1. Topikȱ6 X Konsepȱ
Pendidikanȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membandingkan definisi pendidikan dengan pendidikan Islam secara
umum;
2. Menerangkan bentuk-bentuk institusi pendidikan dalam sejarah Islam
dan di Tanah Melayu;
3. Menjelaskan tanggung jawab menuntut ilmu serta adab-adab antara
guru dan murid; dan
4. Membincangkan peranan pendidikan dalam pembentukan budaya.
X PENGENALAN
Tahukah anda bila mulanya sistem persekolahan diwujudkan secara formal di
dalam sejarah?
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan. Antaranya ialah konsep pendidikan Islam dan matlamat
pendidikan dan institusi pendidikan sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga ke
masa ini.
6.1 DEFINISI PENDIDIKAN
Sebelum membincangkan konsep pendidikan dengan lebih luas, berdasarkan
pengalaman anda setakat ini, cuba anda tuliskan maksud pendidikan.
Pendidikan dalam teks ini kita takrifkan sebagai usaha atau proses mendidik,
melatih dan membentuk seseorang individu daripada segi rohani, jasmani,
2. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 133
emosi, akal, dan akhlak. Dalam Kamus Dewan, pendidikan bermaksud „proses
mendidik atau perihal mendidik‰. Pendidikan berasal daripada akar kata
„didik‰. Dalam bahasa Inggeris, pendidikan diterjemahkan dengan „education‰.
WebsterÊs Dictionary mendefinisikan pendidikan sebagai yang berikut:
„Education is the process of educating, teaching or training; a part or a
stage in this training; Learning or development which results from this
process of training. It is an academic discipline dealing with teaching and
learning method in the school‰.
Berdasarkan takrifan tersebut, kita fahami bahawa pendidikan ialah proses
mendidik, mengajar dan melatih. Pendidikan juga bermaksud pengalaman yang
diperoleh daripada sesuatu latihan.
Takrifan lain yang diberi oleh Dictionary of Education (1979) agak berbeza
sedikit daripada takrifan tadi. Kamus itu memasukkan perkataan human ability
dan behaviour dalam takrifannya. Kita perhatikan definisinya di bawah ini:
„Education is the total process of developing human ability and
behaviour. It is a social process in which one achieves social competence
and individual growth, carried on a selected, controlled setting in which
can be institutionalised as a school or a college‰.
Menurut definisi ini, pendidikan bermaksud „satu proses membina dan
memperkembang kebolehan dan tabiat manusia. Pendidikan juga bermaksud
proses sosialisasi manusia dengan tujuan untuk membina perkembangan diri,
yang biasanya dilakukan di sekolah‰.
Definisi ini agak lebih dekat dengan tradisi Islam yang meletakkan akhlak
sebagai perkara utama dalam pendidikan. Syed Muhammad Naquib al-Attas
mengatakan bahawa pendidikan itu ialah „menitiskan sesuatu ke dalam diri
manusia‰.
Kedua-dua definisi sebelum ini lebih memberikan tumpuan kepada pendidikan
formal kerana memasukkan institusi pendidikan di dalamnya. Dalam Islam,
pendidikan tidak terhad kepada yang formal sahaja, malah merangkumi
pendidikan yang tidak formal. Definisi yang diberikan oleh al-Attas merangkumi
pendidikan bersifat formal dan tidak formal.
Tahukah anda bahawa perkataan „pendidikan‰ terdapat dalam al-Quran?
Dalam bahasa Arab, pendidikan diterjemahkan sebagai tarbiyyah. Dalam Al-
Quran, pendidikan dibawa dengan kata dasar rabba yang bererti „mendidik‰.
3. 134 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
Sila rujuk Tafsir Pimpinan Al-Rahman, ayat 24, surah al-IsraÊ. Dalam ayat ini,
Allah mengajar manusia supaya selalu mendoakan ibu bapa dengan menyebut:
„Ya Allah, ya Tuhanku, cucurilah rahmat ke atas kedua-dua ibu bapaku
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka
memelihara dan mendidikku semasa kecil‰.
6.1.1 Pendidikan Islam
Sekarang kita telah mengetahui maksud pendidikan. Apabila perkataan
„pendidikan‰ dikaitkan atau disebut bersekali dengan „Islam‰, ia mempunyai
maksud yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan konsep dan definisi yang
dibentangkan tadi. Hal demikian kerana perkataan „Islam‰ itu mempunyai
makna dan signifikannya yang tersendiri.
Umumnya, pendidikan Islam ialah pendidikan yang berasaskan ajaran Islam
yang merangkumi semua aspek seperti kurikulum, proses, sistem, kaedah dan
sebagainya. Dengan kata lain, pendidikan Islam bermaksud proses untuk
mendidik, membentuk dan melatih potensi manusia berdasarkan ajaran Islam
yang bersifat universal berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Sumber-sumber
pendidikan selain daripada al-Quran dan Hadis (al-Sunnah) termasuklah kata-
kata sahabat Rasulullah S.A.W, pemikir-pemikir Islam, nilai kebiasaan
masyarakat (al-ÂUrf) dan kemaslahatan sosial.
SEMAK KENDIRI 6.1
Kita telah mengetahui maksud pendidikan. Cuba anda fikirkan
maksud pendidikan Islam pula.
Abdul Halim El-Muhammady (1993) membuat definisi pendidikan Islam sebagai
yang berikut:
„Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani,
rohani, dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan
Sunnah, pengalaman Salaf al-Salih serta ilmuwan muktabar, untuk
melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggungjawab khalifah
yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya
mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan
akhirat‰.
4. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 135
Burlian Somad (1989) memberikan definisi pendidikan Islam yang lebih luas
dengan katanya:
„Pendidikan Islam ialah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan
membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang
baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam. Pendidikan Islam juga
membentuk rasa anak didik menjadi halus dan tajam sehingga mampu
mencintai Allah yang ghaib serta merasa sangat takut terhadap azab
Allah, merasa bertanggungjawab untuk mengangkat darjat hidup kaum
melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk
membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa-apa saja yang
dimiliki untuk keperluan perjuangan kerana Allah‰.
Ringkasnya, pendidikan Islam itu dapat dikategorikan kepada dua bahagian,
iaitu:
(i) Pendidikan Islam Mikro
Pendidikan Islam mikro ialah pendidikan Islam yang diberi secara khusus
dengan pengajaran ilmu-ilmu asas Islam seperti ilmu-ilmu fiqah, tauhid,
tafsir, hadis dan sebagainya, serta penerapan nilai-nilai Islam dalam
amalan secara praktikal. Ini menjadi tanggungjawab kepada orang-orang
yang mempunyai pengetahuan yang mantap dan mahir dalam ilmu-ilmu
berkenaan.
(ii) Pendidikan Islam Makro.
Pendidikan Islam makro pula ialah proses pendidikan secara tidak
langsung dan tidak formal yang dimainkan oleh setiap individu, keluarga
dan masyarakat Islam. Contohnya, menegur orang berjudi atau melakukan
perbuatan maksiat di dalam kampung atau taman perumahan.
Tanggungjawab menegur ini tidaklah terletak di bahu guru agama dan
imam sahaja, malah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam di tempat
itu. Apabila seseorang itu menegur perbuatan buruk dan sebaliknya
mengajak orang berbuat baik, maka itu adalah pendidikan Islam secara
makro.
Setelah memahami konsep pendidikan dan pendidikan Islam kita akan
berbincang mengenai matlamat pendidikan pula. Setiap pendidikan ada
matlamatnya. Demikian juga dengan pendidikan Islam. Matlamat pendidikan
Islam tentunya berbeza dengan matlamat pendidikan umum.
5. 136 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
AKTIVITI 6.1
Terdapat anak-anak gadis dan teruna berpeleseran di kawasan tempat
tinggal anda. Bincangkan bersama-sama rakan anda apakah yang patut
dilakukan supaya keadaan ini tidak terus berlaku dari konsep
Pendidikan Islam Mikro dan Pendidikan Islam Makro.
6.2 FALSAFAH PENDIDIKAN
Kita sering kali mendengar orang bercakap mengenai falsafah. Kadang-kadang
kita kata orang itu sedang berfalsafah. Apakah makna falsafah?
Al-Syaibany (1991) mengatakan bahawa perkataan „falsafah‰ berasal daripada
bahasa Yunani Kuno yang bererti „Cintakan Hikmah‰. Dalam Cambridge
International Dictionary (1995), falsafah bermaksud sesuatu teori atau prinsip
pegangan hidup. Jadi, dalam pendidikan, falsafah merupakan teori atau prinsip
yang menjadi pegangan yang dianggap benar dan betul. Banyak lagi pendapat
tentang falsafah, sila rujuk kepada Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam oleh
Mohd. Yusuf Ahmad (2004). Perlu diyakini bahawa yang benar dan betul itu
hanya Allah dan yang datang dari Allah sahaja.
Dalam pendidikan, falsafah merupakan asas, kerana ia melahirkan tujuan dan
matlamat pendidikan. Falsafah yang mencadangkan kurikulum, kaedah
pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan sebagainya. Jadi, dalam
pendidikan Islam falsafahnya mesti berdasarkan falsafah Islam. Dalam falsafah
Islam, manusia adalah hamba dan khalifah Allah. Dengan demikian, kurikulum
pelajaran mestilah pelajaran yang dapat membentuk manusia menjadi hamba
dan khalifah yang baik. Cuba kita lihat penyataan Falsafah Pendidikan Islam
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:
Falsafah Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan
„Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan
ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat‰.
(KPM, 1997).
6. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 137
6.3 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin mencatatkan dalam bukunya bahawa:
„Matlamat dan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan insan soleh ă
insan yang beriman dan bertakwa, berakhlak mulia, berketerampilan,
bertanggung jawab dan berbakti‰.
Matlamat dan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan insan soleh ă insan
yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berbakti.
Penyataan ini agak luas dan menyeluruh serta mantap kerana merangkumi
matlamat pendidikan dan pendidikan Islam, iaitu untuk melahirkan insan
seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Perkataan insan itu
sendiri melengkapkan tujuan kewujudan manusia di bumi ini sebagai hamba
dan khalifah Allah untuk memakmurkan alam ini, sesuai dengan kehendak
penciptanya iaitu Allah Taala.
Untuk memastikan anda memahami apa-apa yang telah dipelajari, jawab soalan
yang berikut. Selamat mencuba!
LATIHAN 6.1
Bandingkan konsep pendidikan secara umum dan konsep
pendidikan Islam daripada segi definisi dan matlamat.
6.4 TANGGUNG JAWAB MENUNTUT ILMU
Menurut perspektif Islam, menuntut ilmu adalah satu kewajiban atas setiap
individu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
„Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim‰.
Lima ayat al-Quran yang merupakan wahyu pertama diturunkan kepada
Nabi Muhammad S.A.W telah mengisyaratkan tentang kewajiban menuntut
ilmu. Dalam erti kata lain, orang yang tidak belajar hukumnya berdosa.
7. 138 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
Menurut Imam al-Ghazali, semua ilmu yang penting wajib dipelajari. Al-Ghazali
membahagikan ilmu kepada dua jenis, iaitu fardu ain dan fardu kifayah (Imam
Ghazali, 1988). Fardu ain ialah wajib atas setiap orang, seperti belajar bersolat
(sembahyang) atau membaca al-Quran dan ilmu agama yang lain kerana tanpa
ilmu berkenaan seorang Islam tidak dapat melaksanakan kewajipannya sebagai
seorang Islam dengan betul. Contohnya tidak dapat mendirikan solat dengan
betul dan tidak dapat membaca al-Quran (khasnya dalam solat) dengan betul.
Ilmu agama dalam hal ini janganlah difahami secara sempit seperti ilmu tauhid
dan fiqah sahaja seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Sebenarnya fardu
ain ada di mana-mana, bukan setakat hendak bersolat, berpuasa atau
menunaikan haji sahaja. Seseorang yang hendak berniaga bukan sahaja perlu ada
ilmu perniagaan, simpan kira dan sebagainya, malah ia juga perlu ada ilmu
fardu ain, iaitu mengetahui barang yang boleh diniagakan dan yang tidak boleh
diniagakan.
Demikian juga dengan pekerjaan lain, seperti guru, askar, kerani, peguam,
jurutera, doktor, ahli ekonomi, ahli politik, pemandu, nelayan, peladang dan
lain-lain. Semuanya perlu tahu akan ilmu fardu ain, iaitu apa yang wajib dan apa
yang diharamkan semasa ia bekerja. Dia juga perlu tahu apa yang boleh dan apa
yang tidak boleh dilakukan dalam bidang pekerjaannya. Di samping itu, ia
mengetahui tanggungjawabnya kepada jabatannya, ketuanya atau orang di
bawahnya. Semua ini adalah fardu ain. Lebih penting lagi ialah tanggungjawab
kepada Tuhannya.
SEMAK KENDIRI 6.2
Apakah ilmu yang wajib dituntut atau dipelajari? Adakah ilmu
agama atau ilmu-ilmu lain? Berikan contoh berserta situasi yang
sesuai.
Tanggungjawab terhadap ilmu dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan,
iaitu tanggungjawab:
(i) Perseorangan;
(ii) Keluarga;
(iii) Masyarakat;
(iv) Para ilmuwan/ulama;
(v) Pemerintah.
8. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 139
1. Tanggungjawab Perseorangan.
Fardu ain bagi setiap orang Islam untuk menuntut ilmu sehingga ia boleh
bekerja untuk mencari nafkah hidup. Sekiranya ia tidak belajar dan tidak
mempunyai sebarang kebolehan dan kemahiran untuk bekerja mencari
nafkah, hingga ia terpaksa mencuri untuk mencari makan, maka ia berdosa
sebab tidak belajar. Inilah konsep fardu ain yang lebih luas.
Fardu kifayah pula ialah kewajipan bagi satu kumpulan orang Islam.
Apabila ada sebahagian orang Islam yang belajar maka orang lain terlepas
daripada kewajipan itu. Contohnya, seperti ilmu falak, ilmu perniagaan,
bidang-bidang tertentu dalam kehidupan seperti perubatan, ekonomi,
perniagaan, teknikal, vokasional, kejuruteraan, guaman, ketenteraan,
keguruan dan sebagainya. Contohnya, fardu kifayah atas kita untuk
mewujudkan doktor Islam lelaki dan perempuan dalam setiap daerah dan
kalau boleh dalam setiap kampung. Doktor lelaki untuk merawat pesakit
lelaki manakala doktor perempuan untuk merawat pesakit perempuan.
Jika pesakit perempuan dirawat oleh doktor lelaki, maka semua
perempuan di tempat tersebut berdosa kerana tidak menyelesaikan
tuntutan fardu kifayah. Begitulah sebaliknya dan seterusnya dalam bidang-
bidang yang lain.
2. Tanggungjawab Keluarga.
Ibu bapa pula bertanggungjawab untuk mengajar anak-anaknya dengan
pendidikan Islam. Pendidikan Islam harus bermula dengan belajar
membaca al-Quran, mengenal Tuhan, bersuci dan beribadat. Selain ilmu
yang berkaitan dengan Islam secara khusus, pelajaran lain juga wajib
diberikan kepada anak-anak untuk keperluan hidup mereka. Jika ada ibu
bapa yang tidak menyekolahkan anaknya, maka ibu bapa itu berdosa
kerana tidak bertanggungjawab terhadap masa depan anaknya. Anak pula
berhak mendapat pendidikan yang sewajarnya daripada ibu bapa atau
penjaganya.
3. Tanggungjawab Masyarakat.
Masyarakat secara kolektif bertanggungjawab untuk menyediakan tempat
belajar dan guru untuk mengajar anak-anak mereka perkara-perkara yang
berkaitan dengan pendidikan agama. Contohnya, seperti yang telah
dilakukan oleh masyarakat Islam Tanah Melayu sebelum merdeka dahulu.
Mereka mendirikan sekolah agama, menyediakan guru dan keperluan lain
untuk memberikan pelajaran agama kepada anak-anak. Setelah merdeka,
tanggungjawab ini dipikul oleh pemerintah. Mulai tahun 1962, pelajaran
agama telah diajarkan di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah. Di samping itu, kerajaan negeri juga telah menubuhkan
sekolah-sekolah agama negeri.
9. 140 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
4. Tanggungjawab Para Ilmuwan/Ulama.
Orang yang ada ilmu pula bertanggungjawab mengajarkan atau
menyampaikan ilmunya kepada orang lain. Sikap orang yang berilmu
tidak menyampaikan ilmunya kepada orang lain merupakan satu
kesalahan. Apabila mereka mengajarkan atau menyampaikan ilmu kepada
orang lain, maka perbuatan itu dikira ibadat. Mereka mendapat ganjaran
daripada Allah S.W.T. Sebab itulah kita dapati orang yang berilmu,
walaupun dalam keadaan letih dan penat bekerja mencari nafkah hidup,
mereka tetap meluangkan masa pada waktu petang atau malam untuk
menyampaikan ilmu kepada masyarakat, sama ada kanak-kanak ataupun
orang dewasa.
5. Tanggungjawab Pemerintah.
Pemerintah bertanggungjawab menyediakan prasarana pendidikan yang
sesuai dan mencukupi untuk memberikan pendidikan umum dan
pendidikan Islam secukupnya kepada rakyat yang beragama Islam seperti
bangunan sekolah, guru dan gajinya, pentadbir dan sebagainya.
Ringkasnya, pendidikan dalam Islam tidak terbatas pada faktor masa, waktu,
dan umur. Konsep pendidikan dalam Islam ialah pendidikan sepanjang hayat
(life long education), lebih-lebih lagi ilmu agama itu sendiri. Tujuan ilmu agama
adalah supaya setiap orang Islam mengetahui tanggungjawabnya sebagai
seorang Islam, sama ada terhadap dirinya, keluarganya, masyarakat, negara dan
yang lebih penting terhadap Allah. Juga supaya ia mengetahui hukum haram
halal dan dapat melakukan ibadat dengan betul. Inilah antara rahsia ilmu agama
yang mesti diketahui oleh semua orang Islam.
6.5 ADAB-ADAB DALAM PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan aktiviti yang suci pada pandangan Islam. Oleh itu,
perlulah ada adab-adabnya agar ilmu yang dituntut itu mudah diperoleh,
berkesan dan diberkati. Ilmu yang berkat ialah yang memberikan manfaat di
dunia dan akhirat. Jadual 6.1 di bawah ini menunjukkan beberapa contoh adab
murid dan guru.
10. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 141
Jadual 6.1: Adab-adab Murid dan Guru
Adab-adab Murid Adab-adab Guru
1. Bersih hati semasa berdepan dengan 1. Sayang kepada murid.
guru.
2. Memberikan tumpuan kepada 2. Memberi nasihat yang baik.
pelajaran.
3. Sentiasa menghormati guru 3. Ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab.
4. Menjaga akhlak semasa belajar. 4. Menegur pelajar dengan hikmah.
5. Sering mendoakan kesejahteraannya 5. Selalu menunjukkan akhlak yang mulia.
6.6 KAEDAH PENDIDIKAN
Selain menghayati adab-adab guru dan murid, kaedah juga memainkan peranan
yang penting dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru
haruslah menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan tahap umur dan
pencapaian murid serta tajuk mata pelajaran yang diajarkan. Dalam pengajaran
Pendidikan Islam, terdapat beberapa kaedah yang khusus, yang tidak sama
dengan kaedah umum dalam pengajaran mata pelajaran lain. Yang berikut ini
adalah antara kaedah yang dimaksudkan.
(i) Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.
Kaedah ini untuk pelajaran al-Quran, Hadis dan doa-doa serta tasbih-
tasbih dalam solat supaya murid dapat membaca al-Quran dan menyebut
huruf-hurufnya dengan betul kerana kesalahan dalam menyebutnya
menyebabkan salah maknanya. Demikian juga apabila membaca hadis-
hadis Nabi S.A.W. Mengenai doa-doa, tasbih solat, dan bacaan ayat,
sebahagiannya adalah wajib dibaca dengan betul. Salah sebutan
menyebabkan solatnya batal seperti al-Fatihah dan tahiyat. Dengan
demikian, guru mestilah melatih murid menyebutnya dengan betul dan
fasih.
(ii) Kaedah tunjuk-cara (demonstrasi).
Dalam Islam, ada ibadat dan amalan yang dilakukan secara praktikal,
seperti wuduk, tayamum, solat, sembelihan dan sebagainya. Untuk itu,
guru mestilah menggunakan kaedah ini dengan menunjuk caranya dengan
betul serta diikuti oleh murid secara praktikal. Dengan ini, pengajaran dan
pembelajaran itu menjadi lebih berkesan dan murid dapat
mengamalkannya dengan betul.
11. 142 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
6.7 INSTITUSI PENDIDIKAN
Kalau kita menyorot semula sejarah pendidikan Islam, kita akan dapati bahawa
pendidikan Islam bermula apabila Nabi Muhammad S.A.W. dilantik menjadi
rasul. Apabila baginda S.A.W mendapat wahyu kerasulannya, maka mulalah
baginda S.A.W mengajar orang lain tentang Islam, khasnya yang berkaitan
dengan beriman kepada Allah yang Esa. Pada mulanya, baginda mengajar ahli
keluarga serta kawan karibnya di rumahnya sendiri. Setelah ramai orang
memeluk agama Islam dan rumahnya juga tidak sesuai lagi dijadikan tempat
belajar, maka baginda ditawarkan rumah al-Arqam bin Abil Arqam sebagai
tempat mengajarkan agama Islam. Rumah Nabi Muhammad S.A.W dan rumah
al-Arqam ialah institusi pendidikan yang terawal dalam Islam. Rajah 6.1
menunjukkan institusi pendidikan Islam yang terawal.
Institusi Pendidikan Islam
Rumah Nabi Masjid
Rumah al-Arqam Suffah
Kuttab Perpustakaan
Rajah 6.1: Institusi Pendidikan Islam yang Terawal
6.7.1 Institusi Pendidikan Pada Zaman Awal Islam
Setelah kebangkitan Islam, Nabi Muhammad S.A.W menyeru orang-orang Arab
di Makkah supaya tidak menyembah berhala, sebaliknya beribadat kepada Allah
S.W.T. Baginda S.A.W terus mengajar dan membimbing masyarakatnya supaya
meninggalkan perbuatan keji sebaliknya melakukan sesuatu yang baik.
Institusi pendidikan pertama ialah rumah baginda S.A.W sendiri. Baginda
mengajar dan mendidik ahli rumahnya dengan didikan Islam, iaitu percaya
kepada kewujudan Allah yang Maha Esa. Mereka termasuklah Ali bin Abi Talib
dan Zaid bin Harithah. Setelah itu, baginda S.A.W berpindah ke rumah
kepunyaan al-Arqam bin Abil Arqam yang telah dijadikan pusat pendidikan
Islam. Nabi Muhammad S.A.W merupakan guru pertama dan pendidik yang
ulung dalam sejarah umat Islam.
Kuttab yang wujud sebelum Islam itu masih kekal pada zaman Islam di Makkah
tetapi tidak begitu maju sebagai institusi pendidikan bagi orang Islam, kerana
12. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 143
orang Islam tertekan oleh penindasan orang kafir Quraisy. Selepas perpindahan
Nabi Muhammad S.A.W dan orang Islam ke Madinah, Baginda S.A.W telah
membina dua buah masjid, iaitu Masjid QubaÊ dan Masjid Nabawi. Bermula dari
sini, masjid telah menjadi institusi pendidikan terpenting hingga hari ini.
Di Madinah, kuttab juga menjadi institusi pendidikan untuk kanak-kanak orang
Islam. Sebelum Islam, kuttab merupakan tempat belajar membaca dan menulis.
Selepas kedatangan Islam, kuttab menjadi tempat kanak-kanak menghafaz
al-Quran dan belajar menulis. Kuttab ini biasanya didirikan di anjung masjid
atau berdekatan dengan rumah guru. Secara tidak langsung, rumah guru juga
telah menjadi institusi pendidikan. Nabi S.A.W menggalakkan orang-orang
Islam belajar membaca dan menulis. Dalam peperangan Badar pada tahun 2
Hijrah, tawanan perang boleh menebus diri dengan mengajarkan membaca dan
menulis kepada sepuluh orang Islam sehingga pandai.
Selain Masjid dan kuttab, ada satu lagi institusi pendidikan di Madinah yang
mempunyai nama khas untuknya, iaitu al-suffah. Al-suffah ialah satu anjung di
masjid an-Nabawi di Madinah yang dijadikan tempat belajar yang lebih
sistematik dan formal. Mengikut Hj. Abdullah Ishak, al-Suffah ini merupakan
sekolah atau madrasah yang pertama yang dijalankan secara formal dalam
sejarah pendidikan Islam.
SEMAK KENDIRI 6.3
Selain institusi yang dinyatakan dalam teks ini, terdapat beberapa
kaedah lain yang digunakan oleh kaum muslimin pada ketika itu
seperti menggunakan khidmat tawanan perang. Dapatkan bahan-
bahan sejarah berkaitan dengan penggunaan khidmat tawanan
perang sebagai tenaga pengajar dan bincangkan bersama rakan dan
tutor.
Dalam zaman sahabat, kuttab terus maju sebagai institusi pendidikan di
peringkat rendah manakala masjid pula menjadi institusi pendidikan di
peringkat tinggi. Pada zaman khalifah Umar al-Khattab, kuttab dimajukan lagi
dengan menambahkan kurikulumnya. Orang awam digalakkan membina kuttab
untuk tujuan pendidikan. Biasanya, kuttab jenis ini didirikan berhampiran
dengan rumah-rumah guru, malah ada yang menjadikan rumahnya sendiri
sebagai kuttab.
Tahukah anda berapa jenis kuttab yang ada dalam sejarah Pendidikan Islam?
Ada tiga jenis kuttab semuanya. Lihat Rajah 6.2.
13. 144 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
Kuttab
Kuttab Awam/ Kuttab Persendirian
Masjid
Kuttab Istana
Rajah 6.2: Jenis-jenis kuttab
Apakah bezanya ketiga-tiga kuttab ini?
(i) Kuttab Awam/Masjid:
Diwujudkan di anjung masjid atau bangunan asing berdekatan dengan
masjid. Gurunya secara sukarela dengan persetujuan pemerintah dan
dibayar sedikit imbuhan daripada Baitul Mal.
(ii) Kuttab persendirian:
Berlangsung di rumah guru atau bangunan khas berdekatan dengan rumah
guru. Gurunya mengajar secara sukarela, tetapi murid memberikan
sedekah kepada guru.
(iii) Kuttab istana:
Kuttab yang diadakan di residensi khalifah dan di rumah pembesar-
pembesar negeri khas untuk mengajar anak-anak mereka. Khalifah atau
menteri itu sendiri yang melantik guru, menetapkan kurikulum dan
membayar imbuhannya.
Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Abbasiah, kuttab dan masjid terus
menjadi institusi pendidikan yang terpenting. Kuttab merupakan institusi
pendidikan tahap awal, manakala masjid pula merupakan pendidikan tahap
pertengahan dan kolej. Di kuttab, kanak-kanak hanya belajar membaca dan
menulis serta menghafaz al-Quran. Setelah khatam menghafaz al-Quran mereka
melanjutkan pelajaran di masjid-masjid. Di masjid mereka belajar perkara-
perkara lain yang berkaitan dengan agama seperti fiqah, tauhid, hadis,
matematik, sejarah, bahasa Arab dan lain-lain.
Antara masjid yang terkenal sebagai pusat pendidikan ialah JamiÊ al-Mansur di
Baghdad, JamiÊ al-Umawi di Damsyik, Masjid Cordova dan Granada di Andalus,
Masjid al-Azhar di Mesir dan lain-lain. Terdapat juga gabenor dan pembesar-
pembesar negeri yang mempunyai tempat belajar sendiri yang disediakan untuk
anak-anak mereka. Guru-guru dipilih dan dibayar elaun manakala
kurikulumnya disediakan oleh pembesar berkenaan.
14. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 145
6.7.2 Perpustakaan sebagai Pusat Pendidikan
Pada zaman kegemilangan Islam, perpustakaan menjadi pusat ilmu atau institusi
pendidikan. Menurut Ahmad Shalaby, terdapat tiga jenis perpustakaan pada
masa itu, iaitu perpustakaan awam, perpustakaan separa awam dan
perpustakaan individu.
(i) Perpustakaan awam
Ia adalah perpustakaan yang dibina oleh pihak pemerintah bagi kegunaan
orang awam. Biasanya, perpustakaan ini terdapat di masjid-masjid dan
pusat-pusat pengajian. Ini bermakna, setiap masjid mempunyai
perpustakaannya sendiri kerana masjid adalah pusat pendidikan.
Perpustakaan awam yang terkenal ialah Baitul Hikmah di Baghdad yang
didirikan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid dan disempurnakan oleh anaknya
al-Makmun dalam tahun 198 H/813 M. Baitul Hikmah ini bukan sekadar
sebagai perpustakaan awam, tetapi akhirnya menjadi Universiti Islam
Antarabangsa yang pertama dalam sejarah Islam.
(ii) Perpustakaan separa awam
Ia adalah perpustakaan yang didirikan khas oleh khalifah atau orang-orang
kenamaan di rumah mereka sendiri. Perpustakaan ini tidak terbuka kepada
semua orang sebaliknya hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat
memasukinya. Antara contohnya ialah Perpustakaan Al-Nasir li Dinillah
dan Perpustakaan MustaÊsim Billah.
(iii) Perpustakaan individu
Ia adalah perpustakaan yang didirikan oleh orang-orang perseorangan
untuk kegunaannya sendiri. Antara yang masyhur termasuklah:
Ć Perpustakaan al-Fatah bin Khaqan;
Ć Perpustakaan Hunnain bin Ishak;
Ć Perpustakaan Ibnu al-Khashshab, dan banyak lagi.
Dalam sejarah Tamadun Islam, telah wujud institusi pendidikan tinggi yang
mendahului negara lain. Baitul Hikmah yang asalnya sebuah perpustakaan
awam telah bertukar menjadi Universiti Islam Antarabangsa yang pertama
dalam sejarah umat Islam. Kemudiannya ia diikuti pula oleh Universiti Cordova
(912M) dan Granada (1031M) di Andalus. Namun begitu, sistem persekolahan
yang sistematik agak terkemudian daripada universiti kerana masjid telah
memainkan peranan sebagai sekolah tinggi dan kolej.
Dengan pertambahan pelajar, masjid kurang sesuai sebagai pusat pendidikan
kerana pelajar-pelajar memerlukan masa perbincangan dan suara yang kuat,
15. 146 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
sedangkan masjid memerlukan suasana yang tenang untuk beribadat. Oleh itu,
Nizamul Muluk mengemukakan cadangan untuk mendirikan sekolah. Beliau
mendirikan sekolah di Baghdad (447H) dan diikuti oleh tempat lain seperti
Harat, Isfahan, Basrah, Mausil dan lain-lain. Sejak itu sekolah terus berkembang
ke seluruh negara Islam.
SEMAK KENDIRI 6.4
Adakah masjid anda mempunyai perpustakaan? Kalau tidak ada,
apakah peranan anda sebagai ahli jemaah masjid itu? Berikan
cadangan anda serta berikan sebab kenapa ia perlu?
6.7.3 Institusi Pendidikan Islam di Tanah Melayu
Istana
Rumah Guru
Institusi Pendidikan Masjid/Madrasah/
Islam di Tanah Melayu Surau
Sekolah Pondok
Sekolah Agama/Arab
Rajah 6.3: Institusi pendidikan Islam di Tanah Melayu
Secara umumnya, tidak ada institusi pendidikan formal di Tanah Melayu. Sejak
kedatangan Islam, istana raja merupakan institusi pendidikan yang pertama bagi
orang Islam. Istana menjadi pusat dakwah dan juga tempat pertemuan
mubaligh-mubaligh yang datang dari dalam dan luar negeri. Kemudian,
rumah-rumah guru pula menjadi institusi pendidikan. Sebelum abad 19,
pendidikan tertumpu kepada pengajaran al-Quran secara tidak formal. Ia
bermula dengan belajar membaca al-Quran dan diikuti dengan pengajaran fardu
ain seperti tauhid, fiqah dan akhlak. Rumah guru merupakan institusi
pendidikan yang ada pada masa itu dan dijalankan secara tidak formal.
Sebahagian daripada rumah guru ini banyak didatangi penuntut dari jauh dan
dekat. Yang datang dari jauh terpaksa membina pondok-pondok kecil di tanah
tuan guru sebagai tempat penginapan. Oleh sebab banyak penuntut dari
berbagai peringkat, maka rumah guru menjadi tidak selesa lagi untuk belajar.
16. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 147
Dengan demikian, bangunan khas sebagai tempat belajar yang dipanggil
madrasah didirikan. Di madrasah inilah Tuan Guru dan pembantunya mengajar,
khasnya pada tiap-tiap selepas solat fardu. Inilah yang dinamakan Sekolah
Pondok.
Antara negeri yang mempunyai sekolah pondok ialah Kedah, Pulau Pinang,
Kelantan dan Terengganu. Sebahagian daripada pondok yang terkenal itu ialah
Pondok Kubang, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian di Kelantan;
Pondok Tuan Tebal dan Pondok Tok Kotan di Terengganu; Pondok Haji
Muhammad Taib Titi Gajah dan Pondok Haji Muhammad Noor Langgar di
Kedah; dan Pondok Pokok Sena dan Pondok Penanti di Pulau Pinang yang
masih wujud hingga ke hari ini.
Di samping itu, masjid dan surau didirikan untuk menunaikan solat Jumaat,
solat lima waktu dan pengajaran ilmu agama. Surau dan masjid telah menjadi
satu lagi bentuk institusi pendidikan di Tanah Melayu. Di masjid dan surau, para
ulama dari dalam dan luar negeri mengajar al-Quran dan ilmu-ilmu Islam lain
yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam.
Pendidikan Islam di Tanah Melayu menggunakan tulsian Jawi. Tulisan Jawi
sebenarnya berkembang bersama-sama dengan kedatangan Islam kerana kitab
suci al-Quran ditulis dengan tulisan Arab. Dengan huruf-huruf Arab inilah dieja
perkataan-perkataan Melayu yang kita guna sehingga sekarang. Dengan
kedatangan penjajah, kita didedahkan pula dengan tulisan huruf Roman atau
Rumi. Kehadiran penjajah dan tulisan rumi ini menyebabkan orang Melayu
tidak mahir lagi menulis dan membaca Jawi. Ini kerana mereka terpengaruh
dengan kemajuan tulisan rumi yang banyak digunakan dalam urusan harian
mereka.
SEMAK KENDIRI 6.5
1. Pada pendapat anda dari mana datangnya tulisan jawi di
Tanah Melayu? Sejauh manakah pula kepentingan tulisan jawi
dalam institusi pendidikan Islam di Tanah Melayu?
2. Catatkan maklumat penting tentang apakah kaedah
pembelajaran di sekolah pondok?
Guru-guru yang mengajar al-Quran dan pengetahuan Islam juga mengajar
membaca dan menulis Jawi. Dengan tulisan Jawi inilah guru-guru mengarang
kitab-kitab yang dapat kita baca hingga ke hari ini. Dewasa ini institusi pondok
tidak lagi maju seperti dahulu. Ini kerana adanya institusi pendidikan lain yang
lebih mantap dan formal, iaitu sekolah dan madrasah. Di sekolah dan madrasah
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara formal dengan adanya jadual
17. 148 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
waktu, bilik-bilik darjah, peperiksaan dan sijil. Ini berbeza dengan sekolah
pondok yang belajar secara umumi (duduk bersila di hadapan guru) dan tiada
peperiksaan serta penganugerahan sijil.
6.7.4 Institut Pendidikan Islam pada Zaman Penjajah
Rajah di bawah menunjukkan institusi pendidikan Islam pada zaman penjajah.
Institusi Pendidikan Islam
Zaman Penjajah
Sekolah Melayu Sekolah Pondok
Sekolah Agama Rakyat
Rajah 6.4: Institusi Pendidikan Islam di Islam pada zaman penjajah
Sekolah Melayu atau sekolah vernakular Melayu mula ditubuhkan pada tahun
1856 di Singapura dan diikuti oleh beberapa sekolah lain di Pulau Pinang dan
Melaka. Namun, penubuhan sekolah ini kurang mendapat sambutan daripada
kalangan orang Melayu.
Pada tahun 1872, kerajaan Inggeris telah membuat sedikit perubahan, iaitu
dengan memasukkan kelas al-Quran di sekolah Melayu untuk menarik orang
Melayu belajar di sekolah ini. Malangnya, sekolah ini masih belum mendapat
sambutan baik daripada orang Melayu kerana mereka ada pilihan lain untuk
anak-anak mereka.
Selain daripada sekolah pondok dan sekolah Melayu, terdapat satu jenis lagi
institusi pendidikan yang terkenal dalam kalangan orang Melayu pada zaman
penjajah dahulu, iaitu Sekolah Agama atau Sekolah Arab (Sekolah Agama
Rakyat = SAR). Sekolah ini berkembang dalam kurun 19, iaitu selepas penjajah
Inggeris menubuhkan sekolah Vernakular Melayu pada tahun 1856.
Sekolah-sekolah Agama/Arab (SAR) ini tumbuh di serata tempat sebagai hasil
usaha orang perseorangan dan juga masyarakat untuk memberikan pendidikan
agama kepada orang Melayu dengan lebih formal. Sekolah ini tidak seperti
sekolah pondok yang mengamalkan kaedah belajar secara umumi, yakni bersila
di hadapan guru dengan menadah kitab. Sebaliknya, sekolah ini mempunyai
bilik darjah, kerusi meja dan papan tulis serta guru yang khas. Sekolah ini telah
18. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 149
mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang-orang Melayu dan telah
banyak melahirkan guru agama yang cemerlang dan menyumbang kepada
kemerdekaan Tanah Melayu. Ada kalangan pelajar ini yang dapat menyambung
pengajian ke luar negeri seperti di Mesir dan Madinah dan balik sebagai orang
berilmu dan berjuang menyebarkan pengetahuan mereka dengan membuka
sekolah-sekolah baharu.
Antara sekolah yang terkenal pada masa itu ialah Madrasah al-Mashoor di Pulau
Pinang yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad al-Hadi, Madrasah Hamidiah di
Limbong Kapal, Kedah (sekarang MaÊhad Mahmud), Madrasah al-Khairiyah di
Seberang Perai, Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu, dan Madrasah
Arabiyah di Terengganu.
Anda mendapat pendidikan formal di sekolah rendah dan menengah yang
menyediakan pelbagai mata pelajaran termasuk pelajaran Pendidikan Islam.
Tahukah anda bila mata pelajaran Pendidikan Islam dimasukkan dalam jadual
sekolah secara rasmi?
Mata pelajaran Pendidikan Islam atau pada masa itu dikenali sebagai
Pengetahuan Agama Islam mula dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah pada
tahun 1962. Pelajaran yang diajarkan ialah Fiqah, Tauhid, Sejarah, al-Quran dan
Hadis. Pada tahun 1982, lahir pula Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
untuk menggantikan kurikulum lama yang dianggap kurang sesuai dengan
keadaan negara dan kemajuan dunia. Dengan ini, Pengetahuan Agama Islam
pun turut berubah kurikulumnya. Isi kandungannya telah merangkumi Asuhan
Membaca al-Quran dan Ulum Syariah. Dalam Ulum Syariah terkandung Ibadah,
Akidah, Sirah dan Akhlak.
Kemudian, pada tahun 1988, diperkenalkan pula Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) sebagai kesinambungan kepada KBSR. Hingga sekarang,
KBSR dan KBSM telah mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikan
yang berterusan.
19. 150 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
Institusi Pendidikan Islam selepas
Merdeka hingga sekarang
Sekolah Kebangsaan Sekolah Agama Rakyat
Sekolah Menengah Sekolah Agama Negeri
Kebangsaan
Sekolah Men. Keb. Agama Sekolah Swasta
MaÊahad Tahfiz Wal Qiraat MaÊahad Tahfiz Swasta
Universiti Awam (IPTA) Kolej/Universiti (IPTS)
Rajah 6.5: Institusi pendidikan Islam selepas merdeka
Untuk menguji kefahaman anda, jawab latihan yang berikut. Selamat menjawab!
LATIHAN 6.2
1. Nyatakan dua nama tempat menuntut ilmu di awal perkembangan
Islam.
2. Namakan empat contoh sekolah-sekolah agama rakyat yang masih
wujud kekal hingga sekarang.
3. Huraikan pembahagian Pendidikan Islam.
4. Tuliskan nama-nama institusi pendidikan di Tanah Melayu sejak
dari zaman kerajaan Melaka hingga hari ini.
6.8 PERANAN PENDIDIKAN DALAM
PEMBINAAN BUDAYA
Umumnya, setiap bangsa dapat mempunyai adat dan budayanya sendiri. Dalam
Islam, adat dan budaya bangsa tidak dapat menjadi budaya Islam secara total.
Adat dan budaya diterima hanyalah setakat yang tidak bertentangan dengan
ajaran Islam.
Ilmu yang dipelajari berdasarkan al-Quran dan hadis dengan sendirinya
membentuk satu budaya baru, iaitu budaya Islam. Contohnya, setiap bangsa ada
20. TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN W 151
adat dan budayanya dalam upacara perkahwinan. Setelah menerima Islam
seseorang itu boleh terus mengamalkan adat dan budayanya selagi tidak
bertentangan dengan ajaran Islam.
AKTIVITI 6.2
Dalam proses perkahwinan masyarakat Melayu, dapatkah anda
klasifikasikan antara adat Melayu dengan ajaran Islam bermula dari
proses perkenalan antara teruna dan dara sehingga sesuatu majlis
perkahwinan itu selesai? Bincangkan.
Individu yang telah memeluk agama Islam mesti mematuhi ajaran Islam dalam
semua aspek kehidupan. Mengetahui ajaran Islam itu ialah ilmu dan mematuhi
ajaran itu ialah mengikut ilmu dan tidak hanya mengikut adat dan budaya yang
sedia ada. Demikianlah dalam bidang ilmu yang lain seperti falsafah, politik,
ekonomi, sains, sosial dan sebagainya. Manusia hanya berusaha mencari ilmu.
Setelah ilmu itu diperoleh, ia mestilah difikir dan ditafsirkan, kemudian
dilaksanakan mengikut cara yang dibenarkan oleh Islam. Islam sejak awal lagi
menggesa umatnya supaya mencari ilmu. Apabila seorang Islam mempunyai
ilmu Islam yang mantap dan melaksanakan ilmu-ilmu lain yang dipelajarinya
dengan cara yang betul, maka dia telah membina satu budaya baru, iaitu budaya
yang berteraskan Islam.
Oleh itu, pendidikan Islam amat penting dalam pembinaan masyarakat dan
budaya. Islam mendidik individu untuk menjadi anggota masyarakat yang
berilmu dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Kemudian, dia menjalankan tugasnya dengan baik menurut perspektif Islam dan
ini menjadi satu budaya kepadanya. Inilah yang dikatakan pendidikan membina
budaya.
Jawab latihan yang berikut untuk menguji kefahaman anda. Semoga berjaya!
LATIHAN 6.3
Senaraikan lima adab murid terhadap guru.
21. 152 X TOPIK 6 KONSEP PENDIDIKAN
Ć Islam meletakkan akhlak sebagai tunggak pendidikan.
Ć Setiap orang Islam wajib menuntut ilmu.
Ć Terdapat dua kaedah utama dalam pendidikan Islam iaitu kaedah Talaqqi
dan Musyafahah dan kaedah tunjuk cara.
Ć Institut Pendidikan Islam yang paling awal ialah rumah Nabi S.A.W dan
rumah al-Arqam.
Ć Institusi Pendidikan Islam termasuklah masjid, kuttab, suffah dan
perpustakaan.
Ć Institusi Pendidikan Islam awal di Malaysia pula adalah istana, surau atau
madrasah, sekolah pondok dan sekolah arab.
Ć Pendidikan Islam yang mantap dapat membentuk budaya yang
berlandaskan Islam melalui pelupusan adat-adat yang bertentangan dengan
prinsip-prinsip Islam.
Bertakwa (Taqwa) Madrasah
Ilmuwan Muktabar Salaf al-Salih
Kurikulum