan yang runtuh dan jambatan yang runtuh dan
tidak dapat dilalui oleh kenderaan mahupun pejalan kaki. Pada pendapat saya tidak
banyak ancaman lain yang dapat dilihat sepanjang program tersebut. Perkara penting
adalah semua telah berjalan dengan lancer dan tidak ada masalah besar yang berlaku
sepanjang program berlangsung.
Penilaian Kendiri

Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru
yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anak-anak murid
agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan peranan penting
dalam proses melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin
negara pada masa akan datang.


        Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat
berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi
yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul,
mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada
pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini
sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang
keguruan itu khasnya.


        Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah
digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk
proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah sangat
penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan
yang ada, sebailiknya orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang ada.


        Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan
mereka, mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya
dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat
memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat
memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik.


        Perkara yang penting adalah proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu
mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada.
Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak
memberikan kesan buruk kepada diri sendiri. Tambahan lagi, saya perlulah sentiasa
mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang
guru.
Majlis Perasmian Penutupan Big siri tiga bagi tahu 2013 ini telah
disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau iaitu Dr Johan Haji
Zakaria. Beliau telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta BIG
dan Ahli Jawatankuasa pengelola kerana telah berjaya melaksanakan program
BIG bagi siri kali ini. Timbalan pengarah juga turut menyampaikan hadiah dan
cenderamata untuk para peserta yang terbaik bagi setiap kategori yang
disenaraikan. Program BIG ini telah berakhir dengan membawa seribu satu
kenangan, pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga dalam diri masing-
masing.



      Setelah   selesai   semua   acara   yang   dirancang    dan   telah   berjaya
dilaksanakan, aktiviti terakhir ialah aktiviti gotong royong membersihkan kawasan
tapak perkhemahan dan seterusnya menyusun kembali segala peralatan yang
telah digunakan ke tempat asal. Setelah kawasan tersebut kelihatan seperi sedia
kala, para pelajar DPLI bersiap sedia untuk kembali ke IPG.
Refleksi Kendiri

Kendiri

       Sebelum program dijalankan kami telah melaksanakan tugas sebagai Ahli
Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Para peserta telah mengadakan mesyuarat
sebanyak 2 kali dimana mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk
mendapatkan     informasi   terkini   mengenai   program   BIG   dan   juga   untuk
menjalankan tugas AJK masing-masing. Ahli jawatankuasa tertinggi bagi program
BIG Siri 3 telah menjalankan tugas dimana mereka telah menggerakkan seramai
85 orang guru pelatih melaksanakan tugasan masing-masing tanpa sebarang
masalah. Saya bertugas sebagai AJK Kebajikan bagi membantu guru-guru pelatih
lain. Kerjasama amat diperlukan dalam melaksanakan program ini agar mencapai
objektif yang tepat.

Kerjaya

       Program BIG siri 3 yang bertemakan aktiviti luar ini telah memberi
pengalaman baru kepada kami mengenai aktiviti luar dimana kami berpeluang
untuk menjalankan aktiviti lasak dan mencabar seperti kembara berjalan kaki
sepanjang 10 kilometer dalam keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas
dan hujan. Sepanjang kembara tersebut, keadaan jalan kurang baik kerana jalan
yang berbukit serta dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Aktiviti ini sangat
menguji kekuatan mental dan fizikal yang sangat tinggi kerana setiap yang
mempunyai azam untuk berjaya pasti akan dapat mengharungi segala dugaan dan
cabaran yang memerlukan kekuatan emosi yang tinggi dan akhirnya memperolehi
kejayaan dan hasil yang diharapkan.

       Kumpulan (LDK), saya melihat bahawa kerjaya dalam bidang keguruan ini
amatlah mencabar. Saya harus mempersiapkan diri sebagai bakal pendidik yang
akan berhadapan dengan pelbagai risiko dan masalah yang memerlukan
kecekalan hati dan minda untuk menghadapi segala cabaran yang datang.
Tambahan lagi, kita perlu menitikberatkan hubungan silaturrahim yang erat antara
manusia dan mewujudkan nilai-nilai pengajaran yang baik sebagai seorang yang
bakal guru.
Organisasi

Sebelum menjalankan sesuatu program, ahli jawatankuasa tertinggi perlulah
dibentuk terlebih dahulu. Bagi Program Bina Insan Guru Siri 3/2013 pada kali ini,
kami telah sebulat suara melantik Ancu dari kelas DPLI Pemulihan Unit 1 sebagai
pengerusi Program BIG dan dibantu oleh Amir bin dari kelas DPLI Pemulihan Unit
2. Seterusnya, ahli-ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik.

       Tugas saya adalah sebagai AJK Kebajikan. Tugas saya adalah mengawal
kebajikan setiap peserta dan memastikan segala keperluan peserta seperti segala
hal kebajikan dapat dipenuhi dan disediakan. Melalui program ini, saya telah
berpeluang untuk mengenali rakan-rakan lain dengan lebih dekat di samping dapat
bekerjasama dengan mereka sebagai satu pasukan. Sepanjang program ini,
terdapat komunikasi yang baik dan kerjasama dalam kumpulan juga dapat dilihat.
Jurulatih turut memberikan kerjasama yang baik dan kami telah berjaya menarik
minat murid-murid terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

       Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa
kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara
berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu
berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan
mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan
bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Pada program BIG kali ini, saya berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan
peserta dan jurulatih serta fasilitator yang terlibat dalam program BIG siri 3 ini.

       Keutamaan diberikan dalam pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental,
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-
nilai keguruan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi
memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik.
Malah, saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah berani
berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni
dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani bertegur sapa atau
memberikan salam dengan guru-guru di sekolah tersebut, maka saya akan
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat atau infomasi seperti yang
jelaskan.
      Sehubungan     dengan     itu,   saya   ingin   merakamkan     setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau kerana
menyediakan program Bina Insan Guru siri 3 ini bagi mengisi masa lapang kami
dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah
menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan
semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang cekal, dedikasi dan
cinta akan pekerjaannya.


      Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik
Amin Tantua selaku penyelaras program BIG kali ini dan Encik Ismail sebagai
penyelars DPLI. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua
pihak, segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat
masyarakat ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.


      Justeru, ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada
semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua
pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi
seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini
dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar
dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang
berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri
dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau
rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang.

       Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih
agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan
ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan
menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk
berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa berpuas hati dan
bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar
aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.
Penutup

Segala pengisian dalam slot-slot yang diterangkan telah berjalan dengan baik dan
lancar. Melalui program ini dapat dirumuskan bahawa program ini adalah untuk
melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian
dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta mempunyai aura keguruan
yang terserlah.

      Program selama sehari ini telah memberi banyak manfaat kepada pelatih
dan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Slot-slot
yang disediakan amat berguna bagi semua pelatih agar ianya dapat menjadi
pengetahuan serta pengalaman dalan meneruskan profesion keguruan kelak.
Kesemua pengisian program BIG ini dapat mempersiapkan para guru pelatih dari
segi mental, emosi dan fizikal.

      Daripada keseluruhan program BIG ini, pelbagai        ilmu dan maklumat
berguna diperolehi dan pengetahuan turut bertambah. Ianya menjadi nilai tambah
yang tidak ternilai harganya kepada para guru pelatih. Walaupun program tersebut
dijalankan dalam waktu yang singkat dan padat, namun pengisian berdasarkan
slot-slot yang ditetapkan telah dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

      Program seumpama ini adalah menjadi teras yang penting dalam
penyediaan kendiri bagi seorang bakal guru pada masa akan datang. Di samping
menambahkan pelbagai ilmu dalam bidang pendidikan, ilmu sahsiah juga
dititikberatkan. Akhir sekali, program BIG ini telah dirasmikan penutupannya oleh
Dr Johan Haji Zakaria selaku Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tawau.

      Kesimpulannya, selaku bakal pendidik, kita wajar untuk sentiasa bersiap
sedia memikul amanah yang diberikan dan sentiasa bertanggungjawab dengan
setiap tugas serta bekerjasama demi kebaikan bersama. Segala ilmu yang
berguna dan baik haruslah disampaikan secara berterusan agar manfaatnya dapat
diperolehi oleh pelbagai pihak secara bersepadu.
Laporan big 3

Contenu connexe

Tendances

Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 

Tendances (20)

Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 

En vedette

Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanSyafiqah Mohamed Noor
 
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2Irni Widahyu
 
Sijil bina ayat thn 3
Sijil bina ayat thn 3Sijil bina ayat thn 3
Sijil bina ayat thn 3HAsbu Sebu
 
Minit mesyuarat lawatan imec 4
Minit mesyuarat lawatan imec 4Minit mesyuarat lawatan imec 4
Minit mesyuarat lawatan imec 4halwaizzati
 
Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)Mohd Ikmal
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahNurul Roslan
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Post mortem 2013edited
Post mortem 2013editedPost mortem 2013edited
Post mortem 2013editedrosnita wahab
 
Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e
Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.eKertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e
Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.eSyed Syazwan Al-Haddad
 
Laporan penuh postmortem love
Laporan penuh postmortem   loveLaporan penuh postmortem   love
Laporan penuh postmortem lovemasbajury
 
Ob2013 chapter 13 dasar-dasar struktur organisasi
Ob2013   chapter 13 dasar-dasar struktur organisasiOb2013   chapter 13 dasar-dasar struktur organisasi
Ob2013 chapter 13 dasar-dasar struktur organisasiAndi Iswoyo
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapMohd Sohaimi Ismail
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012aaunii
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1Zhu Miqael
 
Laporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curveLaporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curvefaizal060490
 
Laporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarLaporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarMat Yus
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRShika Nara
 

En vedette (20)

Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
 
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
 
Sijil bina ayat thn 3
Sijil bina ayat thn 3Sijil bina ayat thn 3
Sijil bina ayat thn 3
 
Minit mesyuarat lawatan imec 4
Minit mesyuarat lawatan imec 4Minit mesyuarat lawatan imec 4
Minit mesyuarat lawatan imec 4
 
Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)
 
87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Post mortem 2013edited
Post mortem 2013editedPost mortem 2013edited
Post mortem 2013edited
 
Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e
Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.eKertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e
Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e
 
Laporan lawatan
Laporan lawatanLaporan lawatan
Laporan lawatan
 
Laporan penuh postmortem love
Laporan penuh postmortem   loveLaporan penuh postmortem   love
Laporan penuh postmortem love
 
Ob2013 chapter 13 dasar-dasar struktur organisasi
Ob2013   chapter 13 dasar-dasar struktur organisasiOb2013   chapter 13 dasar-dasar struktur organisasi
Ob2013 chapter 13 dasar-dasar struktur organisasi
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
 
Laporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curveLaporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curve
 
Laporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarLaporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil Belajar
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
 

Similaire à Laporan big 3

Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaranDokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaranMuhamadiah Mohamed
 
Pp Kurikulum Berbasis Kompetensi
Pp Kurikulum Berbasis KompetensiPp Kurikulum Berbasis Kompetensi
Pp Kurikulum Berbasis Kompetensigesty
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Pipit Wijaya
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruRudy Jemain Rj
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptxSUHAILA28
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggulSerene Chua
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iThian Ngee
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 

Similaire à Laporan big 3 (20)

Asigmen
AsigmenAsigmen
Asigmen
 
Pengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian ProfesionalPengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian Profesional
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Suwandika
SuwandikaSuwandika
Suwandika
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaranDokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
 
Modul 4 kb 4
Modul 4 kb 4Modul 4 kb 4
Modul 4 kb 4
 
Pp Kurikulum Berbasis Kompetensi
Pp Kurikulum Berbasis KompetensiPp Kurikulum Berbasis Kompetensi
Pp Kurikulum Berbasis Kompetensi
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guru
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggul
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 

Laporan big 3

  • 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU KETUHAN AN ROHANI Pengetahuan Nilai INTELEK EMOSI Kemahiran JASMANI KENDIRI KEMASYARAKATAN
  • 2. Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di atas. Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut: Ketuhanan : Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Kendiri : Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia. Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:
  • 3. Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber berkaitan bidang pengajian. Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran, dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar. Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia. Definisi Bina Insan Guru (BIG) Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
  • 4. Melalui Rancangan Malaysia ke-9 telah menegaskan bahawa pendidikan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Penekanan diberikan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Justeru, Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Pengenalan Program Bina Insan Guru Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru BIG merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan Disember 2011 (DPLI SR). Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing dalam sepanjang tempoh pengajian.
  • 5. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru- guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG). Dunia perguruan memperlihatkan semua guru yang bergelar pelatih bagi semester 3 dikehendaki menjalankan satu program yang diwajibkan kepada para guru pelatih iaitu Program Bina Insan Guru atau diberi singkatan sebagai BIG. Bina Insan Guru ini sebenarnya dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk membentuk guru pelatih yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menghadapi apa jua halangan yang dihadapi setelah menjadi pendidik sebenar kelak. Kerjaya sebagai guru boleh dianggap suatu bidang yang mencabar dalam mendidik anak-anak bangsa dan pelapis negara. Matlamat Bina Insan Guru ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi, kukuh, berketrampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia juga mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru. Selain itu, program ini juga mampu melahirkan insan yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sentiasa berubah-ubah.
  • 6. Di samping itu, program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai profesyen keguruan. Melalui tujuan program Bina Insan Guru ini maka konsep modal insan diberi penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara untuk menjadi negara maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi hasrat Wawasan 2020. Program ini menetapkan sasaran iaitu untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta mempunyai aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau turut telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) siri yang ketiga bagi tahun 2013 yang dikendalikan oleh Guru pelatih IPG Kampus Tawau. Program kali ini melibatkan aktiviti luar dan telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam iaitu pada 15 Januari sehingga 17 Januari 2013. Program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Diploma Perguruan Lepasan Ijazah DPLI bagi tahun 2013 ini. Program BIG siri tiga ini telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau iaitu di tapak perkhemahan berhampiran blok Kemahiran Hidup. Peserta-peserta yang terlibat dalam program ini adalah daripada kalangan pelatih Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Seramai 85 orang pelatih terlibat iaitu daripada program DPLI SR Bahasa Melayu dan Pemulihan Ambilan Disember 2011. Program BIG Siri 3 ini telah disertai oleh 85 orang pelajar opsyen Bahasa Melayu dan Pemulihan DPLI, Institut Pendidikan Kampus Tawau. Penglibatan ini menggabungkan dua Unit iaitu Bahasa Melayu seramai 41 orang dan daripada opsyen Pemulihan seramai 40 orang pelatih. Program ini turut diiringi oleh beberapa orang pensyarah yang mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Penglibatan pensyarah-pensyarah ini memberi motivasi kepada para pelajar untuk melaksanakan program dengan baik dan lancar.
  • 7. Program ini wajib dijalankan oleh pelajar bagi program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI ambilan Disember 2011 semester 3 bagi memenuhi proforma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bina Insan Guru) bagi siri tiga. Perlaksanaannya adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang keperluan memiliki kekentalan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal yang teguh bagi mengharungi segala cabaran yang perlu dihadapi apabila berada di alam persekolahan sebenar kelak. Pelajar didedahkan dengan aktiviti yang lasak dan mencabar sepanjang tempoh program bagi menguji ketahanan emosi dan fizikal diri selain melatih guru pelatih supaya bersabar dan memiliki semangat ingin berjaya yang tinggi apabila hendak mencapai seseuatu matlamat. Program Bina Insan Guru ini menekankan aspek keilmuan, kerohanian dan akhlak keguruan, akauntabiliti dan amanah, serta aspek kreatif dan inovatif. Program BIG kali ini melibatkan aktiviti luar yang mencabar di samping aktiviti Latihan Dalam Kumpulan LDK yang menarik. Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi program ini juga telah dibentuk dan dipilih daripada kalangan guru pelatih DPLI ini juga. Mereka diberikan tugasan masing-masing agar program BIG siri ketiga ini berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang kekangan.
  • 8. Objektif Program Bina Insan Guru (BIG) bagi program DPLI IPG Kampus Tawau ini mempunyai objrektif yang dipegang untuk dicapai. Terdapat sembilan objektif yang disenaraikan bagi program ini dimana melalui program ini pelajar dapat:- 1.0 Merancang dan menyusun strategi pengalaman dengan mengambil kira faktor tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan. 2.0 Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh yang baik. 3.0 Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan. 4.0 Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. 5.0 Berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efektif. 6.0 Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan. 7.0 Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berasas untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 8.0 Menggunakan pertimbangan sendiri. 9.0 Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjalankan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. Objektif-objektif yang disenaraikan di atas perlu dicapai melalui aktiviti program yang telah dirancangkan bagi melahirkan guru-guru yang mantap dari aspek akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan serta mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi. Pengisian slot-slot ceramah yang dijalankan turut berfokus kepada objektif-objektif yang perlu dicapai oleh para peserta yang terlibat di dalam program ini.
  • 9. Perancangan Awal Dan Persediaan Program Program BIG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar DPLI perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan. Antara perkara yang perlu diuruskan ialah: a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pensyarah berkenaan. c. Memilih dan menentukan lokasi program d. Merancang pengisian aktiviti. e. Merancang perbelanjaan f. Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan Tindakan Yang Perlu Dilaksanakan Sebelum Aktiviti Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan 1. Taklimat Pertama a. Struktur Organisasi Diadakan di Program BIG IPG Kepada Pelajar Dikendalikan A. Taklimat Perkhemahan oleh a. Panduan pelaksanaan Penyelaras perkhemahan Program BIG b. Penulisan Refleksi / Folio IPG c. Persiapan awal Bahan-bahan d. Etika Peserta BIG taklimat e. Keadaan Fizikal f. Peralatan  Bahan g. Status Kesihatan berceta h. Kuatermaster makanan k i. Kuatermaster peralatan j. Kebajikan dan Keselamatan k. Jadual Pelaksanaan
  • 10. B. Taklimat Keselamatan di air a. Teori keselamatan di air b. Arahan, ciri dan dan langkah keselamatan di air C. Taklimat LDK a. Taklimat dan panduan pelaksanaan LDK. b. Cara dan pengendalian LDK c. Bentuk-bentuk permainan LDK 2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan Program Pelajar IPG Perancangan dengan Pelaksanaan BIG i. Lokasi Program Jawatankuasa ii. Tarikh Program Pelaksana BIG iii. Lawatan Tapak PP iv. Perhubungan luar v. Peralatan vi. Pembahagian tugas Kem Komander /Jurulatih / Fasilitator vii. Kos viii. Kebajikan / makanan SEMASA AKTIVITI Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan 1. Taklimat kepada i. Memperkenalkan Jurulatih / Penelaras peserta program Fasilitator Siri BIG kepada Program BIG IPG peserta. ii. Pembahagian Tugas kepada peserta iii. Keadaan Fizikal iv. Peralatan v. Status Kesihatan vi. Kuatermaster makanan vii. Kuatermaster peralatan viii. Kebajikan dan Keselamatan ix. Jadual Pelaksanaan x. Pergerakan Aktiviti xi. Disiplin Peserta xii. Peraturan Perkhemahan xiii. Jadual Aktiviti xiv. Pembahagian Nombor Peserta (Numbering).
  • 11. Selepas Aktiviti Tindakan Bil Perkara Isi Kandungan 1. Tindakan Selepas 1. Membuat refleksi / laporan Penyelaras Program Aktiviti perlaksanaan BIG BIG IPG dan Pelajar 2. Menyediakan dokumentasi DPLI audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian 3. Menyiapkan portfolio. 4. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin. 2. Pelaksanaan Aktiviti i. Arahan tetap yang Urusan pelajar DPLI merangkumi prosedur sebelum aktiviti. ii. Melaksanakan semua komponen dalam jadual iii. Penilaian dan penulisan refleksi 3. Penutup Aktiviti i. Protokol acara penutup siri Urusan pelajar DPLI BIG ii. Ucapan VVIP dan pengarah 4. Tindakan sebelum 1. Membersihkan peralatan Urusan pelajar DPLI perjalanan pulang dan kawasan perkhemahan. 2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik. 3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama. 4. Menyusun peralatan.
  • 12. Spesifikasi Bina Insan Guru TAJUK / KANDUNGAN AKTIVITI 1. Aktiviti di IPG Taklimat umum BIG Taklimat perkhemahan Taklimat LDK 2. Mendirikan Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas Khemah Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan Pembubaran khemah 3. Malaysia Nyanyian patriotik cergas dan patriotik. Menaikkan bendera Kawad kaki Senamrobik 4. Latihan Cadangan tajuk dan aktiviti LDK Dalam Kumpulan Ice Breaking (LDK) Personaliti Guru dan Konflik Personaliti Realiti persekitaran Realiti diri dan motivasi keguruan Perubahan sikap Pembinaan self-esteem 5. Kembara dan Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering. Orienteering Berjalan lasak Aktiviti penghayatan alam Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku kecemasan / kecederaan.
  • 13. 6. Tazkirah / Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral aktiviti moral  Aku Ingin Menjadi Anak Soleh  Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang  Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.."  Rasulullah Pemimpin Teladan Cadangan tajuk-tajuk moral  Rakyat Cemerlang Negara Gemilang  ( SAM ) Saya Anak Malaysia  Pemimpin dan Kepimpinan  Malaysia Negaraku Tercinta Catatan: Pelajar boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.
  • 14. Sebelum Aktiviti 1. Pelajar DPLI a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga. b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB. c. Taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih, dan semua AJK. d. Taklimat pelaksanaan BIG peserta / pelajar e. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekat h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan
  • 15. Semasa Aktiviti 1. KEM KOMANDAN a. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar e. Taklimat kepada peserta/pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan 2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti b. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti
  • 16. Selepas Aktiviti 1. KEM KOMANDAN a. Menerima Laporan ketua jurulatih b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari. f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG contoh Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian. j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing.
  • 17. Pengisian Program Pada hari pertama program bermula, kami peserta seramai 85 orang telah berkumpul tepat pada pukul 7.00 pagi di tapak perkhemahan untuk mendengar taklimat daripada kem komando. Memandangkan pada hari sebelum berlangsung, kami telah menyediakan peralatan seperti perkakasan untuk memasak dan khemah masing-masing. Oleh demikian, aktiviti pada hari pertama diteruskan dengan menyusun segala peralatan tersebut dan meletakkan barang-barang peserta di tapak khemah. Kem komando yang diketuai oleh Encik Aminuddin menjelaskan segala aktiviti yang akan berjalan dan menerangkan peraturan yang harus diikuti oleh peserta sepanjang tempoh BIG ini. Pada pukul 10.00 pagi semua peserta bergotong-royong untuk membantu kumpulan yang bertugas untuk menyediakan makanan tengah hari untuk semua peserta. Berikutnya pada pukul 12.00 tengah hari, semua peserta muslim bersedia untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah. Tentatif berikutnya adalah makan tengah hari sebelum aktiviti lain dapat diteruskan. Pada sebelah petang bermula pukul 2.00 petang, semua peserta berkumpul dan mendengar taklimat daripada jurulatih iaitu Encik Sandy selaku penolong kem komando.. Kami bergerak ke Dewan Rafflesia dan aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti “ice breaking” dimana sesi pengenalan diri antara pelajar dengan fasilitator. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh kami adalah menulis nama ibu, cita-cita, daerah asal dan hobi. Selepas itu, kami bertukar-tukar kertas dan diarahkan untuk mencari pemilik kertas tersebut., Sesiapa yang berjaya akan diasingkan dengan rakan-rakan yang tidak berjaya bertemu dengan pemilik sebenar kertas tersebut. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berkumpulan dimana para pelajar perlu menyiapkan beberapa tugasan seperti berjalan di atas 3 helaian kertas putih sehingga ke garisan penamat secara bergilir-gilir. Berikutnya adalah kami diarahkan oleh fasilitator untuk mencari jalan supaya tiga keping kertas yang diberikan dibawa kepada fasilitator dengan kreativiti sendiri. Seterusnya kami membuat refleksi daripada aktiviti terbabit. Setiap aktiviti ini mempunyai motif dan matlamatnya yang tersendiri. Aktiviti selesai pada kira-kira pukul 4.00 petang.
  • 18. Aktiviti pada sebelah malam bermula pada pukul 9.00 malam. Fasilitatir iaitu cik Nurhafizah menayangkan video tentang guru yang bertugas di sekolah kanak-kanak istimewa iaitu cacat penglihatan. Setelah selesai mtayangan video, kami telah diberiakn peluang untuk membuat refleksi tentang perkara yang berkaitan dengan bakti dan khidmat guru tersebut. Program pada hari tersebut telah ditangguhkan pada pukul 11.00 malam dan disambung pada hari berikutnya. Pada hari kedua program BIG ini, aktiviti kembara akan bermula setelah semua peserta telah bersarapan pagi. Kami menaiki bas Institut sehingga tiba di Sekolah Bukit Queen, Tawau. Setelah sampai di lokasi tersebut, kami telah diberikan taklimat oleh Encik Salehuddin dan para jurulatih lain yang turut serta. Kami memulakan aktiviti kembara mengikut kumpulan masing-masing yang setiap ahli telah diberikan nombor masing- masing. Aktiviti kembara ini tidak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana pelbagai pengalaman yang telah saya dan rakan-rakan perolehi sepanjang sesi program ini. Kumpulan kami telah diberi arahan untuk berjalan kaki sehingga ke lokasi yang diberikan. Namun perancangan telah diubah pada saat akhir kerana lokasi yang ingin dituju telah ditutup untuk kunjungan orang ramai. Hal ini menyebabkan kami terpaksa mengubah arah laluan untuk sampai ke destinasi iaitu ke Balung Ecoresort. Kami terpaksa mengharungi jalan hampir 3 jam untuk sampai ke tempat tersebut. Setelah sampai di sana, kami menunaikan solat zohor sebelum makan tengah hari beramai-ramai. Kami berkumpul semula tepat pada pukul 1.00 petang untuk mendengar taklimat selanjutnya daripada Encik Mazaniah Bin Kasimin. Setiap kumpulan diarahkan untuk menghasilkan masakan daripada tepung yang diberikan.Kumpulan yang tidak dapat menyediakan hidangan selepas 20 minit berlalu akan dikenakan denda. Namun kami bersyukur kera semua kumpulan berjaya menyaipkan hidangan masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Setelah semua telah selesai memasak, kami bertukar-tukar hidangan dan memakan masakan kumpulan lain. Setiap kumpulan berasa berpuas hati dengan tiap hidangan yang disediakan.
  • 19. Berikutnya kami telah berkumpul dan mendengar taklimat daripada jurulatih iaitu Encik Fauzi selaku jurulatih. Beliau mengarahkan kami bergerak mengikut kumpulan dan berjalan dalam kumpulan. Aktiviti kembara kami yang berikutnya bermula dari Balung Ecoresort. Sepanjang perjalanan, kami mengharungi cuaca panas terik, kemudian hujan dan jalan yang berbukit-bukau juga terpaksa kami redah. Tidak kurang juga berlaku masalah apabila dua kumpulan terawal yang bergerak terpaksa berpatah balik apabila jalan yang mereka tuju mengamali kerosakan kerana terdapat jambatan yang runtuh. Hal ini memberikan cabaran yang sangat besar kepada dua kumpulan terbabit kerana menurut mereka, perjalanan ke sana sudah hampir separuh jalan. Setelah diarahkan untuk berpatah semula ke jalan alternatif maka mereka pun bergerak mengikut kumpulan lain di hadapan. Perjalanan untuk sampai Ke Institut sangat lama dan panjang kerana factor pemakaian kasut peserta yang sangat tidak selesa dan menyakitkan sepanjang berjalan kaki. Saya sangat bersimpati terhadap rakan yang sakit dan tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan. Dalam ahli kumpulan saya juga turut ada yang mengalami kesakitan kaki yang teruk dan terpaksa berjalan perlahan dengan ditemani oleh rakan yang sering menjaga ahli kumpulan sendiri bagi memastikan tidak ada rakan yang tertinggal di belakang. Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan izin-Nya, akhirnya kami dapat sampai ke IPG pada pukul 7.00 malam. Kepenatan yang sangat luar biasa dan teruk mengakibatkan ada peserta yang pengsan dan terpaksa diberi bantuan. Namun semua itu tidak mematahkan semangat setiap peserta dan aktiviti kembara tersebut telah berlalu dan ia amat bererti dalam hidup seseorang yang akan bergelar guru kelak. Pengalaman ini sangat berharga dan akan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya. Pada pukul 9.00 malam, kami berkumpul semula di Dewan Al Khawarizmi setelah selesai makan malam. Sesi refleksi diadakan dan peserta telah membuat refleksi terhadap semua aktiviti sepanjang program iaitu dari hari pertama sehingga ke sesi refleksi pada hari kedua. Ramai dalam kalangan peserta yang meluahkan rasa dan pandangan mereka terhadap segala perkara dan aktiviti dalam BIG kali ini. Beberapa orang pensyarah turut memberi respon dan komen mereka terhadap segala pandangan dan luahan peserta terhadap aktiviti BIG ini. Antaranya adalah Encik Amin Tantua dan Encik Dzulfikar selaku jurulatih yang turut sama semasa kembara tersebut. Slot paparan video mengenai guru di pendalaman juga dipaparkan untuk tontonan peserta dan sesi refleksi berakhir pada pukul 12.00 tengah malam.
  • 20. Pada hari ketiga program, semua peserta bergotong royong membersihkan kawasan tapak khemah dan kawasan tempat memasak. Kami diarahkan supaya memastikan kawasan Blok Kemahiran Hidup bersih seperti sedia kala. Tepat jam 10.30 pagi, acara penutupan disempurnakan oleh Dr Johan Bin Zakaria selaku Timbalan Pengarah. Diikuti dengan penyampaian hdiah kepada kumpulan terbaik. Kategori peserta lelaki dan perempuan terbaik juga diumumkan disamping peserta paling spoting. Sesi penutupan berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi dan sesi bergambar bersama peserta dan jurulatih turut diadakan sebelum semua peserta bergerak pulang ke asrama masing-masing.
  • 21. Refleksi 1. Kekuatan Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guryang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri. Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru- guru. Pada pendapat saya, pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Hal ini bermakna guru akan menjadi role model kepada para anak didiknya dan akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan dalam kalangan masyarakat Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri. Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya. Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber manusia yang akan menggantikan generasi sekarang ini. Tambahan lagi, betapa pentingnya kesedaran sosial dan perkhidmatan guru itu sendiri. Oleh demikian, saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan dalam program BIG siri 3 ini. Saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin serta semangat setiap pasukan sangat menonjol terutamanya ketika aktiviti kembara. Kerjasama yang
  • 22. diberikan oleh pasukan saya selaku kumpulan 4 adalah sangat menggalakkan dan saya rasa amat terharu kerana ada dalam kalangan rakan kumpulan kami yang sangat mengambil berat terhadap rakan yang sakit dan tidak mampu meneruskan aktiviti yang sangat mencabar ketika kembara berjalan kaki. Tambahan lagi rakan-rakan turut memberi sokongan agar semua peserta bertahan dan meneruskan perjalanan sehingga penghujungnya. Galakkan yang diberikan telah sedikit sebanyak telah membakar semangat juang yang tinggi untuk menamatkan aktiviti kembara berjalan kaki dengan jayanya. Kekuatan lain yang dapat dilihat adalah para pensyarah yang sentiasa membantu peserta apabila terdapat sebarang masalah yang timbul. Mereka juga turut memberi nasihat dan semangat yang tinggi sehingga kami memegang kepada prinsip bahawa dimana ada kemahuan, disitu ada jalan dan kami beranggapan bahawa semua yang berazam dan memiliki iltizam yang tinggi, sudah pasti akan beroleh kejayaan di akhirnya. Oleh itu program Bina Insan Guru ini telah menggalakkan jati diri yang teguh dan semangat berdaya juang yang utuh agara segala yang diharapkan akan terlaksana dengan baik sekali. 2. Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti sepanjang tempoh Program Bina Insan Guru ini. Antaranya adalah peserta program agak keliru dengan aktiviti yang telah dirancang kera sering berlaku perubahan yang diberitahu pada saat-saat akhir sehingga terpaksa menunggu dan tertanya-tanya tentang jenis aktiviti dan lokasi aktiviti. Kebanyakkam peserta melahirkan rasa kurang berpuas hati mereka apabila menyentuh tentang perjalanan tentatif program BIG kali ini. Hal ini kerana ia santa berbeza daripada siri BIG yang sebelum ini. Para peserta hanya menunggu arahan daripada juru latih dari semasa ke semasa. Antara kelemahan lain adalah aktiviti pada hari pertama agak kurang dan menyebabkan peserta banyak menghabiskan masa dengan membantu kerja-kerja lain sepertti memasak dan menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. Pada aktiviti malam hari pertama, kami dipaparkan tayang video dan kami mendapat banyak info dan maklumat yang sangat berguna. Namun, kami mengharapkan paparan yang lebih banyak dan masa yang lebih panjang.
  • 23. Selain itu, saya dapati bahawa tempoh masa BIG agak singkat dan kekangan yang berlaku adalah dari segi kewangan yang mengakibatkan banyak perkara tidak dapat dilakukan pada masa yang sesuai dan lokasi yang dicadangkan. Ramai dalam kalangan peserta yang terkilan kerana lokasi BIG hanya dalam kawasan IPG dan tidak melibatkan aktiviti lasak luar dari kawasan seperti di kawasan Borneo Paradise yang menjadi lokasi perancangan awal IPG. 3. Peluang Pada program BIG yang lalu ini, pelbagai peluang yang telah dapat saya lihat. Antaranya adalah sebagai guru pelatih, saya haruslah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasional. Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid mereka. Namun begitu, perkara yang penting adalah guru dapat menunjukkan kepekaan mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tidak balas yang rasional. Tambahan lagi, seorang guru harus menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen adalah sangat penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugas-tugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan ikhlas.
  • 24. Melalui program Bina Insan Guru ini, kami selaku bakal pendidik sentiasa menjadikan diri kami fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana tugas guru kini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga persekitaran sektor pendidikan itu sendiri. Program BIG ini juga mampu memimpin saya untuk menjadi seorang guru yang baik dan memimpin saya dalam membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat memotivasikan diri saya dalam profesion guru itu sendiri. Sebagai selaku bakal pendidik juga, saya juga mesti menghayati konsep kerjaya ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa. 4. Ancaman Program BIG pada kali ini adalah lebih mencabar daripada siri sebelum ini kerana aktiviti yang dilaksanakan adalah berbeza sedikit daripada program BIG siri 1 dan 2. Pada Pemerhatian saya, terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki pada masa akan dating seperti dari segi kawalan keselamatan. Sepanjang tempoh aktiviti kembara, kami berjalan kaki dengan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan jalan yang agak berbahaya kerana terdapat lori muatan yang lalu di kawasan tersebut. Ia mampu memberi ancaman kepada peserta kerana keadaan jalan yang sedang dalam pembinaan dan pengaruh cuaca buruk menyebabkan terdapat jalan yang runtuh dan jambatan yang runtuh dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan mahupun pejalan kaki. Pada pendapat saya tidak banyak ancaman lain yang dapat dilihat sepanjang program tersebut. Perkara penting adalah semua telah berjalan dengan lancer dan tidak ada masalah besar yang berlaku sepanjang program berlangsung.
  • 25. Penilaian Kendiri Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anak-anak murid agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam proses melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin negara pada masa akan datang. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul, mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya. Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah sangat penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan yang ada, sebailiknya orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada. Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan mereka, mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik. Perkara yang penting adalah proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesan buruk kepada diri sendiri. Tambahan lagi, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru.
  • 26. Majlis Perasmian Penutupan Big siri tiga bagi tahu 2013 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau iaitu Dr Johan Haji Zakaria. Beliau telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta BIG dan Ahli Jawatankuasa pengelola kerana telah berjaya melaksanakan program BIG bagi siri kali ini. Timbalan pengarah juga turut menyampaikan hadiah dan cenderamata untuk para peserta yang terbaik bagi setiap kategori yang disenaraikan. Program BIG ini telah berakhir dengan membawa seribu satu kenangan, pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga dalam diri masing- masing. Setelah selesai semua acara yang dirancang dan telah berjaya dilaksanakan, aktiviti terakhir ialah aktiviti gotong royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan seterusnya menyusun kembali segala peralatan yang telah digunakan ke tempat asal. Setelah kawasan tersebut kelihatan seperi sedia kala, para pelajar DPLI bersiap sedia untuk kembali ke IPG.
  • 27. Refleksi Kendiri Kendiri Sebelum program dijalankan kami telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Para peserta telah mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali dimana mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Ahli jawatankuasa tertinggi bagi program BIG Siri 3 telah menjalankan tugas dimana mereka telah menggerakkan seramai 85 orang guru pelatih melaksanakan tugasan masing-masing tanpa sebarang masalah. Saya bertugas sebagai AJK Kebajikan bagi membantu guru-guru pelatih lain. Kerjasama amat diperlukan dalam melaksanakan program ini agar mencapai objektif yang tepat. Kerjaya Program BIG siri 3 yang bertemakan aktiviti luar ini telah memberi pengalaman baru kepada kami mengenai aktiviti luar dimana kami berpeluang untuk menjalankan aktiviti lasak dan mencabar seperti kembara berjalan kaki sepanjang 10 kilometer dalam keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas dan hujan. Sepanjang kembara tersebut, keadaan jalan kurang baik kerana jalan yang berbukit serta dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Aktiviti ini sangat menguji kekuatan mental dan fizikal yang sangat tinggi kerana setiap yang mempunyai azam untuk berjaya pasti akan dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran yang memerlukan kekuatan emosi yang tinggi dan akhirnya memperolehi kejayaan dan hasil yang diharapkan. Kumpulan (LDK), saya melihat bahawa kerjaya dalam bidang keguruan ini amatlah mencabar. Saya harus mempersiapkan diri sebagai bakal pendidik yang akan berhadapan dengan pelbagai risiko dan masalah yang memerlukan kecekalan hati dan minda untuk menghadapi segala cabaran yang datang. Tambahan lagi, kita perlu menitikberatkan hubungan silaturrahim yang erat antara manusia dan mewujudkan nilai-nilai pengajaran yang baik sebagai seorang yang bakal guru.
  • 28. Organisasi Sebelum menjalankan sesuatu program, ahli jawatankuasa tertinggi perlulah dibentuk terlebih dahulu. Bagi Program Bina Insan Guru Siri 3/2013 pada kali ini, kami telah sebulat suara melantik Ancu dari kelas DPLI Pemulihan Unit 1 sebagai pengerusi Program BIG dan dibantu oleh Amir bin dari kelas DPLI Pemulihan Unit 2. Seterusnya, ahli-ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik. Tugas saya adalah sebagai AJK Kebajikan. Tugas saya adalah mengawal kebajikan setiap peserta dan memastikan segala keperluan peserta seperti segala hal kebajikan dapat dipenuhi dan disediakan. Melalui program ini, saya telah berpeluang untuk mengenali rakan-rakan lain dengan lebih dekat di samping dapat bekerjasama dengan mereka sebagai satu pasukan. Sepanjang program ini, terdapat komunikasi yang baik dan kerjasama dalam kumpulan juga dapat dilihat. Jurulatih turut memberikan kerjasama yang baik dan kami telah berjaya menarik minat murid-murid terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Pada program BIG kali ini, saya berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan peserta dan jurulatih serta fasilitator yang terlibat dalam program BIG siri 3 ini. Keutamaan diberikan dalam pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai- nilai keguruan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru.
  • 29. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Malah, saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah berani berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani bertegur sapa atau memberikan salam dengan guru-guru di sekolah tersebut, maka saya akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat atau infomasi seperti yang jelaskan. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau kerana menyediakan program Bina Insan Guru siri 3 ini bagi mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang cekal, dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Amin Tantua selaku penyelaras program BIG kali ini dan Encik Ismail sebagai penyelars DPLI. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Justeru, ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.
  • 30. Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa berpuas hati dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.
  • 31. Penutup Segala pengisian dalam slot-slot yang diterangkan telah berjalan dengan baik dan lancar. Melalui program ini dapat dirumuskan bahawa program ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta mempunyai aura keguruan yang terserlah. Program selama sehari ini telah memberi banyak manfaat kepada pelatih dan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Slot-slot yang disediakan amat berguna bagi semua pelatih agar ianya dapat menjadi pengetahuan serta pengalaman dalan meneruskan profesion keguruan kelak. Kesemua pengisian program BIG ini dapat mempersiapkan para guru pelatih dari segi mental, emosi dan fizikal. Daripada keseluruhan program BIG ini, pelbagai ilmu dan maklumat berguna diperolehi dan pengetahuan turut bertambah. Ianya menjadi nilai tambah yang tidak ternilai harganya kepada para guru pelatih. Walaupun program tersebut dijalankan dalam waktu yang singkat dan padat, namun pengisian berdasarkan slot-slot yang ditetapkan telah dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Program seumpama ini adalah menjadi teras yang penting dalam penyediaan kendiri bagi seorang bakal guru pada masa akan datang. Di samping menambahkan pelbagai ilmu dalam bidang pendidikan, ilmu sahsiah juga dititikberatkan. Akhir sekali, program BIG ini telah dirasmikan penutupannya oleh Dr Johan Haji Zakaria selaku Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tawau. Kesimpulannya, selaku bakal pendidik, kita wajar untuk sentiasa bersiap sedia memikul amanah yang diberikan dan sentiasa bertanggungjawab dengan setiap tugas serta bekerjasama demi kebaikan bersama. Segala ilmu yang berguna dan baik haruslah disampaikan secara berterusan agar manfaatnya dapat diperolehi oleh pelbagai pihak secara bersepadu.