1. KERTAS KERJA :
PROJEK "Garden In School"
PROJEK FERTIGASI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK KENERING
PENDAHULUAN:
Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran menguasai asas kemahiran vokasional spesifik dengan mengambil
kira kepelbagaian tahap kefungsian dan keupayaan mereka selain memberi latihan kemahiran
bekerja kepada pelajar-pelajar ini.
MATLAMAT
Melahirkan pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang berupaya untuk hidup
berdikari,berkemahiran,berkerjaya serta boleh menyumbang kepada keluarga dan
pembangunan negara.
OBJEKTIF
Menyediakan pendekatan dan kemahiran kehidupan yang lebih bermakna bagi
membolehkan murid-murid ini berdikari.
Memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar.
Murid dapat mengendalikan alatan pertanian fertigasi dengan memberikan penekanan
kepada langkah dan kaedah yang betul dan berkesan.
Memberi penekanan konsep pertanian komersial dalam diri pelajar.
TARIKH
Februari hingga November 2019
TEMPAT
“ GARDEN IN SCHOOL” PPKI SMK Kenering.
SASARAN
Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Smk Kenering
2. SUMBER KEWANGAN
PCGPendidikan Khas
PELAKSANAAN PROGRAM
Kertas kerja
Mesyuarat
Agihan tugas
Pelaksanaan program
Pemantauan
Laporan
Penambahbaikan
ANGGARAN KOS
Pendapatan
Bil. Perkara Kos
1. Peruntukan ELEKTIF RM 300
2. Peruntukan TERAS RM170
Jumlah RM 470
Perbelanjaan
-SEPERTI DI LAMPIRAN-
3. JADUAL PELAKSANAAN
Bil. Jangka Masa Perkara
1. Januari – Febuari- Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
- Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
-
2. Febuari – Mac - Menanam anak pokok
- Meracun dan merawat pokok
- Memancang tiang sokongan
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
3. Mac – Jun - Memetik hasil
- Menjual hasil yang diperolehi
- Meracun dan merawat pokok
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
4. Jun – Julai - Mencabut pokok
- Merawat media
- Menyemai benih
- Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
- Perbincangan kesimpulan hasil semusim
5. Ogos-November M Menanam anak pokok
- Meracun dan merawat pokok
- Memancang tiang sokongan
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
4. Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka
akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.
PENUTUP
Bagi menjayakan pelaksanaan program ini kolaborasi antara pihak sekolah dengan pelbagai
agensi awam,swasta dan orang perseorangan memainkan peranan yang sangat penting.Oleh
itu diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan oleh,
………………………………….
( Nurul Iman Binti Amirudin )
Setiausaha Projek Fertigasi,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK Kenering.
Disahkan Oleh,
…………………………………