Ibadah korban Aidiladha melibatkan penyembelihan binatang ternakan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim. Korban dibahagi kepada wajib dan sunat, dan dagingnya diagihkan kepada fakir miskin. Ibadah ini mengajar pengorbanan dan kemurahan hati.
1. IBADAH KORBAN AIDILADHA MENYUCI DIRI
Korban ialah amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan
(lembu,kambing,kerbau dan lain-lainnya) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan
mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.Korban ini telah disyariatkan pada tahun kedua
Hijrah sama seperti ibadah puasa, zakat dan solah sunat hari raya.Menurut Ulama Syafi'i,ibadah korban ini menjadi
sunat 'aini bagi setiap individu,sekali dalam seumur hidupnya. Dan merupakan sunat kifayah jika bilangan
keluarga dalam sebuah rumah itu ramai.Jika salah seorang daripada anggota keluarga berkenaan
melaksanakannya,maka memadai untuk mencakupi semua mereka yang lain.
1-Ayat Al-Quran : Terjemahannya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur).(Surah Al-Kausar 2)
2- Hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam: Terjemahannya: Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah berkorban
dengan dua ekor kibasy hitam yang bertanduk. Baginda menyembelih dengan tangannya sendiri. Baginda membaca
Basmalah dan bertakbir, seterusnya Baginda meletakkan kaki ke atas pelipis (bahagian kepala antara dahi dengan
telinga) keduanya.( Riwayat Muslim )
Korban itu terbahagi kepada dua iaitu :
12-
udhhiyyah wajibah (
udhhiyyah mandubah (
)(korban wajib) dan
) (korban sunat).
Hikmah Korban
123456-
Untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Untuk mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail 'Alaihis Salam.
Melatih orang Islam supaya membiasakan diri berkorban dengan apa jua untuk meninggikan ugama Allah.
Dapat menghilangkan perasaan bakhil dan kedekut dalam menjalankan perintah-perintah Allah.
Dapat menolong fakir,miskin dan orang-orang susah.
Berkorban dengan nyawa adalah setinggi-tinggi derajat (darjat) pengorbanan yang dilakukan oleh manusia.
Syarat-syarat Sah Korban
123456-
Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya.
Binatang yang disembelih itu tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya.
Binatang itu sudah sampai umur untuk dikorban.
Hendaklah dilakukan dalam waktunya.
Hendaklah diniatkan korban ketika menyembelihnya.
Dilakukan sembelihan dengan sekali potong ( memutuskan Halkum dan Labbah )
Binatang Untuk Korban
Bil
01
02
03
04
Binatang Ternakan
Kambing
Biri-biri / Kibasy
Lembu / Kerbau
Unta
Umur
2 tahun lebih ATAU yang sudah bersalin giginya.
Setahun lebih ATAU yang sudah bersalin giginya.
Masuk 2 tahun lebih.
Masuk 5 tahun lebih.
Sunat-sunat Korban
123456-
Memilih binatang ternakan yang gemuk/penuh isi.
Penyembelih adalah orang Islam.
Korban disembelih pada waktu siang hari.
Korban disembelih selepas solah 'Eidul Adha.
Dibaca Basmalah ketika hendak menyembelih.
Membaca takbir selepas membaca Basmalah.
DOA SEMASA SEMBELIHAN
2. 78910111213-
Membaca selawat kepada Nabi.
Membaringkan binatang pada tempat yang lembut.
Direhatkan binatang itu sebelum disembelih.
Digunakan pisau yang tajam untuk menyembelih.
Dihadapkan muka ke arah Qiblah.
Dibaringkan ke atas rusuk sebelah kirinya.
Diputuskan kedua-dua urat yang terletak pada kiri dan kanan leher binatang korban itu.
Terjemahannya: Pergi dan saksikanlah korbanmu,kerana keampunan diberikan kepadamu pada saat titisan darahnya
yang pertama untuk setiap dosa yang telah engkau lakukan…
Terjemahannya: Daripada 'Aisyah,bahawa Nabi S.A.W. bersabda:Tiada suatu amalan anak Adam pada hari Nahar
yang lebih disukai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah(korban).Pada Hari Kiamat dia akan datang dengan
segala tanduk,kuku dan bulunya. Darahnya akan menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum dia menitik ke bumi.Oleh
itu,eloklah diri kamu dengan melakukannya.
Hukum Korban wajib
1- Wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan tanduknya.
2- Haram atas orang yang berkorban wajib itu memakan daging tersebut walaupun sedikit. Jika dimakannya daging
tersebut, wajib diganti kadar yang dimakannya itu, tetapi tidak wajib dia menyembelih binatang lain sebagai ganti.
Hukum Korban Sunat
1- Sunat bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripadanya
2- Afdhalnya yang dimakan itu ialah hatinya,
3- para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula disedekahkan sebahagian daripada daging
korban sunat itu dalam keadaan mentah lagi basah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.
4- Harus bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga bahagian; satu pertiga untuk
dimakan, satu pertiga untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga lagi untuk dihadiahkan kepada
orang kaya.
Persoalan Niat Mewakilkan Bagi Ibadah Korban
Disyaratkan orang yang berkorban itu berniat kerana korban ketika menyembelih, kerana ia ibadat dan harus juga
mendahulukan niat itu sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah.Adalah memadai jika orang yang berwakil
itu berniat ketika wakilnya menyembelih korbannya dengan hadir orang yang berwakil ketika itu. Dalam hal ini, niat
orang yang berwakil itu adalah memadai dan wakil tidak perlu lagi berniat. Walau bagaimanapun adalah lebih baik
orang yang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia
menyembelih korban tersebut.Apa yang mesti diambil perhatian dalam hal berniat korban ini, ada baiknya ditentukan
niat itu umpamanya sebagai korban sunat bagi mengelakkan niat itu menjadi korban wajib, kerana haram bagi
yang berkorban itu makan daripada daging korban wajib, bahkan wajib disedekahkan semua daging tersebut
kepada fakir miskin.
Lafaz Niat Dan Tawkil (
) Dalam Korban
Niat itu tempatnya di hati dan sunat melafazkannya dengan lidah. Niat bagi korban sunat itu ialah seperti berikut:
“Buatkan korban sunat untuk saya/kami iaitu: …………………………… .” Contoh terima wakalah:
“Aku terima.” Al-Fatihah ……Amin.
www.masjidlekir.blogspot.com/www.dakwahpdf.blogspot.com