SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
Huraian Huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa
Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ ɛ] dan [a]
manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə].
secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya.
Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya
dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain
bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru
berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri
tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah
yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada
dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,
sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja
(menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung
(menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan
semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga
separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Huraian Huruf Konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat
gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan
terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara
bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu
menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang
terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia
ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh
penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
a)

Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b)

Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c)

Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d)

Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e)

Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f)

Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan
geseran glotis bersuara ( h ).

g)

Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h)

Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i)

Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)

Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara
(w).

k)

Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti
dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
Cara Membunyikan Huruf Vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal
yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan
serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan
pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.
(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak
sampai menyentuh lelangit keras
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung
Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Ikan
Ibu

Tengah
Bila
Tiba

Akhir
Tali
Padi

(b) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
(iv)Hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
(v) Paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digetarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada
perkataan berikut:
Awal
Enak

Tengah
Teleng

Akhir
Tauge
Elok

Leher

Tempe

(c) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada
perkataan berikut:
Awal
Esa
Enak

Tengah
Belek
Belok

Akhir
Tauge
Tempe

(d) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal

Tengah

Akhir
Awan
Anak

Kadar
Beras

Siapa
Nama

(e) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak
sampai menyentuh lelangit lembut
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal
ubat
ular

Tengah
bulat
sudu

Akhir
Batu
Palu

(f) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Orang
Otak

Tengah
Tolong
Bohong

Akhir
Pidato
Koko
(g) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫ .]כ‬Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ‫]כ‬
seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Orang
Oleh

Tengah
Borong
Bolot

Akhir
Soto
Teko

(h) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(ii) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit keras
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Emak
Empat

Tengah
Penat
Tenat

Akhir
Sosialisme
Behaviurisme
Cara Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan
mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Cara
sebutan
Letupan
Letusan
Sengau

bibir
Pb
M

Daerah sebutan
Gigi-gusi
Lelangit keras
Td
N

Cj
(ny)

Lelangit
lembut
Kg
(ng) ŋ

Glottis
-
Geseran
Getaran
Sisian
Separuh

W

S
R
L
-

Y

-

H
-

vokal
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir
perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc
dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan .
hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti
Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat
artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam
membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar
rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara
[b]. Cara membunyikannya:

1.

Bunyi konsonan [p]
Dua bibir dirapatkan untuk membuat Cara

Bunyi konsonan [b]
membunyikan
sama

seperti

sekatan penuh pada arus udara dari membunyikan konsonan [p]. yang berbeza
paru-paru ke rongga mulut.
2.

ialah:

Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
atau ke dinding rongga tekak untuk Pita suara dirapatkan.
membuat sekatan udara dari paru-paru
ke rongga hidung.

3.

Pita suara direnggangkan.

4.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga

Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga mulut dengan mengetarkan pita
suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.

bibir bersuara [b].

Sekatan pada dua bibir dilepaskan
serta- merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [p]
Konsonan [b]

Awal
Palu
Batek

Tengah
Lapik
Rabun

Akhir
Atap
Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:

1.

Bunyi konsonan [t]
Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara

Bunyi konsonan [d]
membunyikan konsonan

sama

membuat sekatan penuh pada arus udara. seperti membunyikan konsonan [t]. yang
2.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan berbeza ialah:
ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk menutup arus udara ke rongga Pita suara dirapatkan.
hidung.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

3.

Pita suara direnggangkan .

4.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui suara.
rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.

rongga mulut dengan menggetarkan pita
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
bersuara [d].
5.

Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan
gusi dilepaskan serta-merta.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi
tidak bersuara [t].
Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [t]
Konsonan [d]

Awal
Takut
Dalam

Tengah
Batas
Tanduk

Akhir
Padat
Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit
lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:
1.

Bunyi konsonan [k]
Bunyi konsonan [g]
Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti
lembut untuk membuat sekatan penuh membunyikan konsonan [k]. yang berbeza
pada arus udara .

2.

Lelangit
dirapatkan

ialah:

lembut
ke

dan

anak

rongga

tekak

tekak Pita suara dirapatkan .
bagi

Arus udara dari paru-paru yang keluar

menyekat arus udara dari paru-paru ke melalui rongga mulut mengetarkan pita
rongga hidung.

suara.

3.

Pita suara di renggangkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

4.

Arus udara keluar dari paru-paru melaui lembut bersuara [g].
rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.

5.

Sekatan

udara

yang

dibuat

oleh

belakang lidah dilepaskan serta merta.
6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
lelangit lembut tidak bersuara [k].

Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [k]
Konsonan [g]

Awal
Kala
Garam

Tengah
Makan
Pagar

Akhir
Tamak
Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
(i) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(ii) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(iii) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita
suara.
(iv) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Anak
Ikan

Tengah
Saat
Rakyat

Akhir
Lemak
Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras
bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:
1.

Bunyi konsonan [č]
Bunyi konsonan [Ĵ]
Hadapan lidah rapat ke lelengit keras Cara membunyikan konsonan sama seperti
untuk membuat sekatan pada arus udara. membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza

2.

Lelangit

lembut

dan

anak

tekak ialah:

dinaikkan ke belakang atau ke dinding Pita suara dirapatkan.
rongga tekak untuk membuat sekatan

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga mulut dengan menggetarkan pita
rongga hidung.
3.
4.

Pita suara direnggangkan.

suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit

Arus udara dari paru-paru melalui keras gusi bersuara [Ĵ]
rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
5.

Udara yang tersekat oleh hadapan lidah
di lelangit keras dilepaskan pelahanlahan.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan
lelangit keras gusi tidak bersuara [č].

Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [č]
Konsonan [Ĵ]

Awal
Cara
Jala

Tengah
Laci
Kanji

Akhir
Koc
Kolej

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
(i) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara di renggangkan.
(iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(iv) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi
konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal
Silap
Satu
(g) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

Tengah
Lasak
Lesu

Akhir
Pedas
Lemas
(i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk
membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan.
(iv) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita
suara
(v) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan
berikut:
Awal
Rapat
Rugi

Tengah
Tiram
Seram

Akhir
Sabar
Lebar

(h) Konsonan gusi bersuara [I]:
(i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk
membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan
(iv) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara
(v) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal
Lagu
Lipat

Tengah
Tilam
Kelam

Akhir
Tebal
Kekal
(i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(i) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(iv)

Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

(v)

Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Macam
Murah

Tengah
Teman
Lumba

Akhir
Ketam
Badam

(j) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(i) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(iv) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan
berikut:
Awal
Naga
Nilam

Tengah
Tanah
Panah

Akhir
Taman
Laman

(k) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
(i) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(v) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahanpelahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti
yang berikut:
Awal
Ngilu
Ngeri

Tengah
Bingka
Rangkap

Akhir
Lalang
Tulang

(l) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫ .] תּ‬Cara membunyikannya:
(i) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara
yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(iv) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(v) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahanlahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (‫ )תּ‬seperti
perkataan yang berikut:
Awal
Nyaris
Nyala

(m)

Tengah
Banyak
Senyap

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(i) Bibir di bundarkan.
(ii) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

Akhir
-
(iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara
udara dari paru-paru ke rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Waris
Wajar

Tengah
Kawan
Lawan

Akhir
Takraw
-

(n) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:
(i) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(ii) Bibir di hamparkan.
(iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(iv) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal [j].
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti
pada perkataan berikut:
Awal
Yakin
Yuran

Tengah
Tayang
Payah

Akhir
-
KESIMPULAN
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala
bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan
tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita
suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan
berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika
pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.
http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

Contenu connexe

Tendances

1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKAEddy Terinisip
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2nurAkhma
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Cornard Conot
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuhanifah mohiji
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 

Tendances (20)

1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 

Similaire à Bunyi vokal dan bunyi konsonan

Similaire à Bunyi vokal dan bunyi konsonan (20)

Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
 
Bm mei 2012
Bm mei 2012Bm mei 2012
Bm mei 2012
 
Vokal
Vokal Vokal
Vokal
 
BAB 4 - FONOLOGI
BAB 4 - FONOLOGIBAB 4 - FONOLOGI
BAB 4 - FONOLOGI
 
Fonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetikFonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetik
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjj
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Soalan pn bainah rashadah
Soalan pn bainah rashadahSoalan pn bainah rashadah
Soalan pn bainah rashadah
 
MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Contoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsrContoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsr
 
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdfBMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
 
Bab 2 intonasi
Bab 2 intonasiBab 2 intonasi
Bab 2 intonasi
 

Bunyi vokal dan bunyi konsonan

  • 1. Huraian Huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
  • 2. Huraian Huruf Konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ). g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ). i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n ) j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w). k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
  • 3. Cara Membunyikan Huruf Vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. (a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir hampar (ii) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut: Awal Ikan Ibu Tengah Bila Tiba Akhir Tali Padi (b) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir hampar (ii) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga (iv)Hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari (v) Paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digetarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut: Awal Enak Tengah Teleng Akhir Tauge
  • 4. Elok Leher Tempe (c) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir hampar (ii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (v) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut: Awal Esa Enak Tengah Belek Belok Akhir Tauge Tempe (d) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir hampar (ii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (v) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir
  • 5. Awan Anak Kadar Beras Siapa Nama (e) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir hampar (ii) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (v) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal ubat ular Tengah bulat sudu Akhir Batu Palu (f) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir hampar (ii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (v) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut: Awal Orang Otak Tengah Tolong Bohong Akhir Pidato Koko
  • 6. (g) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫ .]כ‬Cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir hampar (ii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (v) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ‫]כ‬ seperti pada perkataan yang berikut: Awal Orang Oleh Tengah Borong Bolot Akhir Soto Teko (h) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya: (i) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (ii) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (v) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut: Awal Emak Empat Tengah Penat Tenat Akhir Sosialisme Behaviurisme
  • 7. Cara Membunyikan Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Cara sebutan Letupan Letusan Sengau bibir Pb M Daerah sebutan Gigi-gusi Lelangit keras Td N Cj (ny) Lelangit lembut Kg (ng) ŋ Glottis -
  • 8. Geseran Getaran Sisian Separuh W S R L - Y - H - vokal Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan. (a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya: 1. Bunyi konsonan [p] Dua bibir dirapatkan untuk membuat Cara Bunyi konsonan [b] membunyikan sama seperti sekatan penuh pada arus udara dari membunyikan konsonan [p]. yang berbeza paru-paru ke rongga mulut. 2. ialah: Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk Pita suara dirapatkan. membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
  • 9. mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. bibir bersuara [b]. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Contoh perkataan: Huruf Konsonan [p] Konsonan [b] Awal Palu Batek Tengah Lapik Rabun Akhir Atap Adab (b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: 1. Bunyi konsonan [t] Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara Bunyi konsonan [d] membunyikan konsonan sama membuat sekatan penuh pada arus udara. seperti membunyikan konsonan [t]. yang 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan berbeza ialah: ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga Pita suara dirapatkan. hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui 3. Pita suara direnggangkan . 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui suara. rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. rongga mulut dengan menggetarkan pita Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].
  • 10. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Contoh perkataan: Huruf Konsonan [t] Konsonan [d] Awal Takut Dalam Tengah Batas Tanduk Akhir Padat Abad (c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: 1. Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g] Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti lembut untuk membuat sekatan penuh membunyikan konsonan [k]. yang berbeza pada arus udara . 2. Lelangit dirapatkan ialah: lembut ke dan anak rongga tekak tekak Pita suara dirapatkan . bagi Arus udara dari paru-paru yang keluar menyekat arus udara dari paru-paru ke melalui rongga mulut mengetarkan pita rongga hidung. suara. 3. Pita suara di renggangkan. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit 4. Arus udara keluar dari paru-paru melaui lembut bersuara [g]. rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.
  • 11. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Contoh perkataan: Huruf Konsonan [k] Konsonan [g] Awal Kala Garam Tengah Makan Pagar Akhir Tamak Dialog (d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya: (i) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (ii) Pita suara dirapatkan sepenuhnya (iii) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (iv) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut: Awal Anak Ikan Tengah Saat Rakyat Akhir Lemak Budak (e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya: 1. Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ] Hadapan lidah rapat ke lelengit keras Cara membunyikan konsonan sama seperti untuk membuat sekatan pada arus udara. membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza 2. Lelangit lembut dan anak tekak ialah: dinaikkan ke belakang atau ke dinding Pita suara dirapatkan. rongga tekak untuk membuat sekatan Arus udara dari paru-paru keluar melalui terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga mulut dengan menggetarkan pita rongga hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan. suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit Arus udara dari paru-paru melalui keras gusi bersuara [Ĵ]
  • 12. rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahanlahan. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č]. Contoh perkataan: Huruf Konsonan [č] Konsonan [Ĵ] Awal Cara Jala Tengah Laci Kanji Akhir Koc Kolej (f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]: (i) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Pita suara di renggangkan. (iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (iv) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]. Contoh perkataan: Awal Silap Satu (g) Konsonan getaran gusi bersuara [r]: Tengah Lasak Lesu Akhir Pedas Lemas
  • 13. (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara (v) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Rapat Rugi Tengah Tiram Seram Akhir Sabar Lebar (h) Konsonan gusi bersuara [I]: (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan (iv) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara (v) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Lagu Lipat Tengah Tilam Kelam Akhir Tebal Kekal
  • 14. (i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: (i) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. (v) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Macam Murah Tengah Teman Lumba Akhir Ketam Badam (j) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: (i) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung (iv) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut: Awal Naga Nilam Tengah Tanah Panah Akhir Taman Laman (k) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya: (i) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
  • 15. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. (v) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahanpelahan. Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut: Awal Ngilu Ngeri Tengah Bingka Rangkap Akhir Lalang Tulang (l) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫ .] תּ‬Cara membunyikannya: (i) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (iv) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (v) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahanlahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (‫ )תּ‬seperti perkataan yang berikut: Awal Nyaris Nyala (m) Tengah Banyak Senyap Separuh vokal dua bibir bersuara [w]: (i) Bibir di bundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Akhir -
  • 16. (iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (v) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w]. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Waris Wajar Tengah Kawan Lawan Akhir Takraw - (n) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya: (i) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (ii) Bibir di hamparkan. (iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iv) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut: Awal Yakin Yuran Tengah Tayang Payah Akhir -
  • 17. KESIMPULAN Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
  • 18. RUJUKAN Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf