SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai guru di sekolah.
Sediakan satu contoh yang sesuai.
Teknik 1
1. Edar contoh karangan lengkap kepada murid
2. Guru baca bersama murid
3. Menyalin perenggan demi perenggan
4. Semak ejaan/tanda bacaan
5. Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan
Teknik 2
1. Beri gambar tunggal/bersiri
2. Bina ayat berdasarkan gambar
3. Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar
4. Mula mengarang
5. Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan
Teknik 3
1. Edar karangan lengkap
2. Cari perkataan sukar, catat di papan kapur
3. Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut
4. Guru menyebut - murid mengeja
5. Perbetulkan ejaan
6. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja
7. Tuliskan di papan kapur
8. Bina ayat daripada isi karangan
9. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca
Teknik 4
1. Salin contoh karangan
2. Mengambil imlak
3. Latihan mengarang/banyak salah buat semula
4. Baca contoh-contoh karangan
5. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah
Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan
sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.
Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi
manfaat... :)
Assalamualaikum...
Dalam pembelajaran di sekolah pada peringkat awal ,pelajaran menulis dan membaca biasanya
dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.Ia diberi penekanan mengikut peringkat dan tahap
penguasaan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran.Pelajar dan guru akan dapat
menikmati hasil fikiran dan perasaan antara satu sama lain melalui butiran tulisan dan penulisan mereka.
Apabila sudah dapat menulis dengan baik para pelajar seterusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis
penulisan seperti cerita, laporan atau fakta.
Assalamualaikum...
Dalam pembelajaran di sekolah di peringkat awal sememangnya aktiviti menulis
harus diberi penekanan mengikut tahap penguasaan murid. Murid akan diajar cara menulis
dengan teknik yang betul. Setelah murid pandai menulis, mereka akan diajar pula
menghasilkan berbagai jenis penulisan seperti karangan bentuk cerita, berita daln lain-lain.
Menurut Ahmad Khair Mohd. Nor (2005), dalam pengajaran kemahiran menulis,
penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan
akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.
Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya terdapat empat kemahiran yang penting,
iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. (Mackey 1974:261). Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis
merupakan kemahiran yang paling kompleks. Ini kerana kemahiran ini melibatkan
pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Antara aktiviti yang
disarankan oleh cikgu ialah pelaksanaan penulisan mekanis . Tulisan mekanis hanyalah
tulisan yang berbentuk peniruan sahaja dan aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di peringkat
awal proses pembelajaran di sekolah rendah. Bagi proses melahirkan perasaan atau buah
fikiran penulis, adalah penting untuk murid untuk mempelajari kemahiran penulisan kreatif.
Pelbagai teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar
penulisan.Bergantunglah kepada kreatifnya seseorang guru itu asalkan ianya bersesuaian
dengan tahap murid itu sendiri.Bagi saya yang mengajar di salah satu kelas yang terdiri
daripada murid lemah ,saya akan menggunakan teknik di mana pada awal sesi
pengajaran,saya akan mengedarkan satu petikan karangan yang lengkap (berdasarkan tajuk
karangan pada hari itu) kepada murid saya.Kemudian saya akan membimbing murid
membaca bersama-sama saya.Saya juga akan meminta murid-murid membaca petikan
secara individu dengan bimbingan saya.Selepas murid-murid membaca,murid diminta
menyalin semula karangan perenggan demi perenggan yang lengkap itu ke dalam buku
tulis.Di sinilah saya akan meminta murid-murid menyemak semula tanda baca dan ejaan
yang ditulis itu betul sebelum saya menyemaknya.Apabila semua kerja telah dikumpul,saya
akan mengedar satu karangan yang sama yang tidak lengkap.Di sini murid-murid akan
mengisi tempat kosong dengan perkataan yang telah mereka salin supaya menjadi karangan
yang lengkap.Murid yang berjaya melengkapkan karangan akan diberi pujian.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa tulisan dan penulisan adalah perkara yang saling berkait rapat dan
amat penting dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya terdapat empat kemahiran yang penting,
iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. (Mackey 1974:261). Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran
menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Ini kerana kemahiran ini
melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Antara
aktiviti yang disarankan oleh cikgu ialah pelaksanaan penulisan mekanis . Tulisan
mekanis hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja dan aktiviti ini lebih sesuai
dijalankan di peringkat awal proses pembelajaran di sekolah rendah. Bagi proses
melahirkan perasaan atau buah fikiran penulis, adalah penting untuk murid untuk
mempelajari kemahiran penulisan kreatif.
Menurut Za'ba (1969), tujuan utama bagi belajar mengarang ialah menyebutkan fikiran-
fikiran atau pendapat sendiri dengan terang dan teratur untuk dibca oleh orang lain serta
memberi kesan kepada pembacanya.
Penulisan karangan adalah teknik pegujian yang penting untuk menguji kemahiran
penulisan murid. Melalui penulisan karangan, murid akan diuji kebolehan mereka dalam
menyampaikan maklumat, buah fikiran, serta pengetahuan hasil daripada pembelajaran
mereka di dalam bilik darjah.
Salam 1 Malaysia
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu itu.Peta Minda ialah teknik yang boleh
digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis.Teknik ini boleh dipasangkan dengan
pendekataan proses iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu
sendiri.Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang
bernas dan tersusun dalam penulisan.Dalam teknik ini,guru akan menyenaraikan isi-isi serta
huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar,dalam bentuk Peta Minda di
papan tulis.Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-
isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.Sememangnya penggunaan Peta
Minda ini telah pun saya aplikasikannya kepada pelajar Tahun 6 saya di kelas
sederhana.Melalui teknik pengajaran ini juga secara tidak langsung menjadikan pelajar berani
memberi pandangan mereka.
Salam 1 Malaysia....
Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-teknik yang
boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi
seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian
murid-muridnya, dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai.
Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar penulisan.Teknik
ialah cara yang khusus yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan menjayakan
kaedah pengajaran. Antara teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah
penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya ialahteknik bercerita, perbincangan,soal jawab,
sumbang saran dan teknik menggunakan gambar.
Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berasaskan gambar iaitu
gambar bersiri atau gambar tunggal yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar
bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam
gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Murid dapat menggunakan gambar-
gambar tersebut untuk mendapatkan isi-isi tentang sesuatu tajuk karangan. Namun begitu,
kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dapat dijalankan dimana teknik slaid lebih menarik
dan dapat menimbulkan minat pelajar. Ini kerana penggunaan slaid dapat merangsang minat
murid. Kelainan yang ditunjukkan oleh guru akan menceriakan dan menyeronokkan murid
,apatah lagi jika ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya
pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan majlis Hari Raya yang dihadiri oleh semua
kaum yang terdapat di Malaysia.. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu.
Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk
mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton.
Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam
menyampaikan pengajaran, iaitu:
• Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap
peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;
• Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-
perkara yang dapat diperkatakan mengenainya;
• Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan
gambar yang dilihat;
• Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan
pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis,
sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.
• Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan
membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan
• Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.
Salam 1 Malaysia sudah.
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu itu mengenai penggunaan kaedah
bergambar.Memang penggunaan gambar dalam pengajaran penulisan telah lama digunapakai
di sekolah-sekolah.Walaupun corak pengajaran penulisan sekarang telah pun bertukar ,namun
kaedah penggunaan gambar masih lagi digunakan terutama dalam penulisan Bahagian A
UPSR.Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan ialah penggunaan
kartun yang mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi
murid untuk belajar dengan lebih tekun.
Kartun adalah suatu penghasilan unik yang diminati oleh pelbagai peringkat manusia
(Abdul Ghani et al. 2007). Penggunaan bahan kartun atau karikatur daripada akhbar ataupun
majalah boleh dieksploitasi dalam bentuk refleksi peristiwa, menghurai ataupun mengkritik
watak dan menulis dialog dengan menggunakan imaginasi sendiri. Bahan kartun yang dapat
dipelbagaikan kegunaan itu menjadi medan untuk murid mengasah minda dan minat bagi
menghujah dan berinteraksi sesuai dengan tajuk yang dipelajari. Bahan kartun dan karikatur
ini juga dapat digunakan bagi mempertajam lagi daya kreativiti dan imaginasi murid dengan
aktiviti meramal sebelum atau selepas sesuatu cerita.
Kartun merupakan lukisan yang membawa mesej jenaka atau lucu yang mampu
membolehkan murid mengingati setiap peristiwa yang dipamerkan melalui gambar kartun.
Kartun merupakan bahan bacaan yang ringan dan sesuai untuk kanak-kanak khususnya dan
murid sekolah rendah amnya (Frey & Fisher 2008). Penggunaan bahan kartun sebagai bahan
pembelajaran penulisan karangan, memudahkan murid dalam mengingati peristiwa yang telah
mereka pelajari dan sekaligus membolehkan mereka menghasilkan karangan yang lebih
bermutu
Dalam penulisan karangan, terdapat pendekatan yang boleh diaplikasikan bagi
memudahkan penghasilan sesuatu penulisan karangan. Antara pendekatan tersebut
ialah pendekatan pengajaran penulisan Raimes (dalam Zamzuri 2010).
Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan, iaitu
pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola perenggan, dan pendekatan
komunikatif. Melalui pendekatan terkawal, guru dapat memandu dan mengawal murid
daripada melakukan kesalahan. Pendekatan bebas pula memberi kebebasan kepada murid
untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu tajuk atau tema penulisan.
Walaubagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi murid yang sudah
dapat menguasai bahasa dengan baik. Manakala pendekatan pola perenggan pula lebih
mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik dan pendekatan ini dapat
melatih murid supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan
dengan kemas dan teratur.
Melalui pendekatan ini juga dapat membantu murid mengetahui cara-cara
meringkaskan penulisan dengan baik. Akhir sekali pendekatan komunikatif menegaskan
tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan
membina ayat-ayat yang gramatis. Hasil penulisan ini adalah untuk dibaca oleh orang lain
atau masyarakat.
Salam 1 Malaysia....
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu.Memang betul sebelum menulis, seseorang pelajar
perlu mempunyai maklumat lengkap dan terkini tentang perkara yang hendak
dituliskan.Namun dalam proses menghasilkan sesebuah penulisan karangan, seseorang murid
juga perlu berpengetahuan tinggi serta idea yang mencukupi. Murid perlu banyak membaca
bagi membolehkan proses menghasilkan penulisan karangan berjalan dengan lancar dan
sempurna. Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa tahap minat membaca dalam
kalangan rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kajian yang dilakukan oleh Frank Small & Associates bagi pihak Perpustakaan
Negara Malaysia pada 1996 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah
buku dalam masa setahun (Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, 2011). Hal ini
membuktikan bahawa sikap tidak minat membaca mendominasi diri setiap individu. Jadi,
guru perlu memikirkan strategi pengajaran penulisan karangan yang lebih afektif bagi
menjadikan pengajaran yang berkesan.
Salam 1 Malaysia....sudah
Pendekatan LEA juga merupakan salah satu pendekatan pengajaran kemahiran
menulis.Pendekatan LEA akan lebih berkesan jika guru mengambil tindakan seperti
memberikan sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka
memahami bahan yang dibaca.Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-
murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.Guru juga perlu sediakan bahan-
bahan sokongan lain seperti gambar,grafik,bahan maujud dan sebagainya untuk membantu
murid-murid menguasai konsep.Akhir sekali guru perlu mempelbagaikan bentuk dan laras
bahan bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca bagi menghasilkan satu
penulisan yang kreatif.
Salam 1 Malaysia....sudah
Dalam proses menghasilkan sesebuah penulisan karangan, seseorang murid perlu
berpengetahuan tinggi serta idea yang mencukupi. Apa yang penting murid perlu banyak
membaca bagi membolehkan proses menghasilkan penulisan karangan berjalan dengan lancar
dan sempurna.Walaupun pelbagai tenik atau pun menarik sekali pun cara pengajaran
penulisan guru,kalau murid itu kurang membaca dan tidak dapat memberikan idea yang
bernas,maka pengajaran hari itu tetap juga tidak tercapai.
Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan
penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan (Kamarudin Hj. Husin,
1988), iaitu seperti berikut:
Sebelum Penulisan
 Fahami kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan berformat).
 Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.
 Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Terdapat
pelbagai cara untuk mencatat isi. Antaranya adalah dengan menggunakan konsep peta
minda dan penyoalan
Semasa Penulisan
`
 Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).
 Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.
 Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta
contohnya.
 Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan wacana.
Selepas Penulisan
 Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai
perkara, iaitu:
Format
Isi / Huraian
Struktur Ayat
Ejaan
Tanda Baca
Perbendaharaan Kata
 Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.

Contenu connexe

Tendances

Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisM6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisIvana Lok
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanNorliza Mat Zaki
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanHailmi Othman
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuayuakira
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)ArifahAzlanShah2
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuAhmad NazRi
 

Tendances (20)

Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisM6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayu
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 

En vedette

2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,cKamarudin Jaafar
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusAmiruddin Abd Rahman
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan KaranganKonsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan KaranganRozaiman Makmun
 
Aplikasi Kata Nama Am Sekolah Rendah
Aplikasi Kata Nama Am Sekolah RendahAplikasi Kata Nama Am Sekolah Rendah
Aplikasi Kata Nama Am Sekolah Rendahsalamiah74
 
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5Rafiza Diy
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobileIzzah Zahh
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclksmktsj2
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Rubrik penilaian ki
Rubrik penilaian kiRubrik penilaian ki
Rubrik penilaian kiScifi
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaAkaryu
 

En vedette (20)

2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Teknik mengarang
Teknik mengarangTeknik mengarang
Teknik mengarang
 
Bm assaigm jan 2014
Bm assaigm jan 2014Bm assaigm jan 2014
Bm assaigm jan 2014
 
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan KaranganKonsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
 
Sejarah Komputer.pdf
Sejarah Komputer.pdfSejarah Komputer.pdf
Sejarah Komputer.pdf
 
RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5
 
Aplikasi Kata Nama Am Sekolah Rendah
Aplikasi Kata Nama Am Sekolah RendahAplikasi Kata Nama Am Sekolah Rendah
Aplikasi Kata Nama Am Sekolah Rendah
 
Pembelajaran Menulis
Pembelajaran MenulisPembelajaran Menulis
Pembelajaran Menulis
 
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
Rpp bahasa indonesia_smk_kelas_1
Rpp bahasa indonesia_smk_kelas_1Rpp bahasa indonesia_smk_kelas_1
Rpp bahasa indonesia_smk_kelas_1
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobile
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Rubrik penilaian ki
Rubrik penilaian kiRubrik penilaian ki
Rubrik penilaian ki
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis Fakta
 
Modul alKimiya f5
Modul alKimiya f5Modul alKimiya f5
Modul alKimiya f5
 
Rumus penting
Rumus pentingRumus penting
Rumus penting
 
Karangan tahun 3
Karangan tahun 3Karangan tahun 3
Karangan tahun 3
 

Similaire à Teknik Mengajar Penulisan

Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisandri wahyudi
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476awalludinmiskam
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifBujangpauzan
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membacaeliza72
 
PPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptx
PPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptxPPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptx
PPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptxfaisal56018
 
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatifPendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatifArifahAzlanShah2
 
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)Putra Adam Hisham
 
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptxMODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptxNoviSusilawati8
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)firo HAR
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANRasit Masrii
 
Presentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdf
Presentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdfPresentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdf
Presentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdfArisSetiawan409741
 
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayumuhammad
 
Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)
Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)
Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)ZainurZK
 

Similaire à Teknik Mengajar Penulisan (20)

Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476
 
Esegment mei 2014
Esegment mei 2014Esegment mei 2014
Esegment mei 2014
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 
Pertemuan 13
Pertemuan 13Pertemuan 13
Pertemuan 13
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
 
PPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptx
PPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptxPPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptx
PPT BERBASIS TEKS BARU rabu.pptx
 
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatifPendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
 
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
 
Hakikat menulis
Hakikat menulisHakikat menulis
Hakikat menulis
 
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptxMODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
2 model pembelajaran
2 model pembelajaran2 model pembelajaran
2 model pembelajaran
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
Presentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdf
Presentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdfPresentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdf
Presentasi Best Practice Aris Setiawan 2022.pdf
 
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)
Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)
Murid dan pembelajaran (tutorial topik 8)
 
Lengkap
LengkapLengkap
Lengkap
 

Teknik Mengajar Penulisan

  • 1. Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai guru di sekolah. Sediakan satu contoh yang sesuai. Teknik 1 1. Edar contoh karangan lengkap kepada murid 2. Guru baca bersama murid 3. Menyalin perenggan demi perenggan 4. Semak ejaan/tanda bacaan 5. Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan Teknik 2 1. Beri gambar tunggal/bersiri 2. Bina ayat berdasarkan gambar 3. Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar 4. Mula mengarang 5. Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan Teknik 3 1. Edar karangan lengkap 2. Cari perkataan sukar, catat di papan kapur 3. Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut 4. Guru menyebut - murid mengeja 5. Perbetulkan ejaan 6. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja 7. Tuliskan di papan kapur 8. Bina ayat daripada isi karangan 9. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca Teknik 4 1. Salin contoh karangan 2. Mengambil imlak 3. Latihan mengarang/banyak salah buat semula 4. Baca contoh-contoh karangan
  • 2. 5. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat. Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat... :) Assalamualaikum... Dalam pembelajaran di sekolah pada peringkat awal ,pelajaran menulis dan membaca biasanya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.Ia diberi penekanan mengikut peringkat dan tahap penguasaan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran.Pelajar dan guru akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan antara satu sama lain melalui butiran tulisan dan penulisan mereka. Apabila sudah dapat menulis dengan baik para pelajar seterusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan seperti cerita, laporan atau fakta. Assalamualaikum... Dalam pembelajaran di sekolah di peringkat awal sememangnya aktiviti menulis harus diberi penekanan mengikut tahap penguasaan murid. Murid akan diajar cara menulis dengan teknik yang betul. Setelah murid pandai menulis, mereka akan diajar pula menghasilkan berbagai jenis penulisan seperti karangan bentuk cerita, berita daln lain-lain. Menurut Ahmad Khair Mohd. Nor (2005), dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca. Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya terdapat empat kemahiran yang penting, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (Mackey 1974:261). Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Ini kerana kemahiran ini melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Antara aktiviti yang disarankan oleh cikgu ialah pelaksanaan penulisan mekanis . Tulisan mekanis hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja dan aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di peringkat awal proses pembelajaran di sekolah rendah. Bagi proses melahirkan perasaan atau buah fikiran penulis, adalah penting untuk murid untuk mempelajari kemahiran penulisan kreatif. Pelbagai teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar penulisan.Bergantunglah kepada kreatifnya seseorang guru itu asalkan ianya bersesuaian dengan tahap murid itu sendiri.Bagi saya yang mengajar di salah satu kelas yang terdiri daripada murid lemah ,saya akan menggunakan teknik di mana pada awal sesi pengajaran,saya akan mengedarkan satu petikan karangan yang lengkap (berdasarkan tajuk karangan pada hari itu) kepada murid saya.Kemudian saya akan membimbing murid membaca bersama-sama saya.Saya juga akan meminta murid-murid membaca petikan secara individu dengan bimbingan saya.Selepas murid-murid membaca,murid diminta menyalin semula karangan perenggan demi perenggan yang lengkap itu ke dalam buku tulis.Di sinilah saya akan meminta murid-murid menyemak semula tanda baca dan ejaan yang ditulis itu betul sebelum saya menyemaknya.Apabila semua kerja telah dikumpul,saya
  • 3. akan mengedar satu karangan yang sama yang tidak lengkap.Di sini murid-murid akan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang telah mereka salin supaya menjadi karangan yang lengkap.Murid yang berjaya melengkapkan karangan akan diberi pujian. Kesimpulannya, jelaslah bahawa tulisan dan penulisan adalah perkara yang saling berkait rapat dan amat penting dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya terdapat empat kemahiran yang penting, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (Mackey 1974:261). Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Ini kerana kemahiran ini melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Antara aktiviti yang disarankan oleh cikgu ialah pelaksanaan penulisan mekanis . Tulisan mekanis hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja dan aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di peringkat awal proses pembelajaran di sekolah rendah. Bagi proses melahirkan perasaan atau buah fikiran penulis, adalah penting untuk murid untuk mempelajari kemahiran penulisan kreatif. Menurut Za'ba (1969), tujuan utama bagi belajar mengarang ialah menyebutkan fikiran- fikiran atau pendapat sendiri dengan terang dan teratur untuk dibca oleh orang lain serta memberi kesan kepada pembacanya. Penulisan karangan adalah teknik pegujian yang penting untuk menguji kemahiran penulisan murid. Melalui penulisan karangan, murid akan diuji kebolehan mereka dalam menyampaikan maklumat, buah fikiran, serta pengetahuan hasil daripada pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Salam 1 Malaysia Saya bersetuju dengan pandangan cikgu itu.Peta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis.Teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekataan proses iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri.Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan.Dalam teknik ini,guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar,dalam bentuk Peta Minda di papan tulis.Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi- isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.Sememangnya penggunaan Peta Minda ini telah pun saya aplikasikannya kepada pelajar Tahun 6 saya di kelas sederhana.Melalui teknik pengajaran ini juga secara tidak langsung menjadikan pelajar berani memberi pandangan mereka.
  • 4. Salam 1 Malaysia.... Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya, dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar penulisan.Teknik ialah cara yang khusus yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Antara teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya ialahteknik bercerita, perbincangan,soal jawab, sumbang saran dan teknik menggunakan gambar. Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berasaskan gambar iaitu gambar bersiri atau gambar tunggal yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Murid dapat menggunakan gambar- gambar tersebut untuk mendapatkan isi-isi tentang sesuatu tajuk karangan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dapat dijalankan dimana teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar. Ini kerana penggunaan slaid dapat merangsang minat murid. Kelainan yang ditunjukkan oleh guru akan menceriakan dan menyeronokkan murid ,apatah lagi jika ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan majlis Hari Raya yang dihadiri oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia.. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton. Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran, iaitu: • Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar; • Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara- perkara yang dapat diperkatakan mengenainya;
  • 5. • Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat; • Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan. • Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan • Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan. Salam 1 Malaysia sudah. Saya bersetuju dengan pandangan cikgu itu mengenai penggunaan kaedah bergambar.Memang penggunaan gambar dalam pengajaran penulisan telah lama digunapakai di sekolah-sekolah.Walaupun corak pengajaran penulisan sekarang telah pun bertukar ,namun kaedah penggunaan gambar masih lagi digunakan terutama dalam penulisan Bahagian A UPSR.Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan ialah penggunaan kartun yang mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid untuk belajar dengan lebih tekun. Kartun adalah suatu penghasilan unik yang diminati oleh pelbagai peringkat manusia (Abdul Ghani et al. 2007). Penggunaan bahan kartun atau karikatur daripada akhbar ataupun majalah boleh dieksploitasi dalam bentuk refleksi peristiwa, menghurai ataupun mengkritik watak dan menulis dialog dengan menggunakan imaginasi sendiri. Bahan kartun yang dapat dipelbagaikan kegunaan itu menjadi medan untuk murid mengasah minda dan minat bagi menghujah dan berinteraksi sesuai dengan tajuk yang dipelajari. Bahan kartun dan karikatur ini juga dapat digunakan bagi mempertajam lagi daya kreativiti dan imaginasi murid dengan aktiviti meramal sebelum atau selepas sesuatu cerita. Kartun merupakan lukisan yang membawa mesej jenaka atau lucu yang mampu membolehkan murid mengingati setiap peristiwa yang dipamerkan melalui gambar kartun. Kartun merupakan bahan bacaan yang ringan dan sesuai untuk kanak-kanak khususnya dan murid sekolah rendah amnya (Frey & Fisher 2008). Penggunaan bahan kartun sebagai bahan pembelajaran penulisan karangan, memudahkan murid dalam mengingati peristiwa yang telah mereka pelajari dan sekaligus membolehkan mereka menghasilkan karangan yang lebih bermutu
  • 6. Dalam penulisan karangan, terdapat pendekatan yang boleh diaplikasikan bagi memudahkan penghasilan sesuatu penulisan karangan. Antara pendekatan tersebut ialah pendekatan pengajaran penulisan Raimes (dalam Zamzuri 2010). Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan, iaitu pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola perenggan, dan pendekatan komunikatif. Melalui pendekatan terkawal, guru dapat memandu dan mengawal murid daripada melakukan kesalahan. Pendekatan bebas pula memberi kebebasan kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu tajuk atau tema penulisan. Walaubagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi murid yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Manakala pendekatan pola perenggan pula lebih mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik dan pendekatan ini dapat melatih murid supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Melalui pendekatan ini juga dapat membantu murid mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Akhir sekali pendekatan komunikatif menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Hasil penulisan ini adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Salam 1 Malaysia.... Saya bersetuju dengan pandangan cikgu.Memang betul sebelum menulis, seseorang pelajar perlu mempunyai maklumat lengkap dan terkini tentang perkara yang hendak dituliskan.Namun dalam proses menghasilkan sesebuah penulisan karangan, seseorang murid juga perlu berpengetahuan tinggi serta idea yang mencukupi. Murid perlu banyak membaca bagi membolehkan proses menghasilkan penulisan karangan berjalan dengan lancar dan sempurna. Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa tahap minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Frank Small & Associates bagi pihak Perpustakaan Negara Malaysia pada 1996 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam masa setahun (Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, 2011). Hal ini membuktikan bahawa sikap tidak minat membaca mendominasi diri setiap individu. Jadi, guru perlu memikirkan strategi pengajaran penulisan karangan yang lebih afektif bagi menjadikan pengajaran yang berkesan.
  • 7. Salam 1 Malaysia....sudah Pendekatan LEA juga merupakan salah satu pendekatan pengajaran kemahiran menulis.Pendekatan LEA akan lebih berkesan jika guru mengambil tindakan seperti memberikan sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca.Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid- murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.Guru juga perlu sediakan bahan- bahan sokongan lain seperti gambar,grafik,bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep.Akhir sekali guru perlu mempelbagaikan bentuk dan laras bahan bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca bagi menghasilkan satu penulisan yang kreatif. Salam 1 Malaysia....sudah Dalam proses menghasilkan sesebuah penulisan karangan, seseorang murid perlu berpengetahuan tinggi serta idea yang mencukupi. Apa yang penting murid perlu banyak membaca bagi membolehkan proses menghasilkan penulisan karangan berjalan dengan lancar dan sempurna.Walaupun pelbagai tenik atau pun menarik sekali pun cara pengajaran penulisan guru,kalau murid itu kurang membaca dan tidak dapat memberikan idea yang bernas,maka pengajaran hari itu tetap juga tidak tercapai. Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan (Kamarudin Hj. Husin, 1988), iaitu seperti berikut: Sebelum Penulisan  Fahami kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan berformat).  Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.  Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Terdapat pelbagai cara untuk mencatat isi. Antaranya adalah dengan menggunakan konsep peta minda dan penyoalan Semasa Penulisan `  Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).  Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.  Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya.  Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan wacana.
  • 8. Selepas Penulisan  Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu: Format Isi / Huraian Struktur Ayat Ejaan Tanda Baca Perbendaharaan Kata  Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.