SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  54
Télécharger pour lire hors ligne
ISI KANDUNGAN
1. DOA AWAL PAGI
2. DOA SEBELUM BERTUGAS
3. DOA SAMBUTAN 100 TAHUN MASJID
4. DOA SOLAT HAJAT
5. DOA PEMOHONAN HAJAT
6. DOA SEMBAHYANG TAHAJUD
7. DOA SEMBAHYANG ISTIKHARAH
8. DOA SEMBAHYANG WITIR
9. KAIFIAT SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA
10. DOA SEMBAHYANG DHUHA
11. DOA SEMBAHYANG TARAWIH
12. DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI
13. DOA PENUTUP YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI
14. DOA YASIN BAHASA ARAB
15. DOA YASIN BAHASA MELAYU
16. DOA HARI RAYA AIDILFITRI / AIDILADHA
17. DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN
18. DOA SEMPENA MESYUARAT
19. DOA AKHIRI MESYUARAT
20. DOA ANTARA 2 KHUTBAH
21. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 1
22. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 2
23. DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS
24. DOA MAJLIS KEMERDEKAAN
25. DOA MAJLIS PERASMIAN
26. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 1
27. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 2
28. DOA MUDAH MENGHAFAL
29. DOA PERASMIAN PECAH TANAH
30. DOA SAMBUTAN HARI GURU
31. ZIKIR MUNAJAT 1
32. ZIKIR MUNAJAT 2
33. PENGHULU ISTIGHFAR
34. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
35. DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN
36. DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN
37. PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN
38. PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN
39. DOA ANGIN AHMAR
40. DOA CERAMAH KESIHATAN MASJID
41. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM
42. DOA KENDURI KESYUKURAN
43. DOA KESEJAHTERAAN
44. DOA MAJLIS PENUTUP
UMUM
45. DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH /MAULUD
46. DOA JAMUAN AIDILFITRI
47. DOA GOTONG ROYONG MASJID
48. DOA ZIARAH KUBUR
49. DOA AWAL TAHUN
50. DOA AKHIR TAHUN

`

01
02
03
04
05
07
08
09
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
21
22
23
24
25
26
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
50
52
DOA AWAL PAGI
,
.
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM,
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kepada engkaulah kami memohon dan kepada engkaulah kami meminta …. agar engkau sinarilah
hati-hati hambamu ini dengan cahaya hidayahmu, sebagai mana engkau menerangi bumi dan langit
ini dengan rahmatmu. Keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan pandulah dengan
kefahaman jalan yang engkau redhai dan jadikanlah kami sebagai hambamu yang bersyukur di atas
segala nikmatmu
Ya Rahman , Ya Rahim
Bukakanlah bagi kami pintu-pintu ilmu dan hiasilah anak-anak kami ini dengan akhlak yang baik
lagi terpuji dan janganlah engkau sesatkan hati-hati kami setelah engkau memberi petunjuknya .
Kami jua memohon agar dilimpahkan kejayaan dalam segala kerja yang kami lakukan,
permudahkanlah segala uasaha kami dan terimalah doa kami, sesungguhnya engkaulah Tuhan yang
maha pemurah ,maha mendengar lagi maha mengetahui.
Ya Allah,Kami memohon kepadamu agar engkau tunjukkanlah kepada kami jalan keredhaanmu di
dunia mahupun di akhirat. Perbetulkanlah segala amal perbuatan kami serta kurniakanlah kelebihan
dan kemulian untuk kami berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Ya Allah ya Tuhan kami bukakanlah pintu taubat kepada kami agar kami bersih daripada segala
kejahatan dan sesungguhnya engkaulah Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengampun.

.
DOA SEBELUM BERTUGAS PAGI
,
.
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan
hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat
menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini .
Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan,
Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam
dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan.
Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi
kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,
Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala
tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan ,
Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong
mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan
yang timbul.

.
DOA SAMBUTAN 100 TAHUN
MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR-1927M
,
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Pada pagi yang berbahagia ini, kami warga Mukim Lekir, Khususnya Kariah Masjid AlRahmaniah Batu 8 Lekir.memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana
pada pagi ini, kami dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama merai dan menyambut hari
sambutan ulangtahun masjid yang ke 100 .
Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada kami menjadi penduduk
Mukim Lekir di Daerah Manjung ini samada bermukim atau bermustautin di sini..
Sebagai Warga penduduk di sini, kami bermohon kepadaMu agar masjid yang kami cintai ini
mampu melahirkan penduduk-penduduk yang berilmu dan berakhlak mulia, mampu melahirkan
pemimpin bertaraf tinggi, mampu melahirkan insan-insan yang mengharumkan nama Mukim Lekir
di mata masyarakat Negeri Perak seterusnya Malaysia.
Ya Allah ya tuhan kami,
Kau berkatilah usaha-usaha kami sebagai seorang warga Mukim ini, baik yang tua ataupun yang
muda untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, memaju dan
menjaga nama baik Kariah yang kami cintai ini agar cemerlang dari segi Akhlak mahupun
Syahsiah diri.
Ya Allah Ya Rohman ya Rohim,
Kau lindungilah Masjid kami ini daripada perkara-perkara yang tidak baik, daripada perkara-perkara
yang boleh menjejaskan keharmonian Kariah Lekir, daripada perkara-perkara yang boleh
menjatuhkan maruah Penduduk Lekir dan seterusnya kami bermohon petunjuk dan hidayahmu agar
Kariah ini sentiasa mendapat kerahmatan, kemakmuran, dan kesejahteraan untuk terus
membimbing anak genarasi kami demi agama, bangsa dan negara.

.
DOA SOLAT HAJAT
,
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada WAKTU ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah
menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami
melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan
kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada
meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja
Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada
dalam aspek akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal‟alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan
jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan
keburukan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar
kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada
melakukan keburukan .
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara‟
Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq kepada generasi Islam
hari ini, hinggalah mereka menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikirannya,
kepercayaannya, kemuncak pengukurannya, amalnya, dan juga sebagai tujuan dalam
penyelidikannya hingga mencapai kemuliaan yang ditunggu-tunggu dan kehormatan yang dicaricari. Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan Engkau pasti akan mengabulkan
permohonan.
Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan
dan kesejahteraan.
Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.
DOA PEMOHONAN HAJAT
DOA SEMBAHYANG TAHAJJUD

.
DOA SOLAT ISTIKHARAH
Jabir bin Abdillah Radhiallaahu anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam mengajari kami
shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Quran. Beliau bersabda:
“Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan
shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

.
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku
mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu
sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa,
Engkau mengeta-hui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendak-nya menyebut
persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terha-dap diriku atau -Nabi bersabda: …di dunia atau
akhirat- sukseskanlah untuk-ku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau
mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada
diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana
saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.”
Tidak menyesal orang yang beristikharah kepada Al-Khaliq dan bermusya-warah dengan orang-orang mukmin
dan berhati-hati dalam menangani perso-alannya. Allah Ta’ala berfirman: “… dan bermusyawarahlah kepada
mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, perekonomian, politik dan lain-lain). Bila kamu telah
membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…”
(Ali Imran, 3: 159)

HR. Al-Bukhari 7/162
DOA SEMBAHYANG WITIR

.
.
.
KAIFIAT SOLAT HAJAT :
:(

.
“DARIPADA ABDULLAH BIN ABI AUFA RA: KAMI KELUAR BERSAMA-SAMA NABI MUHAMMAD
SAW ( MUSAFIR ) , BERSABDA NABI : SESIAPA YANG MEMPUNYAI HAJAT KEPADA ALLAH ATAU
MENGHAJATI SESUATU UNTUK ORANG LAIN, MAKA BERWUDU‟LAH DENGAN BAIK, KEMUDIAN
SOLATLAH 2 RAKAAT KEMUDIAN BERDOA :
1. PUJIAN PADA ALLAH
2. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
3. BACA DOA :

4. PINTA HAJAT SAMADA PERKARA DUNIA ATAU AKHIRAT.
5. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN PERKENANKANNYA”.
( HADIS RIWAYAT IMAM TURMIZI, AN-NASAIE DAN IBNU MAJAH )
DOA SOLAT DHUHA
DOA SOLAT TARAWIH
DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI


 

 
 

             
 
DOA PENUTUP

 

 

      
   
 
DOA YASIN B.ARAB

.

.

.

.
.
.
.
DOA YASIN B.MELAYU
Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dan segala sahabat dan kerabat baginda seluruhnya.
Ya Allah Ya Tuhan kami….
Dengan kalimah Bismillah… kami mengadapMu Ya Allah. Kepada Engkaulah kami sembah .dan
kepada Engkau juga kami minta pertolongan. Sesungguhnya Ya Allah .. kami amat lemah untuk
menghadapi dugaan hidup ini tanpa petunjuk dan pertolongan serta rahmatMu Ya Allah.
Dengan berkat surah Yaasin yang kami tutur dan bacakan Ya Allah.. Dengan kebenaran dan hak
surah Yaasin dan Al-Quran… Kami mengharapkan petunjukMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami… permudahkanlah kami dalam segala urusan dan amalan kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami….. perelokkanlah agama kami dan tauhid serta pegangan kami.
Selamatkanlah arwah roh kami dan juga jasad kami .. Ya Allah.
Perbaikkanlah amal dan kerja kami .

Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepada engkau kami sembah dan kepada Engkau kami minta
pertolongan.
Berikanlan kami kekuatan ya Allah untuk merubah diri kami menjadi insan pelajar yang gemilang
dan berbudaya penyayang yang sentiasa mendapat keberkatan dan perlindunganMu Ya Allah.
DOA HARI RAYA
,
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
KAMI MERAFA’KAN KESYUKURAN KEPADAMU YA ALLAH KERANA TELAH
MEMANJANGKAN UMUR KAMI HINGGA KE HARI INI, KESIHATAN TUBUH
BADAN SEHINGGA KAMI BERJAYA MELAKSANAKAN APA YANG TELAH
KAMI RANCANG SELAMA INI YAITU MENJALANKAN IBADAH KORBAN
YANG MERUPAKAN SUNAT MUAKKADAH BAGI KAMI. TERIMALAH YA
ALLAH AMALAN KAMI IAITU PUASA / (KORBAN KAMI TERUTAMA BAGI
MEREKA YANG TELAH MENGORBANKAN WANG RINGGIT MEREKA
UNTUK 2/3 EKOR LEMBU YANG TELAH DIKORBANKAN PAGI INI).
YA ALLAH YA BADI’USSAMAWATI WAL ARD
KAMI BERMOHON PADA MU YA ALLAH KESIHATAN TUBUH BADAN,
KESELAMATAN, JUGA TERHINDAR DARI BALA’MU YA ALLAH. KAMI TAHU
YA ALLAH, KAMI SENTIASA MENZALIMI DIRI KAMI YA ALLAH, SENTIASA
TIDAK TERLEPAS DARI DOSA-DOSA KECIL YANG SENTIASA
MENGELILINGI KAMI YA ALLAH, MALAH TERKADANG DI KALANGAN KAMI
TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR KEPADAMU YA ALLAH.
OLEH ITU YA ALLAH, DI WAKTU YANG PENUH SYAHDU INI YA ALLAH,
KAMI MEMOHON AMPUN SEGALA DOSA KAMI, AMPUNILAH DOSA-DOSA
KAMI SELAMA INI YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAULAH
MAHA PENGAMPUN DOSA PARA HAMBAMU.
YA ALLAH YA QADHIYAL HAJAT
JADIKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG MUDAH DALAM
MENUNAIKAN IBADAH KEPADAMU, TERUTAMA SOLAT 5 KALI SEHARI
SEMALAM KERANA SESUNGGUHNYA SOLAT YANG SEBENAR ADALAH
YANG BOLEH MENCEGAH DARI PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNKAR.
YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH
DAN SOLEHAH KERANA SESUNGGUHNYA MEREKALAH YANG AKAN
MENGGANTIKANKAN KAMI SUATU MASA NANTI.
YA ALLAH YA RAFI’UD DARAJAT
KURNIAKAN KEHARMONIAN SERTA KESEJAHTERAAN PENDUDUK
KAMPUNG LEKIR INI, JADIKANLAH MASYARAKAT KAMPUNG LEKIR INI
SEBAGAI MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, SENTIASA INGIN
BERTOLONG BANTU, BEKERJA SAMA, BERMUAFAKAT ANTARA SAMA
LAIN SAMA ADA HAL EHWAL DUNIA MAHUPUN AKHIRAT.

.

DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN

Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang benar (hak) itu tetap benar(hak) , maka kurniakanlah kepada
kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang batil (salah) itu tetap batil (salah) , maka kurniakanlah kepada
kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil ,
dan tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi,
dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah
eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
DOA SEMPENA MESYUARAT
,
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu,
atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan
iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan
negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam
fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna
dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan
kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa
secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah
kepada kami kesihatan, kesejahteraan, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal dan berpanjangan, zuriat dan genarasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia,
pun jua di akhirat.

.
DOA AKHIRI PERJUMPAAN/MESYUARAT

DAN

DOA ANTARA 2 KHUTBAH JUMAAT
DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI

Ya Allah ya tuhan kami, kami berserah diri kepada-Mu dalam segala perkara.Engkaulah yang
memberi nikmat untuk kami meneruskan kehidupan ini, menghirup udara-Mu, menetap di bumi –
Mu dan masih menikmati nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman, kami
memohon kepada-Mu ya Allah agar nikmat ini dapat kami kecapi selama kehipan yang berbaki ini.
Ya Allah ya tuhan kami,di kalangan kami ini ada yang dapat menyahut seruan-Mu sebagai
tetamu untuk menunai Fardu Haji, maka pada hari ini kami menadah tangan kepada-mu memohon
sahabat kami ini dapat menunaikan kefarduan seperti yang dikehendaki oleh ya Allah.Terimalah haji
yang bakal dilakukan ini sebagai haji yang mabrur-yang diterima oleh –Mu- , selamatkanlah
sahabat-sahabat kami ini sepanjang melakukan rukun islam yang kelima ini , dipermudahkanlah
segala hal perlakuan dalam ibadah ini supaya dengannya dapatlah sahabat kami dihindari dari azab
api neraka-Mu.kami benar-benar takut dengan azab yang engkau nyatakan di dalam kalam-Mu dan
lisan nabi-mu.Lindungilah kami darinya ya Allah ya rabbal a`lamin.
Ya Allah ya tuhan kami, kepada keluarga sahabat kami ini, selamat dan sejahterakanlah
mereka di sepanjang ketiadaan sahabat kami ini ketika melakukan ibadah haji.Semoga keluarga di
sini juga turut dalam jagaan dan lindungan–Mu ya Allah.Ya Allah ya tuhan kami, kami memohon
kurnia dari-Mu, tanpa-Mu kami tidak memiliki apa-apa.kuniakanlah kepada kami yang masih belum
menunaikan ibadah ini dapat pergi dengan selamatnya pada tahun-tahun yang akan datang,
sampaikanlah salam kami kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W insan terpilih disisi-Mu
yang amat kami cintai,yang ingin kami temui di bumi yang Madinah Al-Munawwarah.
Ya Allah ya tuhan kami,berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharankanlah
kaimi dari seksa neraka-Mu. Ya Allah ya tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami
sesudah engkau beri petunjuk kepada kam, berikan rahmat dari gedung kemurahan-Mu
sesungguhnya engkau tuhan yang memberi anugerah.
DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS

,
.

"WAHAI Tuhan Kami, anugerahikan kepada kami ketakwaan kepada-Mu yang dapat menghalang
kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berikanlah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia ini."
"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami khususnya orang yahudi yang
berfahaman zionis dan sekutu-sekutunya. Dan berilah hukuman yang setimpal kepada mereka yang
memusuhi agama-Mu, berilah kesukaran dalam segala urusan kehidupan mereka, serta berikanlah
seluruh kekuatan pada dunia seluruhnya untuk menghancurkan dan melenyapkan kaum zionis dari
atas bumi-Mu ini.
"Ya Allah ,Engkau tundukkan mereka terhadap kami seperti menundukkan bukit bukau, gunung
ganang untuk Nabi Allah Sulaiman , Ya Allah ,Ya Muntaqim engkau kembalikan semula
rancangan dan pakatan jahat mereka ke atas diri mereka sendiri ,dan engkau hancur pakatan
mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka .

.
DOA MAJLIS KEMERDEKAAN

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,
Jadikanlah pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah
hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah
Engkau kurniakan kepada tanah air kami , juga kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang kemerdekaan dan barisan pemimpin negara yang
telah , yang sedang dan yang akan mempertahankan erti kemerdekaan ini sehingga ke titisan darah
terakhir . Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya
. Oleh itu berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan
sumbangan bermakna. Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang
berjuang untuk mencapai kemerdekaan , maka Engkau cucurilah rahmat ke atas roh pejuangpejuang kemerdekaan . Moga-moga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam menjadi titik
tolak untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi
membangunkan negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan .
Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi
cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup baru tahun … .
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu
juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.
DOA MAJLIS PERASMIAN

                 
                        
        

-YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM .
Berkatilah dan Rahmatilah majlis kami pada petang ini, Sesungguhnya perhimpunan kami
dalam MAJLIS PERASMIAN ……………………………………. ini, adalah semata-mata
menyahut seruanMu untuk menjadi insan yang sentiasa diberkati dan diredhai.
Ya Allah, jadikanlah kami semua golongan yang mengajak kepada kebenaran, yakni
mengajak umat manusia mengerjakan amal soleh dan kebajikan.
-YA ALLAH ya tuhan kami, Jadikanlah juga majlis ini sebagai WASILAH kepada kami
untuk memperolehi ganjaran di Akhirat. Sesungguhnya, segala sumbangan yang telah
kami berikan untuk pembinaan surau sekolah ini adalah datang dari rezekiMu jua Ya
Allah.
Ya Allah, ya tuhan kami jadikanlah surau ini sebagai wadah bagi membina kerohanian
dalam diri setiap penghuni asrama. Tingkatkanlah iman kami dan penuhilah dada kami
dengan Nur HidayahMu, supaya dapat kami mengimarahkan surau ini sebaik-baiknya,
dengan mengerjakan ibadat kepada Allah, solat lima waktu secara berjemaah,
mengadakan program-program yang membentuk keperibadian yang mulia, tazkirah dan
sebagainya.
YA ALLAH YA AZIZUL GHAFFAR,
Kami berhimpun pada petang ini juga Ya Allah, adalah untuk menjadi KHAIRA UMMAH
sebaik-baik ummah, dan menyatakan keikhlasan kami dalam mendokong dan menegakkan
agamaMu, Ya Allah, Lindungilah asrama kami ini dari segala musibah dan mala bahaya,
Kau berikanlah kecemerlangan kepada asrama dan sekolah kami, Ya Allah.
YA ALLAH, YA MUQALLIBAL QULUB
Wahai Tuhan yang berkuasa, menyatukan hati-hati manusia, Kami memohon pada mu Ya
Allah kau satukanlah hati-hati kami, bimbingilah kami untuk mencapai Redha Mu ya Allah,
Kukuhkanlah organisasi-organisasi kami untuk meneruskan perjuangan Rasul mu dalam
kumpulan yang kuat .
YA ALLAH, Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibu-bapa kami serta
kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil.
.
DOA MAJLIS PERKAHWINAN
,
.

Ya Allah, ya Hannan, ya Mannan
Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman,
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa
membantu….
Murahkan rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh…
Semoga kehidupan dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan akhirat…
DOA MAJLIS PERKAHWINAN

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Perkahwinan (Nama Pengantin dan pasangannya) pada hari yang berbahagia ini
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh
hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah Ya Waduud ,
Kami merasa sungguh bertuah kerana dikunjungi oleh tetamu yang amat istimewa iaitu
……………… , moga-moga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ini .
Ya Allah Ya Rahman ,
Limpahkanlah lembayung rahmat dan rahim-Mu kepada pasangan raja sehari yang kami raikan pada
hari ini , sesungguhnya perkahwinan itu merupakan ikatan yang suci dan luhur , ikatan yang
menyatukan dua hati yang berbeza fitrah dan nalurinya , maka Engkau peliharalah ikatan ini dan
kurniakanlah kepada pasangan suami isteri ini ketenangan jiwa (sakiinah) sebagaimana Engkau
janjikan dalam kitab-Mu , juga kurniakanlah kepada mempelai ini sifat kasih sayang atas dasar
keimanan , sifat kesabaran dalam menghadapi cabaran rumahtangga , sifat tolak ansur dan
menerima seadanya dalam menerima kekurangan pasangan masing-masing , sifat tolong menolong
antara satu sama lain dan banyak lagi sifat yang perlu di suburkan demi kebahagiaan sesebuah
rumah tangga .
Ya Allah , Ya Kariim ,
Kurniakanlah kepada suami , sifat tanggungjawab tehadap isteri dan keluarga , sifat hikmah dalam
mendidik isteri dan anak-anak serta melindungi mereka .
Kurniakanlah kepada isteri sifat penyayang kepada suami dan anak-anak , sifat pengorbanan yang
unggul demi kebahagiaan suami dan anak-anak serta menjaga amanah suami semasa ketiadaannya .
Ya Allah , Ya Wahhab ,
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah , sebagai penyejuk hati , sehingga
mereka mengecap nikmat perkahwinan yang sempurna yang Engkau telah janjikan . Anak-anak
yang mentaati dan memuliakan mereka sebagai ibu bapa .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar
kami dapat melaksanakan segala kebajikan.Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada
melakukan keburukan Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
DOA MUDAH MENGHAFAL

َ
َ
ْ

Pengertiannya :
Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atasku dengan meninggalkan maksiat kepada-Mu selama mana Engkau
kurniakan kehidupan kepadaku , juga janganlah Engkau bebaniku dengan sesuatu yang tidak berfaedah , dan
kurniakanlah kami pandangan yang baik (dalam semua perkara kehidupanku) sehingga Engkau meredhai dan
memberkatiku .
Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan
yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran
cahaya wajahmu , semoga Engkau menguatkan ingatan hatiku agar dapat menghafaz kitab-Mu (al-Qur’an)
sebagaimana Engkau ajarkankan kepadaku , dan anugerahilah kepadaku kemahiran membacanya
sebagaimana yang Engkau redhai dan kehendakki.
Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan
yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran
cahaya wajahmu,
Semoga Engkau (dengan keberkatan al-Qur’an ) terangilah pandanganku , lancarkanlah ucapan lidahku ,
hindarilah hatiku dari segala bentuk kegelisahan , lapangkanlah dadaku , dan berikanlah aku kekuatan untuk
beramal dengan perintah-Mu sebagaimana yang terkandung di dalam al-Qur’an ,
Sesungguhnya tiada yang dapat membantuku melaksanakan kebenaran melainkan diri-Mu , dan tiada yang
dapat memberi sesuatupun melainkan Engkau , tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan dari-Mu
Salam sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. , juga keluarga dan seluruh sahabat Baginda .
DOA MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH
,

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ,
kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut dan meraikan
MAJLIS PECAH TANAH UNTUK PEMBINAAN ……. pada hari ini. Kami bermohon dan
bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu
dari awal hingga ke akhir majlis..
Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim,
Pembinaan sekolah merupakan satu usaha berterusan pihak kerajaan untuk membantu rakyat
membangunkan sahsiah insan. Usaha ini bukan sahaja mampu melahirkan manusia yang mempunyai
ilmu pengetahuan malahan akan melahirkan pemimpin pada masa hadapan. Justeru pada hari yang
bersejarah ini, disertai dengan pemimpin yang prihatin akan masa depan anak bangsa, engkau
berkatilah usaha-usaha murni ini bermula dari projek permulaan sehingga kepada perlaksanaannya.
Mudahkanlah apa kiranya ya Allah segala kesulitan yang bakal kami hadapi, jauhkanlah ya Allah
segala balak bencana yang bakal menimpa kami, kurniakanlah kepada kami kecekalan, kurniakanlah
kami kesabaran, kurniakanlah kepada kami ini kekuatan untuk membina sekolah ini, mudahmudahan segala pengorbanan yang kami jalankan ini mampu memberi manfaat yang besar untuk
generasi kami pada masa hadapan
Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafar
Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan
bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh
rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan
generasi berilmu, berakhlak mulia, dan cintakan agama, bangsa dan negara kita Malaysia.
DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
,
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya
Allah, kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut sambutan Hari Guru
peringkat sekolah di sekolah ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan
majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis..
Ya Allah ya Tuhan kami,
Guru merupakan permata yang akan menyinari masa depan sesuatu bangsa. Permata ini perlu
digilap sentiasa dengan menguasai ilmu yang baru dan terkini.Tanggungjawab mendidik, mengasuh
dan mentarbiah pelajar bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan boleh dipandang ringan. Ia
memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan, lantaran itu Ya Allah, kami barisan pendidik
........ bermohon dan bermunajat kepada mu agar menjadikan segala urusan mendidik dan
mentarbiah anak didik kami ini dipermudahkan olehmu ya Allah , diberikan kesenangan dan
kefahaman yang mendalam dan dikira sebagai amalan soleh .
Ya Allah ya Rohman ya Rahim
Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan
bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh
rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan
generasi berilmu, berakhlak dan cintakan agama, bangsa dan negara di sekolah ini..
Ya Allah Ya Rahman
. Kau berikanlah kami keyakinan bahawa usaha mendidik dan mengasuh anak-anak ini akan
mendapat ganjaran yang besar disismu dan mudah-midahan dikira sebagai satu amalan yang soleh.
1 ‫ذكر مناجات‬
10 x
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

4x

Allah , Allah , Allah , Allah
2x
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.
2x
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya

(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan

Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk(wajah-wajah)
2x
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w
2x
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai
10 x
Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat
2

‫ذكر مناجات‬

Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. ( 3 kali )
Muhammad Pesuruh Allah. ( 3 kali )

Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan.
Matikan kami ya Allah atas agama Islam ( 3 kali )

Tuhanku, aku tak layak masuk syurga-Mu.
Namun tak pula sanggup menanggung azab neraka-Mu. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku.
Sesungguhnya Engkau pengampun dosa-dosa besar.
PENGHULU ISTIGHFAR

.
DALIL :

.
DARIPADA SYADDAD BIN AUS RA DARI NABI MUHAMMAD SAW ( PENGHULU
ISTIGHFAR …. ) : SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU SIANG DENGAN
MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH
AHLI SYURGA. SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU MALAM DENGAN
MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH
AHLI SYURGA.
RIWAYAT AL-BUKHARI
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
,
Allahumma Antal „Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan Bulanan ..., merafa‟kan
kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami
terhadap pendidikan, dakwah dan tarbiah. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan
sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan Kampung. Kegigihan, kesabaran dan
keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya
berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .
Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hatihati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi.
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan
minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini.
Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan
perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada
kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia dan di akhirat.
DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN
,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis ini sempena perpisahan Yang
Berbahagia …………., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang
tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.
Justeru kami berhimpun disini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan
kami buat azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk
kepentingan Kariah dan watan.
Allahumma Antal Hasibul Jalil
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya
segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau
redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati…
Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang
berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.
Iringilah bersama detik-detik perpisahan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus
menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.
Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum,
Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus
menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.
DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN
,
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis INI......, merafa‟kan kesyukuran dan
pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni‟mat Mu yang tidak terhingga.
Allahumma Antal Hasibul Jalil,
Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami
ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang 2 hari ini, dan hari-hari yang
mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai
amal soleh yang Engkau berkati.
Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan
ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Ya.. Allah,
Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap
Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan
memperkota ayat-ayat Mu dalam kehidupan.
Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan
iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara.
Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan
generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN
,
Allahumma Antal „Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Konvensyen Siri ….., merafa‟kan
kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Antal Kabirul Muta‟al
Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen
kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan kearah
kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras
perjuangan.
Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah
silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan
sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya
kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan
perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya
Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN
,
Allahumma Antal „Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada tengahari ini, di Majlis Penutupan Konvensyen Perdana
Pendidikan, merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Antal Hasibul Jalil
Sesungguhnya kami berhimpun selama tiga hari disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan
komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran,
bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan
dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan
sebagai asas dan teras perjuangan.
Justeru… berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat di
konvensyen ini sebagai landasan dan ransangan demi perjuangan memartabatkan pendidikan tanah
air tercinta, usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur
Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan
pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami
kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan
pendidikan.
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan
perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya
Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
DOA ANGIN AHMAR
CERAMAH KESIHATAN MASJID
,
Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri
Majlis Ceramah Kesihatan pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan memberi dan
menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan dengan penuh
ke‟afiatan dan kesejahteraan .
Ya Allah , Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid ,
Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat
Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad
S.A.W. , yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim „alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi
Ibrohim bukan seorang musyrikin .
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan
kami .
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,
Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami ,
Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan
akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami
dengan kesihatan.
Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.
DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM
ِ‫بِسِمِ اهللِ الرَّحِمَنِ الرَّحِيِم‬
ِ‫اَلْحَمِدُ هللِ رَبِّ العَالَمِيِنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيِنَ وَالصَّالَة ُوَالسَّالَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه‬
َ‫وَأَصِحَابِهِ أَجِمَعِيِن‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas
kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafi‟a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang
menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang
kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah
engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah
segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan
kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan
akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu
serta berjasa kepada bangsa dan negara.
DOA KENDURI KESYUKURAN
DOA KESEJAHTERAAN

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi
pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup
kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini
untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari
segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami,
tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan
kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang
nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada
kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami,
sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa
kepada kami.

.
DOA MAJLIS PENUTUP UMUM

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.
Ya Allah, kami merafakkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, atas perkenan dan izinMu,hari ini kami
hamba-hambaMu mampu berhimpun dan berkumpul selama 2 hari, bagi menjayakan Majlis ....... PadaMu
kami memohon agar majlis kami ini dapat keberkatan dan keredaanMu jua.
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala keindahan, maka melalui Majlis
Mahrajan ini, kami hamba-hambaMu memuji keindahan sifatMu, keluhuran budi RasulMu serta ketinggian
ajaran agamaMu.Terimalah Ya Allah segala puji-pujian hamba-hambaMu yang hina ini.
Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah usaha kami ini sebagai usaha murni dan amal ibadah di
sisiMu.Jadikanlah irama nasyid dan selawat yang kami alunkan pada hari ini sebagai pemangkin agar
kami lebih mendekatkan diri kami dan pendengarnya kepadaMu.

Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus
mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang
kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang.Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut
perkataan yang baik.

.
DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH/MAULID

Ya Allah bagi-Mu puja dan puji ,Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara
kedua-duanya .
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berhimpun untuk
menyambut Ma‟al Hijrah …. H pada waktu yang berbahagia ini . Kami juga bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan
kursus ini dengan jayanya.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh
segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan
anak-anak kami , guru-guru kami , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang dakwah dan tarbiah .
Ya Allah
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan
penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam kerja
berpasukan ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah klami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul‟azmi ;
Ya Allah , Ya Hazimal Ahzab ,
Engkau berilah pertolongan kepada saudara kami yang berada di seluruh bumi umat Islam .
Selamatkanlah mereka .
Ya Allah Ya Latif , Ya Khabirun bima fissudur ,
Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan
rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini .

.
DOA JAMUAN AIDIL FITRI MASJID

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Pada waktu yang yang berbahagia ini, kami warga kariah Lekir,.memanjatkan kesyukuran yang
tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana
mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Jamuan Hari Raya Aidul Fitri pada waktu yang
berbahagia ini. Mudah-mudahan program yang dianjurkan ini mampu meneratkan hubungan
persaudaraan sesama kami.
Allahumma Ya „Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami
Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan
yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki
yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
DOA GOTONG ROYONG MASJID

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah
penglihatan kami .
Kami ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Program Gotong Royong pada pagi yang berbahagia
ini dengan tema
“…………………………………”.

Engkau mengetahui apa yang kami hajati dari majlis ini maka berikan kekuatan

kepada kami untuk mewujudkan budaya dan persekitaran yang selamat di sekitar
Masjid ini secara berterusan . Ya Allah jauhilah diri kami , keluarga ,masyarakat dan
negara kami daripada musibah yang tidak daya kami menanggungnya . Semoga
kesejahteraan dan keselamatan ini akan menyediakan prasarana yang sihat demi
kesejahteraan warga kampung kami.
Jadikanlah usaha kami ini sebagai sebab musabbab untuk menyedarkan dan
menginsafkan diri kami betapa keselamatan diri baik zahir mahupun batin merupakan
pra syarat untuk mengecapi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia ini demi
mencapai kecemerlangan di pelbagai lapangan.
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara
melaksanakan serta menghayatinya .
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
DOA ZIARAH KUBUR
‫َا َّالَ ُ َلَِكُ ِ أَ ِ َ ا َِّا ِ ِ َ اِ ُ ِِِِ َ َاِ ُ ِِِِ َ، ََِّا ِ ِ َا َاهللُ ِكُ ِ الَ ِقُ ِ َ وَ ِ َ ُ اهللُ اِ ُ َِ ِ ِِِ َ مَّا‬
‫لس و ع ي ه ٍل لدي ر مً لنؤمييً و لنسلنيً وإى إٌ ش ء ب ه ح وٌ يرحه لنستقدميً ِي‬
.َ‫َاِ ُ َِ ِ ِرِ َ أَ ِأَ ُ اهللَ لََا َلَكُ ُ اِ َاَِة‬
‫و ل ن س ت أ خ يً س ل ي و ه ل ع ف ي‬
Assalamu‟alaikum ahladdiyaari minal mu‟miniina wal muslimiina, wa inna insyaa Alloohu bikum
laahiquuna wa yarhamulloohul mustaqdimiina minnaa wal musta‟khiriina as alullooha lanaa
walakumul „aafiyata.
“Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin.
Sesungguhnya kami Insya Alloh akan menyusul, ( semoga Allah Ta‟ala memberikan rahmat kepada
orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan
datang)

DOA AWAL TAHUN
Hendaklah dibacakan setelah selesai menyempurnakan solat Maghrib
( Awal waktu Maghrib )


             
 

Maksudnya :
Ya Allah , Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan-Mu yang Maha Agung dan
kemurahan-Mu yang melimpah. Inilah tahun baharu yang tiba kepada kami, kami memohon kepadaMu agar memberi pemeliharaan daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tenteratenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan
kami memohon kepada-Mu agar melakukan pekerjaan atau amalan yang boleh mendekatkan diri
kami kepada-Mu.Ya Allah, Tuhan yang telah mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan
kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan engkau wahai tuhan yang
mengerasi lagi maha tinggi.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan
kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka.
Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta
keluarga dan sahabatnya.
DOA AKHIR TAHUN
Hendaklah dibacakan 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib
( Akhir waktu Asar )


             
 

Maksudnya :
Ya Allah , apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini daripada apa yang telah Engkau tegahi
kami, maka kami tidak sempat untuk bertaubat darinya dan Engkau tidak meredoinya dan tidak
Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami, walaupun Engkau berkuasa atas
menyeksa kami, malah Engkau memberi peluang kepada kami supaya kami bertaubat setelah kami
melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu Ya Allah,
maka ampunilah kesalahan kami . Ya Allah, Semoga Engkau menerima amalan kami dan janganlah
Engkau memutuskan harapan kami daripada apa-apa yang kami lakukan dan Engkau telah
menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, Wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta
keluarga dan sahabatnya.

Contenu connexe

Tendances

Doa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlisDoa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlisKalam Kitab
 
Doa selamat majlis rasmi
Doa selamat majlis rasmiDoa selamat majlis rasmi
Doa selamat majlis rasmishahril1978
 
Doa majlis persaraan
Doa majlis persaraanDoa majlis persaraan
Doa majlis persaraanAremir Hamzah
 
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkasBacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkasAfifi Daud
 
Doa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besarDoa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besarmamatubai09
 
Maulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 hMaulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 habulll
 
Bacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunanBacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunan870409025772
 
Ceramah Semarak Ramadhan 2008
Ceramah Semarak Ramadhan 2008Ceramah Semarak Ramadhan 2008
Ceramah Semarak Ramadhan 2008nordiny
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Roslim Mustapha
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiieda kahar
 
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020Muktar Muhmad
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikrajShukriah Abu
 
Tahlil Arwah
Tahlil ArwahTahlil Arwah
Tahlil Arwahwell881
 
81824078 teks-nabi-musa
81824078 teks-nabi-musa81824078 teks-nabi-musa
81824078 teks-nabi-musaToshi Ramli
 

Tendances (20)

Doa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlisDoa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlis
 
Doa selamat majlis rasmi
Doa selamat majlis rasmiDoa selamat majlis rasmi
Doa selamat majlis rasmi
 
Korban
KorbanKorban
Korban
 
Doa majlis persaraan
Doa majlis persaraanDoa majlis persaraan
Doa majlis persaraan
 
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkasBacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
 
Doa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besarDoa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besar
 
Doa jaya waris
Doa jaya warisDoa jaya waris
Doa jaya waris
 
Maulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 hMaulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 h
 
Bacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunanBacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunan
 
Ceramah Semarak Ramadhan 2008
Ceramah Semarak Ramadhan 2008Ceramah Semarak Ramadhan 2008
Ceramah Semarak Ramadhan 2008
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
 
Doa selamat untuk keluarga
Doa selamat untuk keluargaDoa selamat untuk keluarga
Doa selamat untuk keluarga
 
Doa bengkel jawab soalan
Doa bengkel jawab soalanDoa bengkel jawab soalan
Doa bengkel jawab soalan
 
Doa majlis permuafakatan
Doa majlis permuafakatanDoa majlis permuafakatan
Doa majlis permuafakatan
 
Doa perhimpunan pagi
Doa perhimpunan pagiDoa perhimpunan pagi
Doa perhimpunan pagi
 
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikraj
 
Tahlil Arwah
Tahlil ArwahTahlil Arwah
Tahlil Arwah
 
81824078 teks-nabi-musa
81824078 teks-nabi-musa81824078 teks-nabi-musa
81824078 teks-nabi-musa
 

En vedette

Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahunDoa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahunMat mohd
 
Doa semua majlis
Doa semua majlisDoa semua majlis
Doa semua majlisKhadziah Bj
 
Doa majlis perkahwinan
Doa majlis perkahwinanDoa majlis perkahwinan
Doa majlis perkahwinanAlyia Chu
 
Doa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedahDoa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedahFaiz Muhamad
 
Buku panduan doa majlis rasmi
Buku panduan doa majlis rasmiBuku panduan doa majlis rasmi
Buku panduan doa majlis rasmiMohd Abdul Nasir
 
Kumpulan do’a acara formal mufdil's weblog
Kumpulan do’a acara formal   mufdil's weblogKumpulan do’a acara formal   mufdil's weblog
Kumpulan do’a acara formal mufdil's weblogAhsan Habib
 
Pembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa Acara
Pembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa AcaraPembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa Acara
Pembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa AcaraMuhammad Tohir
 
Doa sempena perhimpunan jabatan/organisasi
Doa sempena perhimpunan jabatan/organisasiDoa sempena perhimpunan jabatan/organisasi
Doa sempena perhimpunan jabatan/organisasiyusofjalil
 
Doa sempena mesyuarat pibg
Doa sempena mesyuarat pibgDoa sempena mesyuarat pibg
Doa sempena mesyuarat pibgyub_lang
 

En vedette (20)

Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahunDoa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
 
Doa semua majlis
Doa semua majlisDoa semua majlis
Doa semua majlis
 
Doa majlis perkahwinan
Doa majlis perkahwinanDoa majlis perkahwinan
Doa majlis perkahwinan
 
Pandua
PanduaPandua
Pandua
 
Doa selamat
Doa selamatDoa selamat
Doa selamat
 
Doa untuk pasangan pengantin
Doa untuk pasangan pengantinDoa untuk pasangan pengantin
Doa untuk pasangan pengantin
 
Panduan doa
Panduan doaPanduan doa
Panduan doa
 
Doa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedahDoa rasmi spi kedah
Doa rasmi spi kedah
 
Doa majlis ihya
Doa majlis ihyaDoa majlis ihya
Doa majlis ihya
 
Doa selamat ii
Doa selamat iiDoa selamat ii
Doa selamat ii
 
Buku panduan doa majlis rasmi
Buku panduan doa majlis rasmiBuku panduan doa majlis rasmi
Buku panduan doa majlis rasmi
 
Kumpulan do’a acara formal mufdil's weblog
Kumpulan do’a acara formal   mufdil's weblogKumpulan do’a acara formal   mufdil's weblog
Kumpulan do’a acara formal mufdil's weblog
 
TEKS DO'A
TEKS DO'A TEKS DO'A
TEKS DO'A
 
Pembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa Acara
Pembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa AcaraPembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa Acara
Pembukaan dan penutup do'a PEmbawa Doa Acara
 
Doa pengantin
Doa pengantinDoa pengantin
Doa pengantin
 
Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005
 
Doa ulang tahun
Doa ulang tahunDoa ulang tahun
Doa ulang tahun
 
Panduan doa
Panduan doaPanduan doa
Panduan doa
 
Doa sempena perhimpunan jabatan/organisasi
Doa sempena perhimpunan jabatan/organisasiDoa sempena perhimpunan jabatan/organisasi
Doa sempena perhimpunan jabatan/organisasi
 
Doa sempena mesyuarat pibg
Doa sempena mesyuarat pibgDoa sempena mesyuarat pibg
Doa sempena mesyuarat pibg
 

Similaire à Berikut ini beberapa kaedah solat hajat mengikut pandangan ulama:1. Solat hajat boleh disembahyangkan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam. Namun lebih baik solat hajat disembahyangkan pada waktu-waktu solat sunat seperti solat duha, tahajud dan witir. 2. Jumlah rakaat solat hajat ialah 2 rakaat. Namun ada juga yang mengambil 4 rakaat. 3

Similaire à Berikut ini beberapa kaedah solat hajat mengikut pandangan ulama:1. Solat hajat boleh disembahyangkan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam. Namun lebih baik solat hajat disembahyangkan pada waktu-waktu solat sunat seperti solat duha, tahajud dan witir. 2. Jumlah rakaat solat hajat ialah 2 rakaat. Namun ada juga yang mengambil 4 rakaat. 3 (20)

DO'A.docx
DO'A.docxDO'A.docx
DO'A.docx
 
doa masuk perrrgguran tinggi.docx
doa masuk perrrgguran tinggi.docxdoa masuk perrrgguran tinggi.docx
doa masuk perrrgguran tinggi.docx
 
Doa Pembukaan Kegiatan
Doa Pembukaan KegiatanDoa Pembukaan Kegiatan
Doa Pembukaan Kegiatan
 
Doa israk-mikraj
Doa israk-mikrajDoa israk-mikraj
Doa israk-mikraj
 
DOA HARI GURU.docx
DOA HARI GURU.docxDOA HARI GURU.docx
DOA HARI GURU.docx
 
Doa
DoaDoa
Doa
 
Do'a.doc
Do'a.docDo'a.doc
Do'a.doc
 
Doa bulan kemerdekaan
Doa bulan kemerdekaanDoa bulan kemerdekaan
Doa bulan kemerdekaan
 
Doa sempena pt3
Doa sempena pt3Doa sempena pt3
Doa sempena pt3
 
Doa penutupan 2019
Doa penutupan 2019Doa penutupan 2019
Doa penutupan 2019
 
Doa bersama pelanggan
Doa bersama pelangganDoa bersama pelanggan
Doa bersama pelanggan
 
Doa bersama pelanggan
Doa bersama pelangganDoa bersama pelanggan
Doa bersama pelanggan
 
NASKAH DOA PEMBUKAAN.docx
NASKAH DOA PEMBUKAAN.docxNASKAH DOA PEMBUKAAN.docx
NASKAH DOA PEMBUKAAN.docx
 
Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005
 
Do'a pada saat hari guru
Do'a pada saat hari guruDo'a pada saat hari guru
Do'a pada saat hari guru
 
Doa aksioma man model bjn
Doa aksioma man model bjnDoa aksioma man model bjn
Doa aksioma man model bjn
 
Doa sertijab
Doa sertijabDoa sertijab
Doa sertijab
 
Doa juga
Doa jugaDoa juga
Doa juga
 
Do'a renungan suci
Do'a renungan suciDo'a renungan suci
Do'a renungan suci
 
PELATIHAN UNTUK SUKSES DUNIA & AKHIRAT
PELATIHAN UNTUK SUKSES DUNIA & AKHIRATPELATIHAN UNTUK SUKSES DUNIA & AKHIRAT
PELATIHAN UNTUK SUKSES DUNIA & AKHIRAT
 

Plus de Ahmad Junaidi Mohd Said

Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...Ahmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )Ahmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )Ahmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolahRisalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolahAhmad Junaidi Mohd Said
 
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-muliaR isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-muliaAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan pentingRisalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan pentingAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanRisalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadanRisalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadanAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadanRisalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadanAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjidRisalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjidAhmad Junaidi Mohd Said
 

Plus de Ahmad Junaidi Mohd Said (20)

Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
 
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
 
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
 
Risalah Dakwah 071 Isra' Mi'raj
Risalah Dakwah 071 Isra'  Mi'rajRisalah Dakwah 071 Isra'  Mi'raj
Risalah Dakwah 071 Isra' Mi'raj
 
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
 
Risalah Doa 063 : Doa selepas berwuduk
Risalah Doa 063 : Doa selepas berwudukRisalah Doa 063 : Doa selepas berwuduk
Risalah Doa 063 : Doa selepas berwuduk
 
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolahRisalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
 
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-muliaR isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
 
Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20
Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20
Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20
 
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan pentingRisalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
 
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanRisalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
 
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadanRisalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
 
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadanRisalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
 
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjidRisalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
 
Risalah ramadan 000 amalan ramadan
Risalah ramadan 000 amalan ramadanRisalah ramadan 000 amalan ramadan
Risalah ramadan 000 amalan ramadan
 

Berikut ini beberapa kaedah solat hajat mengikut pandangan ulama:1. Solat hajat boleh disembahyangkan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam. Namun lebih baik solat hajat disembahyangkan pada waktu-waktu solat sunat seperti solat duha, tahajud dan witir. 2. Jumlah rakaat solat hajat ialah 2 rakaat. Namun ada juga yang mengambil 4 rakaat. 3

  • 1. ISI KANDUNGAN 1. DOA AWAL PAGI 2. DOA SEBELUM BERTUGAS 3. DOA SAMBUTAN 100 TAHUN MASJID 4. DOA SOLAT HAJAT 5. DOA PEMOHONAN HAJAT 6. DOA SEMBAHYANG TAHAJUD 7. DOA SEMBAHYANG ISTIKHARAH 8. DOA SEMBAHYANG WITIR 9. KAIFIAT SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA 10. DOA SEMBAHYANG DHUHA 11. DOA SEMBAHYANG TARAWIH 12. DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 13. DOA PENUTUP YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 14. DOA YASIN BAHASA ARAB 15. DOA YASIN BAHASA MELAYU 16. DOA HARI RAYA AIDILFITRI / AIDILADHA 17. DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN 18. DOA SEMPENA MESYUARAT 19. DOA AKHIRI MESYUARAT 20. DOA ANTARA 2 KHUTBAH 21. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 1 22. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 2 23. DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS 24. DOA MAJLIS KEMERDEKAAN 25. DOA MAJLIS PERASMIAN 26. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 1 27. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 2 28. DOA MUDAH MENGHAFAL 29. DOA PERASMIAN PECAH TANAH 30. DOA SAMBUTAN HARI GURU 31. ZIKIR MUNAJAT 1 32. ZIKIR MUNAJAT 2 33. PENGHULU ISTIGHFAR 34. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 35. DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN 36. DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN 37. PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN 38. PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN 39. DOA ANGIN AHMAR 40. DOA CERAMAH KESIHATAN MASJID 41. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM 42. DOA KENDURI KESYUKURAN 43. DOA KESEJAHTERAAN 44. DOA MAJLIS PENUTUP UMUM 45. DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH /MAULUD 46. DOA JAMUAN AIDILFITRI 47. DOA GOTONG ROYONG MASJID 48. DOA ZIARAH KUBUR 49. DOA AWAL TAHUN 50. DOA AKHIR TAHUN ` 01 02 03 04 05 07 08 09 10 11 12 13 15 16 17 18 19 20 21 21 22 23 24 25 26 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 50 52
  • 2. DOA AWAL PAGI , . SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kepada engkaulah kami memohon dan kepada engkaulah kami meminta …. agar engkau sinarilah hati-hati hambamu ini dengan cahaya hidayahmu, sebagai mana engkau menerangi bumi dan langit ini dengan rahmatmu. Keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan pandulah dengan kefahaman jalan yang engkau redhai dan jadikanlah kami sebagai hambamu yang bersyukur di atas segala nikmatmu Ya Rahman , Ya Rahim Bukakanlah bagi kami pintu-pintu ilmu dan hiasilah anak-anak kami ini dengan akhlak yang baik lagi terpuji dan janganlah engkau sesatkan hati-hati kami setelah engkau memberi petunjuknya . Kami jua memohon agar dilimpahkan kejayaan dalam segala kerja yang kami lakukan, permudahkanlah segala uasaha kami dan terimalah doa kami, sesungguhnya engkaulah Tuhan yang maha pemurah ,maha mendengar lagi maha mengetahui. Ya Allah,Kami memohon kepadamu agar engkau tunjukkanlah kepada kami jalan keredhaanmu di dunia mahupun di akhirat. Perbetulkanlah segala amal perbuatan kami serta kurniakanlah kelebihan dan kemulian untuk kami berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah ya Tuhan kami bukakanlah pintu taubat kepada kami agar kami bersih daripada segala kejahatan dan sesungguhnya engkaulah Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengampun. .
  • 3. DOA SEBELUM BERTUGAS PAGI , . Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini . Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan, Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan. Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan , Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. .
  • 4. DOA SAMBUTAN 100 TAHUN MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR-1927M , Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang berbahagia ini, kami warga Mukim Lekir, Khususnya Kariah Masjid AlRahmaniah Batu 8 Lekir.memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana pada pagi ini, kami dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama merai dan menyambut hari sambutan ulangtahun masjid yang ke 100 . Ya Allah ya Tuhan kami, Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada kami menjadi penduduk Mukim Lekir di Daerah Manjung ini samada bermukim atau bermustautin di sini.. Sebagai Warga penduduk di sini, kami bermohon kepadaMu agar masjid yang kami cintai ini mampu melahirkan penduduk-penduduk yang berilmu dan berakhlak mulia, mampu melahirkan pemimpin bertaraf tinggi, mampu melahirkan insan-insan yang mengharumkan nama Mukim Lekir di mata masyarakat Negeri Perak seterusnya Malaysia. Ya Allah ya tuhan kami, Kau berkatilah usaha-usaha kami sebagai seorang warga Mukim ini, baik yang tua ataupun yang muda untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, memaju dan menjaga nama baik Kariah yang kami cintai ini agar cemerlang dari segi Akhlak mahupun Syahsiah diri. Ya Allah Ya Rohman ya Rohim, Kau lindungilah Masjid kami ini daripada perkara-perkara yang tidak baik, daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian Kariah Lekir, daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah Penduduk Lekir dan seterusnya kami bermohon petunjuk dan hidayahmu agar Kariah ini sentiasa mendapat kerahmatan, kemakmuran, dan kesejahteraan untuk terus membimbing anak genarasi kami demi agama, bangsa dan negara. .
  • 5. DOA SOLAT HAJAT , Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada WAKTU ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal‟alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara‟ Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq kepada generasi Islam hari ini, hinggalah mereka menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikirannya, kepercayaannya, kemuncak pengukurannya, amalnya, dan juga sebagai tujuan dalam penyelidikannya hingga mencapai kemuliaan yang ditunggu-tunggu dan kehormatan yang dicaricari. Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan Engkau pasti akan mengabulkan permohonan. Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 7.
  • 9. DOA SOLAT ISTIKHARAH Jabir bin Abdillah Radhiallaahu anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Quran. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini: . “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengeta-hui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendak-nya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terha-dap diriku atau -Nabi bersabda: …di dunia atau akhirat- sukseskanlah untuk-ku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.” Tidak menyesal orang yang beristikharah kepada Al-Khaliq dan bermusya-warah dengan orang-orang mukmin dan berhati-hati dalam menangani perso-alannya. Allah Ta’ala berfirman: “… dan bermusyawarahlah kepada mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, perekonomian, politik dan lain-lain). Bila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…” (Ali Imran, 3: 159) HR. Al-Bukhari 7/162
  • 11. KAIFIAT SOLAT HAJAT : :( . “DARIPADA ABDULLAH BIN ABI AUFA RA: KAMI KELUAR BERSAMA-SAMA NABI MUHAMMAD SAW ( MUSAFIR ) , BERSABDA NABI : SESIAPA YANG MEMPUNYAI HAJAT KEPADA ALLAH ATAU MENGHAJATI SESUATU UNTUK ORANG LAIN, MAKA BERWUDU‟LAH DENGAN BAIK, KEMUDIAN SOLATLAH 2 RAKAAT KEMUDIAN BERDOA : 1. PUJIAN PADA ALLAH 2. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW 3. BACA DOA : 4. PINTA HAJAT SAMADA PERKARA DUNIA ATAU AKHIRAT. 5. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN PERKENANKANNYA”. ( HADIS RIWAYAT IMAM TURMIZI, AN-NASAIE DAN IBNU MAJAH )
  • 14. DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 
  • 15.                      
  • 16. DOA PENUTUP                 
  • 18. DOA YASIN B.MELAYU Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan segala sahabat dan kerabat baginda seluruhnya. Ya Allah Ya Tuhan kami…. Dengan kalimah Bismillah… kami mengadapMu Ya Allah. Kepada Engkaulah kami sembah .dan kepada Engkau juga kami minta pertolongan. Sesungguhnya Ya Allah .. kami amat lemah untuk menghadapi dugaan hidup ini tanpa petunjuk dan pertolongan serta rahmatMu Ya Allah. Dengan berkat surah Yaasin yang kami tutur dan bacakan Ya Allah.. Dengan kebenaran dan hak surah Yaasin dan Al-Quran… Kami mengharapkan petunjukMu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami… permudahkanlah kami dalam segala urusan dan amalan kami. Ya Allah Ya Tuhan kami….. perelokkanlah agama kami dan tauhid serta pegangan kami. Selamatkanlah arwah roh kami dan juga jasad kami .. Ya Allah. Perbaikkanlah amal dan kerja kami . Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepada engkau kami sembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan. Berikanlan kami kekuatan ya Allah untuk merubah diri kami menjadi insan pelajar yang gemilang dan berbudaya penyayang yang sentiasa mendapat keberkatan dan perlindunganMu Ya Allah.
  • 19. DOA HARI RAYA , YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM KAMI MERAFA’KAN KESYUKURAN KEPADAMU YA ALLAH KERANA TELAH MEMANJANGKAN UMUR KAMI HINGGA KE HARI INI, KESIHATAN TUBUH BADAN SEHINGGA KAMI BERJAYA MELAKSANAKAN APA YANG TELAH KAMI RANCANG SELAMA INI YAITU MENJALANKAN IBADAH KORBAN YANG MERUPAKAN SUNAT MUAKKADAH BAGI KAMI. TERIMALAH YA ALLAH AMALAN KAMI IAITU PUASA / (KORBAN KAMI TERUTAMA BAGI MEREKA YANG TELAH MENGORBANKAN WANG RINGGIT MEREKA UNTUK 2/3 EKOR LEMBU YANG TELAH DIKORBANKAN PAGI INI). YA ALLAH YA BADI’USSAMAWATI WAL ARD KAMI BERMOHON PADA MU YA ALLAH KESIHATAN TUBUH BADAN, KESELAMATAN, JUGA TERHINDAR DARI BALA’MU YA ALLAH. KAMI TAHU YA ALLAH, KAMI SENTIASA MENZALIMI DIRI KAMI YA ALLAH, SENTIASA TIDAK TERLEPAS DARI DOSA-DOSA KECIL YANG SENTIASA MENGELILINGI KAMI YA ALLAH, MALAH TERKADANG DI KALANGAN KAMI TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR KEPADAMU YA ALLAH. OLEH ITU YA ALLAH, DI WAKTU YANG PENUH SYAHDU INI YA ALLAH, KAMI MEMOHON AMPUN SEGALA DOSA KAMI, AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI SELAMA INI YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAULAH MAHA PENGAMPUN DOSA PARA HAMBAMU. YA ALLAH YA QADHIYAL HAJAT JADIKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG MUDAH DALAM MENUNAIKAN IBADAH KEPADAMU, TERUTAMA SOLAT 5 KALI SEHARI SEMALAM KERANA SESUNGGUHNYA SOLAT YANG SEBENAR ADALAH YANG BOLEH MENCEGAH DARI PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNKAR. YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH KERANA SESUNGGUHNYA MEREKALAH YANG AKAN MENGGANTIKANKAN KAMI SUATU MASA NANTI. YA ALLAH YA RAFI’UD DARAJAT KURNIAKAN KEHARMONIAN SERTA KESEJAHTERAAN PENDUDUK KAMPUNG LEKIR INI, JADIKANLAH MASYARAKAT KAMPUNG LEKIR INI SEBAGAI MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, SENTIASA INGIN
  • 20. BERTOLONG BANTU, BEKERJA SAMA, BERMUAFAKAT ANTARA SAMA LAIN SAMA ADA HAL EHWAL DUNIA MAHUPUN AKHIRAT. . DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN Ya Allah Ya Tuhan kami , Tunjukkanlah kami sesuatu yang benar (hak) itu tetap benar(hak) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya . Ya Allah Ya Tuhan kami , Tunjukkanlah kami sesuatu yang batil (salah) itu tetap batil (salah) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya . Ya Allah Ya Tuhan kami , Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil , dan tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
  • 21. DOA SEMPENA MESYUARAT , Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir, Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan, kesejahteraan, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan genarasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat. .
  • 22. DOA AKHIRI PERJUMPAAN/MESYUARAT DAN DOA ANTARA 2 KHUTBAH JUMAAT
  • 23. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI Ya Allah ya tuhan kami, kami berserah diri kepada-Mu dalam segala perkara.Engkaulah yang memberi nikmat untuk kami meneruskan kehidupan ini, menghirup udara-Mu, menetap di bumi – Mu dan masih menikmati nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman, kami memohon kepada-Mu ya Allah agar nikmat ini dapat kami kecapi selama kehipan yang berbaki ini. Ya Allah ya tuhan kami,di kalangan kami ini ada yang dapat menyahut seruan-Mu sebagai tetamu untuk menunai Fardu Haji, maka pada hari ini kami menadah tangan kepada-mu memohon sahabat kami ini dapat menunaikan kefarduan seperti yang dikehendaki oleh ya Allah.Terimalah haji yang bakal dilakukan ini sebagai haji yang mabrur-yang diterima oleh –Mu- , selamatkanlah sahabat-sahabat kami ini sepanjang melakukan rukun islam yang kelima ini , dipermudahkanlah segala hal perlakuan dalam ibadah ini supaya dengannya dapatlah sahabat kami dihindari dari azab api neraka-Mu.kami benar-benar takut dengan azab yang engkau nyatakan di dalam kalam-Mu dan lisan nabi-mu.Lindungilah kami darinya ya Allah ya rabbal a`lamin. Ya Allah ya tuhan kami, kepada keluarga sahabat kami ini, selamat dan sejahterakanlah mereka di sepanjang ketiadaan sahabat kami ini ketika melakukan ibadah haji.Semoga keluarga di sini juga turut dalam jagaan dan lindungan–Mu ya Allah.Ya Allah ya tuhan kami, kami memohon kurnia dari-Mu, tanpa-Mu kami tidak memiliki apa-apa.kuniakanlah kepada kami yang masih belum menunaikan ibadah ini dapat pergi dengan selamatnya pada tahun-tahun yang akan datang, sampaikanlah salam kami kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W insan terpilih disisi-Mu yang amat kami cintai,yang ingin kami temui di bumi yang Madinah Al-Munawwarah. Ya Allah ya tuhan kami,berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharankanlah kaimi dari seksa neraka-Mu. Ya Allah ya tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kam, berikan rahmat dari gedung kemurahan-Mu sesungguhnya engkau tuhan yang memberi anugerah.
  • 24.
  • 25. DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS , . "WAHAI Tuhan Kami, anugerahikan kepada kami ketakwaan kepada-Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berikanlah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia ini." "Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami khususnya orang yahudi yang berfahaman zionis dan sekutu-sekutunya. Dan berilah hukuman yang setimpal kepada mereka yang memusuhi agama-Mu, berilah kesukaran dalam segala urusan kehidupan mereka, serta berikanlah seluruh kekuatan pada dunia seluruhnya untuk menghancurkan dan melenyapkan kaum zionis dari atas bumi-Mu ini. "Ya Allah ,Engkau tundukkan mereka terhadap kami seperti menundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Allah Sulaiman , Ya Allah ,Ya Muntaqim engkau kembalikan semula rancangan dan pakatan jahat mereka ke atas diri mereka sendiri ,dan engkau hancur pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka . .
  • 26. DOA MAJLIS KEMERDEKAAN Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan . Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan kepada tanah air kami , juga kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang kemerdekaan dan barisan pemimpin negara yang telah , yang sedang dan yang akan mempertahankan erti kemerdekaan ini sehingga ke titisan darah terakhir . Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya . Oleh itu berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan sumbangan bermakna. Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan , maka Engkau cucurilah rahmat ke atas roh pejuangpejuang kemerdekaan . Moga-moga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam menjadi titik tolak untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan . Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup baru tahun … . Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 27. DOA MAJLIS PERASMIAN                                                     -YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM . Berkatilah dan Rahmatilah majlis kami pada petang ini, Sesungguhnya perhimpunan kami dalam MAJLIS PERASMIAN ……………………………………. ini, adalah semata-mata menyahut seruanMu untuk menjadi insan yang sentiasa diberkati dan diredhai. Ya Allah, jadikanlah kami semua golongan yang mengajak kepada kebenaran, yakni mengajak umat manusia mengerjakan amal soleh dan kebajikan. -YA ALLAH ya tuhan kami, Jadikanlah juga majlis ini sebagai WASILAH kepada kami untuk memperolehi ganjaran di Akhirat. Sesungguhnya, segala sumbangan yang telah kami berikan untuk pembinaan surau sekolah ini adalah datang dari rezekiMu jua Ya Allah. Ya Allah, ya tuhan kami jadikanlah surau ini sebagai wadah bagi membina kerohanian dalam diri setiap penghuni asrama. Tingkatkanlah iman kami dan penuhilah dada kami dengan Nur HidayahMu, supaya dapat kami mengimarahkan surau ini sebaik-baiknya, dengan mengerjakan ibadat kepada Allah, solat lima waktu secara berjemaah, mengadakan program-program yang membentuk keperibadian yang mulia, tazkirah dan sebagainya. YA ALLAH YA AZIZUL GHAFFAR, Kami berhimpun pada petang ini juga Ya Allah, adalah untuk menjadi KHAIRA UMMAH sebaik-baik ummah, dan menyatakan keikhlasan kami dalam mendokong dan menegakkan agamaMu, Ya Allah, Lindungilah asrama kami ini dari segala musibah dan mala bahaya, Kau berikanlah kecemerlangan kepada asrama dan sekolah kami, Ya Allah. YA ALLAH, YA MUQALLIBAL QULUB Wahai Tuhan yang berkuasa, menyatukan hati-hati manusia, Kami memohon pada mu Ya Allah kau satukanlah hati-hati kami, bimbingilah kami untuk mencapai Redha Mu ya Allah, Kukuhkanlah organisasi-organisasi kami untuk meneruskan perjuangan Rasul mu dalam kumpulan yang kuat . YA ALLAH, Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibu-bapa kami serta kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil.
  • 28. .
  • 29. DOA MAJLIS PERKAHWINAN , . Ya Allah, ya Hannan, ya Mannan Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu…. Murahkan rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh… Semoga kehidupan dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan akhirat…
  • 30. DOA MAJLIS PERKAHWINAN Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perkahwinan (Nama Pengantin dan pasangannya) pada hari yang berbahagia ini Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah Ya Waduud , Kami merasa sungguh bertuah kerana dikunjungi oleh tetamu yang amat istimewa iaitu ……………… , moga-moga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ini . Ya Allah Ya Rahman , Limpahkanlah lembayung rahmat dan rahim-Mu kepada pasangan raja sehari yang kami raikan pada hari ini , sesungguhnya perkahwinan itu merupakan ikatan yang suci dan luhur , ikatan yang menyatukan dua hati yang berbeza fitrah dan nalurinya , maka Engkau peliharalah ikatan ini dan kurniakanlah kepada pasangan suami isteri ini ketenangan jiwa (sakiinah) sebagaimana Engkau janjikan dalam kitab-Mu , juga kurniakanlah kepada mempelai ini sifat kasih sayang atas dasar keimanan , sifat kesabaran dalam menghadapi cabaran rumahtangga , sifat tolak ansur dan menerima seadanya dalam menerima kekurangan pasangan masing-masing , sifat tolong menolong antara satu sama lain dan banyak lagi sifat yang perlu di suburkan demi kebahagiaan sesebuah rumah tangga . Ya Allah , Ya Kariim , Kurniakanlah kepada suami , sifat tanggungjawab tehadap isteri dan keluarga , sifat hikmah dalam mendidik isteri dan anak-anak serta melindungi mereka . Kurniakanlah kepada isteri sifat penyayang kepada suami dan anak-anak , sifat pengorbanan yang unggul demi kebahagiaan suami dan anak-anak serta menjaga amanah suami semasa ketiadaannya . Ya Allah , Ya Wahhab , Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah , sebagai penyejuk hati , sehingga mereka mengecap nikmat perkahwinan yang sempurna yang Engkau telah janjikan . Anak-anak yang mentaati dan memuliakan mereka sebagai ibu bapa . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 31. DOA MUDAH MENGHAFAL َ َ ْ Pengertiannya : Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atasku dengan meninggalkan maksiat kepada-Mu selama mana Engkau kurniakan kehidupan kepadaku , juga janganlah Engkau bebaniku dengan sesuatu yang tidak berfaedah , dan kurniakanlah kami pandangan yang baik (dalam semua perkara kehidupanku) sehingga Engkau meredhai dan memberkatiku . Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran cahaya wajahmu , semoga Engkau menguatkan ingatan hatiku agar dapat menghafaz kitab-Mu (al-Qur’an) sebagaimana Engkau ajarkankan kepadaku , dan anugerahilah kepadaku kemahiran membacanya sebagaimana yang Engkau redhai dan kehendakki. Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran cahaya wajahmu, Semoga Engkau (dengan keberkatan al-Qur’an ) terangilah pandanganku , lancarkanlah ucapan lidahku , hindarilah hatiku dari segala bentuk kegelisahan , lapangkanlah dadaku , dan berikanlah aku kekuatan untuk beramal dengan perintah-Mu sebagaimana yang terkandung di dalam al-Qur’an , Sesungguhnya tiada yang dapat membantuku melaksanakan kebenaran melainkan diri-Mu , dan tiada yang dapat memberi sesuatupun melainkan Engkau , tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan dari-Mu Salam sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. , juga keluarga dan seluruh sahabat Baginda .
  • 32. DOA MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH , Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu , kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut dan meraikan MAJLIS PECAH TANAH UNTUK PEMBINAAN ……. pada hari ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis.. Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim, Pembinaan sekolah merupakan satu usaha berterusan pihak kerajaan untuk membantu rakyat membangunkan sahsiah insan. Usaha ini bukan sahaja mampu melahirkan manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan malahan akan melahirkan pemimpin pada masa hadapan. Justeru pada hari yang bersejarah ini, disertai dengan pemimpin yang prihatin akan masa depan anak bangsa, engkau berkatilah usaha-usaha murni ini bermula dari projek permulaan sehingga kepada perlaksanaannya. Mudahkanlah apa kiranya ya Allah segala kesulitan yang bakal kami hadapi, jauhkanlah ya Allah segala balak bencana yang bakal menimpa kami, kurniakanlah kepada kami kecekalan, kurniakanlah kami kesabaran, kurniakanlah kepada kami ini kekuatan untuk membina sekolah ini, mudahmudahan segala pengorbanan yang kami jalankan ini mampu memberi manfaat yang besar untuk generasi kami pada masa hadapan Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafar Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia, dan cintakan agama, bangsa dan negara kita Malaysia.
  • 33. DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU , Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut sambutan Hari Guru peringkat sekolah di sekolah ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis.. Ya Allah ya Tuhan kami, Guru merupakan permata yang akan menyinari masa depan sesuatu bangsa. Permata ini perlu digilap sentiasa dengan menguasai ilmu yang baru dan terkini.Tanggungjawab mendidik, mengasuh dan mentarbiah pelajar bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan boleh dipandang ringan. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan, lantaran itu Ya Allah, kami barisan pendidik ........ bermohon dan bermunajat kepada mu agar menjadikan segala urusan mendidik dan mentarbiah anak didik kami ini dipermudahkan olehmu ya Allah , diberikan kesenangan dan kefahaman yang mendalam dan dikira sebagai amalan soleh . Ya Allah ya Rohman ya Rahim Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan cintakan agama, bangsa dan negara di sekolah ini.. Ya Allah Ya Rahman . Kau berikanlah kami keyakinan bahawa usaha mendidik dan mengasuh anak-anak ini akan mendapat ganjaran yang besar disismu dan mudah-midahan dikira sebagai satu amalan yang soleh.
  • 34. 1 ‫ذكر مناجات‬ 10 x Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar 4x Allah , Allah , Allah , Allah 2x Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. 2x Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya (Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk(wajah-wajah) 2x Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w 2x Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai 10 x Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat
  • 35. 2 ‫ذكر مناجات‬ Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. ( 3 kali ) Muhammad Pesuruh Allah. ( 3 kali ) Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam ( 3 kali ) Tuhanku, aku tak layak masuk syurga-Mu. Namun tak pula sanggup menanggung azab neraka-Mu. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau pengampun dosa-dosa besar.
  • 36. PENGHULU ISTIGHFAR . DALIL : . DARIPADA SYADDAD BIN AUS RA DARI NABI MUHAMMAD SAW ( PENGHULU ISTIGHFAR …. ) : SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU SIANG DENGAN MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH AHLI SYURGA. SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU MALAM DENGAN MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH AHLI SYURGA. RIWAYAT AL-BUKHARI
  • 37. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN , Allahumma Antal „Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan Bulanan ..., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami terhadap pendidikan, dakwah dan tarbiah. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan Kampung. Kegigihan, kesabaran dan keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi . Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hatihati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini. Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • 38. DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN , Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis ini sempena perpisahan Yang Berbahagia …………., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru kami berhimpun disini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami buat azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk kepentingan Kariah dan watan. Allahumma Antal Hasibul Jalil Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini. Iringilah bersama detik-detik perpisahan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara. Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.
  • 39. DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN , Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis INI......, merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni‟mat Mu yang tidak terhingga. Allahumma Antal Hasibul Jalil, Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang 2 hari ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati. Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan memperkota ayat-ayat Mu dalam kehidupan. Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram, Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 40. PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN , Allahumma Antal „Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Konvensyen Siri ….., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Antal Kabirul Muta‟al Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan. Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan. Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 41. PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN , Allahumma Antal „Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada tengahari ini, di Majlis Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan, merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Antal Hasibul Jalil Sesungguhnya kami berhimpun selama tiga hari disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran, bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan. Justeru… berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat di konvensyen ini sebagai landasan dan ransangan demi perjuangan memartabatkan pendidikan tanah air tercinta, usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan. Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 43. CERAMAH KESIHATAN MASJID , Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri Majlis Ceramah Kesihatan pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan memberi dan menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan dengan penuh ke‟afiatan dan kesejahteraan . Ya Allah , Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid , Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad S.A.W. , yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim „alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi Ibrohim bukan seorang musyrikin . Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami , Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 44. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM ِ‫بِسِمِ اهللِ الرَّحِمَنِ الرَّحِيِم‬ ِ‫اَلْحَمِدُ هللِ رَبِّ العَالَمِيِنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيِنَ وَالصَّالَة ُوَالسَّالَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه‬ َ‫وَأَصِحَابِهِ أَجِمَعِيِن‬ Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Rafi‟a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua. Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan.. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
  • 46. DOA KESEJAHTERAAN Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan. Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami. .
  • 47. DOA MAJLIS PENUTUP UMUM Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda. Ya Allah, kami merafakkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, atas perkenan dan izinMu,hari ini kami hamba-hambaMu mampu berhimpun dan berkumpul selama 2 hari, bagi menjayakan Majlis ....... PadaMu kami memohon agar majlis kami ini dapat keberkatan dan keredaanMu jua. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala keindahan, maka melalui Majlis Mahrajan ini, kami hamba-hambaMu memuji keindahan sifatMu, keluhuran budi RasulMu serta ketinggian ajaran agamaMu.Terimalah Ya Allah segala puji-pujian hamba-hambaMu yang hina ini. Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah usaha kami ini sebagai usaha murni dan amal ibadah di sisiMu.Jadikanlah irama nasyid dan selawat yang kami alunkan pada hari ini sebagai pemangkin agar kami lebih mendekatkan diri kami dan pendengarnya kepadaMu. Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu. Ya Allah, Ya Tuhan kami, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik. .
  • 48. DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH/MAULID Ya Allah bagi-Mu puja dan puji ,Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya . Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berhimpun untuk menyambut Ma‟al Hijrah …. H pada waktu yang berbahagia ini . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi, Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang dakwah dan tarbiah . Ya Allah Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan , Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ; Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam kerja berpasukan ; Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah klami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul‟azmi ; Ya Allah , Ya Hazimal Ahzab , Engkau berilah pertolongan kepada saudara kami yang berada di seluruh bumi umat Islam . Selamatkanlah mereka . Ya Allah Ya Latif , Ya Khabirun bima fissudur , Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini . .
  • 49. DOA JAMUAN AIDIL FITRI MASJID Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Pada waktu yang yang berbahagia ini, kami warga kariah Lekir,.memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Jamuan Hari Raya Aidul Fitri pada waktu yang berbahagia ini. Mudah-mudahan program yang dianjurkan ini mampu meneratkan hubungan persaudaraan sesama kami. Allahumma Ya „Aliim, Wa Ya Khabiir, Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 50. DOA GOTONG ROYONG MASJID Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . Kami ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Program Gotong Royong pada pagi yang berbahagia ini dengan tema “…………………………………”. Engkau mengetahui apa yang kami hajati dari majlis ini maka berikan kekuatan kepada kami untuk mewujudkan budaya dan persekitaran yang selamat di sekitar Masjid ini secara berterusan . Ya Allah jauhilah diri kami , keluarga ,masyarakat dan negara kami daripada musibah yang tidak daya kami menanggungnya . Semoga kesejahteraan dan keselamatan ini akan menyediakan prasarana yang sihat demi kesejahteraan warga kampung kami. Jadikanlah usaha kami ini sebagai sebab musabbab untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami betapa keselamatan diri baik zahir mahupun batin merupakan pra syarat untuk mengecapi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia ini demi mencapai kecemerlangan di pelbagai lapangan. Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 51. DOA ZIARAH KUBUR ‫َا َّالَ ُ َلَِكُ ِ أَ ِ َ ا َِّا ِ ِ َ اِ ُ ِِِِ َ َاِ ُ ِِِِ َ، ََِّا ِ ِ َا َاهللُ ِكُ ِ الَ ِقُ ِ َ وَ ِ َ ُ اهللُ اِ ُ َِ ِ ِِِ َ مَّا‬ ‫لس و ع ي ه ٍل لدي ر مً لنؤمييً و لنسلنيً وإى إٌ ش ء ب ه ح وٌ يرحه لنستقدميً ِي‬ .َ‫َاِ ُ َِ ِ ِرِ َ أَ ِأَ ُ اهللَ لََا َلَكُ ُ اِ َاَِة‬ ‫و ل ن س ت أ خ يً س ل ي و ه ل ع ف ي‬ Assalamu‟alaikum ahladdiyaari minal mu‟miniina wal muslimiina, wa inna insyaa Alloohu bikum laahiquuna wa yarhamulloohul mustaqdimiina minnaa wal musta‟khiriina as alullooha lanaa walakumul „aafiyata. “Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami Insya Alloh akan menyusul, ( semoga Allah Ta‟ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang) DOA AWAL TAHUN Hendaklah dibacakan setelah selesai menyempurnakan solat Maghrib ( Awal waktu Maghrib ) 
  • 52.                 Maksudnya : Ya Allah , Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan-Mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah. Inilah tahun baharu yang tiba kepada kami, kami memohon kepadaMu agar memberi pemeliharaan daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tenteratenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu agar melakukan pekerjaan atau amalan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu.Ya Allah, Tuhan yang telah mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan engkau wahai tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya.
  • 53. DOA AKHIR TAHUN Hendaklah dibacakan 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib ( Akhir waktu Asar ) 
  • 54.                 Maksudnya : Ya Allah , apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini daripada apa yang telah Engkau tegahi kami, maka kami tidak sempat untuk bertaubat darinya dan Engkau tidak meredoinya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami, walaupun Engkau berkuasa atas menyeksa kami, malah Engkau memberi peluang kepada kami supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu Ya Allah, maka ampunilah kesalahan kami . Ya Allah, Semoga Engkau menerima amalan kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada apa-apa yang kami lakukan dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, Wahai Tuhan yang Maha Mulia. Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya.