SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  5
Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu
wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai walmursalin.Wa’ala alihi wasahbihi
wabarik wasallim.i.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam
1 Malaysia
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dapat
dipertemukan dengan adik-adik puteri perwakilan dari seluruh Pekan.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Puan Azlina Azma
Azmi ketua Puteri Pahang dan sahabat-sahabat dari Rompin yang hadir
selaku wakil perhubungan negeri. Selamat datang ke Pekan. Ayahda2
dari bahagia Pekan dan juga Dato Yb terima kasih atas kehadiran..saya
sangat menghargainya..
Siding hadirin yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, berkat wawasan kepimpinan UMNO selama ini, Malaysia
bukan sahaja telah mengukir sejarah sebagai negara yang berjaya
mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan keamanan
negara, tetapi juga telah berada dalam kelompok teratas dalam
kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi. Hari ini, di bawah
kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri, Malaysia sedang
tekun meletakkan asas-asas yang kukuh untuk melangkah ke era baru
kemajuan ekonomi, iaitu untuk muncul sebagai negara maju yang
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Berdasarkan pencapaian
inilah rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan Barisan
Nasional untuk memerintah. Dengan mandat ini juga, UMNO telah
berjaya meneruskan agenda perjuangan politik inklusif yang menjadi
kunci kepada kestabilan, kemanan dan kemakmuran negara
Adik-adik Puteri yang dikasihi,
Cabaran yang dihadapi oleh UMNO seterusnya ialah bagaimana untuk
mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan. Kunci kepada
kejayaan UMNO selama ini ialah kebijaksanaannya dalam mengurus
hubungan kaum dan mengekalkan kestabilan politik serta ekonomi yang
mampan. Namun hakikatnya, kita tidak pernah sunyi daripada
berhadapan dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum, segala
macam fitnah yang ditaburkan. Malahan kini kita berhadapan bukan
sahaja musuh di luar parti tapi juga dikalangan ahli UMNO itu sendiri.
Kepimpinan YAB Dato seri dipertikai. Seolah-olah yang diberi mandate
ini main letak sahaja tanpa ada kelebihan. Bukankah beliau diangkat
kerana kelayakkan dan keistimewaan yang dimiliki???
Samada sedar atau tidak, ada pihak yang menjanjikan bulan dan
bintang kepada rakyat di negara ini. Mereka hanya berjanji. Sedangkan
UMNO telah mengotakan janji. Kita telah buktikan selama ini bahawa di
bawah teraju UMNO, semua kaum mendapat jaminan hak yang adil.
Inilah bukti keadilan dan keterangkuman UMNO.
Adik-adik Puteri yang dikasihi
Selaras dengan pendirian inilah, kita menjunjung Gagasan 1Malaysia
yang dicetuskan oleh YAB Presiden sebagai satu gagasan perpaduan
yang memberi jaminan hak kepada semua wargenagara berlandaskan
prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara. Gagasan ini akan
mencetuskan kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk yang
bersatu padu.
Kita juga harus sedar bahawa perpaduan Melayu adalah prasyarat
kestabilan politik Malaysia. Perpaduan Melayu tidak boleh dilihat secara
terpisah daripada perpaduan nasional. Perpaduan Melayu itu sendiri
merupakan teras perpaduan nasional. Untuk itu, UMNO akan terus
menerajui perjuangan untuk menyatupadukan bangsa Melayu dan umat
Islam. UMNO akan berganding bahu dengan mana-mana pertubuhan
bukan kerajaan Melayu dan Islam untuk memperkukuhkan perpaduan,
menyemarakkan syi'ar Islam dan memastikan kestabilan politik terus
terjamin.
Melangkah ke hadapan, orang Melayu juga perlu mengatasi segala
kelemahan yang ada. Hari ini dan masa hadapan tidak lagi boleh
bergantung semata-mata kepada jaminan politik dan perundangan untuk
maju. Ini kerana landskap politik dan ekonomi dunia sudah berubah.
Ledakan maklumat dan teknologi komunikasi telah meruntuhkan
sempadan politik dan ekonomi, dan menjadikan dunia semakin global.
Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, kesejahteraan ekonomi,
sosial dan politik bangsa Melayu amat bergantung kepada kemampuan
diri untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Transformasi ekonomi
yang lebih terbuka bukanlah satu proses yang boleh diundur. Mahu tidak
mahu, bangsa Melayu perlu lebih dinamis dan bersedia untuk
melakukan anjakan minda yang signifikan. Bangsa Melayu mesti
bermujahadah untuk meningkatkan kemampuan diri.
Dalam menghadapi realiti ekonomi berasaskan pengetahuan, yang
dipacu oleh kekuatan modal insan, pembinaan modal insan Melayu
yang berilmu dan berkemahiran tinggi adalah satu tuntutan. Gerakan
kesedaran pendidikan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera mesti
diperhebatkan. Hanya dengan pendidikan orang Melayu dapat
mengasah minda dan menggarap kemahiran untuk bersaing dalam
dunia yang semakin mencabar hari ini. Pembudayaan ilmu akan menjadi
kunci kepada kejayaan orang Melayu hari ini dan masa depan.
Kita juga sedar bahawa perubahan landskap politik telah meletakkan
nilai dan etika politik di suatu tempat yang amat disanjung tinggi oleh
rakyat. Rakyat amat berharap agar pemimpin dapat mengamalkan nilai-
nilai politik luhur seperti kejujuran, keihlasan, kebertanggungjawaban
dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah kepemimpinan.
Bahkan, masa depan sesuatu organisasi politik akan ditentukan oleh
sejauhmana nilai-nilai yang baik ini dapat diamalkan oleh para pemimpin
dan ahli-ahlinya. Justeru, selaras dengan tekad kita untuk melakukan
perubahan dan pembaharuan, dan untuk melangkah ke hadapan
dengan penuh keyakinan, marilah kita pupuk dan suburkan nilai-nilai
luhur ini dalam perjuangan politik kita, dan marilah kita lahirkan
pemimpin-pemimpin yang berketerampilan, beretika dan berakhlak
mulia. Saya pasti, jika setiap lapisan pemimpin dan ahli UMNO
menjunjung nilai-nilai murni ini, UMNO akan dipandang mulia dan
disanjung tinggi oleh rakyat.
Sehubungan itu saya memohon kepada semua adik-adik dalam
pergerakan Puteri UMNO ahagian Pekan..janganlah sesekali memberi
ruang dan membuka peluang kepada orang lain untuk manjadikan kita
bahan isu. Jagalah tingkahlaku terutamanya.. bukan sahaja di khalayak
ramai tetapi juga di media massa. Xsalah nk selfie..tp pastikan yg dipost
itu gambar yg menutup aurat..tempat yg tidak meragukan..nk update
status xsalah.. tp biarlah cerita yang berilmu..xmenyakitkan hati orang
atau menunjukkan kelemahan diri sendiri..
Saya bukanlah insan sempurna untuk memberi nasihat..tetapi saling
ingat mengingati adalah jalan terbaik untuk menginsafi kekhilafan diri…
Ayuhlah:
Kita junjung amanah kepemimpinan
Kita selusuri haluan perjuangan
Kita tekad melakukan perubahan
Kita bawa sinar harapan
Tugas kita besar dan cabarannya pun banyak. Pastinya, tugas besar ini
boleh dilaksanakan dengan mudah dan berkesan jika kita semua
bersatu hati dan berpadu tenaga dalam wadah yang utuh.
Kalau ke bukit sama mendaki
Kalau ke laut sama berenang
Kalau kita bersatu hati
Kerja yang berat menjadi senang
Justeru, saya menyeru kepada sahabat2 semua supaya merapatkan
saf dan memperkukuh ikatan silaturrahim. Jangan ada walau sekelumit
perasaan amarah sesama kita. Jangan ada walau sedikit perasaan iri
yang membinasakan. Jangan ada walau setitik perasaan dendam yang
memusnahkan.
Yakinlah, bahawa kita berada pada landasan perjuangan yang benar.
Yakinlah bahawa orang Melayu dan Bumiputera menaruh harapan yang
tinggi kepada Puteri sebagai pelopor perjuangan UMNO. Yakinlah
dengan sumpah setia kita bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada
landasan perjuangan membela agama, bangsa dan negara. InsyaAllah,
jika kita terus istiqamah berada pada landasan perjuangan ini, kita akan
sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menjulang misi
perjuangan suci UMNO.
Marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati, memperteguhkan
kesatuan minda, memperkuatkan kesatuan amal dan membulatkan
kesatuan matlamat dalam wadah perjuangan suci UMNO. Marilah kita
memberikan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk menjayakan
pembaharuan di dalam parti dan kerajaan. Marilah kita berikan
keyakinan, kepercayaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
kepada YAB Presiden untuk memperkukuhkan parti dan mengangkat
martabat perjuangan UMNO.
Saya menyeru kepada adik-adik puteri sekalian:
Bangkitlah pertahankan parti!
Bangkitlah menjulang idealisme kita yang murni!
Bangkitlah memerangi segala fitnah dan pembohongan keji yang
dilemparkan kepada parti dan Dato SERI!
Maralah ke barisan hadapan perjuangan! Julanglah panji-panji parti
dengan penuh kemegahan dan keazaman! Jangan takut, jangan gentar.
Allah bersama kita.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatu

Contenu connexe

Tendances

Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraSiti Aishah
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan    terbaik    dalam pembangunan    sosialAmalan    terbaik    dalam pembangunan    sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialnurafiqah azizan
 
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islamLmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islamFarhana Pekerizi
 
Materi khutbah 2
Materi khutbah 2Materi khutbah 2
Materi khutbah 2Khatam Hadi
 
Pel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikan
Pel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikanPel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikan
Pel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikanNORANEEZ ISMAIL
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaAku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaRini Handayani
 
Design agenda ma tia acc
Design agenda ma tia accDesign agenda ma tia acc
Design agenda ma tia accRohadi Rohadi
 
Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014
Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014
Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014samrin khan
 
Perpaduan asas kesejahteraan
Perpaduan asas kesejahteraanPerpaduan asas kesejahteraan
Perpaduan asas kesejahteraanKhairul Anwar
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanAtie Duckling
 

Tendances (17)

Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan    terbaik    dalam pembangunan    sosialAmalan    terbaik    dalam pembangunan    sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islamLmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
 
Sayangi ibubapa
Sayangi ibubapaSayangi ibubapa
Sayangi ibubapa
 
Materi khutbah 2
Materi khutbah 2Materi khutbah 2
Materi khutbah 2
 
Pel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikan
Pel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikanPel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikan
Pel. 9 unit 3 pahala pendorong amalan kebaikan
 
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaAku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
 
Ucapan sulong tgna 1990
Ucapan sulong tgna 1990Ucapan sulong tgna 1990
Ucapan sulong tgna 1990
 
Design agenda ma tia acc
Design agenda ma tia accDesign agenda ma tia acc
Design agenda ma tia acc
 
Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014
Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014
Sambutan Menpora Sumpah Pemuda 2014
 
Pidato bahasa indonesia hari kemerdekaan
Pidato bahasa indonesia hari kemerdekaanPidato bahasa indonesia hari kemerdekaan
Pidato bahasa indonesia hari kemerdekaan
 
Pidato bahasa indonesia kebersamaan
Pidato bahasa indonesia  kebersamaanPidato bahasa indonesia  kebersamaan
Pidato bahasa indonesia kebersamaan
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Perpaduan asas kesejahteraan
Perpaduan asas kesejahteraanPerpaduan asas kesejahteraan
Perpaduan asas kesejahteraan
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
 

Similaire à UMNO1Malaysia

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaShazira Yazik
 
Dinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiaDinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiasitinurhanna
 
Kepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docx
Kepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docxKepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docx
Kepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docxAzreen Izet
 
Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015
Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015
Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015samrin khan
 
Company profil ok oce ina makmur
Company profil ok oce ina makmurCompany profil ok oce ina makmur
Company profil ok oce ina makmurUmar Kadafi
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Arli Klang
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamRais Wahab
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuディー アン
 
Mib jati diri bangsa brunei
Mib jati diri bangsa bruneiMib jati diri bangsa brunei
Mib jati diri bangsa bruneiIrma Amira
 

Similaire à UMNO1Malaysia (20)

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet
 
Dinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiaDinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysia
 
Sayangi ibubapa
Sayangi ibubapaSayangi ibubapa
Sayangi ibubapa
 
1 malaysia b
1 malaysia b1 malaysia b
1 malaysia b
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Kepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docx
Kepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docxKepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docx
Kepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docx
 
Presiden Idaman Masa Depan
Presiden Idaman Masa DepanPresiden Idaman Masa Depan
Presiden Idaman Masa Depan
 
Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015
Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015
Amanat menteri-sosial Hari Pahlawan 2015
 
Company profil ok oce ina makmur
Company profil ok oce ina makmurCompany profil ok oce ina makmur
Company profil ok oce ina makmur
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islam
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Donasi pendidikan 2
Donasi pendidikan 2Donasi pendidikan 2
Donasi pendidikan 2
 
Mib jati diri bangsa brunei
Mib jati diri bangsa bruneiMib jati diri bangsa brunei
Mib jati diri bangsa brunei
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 

UMNO1Malaysia

  • 1. Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai walmursalin.Wa’ala alihi wasahbihi wabarik wasallim.i. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dapat dipertemukan dengan adik-adik puteri perwakilan dari seluruh Pekan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Puan Azlina Azma Azmi ketua Puteri Pahang dan sahabat-sahabat dari Rompin yang hadir selaku wakil perhubungan negeri. Selamat datang ke Pekan. Ayahda2 dari bahagia Pekan dan juga Dato Yb terima kasih atas kehadiran..saya sangat menghargainya.. Siding hadirin yang dirahmati Allah, Alhamdulillah, berkat wawasan kepimpinan UMNO selama ini, Malaysia bukan sahaja telah mengukir sejarah sebagai negara yang berjaya mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan keamanan negara, tetapi juga telah berada dalam kelompok teratas dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi. Hari ini, di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri, Malaysia sedang tekun meletakkan asas-asas yang kukuh untuk melangkah ke era baru kemajuan ekonomi, iaitu untuk muncul sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Berdasarkan pencapaian inilah rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk memerintah. Dengan mandat ini juga, UMNO telah berjaya meneruskan agenda perjuangan politik inklusif yang menjadi kunci kepada kestabilan, kemanan dan kemakmuran negara Adik-adik Puteri yang dikasihi, Cabaran yang dihadapi oleh UMNO seterusnya ialah bagaimana untuk mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan. Kunci kepada kejayaan UMNO selama ini ialah kebijaksanaannya dalam mengurus hubungan kaum dan mengekalkan kestabilan politik serta ekonomi yang mampan. Namun hakikatnya, kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum, segala macam fitnah yang ditaburkan. Malahan kini kita berhadapan bukan sahaja musuh di luar parti tapi juga dikalangan ahli UMNO itu sendiri. Kepimpinan YAB Dato seri dipertikai. Seolah-olah yang diberi mandate ini main letak sahaja tanpa ada kelebihan. Bukankah beliau diangkat kerana kelayakkan dan keistimewaan yang dimiliki???
  • 2. Samada sedar atau tidak, ada pihak yang menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat di negara ini. Mereka hanya berjanji. Sedangkan UMNO telah mengotakan janji. Kita telah buktikan selama ini bahawa di bawah teraju UMNO, semua kaum mendapat jaminan hak yang adil. Inilah bukti keadilan dan keterangkuman UMNO. Adik-adik Puteri yang dikasihi Selaras dengan pendirian inilah, kita menjunjung Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Presiden sebagai satu gagasan perpaduan yang memberi jaminan hak kepada semua wargenagara berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara. Gagasan ini akan mencetuskan kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Kita juga harus sedar bahawa perpaduan Melayu adalah prasyarat kestabilan politik Malaysia. Perpaduan Melayu tidak boleh dilihat secara terpisah daripada perpaduan nasional. Perpaduan Melayu itu sendiri merupakan teras perpaduan nasional. Untuk itu, UMNO akan terus menerajui perjuangan untuk menyatupadukan bangsa Melayu dan umat Islam. UMNO akan berganding bahu dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam untuk memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan syi'ar Islam dan memastikan kestabilan politik terus terjamin. Melangkah ke hadapan, orang Melayu juga perlu mengatasi segala kelemahan yang ada. Hari ini dan masa hadapan tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada jaminan politik dan perundangan untuk maju. Ini kerana landskap politik dan ekonomi dunia sudah berubah. Ledakan maklumat dan teknologi komunikasi telah meruntuhkan sempadan politik dan ekonomi, dan menjadikan dunia semakin global. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, kesejahteraan ekonomi, sosial dan politik bangsa Melayu amat bergantung kepada kemampuan diri untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Transformasi ekonomi yang lebih terbuka bukanlah satu proses yang boleh diundur. Mahu tidak mahu, bangsa Melayu perlu lebih dinamis dan bersedia untuk melakukan anjakan minda yang signifikan. Bangsa Melayu mesti bermujahadah untuk meningkatkan kemampuan diri. Dalam menghadapi realiti ekonomi berasaskan pengetahuan, yang dipacu oleh kekuatan modal insan, pembinaan modal insan Melayu yang berilmu dan berkemahiran tinggi adalah satu tuntutan. Gerakan kesedaran pendidikan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera mesti diperhebatkan. Hanya dengan pendidikan orang Melayu dapat
  • 3. mengasah minda dan menggarap kemahiran untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar hari ini. Pembudayaan ilmu akan menjadi kunci kepada kejayaan orang Melayu hari ini dan masa depan. Kita juga sedar bahawa perubahan landskap politik telah meletakkan nilai dan etika politik di suatu tempat yang amat disanjung tinggi oleh rakyat. Rakyat amat berharap agar pemimpin dapat mengamalkan nilai- nilai politik luhur seperti kejujuran, keihlasan, kebertanggungjawaban dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah kepemimpinan. Bahkan, masa depan sesuatu organisasi politik akan ditentukan oleh sejauhmana nilai-nilai yang baik ini dapat diamalkan oleh para pemimpin dan ahli-ahlinya. Justeru, selaras dengan tekad kita untuk melakukan perubahan dan pembaharuan, dan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, marilah kita pupuk dan suburkan nilai-nilai luhur ini dalam perjuangan politik kita, dan marilah kita lahirkan pemimpin-pemimpin yang berketerampilan, beretika dan berakhlak mulia. Saya pasti, jika setiap lapisan pemimpin dan ahli UMNO menjunjung nilai-nilai murni ini, UMNO akan dipandang mulia dan disanjung tinggi oleh rakyat. Sehubungan itu saya memohon kepada semua adik-adik dalam pergerakan Puteri UMNO ahagian Pekan..janganlah sesekali memberi ruang dan membuka peluang kepada orang lain untuk manjadikan kita bahan isu. Jagalah tingkahlaku terutamanya.. bukan sahaja di khalayak ramai tetapi juga di media massa. Xsalah nk selfie..tp pastikan yg dipost itu gambar yg menutup aurat..tempat yg tidak meragukan..nk update status xsalah.. tp biarlah cerita yang berilmu..xmenyakitkan hati orang atau menunjukkan kelemahan diri sendiri.. Saya bukanlah insan sempurna untuk memberi nasihat..tetapi saling ingat mengingati adalah jalan terbaik untuk menginsafi kekhilafan diri… Ayuhlah: Kita junjung amanah kepemimpinan Kita selusuri haluan perjuangan Kita tekad melakukan perubahan Kita bawa sinar harapan
  • 4. Tugas kita besar dan cabarannya pun banyak. Pastinya, tugas besar ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan berkesan jika kita semua bersatu hati dan berpadu tenaga dalam wadah yang utuh. Kalau ke bukit sama mendaki Kalau ke laut sama berenang Kalau kita bersatu hati Kerja yang berat menjadi senang Justeru, saya menyeru kepada sahabat2 semua supaya merapatkan saf dan memperkukuh ikatan silaturrahim. Jangan ada walau sekelumit perasaan amarah sesama kita. Jangan ada walau sedikit perasaan iri yang membinasakan. Jangan ada walau setitik perasaan dendam yang memusnahkan. Yakinlah, bahawa kita berada pada landasan perjuangan yang benar. Yakinlah bahawa orang Melayu dan Bumiputera menaruh harapan yang tinggi kepada Puteri sebagai pelopor perjuangan UMNO. Yakinlah dengan sumpah setia kita bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangan membela agama, bangsa dan negara. InsyaAllah, jika kita terus istiqamah berada pada landasan perjuangan ini, kita akan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menjulang misi perjuangan suci UMNO. Marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati, memperteguhkan kesatuan minda, memperkuatkan kesatuan amal dan membulatkan kesatuan matlamat dalam wadah perjuangan suci UMNO. Marilah kita memberikan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk menjayakan pembaharuan di dalam parti dan kerajaan. Marilah kita berikan keyakinan, kepercayaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memperkukuhkan parti dan mengangkat martabat perjuangan UMNO. Saya menyeru kepada adik-adik puteri sekalian: Bangkitlah pertahankan parti! Bangkitlah menjulang idealisme kita yang murni! Bangkitlah memerangi segala fitnah dan pembohongan keji yang dilemparkan kepada parti dan Dato SERI!
  • 5. Maralah ke barisan hadapan perjuangan! Julanglah panji-panji parti dengan penuh kemegahan dan keazaman! Jangan takut, jangan gentar. Allah bersama kita. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu