Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Harun yahya penipuanevolusi

1 897 vues

Publié le

Publié dans : Formation
  • Soyez le premier à commenter

Harun yahya penipuanevolusi

  1. 1. Buku ini adalah terjemahan daripada buku asal berbahasa Inggeris bertajuk Evolution Deceit oleh Harun Yahya dan telah diterbitkan oleh Okur Publishing, 1999 PK 7 Yesilkoy, Istanbul, Turkey. www.harunyahya.com/E-Mail:info@harunyahya.org © 2001 Edisi Terjemahan Bahasa Melayu oleh Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM. Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, Sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu. Tajuk Buku : Evolution Deceit Penulis : Harun Yahya Penterjemah : Rohidzir Rais Muka Taip Teks : Palatino Türk Saiz Taip Teks : 10.5 Penerbit : Badan Penerangan dan Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. CETAKAN PERTAMA 2001 ISBN (the isnb number) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) The Malay Association in Arabic Republic of Egypt7, Hunain Ibn Ishak Street, 7th District, Nasr City, Cairo, Arabic Republic of Egypt. Phone/Fax: 002-02-2631719 / 2629254 Homepage: http://pmram.cjb.net@www.geocity.com/The Tropics/Beach/7666 E-Mail: pmram30@hotmail.com
  2. 2. PENIPUAN EVOLUSI Menyingkap KepincanganDarwinisme dan Latar BelakangIdeologinya Berdasarkan Sains HARUN YAHYA
  3. 3. KANDUNGAN Kepada Pembaca 6Siapa Harun Yahya? Kisah Hidup Adnan Oktar 8 Bahagian 1 Penyanggahan Darwinisme 30 Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi 31 Bab 1: Untuk Membebaskan Diri 34 Daripada Prejudis Bab 2: Sejarah Ringkas Teori Evolusi 43 Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi 55 Bab 4: Rekod Fosil Menyanggah 65 Evolusi Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke 72 Darat Bab 6: Asal Usul Burung Dan Mamalia 77 Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang 91 Menipu Bab 8: Penipuan Evolusi 95 Bab 9: Senario Evolusi Manusia 101
  4. 4. Bab 10: Kebuntuan Molekul Evolusi 133 Bab 11: Undang-undang Kedua Termodinamik 176 Yang Membatalkan Teori Evolusi Bab 12: Perancangan Dan Kebetulan 184 Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan 194 Kenyataannya Bab 14: Teori Evolusi: 211 Liabiliti Materialistik Bab 15: Media: Tanah Subur Untuk Teori 222 Evolusi Bab 16: Konklusi: Evolusi Adalah Suatu 227 Penipuan Bab 17: Hakikat Kejadian 232Bahagian 2 Penyanggahan Materialisme 255 Bab 18: Inti Pati Sebenar Kebendaan 257 Bab 19: Relativiti Masa Dan Hakikat Takdir 308 Bab 20: Persidangan SRF: Aktiviti Untuk 328 Memaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi Rujukan 335
  5. 5. KEPADA PEMBACA asil kerja ini mempunyai kepentingan yang besar di dalamH menyingkap wajah sebenar Darwinisme untuk dilihat umum. Matlamat utamanya adalah untuk memberikan kepadapembaca idea asas tentang kepalsuan Teori Evolusi juga untukmendedahkan kebuntuan yang sedang dihadapi oleh para evolusionis,penipuan-penipuan yang mereka lakukan untuk menyokong dakwaanmereka, dan senario-senario khayalan dan imaginasi yang merekajadikan landasan kepada tesis mereka. "Evolution Deceit" secara saintifiktelah membatalkan penipuan ini, yang dimajukan seolah-olah iamerupakan sebuah fakta sains dengan motif untuk menolak hakikatkejadian dan juga kewujudan Allah, dan untuk melahirkan generasi yangmengetepikan agama mereka, moral dan nilai-nilai nasional. Hari ini, golongan yang menerima Darwinisme sebagai tulangbelakang keintelektualan mereka dan berdiri teguh untukmenyokongnya adalah sama dengan mereka yang mempertahankanideologi-ideologi jahat seperti materialisme, komunisme, Marxisme,rasisme, dan terrorisme. Apabila kepalsuan Teori Evolusi didedahkandengan jelas, semua ideologi-ideologi ini telah tergugat hingga ke akarumbi dan penganjur-penganjurnya telah dihantui oleh kekacauanintelektual yang tidak dapat dilihat. Dengan membaca "Evolution Deceit", kamu juga turut berkongsitanggungjawab-tanggungjawab penting. Setiap orang, walau pun merekayang tidak mempunyai pengetahuan asas Darwinisme, yang membacabuku ini dengan cermat dan dengan penuh penghargaan akanmemperolehi pemahaman yang luas tentang Teori Evolusi. Hinggakan
  6. 6. Kepada Pembaca 7mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah akanmendapat pengetahuan yang jelas dan terang tentang subjek ini sehinggaboleh dianggap sebagai seorang pakar. Berpandukan kepada maklumat-maklumat saintifik ini, sumbangan peribadi setiap orang denganusahanya sendiri tidak dapat dipersoalkan lagi merupakan kepentinganyang amat besar. Sumbangan yang pertama dan ringkas ialah untuk menjadikanfakta-fakta saintifik yang memusnahkan evolusi ini diketahui oleh setiaplapisan masyarakat dan untuk membolehkan mereka mengenal pastiancaman ideologi di sebalik teori ini. Oleh itu, adalah amat penting untukmembaca fakta-fakta di dalam "Evolution Deceit", setiap barismempunyai kepentingannya yang tersendiri, ia saling berkaitan antarasatu sama lain: supaya mereka membacanya dan menggalakkan merekamengkajinya. "Evolution Deceit" merupakan sebuah buku untuk setiap orangyang mahu menyingkap wajah sebenar Darwinisme dan kepalsuansaintifik Teori Evolusi. Dengan mengkaji buku ini dengan teliti, seseorangitu, sekiranya terlibat di dalam perbincangan, pasti akan dapatmengemukakan bukti-bukti padat yang menyanggah teori ini secarasaintifik dan untuk mempertahankan bukti yang sebenar. Untukmemperolehi keyakinan diri daripada ini, seseorang itu mesti bertenang,rasional, dan penampilan sederhana dan menjadi damai dan bersabar.Perlakuan-perlakuan seperti ini, tidak dapat dinafikan akan memberikankesan positif kepada pendengar dan membantu memahami subjek ini. Hasil kerja ini adalah sebahagian daripada siri-siri buku dan risalahberkaitan dengan Darwinisme dan Teori Evolusi. Untuk mendapatkanmaklumat selanjutnya di dalam subjek ini, kamu boleh merujuk hasilkerja lain oleh Harun Yahya yang disenaraikan di akhir buku ini.
  7. 7. Siapa Harun Yahya? Kisah Hidup ADNAN OKTAR Adnan Oktar, penulis yang menggunakan nama pena "HarunYahya", adalah seorang pendakwah yang mengabdikan seluruhhidupnya untuk berkongsi pandangan beliau terhadap kewujudan dankesatuan Allah serta keindahan moral yang ditunjukkan oleh al-Quran,dengan orang lain. Bermula sejak alam universiti lagi, beliau telahmeluahkan setiap detik dalam hidupnya, untuk merealisasikan hasrat inidan tanpa pernah gentar menghadapi sebarang halangan. Hari ini, diamasih berdiri gagah menghadapi segala tekanan dan fitnah yangterpaksa dihadapinya dengan mempamerkan kesabaran dan kekuatanyang sama. Berikut adalah sejarah ringkas kehidupan Adnan Oktar serta pahit maung dan onak duri yang terpaksa dihadapinya demi meneruskan perjuangan sucinya. dnan Oktar telah dilahirkan pada 1956 di Ankara danA menghabiskan masanya di sana sehingga tamat pengajian menengahnya. Komitmen beliau terhadap Islam telah punbermula sejak daripada sekolah menengah lagi. Dengan membacaberbagai-bagai buku agama pada masa itu, beliau telah mendalami Islamdengan lebih baik. Lebih daripada itu, beliau sendiri telah mencapai faktayang penting dan berhasrat untuk berkongsi dengan masyarakatsekelilingnya. Pada 1979, Adnan Oktara telah berpindah ke Istanbuluntuk memasuki Universiti Mimar Sinan. Pada masa tersebut, beliautelah pun memulakan misi untuk menyeru manusia kepada moral yang
  8. 8. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 9baik, memperjuangkankebaikan dan menentangkejahatan. Kehidupan di Universiti Mimar Sinan Ketika Adnan Oktarmemasuki Universiti MimarSinan, ia telah pun berada dibawah pengaruh beberapaorganisasi haram Marxisme danpemikiran berhaluan kiri telahmenguasai universiti tersebut.Semua orang, samada ahlifakulti atau pelajar, telah menganuti pemikiran ateis. Tambahan pula,para pengajar telah menggunakan semua peluang yang ada untukmempropagandakan falsafah materialisme dan Darwinisme di dalamsyarahan mereka walau pun ia tidak berkaitan dengan tajuk yangdiajarkan. Di dalam persekitaran di mana setiap agama dan nilai-nilai moralsudah tidak dihormati dan telah ditolak mentah-mentah, Adnan Oktarmula menyeru masyarakat sekelilingnya kepada kesatuan dankepercayaan kepada kewujudan Allah. Seperti yang telah diduga, didalam keadaan seperti ini, Islam tidak diberikan peluang untukmembangun. Seperti yang dijelaskan oleh Mediha Oktar, bonda beliau,bahawa beliau hanya tidur beberapa jam setiap malam, denganmeluangkan masanya membaca, membuat nota-nota dan menyimpan fail-fail. Beliau telah membaca beratus-ratus buku, termasuk buku yangberkaitan dengan asas pemikiran Marxisme, komunisme dan materialismedan mengkaji buku-buku berkaitan dengan ideologi berhaluan kiri. Beliaumengkajinya, menandai bahagian-bahagian yang penting dan membuatcatatan pada sebelah belakangnya. Beliau telah menjadi mahir dengan
  9. 9. 10 PENIPUAN EVOLUSIfalsafah-falsafah dan ideologi-ideologi ini, malah lebih daripadapenganjurnya sendiri. Beliau juga menjalankan kajian intensif terhadapteori evolusi, asas saintifik ideologi-ideologi ini, dan mengumpulkandokumen-dokumen dan maklumat-maklumat berkaitan dengannya. Dengan mengumpulkan maklumat-maklumat tentang kebuntuan,kontradiksi dan penipuan yang terdapat di dalam falsafah-falsafah danideologi-ideologi yang berasaskan kepada penolakan kepada Allah ini,tanpa membuang masa, Adnan Oktar telah menggunakannya untukmenyatakan kebenaran. Hampir kepada setiap orang, termasuk parapenuntut dan pengajar universiti tersebut, beliau telah memberitahumereka tentang kewujudan dan perpaduan Allah dan al-Quran, denganberlandaskan sains. Di dalam setiap perbualannya samada di kantinsekolah, di koridor atau ketika waktu rehat, seseorang akan dapat melihatbeliau memberikan penjelasan tentang kerosakan semula jadi falsafahmaterialisme dan Marxisme, berdasarkan kepada buku-buku rujukanideologi mereka sendiri. Beliau secara keseluruhannya telah menekankan kajian beliauterhadap Teori Evolusi. Teori ini yang dimajukan dengan menentangciptaan di dalam berbagai segi, telah dianuti oleh sebahagian besarpelajar universiti. Dengan menggunakan sains, teori tersebut telahmenyerang keimanan dan nilai-nilai moral para belia. Melainkantujuan utama penipuan saintifik ini dibongkarkan, tidak dapatdielakkan, kekosongan nilai-nilai spirituil, moral dan agama akan terusmeningkat. Risalah Pertama Teori Evolusi Dengan meletakkan matlamat ini di minda, Adnan Oktar telahmenumpukan usahanya di dalam membuktikan kepalsuan teori ini.Disebabkan ia telah dimajukan di bawah neraca sains, maka beliauberpendapat sains adalah alat terbaik untuk membongkarkan akar umbiteori rekaan ini. Beliau menyiapkan sebuah risalan bertajuk "TheEvolution Theory", yang merupakan ringkasan daripada penyelidikan
  10. 10. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 11dan kajian intensif beliau. Beliau sendiri menanggung semua kos risalahtersebut dengan menjualkan sebahagian daripada harta yang telahdiwarisinya daripada keluarga. Kemudian, beliau mula menyebarkannaskhah percuma risalah ini kepada pelajar-pelajar universiti danmembincangkannya dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya. Risalah tersebut sebenarnya adalah sebuah hasil kerja komprehensifyang mendedahkan bahawa teori evolusi adalah satu penipuan yangtidak mempunyai sebarang nilai saintifik dan logik. Sesiapa yang telahberbincang dengannya pasti akan menyedari bahawa teori evolusi tidakmemiliki sebarang pengesahan saintifik. Dengan itu, seseorang akandapat memahami kenyataan bahawa tidak ada hidupan yang dapatmuncul secara kebetulan dan semuanya telah diciptakan oleh Allah.Bagaimana pun, pelajar-pelajar yang telah terpengaruh denganpemikiran materialistik yang menyekat mereka daripada melihat realitiyang sebenar, telah melahirkan keingkaran mereka secara terbuka.Sehingga sebahagian daripada mereka sanggup menyatakan: "Sekiranyasaya melihat Allah dengan mata saya sendiri sekali pun, saya akantetap memerangiNya". Lebih daripada itu, pelajar-pelajar yang ganas di universiti tersebuttelah menggertaknya dengan menegaskan bahawa nyawanya akanterancam sekiranya beliau tidak menghentikan aktiviti-aktivitinya.Tetapi, semua tekanan dan ancaman tersebut hanya membuatkan Adnanlebih komitmen dan beriltizam. Reaksi dan kerisauan yang ditunjukkanoleh golongan materialis dan ateis merupakan bukti yang jelas bahawaAdnan Oktar berada di landasan yang tepat. Di sebuah universiti yang didominasi oleh Marxis di manakeganasan telah menguasai keadaan, setiap hari berpuluh-puluh orangtelah terbunuh. Di dalam keadaan seperti ini, beliau secara terang-terangmenyeru kepada kewujudan dan kesatuan Allah, dan kebenaran al-Quran. Di sekolah yang pelajarnya tidak pernah mengendahkankeimanan mereka, beliau sering ke Masjid Molla untuk menunaikansembahyang, tanpa mempedulikan reaksi dan ancaman yangdihadapinya.
  11. 11. 12 PENIPUAN EVOLUSI Kebimbangan Pensyarah-pensyarah Ateis Adnan Oktar sering menghadiri kuliah dengan membawabersamanya dokumen-dokumen sains dan fail-fail kajian dan mengadakanperbincangan dengan pensyarah berkaitan dengan falsafah materialismedan teori evolusi. Pada masa tersebut, terdapat dua orang ahli fakulti yangdikenali sebagai mereka yang sering membincangkan teori evolusi danmempropagandakan ateisme. Oleh itu, mereka amat popular di kalanganpelajar Marxis dan amat disegani. Bagaimana pun, usaha gigih merekauntuk mempertahankan idea mereka melalui perbincangan dengan AdnanOktar, dan jawapan-jawapan tidak logik yang mereka kemukakan, telahmendedahkan betapa idea yang mereka doktrinkan terhadap pelajarmereka selama ini adalah tidak realistik dan sia-sia. Suatu hari selepas kuliah, seorang pensyarah meminta diadakanperbincangan yang efisien tentang kebuntuan teori evolusi denganAdnan Oktar. Tetapi beliau tidak dapat memberikan penjelasan danjawapan yang munasabah terhadap dokumen-dokumen sains danpenjelasan logik yang dikemukakan oleh Adnan Oktar. Apa yang dapatdilakukannya ialah meninggalkan tempat tersebut dengan segera. Bagaimana pun, apa yang paling meresahkan ekoran kekalahantersebut ialah mata-mata pelajarnya yang sering membuatkannyatertekan... Lelaki ini yang sering kelihatan di koridor dan seringmengadakan perbincangan falsafah dengan pelajar-pelajarnya selepaskuliah, kini lari tergesa-gesa ke biliknya setiap kali selepas kuliah semata-mata untuk menghindarkan diri daripada Adnan Oktar. Bersendirian Selama Tiga Tahun Adnan Oktar berseorangan apabila beliau menyampaikan Islam diUniversiti Mimar Sinan. Selama hampir tiga tahun, tiada sesiapa punyang menerima pandangan beliau. Mereka yang berkongsi pendapatdengannya dan menyokongnya dengan sepenuh hati tidak bersamanyapada masa itu. Bagaimana pun, kekurangan sokongan ini tidak sesekalimenggugat komitmennya. Beliau sedar bahawa Allah adalah
  12. 12. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 13pendampingnya yang palingutama, dan melakukan semuaini semata-mata untuk meraihkeredaan Allah. Kemudian, terdapatbeberapa orang pemuda yangmula mendengar danberkongsi idea dengannya,setelah mendapati semuanyaadalah betul. Bagaimana pun,ia hanyalah secara sambil lewasahaja tanpa berubah menjadisokongan sepenuh hati. Tigatahun berlalu di UniversitiMimar Sinan dan sepanjangmasa ini, Adnan Oktarberusaha untuk mendapatkanmereka yang dapat memahami kewujudan Allah. Pada tahun-tahuninilah beliau memulakan penentangan terhadap Marxisme dan ateismesecara berseorangan, dan melakukan semuanya dengan ikhtiar sendiri. Pimpinan Marxisme di sekolah telah mula menjauhinya. Keranatidak dapat mematahkan hujah beliau terhadap teori evolusi danMarxisme, mereka hanya dapat menyindir dan mengkritik janggutnyadan cara beliau berpakaian. Sahabat Pertama Adnan Oktar telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalamujian kemasukan Universiti Mimar Sinan. Dia mempunyai kebolehanmelukis yang baik. Sekiranya itu adalah matlamat beliau, dia bolehmendapat ijazah di dalam bidang seni dengan mudah dan membinakarier yang baik. Dia mungkin berfikir, "Mula-mula sekali biar sayamemulakan karier dan kemudian baru saya mula menyampaikan Islam";
  13. 13. 14 PENIPUAN EVOLUSItetapi beliau tidak melakukannya. Dia telah mengorbankan seluruhmasa, tenaga dan hartanya untuk matlamatnya yang satu. Disebabkan oleh ketandusan sokongan sepanjang tahun-tahuntersebut, Adnan Oktar mungkin patah hati dan berundur. Tetapi ini tidakterjadi. Dengan semangat dan komitmen yang tinggi, beliau terusmelaungkan kalimat Allah kepada masyarakat sekelilingnya. Denganberpegang kepada pesanan Bedi-uz-Zaman Said Nursi, "The skill is notby having many listeners but to earn the good pleasure of Allah", diaterus mara ke hadapan. Akhirnya pada tahun 1982, untuk pertama kalinya, beberapa orangbelia yang baru memasuki Universiti Mimar Sinan, telah memilih untukmenyokong Adnan Oktar di dalam perjuangan ideologinya. Setelahberlalu bulan demi bulan dan tahun silih berganti, jumlah golonganmuda yang menerima pandangannya telah meningkat. Keajaiban ciptaanAllah, kepalsuan fahaman Marxisme yang menjadi ideologi palingdominan waktu itu, merupakan topik-topik yang menjadi subjekperbincangan beliau dengan belia-belia ini. Impian utamanya adalahuntuk membimbing mereka menjadi manusia yang amanah. Daripada1982 hingga 1984, sekumpulan 20-30 orang belia telah dibentuk. Dalam tahun 1984, beberapa orang belia yang berasal daripadakeluarga-keluarga yang tersohor di Istanbul, dan memasuki sekolah-sekolah swasta, telah diperkenalkan kepada beliau. Golongan muda ini,ketika perbincangan dengan Adnan Oktar, telah menyedari kepentingannilai-nilai moral dan mula memperbaiki kehidupan mereka. Golongan inidatang daripada keluarga yang aktif bersosial dan amat dikenali sertamempunyai status ekonomi yang tinggi. Mereka yang merupakangolongan yang mentaati moral Islam memberikan kesan yang baikkepada masyarakat sekelilingnya. Dua tahun berikutnya selepas 1984, perbincangan yang dilakukandengan golongan muda yang memasuki sekolah-sekolah swasta diIstanbul, adalah berkisar tentang nilai-nilai moral. Sepanjang tahun-tahun ini, Adnan Oktar tidak ke Universiti Mimar Sinan. Sebaliknya,beliau telah mendaftar di sebuah fakulti baru di Universiti Istanbul, di
  14. 14. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 15dalam Kuliah Falsafah. Bagaimana pun, beliau tidak dapat memasukikuliah tersebut kerana beliau menyimpan jambang. Golongan muda yang bertemu dengan Adnan Oktar merasa simpatidengannya dan merasa amat tertarik dengan tingkah laku, pandangandan sikapnya yang baik. Ekoran itu mereka juga telah memperkenalkanrakan-rakan mereka kepadanya, sehingga sejumlah besar penuntut-penuntut sekolah telah berpeluang bertemu dengannya. Bagaimana pun, nama beliau mula muncul di dalam majalah Nokta(the Point) untuk pertama kalinya pada tahun 1986 dan bermula dari itubeliau telah kenali oleh masyarakat umum. Kemunculan Pertama Di Akhbar Berita tentang Adnan Oktar telah muncul sebagai cerita mukamajalah Nokta- selepas lawatan Rusen Cakir, seorang korespondenmajalah tersebut, ke masjid tempat Andan Oktar berkumpul bersamarakan-rakannya dan mengadakan perbincangan. Cerita tersebutdisiarkan di bawah tajuk "Disciples from Colleges" yang menceritakanperihal Adnan Oktar dan cara beliau menyampaikan risalah Islamnyakepada golongan muda di sekelilingnya. Bermula dari detik itu, ramaipenuntut-penuntut universiti, kebanyakannya daripada UniversitiBosphorus, yang merupakan sebuah universiti Turkey yang palingberprestij, mula menyertai di dalam perbincangan Adnan Oktar. Sehingga pada permulaan musim panas tahun yang sama,organisasi akhbar telah membuat liputan lengkap tentang Adnan Oktarhampir setiap hari. Banyak surat khabar memuatkan namanya sebagaitajuk utama. Adnan Oktar, yang menyebarkan risalah Islam di dalammasyarakatnya telah dilihat sebagai seorang yang paling akrab denganagama, merupakan suatu kejutan kepada media. Judaisme dan Freemasonary (Agama dan Budaya Yahudi) Pada waktu tersebut, penyelidikan Adnan Oktar tentang Yahudi dan
  15. 15. 16 PENIPUAN EVOLUSIFreemason telah pun sedia untuk diterbitkan. Adnan Oktarmenumpukan sepenuh usahanya di dalam subjek ini memandangkan didalam al-Quran, Allah telah mengingatkan orang-orang Islam danmenyebutkan Yahudi sebagai musuh utama orang-orang beriman.Natijah daripada penyelidikan ini menunjukkan bahawa aktivitiZionisme di Turkey telah didalangi oleh Freemason, sebuah kumpulanbawah tanah. Terdapat perubahan yang disebabkan oleh pengaruhbudaya Freemason ke atas pejabat-pejabat kerajaan, universiti-universiti,parti-parti politik dan media. Prinsip misi ini ialah untuk menjauhkan rakyat Turkey daripadanilai-nilai spirituil, agama dan moral dan menjadikan mereka sepertibinatang, seperti yang disebutkan di dalam Taurat yang telahdiselewengkan. Untuk melaksanakan matlamat ini, dasar materialisme,teori evolusi, gaya hidup tanpa agama dan tanpa moral telah diserapkanke dalam masyarakat. Freemason yang terdapat di dalam kerajaan, mediadan institusi-institusi pengajian telah memainkan peranan utama untukmenjalankan kerja-kerja pendoktrinan ini. Kerana itulah, Adnan Oktar menumpukan seluruh usahanya untukmengkaji subjek ini. Ia memerlukan usaha yang dedikasi tetapi akhirnyabeliau berjaya memasuki penerbitan asal Freemason yang hanyadikhaskan untuk kegunaan mereka sahaja. Rentetan daripada itu, bukuJudaism and Freemasonary telah diterbitkan, ia mengandungipenyelidikan teliti ke atas kebudayaan sebenar Freemason yang telahberjalan sejak sekian lama. Penerbitan "Judaism and Freemasonary" merupakan batu loncatankepada Adnan Oktar. Masyarakat telah diberikan "kunci" untukmemasuki Freemason, dan mengenali siapakah yang menjalankanaktiviti-aktiviti mereka dengan teliti. Di dalam buku ini, senarai ahli-ahli penempatan Freemason,kedudukan individu di dalam organisasi, senarai Freemason di dalamkerajaan, kilang-kilang dan institusi-institusi Freemason, aktiviti-aktivitimereka, kuasa ekonomi dan politik yang dimiliki oleh Freemason, telahdidedahkan. Sumber utama maklumat-maklumat ini ialah penerbitan asal
  16. 16. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 17Freemason sendiri. Secara ringkasnya, buku ini telah membongkarkankeburukan Freemason sebagai sebuah kumpulan rahsia yang mempunyaihubungan rapat dengan Zionisme. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan olehFreemason mempunyai hubungan dengan idea Zionis, struktur organisasidan hierarki arahan Freemason, simbol dan ritual, hubungan intim diantara budaya Yahudi dan agama mereka, Taurat yang telahdiselewengkan dan Kabbalah, boleh didapati di dalam buku ini. Freemason Mula Menyerang Pendedahan rahsia-rahsia sulit Freemason kepada umum telahmenaikkan kemarahan mereka. Dari segi lain pula, sebahagian keluargaternama di Istanbul merasa gusar dengan anak-anak mereka yang telahmengubah gaya hidup mereka dan mula mentaati kewajipan agamamereka. Dua faktor inilah yang telah menggerakkan Freemason untukmenyekat aktiviti-aktiviti Adnan Oktar. Sebagai permulaan, mereka menawarkan sejumlah imbuhan yangbesar melalui "orang perantaraan" untuk menghentikan penerbitan bukuJudaism and Freemasonary ini. Memandangkan jawapan Adnan Oktarialah "Tidak", maka mereka mula menggertaknya. Setelah gagal dengancara yang kedua, Adnan Oktar seterusnya telah ditahan di atas kesalahanyang dia sendiri tidak tahu. Hanya kemudian telah dijelaskan bahawabeliau telah ditahan kerana kenyataan beliau "I am from the nation ofIbrahim and Turkish ethnicity". Kenyataan ini telah muncul di dalam satutemu ramah yang disiarkan di dalam sebuah akhbar. Pada masa itu jugatimbul beberapa laporan palsu, maklumat-maklumat tidak berasas danfitnah mula muncul di media. Jelaslah bahawa Freemason telah mengenalpasti beliau sebagai satu ancaman kepada kewujudan mereka. Sebelumterlambat, mereka telah mengambil inisiatif untuk menyekatnya. Penderaan di Hospital Sakit Jiwa Pada mulanya Adnan Oktar telah ditahan dan dipenjarakan.Kemudian dia telah dipindahkan ke Hospital Sakit Jiwa Barkirkoy dan
  17. 17. 18 PENIPUAN EVOLUSIditempatkan di bawah pemerhatian dengan alasan dia menghadapitekanan jiwa. Di hospital tersebut, beliau telah ditempatkan di wad 14A,sebuah bahagian khas yang hanya menempatkan pesakit-pesakit yangbahaya dan kebal daripada sebarang hukuman. Memandangkanpembunuhan merupakan perkara biasa di situ, maka mereka berharapagar Adnan Oktar akan dibunuh. Untuk beberapa lama, beliau telahdirantai di sebuah katil dan telah didedahkan kepada keganasan. Secarapaksa, dia juga telah diberikan dadah yang menjejaskan kesedaranbeliau. Pada masa yang sama, rakan-rakan yang menziarahinya melihatbagaimana dia masih terus berkomitmen dan bersemangat di dalamhospital. Malah semua yang dihadapinya hanya menambahkan lagikomitmennya. Ekspresi wajahnya pada gambar yang diambil di hadapankurungannya, merupakan alamat yang jelas bahawa Adnan Oktar masihberazam untuk terus mara. Adnan telah berada di penjara dan hospital sakit jiwa selama 19bulan dan kemudian telah dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamahmemandangkan kenyataan beliau didapati tidak membahayakan.Selepas dibebaskan, beliau mendapati jumlah golongan muda yangmenyokongnya telah bertambah dengan begitu drastik. Sebahagian Adnan Oktar telah dimasukan ke dalam bilik kurungan yang menempatkan pesakit- pesakit jiwa yang bahaya. Rakan-rakannya hanya dibenarkan berjumpa dengannya 5- 10 minit di sebalik jaring besi. Dia sering mengingatkan kepada pelawat-pelawatnya "Dont worry, Allah is with us".
  18. 18. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 19mereka hanya berjumpa dengannya pertama kali ketika beliau di dalampenjara. Disebabkan mereka dilarang daripada bertemu dengannya, makamereka hanya dapat menemuinya di sebalik jaring hospital. Denganhanya beberapa minit berbual dengannya di sebalik jaring, telahmemadai untuk menyebabkan golongan muda ini merasa kagum,seterusnya merasa sayang dan menghormatinya. Teori Evolusi Sejak mula menyampaikan pandangannya tentang agama padatahun 1979 lagi, pendedahan wajah sebenar teori evolusi telah menjadimatlamat utamanya. Teori evolusi ini telah menjadi satu subjek yanglebih utama daripada yang lain. Dengan penuh iltizam, Adnan Oktarmelaksanakan aktiviti-aktiviti menentang Darwinisme. Dalam tahun1986, beliau telah menghimpunkan kajian berharganya terhadapDarwinisme di dalam buku bertajuk "Living Things and Evolution".Berpandukan sumber-sumber sains, buku ini menunjukkan kebuntuanteori ini dan mendedahkan hakikat sebenar kejadian. Selama beberapatahun, buku ini telah menjadi sebuah rujukan yang unik kepada anti-Dawinisme. Dalam masa yang sama, sahabat-sahabat beliau juga menumpukanusaha mereka mengkaji teori evolusi. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menerangkan kepada masyarakat bahawa teori ini tidakmempunyai sebarang asas yang kukuh. Di kolej-kolej dan sekolah-sekolah menengah, perdebatan saintifik dijalankan di kalangan pelajar.Amat memeranjatkan apabila mendapati sebahagian pembimbing sendirimenerima Darwinisme secara membuta tuli. Seumur hidup mereka,inilah pertama kalinya mereka bertemu dengan pelajar-pelajar yangmempunyai pengetahuan yang amat luas tentang teori evolusi ini. Lebihmemeranjatkan lagi, pelajar-pelajar ini mengetahui lebih daripadamereka sendiri dan mempertahankan fakta penciptaan dengan begitulancar sekali. Di sesetengah universiti, persidangan tentang teori evolusi
  19. 19. 20 PENIPUAN EVOLUSIdiadakan. Dengan tidak disangka-sangka, pensyarah-pensyarah danpelajar-pelajar ateis yang telah berpusu-pusu menghadirinya, telah"dikejutkan" dengan bukti-bukti sains yang dikemukakan di dalampersidangan-persidangan tersebut. Selepas itu kepalsuan teori evolusidapat didengari di mana-mana sahaja samada di pesta-pesta buku, pusat-pusat kebudayaan dan di dalam pengangkutan awam. Ini merupakan kerja-kerja awal untuk kempen yang dilancarkanpada 1998. matlamat kempen ini ialah; untuk menghapuskan teorievolusi dan materialisme dari lipatan sejarah. Golongan Baru Ketika Adnan Oktar dibebaskan pada 1988, kebanyakan sahabat-sahabatnya telah memasuki universiti. Oleh itu, usaha beliau untukmenyebarkan risalah Islam dan nilai moral tidak lagi terhad di sekolahsahaja. Pada waktu itu, sebahagian besar masyarakat telah mendapatkefahaman yang jelas terhadap pandangan ini. Adnan dan rakan-rakannya meletakkan di bahu mereka tanggungjawab untukmengingatkan golongan muda, bahawa mereka akan dipertanggung-jawabkan di atas segala yang mereka lakukan dan anuti, dan bahawamereka akan dihakimi di hadapan Allah. Oleh itu, mereka menyeru anak-anak muda ini untuk mengatur semula amalan mereka dan membimbinghidup mereka untuk mematuhi segala arahan Allah. Akhirnya,sebahagian mereka yang sebelum ini mengamalkan gaya hidup yangekstrem dan liar telah mula mengubah cara hidup mereka dan menjadimanusia yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab. Menyedari bahawa seseorang tidak mampu untuk membimbingdirinya untuk melihat hakikat Islam tanpa pembimbing, Adnanmenasihatkan golongan muda di sekelilingnya untuk meletakkankeredaan Allah sebagai matlamat utama di dalam hidup mereka. Beliausering mengingatkan bahawa setiap orang akan dihakimi di hadapanAllah, maka mereka perlu berkelakuan dengan sebaik-baik akhlak.
  20. 20. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 21 The Science Research Foundation Dua tahun selepas pembebasannya pada tahun 1988, Adnan Oktartelah meletakkan idea asas Science Research Foundation (YayasanPenyelidikan Sains) yang telah diasaskan pada 1990. Beliau mengadakanperbincangan berkaitan nilai-nilai moral bersama dengan rakan-rakanyang berkongsi idea dengannya. Pada waktu inilah asas Science ResearchFoundation dibentuk dengan sumbangan Adnan Oktar. Akhirnya, pada Januari 1990, Adnan Oktar dan rakan-rakanbelianya telah mengasaskan Science Research Foundation untukmembolehkan mereka menjalankan perkhidmatan mereka di bawahnama sebuah institut dan menyampaikannya kepada masyarakat. AdnanOktar telah dilantik sebagai Presiden Kehormat Yayasan. Yayasantersebut menetapkan pelaksanaan beberapa aktiviti; ahli-ahli yayasantersebut menerbitkan buku-buku dan menjalankan penyelidikankebudayaan, menjalankan panel, diskusi dan persidangan untukmemelihara dan menghidupkan kembali nilai-nilai moral. Selepas penubuhan yayasan tersebut, sepasukan polis telahmenyerbu ke sebuah perjumpaan biasa yang dihadiri oleh 100 ahli. Lebihseratus ahli telah diletakkan di bawah pengawasan dan telah disoal siasatoleh polis. Keesokan harinya, organisasi media kepunyaan Freemasontelah membuat liputan tentang penangkapan ini seolah-olah sekumpulanpenjenayah besar telah ditangkap. Kebanyakan ahli telah dibebaskanselepas 3-4 jam ditahan. Tetapi kempen fitnah yang dilancarkan olehakhbar telah berlangsung selama berhari-hari. Akhbar tersebut menulisberbagai cerita menarik berkaitan Adnan Oktar dan ahli-ahli yayasan.Tujuan utama berita-berita subjektif ini adalah untuk mengelirukaninstitusi sekuriti dan kehakiman dengan tuduhan-tuduhan rekaan.Bagaimana pun, semua usaha ini sia-sia belaka. Adnan yang telahdiletakkan di bawah pengawasan dan disoal siasat selama seminggutelah dibebaskan kerana tidak terdapat sebarang elemen jenayah didalam peristiwa tersebut. Ia menunjukkan bahawa golongan yang samacuba menyampaikan amaran mereka dengan cara mereka sendiri.
  21. 21. 22 PENIPUAN EVOLUSI Plot Kokain Pada tahun 1990, aktiviti-aktiviti Science Research Foundation telahberjalan dengan lebih beriltizam. Pada pertengahan 1991, dua orang ahliyayasan tersebut telah melangsungkan perkahwinan. Bagaimana pun,keluarga mereka telah membuat aduan menentang perkahwinan ini.Lebih daripada itu, Adnan Oktar telah disalahkan di atas perkahwinanini, yang sama sekali tidak menyalahi undang-undang. Ekoran itu,Adnan telah sekali lagi ditahan. Tetapi kali ini, kewujudan sebuahperancangan dapat dilihat jelas. Pegawai polis yang memecah masuk kedalam rumah Adnan, di mana beliau tinggal bersama ibunya, telahmenemui sebungkus kokain di dalam sebuah buku. Terdapat beratus-ratus buku di dalam rak-rak buku yang memenuhi dua dinding, danpegawai tersebut telah menemui kokain itu di dalam beberapa minit,seolah-olah mereka sendiri yang meninggalkannya. Hanya selepas peristiwa ini, Adna Oktar yang pada waktu ituberada di Izmir bersama beberapa orang kawan, telah ditangkap. Beliaukemudian telah dipindahkan ke Ibu pejabat Keselamatan Istanbul, dimana beliau telah ditahan selama 62 jam. Selepas 62 jam, beliau telahdihantar ke Forensic Medicine Institution untuk membuat pemeriksaankokain. Keputusannya amat memeranjatkan! Kesan dos kokain yangtinggi telah dikesan di dalam darah Adnan Oktar! Ini membuktikan dengan jelas bahawa ia adalah sebuah konspirasi.Mulanya, telah ditemui kokain di rumah Adnan. Tidak berapa lamasebelum kejadian tersebut, Adnan telah merasakan seolah-olah ada plotyang sedang dirancangkan untuk menentangnya dan beliaumeninggalkan rumahnya di Ortakoy, Istanbul. Kemudian, beliaumenghubungi ibunya dan memberitahu bahawa dia menjangkakansebuah perancangan telah diatur untuk memerangkapnya, dan diameminta ibunya membersihkan dan memeriksa rumah mereka denganteliti bersama beberapa orang lain, supaya mereka dapat menjadi saksi.Ibu beliau, Mehina Oktar, telah menghubungi seorang jiran dan seorangpenjaga pintu, dan mereka telah membersihkan rumah tersebut dengan
  22. 22. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 23cermat, dan meneliti setiap buku yang terdapat di rak-rak buku.Walaupun, Adnan tidak pernah pulang ke rumahnya selepaspembersihan ini, 16 orang anggota polis telah menyerbu flat tersebut danmenemui "sebungkus kokain" di dalam sebuah buku. Jiran beliau danpenjaga pintu telah memberikan keterangan mereka secara individusebelum natori umum membuat kenyataan; "Kami telah membersihkanbuku-buku Adnan Oktar dengan teliti dan tidak terdapat sebarangbungkusan seperti itu". Bahagian kedua plot kokain ini ialah kesan kokain yang dikesan didalam darah Adnan Oktar. Bukti sains dan kehakiman telahmembatalkan dakwaan ini. Adnan telah berada di Ibu PejabatKeselamatan Istanbul selama 62 jam dan pemeriksaan tersebut telahdijalankan selepas 62 jam. Bagaimana pun, dengan melihat pada jumlahkesan kokain yang dikesan di dalam darah beliau, kita akan dapatmengagak berapa banyak kokain yang telah diambilnya. Di samping itu,perkiraan ini juga dapat menentukan berapa lama kokain itu telahdiambil. Dos kokain yang dikesan di dalam darah Adnan Oktar yangberada pada paras bahaya, telah diambil 62 jam yang lalu. Dengan katalain, dos yang tinggi seperti ini akan membunuhnya sekiranya ia diambil62 jam yang lalu. Keputusan ini menunjukkan bahawa kokain yangdikesan di dalam darah Adnan Oktar telah dimasukkan ke dalambadannya dalam tempoh 62 jam. Dengan lain perkataan, beliau telahdiberikan kokain ketika ditahan di ibu pejabat keselamatan. Kokaintersebut telah dicampurkan ke dalam makanannya ketika beliauberada di dalam tahanan polis. Kenyataan ini telah diakui oleh 30 institusi forensik, termasukScotland Yard. Mereka telah mengkaji fail yang telah dikirimkan kepadamereka berkaitan dengan kes tersebut. Konklusi mereka ialah; "Kokaintelah dicampurkan ke dalam makanan ketika beliau berada di dalamtahanan polis. Kejadian ini adalah satu perancangan". Seterusnya, Institut Forensik Turkey sendiri mengakui bahawakokain telah dicampurkan ke dalam makanan beliau ketika dia beradadi dalam tahanan polis, dan Adnan Oktar telah dibebaskan.
  23. 23. 24 PENIPUAN EVOLUSI Bagaimana pun, plot ini telah mendedahkan satu fakta penting;terdapat beberapa golongan jahat yang mempunyai dendam yang dalamterhadap Adnan Oktar dan akan menggunakan apa sahaja jalan yangsalah untuk menghentikan aktiviti-aktivitinya. Adnan oktarmengumumkan bahawa mereka sedang membuat sebuah buku tentangFreemason yang akan mendedahkan strategik-strategik rahsia mereka diTurkey. Ia telah jelas bahawa pusat Freemason berhasrat untukmengancam Adnan dengan memenjarakannya dan memberikan tekananke atasnya, kali ini dengan mengadakan sebuah plot. Bagaimana Media Membantu Plot Ini? Melalui plot kokain ini, matlamat golongan jahat Freemason iniadalah untuk membiarkan Adnan Oktar di dalam penjara selamasetahun, walau pun beliau tidak melakukan sebarang jenayah. Matlamatyang lain pula, ialah untuk menonjolkan beliau sebagai seorang penagihdadah dan juga untuk menjatuhkan maruahnya di mata masyarakatumum. Sememangnya, terdapat beberapa organisasi akhbar yang beradadi bawah cengkaman Freemason, dan menjalankan kempen memfitnah,secara terang-terang telah menonjolkan sokongan mereka kepadaFreemason. Sesetengah akhbar menyiarkan tajuk utama di muka depanyang mencela dengan tulisan berhuruf besar. Matlamat utama merekaialah untuk menyekat semua aktiviti-aktiviti mereka yang komitmendalam menyebarkan risalah Allah dan nilai-nilai murni. Usaha AdnanOktar sering menghalang matlamat mereka dan usaha mereka untukmelahirkan sebuah masyarakat materialistik yang sepenuhnya menolaknilai-nilai murni. Sikap subjektif organisasi-organisasi media ini dapat dilihat denganjelas pada tahun-tahun berikutnya. Akhbar-akhbar yang seringmelemparkan fitnah kepada Adnan Oktar, telah memperuntukkan lapankolum untuk berita-berita yang mencela walau pun gagal untukmembuat liputan berita-berita Adnan Oktar yang sebenar atau sekurang-kurangnya menyebarkan beberapa baris perkataan tidak senonoh.
  24. 24. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 25 Tindakan Freemason dan materialis berganding bahu menyerangAdnan Oktar merupakan tanda terbesar bahawa dia sebenarnya beradadi landasan yang lurus. Semua celaan yang pernah disebarkan untukmenentang orang-orang Muslim seperti yang disebutkan di dalam al-Quran, juga telah digunakan untuk menentangnya. Beliau telah dituduhsebagai "seorang ahli sihir", "seorang gila", dan "seorang yang hanyamementingkan dirinya sendiri". Semua tohmahan yang diterimanya iniadalah disebabkan oleh kejujuran dan kemurniannya. Bagaimana pun,Adnan Oktar sering menganggap semua tuduhan dan serangan keatasnya yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu ini, sebagaikehormatan kepada dirinya! Kehidupan Terasing Adnan Oktar Selepas menyempurnakan misinya menubuhkan Science ResearchFoundation, beliau meneruskan aktivitinya selama dua tahun tanpagangguan dan kemudian pada tahun 1991, beliau menumpukan seluruhmasa untuk bukunya. Terutama selepas plot kokain yang dirancanguntuk menjatuhkannya, beliau menjalani kehidupan yang terasing dalamusaha untuk mencegah sebarang plot dan serangan lain ke atasnya dansupaya beliau dapat meluangkan lebih masa untuk bukunya. Beliaumenghabiskan sepenuh masanya di rumah. Sekali sekala, beliaumenziarahi rakan-rakan dan menjalankan perbincangan. Beliau menolaksebarang temuramah akhbar dan saluran TV walau pun merekamendesaknya. Pada waktu itu, Adnan Oktar hanya melibatkan dirinya di dalamaktiviti-aktiviti yayasan tersebut pada peringkat merangka prinsip asasyayasan. Beliau menasihatkan ahli-ahli yayasan tersebut supayamengikut al-Quran dan mengamalkan akhlak yang murni. Keadaan iniberlangsung sehinggalah 12 November 1999, pada hari di mana satuoperasi polis telah diatur untuk menentang komuniti SRF.
  25. 25. 26 PENIPUAN EVOLUSI Menyampaikan Islam Kepada Golongan Atasan Di antara matlamat utama Adnan Oktar ialah untuk melakukanperubahan radikal ke atas masyarakat yang beranggapan bahawa "agamahanyalah satu fenomena yang berkaitan dengan orang-orang tua danbeberapa golongan tertentu di dalam masyarakat". Anggapan inimenyekat pengaruh ajaran al-Quran untuk menyerap masuk ke dalammasyarakat. Mereka yang diharapkan menjadi contoh teladan kepadagolongan muda adalah terdiri daripada golongan homoseksual, penipu,tidak berakhlak dan sebagainya. Lebih buruk lagi, mereka yang menolakagama dan nilai-nilai murni ini, telah menjerumuskan diri mereka kekancah kemusnahan setiap hari. Namun begitu, masih ada harapan bagimereka sekiranya mereka disedarkan tentang hakikat sebenar. Dalamusaha untuk menyekat prejudis yang telah tersebar luas ini, Adnan Oktarterlah mengambil inisiatif untuk menyeru golongan yang mampumemberi kesan "simbolik" kepada masyarakat dan menyedarkan merekatentang nilai-nilai moral. Kerana itulah, sebahagian ahli-ahli SRFmenghampiri mereka yang terkenal seperti model, penyanyi dan pelakon.Ini dapat dijelaskan melalui kenyataan akhbar oleh SRF seperti berikut: "Dialog di antara sebahagian ahli Science Research Foundation dengan model- model adalah berdasarkan usaha untuk membiasakan mereka dengan akhlak yang baik. Terutamanya, pada tahun 1994-95, beberapa orang ahli yayasan telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan beberapa orang model. Pada masa inilah, ahli-ahli menerangkan kepada mereka keruntuhan akhlak yang dihadapi oleh masyarakat kini dan menyedarkan mereka tentang kewujudan Allah. Banyak buku telah diberikan kepada mereka berkaitan dengan al-Quran dan moral yang baik. Ini memberikan kesedaran dalaman kepada sebahagian daripada mereka". Gulay Pinarbasi, merupakan satu contoh terbaik untuk kesedaranspirituil ini. Beliau adalah seorang model sebelum bertemu dengankomuniti SRF; tetapi kemudian beliau mengambil keputusan untukmengubah seluruh kehidupannya. Tidak lama kemudian, beliau telahmeninggalkan cara hidupnya yang lama dan memulakan sebuah
  26. 26. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 27kehidupan baru yang lebih sempurna. Beliau meluangkan sepenuhmasanya mempelajari sains dan agama, selepas itu, beliau telahmemulakan sebuah karier baru sebagai seorang kolumnis di sebuahakhbar konservatif. Pada masanya sama, beberapa orang model lelakiyang terpesona dengan kebenaran yang dijelaskan oleh ahli-ahli SRF,telah berhenti daripada karier mereka dan mula menyusun kembaliseluruh kehidupan mereka dengan gaya yang sama sekali berbeza. Penentangan Keras Ke Atas Darwinisme Pada awal 1998, Adnan Oktar dan rakan-rakannya telahmelancarkan kempen intelektual menyerang Darwinisme. Sebagaipermulaan, beratus-ratus naskhah buku Adnan Oktar "Evolution Deceit"dan risalah berkaitan dengan buku tersebut telah diedarkan secarapercuma ke seluruh pelosok Turkey. Science Research Foundation telahmemulakan siri persidangan "The Collapse of the Evolution Theory andthe Fact of the Creation", di serata Turkey. Tiga persidangan yangdiadakan di Istanbul dan Ankara telah dihoskan oleh para saintisAmerika yang terkenal sebagai pensyarahnya. Kemudian, beberapa persidangan lain telah diadakan di 120 bandardan pekan Turkey. Di dalam persidangan-persidangan ini, ahli-ahli SRFyang pakar di dalam bidang masing-masing telah memberikan syarahanmereka. Matlamat mereka adalah untuk menutup mulut Darwinisme,sebuah penipuan yang telah dipropagandakan di bawah nama sains, danjuga untuk memusnahkan fahaman dan moral materialis. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Science Research Foundationdengan diketuai oleh Adnan Oktar, telah mencapai kejayaan yangcemerlang. Mereka yang tidak mengetahui tentang teori evolusi, kinitelah berpeluang untuk mempelajari dalaman teori ini dan penipuansaintifik yang dilakukannya ke seluruh dunia. Masyarakat Turkey, telahmenyedari bahawa sistem pendidikan yang diasaskan di atas desakanteori evolusi kepada golongan muda, merupakan satu perancangantersembunyi menentang nilai-nilai kemasyarakatan dan moral, dan juga
  27. 27. 28 PENIPUAN EVOLUSIgenerasi masa depan. Lebih dari itu, mereka juga telah berpeluang untukmengetahui bahawa falsafah materialistik dan teori evolusi, merupakansumber utama fahaman komunis yang menyebabkan kekacauan dankeganasan di dalam setiap negeri. Penerbitan buku-buku, pengurusan persidangan-persidangan,pengeluaran kaset-kaset video dan CD, merupakan di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh yayasan ini. Kebanyakan pengeluaran iniadalah berkaitan dengan pemansuhan teori evolusi secara saintifik,ideologi di belakang ideologi ini dan hakikat kejadian. Buku-buku yang ditulis oleh Harun Yahya dan pengeluaran yangdilakukan oleh Science Research Foundation melibatkan 100 buah buku-buku di dalam politik, isu-isu sains dan agama, 5 dokumentari, berdozen-dozen kaset dan CD berkaitan teori evolusi dan penciptaan. Terus Ditekan… Semua aktiviti-aktiviti ini telah menyinggung beberapa golongan.Ekoran itu, golongan materialis dan Freemason telah melancarkankempen menentang aktiviti-aktiviti ini. Mereka menyeluarkankenyataan-kenyataan seperti, "Persidangan yang diadakan oleh ScienceResearch Foundation mesti dihalang". Tujuan mereka adalah untukmenyekat sebarang kajian sains yang boleh membuntukan teori evolusi.Disebabkan mereka tidak dapat memberikan respons yang saintifik,maka satu-satunya perkara yang dapat mereka lakukan ialah menyerusupaya aktiviti-aktiviti ini dihentikan segera. Mereka tidak dapatmenerima segala kebuntuan teori ini didedahkan kepada masyarakatawam Turkey. Usaha Adnan Oktar dan rakan-rakannya telah berterusansehingga 1999. pada masa inilah berita tentang "Global Freemason",buku terbaru Harun Yahya di dalam tiga jilid, telah diedarkan… Iamerupakan cabaran kepada beberapa golongan. Tanpa membuang masa,mereka mula mengatur rancangan dan membuat berbagai kecamankepada pihak berkuasa serta menghasut mereka. Selepas itu, bermulalahoperasi polis Turkey yang terbesar.
  28. 28. Kisah Hidup ADNAN OKTAR 29 Tentunya Adnan Oktar tidak didakwa kerana "menyeru manusiakepada kebenaran Allah, mengingatkan mereka akan Allah, agama dannilai-nilai murni Islam, dan menentang materialisme, keingkaran danperkara tidak bermoral". Tetapi pada kaca mata mereka yang cubamenyekatnya, ini semua adalah "jenayahnya" yang sebenar. Pada masayang sama, media seperti biasa telah menjalankan peranan mereka untukmenyampaikannya dengan cara yang berbeza kepada masyarakatumum... Pada 12 November 1999, beberapa organisasi media, telahmenjalankan penentangan ke atas Adnan Oktar, dengan menyebarkanfitnah, mereka-reka senario dan penipuan. Penipuan dan fitnah yangtidak berasas telah muncul di dalam akbar setiap hari dan yang lebihmenarik penipuan-penipuan ini sering menyanggah penipuan yang lain.Dengan mengetepikan prinsip kejujuran akhbar mereka, organisasi-organisasi ini benar-benar telah terkesan dengan permusuhan merekadengan Adnan Oktar selama beberapa tahun. Bagaimana pun, seperti yang sering disebutkan oleh Adnan Oktar,mereka sendiri sebenarnya tidak dapat mengelak untuk mengikutkehendak Allah, dan tanpa mereka sedari, mereka telah pun menjalankantanggungjawab yang ditetapkan kepada mereka dengan sebaik yangmungkin, kerana Allah telah menetapkan segalanya kepada mereka. Mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telahmembantu orang-orang Islam mencapai matlamat mereka, keranamereka telah diuji dan menerima keberkatan Allah. Tambahan pula,dengan cara ini juga mereka yang menyeru kebenaran akan menonjolsupaya masyarakat dapat mengenalinya. Berdasarkan firman Allah "Tolaklah (kejahatan itu) dengan carayang lebih baik" (Surah Fishshilat:34), Adnan Oktar sering bersikapdamai dan toleran dengan mereka yang memusuhinya. Beliau berpegangbahawa "The fate Allah creates always perfect and there is goodness inall". Kebaikan yang Allah jadikan ini Insyallah akan dapat disaksikanoleh semua.
  29. 29. BAHAGIAN 1:Penyanggahan Darwinisme
  30. 30. Pengenalan:MENGAPA TEORI EVOLUSI? ebahagian masyarakat yang pernah mendengar tentang "TeoriS Evolusi" atau "Darwinisme", mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apakepentingan di dalam kehidupan mereka. Suatu kesilapan yang besar,kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan biologi sahaja, malahteori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah yang telahmempengaruhi ramai orang. Falsafah ini adalah "materialisme", yang mengandungi kepalsuantentang bagaimana kita datang (asal kejadian). Matlamat utamamaterialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan ituadalah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok inilah ia telahmenolak kewujudan seorang Al-Khaled (Pencipta), iaitu Allah.Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini menjadikanmanusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaandan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral. Ini adalah permulaansebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia. Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja,tetapi ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asas yang dipegang olehsesebuah negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuahmasyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sentivitinya, sehingga yangmenjadi perhatian utama mereka ialah kebendaan. Memandangkananggota sesebuah masyarakat itu boleh menerima fahaman-fahamanyang idea seperti semangat pejuangan, kecintaan kepada seseorang,keadilan, kemuliaan, kejujuran, pengorbanan, amanah, atau moral- moralyang baik, susunan masyarakat yang diasaskan oleh individu-individu
  31. 31. 32 PENIPUAN EVOLUSIini telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat.Dengan sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapabahaya terhadap nilai-nilai asas politik dan masyarakat sebuah bangsa. Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadapkeganasan dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara danmasyarakatnya. Komunisme, pegangan asas ideologi ini, adalah hasildaripada falsafah materialis. Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman suci agama sesuatu negara dan keluarga, ia mengandungi dasarideologi bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan yang terpisah secaralangsung menentang struktur negeri yang bersatu. Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadisandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini,komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawaideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasaskomunisme, Karl Marx, menulis untuk buku Darwin, bertajuk "TheOrigin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi, sebagai "… iniadalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita".1 Dengan sebab itu, setiap fahaman materialis, yang menjadikan idea-idea Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teorievolusi telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sainstelah membuktikan kesilapan teori ini dan akan berterusan membuktikankesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu Karl Marx sendiri menjelaskan bahawa teori evolusi menghasilkan dasar penuh materialisme dan juga komunisme. Beliau juga menunjukkan rasa simpatinya terhadap Darwin dengan menyebut di dalam bukunya yang dikira sebagai yang terbaik, Das Kapital. Di dalam edisi Jerman, beliau menulis; "Daripada peminat setia Charles Darwin".
  32. 32. Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi? 33tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawasetiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awaldaripadanya (berperingkat-peringkat). Tujuan utama buku ini ialah untuk mendedahkan fakta-faktasaintifik yang menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan danmemaklumkan kepada masyarakat tentang kepalsuan, penipuan dantujuan sebenar "sains" (evolusi) ini, yang sememangnya telah jelassebagai suatu fakta yang sesat. Perlu ditegaskan di sini, bahawa para ahli evolusi tidak mempunyaijawapan terhadap buku yang sedang kamu baca ini. Dan mereka sendiritidak akan sama sekali cuba untuk menjawabnya kerana ia hanya akanmemudahkan masyarakat mengenal pasti kepalsuan teori mereka ini.
  33. 33. Bab 1 UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA PREJUDIS bahagian besar masyarakat menerima segala yang mereka dengarS daripada saintis sebagai sesuatu yang benar belaka. Tidak terlintas di fikiran mereka bahawa para saintis juga mungkin prejudisterhadap sesuatu fahaman atau falsafah. Fakta kebendaan yangdikemukakan oleh evolusionis kepada masyarakat umum melaluisaluran sains, merupakan contoh yang jelas terhadap ketaksuban merekaterhadap suatu fahaman. Sebagai contoh, walau pun mereka menyedaribahawa kejadian yang berkecamuk tidak akan menghasilkan apa-apamelainkan kejanggalan dan kekeliruan, mereka masih mendakwabahawa aturan, perancangan dan rekaan mengagumkan yang dapatdilihat pada alam dan hidupan telah terbentuk secara kebetulan. Tambahan pula, seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnyakeseimbangan yang sukar difahami di dalam molekul protein yangmenjadi blok pembinaan hidupan, maka amat mustahil untuk kitakatakan bahawa ianya terjadi secara kebetulan sahaja. Lebih-lebih lagi,dia mendakwa protein ini berasal daripada kerak bumi yang primitif dankemudian terkesan secara kebetulan berbilion-bilion tahun dahulu. Tidakcukup dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu bahawa tidakhanya satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara kebetulan danbercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama. Lebihdaripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengankedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi". Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah batabertindan di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu lorong,pasti dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum secara
  34. 34. Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis 35kebetulan dan merangkak naik antara satu sama lain, juga secarakebetulan. Bukan itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaianseperti itu akan dianggap tidak siuman. Bagaimana mungkin manusia yang dapat berfikiran rasional dalamkes-kes biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabilamemperkatakan tentang kewujudan mereka sendiri? Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sifat ini diterima (secaratidak jujur) di atas nama sains; sains menuntut pengambilan kedua-duaalternatif untuk dipertimbangkan apabila terdapat dua kemungkinanyang berbeza di dalam suatu kes yang sama. Dan sekiranya suatukemungkinan itu lebih rendah, seperti hanya satu peratus, maka secararasional dan saintifiknya diambil alternatif yang lain, yangkebarangkaliannya adalah 99 peratus, sebagai alternatif yang sah. Mari kita teruskan, dengan berpegang kepada asas saintifik ini.Terdapat dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupanboleh wujud di muka bumi ini; (I) yang pertama ialah semua bendahidup ini telah diciptakan oleh Allah s.w.t di dalam bentuk struktur yangsempurna, (2) yang kedua ialah kehidupan ini terbentuk secara tidaksengaja atau secara kebetulan. Yang kedua ini adalah pendapat teorievolusi. Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul sebagaicontoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel - walau hanyasatu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di dalam sel - dapatwujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh evolusionis.Seperti yang akan kami terangkan di dalam bab-bab yang seterusnya,perkiraan kebarangkalian juga telah membuktikannya beberapa kali.Oleh itu, pandangan evolusionis terhadap pembentukan hidupanmempunyai kebarangkalian sifar untuk menjadi betul. Ini bererti pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitukehidupan ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Ataudengan kata lain, ia telah diciptakan (oleh Allah). Semua benda hidupwujud dengan ciptaan seorang Pencipta Yang Maha Berkuasa, YangMaha Bijaksana dan Yang Maha Tinggi IlmuNya. Kenyataan ini
  35. 35. 36 PENIPUAN EVOLUSIbukannya suatu andaian, tetapi ia adalah suatu konklusi yang normaldan dapat diterima oleh akal fikiran, logik dan sains. Dalam keadaan ini, para saintis evolusi sepatutnya menarik balikdakwaan mereka dan menyokong fakta yang telah dibuktikan ini. Jikatidak, maka ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang individu yangmengorbankan sains untuk kepentingan falsafah, ideologi dan dogmanya, lebih daripada menjadi seorang saintis yang sejati. Kemarahan, kedegilan dan prejudis saintis ini makin meningkat danterus meningkat setiap kali dia berhadapan dengan kebenaran.Perangainya dapat dijelaskan dengan sepatah perkataan "kepercayaan"(atau keimanan). Tetapi ia hanyalah suatu kepercayaan yang membutatuli, memandangkan tidak terdapat sebarang keterangan yang bolehditerima untuk membuktikan fakta-fakta yang hanya direka-reka didalam imaginasinya sendiri. Materialisme Tuli Kepercayaan yang sedang kita perkatakan ini ialah suatu falsafahmaterialistik, yang mendakwa bahawa kebendaan wujud setiap masadan tiada yang lain selain daripadanya. Teori Evolusi dianggap "asassains" untuk falsafah materialistik ini, dan teori ini dipertahankan secaramembuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Tetapi kini, apabilasains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terusmenyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialismeini. Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkeyyang terkenal, dapat menunjukkan kepada kita bagaimana merekamembuat ketetapan yang keliru dan sesuka hati disebabkan olehkesetiaan mereka (terhadap teori ini). Saintis ini membincangkankebarangkalian berlakunya pembentukan Cytochrome-C sebagai suatukebetulan. Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukansuatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut: Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah
  36. 36. Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis 37 mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.2 Saintis ini mendapati ianya lebih saintifik untuk menerimakebarangkaliannya sebagai "mustahil" daripada mengakui bahawa ianyaadalah suatu ciptaan. Tetapi berdasarkan undang-undang sains,sekiranya terdapat dua penjelasan alternatif berkaitan suatu peristiwadan satu daripadanya adalah "mustahil" untuk direalisasikan, makaalternatif yang kedua diterima sebagai pandangan yang sahih. Namunbegitu, ketaksuban saintis ini dengan dogma materialistiknya, telahmenolak peranan seorang Pencipta Yang Maha Agung. Inimenyebabkan mereka menerima sesuatu yang berlawanan dengan sebabmusabab. Mereka yang mempercayai dan meyakini para saintis ini turutterpukau dan dibutakan oleh sumpahan materialistik yang sama danterpengaruh dengan sumpahan yang sama ketika membaca buku-bukudan artikel-artikel mereka. Pandangan dogma materialistik inilahyang menyebabkan sebahagian besar saintisternama di dalam bidang ini adalah ateis(tidak beragama). Mereka yang bebasdaripada sumpahan ini dan berfikiranterbuka, pastinya tidak akan teragak-agakuntuk menerima kewujudan seorangPencipta. Seorang pakar biokimia Amerika,Dr. Michael J. Behe, merupakan seorangsaintis terkemuka yang menyokong Michael Behe: "kebisuan yang"penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang memalukan mengelilingisejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau kekompleksitian sebuah sel"menggambarkan para saintis yang menolak
  37. 37. 38 PENIPUAN EVOLUSIkepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup iniseperti berikut; Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan". Natijah ini amat jelas dan penting yang mesti dicatatkan sebagai bahan penting di dalam sejarah sains… Selain daripada pelik, kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel. Kenapa komuniti sains tidak segera menerima penemuan nekad ini? Mengapakah pemerhatian rekaan dikendalikan dengan sarung tangan intelektual? Dilemanya ialah bahawa apabila sebelah gajah dilabelkan oleh rekaan bijaksana, sebelah yang satu lagi pula pasti telah dilabelkan olehTuhan.3 Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yangberfahaman ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dantelevisyen dan kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis buku. Semua kajian saintifik telah membuktikan kewujudanseorang Pencipta. Tetapi sehingga kini, mereka masih dibutakan olehdogma materialistik yang menyebabkan mereka terus menafikankebenaran ini. Mereka yang menolak keterangan danbukti-bukti jelas daripada Pencipta inimenjadi sepenuhnya tidak peka.Terperangkap oleh ketidakyakinan kepadadiri sendiri yang terkesan daripada sifatketidakpekaan ini, akhirnya merekamungkin akan menyokong suatu perkarayang mustahil sebagai sesuatu yang mulia.Satu contoh yang terbaik ialah seorangevolusionis yang terkemuka, RichardDawkins yang menyeru kepada orang- Richard Dawkins, sibukorang Kristian supaya tidak beranggapan mempropagandakan evolusi.
  38. 38. Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis 39bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telahmelihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.Menurut Dawkins, "Mungkin atom-atom tangan tugu tersebut telahbergerak pada arah dan masa yang sama - sebuah kejadian yang sukaruntuk berlaku, tetapi tidak mustahil".4 Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalamsejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut; Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang- orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (un- tuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-Anaam:111) Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiranevolusionis ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun iapelik pada mereka. Kenyataannya, apa yang dipegang oleh paraevolusionis ini bukan sebuah pemikiran sains moden tetapi hanyalahsebuah pengingkaran yang telah dianuti oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang tidak bertamadun. Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalamal-Quran:* Pagan – Orang yang tidak menganut sebarang agama terbesar di dunia
  39. 39. 40 PENIPUAN EVOLUSI Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15) Pendoktrinan Massa Evolusionis Seperti yang telah digariskan di dalam ayat-ayat di atas, salah satusebab mengapa manusia tidak dapat melihat hakikat kewujudan merekaadalah disebabkan oleh sejenis "sumpahan" yang menyekat kewarasanmereka. Ia adalah "sumpahan" yang sama yang telah mendasaripenerimaan masyarakat dunia terhadap teori evolusi. Apa yang kamimaksudkan dengan sumpahan ialah keadaan yang terhasil daripadapendoktrinan (indoctrination). Masyarakat telah didedahkan kepadaberbagai pendoktrinan tentang betapa tepatnya teori evolusi inisehinggakan mereka tidak menyedari penipuan yang wujud. Pendoktrinan ini menghasilkan kesan negatif kepada otak danmenggagalkan fungsi pertimbangan akal. Akhirnya, otak yang diasakdengan doktrin ini mulai menerima kenyataan tersebut bukan keranakeadaannya tetapi sebagaimana yang telah didoktrinkan. Fenomena inidapat dibuktikan dengan contoh-contoh lain. Umpamanya, jikaseseorang telah dipukau (hipotesis) dan didoktrinkan bahawa katil yangdia tidur itu adalah sebuah kereta, maka dia akan menerima katil itusebagai sebuah kereta selepas sesi hipotesis tersebut. Dia merasakanianya adalah sangat logik dan rasional kerana dia melihat sebegitu dantidak merasa ragu bahawa dia adalah betul. Contoh di atas ini, yangmenunjukkan keberkesanan dan kuasa mekanisme pendoktrinan, adalahrealiti sains yang telah dibuktikan oleh banyak eksperimen yang telahdicatatkan di dalam kebudayaan sains dan adalah santapan harianpsikologi dan buku-buku teks psikiatri.
  40. 40. Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis 41 Teori evolusi dan pandangan dunia materialistik yang berlandaskankepadanya telah melakukan asakan ke atas massa dengan metode-metode seperti ini. Masyarakat yang terus menerus berhadapan denganpendoktrinan evolusi di dalam media, sumber-sumber akademik, danplatform-platform "sains", tidak menyedari bahawa penerimaan teori inisebenarnya bertentangan dengan kebanyakan prinsip-prinsip asas sebabmusabab. Pendoktrinan yang sama telah memerangkap ramai parasaintis. Mereka yang baru memulakan langkah dalam karier sains telahmengambil pandangan dunia materialis ini sedikit demi sedikit.Terpesona dengan sumpahan ini, ramai saintis evolusionis meneruskanpencarian kepada pengesahan/pengukuhan saintifik kepada dakwaanevolusionis kurun ke-19 yang tidak rasional dan kuno ini, yang telahlama disanggah oleh bukti-bukti sains. Terdapat juga mekanisme-mekanisme tambahan yang mendorongsaintis untuk menjadi evolusionis dan materialis. Di negara-negaraBarat, seorang saintis perlu menerima beberapa standard untukdiketengahkan, untuk menerima pengiktirafan akademik, atau untukmembolehkan artikelnya diterbitkan di dalam jurnal-jurnal sains.Penerimaan terhadap teori evolusi merupakan di antara kriteria-kriterianya. Sistem ini telah mengakibatkan saintis-saintis inimengorbankan seluruh hidup mereka dan karier sains mereka semata-mata hanya untuk sebuah kepercayaan palsu ini. Ini adalah kenyataan yang terus berada di belakang dakwaan"evolusi masih diterima oleh dunia sains". Evolusi masih hidup hinggakini bukan kerana ia mempunyai nilai saintifik, tetapi kerana ia adalahsebuah obligasi (tanggungjawab) ideologi. Tidak ramai saintis yangmenyedari kenyataan ini dapat bangun menegaskan bahawa... Rajasebenarnya tidak memakai sebarang pakaian. Di dalam bab-bab berikutnya, kami akan mengemukakanpenemuan-penemuan sains moden yang telah membuktikan kehancurankepercayaan evolusi ini dan menunjukkan bukti-bukti yang jelasterhadap kewujudan Allah. Para pembaca akan mendapati bahawa teorievolusi sebenarnya adalah sebuah penipuan – penipuan yang telah
  41. 41. 42 PENIPUAN EVOLUSIdipercayai oleh sains di setiap peringkat tetapi menyokong penutupankebenaran penciptaan. Apa yang diharapkan daripada pembaca ialahsupaya kita dapat sedar daripada sumpahan yang membutakan minda-minda manusia dan menyekat kebolehan mereka untuk menghukum dania akan membalas dengan serius terhadap apa yang berkaitan denganbuku ini. Sekiranya dia melepaskan dirinya daripada sumpahan ini danberfikir dengan jelas, bebas, dan tanpa sebarang prejudis, dia akan segeramenemui kebenaran dengan sejelas-jelasnya. Kebenaran yang tidakdapat diselindung ini, yang telah dibuktikan oleh sains moden di dalamsemua aspek-aspeknya, ialah bahawa organisma hidup tidak wujudsecara kebetulan tetapi hasil daripada ciptaan. Manusia akan dapatmelihat kebenaran ciptaan ini dengan mudah apabila dia dapatmemikirkan bagaimana dirinya terbentuk, bagaimana dia telah terbentukdaripada setitis air, atau pun daripada kesempurnaan hidupan yang lain.
  42. 42. Bab 2 SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI sal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring denganA kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidakberagama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini. Jikakita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusiini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah paganyang tidak beragama. Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantuperkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yangmemainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan danmempertingkatkan sains moden. Kebanyakan pengasas-pengasas sainsmoden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sainsmereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan danmemahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya. Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardo da Vinci,Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sainsbotani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai"seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkajisains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapimereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagaisuatu hasil daripada ciptaanNya. 5 Albert Einstein, yang dianggapsebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintiswarak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut; "Sayatidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyaikeimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah
  43. 43. 44 PENIPUAN EVOLUSIgambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang".6 Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik JermanMax Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secaraserius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuahkuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis.7 Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yangdibayangi oleh falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebardengan meluasnya pada kurun ke-19. Seperti yang telah kami jelaskansebelum ini, materialisme mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor material sepenuhnya. Memandangkan ia telah menolak ciptaan(Allah) sejak awal lagi, maka ia mendakwa bahawa setiap benda, samadayang hidup atau tidak, telah muncul tanpa suatu gerakan daripadaciptaan tetapi hanyalah hasil daripada sebuah kebetulan yangkemudiannya tersusun mengikut keadaan. Minda manusiabagaimanapun, adalah amat teratur untuk memahami kewujudan suatukehendak yang tersusun apabila ia mendapat arahan. Falsafahmaterialistik, yang bertentangan dengan kriteria asas pemikiran manusiaini telah menghasilkan "teori evolusi" pada pertengahan abad ke 19. Khayalan Darwin Darwins Imagination Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorangnaturalis amatur, Charles Robert Darwin. Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal.Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup.Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadisukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.SBeagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembaramengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh duniaselama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amattertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burungciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakanbahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh
  44. 44. Sejarah Ringkas Teori Evolusi 45adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Denganmeletakkan ide ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asalhidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasikepada persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yangberbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datangdaripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satusama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi. Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-manapenemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannyatelah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasilsokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologimaterialis yang terkenal pada masa itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu caraterbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasimendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul didalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesiesyang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). MenurutDarwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini. Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihansemulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usulhidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliaumengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin ofSpecies, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859. Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah.Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab"Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil danorgan-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagaisuatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini.Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapatdiselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidakmenyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai.
  45. 45. 46 PENIPUAN EVOLUSISeorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentangkesukaran-kesukaran Darwin ini: Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan.8 Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum denganramai ahli biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya olehseorang ahli biologi Perancis, Lamarck.9 menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat yang mereka terima sepanjanghidup mereka dari satu generasi kepada generasi berikutnya dan dengandemikian ia berubah. Sebagai contoh, zirafah telah berubah daripada rusadengan memanjangkan lehernya sedikit demi sedikit dari satu generasike satu generasi ketika mereka cuba mencapai dahan-dahan yang lebihtinggi untuk mendapatkan makanan. Darwin telah menggunakan tesis"memindahkan sifat-sifat yang diperolehi" yang dikeluarkan olehLamarck sebagai suatu faktor yang menyebabkan benda hidup berubah. Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukankesilapan kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji denganteknologi yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidakmencukupi. Lapangan sains seperti genetik dan biokimia belum wujudwalau hanya pada nama. Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuhkepada keupayaan imaginasi mereka semata-mata. Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botaniAustria, Gregor Mendel telah menemui undang-undang pewarisan padatahun 1865. Tidak banyak yang dapat diketahui sehinggalah padapenghujung abad tersebut, penemuan Mendel telah mendapatkepentingan yang besar pada awal 1900an. Ia merupakan kelahirankepada ilmu sains genetik. Tidak berapa lama kemudian, struktur gendan kromosom telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun1950an yang mengandungi maklumat-maklumat genetik, telah
  46. 46. RASISME DARWIN atu di antara aspek antara bangsa S Darwin yang paling penting ialah fahaman rasnya (rasisme); Negro atau Australian dan gorila".2 Darwin menganggap bangsa kulit putih Eropah Idea gila adalah ‘lebih maju daripada Darwin ini tidak bangsa-bangsa manusia hanya sebuahlain. Apabila Darwin teori, tetapimenganggarkan manusia telah juga telahberubah daripada makhluk beruk, berada padadia menduga bahawa sesetengah satubangsa telah berkembang lebih kedudukanmaju daripada yang lain dansesetengah bangsa lain pula masihmemiliki sifat-sifat monyet. Didalam bukunya, The Descent ofMan, yang telah diterbitkan selepasbuku The Origin of the Species,beliau telah memberikan komentarberkenaan "perbezaan yang ketaradi antara manusia dari bangsa yangberbagai"1 Di dalam bukunya,Darwin beranggapan bangsa kulithitam dan Australian Aboriginessebagai kesinambungan kepadagorila dan kemudian disimpulkanbahawa ini semua boleh berlakudengan "civilised races" yang menghasilkan "landasan saintifik"(mentamadunkan bangsa-bangsa) yang paling penting untuk rasisme.mengikut masa. Beliau berkata: Dengan beranggapan bahawa hidupan ini "Di suatu jangka masa akan berubah dalam usaha untuk hidup, datang, tidak terlalu jauh seperti Darwinisme telah mengadaptasikannya diukur dengan abad-abad, ke dalam sains sosial, dan ia menjadi pertamadunan bangsa-bangsa sebuah konsep yang dikenali sebagai manusia ini akan menghapuskan "Darwinisme Sosial" (Social Darwinism). dan menggantikan tempat bangsa- Darwinisme sosial mendakwa bahawa bangsa liar di seluruh dunia. Pada kemunculan ras manusia dapat dikesan masa yang sama, beruk-beruk yang pada pusingan "tangga-tangga evolusi" menyerupai manusia (anthropomorphous apes)... pasti 1 Benjamin Farrington, What Darwin Really akan terhapus. Perbezaan di antara Said. London, Sphere Books, 1971, p.54-56 manusia pada peringkat yang lebih 2 Charles Darwin, The Descent of Man, 2nd bertamadun ini, seperti yang kita ed., New York, A.L. Burt Co., 1874, p.178 harapkan, sehinggakan Caucasian* * Caucasian – Sekumpulan manusia orang dan beberapa beruk rendah seperti asli (native) yang tinggal di kawasan babun, seumpama perbezaan di Caucacus.
  47. 47. 48 PENIPUAN EVOLUSImeletakkan teori evolusi di dalam krisis hebat. Ianya disebabkan olehkekompleksitian hidupan yang mengagumkan di samping ketiadaanmekanisme-mekanisme evolusi yang dikemukakan oleh Darwin. Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teoriDarwin dibakulsampahkan daripada sejarah. Bagaimanapun, ia tidakberlaku, kerana terdapat beberapa golongan tertentu yang cubamenyemak semula, memperbaharui dan mengangkat teori ini keplatform sains. Keadaan ini hanya dapat difahami sekiranya kitamenyedari bahawa di sebalik teori ini terdapat kepentingan ideologiyang lebih daripada sains. Usaha Nekad Neo-Darwinisme Teori Darwin telah menghadapi krisis yang hebat disebabkan olehundang-undang genetik yang telah ditemui pada awal suku kurun ke 20.Namun begitu, sekumpulan saintis yang setia dengan Darwin telahberusaha bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaiannya. Merekatelah berkumpul di dalam sebuah perjumpaan yang dikendalikan olehPersatuan Geologi Amerika pada tahun 1941. para ahli geologi seperti G.Ledyard Stebbins dan Theodosius Dobzhansky, ahli zoologi sepertiErnst Mayr dan Julian Huxley, ahli paleontologi seperti George Gaylorddan Glenn L. Jepsen, dan ahli matematik genetik seperti Ronald Fisherdan Sewall Right, selepas perbincangan yang panjang lebar, akhirnyamereka telah bersetuju untuk "memperbaiki" Darwinisme. Kumpulan ini menumpukan kepada persoalan asal usul variasimaju yang sepatutnya menyebabkan organisma-organisma hidupberubah - ia merupakan sebuah isu yang Darwin sendiri tidak dapatmenjelaskannya tetapi hanya dapat berdalih dengan bergantung kepadaLamarck. Ide terbaru kini ialah "mutasi rawak" (random mutations).Mereka menamakan teori baru ini sebagai "The Modern SyntheticEvolution Theory", yang dirumuskan dengan mencampurkan konsepmutasi kepada tesis pilihan semulajadi Darwin. Dalam masa yang singkatsahaja, teori ini telah dikenali sebagai "neo-Darwinisme" dan mereka
  48. 48. Sejarah Ringkas Teori Evolusi 49yang menghasilkan teori ini digelar sebagai "neo-Darwinis". Dekad berikutnya telah menjadi era percubaan-percubaan untukmembuktikan neo-Darwinisme ini. Telah diketahui bahawa mutasi - atau"kemalangan" yang berlaku di dalam gen organisma-organisma hidupsering menyebabkan kerosakan. Neo-Darwinis cuba mengemukakan satukeadaan "mutasi maju" dengan menjalankan beratus-ratus ekperimenmutasi. Tetapi, semua percubaan mereka berakhir dengan kegagalan. Mereka juga telah cuba membuktikan bahawa organisma hidupyang pertama telah terbentuk secara tidak sengaja di bawah keadaanbumi primitif seperti yang dijelaskan oleh teori ini. Tetapi malangnyakegagalan yang sama telah menimpa eksperimen-eksperimen ini. Setiapeksperimen yang dilakukan untuk membuktikan bahawa hidupan telahterbentuk secara kebetulan telah mengalami kegagalan. Perkiraankebarangkalian telah membuktikan bahawa tidak sebuah protein pun,yang menjadi blok binaan hidupan, dapat wujud secara kebetulan. Dansebuah sel, yang sepatutnya terbentuk secara kebetulan di bawahkeadaan muka bumi yang primitif dan tidak terkawal seperti yangdidakwa oleh evolusi, tidak akan dapat disintesiskan walau olehmakmal-makmal abad ke-20 yang paling canggih sekali pun. Teori Neo-Darwinis juga telah disanggah oleh rekod fosil.Ketiadaan "formasi peralihan" (transitional form), yang sepatutnyamembuktikan evolusi beransur-ansur organisma hidup daripada primitifkepada spesies yang maju seperti yang didakwa oleh Neo-Darwinis,sehingga kini ia masih belum pernah ditemui di mana-mana tempat didunia. Pada masa yang sama, perbandingan anatomi telah mendedahkanbahawa spesies yang dikatakan berkembang daripada spesies yang laindi dapati mempunyai sifat-sifat anatomi yang amat berbeza dan iamenjadikannya mustahil untuk ia menjadi moyang atau keturunankepada yang lain. Tetapi memandangkan Neo-Darwinis sendiri bukan sebuah teoriyang saintifik, tetapi hanya sebuah dogma ideologi, kalau tidakdikatakan sebagai sejenis "agama". Kerana itulah, pelopor teori ini masihterus mempertahankannya dengan menolak semua bukti yang
  49. 49. TAHAP SAINS DAN TEKNOLOGI YANG PRIMITIF PADA ZAMAN DARWIN pabila Darwin bio-matematik, dia akan A mengemukakan d a k w a a n - dakwaannya, disiplin mengedari bahawa tidak sebuah molekul protein pun dapat dihasilkan melalui proses genetik, mikrobiologi perubahan. dan biokimia masih belum wujud. Sekiranya ini semua Kajian secara terperincitelah ditemui sebelum terhadap sel hanya dapatDarwin mengemukakan dilakukan selepasteori ini, pasti Darwin penemuan mikroskopdengan mudah menyedari elektronik. Ketika zamanbahawa teorinya sama Darwin, dengansekali tidak saintifik dan menggunakandia tidak akan berhasrat mikroskop yang primitif,untuk memajukan pandangan yang tidak hanya permukaan luarberguna ini. Maklumat ini telah sel sahaja yang dapatmembuktikan suatu spesies telah pun melihat.wujud di dalam gen dan adalah mustahiluntuk pilihan semulajadi menghasilkanspesies yang baru melalui perubahan didalam gen.Tambahan pula, dunia sains pada waktutersebut mempunyai pengetahuan yangamat cetek dan kasar (asas) tentangstruktur dan fungsi-fungsi sel. SekiranyaDarwin mendapat peluang untuk melihatsel tersebut dengan menggunakansebuah mikroskop elektronik, dia akandapat menyaksikankekompeksitian yang hebat danstruktur yang luar biasa di dalamorganelle (sebuah struktur di dalamsel) sebuah sel. Dia akan dapatmemerhatikan dengan matanyasendiri bahawa adalah mustahiluntuk sebuah sistem yang rumitdan kompleks terhasil melaluivariasi (perbezaan) yang kecil.Sekiranya beliau mengetahui tentang
  50. 50. Sejarah Ringkas Teori Evolusi 51bersalahan dengan teori ini. Satu perkara yang mereka tidak sepakatpadanya ialah model-model berbeza manakah yang sepatutnyamerealisasikan evolusi adalah yang paling "tepat". Di antara model yangpaling penting ialah sebuah senario yang menarik yang dikenali sebagai"punctuated equilibrium". Percubaan dan Kesilapan: Punctuated Equilibrium Kebanyakan santis yang mempercayai teori evolusi menerima teorineo-Darwinis tentang evolusi perlahan dan beransur-ansur. Bagaimanapun, di dalam beberapa dekad terakhir ini, sebuah model yang berbezatelah diutarakan. Ia digelar "Punctuated Equilibrium". Model ini menolakide neo-Darwinis tentang sebuah kumulatif, evolusi beransur-ansur, danberpegang bahawa evolusi telah berlaku di dalam satu "lompatan yangbesar dan tidak berterusan. Laungan pertama yang kedengaran untuk mempertahankanfahaman ini telah muncul pada awal 1970-an. Dua orang paleontologiAmerika, Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould, telah menyedaribahawa teori neo-Darwinis ini sebenarnya telah disanggah oleh rekod-rekod fosil. Fosil-fosil telah membuktikan bahawa organisma-organismahidup tidak terbentuk melalui evolusi beransur-ansur, tetapi sebaliknyamuncul secara mendadak (bukan beransur-ansur) dan di dalam bentukyang sempurna. Neo-Darwinis terushidup dengan harapan formasiperantaraan yang hilang akan dapatditemui suatu hari nanti. Walau pun,mengetahui bahawa harapan ini tidakmungkin tercapai, Eldredge dan Gouldtidak dapat meninggalkan dogma teorimereka, oleh itu mereka telahmengemukakan sebuah teori;Punctuated Equilibrium. Ia mendakwabahawa evolusi tidak berlaku melalui Stephen Jay Gould
  51. 51. 52 PENIPUAN EVOLUSI ribu saintis seluruh dunia, terutamanya di USA dan Eropah, menolak teori evolusi dantelah menerbitkan banyak buku-buku tentang kepalsuan teori ini. Di atas ini adalahsebahagian daripadanya.perbezaan-perbezaan kecil tetapi melalui perubahan yang mengejut danbesar. Model ini tidak lebih daripada sebuah model fantasi. Sebagaicontoh, seorang ahli paleontologi Eropah, O.H Shindewolf, yangmembimbing Eldredge dan Gould, mendakwa bahawa burung pertamatelah terhasil daripada sebiji telur reptilia, sebagai hasil sebuah "mutasikasar" (gross mutation), iaitu hasil daripada "kemalangan" yang berlaku didalam struktur genetik.10 Menurut teori yang sama ini, beberapa makhlukdarat telah berubah menjadi ikan paus raksasa setelah mengalamitransformasi yang mengejut dan menyeluruh. Dakwaan-dakwaan yangbersalahan sama sekali dengan undang-undang genetik, biofizik danbiokimia ini, tidak ubah seperti dongengan tentang katak yang berubahmenjadi seorang putera! Walau pun, tertekan dengan krisis yang telahdihadapi oleh dakwaan neo-Darwinis ini, beberapa orang saintispaleontologi telah menerima teori ini, yang lebih pelik daripada neo-Darwinisme sendiri.
  52. 52. Sejarah Ringkas Teori Evolusi 53 Tujuan model ini ialah untuk mendapatkan penjelasan terhadapjurang-jurang di dalam rekod fosil yang tidak dapat dijelaskan olehmodel neo-Darwinis. Bagaimana pun, adalah sukar untuk cubamenjelaskan jurang rekod fosil pada evolusi burung dengan dakwaanbahawa "seekor burung keluar secara tiba-tiba daripada sebiji telurreptilia", kerana menurut pengakuan evolusionis sendiri, evolusi satuspesies kepada spesies yang lain memerlukan kepada perubahan besaryang maju di dalam maklumat genetik. Bagaimana pun, tidak terdapatsatu mutasi yang dapat memajukan maklumat genetik ini ataumenambah maklumat-maklumat baru kepadanya. Mutasi hanya akanmenjadikan maklumat-maklumat gen kucar kacir. Oleh itu, "mutasikasar" yang digambarkan oleh model "punctuated equilibrium" hanyaakan menyebabkan kekotoran, kekurangan dan kelemahan padamaklumat genetik. Tambahan pula, model "punctuated equilibrium" ini telah punmusnah pada peringkat awal lagi apabila ia gagal untuk menjelaskanpersoalan asal usul hidupan, ia juga merupakan persoalan yangmenyanggah model neo-darwinis sejak permulaannya lagi.Memandangkan tidak terdapat walau satu protein yang terbentuk secarakebetulan, maka perbahasan tentang samada organisma-organisma initerhasil daripada bertrilion-trilion protein yang telah menempuhi evolusiyang "tepat" atau "beransur-ansur", adalah tidak munasabah. Tanpa mempedulikan ini semua, model yang difikirkan apabilamemperkatakan tentang isu "evolusi" hari ini ialah model neo-Darwinisme. Pada bab-bab berikutnya, kita akan mengkaji duamekanisme khayalan model neo-Darwinis dan kemudian kita akanmengkaji pula dua rekod fosil untuk menguji model ini. Kemudian, kitaakan memperkatakan tentang persoalan asal usul hidupan, yang akanmembatalkan kedua-dua model neo-Darwinis ini dan semua model-model evolusionis yang lain seperti model "evolution by leaps" (evolusidengan lompatan). Sebelum melakukannya, perlu diingatkan kepada para pembacabahawa kenyataan yang akan kita hadapi pada setiap peringkat adalah
  53. 53. 54 PENIPUAN EVOLUSIbahawa senario evolusi adalah sebuah cerita dongeng, sebuah penipuanyang sama sekali jauh daripada dunia nyata. Ia adalah sebuah senarioyang telah digunakan untuk menipu dunia selama 140 tahun. Terimakasih kepada penemuan-penemuan sains terkini, pertahananberterusannya telah akhirnya menjadi mustahil.
  54. 54. Bab 3 MEKANISME KHAYALAN EVOLUSI odel utama Darwinis, yang menjadi haluan utama teoriM evolusi hari ini, menegaskan bahawa kehidupan ini telah berubah melalui dua mekanisme semula jadi ; (1) PilihanSemula jadi (Natural Selection), dan (2) Mutasi (Mutation). Kenyataanasas teori ini adalah seperti berikut; Pilihan Semula jadi dan Mutasiadalah dua mekanisme yang saling melengkapi. Asal pengubahan secaraberperingkat ini ialah mutasi (perubahan) rawak yang mengambil tempatdi dalam struktur genetik benda-benda hidup. Keadaan ini terjadidisebabkan oleh mutasi yang telah dipilih oleh mekanisme pilihansemula jadi dan dengan itu, hidupan ini akan berubah. Apabila kami mengkaji teori ini, kami dapati tidak terdapatlangsung sebarang mekanisme evolusi, kerana samada pilihan semulajadi ataupun mutasi tidak membuktikan bahawa spesies yang berbagaiini telah berubah menjadi spesies yang lain. Pilihan Semula jadi Seperti proses semula jadi , pilihan semula jadi juga telah dikenalioleh ahli-ahli biologi sebelum Darwin, ia dikenali sebagai "suatumekanisme yang mengekalkan suatu spesies daripada berubah tanpasebarang gangguan". Darwin merupakan orang pertama yang telahmendakwa bahawa proses ini mempunyai kuasa evolusi dan diamembina seluruh teorinya berdasarkan kepada dakwaan ini. Nama yangtelah digunakan sebagai judul bukunya telah membuktikan bahawapilihan semula jadi telah menjadi asas teorinya; The Origin of Species, bymeans of Natural Selection…

×