Persembahan ini adalah renungan awal (preliminary thoughts). sebagai renungan keseluruhan . Ianya umum Perincian lanjutan akan di kemas kinikan apabila perlu, pada tahap-tahap tertentu. Yang diperlukan adalah kefahaman dan sokongan dari yang terlibat dengan khidmat para Asatizah, Du’at serta institusinya. Terutama MUIS sebagai badan Islam tertinggi berkanun, yang menangani segala hal-ehwal bersangkutan dengan Agama Islam di Singapura.
Perlu ditekankan bahwa program ‘pentauliahan’ ini bukan bertujuan menghambat atau mengekang berkembangnya penyebaran dan pengajaran Islam. Tujuan nya adalah semata-mata untuk menjaga kemaslahatan umat.
Mengapa perlu kepada pentauliahan? Sebagai strategi PERGAS sedar peri pentingnya perancangan yang jelas untuk masyarakat Islam menghadapi era “2000”. Dari itu, PERGAS, sebagai persatuan yang mewakili semua para Asaatizah dan Ulama’, merasakan wajib untuk berperanan memimpin dan menerajui golongan ini dengan lebih berkesan, terutama didalam menentukan kelakonan setiap mereka yang bergelar “Ustaz” dan “Pendakwah” Islam di Singapura.
Namun, PERGAS sedar bahwa usaha ini adalah agenda ‘nasional’ dan ummah - dan tidak memadai kalau hanya PERGAS sahaja yang melaksanakan nya. Program pentauliahan ini perlu mendapat sokongan, kerjasama dan bantuan terutama dari MUIS. Oleh kerana penerimaan dari lain-lain badan Islam yang lain mungkin juga perlu di dapatkan, maka peranan MUIS dalam menginstitusikan program Islam adalah sangat diharapkan. PERGAS bersedia menjadi badan yang mengurus (atau ‘manager of the program’) dengan restu MUIS.
Ide untuk menubuhkan badan pentauliahan untuk para Asatizah dan Pendakwah Islam telah lama di utarakan. Namun, setakat ini, ianya masih tinggal satu ide. Tetapi Alhadulillah! Pergas kini telah bersedia dan ingin mengambil peranan penteraju utama, kerana ini adalah peranan wajar bagi Pergas sebagai badan yang mewakili golongan Asaaatizah & Pendakwah. Juga, memandangkan berlakunya kes-kes mereka yang bergelar diberi ‘Ustaz’ yang melanggar norma dan etika yang memburukkan nama dan institusi ulama’ dan oendakwah Islam, namun . Pergas amat prihatin dengan cara pemberian gelar itu, dan ingin agar suatu badan yang mempunyai tangging-jawab dan ‘credible’ sahaja yang layak memberi gelar tersebut.
Dan kami merasa bersyukur kerana baru-baru ini Menteri yang Bertangging-jawab bagi Hal-ehwal Masyarakat Islam telah pun menerima saranan Pergas, dan kini MUIS telah pun memulakan sistem ujian dan pentauliahan bagi pembimbing Haji dari agensi-agensi yang mengendalikan urusan Haji. Atas dasar yang sama, konsep pentauliahan ini harus dikembangkan kepada setiap tenaga pengajar dan pendakwah Islam.
Kerana matlamat Pergas adalah juga untuk meningkatkan taraf guru-guru agama, serta mentafsirkan dasar semua ehwal yang berkaitan dengan pandangan Islam, maka dengan itu Pergas berasa wajib menangani permaslahatan yang berkaitan dengan mutu serta etika setiap mereka yang bergelar “Ustaz” dan “Pendakwah Islam”.
Diharapkan dengan adanya badan pentauliahan ini, khidmat para Asatizah dan Pendakwah Islam dapat di tingkatkan ketaraf profesionalisma yang sepatutnya.
Malah Standard kekaryawanan golongan ini lebih dituntut kerana peranan mereka adalah lebih mulia, terhormat lagi ‘suci’ sebagai pewaris para Nabi-nabi ( al-ulama’- warathat al-anbiya’ ) Kerana itu kita wajib menyegerakan usaha penjagaan dan pengawasan institusi warisan ini.