SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )
DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS

MATRICULATION NO

:

731208125515001

IDENTITY CARD NO.

:

731208125515

TELEPHONE NO.

:

0138927731

E-MAIL

:

faudzi@oum.com.my

LEARNING CENTRE

:

OUM, TAWAU
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2

2.0

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

3

3.0

JEREBU

6

3.1

7
7
8
9
10
11

3.2
3.3

3.4

4.0

Punca Jerebu
3.1.1 Pembakaran Terbuka
3.1.2 Pembakaran Bahan Api
3.1.3 Proses Perbandaran
3.1.4 Cuaca Kering dan Berebu
3.1.5 Letusan Gunung Berapi
Indeks Peencemaran Udara Terkini
Meagatasi dan Menangani Masalah Jerebu
3.3.1 Melalui Pendidikan
3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka
3.3.3 Pembenihan Awan
3.3.4 Kempen Hijau
3.3.5 Penggunaan CFC
3.3.6 Perundangan dan Dasar Kerajaan
3.3.7 Tanggung Jawab Orang Ramai
Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan
Golongan Berisiko

14
14
15
15
16
16
17
18

PENUTUP

20

BIBLIOGRAFI

22

1
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1.0

PENGENALAN

Malaysia, sepertimana sebuah negara membangun yang lain juga mempunyai matlamat untuk
menuju era sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian menjelang tahun 2020.
Selarasdengan matlamat ini kerajaan telah merancang pelbagai projek pembangunan yang
melibatkanaspek ekonomi, sosial dan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan
seterusnyamempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, akhir-akhir ini,
sama ada di bandaratau di desa projek pembangunan begitu pesat dilaksanakan. Dalam
keghairahan manusia untukmengaut keuntungan yang tinggi dari proses pembangunan ini,
secara sengaja atau tidak sengajatelah menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat.

Pada Ogos 2005, satu fenomena jerebu yang teruk telah berlaku disebabkan oleh
kebakaranhutan di Sumatera dan Kalimantan. Fenomena ini memberi kesan yang agak teruk
juga di pantaibarat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang.
MenurutMahmud (2008), ekoran daripada fenomenajerebu ini, dua kawasan telah
diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klangapabila Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di dua kawasan ini melebihi nilai 500.Menurut sumber berita New Straits Times,
(2005), jerebu teruk ini tidak begitu menjejaskan beberapa kawasan di selatan,pantai timur
dan utara Semenanjung seperti di Kota Bharu, Johor Bahru, Georgetown dan Terengganu..

Pencemaran udara bukan sahaja disebabkan oleh zarah-zarah terampai, bahkan ia jugaberlaku
disebabkan oleh gas-gas beracun dan berbahaya yang berlebihan di udara. Zarah
zarahterampai terdiri daripada 70 peratus (%) zarah karbon, 20 % debu tanah dan 10 % tidak
diketahuipuncanya. Manakala gas berbahaya pula terdiri daripada gas karbon monoksida
(CO), nitrogendioksida (NO2), ozon (O3) dan sulfur dioksida (SO2). Zarah terampai yang
mempunyai saizkurang daripada 10 mikron (PM10) dicerap jumlah kuantitinya di udara
dengan menggunakan alatkhas di stesen kualiti udara yang dikendalikan oleh Alam Sekitar
Malaysia yang dikontrak olehJabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar.

2
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2.0

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya
jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU
adalah seperti Jadual 1 di bawah;-

Jadual 1: Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Nilai IPU

Kualiti udara

0 - 50

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak sihat

201 - 300

Sangat tidak sihat

301 - 400

Berbahaya

401 - 500

Sangat berbahaya

Lebih 501

Darurat

IPU tahap baik 0 – 50 di Kuala Lumpur
Sumber The Malaysian Times
http://www.themalaysiantimes.com.my/ipu-tambah-baik-larangan-bakar-terbuka-ditarikbalik/
3
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

IPU tahap sederhana 51 – 100 di Pulau Pinang
Sumber Sinar Harian Online
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kualiti-udara-pulau-pinang-merosot-1.186763

IPU tidak sihat 101 - 200 di Melaka
Sumber Berita Harian Online 21.9.2013
4
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

IPU tahap bahaya 301 - 400di Muar Johor
Sumber laman rasmi Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_05/Jerebu-di-Muar-tahapbahaya

IPU tahap darurat melebihi 501 di Muar Johor
Sumber Astro Awani
http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-di-muar-capai-tahap-kritikal-dengan-ipu-74616950?cp
5
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3.0

JEREBU

Menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia(2013),
jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain
daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada
manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan
berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi
dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur
atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempohtempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan.
Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh
cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara
sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan
jerebu.

Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih dari
kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara
semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap
kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila
zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara
maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi.
Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu
sehingga ke hari ini. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga
kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan
yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan
cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda
fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan
menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara

6
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan
Kudat.

3.1

Punca Jerebu

Masalah jerebu yang melanda negara ini telah menyebabkan persepsi masyarakat terhadap
punca jerebu menjadi negatif. Ini disebabkan masalah jerebu dinegara ini amat signifikan
pembakaran terbuka di Indonesia. Walhal

jerebu boleh melanda meskipun pembakaran

terbuka tidak berlaku. Noorauan (1992) dalam kajiannya terhadap kualiti udara di Kuala
Lumpur mendapati pelepasan asap kereta di waktu siang menyebabkan kualiti udara di Kuala
Lumpur menjadi tidak sihat di waktu petang. Mastura Mahmud (2009) dalam kajiannya juga
mendapti tahap kualiti udara di Pulau Pinang amat sederhana disebakan kegiatan perkilangan
dan pembebasan asap kenderaan.

3.1.1 Pembakaran Terbuka

Kejadian jerebu yang paling teruk dialami negara bermula pada tahun 1997 .Masalah jerebu
ini disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk
akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa
padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana
Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah
berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri
Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar
bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan
Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran
ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang
berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk.
Masalah jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia terus berulang setiap tahun.
Pertengahan tahun ini menyaksikan beberapakan kawasan diisytiharkan sebagai kawasan
7
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

tidak selamat ekoran bacaan indek Pencemaran Udara melebihi tahap bahaya.Hasil
pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya
dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

Sumber: Laman Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=
160

3.1.2 Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara
Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran
yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang
mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling
menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan.
8
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan
membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan
membentuk asid karbonat.

Sumber: http://www.sabah.edu.my/cwr005/images_picture/asap%20kereta.JPG

3.1.3 Proses Perbandaran

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah
menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian
yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses
pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Menurut Tuan Pah Rokiah
Syed Husin (2003), pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar
akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini.

9
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sumber: http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html

Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan
dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Menurut Mohmadisa Hasyim
dan Mohamad Suhaily Che Ngah (1997), sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal,
kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam
sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan
sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan
manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan
penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya.

3.1.4 Cuaca Kering dan Berdebu

Hubungkait antara kejadian jerebu dengan faktor meteorologi amatlah signifikan sekali.
Dalam kajaian yang dilakukan oleh Sham (1991), beliau mendapati udara kering
mempengaruhi peningkatan bacaan IPU. Fenomena El-Nino di Sabah pada tahun 1997
menyaksikan Bacaan IPU dicatatkan melebihi tahap bahaya. Kejadian jerebu di Taiwan pada
tahun 2010 juga menyaksikan bagaimana cuaca kering dan berhabuk menyumbang kepada
kualiti udara yang rendah.

10
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Jerebu akibat cuaca kering dan berdebu di Jiangjing Township, Taiwan
Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Sandstorm_of_Longjing_Township_,Taichung_County_in_
Taiwan_.jpg
3.1.5 Letusan Gunung Berapi

Letusan gunung berapi merupakan fenomena kegiatan alam secara semulajadi untuk
menyejukkan bumi. Sungguhpun begitu, letusan ini menyebabkan pembebasan asap dan debu
ke udara yang mewujudkan kejadian jerebu.. Letusan Gunung berapi Pinatubo, Luzon
Filipina pada tahun 1991 memperlihatkan bagaimana asap dan debu meliputi sebahagian
besar ruang udara Sabah terutama Sandakan, Lahad datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Letusan gunung berapi Pinatubo tahun 1991
Sumber : http://ohgunungberapiku.blogspot.com/
Fenomena Jerebu akibat letusan gunung berapi ini juga turut melanda negara apabila Gunung
Berapi Krakatau, Sumatera, Indonesia meletus pada tahun 1983.

11
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1983
Sumber : http://pendhowo.com/10-letusan-gunung-terdahsyat-di-dunia/

3.2

Indeks Peencemaran Udara Terkini

Jadual 2: IndeksPencemaranUdaraNegeri Johor dan Sabah
Paparan IPU dari 06:00PM hingga 08:00 PM pada 20-09-2013

NEGERI /

KAWASAN

MASA
06:00PM

MASA
07:00PM

MASA
08:00PM

Johor

Kota Tinggi

51*

50*

50*

Johor

Larkin Lama

40*

40*

38*

Johor

Muar

51*

51*

50*

Johor

PasirGudang

45*

47*

50*

Sabah

Keningau

38

37

42

Sabah

Kota Kinabalu

60

59

54

Sabah

Sandakan

54

54

53

Sumber :JabatanMeteorologi Malaysia
http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013seluruh-negeri#ixzz2fRmgqchx

12
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Jadual 2 di atas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi negeri Johor dan Sabah
pada 20 September 2013. Bacaan IPU di kawasan Kota Tinggi, Johor menunjukkan kualiti
uidara yang sederhana pada jam 6:00 petang tetapi beransur baik pada jam 7:00 dan 8:00
Malam, Kualiti IPU yang sederhana pada jam 6:00 petang adalah berpunca daripada
pelepasan asap dari kenderaan dan juga perkilangan. Noorazuan (1992) dalam kajiannya
mendapati semasa waktu puncak hari bekerja, bacaan IPU akan meningkat di Kuala Lumpur.
Hasil kajian beliau adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Sham dan
Shaharuddin (1976). Pergerakan angin pula menyebabkan kualiti udara bertambah baik
selepas jam 6:00 petang.

Bagi daerah Larkin Lama, Johor pula, IPU yang dicatatkan menunjukkan kualiti udara yang
baik dalam tempoh masa yang diambil. Keadaan ini disebabkan kurangnya aktiviti kenderaan
dan perkilangan di kawasan tersebut. Bacaan IPU yang baik bagi tempoh masa ini turut
dicatatkan di kawasan Pasir Gudang,Johor. Walaupun kawasan ini merupakan kawasan
perindustrian yang sibuk namun tiupan angin membawa partikel-partikel asing dalam udara
ke kawasan lain. Bagi Daerah Muar, Johor pula. IPU pada jam 6:00 dan 7:00 petang
menunjukkan IPU yang sederhana tetapi bertambah baik pada jam 8:00 malam. Tiupan angin
yang lemah menyebabkan kesan aktiviti kenderaan dan perindustrian mencemarkan udara.

Bagi negeri Sabah, Kualiti udara bagi kawasan bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu
dan Sandakan, kualiti udara dalam keaadaan sederhana dicatatkan bagi tempoh masa yang
diambil. Keadaan ini disebabkan kedua-dua kawasan ini amat sibuk dengan aktiviti
kenderaan dan perkilangan diang hari sehingga waktu malam. Berbeza dengan bandar
Keningau, bacaan IPU dalam keadaan baik kerana kawasan ini dilindungi oleh banjaran
Crooker dari kehadiran pencemar luar. Di samping itu juga, kawasan ini tidak terlalu sibuk
dan kurangnya aktiviti perkilangan.

13
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3.3

MengatasI dan Menangani Masalah Jerebu

3.3.1 Melalui Pendidikan

Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu
samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh
JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap
peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini
dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab
bagi memperbaiki dan menjaganya. Menurut Department of Invironment (1989), aktiviti ini
dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.

Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai
kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau
terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam
sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.
Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), :bahagian Alam Sekitar memainkan
peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi
pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan
Bahagian Alam Sekitar, „Sekitar‟ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian
Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar.

3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan
juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti
kepada semua warganegara Malaysia. Menurut Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
(2003),kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama
kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran
yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca
daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke
14
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya. Sikap golongan yang dinyatakan di
atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa
mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997.

3.3.3 Pembenihan Awan
Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara.
Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan
terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi
tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi
sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk
menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu
ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat
daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa
bersama jerebu jatuh ke bumi.

3.3.4 Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah,
pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi
(1990), pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai
nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat
penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal
komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun
kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam
sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif
dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada.

15
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Chan dan Wan Ruslan (2000), antara contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah
Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron
Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya.
Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan
hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir.

3.3.5 Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan
pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol
biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC)
digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk,
penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan
alat pemadam api. Menurut Abdul Latif Ibrahim (1992), pemusnahan lapisan ozon
sebenarnya dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan
1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC).

3.3.6

Perundangan Dan Dasar Kerajaan

Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh
memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar
(JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter
yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan
habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan
mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah,
Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan
Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap
kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
16
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978). Menurut Chan Ngai
Weng,(2002), di bawah peraturan ini, jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan
kepada 1000 meter. Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara
yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi
memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap
kesihatan mereka dengan cara yang termudah. Lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar
yang diukur pada skala antara 0-500.
Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan
yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan
pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan
dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah
secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau
bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam
sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam keduadua proses tersebut iaitu wujudkan “Pembangunan Tanpa Kemusnahan”. Menurut Sham
Sani, Abdul Samad Hadi (1990), untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah
menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan
untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai
ekologi.

3.3.7 Tanggungjawab Orang Ramai
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam
haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang
boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan
awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut
hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil
langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan
penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan
baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba
17
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa
pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka
yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

3.4

Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan Golongan Berisiko

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan
manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang
menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paruparu. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam
kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.

Jadual 3: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.

Bahan Pencemar

Punca

Kesan

Pembakaran
bahan api

Pembakaran
sampah-sarap

Menggangu pernafasan normal

Asap
Pembentukkan asbut yang
mengganggupenglihatan
Cerobong
asapkilang
Ekzos
kenderaan
18
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

bermotor

Kilang papan

Kuari
Serangan lelah pada ;

Kilang Simen

Debu

pesakit asma

Batuk-batuk
Kilang asbestos

Sesak nafas
Kilang Batu
kapur

Menggangu keupayaan badan
membinaSel darah baru
Petrol
berplumbum
Plumbum

Kerencatan dan kecacatan otak pada
kanak-kanak
Pembakaran
bahanbercat

19
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Menghalang pembentukan
oksihemoglobin
Berpadu dengan hemoglobin untuk
membentuk karboksihemoglobin
yang akan menggantikan oksigen
dalam darah
Pembakaran
bahan api yang
tidak lengkap

Melembabkan otak

Karbonmonoksida

Ekzos
kenderaan
Boleh membawa maut sekiranya
diambil dalam jumlah yang banyak

Menurunkan rintangan badan kanakkanak terhadap selsema

Oksida
nitrogen

Pembakaran
bahan api pada
suhu tinggi
dalam
kenderaan berat
atau kilang
Tindakan
bakteria dalam
tanah

Mengganggu tisu peparu dan
menyebabkan bronkitis serta kanser

Bertindak balas dengan hidrokarbon
untuk membentuk pengoksida
fotokimia yang memedihkan mata
dan merosakkan tisu peparu

20
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

4.0

PENUTUP

Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di
peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar
yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu
dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak
merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya
mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di
sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif
terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah
di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam
sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar.
Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka
sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru
sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi
haruslah dihayati dengan seadanya iaitu “kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek
kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.
3326 patah perkataan

21
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

BIBLIOGRAFI

Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar diMalaysia:
Satu Pendekatan Geografi,Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan
Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur:
Ministry of Sciences, Technology and the Environment.
Mahmud M (2008) Scientific report on the haze event in Peninsular Malaysia in August
2005:Main contributors of haze, pp. 158. Department of Environment, Ministry of
NaturalResources and Environment Malaysia.
Mastura dan rakan-rakan (2009). Pencemaran Udara di Bukit Rambai, Melaka Sewaktu
Peristiwa Jerebu Tahun 2005.School of Social, Development and Environmental
Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities,Universiti Kebangsaan Malaysia :
Bangi.
Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam
Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noorazuan Hasyim (1992). Satu Kajian Mengenai Pencemaran Udara: Dari Aspek Pengaruh
Meteorologi Ke atas Kemunculan Episod Pencemaran di Lembah Kelang.Universiti
Malaya.
New Straits Times (2005) More people facing respiratory problems. August 12
Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan
Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sham Sani dan rakan-rakan (1991). The August 1990 haze in Malaysia with special refeence
to the Kalang Valley Region. Petaling Jaya: Malaysian Meteorological service.
Sham Sani dan Shaharuddin (1976). Anote of preliminary study of respirable dust particulate
air pullations in Kuala Lumpur. Pinusular Malaysia. Malaysia Nature Journal. Vol29.
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

22
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

23

Contenu connexe

Similaire à Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanAzli Aziz
 
Jerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaJerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaBiani Mawal
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Song Love Story
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaranJata Unjah
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalexraiderz
 
Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3Syed AnWar
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalIZZATUL AMIRA
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara Nur Syafika
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDAsmawi Abdullah
 
780920126168 707520 final(1)
780920126168 707520 final(1)780920126168 707520 final(1)
780920126168 707520 final(1)Kadir Ali
 

Similaire à Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi (20)

hbhe gaya hidup sihat-Jerebu
hbhe gaya hidup sihat-Jerebuhbhe gaya hidup sihat-Jerebu
hbhe gaya hidup sihat-Jerebu
 
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
 
Jerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaJerebu Di Malaysia
Jerebu Di Malaysia
 
Jerebuh
JerebuhJerebuh
Jerebuh
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
 
Isu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran SemasaIsu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran Semasa
 
tugasan alam sekitar
tugasan alam sekitartugasan alam sekitar
tugasan alam sekitar
 
Model Latih Tubi 5
Model Latih Tubi 5Model Latih Tubi 5
Model Latih Tubi 5
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaran
 
Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udara
 
Alanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 kAlanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 k
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
 
Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3
 
Bm tahun 3
Bm tahun 3Bm tahun 3
Bm tahun 3
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan global
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
 
Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan global
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
 
780920126168 707520 final(1)
780920126168 707520 final(1)780920126168 707520 final(1)
780920126168 707520 final(1)
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 

Plus de Zauhari Hussein

Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Zauhari Hussein
 
Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6Zauhari Hussein
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudziZauhari Hussein
 
Power point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudziPower point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudziZauhari Hussein
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifZauhari Hussein
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Zauhari Hussein
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziZauhari Hussein
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziZauhari Hussein
 
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudziTemplet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudziZauhari Hussein
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Persembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong riaPersembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong riaZauhari Hussein
 
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet  hbhe 2103 pbss faudzi siapTemplet  hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siapZauhari Hussein
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Assigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistryAssigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistryZauhari Hussein
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103Zauhari Hussein
 

Plus de Zauhari Hussein (20)

Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
 
Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6
 
Templet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauziTemplet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauzi
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
 
Power point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudziPower point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudzi
 
Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
 
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudziTemplet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Kokum hbef2803
Kokum hbef2803Kokum hbef2803
Kokum hbef2803
 
Persembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong riaPersembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong ria
 
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet  hbhe 2103 pbss faudzi siapTemplet  hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Assigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistryAssigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistry
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103
 

Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS MATRICULATION NO : 731208125515001 IDENTITY CARD NO. : 731208125515 TELEPHONE NO. : 0138927731 E-MAIL : faudzi@oum.com.my LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU
  • 2. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA ISI KANDUNGAN BIL TAJUK M/S 1.0 PENGENALAN 2 2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 3 3.0 JEREBU 6 3.1 7 7 8 9 10 11 3.2 3.3 3.4 4.0 Punca Jerebu 3.1.1 Pembakaran Terbuka 3.1.2 Pembakaran Bahan Api 3.1.3 Proses Perbandaran 3.1.4 Cuaca Kering dan Berebu 3.1.5 Letusan Gunung Berapi Indeks Peencemaran Udara Terkini Meagatasi dan Menangani Masalah Jerebu 3.3.1 Melalui Pendidikan 3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka 3.3.3 Pembenihan Awan 3.3.4 Kempen Hijau 3.3.5 Penggunaan CFC 3.3.6 Perundangan dan Dasar Kerajaan 3.3.7 Tanggung Jawab Orang Ramai Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan Golongan Berisiko 14 14 15 15 16 16 17 18 PENUTUP 20 BIBLIOGRAFI 22 1
  • 3. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 1.0 PENGENALAN Malaysia, sepertimana sebuah negara membangun yang lain juga mempunyai matlamat untuk menuju era sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian menjelang tahun 2020. Selarasdengan matlamat ini kerajaan telah merancang pelbagai projek pembangunan yang melibatkanaspek ekonomi, sosial dan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnyamempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, akhir-akhir ini, sama ada di bandaratau di desa projek pembangunan begitu pesat dilaksanakan. Dalam keghairahan manusia untukmengaut keuntungan yang tinggi dari proses pembangunan ini, secara sengaja atau tidak sengajatelah menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat. Pada Ogos 2005, satu fenomena jerebu yang teruk telah berlaku disebabkan oleh kebakaranhutan di Sumatera dan Kalimantan. Fenomena ini memberi kesan yang agak teruk juga di pantaibarat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. MenurutMahmud (2008), ekoran daripada fenomenajerebu ini, dua kawasan telah diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klangapabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua kawasan ini melebihi nilai 500.Menurut sumber berita New Straits Times, (2005), jerebu teruk ini tidak begitu menjejaskan beberapa kawasan di selatan,pantai timur dan utara Semenanjung seperti di Kota Bharu, Johor Bahru, Georgetown dan Terengganu.. Pencemaran udara bukan sahaja disebabkan oleh zarah-zarah terampai, bahkan ia jugaberlaku disebabkan oleh gas-gas beracun dan berbahaya yang berlebihan di udara. Zarah zarahterampai terdiri daripada 70 peratus (%) zarah karbon, 20 % debu tanah dan 10 % tidak diketahuipuncanya. Manakala gas berbahaya pula terdiri daripada gas karbon monoksida (CO), nitrogendioksida (NO2), ozon (O3) dan sulfur dioksida (SO2). Zarah terampai yang mempunyai saizkurang daripada 10 mikron (PM10) dicerap jumlah kuantitinya di udara dengan menggunakan alatkhas di stesen kualiti udara yang dikendalikan oleh Alam Sekitar Malaysia yang dikontrak olehJabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 2
  • 4. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti Jadual 1 di bawah;- Jadual 1: Indeks Pencemaran Udara (IPU) Nilai IPU Kualiti udara 0 - 50 Baik 51 - 100 Sederhana 101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat IPU tahap baik 0 – 50 di Kuala Lumpur Sumber The Malaysian Times http://www.themalaysiantimes.com.my/ipu-tambah-baik-larangan-bakar-terbuka-ditarikbalik/ 3
  • 5. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA IPU tahap sederhana 51 – 100 di Pulau Pinang Sumber Sinar Harian Online http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kualiti-udara-pulau-pinang-merosot-1.186763 IPU tidak sihat 101 - 200 di Melaka Sumber Berita Harian Online 21.9.2013 4
  • 6. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA IPU tahap bahaya 301 - 400di Muar Johor Sumber laman rasmi Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_05/Jerebu-di-Muar-tahapbahaya IPU tahap darurat melebihi 501 di Muar Johor Sumber Astro Awani http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-di-muar-capai-tahap-kritikal-dengan-ipu-74616950?cp 5
  • 7. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 3.0 JEREBU Menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia(2013), jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempohtempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu. Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih dari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu sehingga ke hari ini. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara 6
  • 8. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat. 3.1 Punca Jerebu Masalah jerebu yang melanda negara ini telah menyebabkan persepsi masyarakat terhadap punca jerebu menjadi negatif. Ini disebabkan masalah jerebu dinegara ini amat signifikan pembakaran terbuka di Indonesia. Walhal jerebu boleh melanda meskipun pembakaran terbuka tidak berlaku. Noorauan (1992) dalam kajiannya terhadap kualiti udara di Kuala Lumpur mendapati pelepasan asap kereta di waktu siang menyebabkan kualiti udara di Kuala Lumpur menjadi tidak sihat di waktu petang. Mastura Mahmud (2009) dalam kajiannya juga mendapti tahap kualiti udara di Pulau Pinang amat sederhana disebakan kegiatan perkilangan dan pembebasan asap kenderaan. 3.1.1 Pembakaran Terbuka Kejadian jerebu yang paling teruk dialami negara bermula pada tahun 1997 .Masalah jerebu ini disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Masalah jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia terus berulang setiap tahun. Pertengahan tahun ini menyaksikan beberapakan kawasan diisytiharkan sebagai kawasan 7
  • 9. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA tidak selamat ekoran bacaan indek Pencemaran Udara melebihi tahap bahaya.Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang. Sumber: Laman Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid= 160 3.1.2 Pembakaran Bahan Api Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan. 8
  • 10. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA S + 2O2-----------SO4 Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat. Sumber: http://www.sabah.edu.my/cwr005/images_picture/asap%20kereta.JPG 3.1.3 Proses Perbandaran Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Menurut Tuan Pah Rokiah Syed Husin (2003), pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini. 9
  • 11. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Sumber: http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Menurut Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (1997), sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya. 3.1.4 Cuaca Kering dan Berdebu Hubungkait antara kejadian jerebu dengan faktor meteorologi amatlah signifikan sekali. Dalam kajaian yang dilakukan oleh Sham (1991), beliau mendapati udara kering mempengaruhi peningkatan bacaan IPU. Fenomena El-Nino di Sabah pada tahun 1997 menyaksikan Bacaan IPU dicatatkan melebihi tahap bahaya. Kejadian jerebu di Taiwan pada tahun 2010 juga menyaksikan bagaimana cuaca kering dan berhabuk menyumbang kepada kualiti udara yang rendah. 10
  • 12. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Jerebu akibat cuaca kering dan berdebu di Jiangjing Township, Taiwan Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Sandstorm_of_Longjing_Township_,Taichung_County_in_ Taiwan_.jpg 3.1.5 Letusan Gunung Berapi Letusan gunung berapi merupakan fenomena kegiatan alam secara semulajadi untuk menyejukkan bumi. Sungguhpun begitu, letusan ini menyebabkan pembebasan asap dan debu ke udara yang mewujudkan kejadian jerebu.. Letusan Gunung berapi Pinatubo, Luzon Filipina pada tahun 1991 memperlihatkan bagaimana asap dan debu meliputi sebahagian besar ruang udara Sabah terutama Sandakan, Lahad datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Letusan gunung berapi Pinatubo tahun 1991 Sumber : http://ohgunungberapiku.blogspot.com/ Fenomena Jerebu akibat letusan gunung berapi ini juga turut melanda negara apabila Gunung Berapi Krakatau, Sumatera, Indonesia meletus pada tahun 1983. 11
  • 13. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1983 Sumber : http://pendhowo.com/10-letusan-gunung-terdahsyat-di-dunia/ 3.2 Indeks Peencemaran Udara Terkini Jadual 2: IndeksPencemaranUdaraNegeri Johor dan Sabah Paparan IPU dari 06:00PM hingga 08:00 PM pada 20-09-2013 NEGERI / KAWASAN MASA 06:00PM MASA 07:00PM MASA 08:00PM Johor Kota Tinggi 51* 50* 50* Johor Larkin Lama 40* 40* 38* Johor Muar 51* 51* 50* Johor PasirGudang 45* 47* 50* Sabah Keningau 38 37 42 Sabah Kota Kinabalu 60 59 54 Sabah Sandakan 54 54 53 Sumber :JabatanMeteorologi Malaysia http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013seluruh-negeri#ixzz2fRmgqchx 12
  • 14. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Jadual 2 di atas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi negeri Johor dan Sabah pada 20 September 2013. Bacaan IPU di kawasan Kota Tinggi, Johor menunjukkan kualiti uidara yang sederhana pada jam 6:00 petang tetapi beransur baik pada jam 7:00 dan 8:00 Malam, Kualiti IPU yang sederhana pada jam 6:00 petang adalah berpunca daripada pelepasan asap dari kenderaan dan juga perkilangan. Noorazuan (1992) dalam kajiannya mendapati semasa waktu puncak hari bekerja, bacaan IPU akan meningkat di Kuala Lumpur. Hasil kajian beliau adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Sham dan Shaharuddin (1976). Pergerakan angin pula menyebabkan kualiti udara bertambah baik selepas jam 6:00 petang. Bagi daerah Larkin Lama, Johor pula, IPU yang dicatatkan menunjukkan kualiti udara yang baik dalam tempoh masa yang diambil. Keadaan ini disebabkan kurangnya aktiviti kenderaan dan perkilangan di kawasan tersebut. Bacaan IPU yang baik bagi tempoh masa ini turut dicatatkan di kawasan Pasir Gudang,Johor. Walaupun kawasan ini merupakan kawasan perindustrian yang sibuk namun tiupan angin membawa partikel-partikel asing dalam udara ke kawasan lain. Bagi Daerah Muar, Johor pula. IPU pada jam 6:00 dan 7:00 petang menunjukkan IPU yang sederhana tetapi bertambah baik pada jam 8:00 malam. Tiupan angin yang lemah menyebabkan kesan aktiviti kenderaan dan perindustrian mencemarkan udara. Bagi negeri Sabah, Kualiti udara bagi kawasan bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan, kualiti udara dalam keaadaan sederhana dicatatkan bagi tempoh masa yang diambil. Keadaan ini disebabkan kedua-dua kawasan ini amat sibuk dengan aktiviti kenderaan dan perkilangan diang hari sehingga waktu malam. Berbeza dengan bandar Keningau, bacaan IPU dalam keadaan baik kerana kawasan ini dilindungi oleh banjaran Crooker dari kehadiran pencemar luar. Di samping itu juga, kawasan ini tidak terlalu sibuk dan kurangnya aktiviti perkilangan. 13
  • 15. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 3.3 MengatasI dan Menangani Masalah Jerebu 3.3.1 Melalui Pendidikan Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Menurut Department of Invironment (1989), aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), :bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, „Sekitar‟ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar. 3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Menurut Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003),kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke 14
  • 16. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya. Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997. 3.3.3 Pembenihan Awan Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi. 3.3.4 Kempen Hijau Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada. 15
  • 17. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Chan dan Wan Ruslan (2000), antara contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir. 3.3.5 Penggunaan CFC Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Menurut Abdul Latif Ibrahim (1992), pemusnahan lapisan ozon sebenarnya dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC). 3.3.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. 16
  • 18. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978). Menurut Chan Ngai Weng,(2002), di bawah peraturan ini, jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter. Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. Lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500. Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam keduadua proses tersebut iaitu wujudkan “Pembangunan Tanpa Kemusnahan”. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi. 3.3.7 Tanggungjawab Orang Ramai Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba 17
  • 19. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang. 3.4 Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan Golongan Berisiko Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paruparu. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia. Jadual 3: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia. Bahan Pencemar Punca Kesan Pembakaran bahan api Pembakaran sampah-sarap Menggangu pernafasan normal Asap Pembentukkan asbut yang mengganggupenglihatan Cerobong asapkilang Ekzos kenderaan 18
  • 20. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA bermotor Kilang papan Kuari Serangan lelah pada ; Kilang Simen Debu pesakit asma Batuk-batuk Kilang asbestos Sesak nafas Kilang Batu kapur Menggangu keupayaan badan membinaSel darah baru Petrol berplumbum Plumbum Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak Pembakaran bahanbercat 19
  • 21. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Menghalang pembentukan oksihemoglobin Berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah Pembakaran bahan api yang tidak lengkap Melembabkan otak Karbonmonoksida Ekzos kenderaan Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak Menurunkan rintangan badan kanakkanak terhadap selsema Oksida nitrogen Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau kilang Tindakan bakteria dalam tanah Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu 20
  • 22. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4.0 PENUTUP Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu “kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”. 3326 patah perkataan 21
  • 23. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA BIBLIOGRAFI Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar diMalaysia: Satu Pendekatan Geografi,Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment. Mahmud M (2008) Scientific report on the haze event in Peninsular Malaysia in August 2005:Main contributors of haze, pp. 158. Department of Environment, Ministry of NaturalResources and Environment Malaysia. Mastura dan rakan-rakan (2009). Pencemaran Udara di Bukit Rambai, Melaka Sewaktu Peristiwa Jerebu Tahun 2005.School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities,Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi. Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noorazuan Hasyim (1992). Satu Kajian Mengenai Pencemaran Udara: Dari Aspek Pengaruh Meteorologi Ke atas Kemunculan Episod Pencemaran di Lembah Kelang.Universiti Malaya. New Straits Times (2005) More people facing respiratory problems. August 12 Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sham Sani dan rakan-rakan (1991). The August 1990 haze in Malaysia with special refeence to the Kalang Valley Region. Petaling Jaya: Malaysian Meteorological service. Sham Sani dan Shaharuddin (1976). Anote of preliminary study of respirable dust particulate air pullations in Kuala Lumpur. Pinusular Malaysia. Malaysia Nature Journal. Vol29. Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. 22
  • 24. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 23